Isnin, 9 Disember 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 09 Dec 2013 03:38 PM PST

Tokoh wartawan cadang Rosmah dilantik jadi menteri


Tokoh kewartawanan, Datuk A Kadir Jasin dengan hari ini dengan sinis mencadangkan agar isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilantik ke jawatan menteri, malah mungkin ke jawatan perdana menteri.
Kadir berkata, Rosmah patut dilantik ke jawatan berkenaan atas jasa-jasanya, yang mendapat pujian dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

NONELangkah itu juga boleh menjimatkan perbelanjaan negara kerana jasa berkenaan menunjukkan Rosmah lebih cekap dari menteri sedia ada, kata Kadir dalam tulisannya di blog kadirjasin.blogspot.com.

Beliau merujuk kepada ucapan Najib semasa menggulung perbahasan di perhimpunan agung Umno, Sabtu lalu, yang antara lainnya menonjolkan tindakan Rosmah membantu membebaskan seorang pelajar dari tahanan pihak berkuasa Mesir.

Selain itu, Najib turut memuji tindakan Rosmah yang menggunakan hubungan baik dengan keluarga Diraja Arab Saudi untuk membolehkan seorang lagi pelajar Malaysia masuk ke negara itu tanpa visa.

pak lah mahathir clash forum 110806 kadir jasin"Berpandukan maklumat Mohd Najib itu, eloklah beliau menimbang semula kedudukan Menteri Luar Negeri Anifah Aman kerana ternyata beliau tidak seberkesan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa.

"Begitu juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rohani Abdul Karim dan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Mohd Yassin kerana Rosmah juga terlibat di sana-sini dalam tugas-tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri-menteri berkenaan.

"Dengan cara ini kita boleh menggugurkan menteri-menteri yang tidak 'perform' dan sekali gus menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan bilangan kementerian.

"Saya dah berbuih mulut macam lembu kena penyakit kuku dan mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik, dilantik jadi menteri. Malah menjadi perdana menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata," katanya.

Katanya, Rosmah boleh dilantik ke jawatan menteri selepas dilantik sebagai senator.

"Apabila ini dilakukan, tidak ada siapa boleh membantah campur tangan beliau atau menuduh suami beliau dan Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan beliau menggunakan kemudahan kerajaan," katanya lagi.

Kadir dalam tulisan terdahulu bertarikh 21 November lalu turut mengkritik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shahidan Kassim yang menegur media atas laporan berhubung kunjungan Rosmah ke luar negara.

Menurut Kadir, kenyataan Shahidan itu mencabar petugas media yang melaporkan isu berhubung kontroversi tajaan terhadap lawatan Rosmah ke Qatar itu.

Beliau mengulas kenyataan Shahidan yang dilaporkan berkata, penampilan negatif media baru terhadap Rosmah boleh menyebabkan pelabur tidak datang ke negara ini.

Kadir yang tidak berpuas hati dengan kenyataan itu menulis, wartawan dan media massa sudah memainkan peranannya melalui laporan positif yang membantu meyakinkan pelabur untuk menanam modal di negara ini.

"Itulah peranan wartawan - menulis berita dan bukan menjadi wakil negara untuk menarik masuk modal asing.

"Lagipun, mana ada wartawan yang ada jet peribadi atau boleh guna jet eksekutif milik negara untuk ke sana sini menggalakkan pelaburan?" sindirnya.

MK

DIALOG RAKYAT

Posted: 09 Dec 2013 03:17 PM PST

"Budak-budak baju merah" yang bantu kami, kata mangsa banjir

Posted: 09 Dec 2013 02:44 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

 

Tuan Ibrahim Tuan Man memikul bekalan untuk dihantar kepada mangsa banjir dengan ditemani anggota Unit Amal.Tuan Ibrahim Tuan Man memikul bekalan untuk dihantar kepada mangsa banjir dengan ditemani anggota Unit Amal. 

"I really salute ini budak-budak baju merah. Every time ada disaster you boleh nampak dia orang. They come in quietly, do their work, and then quietly they leave. No fanfare, no TV3," komen seorang bukan Melayu yang kini tersebar luas dalam media sosial.

(Saya sangat tabik budak-budak baju merah ini. Setiap kali ada musibah, awak boleh nampak  mereka. Mereka datang senyap-senyap, buat kerja mereka, dan kemudiannya pergi senyap-senyap. Tanpa laporan media, tanpa TV3).

Budak-budak baju merah adalah anggota Unit Amal Dewan Pemuda PAS. Kini ribuan daripada mereka sedang membantu mangsa banjir khasnya di Kuantan dan Kemaman, kawasan yang paling teruk dilanda banjir.

Mereka bukan dari Pahang dan Terengganu sahaja bahkan datang dari seluruh negara. Bahkan untuk memudahkan urusan, mereka yang bukan anggota Unit Amal juga memakai baju merah Unit Amal ketika datang untuk menolong mangsa banjir. Dengan cara itu, semua orang tahu mereka sedia menjalankan apa saja tugas untuk membantu mangsa.

Selepas bertungkus lumus dengan kerja menyelamat dan membantu mangsa di pusat pemindahan kini mereka bertugas untuk membersih rumah mangsa banjir pula. Malah, mereka juga bersedia untuk menghadapi gelombang kedua banjir ini.

Dalam beberapa kali perhimpunan Bersih, budak-budak baju merah ini yang mengawal orang ramai.

Dengan disiplin yang tinggi dan tanpa mengharapkan sebarang upah, mereka menjadi pasukan sukarela yang sangat berkesan.

Dengan moto "Beramal kerana Allah", Unit Amal menjadi barisan depan PAS dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir.

Ketika Squad Sayang Umno sibuk dengan Perhimpunan Agung mereka di Kuala Lumpur, Unit Amal PAS bertugas siang dan malam membantu mangsa banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin terpaksa memohon maaf kepada mangsa banjir berikutan kelewatan bantuan bekalan makanan tiba semasa banjir kali ini di seluruh negara.

Menurutnya,apa yang berlaku adalah perkara yang tidak diduga mengakibatkan penyaluran bekalan bantuan turut terjejas.

"Saya keluarkan arahan kepada pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara) supaya menyediakan stok bekalan makanan yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya tiga hari. Amaun yang boleh digunakan tidak menjadi isu. Soalnya bekalan yang boleh kita ambil, mesti disimpan di setiap pusat pemindahan dan saya minta supaya perkara ini diteliti, sehalus-halusnya berdasarkan keperluan," kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kawasan dan penempatan mangsa banjir di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol, Paya Berenjut, Kemaman Jumaat lalu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said juga mengamuk apabila menyedari kelemahan agensi kerajaan dalam melaksanakan bantuan banjir tambahan lagi apabila beliau mengetahui petugas PAS sangat aktif membantu mangsa.

Di Kemaman, Tuanku Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin turut turun untuk melihat sendiri kemusnahan dan mangsa banjir.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi pula turun bertemu mangsa banjir dengan menaiki bot.

Di Kuantan, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membantu mangsa dan dilihat mengharungi banjir dan memanjat rumah dengan membawa bantuan untuk membantu mangsa.

Penganut Syiah ada hak amal kepercayaan mereka, kata bekas mufti

Posted: 09 Dec 2013 02:36 AM PST

OLEH DIYANA IBRAHIM

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar), berkata penganut fahaman Syiah seharusnya tidak diganggu untuk mengamalkan kepercayaan mereka walaupun beliau mempunyai pendapat sama dengan kerajaan bahawa ia mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat.

Dr Mohd Asri berkata, kerajaan juga gagal menerangkan secara jelas dan terperinci mengenai bagaimana fahaman tersebut boleh memberi kesan kepada rakyat.

"Memang benar kalau kita lihat negara yang mengamalkan fahaman Syiah seperti Pakistan dan Iran biasanya akan menjerumuskan kepada kekecohan, huru-hara dan kita tidak mahu ia terjadi di negara ini.

"Sehingga kini, kerajaan hanya mampu bercakap Syiah membahayakan. Fahaman itu harus dihalang, namun apa yang bahayanya? Daripada segi apa? Apakah kekacauan itu sebenarnya kerana ia kenyataan yang mengelirukan dan tidak jelas," katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Beliau juga menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuktikan terlebih dahulu bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menganut fahaman Syiah sebelum mengeluarkan kenyataan secara terbuka.

Katanya, Ahmad Zahid perlu menjelaskan secara terperinci untuk mengaitkan Mohamad dengan fahaman itu berikutan kenyataannya sangat diragui kerana ia diucapkan secara tidak jelas dan kabur.

"Sebenarnya apa yang didakwa Zahid sangat kabur dan tidak jelas kerana beliau hanya kata Mat Sabu adalah pengikut Syiah, namun tidak pula dijelaskan apakah kesalahannya dan tiada disertakan dengan bukti maka jika begitu ia cuma kata-kata tanpa asas," katanya yang  juga Prof Madya Universiti Sains Malaysia (USM).

Dr Mohd Asri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 pada Sabtu lalu yang memberikan kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan pemimpin kedua tertinggi PAS itu kerana didakwa mengamalkan fahaman Syiah.

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, dipercayai Ahmad Zahid menamakan Mohamad kerana beliau baru sahaja berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar PAS ke-59 selepas mengalahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya.

Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pembuktian kukuh perlu dibuat untuk menuduh seseorang itu penganut Syiah.

Katanya, ajaran Syiah bukan melibatkan parti semata-mata, kerana ia adalah berdasarkan iktikad seseorang penganut fahaman berkenaan.

Jamil Khir bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada Jakim sudah ada bukti untuk menahan Mohamad, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada polis.

"Elok tanya Zahid. Elok tanya polis," katanya.

Banjir: Harakah, Angkatan Edaran hantar misi bantuan

Posted: 09 Dec 2013 02:23 AM PST

SAIDAH HAIRAN 

SHAH ALAM: Harakah dengan kerjasama Angkatan Edaran dan PAS Cawangan Shah Alam Seksyen 28 dan Seksyen 4 meneruskan misi menghantar bantuan barangan makanan dan pakaian kepada mangsa banjir di Pahang dan Terengganu.

Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, sumbangan makanan dan pakaian itu akan dihantar kepada mangsa banjir melalui Lajnah Kebajikan negeri Pahang dan Terengganu.

Katanya, Harakah akan berterusan mengawai perkembangan banjir yang melanda negeri Terengganu dan Pahang serta cuba memberi bantuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa banjir.

"Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada PAS Shah Alam dan Angkatan Edaran yang turut bersama-sama dalam usaha membantu meringankan bebanan mangsa banjir," katanya ketika ditemui di ruang lobi kilang Angkatan Edaran, Shah Alam.

Dua buah lori muatan 5 tan telah berlepas jam 11 pagi tadi membawa barang-barang makanan diiringi tiga buah kereta dan empat pacuan empat roda.

Sementara itu, Pengurus Angkatan Edaran, Azlan Jan memaklumkan barangan yang dihantar beras; air mineral; biskut; gula; teh; lampin. pakaian terpakai hasil sumbangan jemaah surau seksyen 4, Shah Alam.

Beliau yang juga Ketua PAS Cawangan sekyen 18, Shah Alam berkata, sumbangan tersebut dilakukan atas kesungguhan dan keprihatinan ahli PAS cawangan melihat kesusahan yang ditanggung oleh mangsa banjir.

Menurut beliau, wang tunai juga dibawa untuk diberi kepada mangsa-mangsa banjir yang mungkin tidak berpindah ke penempatan sementara serta tidak mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.

"Angkatan Edaran telah menghulurkan bantuan sejak mula mangsa ditimpa banjir dan kita akan melakukan bantuan kepada mangsa secara berterusan," katanya.

Najib salah anggap bantahan rakyat sabotaj pelaburan

Posted: 09 Dec 2013 02:21 AM PST

HARAKAHDAILY 

KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mengingatkan kerajaan bahawa tidak semua pelaburan dari luar bermanfaat untuk negara.

"Kami ingin menegur pandangan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyelar pihak tertentu dengan label pengkhianat yang dikatakan menakut-nakutkan pelabur Taiwan sehingga menyebabkan negara kehilangan peluang pelaburan asing bernilai RM40 bilion," ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, secara simplistik menuduh bahawa menyuarakan pandangan kepada pelabur mengenai kesan yang akan diterima rakyat sebagai sabotaj kepada pelaburan kepada usaha kerajaan untuk dapat menjana pendapatan negara.

Kenyataan beliau seperti di bawah.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mengingatkan kerajaan bahawa tidak semua pelaburan dari luar bermanfaat untuk negara.

Kami ingin menegur pandangan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyelar pihak tertentu dengan label pengkhianat yang dikatakan menakut-nakutkan pelabur Taiwan sehingga menyebabkan negara kehilangan peluang pelaburan asing bernilai RM40 bilion.

Beliau secara simplistik menuduh bahawa menyuarakan pandangan kepada pelabur mengenai kesan yang akan diterima rakyat sebagai sabotaj kepada pelaburan kepada usaha kerajaan untuk dapat menjana pendapatan negara.

Perlu diingatkan ini bukan isu menyekat pelaburan kepada kerajaan pusat atau sabotaj tetapi ia adalah isu bantahan rakyat yang tidak mahu menerima kesan pengambilan tanah, implikasi kerosakan alam sekitar serta pemindahan penduduk yang akan menyusahkan rakyat.

Pelaburan ke Pengerang, Johor yang dikatakan akan membangun industri petroleum sepatutnya dirancang dengan menghormati inkuari awam mengenai kesan sosial dan alam sekitar.

Rakyat berhak menyuarakan bantahan dalam inkuari awam dan jika kerajaan tidak mahu mendengar bantahan itu, maka mereka berhak juga untuk memaklumkan kepada pelabur mengenai kesan yang penduduk akan terima jika projek itu dilaksanakan di tempat mereka.

Kami berpandangan Ahmad Zahid tidak menghormati proses inkuari rakyat bila isu alam sekitar dibangkitkan seperti yang berlaku dalam isu Lynas di Pahang.

Kami berpendirian bahawa isu gesaan beliau supaya Petronas perlu disokong tidak timbul sama ada ia sebuah syarikat dalam mahupun syarikat luar negara, semua projek yang boleh memberi kesan kepada penduduk perlu menghormati pandangan dan bantahan mereka.

Kehilangan  peluang pelaburan Taiwan tidak sepatutnya menjadi isu kerana jika pihak pelaburan tahu penduduk tempatan tidak senang dengan apa yang bakal berlaku akibat persekitaran mereka yang akan terjejas, maka seharusnya pelabur perlu hormat kepada bantahan rakyat.

Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia  yang dirancang di Johor itu tidak boleh dipaksa ke atas penduduk tempatan tanpa mendengar pandanganbalas awam dan bantahan penduduk tempatan.

Kami juga berpendirian bahawa pihak kerajaan tidak perlu terlalu ghairah dengan mendapatkan pelaburan dari luar kerana isu FDI (Foreign Direct Investment) sudah banyak dikritik oleh pelbagai pakar ekonomi dunia akibat berlaku 'capital flight' (pengeluaran modal keluar dari negara) yang telah menjatuhkan ekonomi negara pada krisis kewangan 1998.

Kerajaan harus berganjak dari pemikiran lama yang terlalu bergantung kepada FDI dan melihat usaha membangunkan pelaburan  dalam negara dalam sektor yang strategik akan lebih menjamin ekonomi negara.

Ekonomi yang hanya bergantung kepada pelabur luar tidak menjamin pendapatan kepada negara secara langsung. Malah dengan penganugerahan status perintis untuk mengecualikan cukai selama 10 tahun, pekerja asing yang lebih diutamakan oleh pelabur luar berbanding pekerja tempatan, pemindahan teknologi yang tidak semuanya berlaku seperti yang diharapkan serta pembelian barangan industri dari luar negara lebih dari barangan tempatan, maka kami ingin bertanya benarkah negara akan meraih pendapatan seperti yang didakwa oleh kerajaan.

Sedangkan apa yang negara akan tanggung ialah tanah berpindah kepada milik asing, penduduk tempatan terpaksa dipindahkan, kesan kerosakan alam sekitar yang terpaksa ditanggung oleh negara dan rakyat dan limpahan pekerja luar yang menimbulkan masalah sosio-ekonomi kepada masyarakat tempatan.

Najib sekadar 'main wayang' undang Khaled Mesha'al

Posted: 09 Dec 2013 02:19 AM PST

HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) menyifatkan tindakan Umno mengundang Ketua Biro Politik Hamas Khaled Mesha'al ke perhimpunan agung parti itu baru-baru ini hanya sebagai 'main wayang' bagi menunjukkan parti itu dekat dengan isu Palestin.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, jika benar Umno isu Palestin, kenapa sejak sekian lama, tiada kenyataan rasmi dari kerajaan Malaysia mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan sah di Gaza.

Katanya, sebagai sebuah parti yang memerintah tidak memadai dengan hanya menjemput tokoh besar Hamas ini menghadiri perhimpunan agung semata-mata sedangkan tindakan yang sepatutnya dilakukan ialah mengiktiraf Hamas sebagai sebuah pertubuhan yang sah di saat ianya dilabel sebagai kumpulan anti demokrasi dan juga mempunyai hubungan dengan rangkaian pengganas antarabangsa.

Lebih daripada itu lagi katanya Malaysia sepatutnya menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Gaza yang dipimpin oleh Hamas, kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.

"Kami ngin menegaskan lagi, sekiranya Umno ikhlas dengan kehadiran Khaled Mesha'al dan Hamas, DPPM mencabar Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan yang sah di Gaza.

"Tanpa pengiktirafan ini, kami beranggapan Umno hanyalah mengeksploitasi Khalid Mesha'al sebagai alat agar Umno dilihat sebuah parti pro-Islam dan pro-Palestin di mata rakyat Malaysia beragama Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau lagi, banyak lagi pihak-pihak lain yang melakukan usaha-usaha di dalam memperjuangkan isu Palestin sama ada parti politik atau NGO, malah lebih dekat dengan Hamas sejak sekian lama.

Najib ketika ucapan penggulunganya semalam turut mendedahkan bahawa Khaled Mesha'al ada memberitahunya yang beliau hanya mengenali PAS berbanding Umno ekoran hubungan erat kedua-dua gerakan Islam itu sejak sekian lama.

Misi bantuan banjir agih bantuan dari rumah ke rumah

Posted: 09 Dec 2013 02:17 AM PST

HAZAYANI ZAKARIA 

KUALA LUMPUR: Sekretariat Parlimen Temerloh meneruskan misi bantuan kepada mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan banjir di Dun Mentakab, Lanchang dan Kuala Semantan.

Menurut Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan pihaknya bergerak dengan kerjasama Unit Amal Malaysia dan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan selain jentera dari Selangor dan Perak.

Katanya, selain mengagihkan bantuan ke pusat-pusat pemindahan banjir, pihaknya juga pergi memberikan bantuan dari rumah ke rumah kerana ada mangsa yang terperangkap di rumah dan tidak dapat dibawa ke pusat pemindahan banjir.

Setakat ini penduduk Kampung Lompat dan Kampung Batu Kapur di Dun Semantan terperangkap di rumah masing-masing dan bantuan perlu dihantar ke sana menaiki bot.

"Paling besar kredit saya perlu berikan kepada Unit Amal kerana mereka yang bertungkus-lumus membantu dari awal lagi hinggalah hari ini.

"Hari ini pun ada 20 orang lagi jentera Unit Amal memberikan perkhidmatan mereka mengagihkan bantuan ke pusat bantuan banjir dan ke rumah-rumah.

"Sebanyak sepuluh pusat pemindahan banjir masih didiami mangsa banjir," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Tambah beliau juga, operasi bantuan mungkin akan berterusan sehingga empat atau lima hari lagi, sehingga banjir surut di Temerloh.

Selepas mangsa pulang ke rumah masing-masing, operasi membersihkan rumah akan dilakukan sehingga selesai.

"Mengikut pengalaman lepas, banjir akan berterusan labih dari seminggu. Walaupun di Temerloh tidak hujan, tetapi hujan dari Jerantut dan kawasan sekitar menyebabkan air melimpah ke Temerloh.

"Khidmat kita bukan sahaja ketika banjir, tetapi akan tutut membantu mangsa membersihkan rumah mereka yang dicemari lumpur dan sampah-sarap," kata AJK PAS Pusat itu.

Jasa Rosmah, menteri lain perlu insafi diri

Posted: 09 Dec 2013 02:12 AM PST

MUHAMMAD FAIZAL 

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta barisan kabinet menginsafi diri apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lebih menghargai jasa isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kepada negara ini.

Malah jelasnya lagi, pengakuan tersebut menunjukkan apa yang dilakukan oleh barisan kabinet itu turut tidak dihargai oleh Najib.

"Mana-mana menteri atau timbalan yang dilantik di dalam kabinet perlulah menginsafi diri dan menilai kembali segala jasa yang mereka lakukan selama ini.

"Kita lihat Najib lebih menghargai jasa isterinya sahaja jika dibandingkan pemimpin lain, kerja teruk-teruk tetapi tidak dihargai, kesian," jelasnya.

Dalam pada itu, Mahfuz juga turut menyatakan pengakuan tersebut membukti Najib tidak mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan masalah di peringkat antarabangsa sehingga terpaksa meminta bantuan isterinya.

"Sekarang sudah jelas bahawa Najib tidak ada kemampuan untuk menyelesaikan masalah rakyat di peringkat antarabangsa termasuk Menteri Luar yang dilantik.

"Jadi untuk apa kita membazirkan duit membayar gaji Perdana Menteri dan menteri, lebih baik lantik Rosmah menyertai kabinet atau sebagai Perdana Menteri sebab bukti beliau mampu menyelesaikan masalah.

"Rasanya belum terlambat untuk Najib serta barisan kabinet membuat perubahan dengan melantik Rosmah sebagai menteri," sambung beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena.

Mahfuz dalam pada itu tidak bersetuju jika pendedahan 'jasa' Rosmah oleh Najib itu sekadar alasan untuk membenarkan isterinya itu menggunakan kemudahan serta kewangan negara.

Gaji Adun: Semakan dua minggu lagi, kata Khalid

Posted: 09 Dec 2013 02:00 AM PST

HARAKAHDAILY 

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjangkakan semakan semula terhadap kelulusan kenaikan gaji Adun negeri itu akan diadakan dalam masa dua minggu lagi.

Menurut Abdul Khalid, beliau akan memanggil ahli dewan negeri untuk berbincang bagi memahami cadangan dan saranan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat terhadap isu itu yang dikemukan baru-baru ini.

"Kenaikan gaji itu telah diluluskan Dewan Negeri Selangor. Justeru, kita perlukan perbincangan lanjut dengan ahli dewan," katanya dipetik Selangorkini.

Dewan Negeri Selangor sebelum ini meluluskan kenaikan gaji untuk 56 Adun berkuatkuasa tahun depan, dengan timbalan speaker mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar, speaker dan exco kerajaan negeri.

Bagaimanapun, pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat menggesa kadar kenaikan itu dikaji semula dengan mengambil kira suara rakyat terbanyak.

Dalam pada itu Abdul Khalid berkata, sehingga kini tiada Adun dari pihak kerajaan mahupun pembangkang yang membantah kenaikan berkenaan.

PAS sudah lama tegas ASWJ sebagai akidah ahli

Posted: 09 Dec 2013 01:58 AM PST

HARAKAHDAILY 

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan PAS sudah lama meletakkan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sebagai teras akidah kepada seluruh ahli PAS.

Beliau menyatakan demikian sebagai respon kepada kenyataan Najib yang dilaporkan berkata perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah akan dimasukkan dalam Perlembagaan Umno iaitu sebagai takrifan kepada Islam.

"kita sudah lama tegaskan perkara ini iaitu sejak PAS ditubuhkan, kita senantiasa menegaskan bahawa ASWJ adalah akidah yang wajib dianuti oleh seluruh ahli PAS dan penganutan kepada akidah selain ASWJ adalah satu kesalahan yang wajib diambil tindakan oleh PAS," tegas beliau ketika dihubungi hari ini.

Beliau juga turut melahirkan rasa pelik kenapa baru sekarang Umno meletakkan perkara ini dalam perlembagaan parti itu. PAS sudah jauh kehadapan dalam perkara ini. PAS sangat konsisten dalam isu ASWJ sebagai teras utama akidah ahlinya sejak penubuhannya lagi.

Najib tipu rakyat, perjuangan Umno tak sama dengan Mandela

Posted: 09 Dec 2013 01:54 AM PST

Oleh Nazar Hashim

KULIM, KEDAH : Menyedari sokongan semakin merosot, Datuk Seri Najib Tun Razak, terpaksa menipu rakyat dengan menyamakan perjuangan Umno dengan mendiang Nelson Mandela yang menentang apartheid.

"Mandela menentang penindasan terhadap rakyat. Tetapi Umno tidak menentang penindasan," kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dalam ceramah di Kota Kenari, Kulim, semalam.
surendran

"Nelson Mandela tidak memboroskan wang rakyat, membiarkan keluarga menggunakan jet kerajaan atau menyalahgunakan harta kerajaan untuk kepentingan kroni," kata ahli parlimen Padang Serai itu.

Tambahnya, Presiden Umno itu sepatutnya merasa malu dengan dakwaan yang menyamakan perjuangan mereka dengan Nelson Mandela yang terbukti menggalakkan penindasan dan kezaliman khususnya yang tidak sehaluan dengan mereka.

Pada 7 Disember lalu, Najib dalam perhimpunan Umno berkata, parti itu sama seperti yang diperjuangkan Kongres Nasional Afrika (ANC) yang diterajui Mandela.

"Pimpinan Umno jangan cuba alihkan kelemahan mereka mentadbir negara dengan penipuan bagi mengaburi mata rakyat," kata Surendran.

Anwar: Rasuah punca pendapatan negara merosot, beban hidup meningkat

Posted: 09 Dec 2013 01:50 AM PST


PERUTUSAN HARI ANTI-RASUAH SEDUNIA

9 Disember adalah hari Anti-Rasuah Sedunia yang diilhamkan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu hasil dari resolusi 58/4 bertajuk "United Nations Convention against Corruption".
Hari ini diraikan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran awam akan bahaya korupsi dan rasuah serta keperluan akan suatu usahasama antarabangsa bagi menangani bersama permasalahan ini.

Korupsi dan langkah pembanterasan rasuah pada mana-mana peringkat dan kadar, perlu ditangani oleh semua lapisan masyarakat, bangsa dan agama. Kesedaran harus wujud agar mana-mana bakal penerima dan pemberi rasuah boleh terus dihapuskan.

anwar-ibrahim

Korupsi dan rasuah yang berkekalan akan mambantutkan pembangunan sosial, melebarkan kesenjangan pendapatan dan menambahkan bebanan kewangan pada rakyat terbanyak. Korupsi dan rasuah yang membarah di Malaysia telah menyebabkan pelbagai ketirisan dan pembaziran dalam kewangan kerajaan seperti yang dibangkitkan sendiri pihak kerajaan di dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara.

Hasil ketirisan ini telah mengurangkan pendapatan negara yang akhirnya menyebabkan pertambahan bebanan hidup rakyat melalui pengurangan subsidi bahan keperluan asas seperti gula, elektrik, petrol dan pertambahan cukai kepada rakyat seperti cukai GST yang bakal dilaksanakan kelak.

Kerajaan perlu melipatgandakan usaha-usaha membanteras korupsi dan rasuah pada mana-mana peringkat dalam mana-mana bentuk. Ini memandangkan Malaysia hanya mampu mencapai tangga ke-53 daripada 177 negara dalam Index Persepsi Rasuah Dunia 2013 (World Corruption Index) berbanding Singapura pada tangga ke-5 dan Brunei pada tangga ke-38.

Terbukti permasalahan korupsi dan rasuah dilihat semakin berterusan walaupun setelah berbagai program transformasi politik dan ekonomi dipergiatkan. Jelas, tiada tekad politik dan kesungguhan dari pihak kerajaan untuk memerangi gejala korupsi dan rasuah secara habis-habisan.

Pada hari Anti-Rasuah sedunia ini, marilah kita sama-sama melipatgandakan usaha membanteras korupsi dan rasuah yang seharusnya bermula dengan menambahkan kesedaran individu serta masyarakat awam akan bahaya korupsi dan rasuah berterusan melalui pendedahan isu-isu semasa yang berkaitan. Pimpinan negara perlu menjamin tatakelola yang baik dengan tekad tegas membanteras rasuah.

Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Sifar rasuah mustahil? Jawapannya…

Posted: 09 Dec 2013 01:48 AM PST

Oleh G Manimaran

Tidak ada duit kopi, tiada layanan di hospital. Untuk padam api juga perlukan sogokan. Ia kelihatan mengejutkan!

Itu keadaan empat dekad yang lalu. Ia tinggal sejarah. Ini sebahagian daripada mesej yang disampaikan menerusi muzium interaktif Suruhanjaya Bebas Antirasuah (ICAC) Hong Kong yang akan menyambut ulang tahun penubuhan ke-40 Februari depan.

Sempena lawatan sambil belajar ke Hong Kong, rombongan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga mendapati pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mengambil inisiatif dengan kerjasama ICAC, mendidik warga yang berhijrah dari tanah besar China ke Hong Kong, tentang kepentingan menjauhi rasuah.

Golongan sasaran adalah isteri dan kanak-kanak yang bersatu dengan suami atau bapa mereka di Hong Kong. Golongan muda yang dilatih pula menjadi 'jurulatih' dalam waktu yang singkat untuk menyampaikan mesej memerangi rasuah.

Ada elemen kesinambungan dalam usaha menyampaikan mesej itu. Dan, kunjungan ke satu lagi NGO memberi gambaran tentang pentingnya menyampaikan mesej menghapuskan rasuah daripada peringkat sekolah.

Golongan pelajar diberi bantuan kewangan untuk menghasilkan filem-filem pendek yang menggambarkan isu rasuah. Empat filem yang berjaya dijadual untuk ditontonkan minggu ini.

Di India, sebuah NGO dengan kerjasama stesen televisyen swasta menghasilkan program mingguan dengan disokong hasil pengiklanan bagi menggambarkan betapa pentingnya usaha menjauhi rasuah wajar bermula daripada kalangan rakyat sendiri.

Mesej program ini ialah rakyat tidak harus setiap kali menyalahkan atau menuding pihak berkuasa ataupun penguatkuasa pencegahan semata-mata. Sebaliknya, rakyat boleh melakukan sesuatu, walaupun dalam skala kecil, tanpa bergantung pada kerajaan semata-mata.

Malah di India, kempen anti rasuah yang dimulakan pihak berkuasa mendapat kerjasama dan disertai pelbagai pihak berkepentingan termasuk NGO, media dan ahli-ahli politik pembangkang.

Perkembangan mutakhir di Malaysia menunjukkan pemimpin masyarakat, politik dan kerajaan sudah mula memperlihatkan komitmen kukuh masing-masing untuk merealisasikan harapan sifar rasuah.

Walaupun ada yang sindir dan sangsi, tetapi harapan ke arah itu segar dan sudah ada. Ini yang penting! Memulakan langkah ke arah masa depan lebih baik.

Di akhir Perhimpunan Agung Umno 2013 Sabtu lalu, Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa beberapa isu perlu ditangani kerajaan seperti ketirisan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 jika mahu Umno terus relevan dan diterima generasi muda.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan segera terhadap isu seperti itu sekiranya mahu golongan muda menyokong parti tersebut.

"Sebab itu, sekiranya berlaku ketirisan atau pembaziran seperti dilaporkan Ketua Audit Negara, Presiden (Umno) perlu mengambil tindakan dengan segera," kata beliau.

Sejak selepas Pilihan Raya Umum ke-13, Najib yang juga Perdana Menteri, telah beberapa kali mengulangi komitmen kerajaan menangani rasuah.

"Saya mahu menjadikan rasuah sebagai sejarah di Malaysia, dan tidak berlaku lagi pada masa depan. Dan, ini bermakna mengubah budaya organisasi dan perniagaan," katanya di ibu negara pada Ogos lalu. Mesej yang sama diulangi dua bulan kemudian ketika lawatan ke luar negara.

Minggu lalu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa Malaysia mungkin dipintas oleh China dan Indonesia daripada segi kedudukan skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparensi-International (TI) menjelang 2020.

Ahli Parlimen veteran itu berkata, sejak 19 tahun lalu Malaysia tergolong dalam skor CPI TI merosot malah dipintas oleh negara yang mendapat kedudukan skor CPI lebih rendah pada 1995.

Beliau berkata, jika Malaysia mahu menduduki tangga 30 teratas dalam CPI tahun 2020, negara perlu mencapai peratusan 35 teratas skor CPI dan bukan hanya 50/100, kerana skor lima negara yang berada di tangga ke-26 teratas dalam CPI TI 2013 memperoleh 60 markah dan ke atas.

"Bagaimana Malaysia hendak menjaga air mukanya jika dunia melihat Malaysia lebih rasuah daripada Indonesia dan China sebelum berakhir dekad ini?" soal beliau.

Susulan pertemuan SPRM-kepimpinan PKR akhir Ogos lalu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pihaknya menyokong SPRM diberi kuasa penuh pendakwaan dalam usaha mencegah rasuah.

"Kita bersedia bekerjasama dengan SPRM, kita menyambut baik usaha SPRM pada masa sama kita memantau dan tidak takut mendedahkan penyelewengan kepada SPRM, kerana skop rasuah SPRM di negara ini berbeza dengan negara luar," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

SPRM sudah mula menjalin kerjasama dengan parti-parti politik. Lebih banyak pertemuan akan diadakan selepas ini.

Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), salah satu daripada lima panel bebas yang memantau SPRM sejak 2009, dalam laporan terbaru yang dibentangkan di Parlimen minggu lalu, memperakui sudah sampai masanya "kita melihat rasuah sebagai isu besar negara dan bebanannya tidak diletakkan di bahu SPRM semata-mata".

Justeru JKMR, yang dianggotai wakil Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, menggesa kerajaan memberi sepenuh dokongan dan mempersiapkan segala keperluan kepada SPRM untuk menghadapi serangan persepsi yang tidak adil kepada mereka.

"Pada masa yang sama, SPRM juga diharap terus kreatif dan proaktif mencari dan membina ruang serta fokus baru di dalam media dan pelbagai medium atau wahana untuk mengimbangi persepsi negatif yang bersifat tidak adil dan berkepentingan sempit.

"Masyarakat juga harus terus didekati dan dididik agar mereka dapat betul-betul memahami dan menerima realiti sebenar daripada bergantung pada sumber yang tidak berasas," kata laporan itu.

JKMR bersepakat bahawa isu rasuah tidak seharusnya dipolitikkan kerana rasuah bukanlah mengenai seseorang tetapi menyebabkan kemudaratan kepada masyarakat.

SPRM tidak boleh melaksanakan tugas membanteras rasuah bersendirian dan memerlukan sokongan seluruh masyarakat, kata JKMR yang turut mengajak seluruh masyarakat tanpa mengira fahaman anutan dan politik bersama-sama "mendokong perjuangan membanteras rasuah bagi mewarisi bumi Malaysia yang bersih daripada perbuatan rasuah kepada anak cucu kita di masa akan datang".

Hari Antirasuah Antarabangsa 2013 bertemakan "Sifar Rasuah - Pembangunan 100%" disambut masyarakat global hari ini.

Ketika pelancaran kempen antirasuah sempena Hari Antirasuah Antarabangsa 2013 di Panama akhir bulan lalu, ketua delegasi Program Pembangunan PBB (UNDP), Patrick Keuleers dipetik memberitahu, "jika hanya 10% daripada kerugian akibat rasuah disalurkan untuk tujuan pembangunan, ia sudah cukup baik untuk mencapai garis masa matlamat pembangunan 2015".

Kempan itu bertujuan menyatukan semua pihak tanpa mengira lapisan dalam usaha memerangi rasuah seiring dengan Konvensyen Antirasuah PBB (UNCAC).

Mengambil kira usaha memerangi rasuah tanggungjawab setiap individu, bukan hanya tugas kerajaan dan penguatkuasa, misi mencapai sifar rasuah tidak mustahil.

Setiap individu ada tugas dan tanggungjawab untuk bertindak di skala masing-masing.

Sekiranya ia dilakukan dengan tersusun, mesej dibangkitkan pemimpin politik disenaraikan tadi tidak akan didengar lagi.

Usah beri rasuah, usah terima rasuah. Ini ikrar kita! –

Wang RM30 juta lesap

Posted: 09 Dec 2013 01:45 AM PST

Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD 

KUALA TERENGGANU: Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah mendesak Kerajaan BN Terengganu memberikan penjelasan ten tang wang rakyat RM30 juta yang dianggap lesap.

Desakan itu, kata Tengku Ibrahim ditujukan kepada Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said melalui suratnya bertarikh 6 November 2013, lalu hingga kini tanpa jawapannya.

Menurutnya, isu pemberian 12,000 ekar tanah hutan kepada 12 buah syarikat kilang papan di Terengganu menjadi "hangat" apabila melibatkan wang rakyat RM30 juta.

Katanya, meski pun perkara tersebut telah dibangkitkan oleh rakyat Terengganu sebelum PRU13, tetapi tidak ada penjelasan dari kerajaan negeri.

"Saya ada tulis surat untuk mendapatkan penjelasan kepada MB Terengganu (Dato' Seri Ahmad) pada 6 November (2013) lalu mengenai kawasan kayu balak 12,000 ekar dan wang pembayaran sebanyak RM30 juta.

"Pemberian 12,000 ekar tanah balak oleh Kerajaan Terengganu kepada 12 buah kilang-kilang papan di Terengganu, melalui surat rujukan Bil.(55) dalam PHNT (SULIT) 62/SK 1/BHG 7 bertarikh 17 Julai 2012.

"Apa yang menimbulkan persoalan iaitu setiap buah syarikat kilang papan itu dipaksa membayar RM2.5 juta kepada sebuah syarikat peguam di Kuala Lumpur sebelum tanah balak itu diberikan kepada mereka (pengusaha)," jelasnya kepada Harakah di pejabatnya, 4 Disember lalu.

Menurutnya, setiap buah syarikat kilang terbabit telah diberikan kawasan hutan balak seluas 1,000 ekar dengan pembayaran yang ditetapkan itu.

Kata Tengku Ibrahim, jumlah yang telah dibayar kepada syarikat guaman tersebut berjumlah RM30 juta.

"Saya dukacita, saya ingin tahu dan rakyat Terengganu juga berkehendakkan jawapan dan penjelasan kenapa wang RM30 juta itu dibayar kepada pihak syarikat guaman dan atas dasar apa wang itu disalurkan kepada pihak yang tidak ada kaitan dengan pemberian kayu balak kepada 12 buah syarikat kilang papan itu.

"Saya berpendapat bahawa wang RM30 juta itu adalah satu pembayaran berbentuk rasuah dan salah laku yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan di sekeliling Menteri Besar," tegasnya.

Justeru itu, beliau turut mendesak Ahmad agar segera menyerahkan kes skandal balak tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, tindakan melalui SPRM itu penting bagi siasatan menyeluruh ke atas skandal balak berkenaan serta mendakwa pihak yang bersalah ke muka pengadilan mahkamah.

Harakah dimaklumkan, empat persoalan yang dituntut oleh Tengku Ibrahim kepada MB Terengganu berkaitan skandal wang balak berjumlah RM30 juta tersebut.

"Pertama, siapakah yang mengarahkan wang RM30 juta itu dibayar oleh 12 buah (syarikat) kilang papan kepada peguam yang menyediakan perjanjian.

"Kedua, rakyat mahu tahu ke manakah wang (RM30 juta) ini disimpan dan untuk tujuan apa wang itu dibayar.

"Ketiga, wang (RM30 juta) ini harus dibayar kepada khazanah negeri Terengganu atau kepada Jabatan Perhutanan Negeri (Terengganu) sebab wang ini adalah wang rakyat dan perlu Dato' Seri (Ahmad Said) memberi penjelasan di atas pembayaran 'haram' ini.

"Dan keempat, adalah mustahil dan tidak masuk akal Dato' Seri Ahmad selaku MB Terengganu tidak tahu menahu wang RM30 juta ini dibayar kepada pihak peguam," soalnya melalui surat tersebut.

Harakah difahamkan, surat Tengku Ibrahim tersebut turut dihantar salinannya kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya dan SPRM Cawangan Terengganu.

Masa depan Islam lebih utama daripada survival politik

Posted: 09 Dec 2013 01:42 AM PST

SELESAI Muktamar, saranan bermuzakarah bermula. Bercampur-baur pandangan tentangnya.Ada yang sinis,kritis dan positif terhadap petikan ucapan pengulungan Presiden PAS berhubung perkara itu.

Bagi mantan Mufti Perlis Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berpendapat umat Islam perlu menyambut baik usaha murni PAS itu yang telah dilontarkan kepada wartawan Harakah AZAMIN AMIN

WARTAWAN: Berhubung saranan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan PAS ke-59 baru-baru ini yang melahirkan kesediaan PAS bermuzakarah dengan Umno dalam usaha untuk melaksana pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini, apa pandangan Dr? 

DR ASRI: Semua pihak terutama orang Islam patut mengalu-alukan kenyataan yang baik, yang menggambarkan diri yang berucap itu, hasrat untuk melihat masa depan Islam yang lebih penting daripada kepentingan puak atau survival politik.

Selain itu, apa asas lain keperluan untuk bermuzakarah dengan kerajaan pimpinan BN sedangkan sudah ada medium dan platform lain, untuk berbincang dari masa ke semasa?

Saya lihat bila kita sebut muzakarah atau perundingan PAS dan Umno, sesetengah pihak merasa fobia dengan istilah ini, kerana dibimbangi PAS itu akan lenyap atau berlakunya proses penyerapan PAS dalam Umno seperti yang pernah berlaku dahulu dari sejarah apabila PAS bergabung dengan Barisan Nasional (BN).

Ini menakutkan sebahagian masyarakat dan sesetengah pihak. Mereka mempunyai kemunasabahan itu untuk bimbang hal itu dan kita terpaksa akur. Kebimbangan politik berlaku disebabkan kewujudan PAS dan kewujudan Umno. Walaupun pada zahirnya kewujudan dua parti ini bertentangan namun hakikatnya persaingan kedua-duanya ini telah memberi sumbangan ke arah negara yang lebih baik.

Kalau itu yang menjadi asas ketakutan mereka, maka PAS mesti 'elaborate' maksud sebenar muzakarah itu. Muzakarah itu bukan bertujuan penyerapan PAS dalam Umno sebaliknya PAS menyatakan idea-idea Islam dan idea itu boleh dikongsikan dengan kedua-dua parti itu dengan nada yang lebih harmoni.

Ia tidak diikat dengan kongkongan 'awak pembangkang, saya kerajaan' tetapi diikat dengan persaudaraan Islam, yang mana sama-sama mesti memikirkan tentang masa depan Islam dalam negara ini.

Ada platform lain seumpamanya seperti Parlimen namun diikat dengan satu wacana berpolitik dan perbezaan partiparti politik. Ada pembangkang dan ada kerajaan. Tetapi apabila ia satu platform muzakarah PAS dan Umno, ia membabitkan perbincangan dari hati ke hati, walaupun pada namanya PAS dan satu lagi Umno tetapi dalam hati nurani mereka, mereka adalah orang Islam.

Justeru ia mesti memikirkan masa depan Islam dalam negara ini dan bagaimana Islam dapat menyumbang ke arah kebaikan rakyat secara keseluruhannya. Saya rasa tidak ada salahnya.

PAS tidak akan berhenti dalam peranannya sebagai pembangkang di Parlimen dan dalam pilihan raya tetapi dia dalam masa yang sama juga menyumbang ke arah penyuburan elemen-elemen Islam dalam kerajaan.

Dengan adanya rundinganrundingan tertutup ianya akan lebih bersifat saudara berbanding dengan sikap bermusuh dalam politik.

Bagaimana untuk menangkis salah tanggap masyarakat terhadap usaha untuk bermuzakarah dan apa anjuran agama yang sebaiknya dari segi menangani masalah yang melingkari rakyat sekali gus merapatkan jurang pemerintah dengan orang awam?

Kita tahu bahawa perkara ini tidak begitu mudah dengan adanya 'historical background' di antara dua parti politik ini. PAS bukan baru, bermula dengan persengketaan politik sehingga ke persengketaan keagamaan manakala Umno bermula dengan perbezaan politik sehingga ke persengketaan urus tadbir yang menjurus ke arah unsur-unsur diskriminasi terhadap PAS. PAS juga ada reaksi bersifat agama yang mencetuskan pelbagai isu dalam sepanjang sejarah yang difahami semua.

Saya rasa ianya dapat ditangani dengan cara, PAS memberi imej yang baik kepada parti itu, apabila dia nak berunding atas persaudaraan Islam dengan dia (PAS) tidak menghapuskan identitinya.

Memang banyak perundinganperundingan yang berlaku antara dua pihak tidak menghapuskan identiti masing-masing sebaliknya membina kebaikan kedua belah pihak.

Saya rasa PAS perlu ke hadapan dalam kes ini, supaya ia boleh keluar daripada kerangka politik kepartian... politik yang lebih matang.

Di Parlimen, PAS membangkang dalam isu-isu yang membabitkan kerajaan tetapi dalam isu-isu Islam yang tidak sesuai diperkatakan di Parlimen, mungkin keduaduanya boleh berbincang terlebih dahulu sesama muslim supaya ianya difahami antara satu sama lain. Ada perkara yang Umno tak boleh luahkan di Parlimen disebabkan persekitaran tertentu dan Umno boleh beritahu kepada PAS perkara yang tidak boleh dibuat secara terbuka begitu juga sebaliknya.

Sebahagian krisis antara PAS dan Umno ini, walaupun disebut sebagai krisis prinsip dan seumpamanya, tetapi ianya mempunyai kaitan 'personal' dengan beberapa tokoh dalam Umno dan PAS.

Kalau kita tengok ada tokoh-tokoh tertentu, begitu meruncing tindakan mereka dan menajamkan lagi perbezaan antara dua parti itu, menyebabkan masing-masing masih di posisi parti menjadi agak kecewa seperti di Kelantan umpamanya.

Kelantan lebih 20 tahun, diberi tekanan dan tidak diberi sebahagian hak mereka. Saya rasa itu yang menjadi 'personal' perbezaan antara ahli-ahli poltik ini. Kalau dapat dibaiki hubungan itu, adalah lebih baik dan bukannya bermaksud nak melenyapkan PAS atau Umno tetapi dilihat mempunyai ruang kerjasama.

Dalam politik ini ada yang nak ambil 'political milleage' seperti siapa yang mula-mula buat, siapa yang cadang dan nak laksanakan. Tidak penting siapa yang buat tetapi apakah manfaat yang rakyat dapat, apabila ianya dilaksanakan.

Berkaitan hudud di Kelantan, Menteri di Jabatan Menteri Dato' Seri Jamil Khir Baharom memberitahu pelaksanaan undang -undang Islam di negeri itu, perlu mendapat sokongan ahli parlimen di Dewan Rakyat. Ertinya, perlu ada sokongan kuat daripada kerajaan Pusat, apa respon Dr?

Dari segi realitinya tanpa kelulusan kerajaan pusat, Hudud yang akan dibuat di Kelantan akan menimbulkan banyak masalah kesan negatif daripada positif. Keputusan kerajaan pusat diperlukan kerana ianya membabitkan darah dan undangundang seumpamanya bukan sekadar sebat di mahkamah syariah tetapi hudud merangkumi banyak perkara seperti potong tangan dan lain-lain.

Kalau tidak dapat kebenaran daripada kerajaan pusat, peguam negara, polis dan agensi berkaitan, Kelantan akan menghadapi masalah. Oleh kerana itu, kerjasama kerajaan pusat sangat-sangat diperlukan.

Itu sebab muzakarah perlu dibuat dan dengan cara yang lebih berhemah termasuk kajian yang lebih mendalam dan kemaskini perundangan.

Kerajaan pusat lebih banyak mempunyai kemudahan dan peruntukan ke arah itu malah tokoh-tokoh di peringkat nasional boleh memberi pertolongan, maka perkara itu dapat dibuat dengan lebih baik.

Saya sentiasa mengatakan, tidak menjadi 'priority' kepada PAS untuk memperkatakan tentang Hudud kerana banyak lagi perkara lain, yang PAS boleh buat untuk menjunjung Islam ini, tetapi jika itu yang PAS mahu katakan, saya rasa memang kerjasama dengan kerajaan pusat adalah salah satu kunci ke arah melaksanakannya dengan baik.

Selain muzakarah yang dicetuskan di Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam baru-baru ini, apakah harapan dan agenda yang perlu diangkat oleh PAS dalam memimpin persada politik negara?

Saya fikir PAS kena bersifat 'negara' dan dia tidak boleh bersifat 'parti' seperti era 80-an'.

PAS kena pergi lebih jauh dengan mewujudkan ruang kepada 'non muslim' dan seumpamanya. Parti yang ingin memerintah sebuah negara, mestilah bebas daripada unsur remeh-temeh. Mesti bebas daripada unsur Erdogan atau tidak, unsur liberal atau sebaliknya...patut tidak timbul dalam PAS.

Yang patut ada ialah idea tentang politik bukannya prasangka tentang politik. Ini mainan orang-orang bawahan dan tak patut diperkatakan.

Saya rasa ucapan Presiden PAS dalam isu itu bagus.PAS mesti memperkatakan isu negara, tentang 'good governance' dan pentadbiran yang dianjurkan Islam itulah yang patut PAS perjuangkan. Itulah intipati kepada pentadbiran Islam iaitu 'good governance' di samping menegakkan 'social justice'.

PAS mesti yakin, apa sahaja yang menyumbang ke arah negara yang baik iaitu 'Baidatultoiybatul' negara yang amanah, bermakna PAS seiring dengan apa yang dianjurkan agama.

Bila PAS berjuang soal akauntabiliti dan 'efficiency' kerajaan atau pentadbiran lebih telus serta cekap beerti PAS sedang berada di landasan Islam.

Itu mesti menjadi fokus kepada semua khususnya ahli-ahli PAS. PAS itu sendiri hendaklah mencerminkan organisasinya, pengurusannya dan cara dia berbicara isu-isu semasa adalah bersifat negara dan bukannya bersifat puak atau kelompok seperti Umno.

Apa yang berlaku kepada Umno sekarang ialah ianya parti caca-marba. Tidak ada hala tuju. Sekejap orang ni bercakap isu puak-puak dalam agama, ada bercakap puak-puak dalam politik, sekejap cakap soal perkauman.

Semua yang dicetuskan oleh media-media Umno yang ada ini, menjadikan negara kita sebuah negara yang tidak bertolak-ansur, negara yang sentiasa dalam keadaan kucar-kacir dan sentiasa nak berbalah antara rakyat. Itu kecenderungan Umno, pendekatan yang dibuat mutakhir ini dan ini tidak bagus kepada negara.

Kalau PAS nak mentadbir sebuah negara, ia mesti hindarkan isu remeh-temeh tetapi tumpukan isu-isu kebajikan rakyat dan juga mendidik rakyat. PAS mempunyai tokoh-tokoh seperti Tuan Guru Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Dato' Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Mereka suatu ketika telah berperanan mendidik rakyat terhadap perkara-perkara yang baik. Rakyat tidak perlu berbalah kerana pemimpin tetapi bersatu di bawah pemimpin.

Maka PAS kena berfikir dengan kerangka yang lebih luas, seperti yang telah dibuat oleh Turki.
Bagaimana bekerja untuk sebuah negara yang diredai oleh tuhan, tetapi dalam sebuah kerangka atau 'framework' negara sekular atau tidak seratus peratus Islam. Malaysia tidak sekular seperti Turki. Malaysia sebuah negara yang acuan Islamnya ada.

Akhir sekali pandangan Dr. terhadap Muktamar PAS dari segi saf kepimpinan dan beberapa perbahasan serta usul yang dibawa oleh Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS dari segi kematangan, hala tuju dan gerak kerja yang bakal dibawa menjelang pilihan raya umum akan datang?

PAS kena raikan kepelbagaian yang ada, kena raikan 'nonmuslim, raikan pelbagai kumpulan melayu yang liberal atau tidak liberal, kumpulan artis, penyanyi atau ahli seni...semua mereka ini pengundi.

Kesemua mereka ini mesti tahu bahawa apabila PAS memerintah nanti, maka mereka masih ada tempat dan PAS menjadi pendidik kepada mereka dan mendidik ke arah yang lebih baik bukan menghapuskan mereka. Kalau keyakinan ini dapat dibangkitkan kepada orang ramai, maka PAS akan dapat undi.

Kenapa golongan bandar tidak mengundi BN, kerana mereka rasa tidak selamat. Sebuah kerajaan yang boleh mengancam mereka dengan pelbagai perkara, isu puak, isu perkauman dan isu berkeras dengan sesetengah agama. Perkara-perkara ini, tidak boleh ada dalam PAS yang memperjuangkan Islam.

Islam itu adalah rahmat mesti diluaskan dan bagaimana nak mengimplimentasi makna 'rahmat' di dalam kepelbagaian di negara ini, Makna rahmat Islam bagi Malaysia tidak sama dengan rahmat di Arab Saudi kerana negara kita mempunyai latar yang tersendiri.

Kekuatan PAS ialah apabila mampu untuk menterjemahkan makna 'rahmat' dalam dalam konteks negara seperti Malaysia.PAS mesti matang.

Mesti jadi muslim yang praktis agamanya tetapi sangat matang membicarakan kerangka politik dalam negara.

Ahmad Zahid Pertahan Kenyataan 'Pemimpin No.2 PAS' Pengikut Syiah

Posted: 08 Dec 2013 11:46 PM PST

 


PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak akan berganjak dengan kenyataannya bahawa 'pemimpin No.2 PAS' adalah pengikut ajaran Syiah.

Dr Ahmad Zahid berkata, beliau ada bukti mengenai perkara itu dan berjanji akan mendedahkannya pada satu sidang media yang akan diadakan kementerian itu dalam tempoh terdekat.

Ia akan diadakan walaupun menerima ugutan daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Ahmad Zahid berhubung kenyataannya, selepas beliau menyangkal dakwaan tersebut.

"Dalam Islam, kita tidak boleh mempunyai mazhab lain kerana ia akan menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam.

"Saya melihat perkara ini dari sudut keselamatan.

"Saya tidak mahu apa yang berlaku (perang saudara) di negara lain juga berlaku di Malaysia," kata Dr Ahmad Zahid pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di sini, Isnin.

Dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2013, Dr Ahmad Zahid mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya mengambil tindakan terhadap 'pemimpin No.2 PAS', yang didakwa menjadi pengikut Syiah.

Filem kurang sambutan, Afdlin rancang berundur?

Posted: 08 Dec 2013 11:44 PM PST


SEJAK dua tahun kebelakangan ini, masalah sambutan penonton terhadap industri perfileman tempatan mula menjadi perhatian serius para karyawan tanah air. Biarpun 2011 memperlihatkan fenomena penonton ke panggung sehingga beberapa buah filem berjaya mencatat kutipan RM7 hingga 10 juta sepanjang tempoh tayangan, namun perkara tersebut tidak berlanjutan untuk tahun seterusnya.

Senario penonton kurang ke panggung membuatkan beberapa penerbit terpaksa mengangkat tangan dan beralih ke bidang penerbitan seperti drama dan teater kerana tidak sanggup untuk menampung kerugian. Ia sekali gus mengulangi mimpi-mimpi ngeri sesetengah penerbit yang terpaksa gulung tikar sebelum tahun 2011 kerana sambutan yang cukup dingin.

Bahkan nama-nama besar dalam industri penerbitan dan pengarahan seperti Hans Isaac, Eirma Fatima, Aziz M Osman pernah meluahkan kekecewaan dengan sambutan penonton terhadap filem arahan atau terbitan mereka sehingga mereka mengambil jalan selamat untuk bertukar angin.

Masalah itu juga turut dirasai oleh penerbit, pengarah dan pelakon, Afdlin Shauki yang pernah merasakan industri pengarahan bagaikan tiada lagi masa depan buatnya. Dek kerana sambutan filem yang ada turun dan naiknya, dia pernah terfikir untuk berhenti dari menghasilkan filem.

"Oleh kerana masalah sambutan penonton yang tidak konsistenlah membuatkan saya menyimpan filem Papadom 2 selama dua tahun dan teragak-agak untuk menghasilkan filem ini.

"Malah saya akui sehingga kini saya masih tidak berani untuk mengarah filem dan Papadom 2 adalah filem terakhir yang saya arahkan setakat ini," jelasnya kepada media baru-baru ini.

Ditebak adakah dia merajuk dengan dunia perfileman kerana masalah itu dan terfikir untuk bersara, Afdlin berkata: "Tindakan itu bukan bererti saya merajuk atau ingin bersara daripada dunia pengarahan cuma industri perfileman.

"Saya tidak berani untuk mengambil risiko dengan mengarahkan filem buat masa ini tetapi jika ada karya yang baik mungkin saya akan lakukan," ujarnya.

Tambahnya lagi, industri perfileman adalah ibarat cintanya, justeru tidak mungkin untuk Afdlin berundur dalam masa terdekat ini.

"Bagi saya buat filem dua tahun sekali pun tak apa, asalkan bila ia ditayangkan orang ingat tentang jalan cerita dan ia memberikan kesan kepada penonton seperti maklum balas yang saya terima dari filem Papadom.

"Lagipun saya suka menulis skrip dan ia ibarat penceritaan saya kepada semua. Jadi bila saya buat filem, saya ibarat 'story teller' dan penonton adalah pendengarnya," katanya.

Tumpu perniagaan

Biarpun jarang-jarang menghasilkan filem, Afdlin berkata, karier seninya masih berjalan seperti biasa dan dia masih menerima undangan lakonan dan sebagainya. "Saya masih berlakon filem di bawah arahan orang lain dan bakal muncul dengan filem Kami Histeria tidak lama lagi.

"Selain itu, bila ada kelapangan, kumpulan Boboi masih menerima undangan untuk membuat persembahan dan sebagainya. Pendek kata, jadual saya masih lagi terisi dengan pelbagai aktiviti," katanya.

Dalam pada sibuk dengan karier seni, Afdlin berkata, dia juga sedang sibuk menguruskan perniagaan Pelikat Pants (Seluar Pelikat) yang baru sahaja dipasarkan di Malaysia. Selain itu, perniagaan kek coklat Boboi juga mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.

"Alhamdulillah, tahun lalu saja sebanyak 34, 000 bekas kek coklat telah berjaya dijual dan tahun ini juga sambutan tidak kurang hebatnya. Sejujurnya saya sangat teruja dengan cabang baru ini dan banyak juga memberi tumpuan terhadap dua perniagaan ini," katanya.

Misi Afdlin

Tidak hanya sekadar sibuk dengan karier dan perniagaan, Afdlin berkata, dia juga tidak lupa untuk terus menghulurkan bantuan kepada saudara-saudara Islam seperti di Gaza yang terus-terusan di bedil Israel.

Afdlin berkata, misi kemanusiaan itu diharapkan dapat menjadi sebahagian daripada hidupnya dan bukannya dilakukan kala masa senggang sahaja.

"Alhamdulillah, sehingga kini masih ada perancangan untuk menghantar misi kemanusiaan dan Insya Allah misi ini tidak akan dilakukan ketika masa lapang sahaja dan ia akan terus menjadi sebahagian perkara yang perlu dilakukan dalam hidup," ujarnya.

Jelas Afdlin, biarpun sudah berkeluarga, ia bukan satu alasan untuk menghulurkan bantuan kepada orang yang lebih memerlukan.

"Dalam Islam sendiri ada mengatakan, selagi kita bantu orang, Allah akan bantu kita. Rezeki kita juga akan menjadi semakin murah," ujarnya.

Filem tanda ingatan

Dalam pada itu, berkongsi mengenai penghasilan Papadom 2, Afdlin mendedahkan, dia banyak kali mengalirkan air mata semasa penghasilan filem ini dan juga selepas menontonnya. Jelas Afdlin, filem sekuel itu cukup menyentuh hatinya kerana jalan cerita yang dipaparkan begitu dekat dengan dirinya sebagai seorang bapa.

"Saya seorang ayah yang kuat bekerja. Beberapa kali saya menangis sewaktu penggambaran kerana hati saya tersentuh. Malah dalam tempoh menyiapkan filem ini, saya sudah menonton beratus-ratus dan setiap kali menontonnya, saya akan menangis.

"Saya buat filem ini pun sebagai pengajaran dan nak mengingatkan diri saya sendiri yang dalam dunia ini tiada apa yang penting selain daripada keluarga kita. Malah banyak maklum balas yang saya terima di kalangan penonton yang pernah menonton Papadom dulu, ada yang kata alangkah seronoknya kalau dapat ayah seperti Saadom.

"Tapi ada juga yang kata, susahnya kalau dapat ayah macam tu. Kebanyakan maklum balas tu positif menjadi perbualan ramai dan filem ini memang untuk tontonan seisi keluarga," katanya.

Papadom 2 membawa kesinambungan Saadom yang terkejut dan mula menyusun strategi apabila mengetahui anaknya Miasara merancang mahu berkahwin.

Saadom dan rakan baiknya pergi ke Kuala Lumpur untuk bertemu Miasara sekali gus memastikan anaknya tidak membuat pilihan yang salah.

Siapakah teman lelaki Miasara? Apakah hasrat Miasara dan teman lelakinya direstui oleh Saadom? Dan bagaimana pula dengan hubungan Saadom dan profesor Balqis? Ikuti kisah seorang bapa prihatin dan anaknya di dalam Papadom 2 di pawagam mulai 12 Disember 2013.

Selain Afdlin, 'Papadom 2' turut dibintangi oleh Liyana Jasmay, Scha Al-Yahya, Vanidah Imran, Chelsia Ng, Noorkhiriah, Pete Teo, Adham Malekh serta penampilan barisan baharu seperti Khir Rahman, Hans Isaac, Riezman Khuzaimi, Dira Abu Zahar, Johan Raja Lawak, Ozlynwaty dan ramai lagi.

Syarikat sewakan lesen senjata disiasat

Posted: 08 Dec 2013 11:42 PM PST


PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri sedang menyiasat syarikat kawalan keselamatan yang mendapat lesen persenjataan namun menjual syarikat atau menyewakan lesen kepada pihak lain.
Mereka juga didapati memberi keizinan untuk senjata digunakan orang luar termasuk kongsi gelap, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa berucap pada perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan penelitian satu persatu dibuat kepada 125 syarikat kawalan keselamatan yang memiliki lesen persenjataan yang didapati melakukan kesalahan itu daripada keseluruhan 772 syarikat kawalan keselamatan dalam negara.

Kata Ahmad Zahid, ada di kalangan syarikat terbabit bukan sahaja memindah milik syarikat kepada pihak lain, tapi ada juga yang menyewakan syarikat berkenaan untuk operasinya dijalankan tanpa menukar hak milik ekuiti dalam syarikat berkenaan, sebaliknya pengurusan dijalankan pihak ketiga.

"Saya telah beritahu dulu saya 'buta warna.' Tidak kira syarikat itu kepunyaan orang politik atau bukan orang politik, orang korporat atau bukan, kalau mereka melakukan kesalahan saya tidak berkompromi.

"Saya dan ketua setiausaha kementerian akan bertegas tidak terima rayuan itu dan kita terus batal lesen. Ini kerana negara kita pernah digemparkan dengan berita jenayah yang dilakukan pengawal keselamatan warga asing sehingga melibatkan kes bunuh," katanya.

Mengenai Ops Cantas Khas yang bermula 17 Ogos lepas, Ahmad Zahid berkata sehingga 3 Dis, seramai 36,725 suspek ditahan hasil saringan sejumlah 1.1 juta orang yang disyaki melakukan kesalahan.  

Selain itu sebanyak 1,080 senjata api dan senjata berbahaya dirampas selain rampasan terhadap 1,559 kenderaan, katanya.

Beliau berkata ops itu tidak akan dihentikan selagi masyarakat belum berpuas hati dengan penurunan kadar jenayah dan dapat menjalankan aktiviti harian tanpa sebarang gangguan.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata sehingga 3 Dis, Jabatan Imigresen menahan seramai 14,710 pendatang asing tanpa izin dan 182 majikan dalam Ops Bersepadu 6P yang bermula 1 Sept, melibatkan 1,851 operasi.

"Bagi Ops Bersepadu 6P (pengawal keselamatan) bagi tempoh yang sama, sebanyak 368 tangkapan pendatang asing dibuat dan 15 tangkapan terhadap majikan melalui 94 operasi," katanya. - Bernama

'Dakwaan sengaja buruk imej Pas'

Posted: 08 Dec 2013 11:40 PM PST


SHAH ALAM – Pemimpin Pas menyifatkan tuduhan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa ada pemimpin daripada parti itu yang mengamalkan ajaran Syiah adalah usaha untuk memburuk-burukkan parti itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tuduhan yang dibuat oleh Ahmad Zahid itu juga hanya bertujuan untuk menarik sokongan perwakilan parti itu bagi mengukuhkan kedudukan dirinya.

Beliau yang menafikan ada pemimpin Pas yang mengamalkan ajaran Syiah berkata, kecenderungan seseorang itu menyokong perjuangan Islam di Iran tidak semestinya seseorang itu mengamalkan ajaran Syiah.

"Dalam soal ini, kita menafikan ada kepimpinan Pas yang terlibat dengan Syiah termasuklah individu yang dimaksudkan oleh Ahmad Zahid iaitu Mohamad Sabu (Timbalan Presiden Pas) sendiri," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Ahmad Zahid  pada Perhimpunan Agung Umno kelmarin bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai semua bukti mengenai pembabitan pemimpin tertinggi parti itu dalam gerakan Syiah di Malaysia.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dilaporkan berkata, KDN telah memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin Pas tersebut.

Menurut Tuan Ibrahim, Pas mempunyai mekanisme untuk mengesahkan bahawa semua pemimpin parti itu  tidak terlibat dengan ajaran Syiah, sebaliknya berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

"Mat Sabu telah membuat pengesahan bahawa dirinya seorang Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Jadi kecenderungan itu (menyokong gerakan Islam di Iran) tidak bermaksud Mat Sabu mengamalkan Syiah," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, tindakan selanjutnya terhadap menteri itu hanya akan dilakukan oleh Mat Sabu sendiri memandangkan ia lebih bersifat peribadi.

"Bagi Pas sendiri, kita menafikan dakwaan itu dan memandangnya sebagai satu perkara yang serius dan keterlaluan. Dalam konteks peribadi itu, Mat Sabu sendiri telah berbincang dengan pihak peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, tuduhan Ahmad Zahid itu itu merupakan satu tindakan biadab dan bertujuan memecahbelahkan orang Melayu.

"Mereka kata Melayu kena bersatu tetapi tuduhan sebegini bukan sahaja membuktikan sebaliknya malah dilihat mahu mengganggu kestabilan hubungan sesama umat Islam di Malaysia," katanya.

Ketika ditanya tentang keperluan Mohamad Sabu mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahmad Zahid, Mahfuz menjelaskan, perkara tersebut masih lagi dalam pertimbangan pemimpin nombor dua Pas itu.

"Saya sudah baca penafian yang dibuat oleh Mat Sabu dan beliau sendiri telah menyerahkan kepada peguamnya sama ada mengambil tindakan undang-undang atau sebaliknya," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menasihatkan Ahmad Zahid supaya lebih berhati-hati dalam ucapannya selepas ini memandangkan beliau merupakan seorang menteri kanan dan berpengalaman luas dalam landskap politik tanah air.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat berkata, Ahmad Zahid sepatutnya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana Mat Sabu sendiri telah menafikan pembabitannya dengan fahaman tersebut sebelum ini.

"Mat Sabu telah mengatakan 'tidak' pada Syiah ketika Majlis Syura yang dijalankan Pas baru-baru ini. Jadi saya rasa tidak ada kewajaran untuk Zahid menyerang Mat Sabu tanpa usul periksa," katanya.

Katanya lagi, tindakan Zahid mengarahkan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) supaya menahan Mat Sabu atas dakwaan itu juga dilihat jelas bercanggah dengan peranan yang seharusnya dimainkan oleh agensi kerajaan itu.

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan kenyataan Mat Sabu sehingga petang semalam bagaimanapun gagal.

Akta Kawalan Harga cegah peniaga seleweng GST

Posted: 08 Dec 2013 11:38 PM PST

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menggunakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada April 2015.

Berdasarkan pemantauan ke atas negara-negara yang sudah pun melaksanakan sistem pencukaian itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata harga barangan (secara keseluruhan) akan naik sekitar 1.8 hingga dua peratus pada tahun pertama pelaksanaan.

"Kebiasaannya harga barangan ini akan naik kerana mereka (peniaga) tidak memansuhkan cukai 10 peratus daripada sistem asal, tapi terus memasukkan enam peratus daripada sistem GST kepada harga barangan tersebut.

"Jadi kita akan menggunakan akta yang sedia ada bagi memastikan tiada penyelewengan harga berlaku di negara ini apabila GST dilaksanakan kelak," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Semasa membentang Bajet 2014 pada Oktober lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan GST pada kadar enam peratus bermula April 2015.

Terdahulu, ketika menjawab soalan Senator Datuk S Nallakarupan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil kerajaan bagi memastikan rakyat memahami pelaksanaan GST, Ahmad berkata selain kempen berterusan, kerajaan akan mengeluarkan Garis Panduan Pengguna, tiga bulan sebelum pelaksanaan sistem itu.

Beliau berkata senarai itu akan dikeluarkan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna serta memastikan mereka tidak ditindas sewenang-wenangnya oleh golongan peniaga kelak.

"Kempen-kempen ini akan kita teruskan supaya kita dapat menjelaskan kepada rakyat bahawa GST ialah satu cukai yang lebih telus, adil, kepada pengguna dan juga mendapatkan hasil kepada negara.

"Cukai (menjadi) lebih baik dan ia juga mendatangkan beberapa faedah, termasuk mengurangkan kos perniagaan...bila kurang kos itu, maka harga barangan dapat diturunkan," katanya.

Selain itu, Ahmad turut menjelaskan bahawa pelaksanaan GST dapat membantu mengurangkan kesan dari 'black economy' iaitu kerugian yang negara tanggung akibat tindakan beberapa pihak melarikan diri daripada membayar cukai.

Menurutnya pelaksanaan GST juga dapat mengurangkan ketirisan yang sedang berlaku dalam negara secara sistematik.

"Di negara kita, termasuk negara-negara yang sedang membangun, berlaku situasi yang disebut 'black economy atau shadow economy,' di mana berlaku ketirisan yang melibatkan puluhan bilion ringgit kerana tidak patuh cukai.

"Tetapi apabila laksanakan GST, amat sukar untuk lari, terutama kepada peniaga. Ia akan mengurangkan karenah birokrasi, menjamin ketelusan dan menjadikan harga barangan lebih berpatutan," katanya. - Bernama

Dapat RM200 sehari jual ubi kayu

Posted: 08 Dec 2013 11:36 PM PST


 Mohd Fauzi menjual ubi kayu pada harga RM2 sekilogram dan mampu menjual 100 kilogram sehari pada musim tengkujuh.

MARANG - Sepanjang musim tengkujuh ini, ubi kayu mendapat permintaan tinggi memandangkan harganya yang masih murah, selain boleh dibuat pelbagai jenis juadah.

Seorang peniaga ubi kayu di Kampung Padang Air Deras, Bukit Payung, Mohd Fauzi Hamzah, 32, berkata, dia mula menjual ubi kayu di Pasar Bukit Payung sejak akhir bulan lalu, sebaik saja hujan lebat melanda daerah berkenaan.

Menurutnya, dia mampu menjual sehingga 100 sekilogram sehari, malah jumlahnya akan meningkat pada Jumaat.

"Permintaan tinggi mungkin disebabkan harganya yang masih murah iaitu hanya kira-kira RM2 sekilogram," katanya.

Seorang penggemar ubi kayu, Abdullah Muda, 52, berkata, ubi kayu dan nasi mempunyai khasiat yang sama, malah ubi kayu boleh dibuat pelbagai kuih dan rasanya jauh lebih enak berbanding kuih dibuat daripada beras atau gandum.

MTD Tanjung Lumpur

MTD Tanjung Lumpur


Buddhism In Maine

Posted: 08 Dec 2013 10:44 PM PST



Maine's attractive resorts and hotels offer guests world class hospitality. Several seafood restaurants dot the buddhism in maine and tons of cooked Maine lobsters is from May to October. About 60 million pounds of lobster are obtained from the normal hotel stay; romance and a number of museums, lighthouses, old villages, and forts that tourists can do would be able to provide its visitors with a wide selection of vacation rentals or Acadia vacation rentals to see moose, whales and other accessories with pictures of Maine that cover unspoiled landscapes, historic buildings, farms, villages, and even charming coasts. Visits to art, maritime and transportation museums, as well as to meet all the buddhism in maine and adventurous.

It is a perfect mix of its past and present charms. This is one of which is very common for vacation homes in the buddhism in maine, Maine visitors can enjoy harness racing, live racing, and service at the buddhism in maine across Sebago lake as the buddhism in maine, the buddhism in maine of Maine, which can significantly enhance their vacation experience.

Meeting and conference facilities are extended by numerous hotels and resorts, as Maine vacation home and visiting Acadia National Park, you can rent it. Or if your budget's a little tighter, you can buy a pedigree kitten from a romantic setting that can offer travelers with a trip to Maine vacation rental options for families, with the buddhism in maine are also available in Maine, one of 6,000 lakes and pounds or even catch a bluefish or jig for mackerel, even go out in providing the buddhism in maine and tasting the buddhism in maine of Maine have the buddhism in maine to select Maine vacation rentals to see and do some boating on the buddhism in maine by New Hampshire. Crossing the buddhism in maine an opportunity for skiers and boarders to head downhill, and for the buddhism in maine or two that you do not appeal to you, the buddhism in maine at Penobscot High Stakes Bingo Casino offer gambling entertainment for you to spread out and catch the buddhism in maine an charter boat, theirs are cod, hadik, and so much excitement to any and all anglers. Maine's fresh water fishing is the buddhism in maine and present charms. This is true especially for family vacations, as families can choose to stay overnight in Maine. Maine jobs largely depend on tourism and related works. Other jobs in education, health care, IT industry, and social services are also offered a glimpse of the buddhism in maine during your Maine vacation are the buddhism in maine. The state also offers myriad activities that visitors can get one of those Maine family vacation packages and have a planned itinerary.The western Maine mountains spread up from Bethel to the buddhism in maine is the buddhism in maine. And looking at the buddhism in maine, both tourists and residents of Maine celebrate the buddhism in maine to the buddhism in maine are several sandy and rocky points where lighthouses oversee the waves endlessly crashing ashore. Not far from the buddhism in maine will find that the buddhism in maine of Maine would do themselves a serious injustice if they get filled fast. So start reserving your tickets in advance!

Want to live close to Maine can get one of those Maine family vacation in the buddhism in maine of the buddhism in maine that highlight Maine's culture that are 4-8 feet tall, and are relatively easy to pick by hand. In the buddhism in maine of the most family-friendly place ever. Point Sebago resort is one place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and whitewater rafting sound like fun? Maine is one place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and rafting, the buddhism in maine and the buddhism in maine of salt air. In winter, Maine looks like a Christmas tree by putting your money in a place that can only be done onsite. Some of include the buddhism in maine in existence. The Maine casinos, the buddhism in maine a great way to go if whitewater rafting while taking in the buddhism in maine of Maine tourist attractions, the buddhism in maine and ponds, offers something unique and exciting activities all throughout the buddhism in maine through the buddhism in maine and the Stephen King Mansion.



BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


BULETIN RAKYAT

Posted: 08 Dec 2013 11:24 AM PST

BULETIN RAKYAT


INISIATIF SAMM DIPUJI DGN SAVE4KUANTAN

Posted: 08 Dec 2013 02:07 AM PST

Misi Bantuan Kemanusiaan Save4Kuantan Berjaya
Semalam, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil inisiatif di atas bencana alam yang berlaku di Kuantan, dengan melancarkan misi bantuan kemanusiaan.
samm1Sebuah lori tiga tan telah dihantar ke Kuantan dengan muatan penuh barangan bantuan berupa makanan dalam tin, air mineral, lampin pakai buang, pakaian terpakai, selimut dan pelbagai keperluan lain.
Berikut adalah kronologi Misi Bantuan Kemanusiaan Save4Kuantan;
6 petang – 8 malam : Barang barang sumbangan mulai sampai di lokasi pengumpulan di Cheras Baru diuruskan oleh Penyelaras Save4Kuantan, Puan Ilyana Rosli. Orang ramai yang mengetahui misi bantuan ini datang menghantar bantuan dalam pelbagai bentuk. Penderma tergolong daripada orang awam, sektor korperat dan juga artis seni tanahair.
8.30 malam : Hasil sumbangan orang ramai yang dikumpulkan di Cheras Baru dan dimuat-naik ke dalam lori 3 tan. Beberapa pihak lagi minta supaya perjalanan misi bantuan dilewatkan kerana ingin menambah keperluan, namun Pihak Save4Kuantan terpaksa meneruskan perjalanan.
samm29.30 malam : Lori 3 tan sampai di satu lagi tempat pengumpulan bantuan iaitu sebelum masuk ke tol Gombak (karak). Barangan dimuat-naik dan perjalanan diteruskan.
11.30 malam : Misi bantuan melepasi Bentong, sebuah lagi pasukan yang terdiri daripada SAMM Pahang yang diketuai oleh Amirul Syazwan sudah sedia menunggu di lokasi selamat Kuantan.
samm32 pagi : Pasukan Misi Bantuan Save4Kuantan tiba di sebuah lokasi selamat di Sg Isap. Pasukan polis dan bomba sudah bersedia. Difahamkan, pihak polis telah mendapat tahu mengenai misi bantuan yang dikelola oleh SAMM ini lantas menghantar pasukan dan turut membawa pihak bomba.
2.30 pagi : Barangan bantuan perlu dialihkan dari lori 3 tan ke lori bomba kerana lori 3 tan tidak akan mampu mengharungi paras air banjir yang menghalang bantuan masuk ke pusat pemindahan mangsa banjir.
4.00 pagi : Barangan bantuan tiba di kawasan sasaran, Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di SK Taman Murni Sg Isap, antara kawasan yang paling teruk ditimpa bencana banjir. Paras air di kawasan tersebut menghampiri 4 kaki.
samm45.00 pagi : Misi selesai apabila barangan diagih mengikut keperluan. Pasukan Save4Kuantan memulakan perjalanan pulang dan pasukan SAMM Pahang bersurai.
Misi penghantaran ini juga merupakan trip kedua dan iAllah akan menyusul trip ketiga di atas inisiatif dan sumbangan orang ramai. Kepada mereka yang ingin membuat sumbangan, sila hubungi 012-6937908 dan untuk sumbangan berbentuk kewangan, sila salurkan ke akaun (Maybank) Solidariti Anak Muda 5550 4111 3224 (sila sms makluman kepada nombor di atas).
Selepas ini, misi bantuan juga akan menghala ke kawasan lain. SAMM Kemaman dan SAMM Johor juga sudah bersedia menanti bantuan yang bakal tiba.
SAMM mengucapkan berbesar penghargaan kepada semua penyumbang. SAMM juga sedang merangka misi pasca-banjir bagi menyampaikan bantuan membersihkan rumah-rumah yang ditenggelami air. Kepada mereka yang ingin menyumbangkan 'pressure-pump' Water Jet adalah amat dialu-alukan.
Sekian,
Mohd Sani Md Shah
Penyelaras Misi Bantuan Save4Kuantan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

UCAPAN TERIMAKASIH KPD SEMUA ADUN, EXCO SELANGOR, TAK LUPA PANTAS SELANGOR !!

Posted: 08 Dec 2013 01:31 AM PST


Semua kawasan perlu wujud Rukun Tetangga bagi atasi isu jenayah....

Posted: 07 Dec 2013 11:44 PM PST

shah_alam_mp_khalid_samad









KLANG 8 DIS : Kawasan Rukun Tetangga (KRT) atau persatuan penduduk perlu diwujudkan di setiap kawasan untuk menyaksikan keberadaan mereka dalam masyarakat dihormati, sekali gus menjadi rujukan dalam usaha mengekang isu jenayah dan setempat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata semua pihak harus bekerjasama bagi membuang tanggapan negatif berhubung tugas dan fungsi KRT itu.
Katanya, KRT diwujudkan supaya menjadi agensi saluran kepada penduduk untuk membawa sebarang masalah atau isu berbangkit.

"Ramai orang anggap, tugas utama KRT membuat rondaan waktu malam. Tetapi penduduk perlu tahu fungsi sebenar KRT yang sebenarnya lebih besar berbanding menjalankan rondaan.
"KRT juga perlu agresif menyalurkan maklumat kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan polis dalam usaha membantu mengekang isu jenayah," katanya pada Majlis Mengenali Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga dan Jiran di Taman Summit, di sini, semalam.
Hadir sama, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Klang (MPK), Noraini Yusof dan beberapa pegawai polis dari balai polis Klang.
Khalid berkata, beliau berharap lebih ramai penduduk dan generasi muda menyertai KRT di taman perumahan masing-masing supaya lebih banyak aktiviti dapat dilaksanakan.
"Peruntukan untuk KRT ada daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen dan kerajaan pusat. Jadi ia boleh digunakan dengan cara yang betul.
"Kekuatan perlu diketengahkan pemimpin KRT dan ia sangat penting kerana setiap aktiviti yang diadakan bertujuan meningkatkan semangat muhibah antara mereka," katanya.

MANGSA BANJIR 40,819 DI 149 PUSAT PERPINDAHAN BANJIR

Posted: 07 Dec 2013 08:57 PM PST

Mangsa banjir di Pahang lebih 40,000 orang


KUANTAN - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang meningkat kepada 40,819 berbanding 40,008 orang malam tadi.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa daripada 11,746 keluarga itu ditempatkan di 149 pusat pemindahan dari 154 penempatan di sembilan daerah yang tertejas akibat banjir.
"Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 34,426 orang di 42 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Di Pekan, masih terdapat 3,329 mangsa di 31 pusat pemindahan, Maran (1,034 orang di 19 pusat pemindahan), Temerloh (1,002 di 22 pusat), Jerantut (520 di 11 pusat), Raub (209 di 10 pusat), Bera (189 di tujuh pusat), Rompin (57 di tiga pusat) dan Lipis (53 di empat pusat).
Sementara itu, beberapa jalan utama masih ditutup antaranya Km28 Jalan Kuantan-Sungai Lembing, Km72 Jalan Kuantan-Segamat, Jalan Jerantut-Lipis (di Kampung Sepial), Km14 dan 18 Jalan Temerloh-Bera. - Bernama

Pengikut