Isnin, 27 Januari 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 27 Jan 2014 03:07 PM PST

Kenapa fitnah TMI terhadap Almarhum Ustaz Harun tidak boleh dimaafkan?

Posted: 27 Jan 2014 05:13 AM PST

ZAHARUDIN MUHAMMAD 

Setelah saya membaca tulisan Sheridan Mahavera di dalam The Malaysian Insider, saya dapati tulisannya berbaur fitnah dan adu domba serta cuba menggambarkan kepuakan konservatif di dalam PAS.

The Malaysian Insider cuba menggambarkan seolah-olah pendirian berbeza antara TG Presiden dan TG Dato Harun Taib khususnya tentang isu kalimah Allah apabila menyebut: "ini adalah pendirian yang berbeza dengan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan Allah boleh digunakan oleh bukan Islam".

Perkataan seperti ini seolah-olah menggambarkan 2 Tuan Guru adalah tidak sekata dalam Isu kalimah Allah swt. Walhal bukan sahaja 2 Tuan Guru ini yang seiya sekata, bahkan semua tuan-tuan guru di dalam PAS, khususnya di dalam mesyuarat syura pada 13 Januari 2013, juga mesyuarat sebelum dan selepas itu, bahawa kalimah yang mulia (ALLAH swt) boleh digunakan pada tempat yang betul oleh muslim dan non-muslim kecuali apabila ia digunakan pada tempat yang salah seperti menggambarkan Allah swt ada anak, isteri dan seumpamanya.

Dalam mesyuarat tersebut, masa yang diambil untuk menyatakan pendirian sebulat suara tak sampai 5 minit kerana tiada perbezaan pendapat tentang realiti ini. Masa yang lama yang telah diambil ialah untuk membuat kenyataan akhbar selepas mesyuarat tersebut bagi mengelakkan manipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti segelintir kecil wartawan yang mencari makan tanpa mengira dosa dan pahala (jika muslim) dan juga wartawan yang tidak bermoral (sanggup memanipulasi berita sekalipun tahu ia palsu demi kerana upah). Sekali saya ulangi, segelintir kecil wartawan, bukan semua wartawan.

Sejak awal timbul isu kalimah Allah, semua tuan-tuan guru di dalam PAS bersepakat tentang perkara ini. Pernah saya sewaktu menjadi pegawai penyelidik di Majlis Syura Ulama, menyusun pendapat ketiga-tiga tuan guru (TG Mursyidul Am, TG Presiden dan TG Timbalan Mursyidul Am) untuk dikertaskan. Kesimpulannya ketiga-tiganya mempunyai satu pendapat, iaitu ada tempat yang mereka persetujui (tempat yang betul seperti Allah pencipta alam) dan ada tempat yang mereka tidak bersetuju (seperti Allah swt ada anak dan sebagainya). Dengan kata lain, ke tiga-tiga Tuan Guru bersepakat bahawa kalimah Allah yang mulia ada tempat boleh dipersetujui penggunaannya oleh non muslim dan ada tempat yang mereka tidak bersetuju.

Apa yang malang, saya dapati selepas itu ada pihak pemberita yang tidak bertangungjawab justeru hanya mengambil bahagian yang dipersetujui daripada ungkapan TG Presiden dan tidak menyiarkan bahagian yang tidak dipersetujui. Seterusnya nukilan sipi (nukilan sebahagian) ini dijadikan modal untuk melaga-lagakannya dengan Tuan Guru yang lain, khususnya apabila dua tuan Guru lain cuba digambarkan tidak bersetuju.

TGHH DAN TGHT ADALAH DUA SAHABAT RAPAT

Gambaran kontradiksi antara TG Presiden dan TG Harun Taib adalah gambaran yang tidak berasas, walhal, TG Presiden dan Al-Marhum TG Harun Taib adalah dua sahabat karib sedari waktu belajar lagi. Mereka adalah dua sahabat yang "tidur sebantal" serta housemate yang lama sewaktu belajar di Timur Tengah.

Pernah TG Presiden menyebut kepada seorang sahabat saya bahawa TG Harun Taib adalah sayap kiri dan kanannya di dalam perjuangan ini. Pernyataan TG Presiden ini diceritakan oleh sahabat saya tadi kepada TG Harun Taib sehingga menyebabkan beliau akhirnya sebak dan menitiskan airmata. Itulah dua sahabat akrab.

Sewaktu TG Presiden mengetahui keadaan TG Harun Taib yang kritikal, beliau tidak lena tidur malam, sekejap bangun solat, sekejap tertidur dan terjaga semula justeru bimbangkan keadaan kawan akrabnya yang terlantar di hospital.

Saya yakin, semua keakraban ini dapat dirasai oleh hadirin sewaktu solat jenazah semalam. Semua dapat melihat beliau cuba menahan sebak dengan menggagahkan diri membuat pengumuman. Tetapi akhirnya tidak dapat menghabiskan pengumumannya dan seterusnya pengumuman itu dihabiskan oleh anak Al-Marhum, YB Ustaz Helmi Harun. Sewaktu solat lagi, mereka yang bersolat di sebelah TG Presiden dapat merasai sebak beliau sewaktu solat lagi. Saya sendiri tidak pernah melihat TG Presiden sesedih ini apabila menghadiri penghormatan terakhir sahabat-sahabat perjuangannya.

Sebab itu saya dapati tulisan The Malaysian Insider lebih bersikap provokatif sehingga sanggup menghiasi tulisan-tulisan dengan bunga-bunga adu domba antara dua pemimpin agung.

Tiada konservatif mahupun progresif di dalam PAS kerana PAS berpaksikan kepada perjuangan Islam. Pengkategorian ini hanya boleh berlaku dari pandangan yang melihat dengan kacamata barat yang sinonim dengan pengkategorian ini. Islam adalah Islam dan maha suci Islam daripada berlaku perubahan kecuali dari dari sudut silap faham mereka yang jahil. Tiada Islam konservatif dan tiada Islam progresif.

Sebab itu saya sendiri mengutuk cara TMI mencari berita berdasarkan pengalaman saya sebelum ini dengan TMI. Saya dapati wartawannya suka membuat provokasi seterusnya meminta semua pihak memberikan komen dan pandangan. Cara yang menjijikkan bagi mereka yang ada iman (muslim) dan mereka yang ada etika dan akhlak.

Kalau inilah cara TMI mencari pembaca dan pelanggan, bagi saya TMI sememangnya berhak mendapat kutukan makhluk yang baik di bumi ini.

Bagi wartawan muslim di TMI, ingatlah firman Allah swt: "Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)". - An-Nur: 19.

Sekali saya mengutuk tulisan TMI yang mengandungi fitnah terhadap Al-Marhum TG Harun Taib. Sesuatu yang sangat tidak bermoral memfitnah seseorang yang baru sahaja meninggal dunia. Fitnah yang tidak boleh dimaafkan begitu sahaja kecuali si yang bertanggungjawa benar-benar memohon maaf daripada orang PAS dan keluarga Al-Marhum.

* Tulisan ini adalah dirujuk kepada link ini:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemergian-harun-petanda-berakhirnya-politik-konservatif-pas.

Penulis ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia.

PAS kecam serang gereja gesa polis segera cari dalang

Posted: 27 Jan 2014 04:54 AM PST

SALMIYAH HARUN 

KUALA LUMPUR: PAS berharap pihak polis menjalankan siasatan hingga ke 'lubang cacing' agar mereka yang tidak bertanggungjawab melempar bom ke arah sebuah gereja di Pulau Pinang dikenakan tindakan sewajarnya.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu percaya kejadian yang berlaku di gereja, Church of the Assumption di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang adalah perbuatan sabotaj oleh pihak tertentu untuk menimbulkan suasana tidak harmoni di Pulau Pinang.

"Polis kena siasat, biar dapat tangkap siapa yang buat sabotaj itu. Kita tidak mahu suasana akan bertambah buruk selepas ini kerana ianya melibatkan rumah ibadat dan mengheret kepada sentimen agama dan kaum," katanya.

Malah beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, meminta pihak polis menggunakan kecekapan yang mereka ada bagi menangkap mereka yang sengaja menimbulkan provokasi kaum.

Mohamad Sabu, tidak menolak provokasi sering timbul apabila kerajaan menghadapi masalah dan tekanan daripada rakyat termasuklah isu kenaikan harga barang.

"Apa yang berlaku saya yakin ada pihak cuba menimbulkan perkara yang boleh mencetuskan sentimen perkauman. PAS tidak pernah terpanggil untuk mencipta isu perkauman.

"Kalau dulu bakar gereka dan baling kepala babi di dalam Masjid, kegiatan yang berlaku ini akan mengugatkan kententeraman kaum," katanya kepada Harakahdaily.

Segerakan pertemuan PR-BN

Justeru, bagi mengelakkan timbulnya insiden seperti hari ini  Mohamad Sabu berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyahut saranan Pakatan Rakyat untuk berbincang bersama bagaimana menyelesaikan isu yang membabitkan perkauman ini.

Hari ini, sebuah gereja diserang bom buatan sendiri awal pagi tadi selepas kain rentang kontroversi kalimah Allah digantung di luar gereja tersebut semalam.

Dua bom buatan sendiri, Molotov cocktails telah dibaling ke kawasan lapang gereja kira-kira jam 1.30 pagi hari ini.

Semalam kain rentang bertulis 'Allah is Great (Allah Maha Besar), Jesus is the son of Allah' (Jesus adalah anak lelaki Allah) dilihat digantung di pekarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas di negeri ini.

Serangan Bom di Gereja : PM Minta Orang Ramai Bertenang

Posted: 27 Jan 2014 04:48 AM PST

alt

Hafiz Roslan 

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta orang ramai bertenang dengan isu melibatkan sensitiviti kaum dan agama di Pulau Pinang.

Menurut Najib,  sebarang tindakan akan diambil untuk mengelakkan sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan hubungan kaum dan agama.

"Saya minta supaya tindakan diambil untuk membanteras sebarang perbuatan yang boleh dianggap sebagai tindakan provokasi dan boleh menjejaskan hubungan kaum dan agama di negara ini.

"Inilah masa untuk kita berada dalam keadaan yang tenang dan tidak melatah dalam apa jua keadaan," katanya kepada media selepas mlancarkan buku Maps of Malaya and Borneo di sini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas insiden penggantungan kain rentang berbaur provokasi berhubung kalimah Allah di beberapa pagar gereja di kawasan pulau di negeri ini semalam.

Difahamkan kain rentang yang bertulis "Allah is Great" (Allah Maha Besar), "Jesus is the son of Allah" (Jesus adalah anak lelaki Allah) digantung di luar perkarangan gereja di Lebuh Farquhar, Sungai Pinang, Pulau Tikus dan Gelugor.

Ianya turut menyebabkan terdapat laporan yang mendakwa terdapat individu yang melontar 'molotov cocktail' atau bom botol di pekarangan sebuah gereja di Lebuh Farquhar dekat sini awal pagi ini.

Pihak polis mengesahkan akan memburu pihak yang tidak bertanggungjawab melontar 'molotov cocktail' atau bom botol di pekarangan sebuah gereja di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang.

Bom Gereja: Polis P Pinang Buru Suspek

Posted: 27 Jan 2014 04:46 AM PST

RAKYAT NEWS

BALIK PULAU  - Pihak polis akan memburu pihak yang tidak bertanggungjawab melontar 'molotov cocktail' atau bom botol di pekarangan sebuah gereja di Lebuh Farquhar dekat sini awal pagi ini

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, suspek yang menunggang sebuah motosikal melempar botol berisi bahan letupan itu dari luar pagar gereja berkenaan sebelum melarikan diri.

"Kita telah menghantar pasukan forensik untuk menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti identiti suspek," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, siasatan mendapati hanya satu daripada bahan letupan yang diisi dalam dua botol minuman keras itu meletup sehingga menyebabkan kebakaran bagaimanapun tiada kerosakan serius dilaporkan.      

Beliau berkata, polis telah mengambil keterangan daripada penjaga gereja yang menyaksikan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Abdul Rahim berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau kumpulan tertentu yang cuba menggugat ketenteraman awam dengan menimbulkan kekacauan sehingga menyentuh sensitiviti masyarakat di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menerima sembilan laporan berhubung isu kain rentang berbaur provokasi berkaitan kalimah Allah yang digantung di beberapa lokasi di negeri ini semalam.

Susulan insiden itu, polis menjalankan rondaan termasuk di 48 gereja di sekitar Daerah Timur Laut bagi memantau perkembangan keadaan, katanya.

Semalam, kain rentang bertulis 'Allah is Great (Allah Maha Besar), Jesus is  the son of Allah' (Jesus adalah anak lelaki Allah) dilihat digantung di pekarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas di negeri ini.

Anwar Setuju Tiada Bukti Wan Azri 'Papa Gomo'

Posted: 27 Jan 2014 04:42 AM PST

anwar papagomo rakyatnews

Syafiq Syazwan 

KUALA LUMPUR  - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Ketua Pegawai Eksekutif KLPOS Media Production Sdn Bhd Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pengendali blog kontroversi PapaGomo.com.

Anwar yang menjawab soalan Peguam Jasbeer Singh setuju soalan yang dikemukakan selepas mendapati tiada identiti tertera pada laman web PapaGomo.com

"Adakah Datuk Seri (Anwar) bersetuju tiada bukti pada laman PapaGomo.com yang menjurus kepada Wan Muhammad Azri?" soal Jasbeer.

"Saya setuju," jawab Anwar.

Kenyataan direkodkan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Sivil Rosilah Yob di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Anwar merupakan saksi ke-2 dalam perbicaraan tuntutan saman RM100 juta terhadap Wan Azri yang didakwa menyiarkan imej separuh telanjang mirip beliau pada Mac 2013 menerusi laman web PapaGomo.com

Dalam pada itu, Wan Azri dalam kenyataan pembelaannya menjelaskan tidak pernah mengendalikan blog persendirian selain MalayRights.blogspot sejak Julai 2013.

Jelasnya, laman web PapaGomo.com hanya diketahui beliau menerusi media arus perdana dan alternatif yang memainkan isu liwat Anwar dan bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari.

Anwar di luar mahkamah dilihat berang ketika ditanya pemberita mengenai kes yang kini sedang dibicarakan.

"Sudah fitnah saya macam-macam, dalam mahkamah senang pula cakap PapaGomo bukan dia punya," katanya

Kes gambar kontroversi 'Anwar' mula disiarkan menerusi laman rajagoyang360.blogspot dan kemudiannya dipaut oleh pelbagai blog termasuk laman web PapaGomo.

Harga Ayam Turun Di Beberapa Negeri

Posted: 27 Jan 2014 04:36 AM PST

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Harga ayam bersih standard mula turun di beberapa negeri menjelang perayaan Tahun Baharu Cina yang berbaki tiga hari lagi.

Menurut portal www.1pengguna.com hari ini, harga ayam mula turun sehingga RM3.88 sekilogram di sekitar ibu negara berbanding RM4.99 sebelum ini.

Di Johor pula mencatatkan penurunan harga ayam sehingga RM5.98 sekilo berbanding RM6.99 sebelum ini, manakala di Sabah dan Sarawak pula RM7.99 sekilogram berbanding RM8.20 sebelum ini.

Untuk ikan kembung hitam dan hijau bersaiz sederhana dijual antara RM14.90 sekilo hingga RM17 di sekitar Kuala Lumpur manakala udang putih 'banana prawn' bersaiz sederhana dijual antara RM20 sekilo hingga RM24 di Sabah dan Sarawak.

Daging lembu tempatan dijual antara RM14.99 sekilo hingga RM24 di Pahang dan antara RM14.99 hingga RM27 di Kedah.

Portal itu turut menyatakan harga bagi cili merah pula dijual antara RM6 sekilo hingga RM20 di pasar raya besar dan pasar basah di sekitar Kelantan.

Harga bawang putih (Cina) dijual antara RM2.20 sekilo hingga RM9 di Kuala Lumpur manakala bawang kecil merah rose (India) dijual antara RM3.99 sekilo hingga RM5 di Terengganu.

Bagi sayur-sayuran pula, harga sekilo kobis bulat tempatan dijual antara RM1.99 dan RM4.80 manakala harga sekilo tomato dijual antara RM1.89 dan RM4.50 di Selangor.

Orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan semakan harga barang di pasaran di portal khas itu yang dikendalikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Mereka juga boleh mengemukakan aduan berhubung harga barang menerusi talian penting KPDNKK 1800-886-800 atau mengisi borang aduan disediakan. BERNAMA

MB Selangor Turut Nafikan Yang Beliau Akan Undur

Posted: 27 Jan 2014 04:31 AM PST

MSTAR ONLINE

KLANG: Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada Isnin turut menafikannya yang beliau akan melepaskan jawatannya itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu tersebut jelasnya tidak berbangkit sama sekali.

Sambil menambah yang prosedur untuk seseorang mengambil alih jawatan tersebut bukanlah senang dan mudah sepertimana yang disangka. Sebagai menteri besar, kata Khalid, beliau perlu terlebih dahulu meminta nasihat dan pandangan Sultan ke atas sebarang tindakan berkaitan jawatannya itu.

Khalid berkata demikian kepada para pemberita selepas menghulurkan buah limau mandarin kepada orang ramai berhampiran Kuil Sikh Pelabuhan Klang pada Isnin.

Khalid berkata pertemuannya dengan Anwar memang berlaku tetapi adalah untuk berbincang tentang isu lain dan langsung tidak menyentuh kedudukannya sebagai menteri besar.

Mereka katanya berbincang mengenai jentera parti dan juga soal integriti dalam parti dan bukannya tentang isu beliau hendak melepaskan jawatan itu.

Berhubung timbulnya desakan supaya dia melepaskan jawatannya itu, Khalid menegaskan sesiapa sahaja boleh mendesak mana-mana pemimpin supaya berundur.

Malah katanya, organ rasmi PAS juga dari semasa ke semasa mendesak pucuk pimpinan negara supaya berundur.

Tetapi katanya jika desakan ini dipenuhi, akhirnya tidak akan ada siapa lagi yang tinggal untuk menjadi menteri atau menteri besar.

Bendahari Agung MIC, Datuk R. Ramanan Letak Jawatan

Posted: 27 Jan 2014 04:29 AM PST

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Bendahari Agung MIC, Datuk R. Ramanan telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatannya berkuatkuasa serta merta.

Ini bagi membolehkannya menyelesaikan satu kes rayuan sivil di mahkamah.

"Dengan mengambil kira keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi dan juga demi kebaikan dan kepentingan MIC dan juga presiden parti, Datuk Seri G. Palanivel, saya telah mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan saya selaku bendahari agung parti sehingga kes saya diselesaikan di mahkamah," katanya.

Ramanan menegaskan yang tiada siapa yang lebih besar dari parti dan beliau tidak mahu kes mahkamahnya merunsingkan presiden parti.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh kemudiannya telah mendesak agar peguam negara mengenakan tindakan salah laku jenayah ke atas Ramanan.

Dalam konteks ini, Ramanan menegaskan kes yang melibatkannya dengan pakar psikiatri, Tan Sri Dr M. Mahadevan adalah kes sivil di antara dua individu dan bukannya satu kes jenayah.

"Tidak ada elemen pecah amanah di sini. Ia adalah kes sivil semata-mata," kata Ramanan.

Menurut Ramanan, peguamnya telah pun mengemukakan rayuan pada Isnin (27 Jan) berhubung kes tersebut.

Presiden MIC Belum Buat Keputusan Siapa Ganti Ramanan

Posted: 27 Jan 2014 04:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel belum memutuskan individu yang akan mengisi kekosongan jawatan bendahari agung parti yang ditinggalkan R. Ramanan

Beliau berkata, setakat ini jawatan yang dilepaskan Datuk R. Ramanan itu belum diisi oleh sesiapa sehinggalah beliau membuat keputusan bagi memilih calon yang sesuai.

"Presiden mempunyai kuasa memilih bendahari agung parti, tetapi saya belum membuat keputusan mengenainya.

"Tiada siapa sehingga kini yang saya fikirkan untuk mengisi jawatan tersebut," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Kompleks Giant Panda di Zoo Negara di sini, Isnin.

Beliau mengulas mengenai peletakan jawatan Ramanan sebagai bendahari agung MIC pada Isnin yang didakwa dibuat demi kebaikan parti.

Ramanan yang mengadakan sidang media berhubung peletakan jawatannya berkata, tidak adil apabila Palanivel menjadi mangsa dan dihentam media disebabkan kes sivil dan peribadi beliau.

Keputusan dibuat selepas beliau diperintah mahkamah untuk mengembalikan RM5.5 juta kepada pakar psikiatri, Tan Sri Dr M. Mahadevan Khamis lalu yang didakwa diterima secara palsu ketika "membantu" pakar itu mendapatkan bayaran pada empat tahun lepas.

Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, Ramanan telah bertemu dengannya untuk membincangkan perkara tersebut sebelum menyerahkan surat peletakan jawatannya.

"Beliau ada datang berjumpa saya. Saya menasihatkan beliau supaya membuat keputusan yang difikirkan terbaik," katanya.

Sementara itu, Ramanan dalam sidang media terdahulu berkata keputusan meletak jawatan diputuskan dirinya sendiri tanpa arahan atau paksaan sesiapa.

Umno disaman dua ahli 'mati'

Posted: 27 Jan 2014 04:21 AM PST

KOTA KINABALU - Umno disaman dua anggotanya dari bahagian Kota Marudu supaya membetulkan maklumat peribadi mereka dalam rekodnya yang menyatakan mereka telah meninggal dunia.

Henry Jamry Yakim, 54, dan Jennifer Mongikal, 47, menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga presiden Umno sebagai defendan pertama, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai defendan kedua dan ketua Umno bahagian Kota Marudu Datuk Wetrom Bahanda @ Mohd Fikri serta setiausaha bahagian itu Emran Maidin masing-masing sebagai defendan ketiga dan keempat.

Ketika ditemui di bangunan mahkamah di sini hari ini selepas sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi, peguam yang mewakili defendan pertama dan kedua Chin Tek Ming berkata anak guamnya serta dua defendan lain akan berusaha mengetepikan saman itu.

Menurut writ saman berkenaan, Henry dan Jennifer mendakwa mereka dipanggil Jabatan Pendaftaran Negara di Kudat pada Ogos tahun lepas untuk mengesahkan status mereka kerana ibu pejabat Umno ingin mendapatkan pengesahan sama ada plaintif masih hidup.

Ini mendorong plaintif membuat carian di ibu pejabat parti itu dan terkejut apabila mendapati rekod menunjukkan mereka telah meninggal dunia dan kedudukan itu menyebabkan mereka tidak dapat menunaikan hak sebagai pengundi atau bertanding dalam pemilihan Umno di peringkat bahagian pada Oktober lepas.  

Henry dan Jennifer menuntut bukti bagaimana parti itu boleh menganggap mereka telah meninggal dunia, sedangkan mereka masih hidup, dan penjelasan kenapa mereka tidak ditanya atau kenapa tiada usaha dilakukan untuk memberi penjelasan kepada mereka tentang perkara itu.

Kedua-dua plaintif mendakwa perkara itu menyebabkan mereka mengalami kesulitan serius dan menghalang mereka daripada menyertai atau menunaikan tanggungjawab sebagai anggota Umno, di samping berasa malu dan terhina, hingga menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Selain meminta status mereka dalam parti itu diperbetulkan, Henry dan Jennifer juga menuntut defendan menyiarkan melalui akhbar kebangsaan dan tempatan permohonan maaf dan kenyataan bahawa rekod parti itu tentang status mereka adalah tidak betul.

Mereka juga menuntut ganti rugi teladan RM10 juta dan ganti rugi teruk RM10 juta serta hak, kepentingan dan keistimewaan mereka sebagai anggota Umno, dikembalikan.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Steve Litikos menetapkan 26 Februari sebagai tarikh bagi mendengar permohonan plaintif untuk menambah setiausaha kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh sebagai defendan kelima, dan 6 Mac sebagai tarikh untuk mendengar permohonan defendan mengetepikan saman itu.

Henry dan Jennifer diwakili peguam Azman Karim, manakala defendan ketiga dan keempat diwakili peguam Jaafar Estaban. - Bernama

Noh mahu debat diteruskan

Posted: 27 Jan 2014 04:19 AM PST


SHAH ALAM - Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mahu debat isu kalimah ALLAH diteruskan, malah bersedia untuk mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh penganjur.

Kecewa dengan pembatalan debat yang sepatutnya berlangsung hari ini, Noh berkata, beliau sudah melakukan pelbagai persediaan terutama berkaitan aspek perundangan berkaitan isu berkaitan.   

Noh berkata, debat itu wajar diadakan dalam tempoh terdekat kerana isu kalimah ALLAH sudah menjadi polemik yang hangat dalam kalangan masyarakat dan pada masa yang sama, pembatalan debat menyebabkan beliau dipandang negatif.

"Apa syarat yang ditetapkan, kita akan ikut. Kita lihat perkara ini membimbangkan dan akan cetus polemik dan keselamatan, saya minta penganjur dapat fikir cara terbaik supaya debat ini diteruskan, kita  akan akur (syarat ditetapkan)," katanya.

Beliau sebelum itu hadir ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf untuk bertemu Pengarah Urusan, Datuk (Dr) Hussamuddin Yaacub dan Penasihat Eksekutif Editorial, Datuk Abdul Jalil Ali untuk mendapatkan penjelasan mengenai pembatalan debat itu di saat-saat akhir.

Turut hadir, Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein Isma Ismail; Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Azhari Shaari; Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus; Ketua Umno Kota Raja, Datuk Ir. Kamaruzzaman Johari dan Ketua Wanita Umno Selangor, Datuk Norhayati Onn.

Debat Isu Kalimah ALLAH Dari Perspektif Perundangan itu sepatutnya menemukan Noh dengan Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad dan dikendalikan oleh Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya  Dr Sham Rahayu Ab Aziz.

Ketika berucap di hadapan lebih 200 penyokong yang berkumpul di luar Kompleks Media Karangkraf, Noh berkata, beliau telah diberikan penjelasan oleh pengurusan Sinar Harian mengenai pembatalan debat itu.

"Datuk Hussamuddin berkata debat terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan. Terima kasih kepada mereka yang hadir hari ini, bagi diri saya perkara ini amat mengecewakan dan kesal dengan pembatalan ini.

"Walaupun kami faham, Sinar Harian menjelaskan pembatalannya atas dasar keselamatan namun kami mahu debat diteruskan juga dalam masa terdekat ini, dengan apa cara yang mungkin sekalipun," katanya.

Katanya, beliau berharap Sinar Harian dapat memikirkan cara terbaik supaya debat ini dapat diteruskan agar tidak timbul spekulasi mengatakan bahawa beliau yang mahu program ini dibatalkan.

"Pihak pembangkang tetap menyalahkan kita... Malah Khalid juga melalui tweeter mengatakan menyatakan kita yang menyuruh penganjur membatalkan perdebatan itu. Umno selalu jadi mangsa keadaan.

"Jadi kerana itu, hari ini kita minta apa cara pun mesti diteruskan juga debat ini. Saya berjanji kita akan hanya bercakap dari sudut perundangan kerana latar belakang saya seorang peguam," katanya.

MARA cari lokasi baharu pindah GiatMara Selayang

Posted: 27 Jan 2014 04:16 AM PST

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) sedang mencari kawasan baharu untuk memindahkan Pusat Latihan GiatMara Selayang susulan arahan mengosongkan tapak pusat itu oleh Pejabat Tanah dan Daerah Gombak.

Ketua Pengarah MARA Datuk Ibrahim Ahmad berkata pihaknya berhasrat untuk mengekalkan kawasan itu jika diberi peluang sama ada dengan cara membeli, menyewa ataupun diwartakan kerajaan.

"Oleh kerana kita diberi tempoh setahun, kita perlu cari tempat untuk pindahlah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah peringkat ibu pejabat MARA di sini, hari ini.

Pada 2 Disember lepas, Pejabat Tanah dan Daerah Gombak telah menghantar surat arahan mengosongkan kawasan itu kepada pengurus Pusat Giatmara Selayang.

Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya bersedia mengkaji semula keputusan menutup Pusat GiatMara Selayang jika pengurusan pusat latihan kemahiran itu mematuhi syarat membaiki kemudahan dan operasi sedia ada.

Ibrahim berkata setakat ini, hanya 86 Pusat GiatMara di seluruh negara beroperasi di atas tapak dan premis milik Mara manakala 145 lagi masih beroperasi di bangunan yang disewa atau di kawasan terbiar yang dibangunkan.

"Program GiatMara ini masih relevan dan kita akan teruskan program ini bagi memberi latihan teknikal dan vokasional kepada masyarakat terutama anak muda untuk memajukan diri," katanya.

Pusat GiatMara Selayang yang beroperasi sejak 1994, menawarkan program sijil pendawaian elekterik dan telah melahirkan ramai tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam bidang berkaitan.

Pada majlis itu, sebanyak 1,000 kakitangan MARA menyertai perarakan sempena seawal 8.30 pagi di Jalan Raja Laut, di sini.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan nasyid dan Rawi oleh kumpulan nasyid Far East serta alunan Qasidah oleh pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Baru, Selangor.

Turut diadakan Program Bicara Santai yang mengupas cara mendidik anak dari sudut pandangan Islam dikendalikan oleh Imam Muda Mohd Taufik Mohd Noh dan anggota panelnya terdiri daripada Ahmad Azam Abdul Rahman dan Nur Azlina Abdul Aziz, iaitu ibu bapa pelajar Malaysia yang meninggal dunia di Turki Allahyarham Ahmad Ammar Azam. - Bernama

Kenaikan Harga Barang (Rakyat Malaysia), Bebanan Kos (Petronas + TNB) = IPP Untung Bilion Ringgit?

Posted: 26 Jan 2014 08:40 PM PST

   

Pemilik IPP Malaysia

Kalau nak dikatakan kenaikan harga barang di Malaysia disebabkan barang yang diimport, elektrik kita tidak import yang mana bahan bakarnya adalah gas asli yang diperolehi hasil dalam negara kita sendiri. Yang kita import arang batu.

Masalahnya sekarang ini adalah, adakah Petronas akan terus menjadi "hamba" kepada kalangan taikun IPP seperti Tan Sri Syed Mokhtar (Malakoff), Tan sri Ananada Krishnan (PD Power), Tan Sri Francis Yeoh (YTL), Tan Sri Lim Kok Thay (kumpulan Genting) dengan menjual harga gas asli pada harga yang cukup rendah kepada penjana-penjana ini, sedangkan IPP ini mengaut keuntungan bebrilion ringgit pada kadar yang dimeterai oleh kerajaan dengan penjana elektrik.

Kenaikan Harga Barang VS Kenaikan Harga Minyak, Elektrik, Tol?

Sebenarnya harga barang naik kita adalah kerana mengambil kira faktor rantaian seperti pengangkutan (tol), minyak, elektrik, beras gula contohnya yang mana semuanya dikawal oleh kerajaan. Setiap barang yang dikawal oleh kerajaan ini sudah dikawal oleh konglemerat yang mana ada monopoli yang mana perjanjian yang dimeterai untuk tempoh yang cukup lama dan juga berat sebelah.

Bagaimana mungkin naik harga minyak, tarif elektrik, kemungkinan naik tol, gula dan sebagainya, peniaga tidak dibenarkan naik harga? Adakah mereka ini bukan rakyat Malaysia juga?

Soalnya sekarang, rakyat Malaysia bertanya di mana setiap tahun dijamah dengan berita pengumuman kenaikan ekonomi yang memberangsangkan dan pertumbuhan ekonomi 4%, 5%. Tetapi pertumbuhan ekonomi yang dicanang selama ini tidak sampai kepada rakyat Malaysia. Jikalau betul, ekonomi Malaysia bagus dan kaya sebegitu, mengapa kerajaan mahu berkira harga 20 sen dengan mengambil manfaatnya kepada rakyat? Mengapa?

Pendapatan Kerajaan Malaysia Meningkat VS Perbelanjaan Defisit?

Masalahnya di Malaysia adalah perbelanjaan tidak terkawal kerajaan Malaysia, bukannya perbelanjaan tidak berhemah rakyat Malaysia. Ini kerana setiap tahun pendapatan Malaysia meningkat saban tahun, lebih baik daripada negara-negara lain. Tetapi malangnya perbelanjaan yang dibelanjakan kerajaan melebihi pendapatan Malaysia (perbelanjaan defisit). Caranya penyelesaiannya cukup mudah, rakyat malaysia dihadiahkan beberapa siri pengumuman yang bertalu-talu termasuk kenaikan harga minyak, harga gula, harga tol, tarif elektrik?

Ada yang mengatakan perlu dikurangkan atau dihapuskan subsidi kepada seeua rakyat malaysia. Setuju? Pendapat Berita Semasa, di negara maju seperti Jerman, negara Eropah yang lain semuanya ada subsidi. Janganlah ditarikbalik subsidi rakyat. Mengapa Berita Semasa katakan begitu? Teorinya subsidi yang diberikan kepada rakyat, datangnya daripada rakyat juga. Mengapa mahu ditarikbalik?

Di Malaysia ini keadaan ekonomi banyak dipengaruhi dasar kerajaan, dan kerajaan banyak terlibat dalam perniagaan yang boleh mempengaruhi harga. Contohnya tarif elektrik yang mana setiap kali kenaikan tarif elektrik akan memberikan kesan rantaian yang cukup besar termasuklah termasuklah kepada industri.

IPP Malakoff

 

Pemilik IPP Malaysia Kaya-Raya : TNB & Petronas Budak Suruhan?

Masalah yang dialami oleh Petronas terutamanya adalah apabila kerajaan menandatangi perjanjian di antara penjana bebas dengan TNB yang menyatakan IPP tidak perlu menanggung kos bahan api (fule pass through mechanism) dan dalam pada masa yang sama perjanjian tersebut menyatakan juga bayaran yang wajib dibayar oleh TNB (mewakili rakyat Malaysia) kepada penjana bebas tidak kira operasi penjanaan elektrik berjalan atau tidak. Ini adalah satu bentuk jaminan yang cukup tinggi bagi mengaut keuntungan berbilion ringgit. Dan setiap kali berlaku turun naik harga bahan api di pasaran, yang menanggung rakyat melalui TNB dan Petronas.

Ada kajian seorang profesor di Universiti Stanford mengatakan kadar pulangan keuntungan IPP generasi pertama adalah antara tertinggi di dunia

Itu sebablah Petronas mengatakan, sampai bila rakyat melalui Petronas perlu menanggung kos IPP ini sehingga 60%-70% untuk IPP? Mengapa tidak IPP yang menanggung kos bahan api tersebut? Mengapa taikun-taikun kaya IPP ini diberikan kesitimewaan sebegitu rupa? Akhirnya apabila TNB dan Petronas tidak mahu bayar, siapa yang bayar? Akhirnya, Andalah (rakyat Malaysia) melalui kenaikan tarif elektrik sekarang ini.

Sepatutnya, jikalau kerajaan telus dan adil kepada rakyat di mana mahu elektrik ini diswastakan atas tuduhan dahulu TNB tidak cekap dan diwujudkan beberapa IPP, swastakan betul-betul. Maknanya untung kamu swastakan dan rugi juga kamu swastakan. Itu baru konsep swasta yang sbeenarnya. Malangnya perjanjian IPP ini cukup berat sebelah yang menganiayai rakyat Malaysia. 

Apa respon balas anda pula?

Muhkriz digesa campur tangan penyahsenaraian BERNAS

Posted: 26 Jan 2014 08:33 PM PST

MALAYSIAKINI


Ahli Parlimen Alor Star Gooi Hsiao Leung menggesa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk menggunakan pengaruhnya untuk campur tangan dalam proses penyahsenaraian Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dari Bursa Malaysia.

Gooi (kanan) berkata, BERNAS memainkan peranan besar memastikan keselamatan makanan negara dan mengawal lebih 24 peratus pasaran padi negara serta membekalkan 45 peratus permintaan beras tempatan.

"Penyahsenaraian akan mengeluarkan BERNAS dari penelitian awam, dan syarikat tersebut akan mempunyai potensi untuk menanggalkan asetnya, dan kemudiannya menyusun semula pegangan saham ataupun menjual saham kepada orang asing," kata beliau dalam kenyataannya.

Gooi berkata Mukhriz sebelum ini telah meletakkan agenda pertanian sebagai perkara utama dalam kepimpinan beliau di Kedah.

Justeru beliau mahu kerajaan negeri tampil membela masa depan syarikat itu demi membela kepentingan petani, pesawah dan industri padi dan beras negara.

"Sebelum ini, saya cuba membangkitkan kepentingan untuk membahaskan tentang isu penyenaraian keluar BERNAS di Parlimen tetapi telah ditolak oleh speaker, dan sehingga sekarang, tiada maklumat terperinci yang diberikan oleh kerajaan kepada orang ramai mengenai sifat yang tepat bagi penstrukturan semula dan juga hala tuju masa depan BERNAS selepas penyenaraian keluar," kata beliau.

BERNAS dijadual mengadakan mesyuarat khas (EGM) hari ini untuk mengundi bagi cadangan penyenaraian keluar BERNAS.

Keputusan itu dianggap penting kerana bakal mempengaruhi nasib beribu-ribu petani padi yang boleh terjejas dengan keputusan tersebut.

Ia juga dikatakan bakal memberi kawalan sepenuh kepada dua syarikat milik jutawan Syed Mohktar Al- Bhukhary (kiri).

Pada 26 November lalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penyahsenaraian tidak menjejaskan pemegang saham serta tanggungjawab syarikat ke atas pesawah dan pengilang kerana ia hanya bersifat sementara.

Katanya, ia dilakukan bagi membolehkan penstrukturan semula syarikat dilaksanakan secara konsisten, malah selepas proses itu selesai BERNAS akan disenaraikan semula ke bursa.

Bunyi Semulajadi Paling Indah Di Dunia Ditemui Di Sarawak

Posted: 26 Jan 2014 08:30 PM PST

MSTAR ONLINE

 

 

RAKAMAN bunyi-bunyian semula jadi termasuk bunyi katak, burung dan serangga dari Taman Negara Kubah di Kuching, Sarawak, telah dinilai sebagai "bunyi yang paling indah di dunia" oleh laman web gaya hidup BeautifulNow (www.BeautifulNow.is ) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Pemenang telah diumumkan di laman web baru-baru ini dan juga di laman web perkongsian muzik, Soundcloud.com, selepas pencarian bunyi-bunyian paling indah di dunia dilakukan selama sebulan.

Pengumuman itu telah dipetik oleh laman web gaya hidup dan alam semulajadi yang lain sebelum pengguna internet di Malaysia mula berkongsi berita itu di media sosial awal minggu ini.

Jurugambar dan jururakam bunyi Australia Marc Anderson mengemukakan rakaman, bertajuk 'Dusk By The Frog Pond', di bawah kategori 'Persekitaran Liar'.

Pendengar mengundi untuk tempat teratas dari penyertaan oleh lebih 10 peserta akhir.

Pengerusi The Sound Agency, Julian Treasure, sebuah syarikat penjenamaan yang mempunyai pelanggan termasuk Harrod, Honda dan Nokia, mencipta pertandingan tersebut.

Dalam temu bual audio yang disiarkan di laman web, Treasure berkata rakaman Anderson adalah "rakaman kaya dengan kehidupan paling menakjubkan dan paling 'hidup'" dan menyatakan ia menjadi sebab mengapa pengundi memilihnya.

Versi lengkap rakaman dan dua wawancara dengan Anderson boleh didengar dalam talian di http://www.beautifulnow.is/sound .

Kain Rentang Provokasi: Polis Perlu Tangkap Segera Siapa Melakukannya

Posted: 26 Jan 2014 08:17 PM PST

KELAB GREENBOC

Misteri Kain Rentang Provokasi

KAIN rentang ini digantung di beberapa lokasi di Pulau Pinang iaitu di Gereja Assumptions Conception, Lebuh Farquhar; Gereja St John Britto, Sg Pinang; Gereja Immaculate Conception, Lorong Maktab, Pulau Tikus; Victory Lutheran Church, Lorong Delima 7; dan Island Glade, Gelugor.

Membaca ayat-ayat yang tertera pada kain rentang tersebut pasti menimbulkan kemarahan umat Islam dan pada bila-bila masa boleh mencetuskan ketegangan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menuduh kain rentang tersebut digantung oleh anasir jahat di luar gereja di negeri itu yang mahu penganut Kristian dan umat Islam bermusuhan.

"These extremist n racist bigot must not succeed," katanya dalam laman Twitternya yang turut menyebut laporan polis mengenai kain rentang itu telah dibuat oleh salah sebuah gereja.

Kata Guan Eng lagi, pihak gereja sangat kesal dengan perbuatan tersebut.

Sementara itu Sin Chew Daily dan beberapa portal berita melaporkan Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Hng Chee Wey mengutuk pihak tidak bertanggungjawab yang memasang kain rentang dengan perkataan berbaur provokatif di beberapa gereja di Pulau Pinang.

Sambil menggambarkan tindakan itu sebagai bermain api, Chee Wey berkata, perbuatan memasang kain rentang tersebut dapat menimbulkan konflik antara agama di negara ini.

"Sekiranya kita mencintai Malaysia, maka semua pihak harus berhenti daripada melakukan tindakan tidak bijak seperti ini.

"Jika tidak, perpaduan negara pasti akan terjejas dan rakyat jelata akan menjadi mangsanya," katanya dalam kenyataan yang dipetik Sin Chew Daily.

Umno Pulau Pinang menyifatkan tindakan menggantung kain rentang berbaur provokasi berhubung kalimah Allah di beberapa kawasan di Pulau Pinang hari ini adalah cubaan untuk mewujudkan keresahan dan ketegangan antara agama di negeri ini.

Sambil mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata pihaknya percaya kain rentang itu adalah tindakan provokatif paling tinggi dan sangat biadap.

Polis Pulau Pinang menyifatkan tindakan pihak tertentu memasang kain rentang yang tertera kalimah Allah sebagai provokasi melampau bagi membangkitkan kemarahan umat Islam.

Sambil menafikan penglibatan pihak gereja dalam perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut, Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya percaya pemasangan kain rentang itu bertujuan mewujudkan provokasi pihak-pihak tertentu terhadap isu berkenaan.

Katanya, polis sedang menyiasat kejadian tersebut dan rondaan akan dipergiatkan di kawasan-kawasan terlibat khususnya di bandar raya Georgetown yang mempunyai kira-kira 40 buah gereja.

Abdul Rahim berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (A) Akta Hasutan.

"Kita minta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini dan memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan," ujarnya.

ULASAN GB

Oleh kerana laporan polis sudah dibuat, maka menjadi tanggungjawab pihak polis untuk melakukan siasatan serterusnya menangkap pembikin dan penggantung kain rentang provokatif berkenaan.

Ia terlalu merbahaya. Seakan-akan mahu menimbulkan suasana perang di antara penagnut agama Islam dan Kristian di negara ini.

GB tidak mahu membuat spekulasi tetapi GB percaya ada pihak yang melempar batu sembunyi tangan.

Umum mengetahui selama ini melalui tulisan-tulisan di laman sosial dan demo-demo melampau, kumpulan mana sebenarnya yang menimbulkan provokasi dan api perkauman di negara ini.

Polis perlu bertindak tegas, adil dan telus di dalam siasatan insiden berkenaan demi menjaga kredibiliti dan integriti polis.

Tekanan pelbagai pihak, Sinar Harian batal debat kalimah Allah

Posted: 26 Jan 2014 08:15 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

 

Program Wacana Sinar siri ke-26 berkenaan isu kalimah Allah dibatalkan setelah mengambil kira pandangan banyak pihak. - Gambar fail.Program Wacana Sinar siri ke-26 berkenaan isu kalimah Allah dibatalkan setelah mengambil kira pandangan banyak pihak. - Gambar fail. 

Akhbar Sinar Harian malam tadi memaklumkan debat isu kalimah Allah di antara dua tokoh politik iaitu Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad terpaksa dibatalkan ekoran menerima tekanan daripada pelbagai pihak.

Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf Datuk Abdul Jalil Ali berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti pandangan badan bukan kerajaan (NGO), tokoh agama dan individu yang prihatin terhadap penganjuran debat tersebut.

"Kami memahami perasaan dan sentimen umum semasa. Justeru, kami mengambil keputusan ini setelah meneliti nasihat tokoh agama, beberapa NGO dan mereka yang prihatin.

"Pandangan dan nasihat telah disuarakan pelbagai pihak menerusi akhbar, media sosial, e-mel dan surat yang dihantar ke pejabat Sinar Harian," katanya seperti dilapor portal berita tersebut.

Akhbar itu turut memohon maaf kepada pihak yang sudah bersedia untuk mengikuti wacana itu namun menurut keputusan itu dibuat atas semangat keharmonian dan perpaduan.

Sinar Harian melaporkan pada Sabtu program debat itu tetap akan diteruskan seperti yang dijadualkan meskipun sebelumnya NGO Islam, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mendesak akhbar itu untuk membatalkan acara berkenaan.

Pengarah Eksekutif Sinar Harian, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi memberi jaminan majlis itu akan berlangsung dengan lancar dan terkawal setelah ia dilaporkan akan diadakan secara tertutup, tidak seperti kebiasaannya.

"Kami percaya kedua-dua ahli panel yang terlibat akan mengupas kontroversi itu dari sudut perundangan," katanya.

Program Wacana Sinar Siri-26 yang bertajuk "Perdebatan Hujah Isu Kalimah Allah Dari Perspektif Undang-Undang" dijadualkan berlangsung hari ini di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam pada jam 2.30 petang.

Moderator yang dijemput bagi mengendalikan debat itu ialah pensyarah dan pakar undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Prof Madya Dr Sham Rahayu Abd Aziz.

Abim pada Jumaat mendesak Sinar Harian membatalkan debat berkenaan kerana pertikaian isu tersebut masih belum didengar di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Setiausaha Agung Abim Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, debat itu tidak dapat menyelesaikan polemik kalimah Allah kerana isu tersebut seharusnya dibincangkan oleh kumpulan ilmuan yang sentiasa berlapang dada dan mengambil pendekatan bersederhana.

Katanya, perdebatan yang melibatkan dua tokoh politik tidak akan memberi sebarang jalan penyelesaian bahkan bertambah buruk apabila isu yang bersifat teologi akan diheret kepada perkara yang lebih sensitif melibatkan perundangan dan institusi raja.

20 Pelajar Kuin Sesat Di Gunung Jerai Selamat

Posted: 26 Jan 2014 08:10 PM PST

MSTAR ONLINE

GURUN: Sebanyak 20 pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) tersesat di Gunung Jerai dekat sini selepas menaiki gunung tersebut sejak pagi semalam, berjaya ditemui anggota penyelamat, Ahad malam.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata pihaknya menerima maklumat daripada polis bahawa 18 pelajar wanita dan dua pelajar lelaki dipercayai hilang, pada pukul 6.24 petang Ahad.

Katanya seramai 19 anggotanya dikerahkan untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat dan tiba di Gunung Jerai pada pukul 7 malam.

"Operasi bermula kira-kira 9 malam. Maklumat awal yang kita terima daripada pihak polis kesemua mangsa menaiki Gunung Jerai pada pukul 10 pagi semalam," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya pasukan penyelamat menemui mangsa kira-kira 10 malam dalam keadaan selamat dan usaha sedang dijalankan untuk membawa mangsa turun dari gunung tersebut.

Selain Bomba, pasukan penyelamat turut melibatkan polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan renjer hutan. BERNAMA

Wanita Hampir Diserang Pakai Pakaian Ketat

Posted: 26 Jan 2014 08:07 PM PST

MSTAR ONLNE

MELAKA: Seorang wanita yang memasuki kawasan sekolah untuk bertemu guru besar hampir diserang seorang pengawal keselamatan wanita didakwa berpunca daripada cara pemakaian wanita itu.

Eksekutif pemasaran, Fatimah Abdullah, 28, dari Desa Ria, Tangga Batu mendakwa pengawal dalam lingkungan umur 40-an itu memarahinya kerana memakai pakaian ketat.

Dia juga mendakwa pengawal itu cuba memukulnya sebelum dihalang oleh guru dan kerani sekolah yang melihat insiden itu.

Katanya kejadian itu berlaku pada Khamis lalu apabila dia berada di sekolah berkenaan untuk menemui guru besar bagi membincangkan mengenai hal pelajaran dua anaknya yang berumur 10 dan lapan tahun.

"Saya memakai pakaian seragam kerja ketika pergi ke pejabat sekolah. Namun pengawal keselamatan itu menuduh saya mendedahkan bentuk badan saya kerana memakai pakaian ketat.

"Saya terkejut kerana saya tidaklah berpakaian yang tidak sopan. Dia juga menyuruh saya pulang ke rumah dan menukar pakaian," katanya.

Bagaimanapun menurut wanita itu, dia tidak mengendahkan larangan berkenaan dan meminta agar pengawal itu tidak menjaga hal peribadinya.

"Dia kemudiannya meluru ke pejabat dan saya percaya dia mahu memukul saya. Walau bagaimanapun tindakannya berjaya dihalang oleh guru dan kerani," tambahnya.

Fatimah yang kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Tanjung Keling berkata, beliau turut mengemukakan aduan kepada Pejabat Pelajaran Daerah.

Tiada sebarang tindak balas setakat ini.

"Saya berasa dihina kerana kejadian itu berlaku dalam perhatian guru-guru dan kakitangan sekolah.

"Saya hairan dengan tindakan pengawal itu kerana saya tidak memakai skirt pendek atau bikini ke sekolah," katanya.

"Kedua-dua anak saya juga berasa malu kerana kejadian itu menjadi buah mulut orang sekolah," katanya.

Penubuhan Polis Syarie bercanggah dengan Perlembagaan, kata pakar

Posted: 26 Jan 2014 07:58 PM PST

OLEH MD IZWAN

Pertikaian akan timbul sama ada pegawai polis yang ditempatkan di dalam jabatan agama negeri adalah di bawah kerajaan Persekutuan ataupun negeri kerana kedua-duanya mempunyai undang-undang yang berbeza. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 27 Januari, 2014. Pertikaian akan timbul sama ada pegawai polis yang ditempatkan di dalam jabatan agama negeri adalah di bawah kerajaan Persekutuan ataupun negeri kerana kedua-duanya mempunyai undang-undang yang berbeza. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli.

Cadangan Putrajaya untuk menubuhkan Unit Polis Syarie bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana Islam merupakan urusan negeri dan ianya akan bercanggah dengan tugas polis, kata pakar Perlembagaan.

Peguam Syahredzan Johan menegaskan majlis agama dan polis adalah dua agensi penguatkuasa berbeza di Malaysia.

"Kedua-dua badan mempunyai tanggungjawab dan tugas berbeza. Jadi bila tertubuhnya satu Unit Polis Syarie, ia mewujudkan isu dalam bidang kuasa di situ," kata Syahredzan kepada The Malaysian Insider.

Syahredzan bimbang kewujudan Polis Syarie akan mewujudkan isu bidang kuasa. Syahredzan bimbang kewujudan Polis Syarie akan mewujudkan isu bidang kuasa. Menjelaskan perbezaan antara majlis agama dan polis, Syahredzan berkata majlis agama terletak di bawah bidang kuasa negeri manakala polis pula di bawah kerajaan persekutuan.

"Ini saya rasa bertentangan dengan apa yang dinyatakan dalam perlembagaan

"Saya rasa ini satu perkara yang kita tidak boleh benarkan, Perlembagaan dah nyatakan dengan jelas pemisahan bidang kuasa negeri dan Persekutuan, jadi ini adalah satu langkah kerajaan melangkaui bidang kuasa mereka yang telah termaktub dalam Perlembagaan," katanya.

Menurut Syahredzan lagi, pertikaian akan timbul sama ada pegawai polis yang ditempatkan di dalam jabatan agama negeri adalah di bawah kerajaan Persekutuan ataupun negeri kerana kedua-duanya adalah dua set undang-undang yang berbeza.

"Kalau kita ada unit Syarie ini dan ditempatkan di jabatan agama bagaimana pula polis itu mempunyai bidang kuasa didalam hal  berkenaan Syariah" soal Syahredzan ke atas bidang kuasa yang akan diperuntukan.

Sabtu lalu Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustafa berkata Unit Polis Syarie  akan dimuktamadkan selepas perbincangan mengenai skop tugas dan bidang kuasanya selesai tidak lama lagi.

Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari (gambar) membidas keputusan penubuhan Unit Polis Syarie kerana perkara berkaitan agama bukan kerja polis sebaliknya mereka bertanggungjawab menjaga ketenteraman awam.

"Masalahnya macam nak dimasukkan Unit Polis Syariah dalam Akta Polis ini, agama ini saya fikir bukan kerja polis.

"Sepatutnya polis ini tumpukan kepada public order, melaksanakan undang-undang," kata Abdul Aziz kepada The Malaysian Insider.

Abdul Aziz mengecam langkah tersebut sebagai hanya cubaan menambah beban dan tekanan kepada agensi penguatkuasa tersebut, sedangkan tanggungjawab sedia ada tidak terlaksana.

"Polis ni pun sekarang kerja dah banyak dah. Jangan cuba nak cari kerja lah kalau kerja sedia ada pun tidak boleh buat," kata Abdul Aziz lagi.

Sementara itu, Syahredzan mempersoalkan penubuhan Unit Polis Syarie tersebut sama ada sah atau tidak dari segi undang-undang, memandangkan ia kali pertama didengar dan tidak pernah dibincangkan di Parlimen tentangnya.

"Jadi bagi saya, kerajaan Persekutuan tidak boleh terus membuat keputusan seperti itu tanpa sekurang-kurangnya dibincangkan di  Parlimen.

"Jadi sekarang ini apabila kata telah dimuktamadkan, kita tidak tahu pun apa mekanisma polis ini. Apakah kuasa mereka? Adakah mereka mempunyai kuasa untuk menangkap, kita tidak tahu tentang ini," soal Syahredzan lagi.

Beliau juga tidak menolak pengumuman tersebut adalah respon kerajaan terhadap isu-isu yang dibangkitkan sebelum ini seperti fahaman Syiah, Comango dan lain-lain yang kononnya mengugat agama Islam.

"Kita khuatir ia akan dijadikan satu asas terhadap mereka yang berfahaman Syiah dan digunakan untuk ambil tindakan ke atas  mereka di dalam Comango atas alasan bertentangan dengan Islam.

"Jadi ini sangat membimbangkan sebenarnya," kata Syahredzan yang bimbang penubuhan tersebut bertujuan memberi tekanan kepada kumpulan dan individu tertentu.

Dalam pada itu, pakar perundangan, Profesor Madya Dr Azmi Sharom berkata penubuhan tersebut bukan suatu yang menjadi keutamaan ketika masalah percanggahan masih banyak lagi belum diselesaikan.

"Lagipun banyak isu berbangkit dalam undang-undang syariah sebelum ini yang diragui, sebagai contoh, seperti isu dalam Injil, banyak perkara yang bercanggah dengan Perlembagaan belum diselesaikan.

"Kita perlu tanya diri sendiri, adakah kita mahukan polis moral ini?" soal Azmi.

Polis pantau harga barang: Kawalan ekonomi ala Nazi, kata DAP

Posted: 26 Jan 2014 07:55 PM PST


Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja gagal mentadbir ekonomi dengan baik sehingga menyebabkan hutang negara melonjak tinggi tetapi turut menmpergunakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengawal harga barang di pasaran, kata DAP.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim (gambar) berkata, kerajaan pusat menggunakan taktik ekonomi perang rejim Nazi dengan menggunakan polis bagi mengawal harga barang di pasaran yang jelas tersasar daripada misi penubuhan PDRM.

"Adakah rancangan menggunakan PDRM memantau harga barang satu permulaan kepada ekonomi kawalan ala-Nazi ataupun komunis zaman Perang Dingin?

"Kerajaan Umno-BN gagal mentadbir ekonomi dengan baik menyebabkan pendapatan rakyat terbantut, kos sara hidup meningkat dan budaya rasuah berleluasa tidak dapat ditangani," katanya dalam satu kenyataan awal pagi ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pada Sabtu polis akan membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memantau harga barang keperluan khususnya makanan di pasar borong dan premis perniagaan.

Katanya, PDRM akan membantu menangani tindakan peniaga yang menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya dengan menghantar anggota polis berpakaian biasa dan berlakon sebagai pelanggan untuk memantau harga barang serta mengambil tindakan mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan.

Sim berkata dengan arahan Ahmad Zahid itu, imej, maruah dan profesionalisme anggota polis jelas tergugat disebabkan oleh tindakan menteri yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, sebelum ini Ahmad Zahid pernah mengarahkan polis menjaga kertas undi dan peti undi semasa pemilihan Majlis Tertinggi Umno pada tahun lepas dan kini anggota polis juga dikerah memantau harga barang di pasaran.

"Ini jelas sudah tersasar dari misi PDRM yang termaktub dalam Akta Polis 1967 seksyen 3(3) iaitu memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekal keamanan dan keselamatan, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah serta mengumpul risikan keselamatan," katanya.

Sim berkata langkah kerajaan mengunakan polis bagi memantau harga barang di pasaran hanya akan memberi tekanan kepada peniaga terutamanya peniaga kecil manakala syarikat besar bebas mengaut keuntungan.

Katanya, syarikat yang memonopoli perkhidmatan dan barangan dalam negara seperti pembekal tenaga elektrik bebas (IPP), penerbangan, tol, gula, makanan asas, gas dan petrol, sistem perbankan, televisyen satelit dan lain-lain bebas mengaut keuntungan.

"Ini jelas ini bukan strategi ekonomi yang bijak mahupun adil. Peniaga kecil ditekan manakala syarikat monopoli berleluasa," katanya.

Jalan terakhir penyelesaian isu kalimah Allah

Posted: 26 Jan 2014 07:53 PM PST

OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Isu kalimah Allah sudah bermula sejak 20 tahun lalu dan ia semakin parah apabila diambil kesempatan pihak tertentu dalam mendapatkan sokongan politik. - Gambar The Malaysian Insider.  
Isu kalimah Allah sudah bermula sejak 20 tahun lalu dan ia semakin parah apabila diambil kesempatan pihak tertentu dalam mendapatkan sokongan politik. - Gambar The Malaysian Insider. 

Dengan anggapan mereka boleh mendapat kelebihan politik dengan memperjuangkan isu Allah, dan bukannya melakukan apa yang sepatutnya, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) akan berakhir dengan mengorbankan sokongan daripada masyarakat yang mereka harapkan.

Lebih daripada itu, mereka juga berisiko mengorbankan hak asasi bagi kebebasan beragama yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan di mana Malaysia ditubuhkan daripada asas ini.

Ini terjadi rentetan bagaimana isu Allah dimainkan sejak lebih 20 tahun dan melalui dua pilihan raya umum, menunjukkan ia tidak akan dapat diselesaikan dengan membuang undi.

Siapa yang dapat menggunakan Allah tidak akan diputuskan sama ada jika anda mengundi PR atau PR pada pilihan raya umum ke-14 kelak.

Malah, skala permasalahan yang membawa kepada suatu keadaan yang jarang berlaku di mana kedua-dua parti, BN dan PR akan bersetuju mengenai suatu perkara – penyelesaian 10 perkara oleh kerajaan Persekutuan terhadap Al-Kitab yang menggunakan Allah hanya terpakai kepada negeri-negeri yang tidak mempunyai undang-undang tempatan yang menglarang.

Ini ditunjukkan dalam serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan rampasan 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban sehari sebelum tahun baru.

Exco Selangor yang bertanggungjawab bagi hal agama, Sallehin Mukhyi mengesahkan kerajaan negeri akan menguatkuasakan enakmen 1988 yang mengharamkan orang bukan Islam daripada menggunakan istilah ini.

Sallehin berkata demikian pada 26 Januari, sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak membuat kenyataan penyelesaian 10 perkara beliau.

Keadaan ini hanya berlaku di Malaysia yang mana melibatkan pelbagai aspek, politik, ekonomi dan perundangan sehingga menyebabkan ia tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

Seorang aktivis hak asasi manusia berkata, walaupun PR memerintah negara ini selepas pilihan raya akan datang, ia akan terus bergelut untuk menyelesaikannya dan mungkin memerlukan bantuan pemimpin BN untuk melakukannya.

MENGHARAPKAN UNDI MELAYU-ISLAM

Serbuan Jais itu menunjukkan bahawa isu ini sudah berakar sejak 20 tahun lalu.

Pada tahun 1986, Majlis Fatwa yang sepatutnya berperanan kepada isu-isu yang menjejaskan umat Islam, mengeluarkan fatwa bahasa hanya orang Islam boleh menggunakan kalimah Allah.

Berikutan itu, kira-kira 10 negeri, semua di Semenanjung dan sebahagian besar mempunyai sultan, meluluskan undang-undang yang membenarkan fatwa itu dikuatkuasakan. Ini termasuklah enakmen 1988 di Selangor.

Ia hanya menjadi isu bagi kepentingan politik selepas tahun 2008 dan semasa persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 tahun lepas.

Ia tercetus disebabkan kes mahkamah mengenai edisi bahasa Melayu bagi akhbar mingguan Katolik Herald berkenaan penggunaan istilah Allah.

Perkataan Allah digunakan dalam Bible Bahasa Indonesia yang digunakan secara meluas oleh penganut Kristian yang menggunakan bahasa Melayu.

Penganut Kristian dari Malaysia Timur dan Orang Asal membentuk dua pertiga daripada penganut Kristian dan kebanyakan mereka beribadat dalam bahasa Melayu.

Kes mahkamah Herald dipergunakan oleh kumpulan pelampau Melayu-Islam seperti Perkasa dan Isma sehingga ia bertukar menjadi lebih parah sebagaimana yang berlaku hari ini.

Umno, yang dicabar oleh PAS dan PKR untuk mendapatkan undi Melayu-Islam, mengambil kesempatan menjadikan kempen oleh pelampau Melayu untuk membantu meningkatkan sokongan mereka di  kalangan masyarakat.

Namun, di sebalik bagaimana isu ini dimain dan digunakan dalam pilihan raya umum, ia tidak menterjemahkannya sejumlah undi yang besar  untuk Umno kata Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian (gambar).

Menurut Ibrahim, beliau tidak menemui kaitan antara bagaimana pandangan orang Melayu Islam terhadap isu berkenaan dengan sokongan untuk Pakatan.

"Faktor-faktor lain seperti politik tempatan, keberkesanan wakil rakyat dan pentadbiran negeri memainkan peranan lebih besar dalam menyalurkan  ke mana undi itu berpihak," kata Ibrahim, yang menjalankan penyelidikan mengenai pendapat masyarakat Malaysia melalui pusat ini sejak beberapa tahun lalu.

Yang pasti, orang Melayu Islam memegang pendapat yang kukuh mengenai isu itu. Menurut kajian yang dilakukan Pusat Pilihan Raya dan Pengajian Demokrasi Universiti Malaya (Umcedel), 77% daripada orang Melayu Islam menentang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Malah Umcedel mengatakan isu itu tidak mampu memberi kelebihan politik kepada mana-mana parti sama ada PR atau BN. Satu-satunya perkara yang wujud daripadanya adalah pergeseran antara agama.

MENCARI "PENYELESAIAN PRAKTIKAL"

Ahli akademik Datuk Dr Denison Jayasooria (gambar) percaya isu Allah adalah "perkara praktikal" dan mencerminkan perubahan dinamik dalam masyarakat  Malaysia sejak lewat tahun 80-an.

"Kini terdapat peningkatan bilangan penganut Kristian dari Malaysia Timur yang beribadat dalam bahasa Melayu yang tinggal di Lembah Klang," kata Denison, merujuk kepada ribuan rakyat Sabah dan Sarawak yang menetap untuk bekerja dan belajar di Selangor.

Dalam lain keadaan, Kristian boleh mengamalkan agama mereka dengan bebas dan dalam bahasa mereka sendiri di Malaysia Timur tetapi dilarang daripada berbuat demikian sebaik sahaja mereka melangkah keluar daripada pesawat di KLIA.

Sejak enakmen 1988 itu juga melarang menggunakan Bible yang mempunyai kalimah Allah, Bible yang diimport dari Indonesia dan tiba di Pelabuhan Klang terlebih dahulu disebabkan polisi kabotaj , juga menjadi masalah.

Ini dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menulis kepada Kementerian Dalam Negeri bagaimana untuk menangani ketibaan Bible melalui Pelabuhan Klang sebelum tiba ke Malaysia Timur.

Kecelaruan ini, antara undang-undang seperti enakmen 1988 dan penyelesaian 10 perkara serta pergerakan individu  dan barangan antara Timur dan Semenanjung Malaysia untuk bekerja dan belajar  telah meletakkan pemimpin Pakatan dalam kebingungan.

Pendirian Pakatan terhadap isu kalimah Allah sebagaimana  yang diumumkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pada 2013 adalah Allah tidak eksklusif kepada orang Islam dan bukan Islam boleh menggunakannya selagi ia tidak disalahgunakan.

PENYELESAIAN YANG MUSTAHIL 

Pendirian ini bagaimanapun tidak tidak relevan di Selangor.

"Terdapat kegagalan dalam kepimpinan di kedua-dua belah pihak dan kedua-dua di peringkat persekutuan dan negeri bagi menyelesaikan masalah ini dengan lebih efektif," kata Dr Denison yang
juga adalah bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya  Hak Asasi Manusia Malaysia.

Tindakan membawa perkara ini ke mahkamah adalah suatu pilihan yang ada tetapi tetapi tidak menjanjikan penyelesaian muktamad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP di Selangor, Lau Weng San berkata, orang Kristian akan terus menggunakan istilah ini dalam ibadat mereka. Ini termasuk undang-undang atau ketetapan mahkamah.

"Kristian akan terus menggunakan istilah itu dan Jais akan terus menganiaya  mereka. Ini realiti tetapi ia tidak boleh terus begini."

Abdul Khalid juga berkata kerajaan Selangor tidak bercadang untuk meminda enakmen itu, walaupun ketika PR dengan mudah boleh menolak melalui Dewan Undangan Negeri.

Walaupun PR memerintah negara, kata Denison, ia tidak boleh mengubah undang-undang negara yang sama dengan enakmen Selangor, jika ia tidak mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri berkenaan.

Itulah sebabnya mereka yang ditemu bual bagi penuliasan artikel ini percaya bahawa satu-satunya jalan penyelesaian terakhir adalah kerjasama BN dan PR.

Ini kerana, apa yang diperlukan ialah untuk menyeragamkan undang-undang kedua-dua peringkat negeri dan persekutuan agar semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing. –

Zahid Hamidi alu-alukan rundingan BN-Pakatan

Posted: 26 Jan 2014 07:48 PM PST

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Zahid memandangan baik cadangan yang dikeluarkan oleh Pakatan. - Gambar The Malaysian Insider.Zahid memandangan baik cadangan yang dikeluarkan oleh Pakatan. - Gambar The Malaysian Insider. 

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyambut baik gesaan mewujudkan konsensus nasional oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana menurutnya ia adalah langkah proaktif yang harus diterima semua pihak.

"Saya memandang cadangan daripada ucapan penasihat PKR itu dalam persidangan Pemuda PKR merupakan satu langkah yang proaktif yang harus diterima baik oleh Umno dan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Perkara seumpama itu jelas Naib Presiden Umno itu juga belum pernah berlaku dan ini menunjukkan sifat terbuka antara program yang harus dilakukan bersama antara parti kerajaan dan pembangkang.

"Ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan ini melihatkan sifat dan rasa keterbukaan mereka terhadap program yang  harus dijalankan bersama antara parti pemerintah dan pihk pembangkang," kata Ahmad Zahid.

Pakatan gesa menteri Kabinet cari dana sendiri untuk latihan media

Posted: 26 Jan 2014 04:28 PM PST

OLEH YISWAREE PALANSAMY

Menteri Kabinet mesti mencari dana sendiri bagi menghadiri latihan media seperti yang disaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta tidak menggunakan dana awam pada masa perlu berjimat ini, kata ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR).

Mereka berkata, latihan media tidak mampu menyelesaikan masalah yang disebabkan kegagalan mereka memahami masalah rakyat berhubung kenaikan harga barang.

"Apabila menteri tidak bercakap dengan bijaksana, pastinya mereka perlu belajar dan membuat pembaharuan tetapi itu masalah peribadi mereka. Rakyat tidak harus dijadikan mangsa bagi tujuan mereka mempelajari bagaimana berdepan dengan media," kata Naib Presiden DAP M Kulasegaran (gambar).

"Ini pertama kali dalam sejarah negara menteri Kabinet diminta pergi ke kursus media untuk bercakap dengan bijak. Keputusan ini menjadi bahan ketawa."

Ahli Parlimen Ipoh Barat yang juga merupakan seorang peguam itu berkata sementara beberapa menteri pernah memberikan kenyataan memalukan kerajaan dan mengundang kemarahan rakyat serta perkara yang menjadi isu bukanlah pemimpin kurang bijak.

"Adakah mereka tidak tahu cara untuk berdepan dengan media?

"Saya tak fikir begitu. Puncanya adalah menteri kurang bergaul dengan orang kebanyakan," katanya.
Kulasegaran kemudiannya memberikan dua contoh bagi menyokong hujahnya.

"Pertamanya adalah kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wahid Omar yang berkata rakyat boleh menggunakan jalan biasa jika tidak mahu membayar tol.

"Keduanya adalah contoh kangkung yang diberikan Najib."

Kulasegaran berkata Najib dengan jelas tidak memahami tekanan kos sara hidup dan kenaikan harga barang yang dihadapi rakyat sehingga sanggup memberikan kenyataan demikian.

"Adakah Najib fikir rakyat hanya makan kangkung setiap hari atau rakyat perlu berterima kasih kerana harga kangkung turun sedangkan kos sara hidup meningkat?

"Bagaimana perdana menteri yang selalu melaungkan slogan 'Rakyat Didahulukan' mengeluarkan kenyataan sedemikian?

"Jawapannya hanyalah beliau kurang bersama rakyat bawahan. Beliau jelas tidak memahami perasaan rakyat," katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berasa tindakan menghantar menteri ke kursus media bukan jawapan sebenar kepada pengakhiran kesilapan pentadbiran Najib.

Beliau berkata Najib perlu mempunyai pendirian kukuh, menghentikan pentadbiran auto-pilot dan menunjukkan perubahan dalam kepimpinan.

Katanya, Najib perlu membuang sebahagian menteri Kabinet yang didefinisikan "menteri half-past six" oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menghasilkan menteri Kabinet yang dihormati dan memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (gambar) berkata sebilangan menteri adakalanya tidak dapat menerima kritikan terhadap corak kepimpinan menyebabkan mereka mengeluarkan kenyataan luar biasa.

"Mereka sepertinya lupa rakyat mahukan jawapan bertanggungjawab daripada mereka apabila ada isu yang dibangkitkan.

"Menteri harus belajar bertenang ketika menjawab soalan daripada media dan bersedia menjawab soalan sensitif dengan kebijaksanaan.

"Mereka harus ingat mereka dipilih rakyat dan seharusnya mereka bertanggungjawab," katanya kepada The Malaysian Insider.Raja Kamarul Bahrin berkata, jika menteri berkenaan enggan melakukan perubahan terlebih dahulu, tiada kursus media yang mampu merubah mereka.

"Perubahan bermula dari dalam dan jika mereka tidak berminat untuk menjawab meskipun merupakan menteri yang berkaitan, lebih baik letak jawatan," katanya.

Ketua Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman pula berkata, pertama, mereka yang mempunyai kemahiran kepimpinan terpuji sahaja wajar diberi status menteri dan portfolio.

"Dari cara beberapa menteri bercakap baru-baru ini menunjukkan mentaliti mereka dan ia memalukan kerajaan.

"Daripada mengadakan kursus media yang menggunakan wang pembayar cukai, menteri seharusnya diberi cuti belajar dan diminta menghantar laporan penuh apa yang dipelajari berkaitan dengan tugas kementerian," katanya.

Fauzi berkata masalah sesetengah menteri adalah mereka terlalu bergantung kepada pegawai mengendalikan tugas mereka.

"Inilah punca mereka mengeluarkan kenyataan mengarut sewaktu ditanya isu melibatkan rakyat. Mereka tidak menjalankan tugas," katanya.

Pemimpin PR mengulas berhubung laporan Najib yang mengarahkan kursus media wajib kepada menterinya bagi mengelakkan pentadbirannya menjadi bahan ketawa rakyat.

"Perdana Menteri mahu menterinya menduduki kursus media bagi mengelak berulangnya kenyataan bodoh," kata sumber yang enggan namanya didedahkan.

The Malaysian Insider difahamkan Najib kurang senang dengan kenyataan menterinya yang memburukkan lagi imej Putrajaya.

Seorang menteri mengesahkan Najib memberikan arahan itu dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu mengarahkan menterinya menghadiri kursus berdepan dengan media.

Katanya, ia perkara biasa bagi anggota Kabinet menghadiri latihan, kursus dan seminar dan bukanlah kerana kelemahan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek turut mengesahakan kursus media itu yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Tidak lama lagi, kena tingkatkan penyampaian media kami," katanya tanpa mahu mengulas lanjut.
Penyelarasan subsidi yang dijalankan Putrajaya selepas Pilihan Raya 2013 dibantah orang ramai termasuk pembangkang PR.

Langkah Putrajaya merasionalisasikan subsidi dilihat pakar ekonomi sebagai tindakan bijak untuk mengekang defisit negara, namun pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kenaikan tarif elektrik dan tol termasuk pemansuhan subsidi gula dan kenaikan kos bahan api menerima respons negatif rakyat yang merasai peningkatan kos sara hidup.

Anwar: Orang Islam dan Kristian adalah bersaudara

Posted: 26 Jan 2014 04:22 PM PST

Apabila ditanya apakah hubungan orang Islam dengan bukan Islam, jawab Ali 'saudaramu sesama manusia'. 

KOTA BELUD : Ketua Umum PKR, Datuk Anwar Ibrahim, berkata umat Kristian dan umat Islam adalah bersaudara dan tidak harus bergaduh sesama mereka demi agama masing-masing.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang  berkata beliau bukan membawa ajaran baru apatah lagi agama baru, sebaliknya khalifah keempat Islam, Saiyidina Ali Ibn Talib, yang menyatakan demikian kepada umat Islam.

"Ketika ditanya para pengikutnya, apakah hubungan orang Islam sesama orang Islam, Sayidina Ali menjawab (terjemahan Melayu) 'saudaramu seiman', dan apabila ditanya apakah hubungan orang Islam dengan bukan Islam, jawab Ali 'saudaramu sesama manusia'," Anwar memetik jawapan Ali dalam bahasa Arab.

Anwar berkata demikian pada majlis penerangan isu-isu semasa anjuran PKR Kota Belud di pekarangan rumah bekas ADUN Kadamaian, Datuk Yapin Gimpoton di Kampung Taginambur Jaya dekat sini lewat petang semalam.

Menurut beliau, berdasarkan jawapan Ali itu, umat Islam dan umat Kristian adalah bersaudara dan hendaklah saling menghormati agama masing-masing, dan tiada pihak boleh sombong kepada yang lain.

"Adakah Tuhan hanya untuk orang Islam sahaja? Tidak. Tuhan adalah Tuhan untuk semua orang, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan segala isi cakerawala," katanya sambil menambah rakyat tidak harus melayan permainan sesetengah pihak yang ingin memperlaga-laga rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Anwar juga memberitahu kira-kira 300 orang penyokong yang hadir bahawa esok beliau akan menyatakan pendirian terhadap isu itu.

Beliau yang dalam rangka lawatan sehari ke Sabah, berkata tiga bulan yang lalu beliau dijemput Pope Francis ke Rome untuk menyertai forum pelbagai agama.

"Ini adalah satu penghormatan kerana Pope menganggap saya boleh mewakili pandangan masyarakat Islam dan pada masa yang sama mengiktiraf peranan kita dalam dialog antara agama.

"Tapi biasalah propaganda Umno akan menyiarkan tohmahan 'Anwar khianat agama, kini sokong Kristian dan bermacam-macam lagi," tegasnya.

Dalam ucapan kira-kira 20 minit itu, Anwar turut mengingatkan rakyat bagaimana Barisan Nasional (BN) telah menipu rakyat bahawa kehidupan akan lebih makmur bila mereka mengundi BN.

"Siapa kena janji, undi BN supaya hidup rakyat? BN janji hidup senang, tapi sekarang hidup rakyat makin susah, semua harga barangan naik termasuk kangkung," katanya disambut gelak ketawa hadirin.

"Tadi dalam perjalanan ke Kota Belud, saya juga terlambat kerana jalan sesak, bukan sahaja sesak tetapi jalan berlubang-lubang dan bertampal-tampal. Sudah merdeka lebih 50 tahun tapi masih bertampal-tampal," ujarnya.

Anwar turut menerima dari Yapin 285 borang permohonan menyertai PKR dari Kota Belud. Sebelum Anwar tiba di majlis itu, beberapa pemimpin PKR Sabah berucap dan kebanyakannya mengutuk tindakan bekas wakil rakyat Kadamaian dari PKR, Jeremmy Ukoh Malajad, keluar PKR dan menyokong BN.

Antara yang berucap ialah Ketua Cabang PKR Kota Belud, Jeraeh Saum, Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking, Pengarah Pilihanraya PKR Sabah, Datuk Karim Ghani, ADUN Inanam, Dr Roland Chia dan Ketua Cabang Tanjung Karang, Selangor, Yahya Shaari yang juga Ketua Biro Kepenggunaan PKR pusat.

Turut hadir ialah ADUN Moyog, Terrence Siambun dan Pengerusi PKR Negeri, Datuk Lajim Ukin.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 27 Jan 2014 03:02 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:02 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


ADUN Kajang letak jawatan

Posted: 27 Jan 2014 01:21 AM PST

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat hari ini

Perkara itu diumumkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh petang ini dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee sendiri.

Menurut undang-undang, katanya, SPR harus mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 26 Jan 2014 11:24 PM PST

Suara Sri Andalas


Jemputan Ke Sidang Media Tergempar YB Dr Xavier Jayakumar

Posted: 26 Jan 2014 07:49 PM PST

Media Alert / Hebahan Media

Sidang Media Tergempar YB Dr Xavier Jayakumar

YB Dr. Xavier Jayakumar akan mengadakan Sidang Media Tergempar. Butiran adalah seperti dibawah:

Tarikh: 27 Januari 2014 (Isnin)

Masa: 7.00 petang

Tempat: Bilik Gerakan PKR DUN Seri Andalas
              67A, Jalan Dato' Yusof Shahbuddin 28,
              Taman Sentosa, 41200 Klang

Contact Person: En. Satthia Seelan 010-2897402 (HP) 03-51610400 (Off)

SEMUA EDITOR MEDIA DAN WARTAWAN DIJEMPUT HADIR

Anwar Ibrahim

Posted: 26 Jan 2014 07:29 PM PST

Anwar Ibrahim


[SPECIAL ADDRESS] Let’s work towards a national consensus

Posted: 25 Jan 2014 11:40 PM PST

SPECIAL ADDRESS TO MALAYSIANS
26 JANUARY 2014

Let's work towards a national consensus

1. It has been just over four months since we last celebrated Merdeka Day and Malaysia Day. Just celebrating them as a festivity doesn't mean much if we miss the bigger picture.

2. I cannot overemphasise the importance of this bigger picture.

3. That is why I am taking this opportunity to address not just all of you present here this afternoon but to all Malaysians at home and abroad today.

4. By all Malaysians I mean exactly that – regardless of race, religion, cultural group or mother tongue; regardless of whether you are from the Peninsula or from Sabah and Sarawak; and regardless of your political affiliation.

5. It does not matter whether you are with Pakatan Rakyat or with Barisan Nasional, or that you are with neither party, nor that you are independent or even totally apolitical, I want to reach out to all with this message.

6. It is a message conceived in love for the nation and not in hate against anyone. It is a message raised on the altar of hope, not on the ruins of despair. And it is a message for all of us including myself to take home and share with our family, our neighbours and our friends so that we may move forward.

7. At the outset, I mentioned celebrating Merdeka Day and Malaysia Day and what it entails for it to be truly meaningful. First and foremost, it is a celebration of the fundamental liberties enshrined in our Federal Constitution, a document of statehood agreed to by our founding fathers attendant upon our gaining independence.

8. This constitution is not just a piece of paper. It is a sovereign document brought into existence as a result of the social compact of our leaders representing the diverse communities in this blessed country of ours.

9. It guarantees our right to life and liberty, to freedom of speech, assembly and association. It prescribes equality of all citizens before the law and guarantees freedom of religion.

10. These provisions form the sub-stratum of our Malaysian identity, an identity made up of a multi-racial, multi-religious and multi-cultural society. These principles must be respected by all communities, whether they comprise the majority or they constitute minorities. They must be honoured by the politicians in word and deed whether they are in power or whether they are in the opposition. Similarly, all civil society groups, NGOs, and all the organs of state must abide by these constitutional safeguards.

11. The Malaysian identity as a nation of peoples can only be as good as the cohesiveness of this very plural society of ours. Take this unity and sense of togetherness away and we will take away our identity as Malaysians.

12. So, indeed, after 56 years of independence one would expect that this cohesiveness is not only in existence but should be growing stronger by the day. Unfortunately though, there has been particularly in the last few months, a series of circumstances and developments that collectively are fast eroding the cohesiveness that is so crucial to our identity.

13. In fact, these developments appear to be reaching a crescendo that threatens to tear the very fabric of our unity apart. Of course, we have not reached the tipping point yet but as they say, an ounce of prevention is better than a pound of cure.

14. And we cannot be vigilant enough here. That is because what we are seeing today are all kinds of attempts by certain quarters to take this nation to the brink.

15. In fact, we have not seen this building up of tension since the events leading up to our national tragedy of May 13th 1969. The voices of hate and animosity, the voices of prejudice and suspicion, and the voices of wreck and ruin are attempting to drown out the harmony, cooperation and understanding that we have managed to build on the ruins of this tragedy.

16. I call on you, my fellow Malaysians to rise up and let your voices be heard. Let your voice of mutual respect and goodwill, your voice of understanding and trust, and your voice of unity and integration prevail over these voices of hatred, rancour, hostility and destruction.

17. We must turn the corner from the path of increasing polarization to the path of greater integration. We must stop the race-baiting, put an end to this disease of incitement to religious intolerance and hatred and join our hands in unity and togetherness.

18. Leaders from both sides of the political divide must put aside all partisan concerns and show real leadership in easing the tension and work towards ameliorating the situation.

19. Indeed, the time has come for all of us to reach a national consensus on these crucial issues that impact the sub-stratum of our identity as a nation.

20. In line with the spirit of the constitution, all parties must cease questioning the paramount position of Islam as the religion of the Federation.

21. In reaffirming the position of Islam and recognizing that Muslims make up the majority of the population, we must reject the notion that Islam is under threat. We must reject the notion that there is some sinister conspiracy to replace Islam as the religion of the Federation with some other religion.

22. We must at the same time give due recognition to the same constitutional safeguards on all the other religions in the land. We are a nation of communities comprising a plurality of faiths. In this regard, Buddhists, Taoists, Christians, Hindus, Sikhs and practitioners of ethnic religions must be accorded their constitutional freedom to practise their religion in the manner of their choosing.

23. In working towards this consensus, let us remain focussed on the other things that really matter to us as a nation going forward.

24. Let us work together to tackle the issues of governance, transparency and accountability. Whether it is at the Federal or state levels, let us resolve to stamp out the cancer of corruption which still plagues us.

25. The problem of rising prices recognises no partisan boundaries. So, let us channel our energies to enhancing the welfare of the rakyat and formulating practical solutions to lighten their burden.

26. Instead of fighting figments of our imagination, let us help our police fight crime and make our homes, our schools, our shopping complexes safer.

27. It is morally incumbent on us, particularly those of us who have been elected by the people to represent them, to go beyond partisan lines and come to a national consensus on how to move the nation forward.

28. Duty towards the nation, even greater than duty to party, impels us to take up the challenge. We must strengthen our resolve and summon all our moral courage to see this through.

Thank you.

ANWAR IBRAHIM

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 26 Jan 2014 11:30 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


RM5.5 bilion dana PLKN lebih baik diguna untuk latihan dan pendidikan

Posted: 25 Jan 2014 11:40 PM PST


26 Jan 2014 - Selepas sembilan tahun perlaksanaannya, beberapa pihak memberi pandangan berbeza sama ada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) patut diteruskan atau dihentikan. Walaupun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu program itu diwajibkan untuk lepasan sekolah menengah, beberapa kumpulan berkata, terlalu banyak wang dibelanjakan untuk program tersebut.

Lebih 750,000 pelajar lepasan sekolah menengah telah mengikut program PLKN yang menelan belanja sekurang-kurang RM5.5 bilion.

Menurut Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon, RM500 juta hingga RM600 juta peruntukan tahunan untuk program tersebut adalah lebih baik digunakan untuk menubuhkan pusat-pusat latihan kemahiran belia.

Youth 4 Change, mahu program tersebut dihentikan.

Koordinatornya, Lian Chiew Yi berkata, dana yang diperuntukkan bagi progam tersebut sepatutnya digunakan untuk menambah baik sistem pendidikan negara.

Pengikut