Isnin, 17 Jun 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 17 Jun 2013 03:08 PM PDT


TIKAM BATU – Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.

Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

Barang rakan lain musnah

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.

"Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak," katanya.

Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

"Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.

"Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi," katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.

Baru lakukan tasmid

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

"Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam)," katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

"Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup," katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.

Tidak jejas ambilan pelajar

Menurut Anuar, tragedi yang menimpa Mantab langsung tidak mematahkan semangatnya dan tenaga pengajar lain untuk terus mengembangkan syiar Islam dalam usaha melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.

"Kita baru sahaja menerima seorang pelajar hari ini (semalam). Ini menunjukkan respons positif daripada pihak ibu bapa dan ia (tragedi) sebenarnya tidak menjejaskan pengambilan pelajar," katanya.

Berhubung soal keselamatan pula, katanya, pihaknya akan meningkatkan ciri-ciri keselamatan di samping menyediakan kelengkapan dan meningkatkan ilmu berhubung keselamatan selain menyediakan prasarana yang layak.

"Setakat ini, pelajar diberi cuti seminggu untuk kita jalankan proses pengurusan, terutamanya melibatkan penempatan pelajar di blok sebelah," katanya.

Menurut Anuar, kesemua 20 pelajar berusia antara 13 dan 17 tahun akan dipindahkan ke blok bilik darjah yang sedang diubah suai menjadi tempat penginapan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak yang bersimpati, menyumbang dan membantu pihaknya untuk membangunkan semula maahad tahfiz itu.

SH

RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...


Kerabu Bersuara ®

Posted: 17 Jun 2013 03:01 PM PDT

Dakwat kekal: Berduka dalam kebenaran
LAILATUN KHALILAH NASIR&ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
FOTO: ROSLI TALIB

"KALAU orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal," luah Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf.

Kekecewaan jelas terpancar di wajahnya. Kesedihan dengan kisah dakwat kekal tidak dapat disembunyikan. Rasa kesal dan dukacita itu dizahirkan Abdul Aziz ketika kunjungan beliau ke pejabat Sinar Harian baru-baru ini.

Kita merancang, ALLAH SWT yang menentukan segala-galanya. Namun kisah dakwat kekal bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan asas oleh sesetengah pihak untuk menuduh SPR membenarkan pengundi membuang undi lebih dari sekali. Jauh sekali membolehkan mereka menuduh SPR menipu untuk memberi kemenangan kepada parti yang memerintah.

Bersama Editor Sinar Harian, LAILATUN KHALILAH NASIR dan wartawan ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD serta jurufoto ROSLI TALIB, orang nombor satu SPR ini meluahkan banyak lagi perkara yang wajar diketahui umum terutamanya apa yang terjadi ketika hari bersejarah 5 Mei lalu

Pilihan Raya Umum Ke-13 sudah selesai, tetapi sesetengah pihak tidak puas hati atau sahaja mahu cetus provokasi?

Saya merasa keadaan yang sangat aneh. Berduka cita dalam kebenaran. Sebagai orang Islam, kena percaya apabila berusaha dengan pelbagai cara, tetapi berjaya atau tidak, ALLAH SWT yang berkuasa.

Dalam erti kata lain, pilihan raya ini, yang menjadi raja dan penentu memilih wakil rakyat adalah pengundi, bukan SPR. SPR sediakan gelanggang berlandaskan Perlembagaan.

Bertandinglah sepuasnya untuk meraih undi rakyat. Kita jalankan ikut undang-undang sedia ada. Proses undang-undang kita sangat dinamik, dari tahun 50an sehingga sekarang, dinamik ini mengikut perlembagaan dan tuntutan rakyat semasa.

Semua rakyat menunggu begitu lama dan teruja untuk mengetahui tarikh 5 Mei 2013, sehingga berlaku sejarah apabila Dun Negeri Sembilan terbubar sendiri.

Apabila keputusan diumumkan, ada yang pertikai, marah dan tuduh macam-macam hingga kata kami (SPR) berkomplot. Ia amat pedih untuk kami terima tetapi itulah yang berlaku sekarang. Provokasi hingga ke jalanan.

Saya ingin tegaskan, SPR sebuah badan bebas yang tidak boleh tunduk dengan arahan atau diarah oleh orang lain. Bukan kita bongkak tetapi peruntukan undang-undang mahu kita seperti itu, bebas.

Tetapi bebas ini sangat subjektif, Pengerusi, Timbalan Pengerusi bekas pegawai kerajaan, sekarang ini kami yang bertugas di SPR, kami anggap sebagai berkhidmat untuk negara.

Ketika ditawarkan jawatan ini saya tidak sampai hati mahu tolak. Ramai yang tidak mahu jawatan ini ia sangat memberi tekanan. Tetapi atas dasar semangat dan cinta pada negara, saya terima dan khidmat saya yang boleh diberikan untuk Malaysia.

Bagaimana boleh timbul dakwaan SPR mengikut arahan kerajaan memerintah?

Ketika ini persepsi yang dibuat seolah-olah SPR bawah telunjuk kerajaan pemerintah. Sejak saya dilantik jadi Pengerusi SPR, tidak pernah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, "Aziz buat ini, buat itu...", tidak pernah.

Tetapi dari segi cadangan sesiapa sahaja boleh beri cadangan daripada Perdana Menteri sehinggalah budak pejabat. Sebab yang memutuskan apa-apa cadangan adalah tujuh panel yang diletakkan di bawah SPR, kita bebas buat keputusan. Maknanya, dari segi membuat keputusan dan operasi SPR, SPR bebas.

Dalam politik SPR paling hampir dengan parti politik yang menentukan kalah menang seseorang parti politik, kalau menang mereka pujilah SPR, kalau kalah, lainlah bunyinya, mereka akan cari kelemahan lain. SPR seperti jadi kambing hitam.

Persepsi ini tidak semestinya betul, kalau berkali-kali kata ini bukan putih, ini hitam, maka ia akan jadi hitam, itu politik. SPR pengadil, tugas kita sangat penting dalam PRU. Saya lihat pada PRU13 semua parti politik membuat fokus, mereka kata boleh menang negeri ini, kawasan itu.

Contoh kerajaan pemerintah kata boleh ambil Kelantan dan Selangor. Tetapi dalam realiti tidak jadi begitu, Selangor makin teruk, Pulau Pinang lagi teruk begitu juga Kelantan kecuali Kedah. Ini maknanya apa? Maksudnya kita hanya boleh merancang ALLAH SWT yang menentukan.

Dalam kes ini, pengundi jadi penentu. Boleh ke parti pemerintah dikatakan bersekongkol dengan SPR ang juga dicop sebagai ibu segala penipuan? Kalau SPR betul-betul penipu, maka menanglah negeri yang dicitakan parti pemerintah. Tapi apa yang berlaku tidak seperti itu bukan?

SPR dalam mesyuarat rasmi dan tidak rasmi, tidak ada terlintas untuk menipu, tidak ada perancangan atau agenda untuk menipu bagi memenangkan mana-mana pihak. Yang kita bincangkan, bagaimana untuk PRU berjalan dengan teratur sempurna dan saksama, di bawah kawalan kita.

Ramai yang melihat pembangkang berterusan menekan SPR, apa yang akan dilakukan?

Apa yang boleh kita buat adalah pujuk dan terangkan. Kalau mereka nak ikut, ikutlah dan tak nak ikut apa boleh buat, kita tiada kuasa. Apa yang berlaku sekarang ini, PRU13 berjalan dengan baik dan lancar, mana pengundi suka pada calon berkenaan maka menanglah calon dan parti itu.

Contoh, Lim Kit Siang bertukar tempat bertanding, menang di Gelang Patah, kalahkan bekas Menteri Besar Johor Ghani Othman. Sebab apa dia menang? Pengundi di Gelang Patah suka beliau, bukan sebab SPR tolong.

Kita sediakan tempat untuk bertanding. Banyak calon lain yang memang boleh menang di mana-mana sebabnya pengundi suka. Keputusan 5 Mei lalu paling awal diumumkan 11.10 malam dan paling lewat 2.10 pagi, tidaklah begitu teruk jika dibandingkan PRU12. Tetapi, kita tetap dituduh lewat dan macam-macam lagi.

Tetapi masih ada yang tidak mengiktirafnya dan menganggap banyak penipuan oleh SPR?

Kalau kita rasional dan pegang pada ajaran agama, terimalah hakikat yang kita menang PRU dan dapat jadi wakil rakyat dan berhujah mewakili rakyat. Dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau tidak dapat tubuh kerajaan walaupun katanya dapat undi popular. Sistem yang diguna pakai tidak begitu, kita guna first-past-the-post. Adakah wajar untuk kita tukar proses situ selepas PRU13? Kecuali undang-undang dipinda.

Kepada siapa yang bertanding terima hakikat, menang syukur, kalah cuba lagi lima tahun akan datang. Jangan kita pengaruhi budak muda untuk berhimpun, buat tuduhan melulu dan memesongkan persepsi mereka daripada yang benar kepada tidak betul.

Macam-macam tuduhan, contoh 40,000 warga Bangladesh, memang tidak masuk akal, kalau orang Jawa ke susah juga kita nak kesan, tapi ini Bangladesh dalam jumlah yang banyak.

Bagaimana isu lampu padam pada PRU13 boleh timbul?

Malam selepas mengira, kita telefon semua tempat, esok kita tanya polis, mereka kata tidak ada lampu padam, tidak puas hati dengan jawapan itu kami telefon TNB, dan mereka tetap kata tidak ada lampu padam.

Tetapi penghujung Mei timbul dalam akhbar ada lampu padam di Serdang, rupanya ada terputus bekalan elektrik di saluran tiga.

Namun, masa lampu terang undi yang dikira BN menang, tapi dalam lampu padam itu, Pas menang, patutnya BN lah menang tinggi kalau kata kita nak menipu. Jadi bukan kata soal lampu padam itu.

Setiap saluran ada ajen dan tahu berapa kertas undi keluar. Bukan kita berbohong atau berlakon, tetapi pada hari kejadian kami hubungi orang tertentu semua kata tidak ada. Jika benar keadaan itu, tetapi kemenangan itu berpihak pada pembangkang. Maknanya bukan sengaja lampu itu dipadamkan untuk memenangkan BN.

Komen Tan Sri mengenai tuntutan Blackout505 yang mendesak anggota SPR meletak jawatan?

Anggota SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-raja sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan peruntukan itu seseorang anggota SPR hanya akan terhenti memegang jawatan apabila mencapai umur 66 tahun atau anggota itu sendiri meletakkan jawatannya dengan rela hati.

Seluruh anggota SPR tidak akan meletak jawatan atas desakan pihak berkenaan. Saya menerima banyak panggilan telefon untuk saya tidak tunduk dengan desakan itu. Apa salah kita? Seluruh dunia akan ketawa jika kita tunduk hanya sebab desakan itu.

Buktikan dalam petisyen bahawa SPR melakukan banyak kesilapan dan pembohongan salah laku, rasuah sehingga kalah orang itu, menang orang ini. Buktikan, barulah ada asas untuk letak jawatan.

Kami tidak akan letak jawatan, kalau mereka nak tuntut juga kita letak jawatan, pertama sekali mereka perlu fail petisyen, nampak jelas bahawa kita menipu dan melanggar undang-undang baru kita akur.

Bagaimana cara untuk melucutkan jawatan anggota SPR?

Seseorang anggota SPR boleh dipecat menurut peruntukan undang-undang. Pemecatan mana-mana anggota SPR boleh dibuat melalui suatu perintah oleh Yang di-Pertuan Agong jika anggota itu bankrap, terlibat dalam apa-apa jawatan berbayar di luar tugas jawatannya atau apabila mereka menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dun.

Selain itu, perlucutan jawatan itu juga boleh dibuat melalui satu tribunal mengikut cara yang sama untuk memecat Hakim Negara. Bagaimanapun, jika gesaan dari mana-mana parti politik berhubung dengan pemecatan anggota SPR ini mendapat pertimbangan kerajaan maka suatu tribunal hendaklah ditubuhkan mengikut tatacara yang ditetapkan.

Bagaimana dengan tuntutan kedua Blackout505, untuk adakan pilihan raya semula di sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen?

Di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, tiada pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dun sesuatu negeri boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya. Sehinggalah pengisytiharan dibuat oleh Mahkamah Pilihan Raya bahawa pilihan raya itu tidak sah, barulah boleh. SPR tidak ada kuasa untuk adakan pilihan raya semula kecuali meninggal dunia selepas Speaker memaklumkan.

Saya pun pelik macam mana mereka hanya boleh suruh itu ini, lebih baik mereka kumpul bukti banyak bawa ke mahkamah.

Tuntutan ketiga, mahu SPR menghentikan semua kajian persempadanan semula pilihan raya sehingga anggota baru SPR dilantik?

Ini adalah satu daripada fungsi SPR untuk mengkaji semula persempadanan bahagian pilihan raya diperuntukkan di bawah Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah perenggan (i) Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, kajian semula hendaklah dibuat setelah tamat tempoh lapan tahun.
Tempoh lapan tahun itu telah tamat pada 21 Mac 2011, jadi tidak wajar untuk dilengahkan dan hendaklah dibuat dalam tempoh yang munasabah kerana ini merupakan tuntutan tugas SPR di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Kenapa kita tidak buat pada 2011, kerana ketika itu ada khabar mengatakan PRU13 akan diadakan, jika kita tengah berbincang dan ketika itu bubar Parlimen keadaan akan lebih kelam kabut. Oleh itu kita tangguh lepas PRU13. Maka tahun ini kita akan mula bersama Sabah dan Sarawak.

Bagaimana proses persempadanan itu berjalan?

Untuk buat persempadanan semula bukan senang, satu kumpulan dilantik untuk bergerak ke negeri-negeri untuk menilai jumlah penduduk dan keadaan kawasan. Sudah 11 tahun berlalu, jadi bilangan penduduk semakin besar, migrasi dari kampung ke bandar semakin banyak.

Cara kita bekerja dengan melihat realiti Malaysia, ada Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Jadi kita tidak boleh samakan dengan keadaan kampung, semi urban dan bandar. Jadi tidak adil dengan keadaan luar bandar dan bandar.

Kita perlu ambil kira infrastruktur kawasan itu bagaimana wakil rakyat boleh berhubung dengan rakyat. Prosesnya begitu, kita juga mendengar banyak cadangan, antaranya pecahkan lagi banyak kawasan bandar, kalau Kuala Lumpur dari 11 jadi 20, adakah itu adil?

Sedangkan rakyat senang berhubung antara satu sama lain, jadi itu antara perkara yang perlu difikirkan. Seboleh mungkin kita mahu jadikan kawasan tersebut satu pemimpin, satu undi dan satu nilai.

Selain itu, beberapa negeri juga kita akan tukar dari angka genap kepada angka ganjil begitu juga dengan jumlah kerusi Parlimen, tidak lagi seperti angka sekarang 222, supaya ia tidak tergantung. Kalau ganjil tidak akan sama, jadi kita akan bincang mengenainya.

Adakah kajian itu bermula?

Sudah bermula, bagi negeri-negeri Semenanjung kajian utama telah dilakukan, kita sudah tahu berapa pertambahan kawasan dan kita akan mula di Sabah dan Sarawak.

Tetapi menambah kawasan ini perlu mendapat kelulusan untuk pinda Perlembagaan, kita hanya boleh mencadangkan, tetapi perlu ada suara majoriti.

Untuk parlimen akan dibahaskan di Parlimen, dan negeri bahas di negeri, bagi kawasan yang mempunyai majoriti dua pertiga lebih mudah. Tetapi kalau tidak cukup suara yang setuju maka jumlah kerusi Parlimen akan kekal.

Ada suara mengatakan persempadanan semula ini hanya menguntungkan BN?

Ini bukan soal untuk BN atau siapa, pada kita adalah untuk tentukan bilangan pengundi sebolehnya sama rata. Contoh untuk Parlimen berapa ribu ke atas, bagi semi urban pula berapa ribu begitu juga dengan kawasan kampung.

Pendapat Tan Sri dengan cadangan jawatankuasa khas parlimen untuk memantau SPR?

Apa yang akan dipanggil jawatankuasa itu kita tidak tahu, tetapi jawatankuasa ini akan jadi orang tengah antara SPR dan Parlimen. Maksudnya dari segi struktur SPR tidak lagi diletakkan di bawah mana-mana jabatan, dari segi operasi, SPR perlu membuat dasar atau undang-undang jadi kepada siapa kita mahu merujuk? Jika dulu kita rujuk pada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, oleh itu perlu pinda Perlembagaan untuk kita rujuk.

Banyak syor yang dibawakan oleh PSC belum dilaksanakan, contoh mengkaji semula sistem pilihan raya, menyusun semula tugas SPR, supaya ada tiga suruhanjaya dengan tiga tugas dan sebagainya.

Ada perkara yang memerlukan kajian untuk memperkasakan SPR. Siapa yang akan duduk dalam jawatankuasa itu akan dibincangkan kemudian. Banyak baiknya kepada SPR jika ada satu jawatankuasa itu, selagi ia menjadi tempat SPR merujuk, berbincang dan mendapatkan pandangan.

Tetapi jawatankuasa ini tidak boleh mengarahkan SPR untuk lakukan apa-apa sahaja, kecuali dengan pinda Perlembagaan bahawa SPR bukan badan bebas boleh ikut arahan.

Adakah dengan adanya jawatan kuasa mampu mengubah persepsi pembangkang?

Pada saya susah nak dijangka, politik tetap politik, kalau kalah buat macam mana pun mesti ada benda yang tidak kena.

Barisan Nasional

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 17 Jun 2013 03:33 AM PDT

bumiyang


Lebih Pro PKR Berbanding Pas - Khalid Samad Bakal Disingkirkan???

Posted: 16 Jun 2013 11:54 PM PDT

Ohpolitik!™

Posted: 17 Jun 2013 03:28 AM PDT

Ohpolitik!™


@cmlimguaneng Patutla Penebat Kilat Bangunan UMNO Luntuh... @anwaribrahim punya KERJA!

Posted: 17 Jun 2013 01:00 AM PDT


Rupa-rupanya, bencana alam yang menyebabkan rod penebat kilat setinggi hampir 20 meter di Menara UMNO di Jalan Macalister tumbang akibat ribut kilat Khamis lalu telah dipolitikkan oleh Red Bean Army DAP dan pro-pembangkang.


Mereka sengaja memainkan isu tersebut di laman sosial seperti Facebook dan Twitter bertujuan memburuk-burukkan UMNO walau pun bencana alam itu tidak dapat dielakkan dan turut menimpa tempat-tempat lain di Pulau Pinang. Seorang rakyat Pulau Pinang meninggal dunia di Air Itam, Pulau Pinang dan banyak kerosakan berlaku di negeri itu.

Dan kepimpinan UMNO Pulau Pinang turut membantu keluarga mangsa yang terlibat. Mereka memberikan kerjasama kepada semua pihak dan agensi terlibat dalam kerja-kerja pembersihan dan mencari mangsa hilang.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif JKP Adzmi Ariffin telah mengesahkan bahawa bangunan 21 tingkat itu kukuh kerana kerja penyelenggaraan dilakukan secara berkala dan menyifatkan insiden runtuhan itu sebagai bencana alam.

Dan satu lagi perkara ialah sejarah bangunan UMNO Pulau Pinang yang dirasmikan pada 11hb Ogos 1998. Ketika itu, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang ialah Anwar Ibrahim. Ketua Pembangkang mereka.

Beliaulah yang terlibat secara langsung di dalam proses bangunan UMNO negeri itu.

ARKIB : 12/08/1998

Semua bahagian UMNO P. Pinang calonkan Dr M.

Selanjutnya baca di novandri



DR. MAHATHIR MOHAMAD menerima cenderamata daripada Anwar Ibrahim selepas merasmikan Menara UMNO Pulau Pinang di Jalan Macalister, 

[PEMILIHAN PAS DIHANTUI JALUR KERAS] Cukup Untuk Dedahkan Ramai Pemimpin PAS Syiah

Posted: 17 Jun 2013 12:50 AM PDT


Sebuah kumpulan hak asasi manusia hari ini mengaitkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan kempen "jalur keras" menjelang muktamar pemilihan PAS dengan menggunakan isu kemazhaban dalam Islam. 

Mengulas kenyataannya bahawa Syiah berpotensi menjadi fahaman berbahaya, Setiausaha Agung AsSajjad Movement Husin Sajjad menyifatkan tindakan itu tidak sihat dan tidak bertanggungjawab. 

"Adalah dipercayai, kata-kata beliau 'tidak akan membiarkan pengaruh Syiah berkembang dalam parti itu sendiri' merupakan satu modal kempen awal oleh blok 'Islam keras'," dakwa Husin. 

Mohd Amar pada 14 Jun lalu dilapor menggesa semua pihak berperanan serius memastikan fahaman Syiah tidak menular dan masyarakat Islam mesti mengukuhkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) bagi mengelak kesan buruk sebagaimana yang kini berlaku di Syria. 

Timbalan pesuruhjaya III PAS Kelantan itu juga berkata, ulama Syria pernah mendedahkan kekesalan kerana membiarkan golongan Syiah Alawiyah yang merupakan penduduk minoriti menguasai tampuk pemerintahan negara, sekali gus menindas penduduk majoriti yang berfahaman ASWJ. 

"Kumpulan Syiah ini apabila mereka 'di atas' (berkuasa), mereka menekan orang-orang Sunni," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah pagi di hadapan pejabat PAS Kelantan di Kota Bahru.

anakbukitgantang says

Posted: 17 Jun 2013 03:20 AM PDT

anakbukitgantang says


Era Pengintipan Global 2-Facebook mendedahkan indentiti anda

Posted: 16 Jun 2013 05:00 PM PDT


 
 
Bacaan lanjut di Yakjud dan Makjud  
 
Dengan tegas Al-Qur'an mempersamakan Da jja l dengan bangsa-bangsa Kristen, dan lagi, Al-Qur'an menyatakan bahwaDa j ja l dan Ya'juj wa-Ma'juj bukanlah dua jenis makhluk yang berlainan, karena fitnah yang ditimbulkan oleh mereka itu disebutkan bersama-sama.

Kami juga mempunyai bukti dari kitab Bible yang menerangkan, bahwaY a 'juj wa-Ma'juj adalah bangsa-bangsa Eropa. Dengan demikian teranglah bahwa Dajjalj uga berarti bangsa. Sebagaimana telah kami terangkan di muka, fitnahDa jja l itu bersumber pada menangnya agama Kristen. Ada sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang membuktikan bahwaDa jja l itu bukan orang melainkan bangsa, sebagaimana Roma dan Persi yang diuraikan dalam Hadits itu bukanlah tempat melainkan bangsa. Hadits itu berbunyi sbb:

"Rasulullah Sallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: Kamu akan bertempur dengan Jazirah Arab, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Persi, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu; lalu kamu akan bertampur dengan Roma, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu; lalu kamu akan bertempur dengan Dajjal, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu".


Di sini pertempuran denganDa jja l diuraikan dengan kalimat yang sama seperti pertempuran dengan Arab, Persi dan Roma. Ini menunjukkan bahwaDa jja l adalah bangsa, seperti halnya Arab, Persi dan Roma. Boleh jadi yang diisyaratkan di sini ialah Perang Salib, tetapi mungkin pula mengisyaratkan peristiwa yang terjadi di dunia pada zaman sekarang. Namun satu hal sudah pasti, yakni bahwa menurut Hadits ini,Da j ja l berarti bangsa atau segolongan bangsa; seperti halnya Persi atau Roma.
 
 
Huraian Yakjud Makjud oleh Syeikh Imran Hoesein :-
 



tunku

Posted: 17 Jun 2013 03:01 AM PDT

tunku


As New Pakatan Protest Rally Approaches, Signs of Lost Control Multiply

Posted: 16 Jun 2013 11:40 PM PDT

The manner in which it seems as if PKR's intemperate rhetoric about electoral fraud and its seemingly endless rallies have unleashed a tiger in the form of NGOs and grassroots who took them seriously. We noted at the time that PAS and the DAP have long experience in managing their grassroots, and so have been able to accept the election results and move forward with the task of governance.

PKR, however, is and for as long as he lives will be the party of Datuk Seri Anwar Ibrahim, and so lacks the institutional competence to understand how far matters may be pressed. Matters were clearly becoming shambolic when various Pakatan Rakyat-aligned NGOs began calling on the Opposition to boycott Parliament. As noted at the time, this demand was perfectly reasonable if you believed Pakatan's ridiculous notion that the election was stolen – if the elections were stolen, Parliament is illegitimate, and it is morally and legally wrong to pretend otherwise.

This forced PKR into a complicated series of promises and climb-downs that ultimately ended with PKR's political officers voting unanimously to be sworn into Parliament, a move that likely confused those of their supporters who thought Keadilan serious about allegations of fraud rather than simply working up outrage to compel Anwar into Putrajaya.

This near-miss has not caused Pakatan's leadership to contemplate whether it might be wiser to tamp down the rhetoric; or if it has, they fear the consequences of such a move too much to stop. Thus, yet another Black 505 rally is planned for Saturday, ostensibly for Padang Merbok and in apparent violation of the Peaceful Assembly Act.

Yet six weeks after GE13, some of Pakatan Rakyat's most fervent supporters at online portals and outside have begun to ask whether there is some point to all of these rallies and assemblies, with hard work yet to be done. Perhaps most pressing is the redelineation exercise set for later in the year – a simple majority can set new boundaries for various seats, but experts agree that only a two-thirds majority can create new seats, as doing so will require constitutional changes.

Pakatan Rakyat does not command a two-thirds majority. Only by working with Barisan Nasional and showing seriousness of purpose will Pakatan have any say in new seats – and yet doing these things will be a slap in the face to those supporters whom they have convinced that working with BN is not many steps removed from treason.

Yet failing to work on new seats will leave BN to simply set new boundaries on its own and forego the addition of any new seats – something that will undercut Pakatan's message that only BN gerrymandering allowed the coalition to win GE13.

Yet the rally set for Saturday shows no signs of disappearing, and so Pakatan must now somehow lower the fires it has set – or be burned, one way or another.

Najib’s Boost For Small Business is Another Manifesto Pledge Fulfilled

Posted: 16 Jun 2013 02:00 PM PDT

In the six weeks since GE13, Datuk Seri Najib Razak and Datuk Seri Anwar Ibrahim have taken divergent paths which tell us much about the two men.

Anwar has been roaming the land bleating about alleged cheating at the ballot box despite the key piece of evidence to the contrary – that his coalition made gains at GE13.

He has been recklessly calling for a Parliamentary boycott, an idea that has already run out of steam, and has demanded the sacking of the Election Commission. Throughout it all, he has been blind to the fact few people now support his increasingly tedious argument.

In total contrast Najib is doing what he said he'll do – getting on with running the country. He emerged bruised from the poll but vowed that there would be "no sulking" on his side of the fence (take note Anwar) and turned immediately to the critical first 100 days of the new Government in which his new cabinet is being forced to directed their energies forwards, instead of looking backwards to what is now political history.

And it is important for this new team to show that they getting on with it. This year, 155 programmes aimed at benefiting small and medium enterprises (SMEs) will be implemented by his Government and this is yet another BN manifesto pledged fulfilled. These programmes are valued at RM18.4 billion and will benefit 465,000 firms.

This is an important sector for because Najib because he, as much as anyone, recognises that as our economy develops small business will play an increasingly important role and SMEs are set to become the biggest employer in Malaysia by the year 2020.

The boost to the SME programme was announced by Minister in the Prime Minister's Department, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

"This is an increase from the 133 programmes implemented last year, involving about RM7 billion and benefited more than 430,000 SMEs across all sectors," he said, reading a speech on behalf of Najib at the SME Annual Showcase 2013.

"The increase in allocations this year, including RM8 billion of private sector funding, is a strong head start for the private sector-led economy we envision for Malaysia. The government becomes more of a facilitator and mediator, and private enterprise takes charge," he added.

Wahid Omar knows more than anyone the problems faced by small business in the wake of the 2008 financial crisis. The Maybank chief saw how recoiling banks cut off the supply of credit to SMEs and the damage it caused.

But now he is part of a Government that can do something positive to help SMEs and in the process, is reminding the rakyat that the Government is getting on with the job it was elected to do.

Anwar really needs to take note.

Karpal Tries to Defuse Boycott Debacle by Showing DAP’s Relative Maturity

Posted: 16 Jun 2013 09:00 AM PDT

DAP National Chairman Karpal Singh denied on Saturday that his party's grassroots leaders had called for a boycott of the swearing-in ceremony of the Dewan Rakyat on June 24.

"All Pakatan MPs will be attending the ceremony except for those who can't attend. They can always come within six months," he said, trying to patch up the damage triggered by his PKR allies over the past fortnight.

"I don't think there should be any (boycotting). You have been elected and you have to be responsible. To my knowledge, all including the PKR advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim will attend the Parliament sitting."

His words came just days after House Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia hit back at those 'mulling' a boycott by reminding those that did not attend in protest that they would be disqualified from Parliament if they kept up the shenanigans.

"MPs will have six months to take their oath and until such time, those who fail to do so would be barred from participating in parliamentary proceedings," he said after the parliamentary briefing on Tuesday afternoon.

If Karpal is to be believed that none of DAP's grassroots leaders had made plans to boycott the ceremony, then this should be taken as a positive sign of the party's relative maturity – at least compared to their erstwhile allies in PKR and PAS.

Earlier, the PAS Information Chief Tuan Ibrahim Tuan Man (no doubt a busy man since GE13), tried to explain that just because some of the party's key leaders had decided to stay away from Anwar's Black 505 rallies, it did not signify that they were disloyal to the cause.

"Not attending does not turn the leaders into traitors, they still do support. I am confident that there are no leaders who do not support the cause," he told Sinar Harian.

PAS Vice President Husam Musa had said dejectedly that any party leader who did not attend the rally in Kelantan was "carrying the voice of Umno," after Deputy President Mohamad Sabu issued instructions for the top members to attend.

"Everyone abides by the party's instruction but I am confident that some leaders who did not attend... had prior commitments or were worn-out," Tuan Ibrahim said, perhaps a little unconvincingly.

It must be a worrying time for the Opposition if PAS has to take a lesson on maturity from the DAP.

Najib to students: Don't reject government by believing in opposition's lies

Posted: 16 Jun 2013 06:56 AM PDT

Datuk Seri Najib Tun Razak has reminded Malaysian students overseas not to fall for opposition lies to the extent of not supporting the government. The prime minister said the slander and lies spread by the opposition during the recent general election had created a wrong perception of the government to the extent that some students also believed them.

"Until today, there is no proof of the opposition's claim that we (Barisan Nasional) had brought in 40,000 Bangladeshis (to vote for BN).

"This was slander and a very big lie in the general election this time.
"That's why I ask, are people not able to think (that it's illogical)? It has turned out that some people cannot think wisely, even lawyers can't," said Najib, who questioned the people's level of intelligence and rationality over such issues.

He was speaking at a luncheon with Malaysian students in Indonesia at the Malaysian embassy in Kuningan, here, Sunday.

Najib is here on a personal visit to meet a number of Indonesian leaders who are close to him, and for a rest after GE13.

He urged the students to think rationally whether it was possible for BN to bring in 40,000 Bangladeshis to vote for the ruling coalition as claimed.
He said this require 100 jumbo planes to fly them to Malaysia and 1,000 buses to bring them to the polling stations.

He said the opposition's claim was absurd as it would also be difficult for BN to hide Bangladesh nationals in Malaysia as their appearance was different from most Malaysians.
"I, as the BN chairman, strongly refute that there was cheating by BN (in the GE13) as alleged.
"The general election was conducted in a fair manner and in accordance with the law and regulations."

Najib said Barisan had carried out a lot transformation in terms of delivery over the last four years and had validly won GE13, but it lost in the war of perception because of the slander and lies churned out by the opposition through the alternative media, which many people believed in more than the truth provided by the mainstream media.

"For the next general election, BN must equip itself well to fight in the war of perception. In reality, we have delivered, as Malaysia is increasingly prosperous and a good example for many countries, but perceived otherwise by some quarters.

"The war of perception is thus the biggest challenge for BN," he said.

Police to conduct hourly patrols throughout the day at ATM locations

Posted: 16 Jun 2013 04:44 AM PDT

The police will conduct round-the-clock hourly patrols nationwide to prevent break-ins at automated teller machines (ATM).

National Key Results Area (NKRA) chairman Datuk Wira Ayub Yaakob said motorbike and car patrol units will carry out the patrols and report to the district control rooms on an hourly basis immediately.

Speaking at the launch of Ops Tawan Bukit Aman at the KLCC shopping mall, he said the patrol units would be fully accountable for any robberies or break-ins during their shifts. On another development, Ayub said the proposal for separate pedestrian and motorbike lanes as an initiative to reduce street crime was still under discussion.

"We have received Kuala Lumpur City Hall's (DBKL) response on the matter. But the proposal has to be studied further, including its impact on the society," he said.

According to Ayub, based on statistics, crimes involving motorbikes made up 50 percent of the national crime index and the proposal was seen as a method to reduce the rate.

"For example, motorbike thefts is a major component of the national crime index and if we zoned them to certain areas maybe such crimes can be controlled," he said.

Taipingmali (tm)

Posted: 17 Jun 2013 01:12 AM PDT

Taipingmali (tm)


Semua salah Umno

Posted: 16 Jun 2013 11:53 PM PDT

Premis arak dan premis urut, disko dan sebagainya yang wujud di Selangor semuanya salah Umno kata orang Pas.

Pada hal kebanyakannya tumbuh bagai cendawan busut selepas negeri diperintah oleh Pas, Pkr dan Dap.

Orang Pas tak nampak tu semua yang mereka tahu Almarhum Tengku Abdul Rahman yang bersalah kerana merasmikan kilang arak di Shah Alam. Sampai sekarang Pas menjaja gambar tersebut.

Bila kita cabar supaya Pas menutup semua premis maksiat, Pas kata Umno kerajaan persekutuan yang mengeluarkan lesen. Pas tetap tak bersalah.

Bila Dr Hasan Ali rampas arak, Pas kata orang bukan Islam berhak untuk membeli dan menjual arak. Pas tak salah lagi.

Sekarang nak buat apa? Tolong habaq sat
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Semua pemimpin sektor awam perlu ada Facebook, Twitter - Ketua Setiausaha Negara (KSN)

Posted: 16 Jun 2013 06:47 PM PDT

PUTRAJAYA 14 Jun - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa mahu setiap ketua setiausaha kementerian (KSU), timbalan KSU, ketua pengarah (KP) serta pemimpin jabatan dan bahagian sektor awam memiliki akaun Facebook dan Twitter sendiri mulai esok.

Beliau berkata, saranan tersebut perlu bagi membolehkan pegawai atasan dan ketua jabatan menjawab setiap kritikan dan tuduhan liar yang dilemparkan oleh pihak tertentu melalui dua saluran media sosial yang popular itu.

Katanya, langkah itu merupakan peluang terbaik kepada mereka untuk lebih mendekati dan memahami permasalahan yang dihadapi rakyat di peringkat akar umbi.

"Kita selalu berada di pihak yang menerima kritikan dan tuduhan sedemikian dan saya percaya sudah tiba masa untuk menjawabnya dengan fakta.

"Dalam masa sama, kita juga perlu mempertahankan nama baik penjawat awam pada setiap masa dengan menggunakan dua saluran media sosial terbabit," katanya kepada pemberita selepas Majlis Interaksi Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Bersama KSN, di sini hari ini.

Majlis yang dianjurkan oleh Persatuan PTD itu turut melancarkan Tabung Khas Kebajikan Persatuan PTD.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa setiap kementerian dan jabatan kerajaan memiliki akaun Facebook dan Twitter bagi menangani kritikan awam dan mempromosikan program yang dirancang oleh mereka.

Serentak dengan saranan tersebut, Ali berkata, beliau ada mekanisme tertentu untuk memastikan setiap KSU, Timbalan KSU, KP dan pemimpin jabatan dan bahagian mematuhi i saranan tersebut "Salah satunya, mereka perlu jadi 'kawan' Facebook dan pengikut Twitter saya," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

The Unspinners

Posted: 16 Jun 2013 11:32 PM PDT

The Unspinners


Boikot Cina DAP akan perkasakan ekonomi Melayu!

Posted: 16 Jun 2013 09:30 PM PDT

Nurjazlan bangga Pasar Seni jadi tempat komunis

Posted: 16 Jun 2013 05:30 PM PDT

Omar Ong marah Najib, "We are going backward!!!"

Posted: 15 Jun 2013 11:29 PM PDT

sekupangdua

Posted: 16 Jun 2013 11:32 PM PDT

sekupangdua


MALAYSIAN INDIAN CONGRESS LEADER SHOT AT, CRITICAL

Posted: 16 Jun 2013 11:18 PM PDT


SIAPA YANG DIMAKSUDKAN DITEMBAK DARI PEMIMPIN MIC SEPERTI YANG DILAPORKAN?Singapore, June 15 (IANS) A leader of the Malaysian Indian Congress (MIC) is in critical condition after being shot at by an unknown gunman outside his home in the town of Yong Peng in the Malaysian state of Johor.
B. Manikam, who is in his 50s, was chatting with a friend when an unknown gunman fired at him several times around 10 p.m. Thursday, the Malaysian Star reported Saturday.
His friend also sustained bullet injuries in his leg.
Both men were rushed to the Batu Pahat Hospital where Manikam is reported to be fighting for his life.
Police recovered empty bullet slugs from the spot and are investigating whether the incident is business- or politics-related.
MIC is one of the three major constituents of Malaysia's ruling Barisan Nasional coalition, the other two being United Malays National Organisation and the Malaysian Chinese Association.

Belantan

Posted: 16 Jun 2013 11:16 PM PDT

Belantan


Apabila tetamu yang tidak diundang mula memalu gendang?

Posted: 16 Jun 2013 05:51 PM PDT


Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Hanya berkata ini akan sebabkan dituduh bersifat perkauman. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia, kita terpaksa imbas semula sejarah.

Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.

Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu.


Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan.

Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.

Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.


Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.

Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.

Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India, Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.


Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.

Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.

Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.


Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.

Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.

Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.

Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.


Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.

Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.

Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.

Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.


Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.

Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang.

Kerana Bahasa Melayu digunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.


Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.

Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.

Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.


Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini. Disebabkan politik peribadi ahli poltik yang mempunyai kepentingan peribadi dan agenda dalam melemahkan kuasa Melayu dalam pada yang sama telah mengelirukan pemahaman kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh nenek-moyang mereka, pihak ekstrimis dan penyanggah sekarang ini mempersoalkan kontrak sosial ini.

Lebih malang lagi, Majlis Peguam kini telah menjadi seakan sebuah parti politik yang percaya bahawa kepakarannya dalam undang-undang akan mengecualikan ianya daripada dipersoal tentang kelayakannya dan objektif politiknya. Kini bangsa Melayu telah menjadi semakin dihimpit dan sedaya upaya menangkis serangan terhadap pencabulan kontrak sosial yang telah dimertai sekian lama.

UMNO sebagai pejuang kepada bangsa Melayu demi menegakkan agama Islam dan Melayu khasnya harus merapatkan barisan untuk mempertahankan tanahair tumpah darah iaitu Tanah MELAYU, MALAYa dan MALAYsia dari diporak-perandakan.

Suara Politik
Belantan

Tumpuan kepada kuasa, parti politik Islam bergolak !

Posted: 16 Jun 2013 07:33 AM PDT


Pergolakan politik dalam dunia Islam masa kini sukar untuk diatasi kerana umat Islam sudah jauh terpesong daripada garis panduan Islam. Politik jika tidak didasarkan kepada prinsip dan konsep perjuangan menegakkan keamanan, keadilan dan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi adalah mudah terpesong kepada perjuangan politik berteraskan kekuasaan dan kebendaan.

Prinsip dan konsep perjuangan yang berteraskan kepentingan rakyat dan negara perlu ditanam dalam jiwa setiap ahli politik dalam negara Islam. Apabila pemikiran dan jiwa pemimpin politik disematkan dengan semangat memperjuangkan nasib bangsa dan agama maka mereka akan bertolak ansur dalam pelbagai aspek berkaitan dengan kepentingan negara dan agama tanpa menghiraukan kepentingan peribadi.

Kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab dan nasib yang akan menimpa anak bangsa pada masa akan datang boleh membangkitkan semangat wira dalam jiwa setiap ahli politik beragama Islam. Apabila jiwa mereka telah dibangkitkan dengan semangat wira maka mereka akan menumpukan sepenuh perhatian kepada objektif perjuangan mereka dalam arena politik. Kesedaran begini kurang wujud dalam jiwa dan pemikiran kebanyakan pemimpin politik dalam dunia Islam.

Politik dalam dunia Islam semakin hari kian bergolak kerana dalam pertarungan politik konsep 'menang' merupakan matlamat perjuangan. Apabila konsep ini dijadikan sebagai matlamat perjuangan ahli-ahli politik maka mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk mendapat kemenangan tanpa melihat kepada kesan dan risiko yang akan mereka hadapi apabila kuasa berada dalam tangan.

Konsep 'menang atau berjaya dalam pertarungan' sepatutnya dilihat dalam perspektif yang boleh menguntungkan bangsa, agama dan negara. Realiti yang jelas kelihatan masa kini ialah kemenangan yang dicapai oleh parti-parti politik Islam lebih menjurus kepada penghakisan kuasa dan kewibawaan umat Islam dan bangsa. Setiap parti politik lebih menumpukan perhatian kepada kemenangan yang hanya dapat bertahan dalam jangka masa singkat.

Ini disebabkan ahli-ahli politik beragama Islam kurang menumpukan perhatian kepada pergolakan dan pertelingkahan sesama umat Islam. Pergolakan dalam politik umat Islam bukan sahaja memusnahkan kewibawaan bangsa dan agama malah ia juga membangkitkan semangat pergaduhan dan dendam kesumat sehingga ke tahap yang boleh memporak-perandakan parti politik mereka sendiri.

Paling memalukan ialah ahli-ahli politik yang memperjuangkan objektif parti yang sama bertarung untuk mendapat kemenangan sehingga ke tahap yang paling serius. Keadaan ini melambangkan bahawa ahli-ahli politik umat Islam kurang peka terhadap akhlak dan budaya berpolitik. Ini merupakan salah satu faktor yang boleh memusnahkan sebuah parti politik yang berwibawa.

Perselisihan ketika berebut jawatan tertentu dalam parti politik boleh diibaratkan seperti orang lapar berebut makanan ketika berada dalam suasana negara ditimpa bencana alam. Apabila suasana begini dipertontonkan kepada rakyat maka timbul persoalan, apakah yang diperjuangkan oleh ahli-ahli politik Islam dalam negara mereka?

Jika sikap dan mentaliti begini dipertontonkan kepada rakyat maka secara spontan mereka boleh menilai dan memahami matlamat perjuangan ahli-ahli politik bukan lagi berjuang untuk bangsa, agama dan negara, tetapi untuk kepentingan diri dan kebendaan.

Sikap perjuangan begini menyebabkan umat Islam hilang arus ketika bertarung untuk mendapat kuasa. Mereka tidak menghiraukan tentang hakikat kelemahan diri mereka dalam soal kepimpinan dan pentadbiran negara.

Pemikiran mereka disemat dengan ideologi kekuasaan yang dianggap sebagai satu kenikmatan yang berbentuk syurga dunia dan mampu menyumbang kekayaan dan kemewahan dalam sekelip mata. Ideologi begini menghumban ahli-ahli politik Islam dalam kancah permusuhan yang berkekalan. Perasaan dendam kesumat menjadi sebati dalam pemikiran dan hati nurani mereka.

Kejahilan dan kelemahan diri dalam kepimpinan tidak pernah dijadikan sebagai satu cara untuk menundukkan diri supaya menginsafi bahawa diri mereka tidak layak untuk menjadi pemimpin kerana kewibawaan mereka dalam soal ini adalah terlalu tipis dan tidak berkemampuan.

Apabila perkara ini menjadi lumrah hidup ahli-ahli politik maka kepimpinan dalam negara Islam menjadi semakin pudar dan sistem kepimpinan dan pentadbiran negara menjadi kian lemah. Akhirnya negara boleh dikuasai oleh orang asing akibat kurang matang dalam arena politik.

Oleh itu ahli-ahli politik Islam perlu bermuhasabah dan memperakui kelemahan diri ketika berjuang dalam parti politik. Penilaian dan kehebatan dalam kepimpinan dan pentadbiran hanya dapat dinilai oleh Allah kerana Dia mengetahui isi hati manusia dan keikhlasan mereka dalam memperjuangkan kewibawaan agama, bangsa dan negara. Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Panglima Perang Cyber

Posted: 16 Jun 2013 11:07 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Mesti Baca - Eksklusif : Kisah Rundingan @Anwaribrahim – Jusuf Kalla – @NajibRazak di Jakarta | Merdeka Online

Posted: 16 Jun 2013 09:05 PM PDT

PERTEMUAN EKSKLUSIF SAYA DENGAN BAPAK JUSUF KALLA DI JAKARTA

PERTEMUAN EKSKLUSIF SAYA DENGAN BAPAK JUSUF KALLA DI JAKARTA

Pada mulanya saya tidak hendak menulis perkara ini dan saya cuba bertahan untuk tidak menulis, kerana Bapak Jusuf Kalla berpesan kepada saya supaya berhati-hati. Namun begitu, apabila saya membaca blog rakan saya ini http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/ , saya dapati berlaku kekeliruan dan perkara yang tidak adil kepada DS Najib. Maka, saya mengambil keputusan untuk menulis berita eksklusif ini.

Pertama sekali, pertemuan saya dengan Bapak Jusuf Kalla adalah berseorangan dengan dibantu oleh Ahli Parlimen Indonesia, Bapak A. Mohamad Fatwa yang juga Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia. Saya ditemani oleh dua orang rakan.
Hubungan Anwar dengan Bapak Jusuf Kalla dan Bapak A.M. Fatwa adalah hubungan sahabat lama berpuluh-puluh tahun sejak zaman belia lagi. Malah sehari selepas Anwar dibebaskan dari penjara (2004), Bapak A.M. Fatwa terbang ke Kuala Lumpur untuk meraikan pembebasan Anwar. Manakala, hubungan DS Najib dengan Bapak Jusuf Kalla ialah hubungan sejarah di mana Bapak Jusuf Kalla adalah seorang Usahawan sejak zaman ibu bapanya lagi, manakala DS Najib adalah keturunan Bangsawan Bugis dari Kerajaan Goa di Sulawesi Selatan. Manakala, saya pula hubungan kekeluargaan dengan Bapak A.M. Fatwa dan juga Bapak Jusuf Kalla dari sebelah isteri saya.
SAYA DITEMANI OLEH BAPAK A.M. FATWA, AHLI PARLIMEN INDONESIA, KETUA DEWAN PERWAKILAN RAKYAT INDONESIA
NEGOSIASI DI ANTARA ANWAR-JUSUF KALLA-NAJIB

Dalam perbincangan Eksklusif saya dengan Bapak Jusuf Kalla dalam satu jam di rumah Bapak Jusuf Kalla, beliau memberitahu saya bahawa Anwar bertemu dengannya sebanyak 3 kali.
Pertemuan pertama berlaku pada bulan Mac di mana Anwar datang ke rumah Bapak Jusuf Kalla di Jakarta. Tujuan Anwar bertemu Bapak Jusuf Kalla untuk meminta Bapak Jusuf Kalla menjadi orang tengah semasa PRU-13, di mana Anwar sangat yakin akan menang dan meminta Bapak Jusuf Kalla memberitahu DS Najib supaya sesiapa di antara mereka yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Cukup saya dedahkan satu ini, yang lain sudah pasti rahsia.

Bapak Jusuf Kalla seorang yang bijak, dalam pertemuan itu, beliau memanggil dua lagi Ahli Parlimen Indonesia sebagai saksi iaitu Bapak Yusril Ihza Mahendra dan Bapak Fahmi Idris, kedua-duanya mantan Menteri Indonesia dan kedua-duanya juga adalah sahabat Anwar.

Namun demikian, selepas keputusan PRU-13 memberi kemenangan kepada DS Najib pada malam 5/5/2013, Anwar Ibrahim telah mungkir janji tidak mahu menerima kekalahannya sebaliknya menuduh berlaku penipuan. Kemungkiran janji Anwar menyebabkan sahabat-sahabatnya itu (Bapak Jusuf Kalla, Yusril, Fahmi dan lain-lain) marah kepada Anwar Ibrahim.
KETIKA SAYA BERDISKUSI DENGAN BAPAK A.M. FATWA DI RUMAHNYA

Dalam negosiasi itu, Anwar berkata kepada Bapak Jusuf Kalla "saya mahu jawatan Perdana Menteri". Bapak Jusuf Kalla sebaliknya menjawab kepada Anwar, "Apa kamu sudah gila! Kamu hanya menang 89 kerusi parlimen, Najib menang 133 tidak mungkin kamu bisa jadi Perdana Menteri!".
Bapak Jusuf Kalla berkata lagi, "jika kamu (Anwar) di Indonesia, ya kamu sudah jadi Presiden Indonesia sebab kamu menang undi popular, tetapi di Malaysia guna sistem undi electoral (parti)".

Tambah Bapak Jusuf Kalla lagi, "kamu kata isu dakwat, lihat jari kamu (sambil memegang tangan Anwar) masih ada dakwat yang belum hilang. Kamu kata ramai orang Bangladesh, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan orang Bangladesh dengan orang tempatan dari segi bahasa percakapan dan budayanya".

MASA DEPAN NURUL IZZAH
Dalam pertemuan itu juga, Anwar dan Bapak Jusuf Kalla menyentuh masa depan Nurul Izzah. Bapak Jusuf Kalla dan Anwar bercakap soal jawatan Menteri Penuh kepada Nurul Izzah. Dalam pertemuan itu, Anwar meminta masa untuk berfikir.

Bapak Jusuf Kalla turut bercakap beberapa jawatan Kabinet kepada Anwar, dan Anwar meminta tempoh masa berfikir.

Menurut Bapak Jusuf Kalla, Anwar datang menemuinya untuk membuat negosiasi ini kerana Anwar begitu yakin dia akan menang PRU13 dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.
Pada pandangan Bapak Jusuf Kalla, Anwar hidup dengan imaginasi yang melampau-lampau di mana Anwar mengangggap dirinya adalah Perdana Menteri, Anwar percaya dirinya adalah Perdana Menteri, bercampur-campur dengan sikap egonya, maka Anwar kata Bapak Jusuf Kalla tidak dapat menerima hakikat ketewasannya di dalam PRU13.
 
Tekanan Washington 
Bapak Jusuf Kalla turut menceritakan hal lain, di mana beliau memberitahu kepada saya adanya elemen Washington dalam keputusan PRU13 itu, di antaranya pihak Washington telah menekan Presiden Indonesia supaya menerima kunjungan Anwar dan memberi sokongan kepada Anwar.
Dalam hal ini, Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada saya beliau telah dihubungi oleh Presiden Indonesia untuk meminta pendapat akan hal ini, dan Bapak Jusuf Kalla memberi pandangan kepada Presiden Indonesia bahawa adalah tidak betul untuk menerima tekanan Washington itu.
Maka, pertemuan Anwar dan Presiden Indonesia semalam jelas akibat daripada tekanan Washington ke atas Presiden Indonesia.
Bersambung…


http://merdeka-online.com/home/eksklusif-rundingan-anwar-jusuf-kalla-najib-di-jakarta/


Sent from my iPhone

Tuan Ibrahim SANGKAL @HjHusamMusa Tuduh Tidak Hadir Blackout 505 adalah PENGKHIANAT PARTI !

Posted: 16 Jun 2013 08:30 PM PDT


Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyangkal dakwaan yang menyifatkan tidak hadir ke perhimpunan Blackout 505 sebagai mengkhianati parti.

Tuan Ibrahim berkata, walaupun selaras dengan arahan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mahu kesemua pemimpin bersama dalam himpunan bantahan tersebut, namun memberitahu bahawa pemimpin yang tidak hadir bukan bererti tidak menyokong.

"Setiap arahan parti, semua pemimpin akur, tapi saya yakin kalau ada pun pemimpin tidak hadir sebenarnya bukan tidak menyokong tapi mempunyai komitmen atau uzur.

"Semua pemimpin Pas secara konsisten menyatakan sokongan terhadap himpunan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang menyifatkan pemimpin-pemimpin Pas yang tidak menyokong himpunan Blackout 505 sebagai pengkhianat parti berkenaan.

Husam juga dilaporkan berkata, mereka adalah pemimpin yang lupa asal-usul dan bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi mengkhianati dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu.

Husam turut melemparkan sindiran kepada pemimpin yang tidak menyokong perhimpunan itu seolah-olah membawa suara Umno dan Barisan Nasional, namun dalam masa sama menasihatkan pemimpin Pas agar mencetuskan perubahan dalam politik negara.

Tuan Ibrahim berkata, apa yang dikatakan Husam itu bukan bermaksud melakukan 'khianat', sebaliknya mengingatkan pemimpin memberikan sokongan dalam himpunan tersebut.

"Pemimpin yang tidak hadir bukannya khianat, mereka tetap menyokong. Saya yakin tiada pemimpin yang tidak menyokong, semuanya bersatu hati.

"Bantahan mereka mungkin tidak terjemah dengan kehadiran, tapi tetap sokong dengan himpunan itu," katanya.






Panglima : PAS sudah buat kenyataan menerima keputusan pilihanraya. Sepatutnya perhimpunan Blackout 505 tidak selaras dengan keputusan Pas menerima keputusan tersebut.

Kerana itu hanya pemimpin pro Anwar dan DAP sahaja yang hadir perhimpunan Blackout 505. Seperti Mat Sabu dan Husam. MB Kelantan yang baru sekali rasanya, juga hadir sekadar mempamerkan muka demi menjaga hubungan dengan semua pihak.

Jika Hj Hadi setuju sudah tentu semua himpunan akan dihadiri beliau namun bahasa tubuh yang dapat dibaca melalui kegaalan beliau untuk hadir,  menunjukkan sebaliknya. 

Geng Erdogan sudah mula memalu gendang dan kem Ulama juga tidak berdiam diri. 

Yang pasti muktamar Pas akan menjadi medan proksi DAP PKR untuk naik menguasai PAS demi masa depan dan kepentingan pihak yang tidak mahu melihat Melayu Islam menjadi tonggak pemerintahan menaungi rakyat.

Sedarkah wahai saudaraku penyokong dan pemimpin PAS sekelian.


Sent from my iPad

BOLEHKAH ORANG CINA YANG MEMILIKI 2 KERAKYATAN MENGUNDI ? | MyMassa

Posted: 16 Jun 2013 06:48 PM PDT

Khabarnya Sebahagian Ibu Bapa Mereka Sudah Menjadi Rakyat Taiwan, Tetapi Masih Memiliki Kad Pengenalan Malaysia

DAP terlalu sombong untuk menyembunyikan penipuan mereka, juga terlalu sombong untuk gembira kerana berjaya memperbodoh-bodohkan Anwar dan sebilangan kecil Anwarinas dalam PAS, dengan mendesak mereka supaya war-warkanlah, hebah-hebahkanlah dengan membuat petisyen-petisyen dengan mimpi kononnya mereka boleh memenangi petisyen demi petisyen.

Anwar dengan bangganya berkata, BN mengimport atau membayar Bangla-Bangla di Malaysia untuk menjadi pengundi semasa PRU13? Soalan kita kepada Anwar, mana senarai nama Bangla-Bangla yang 40,000 orang itu? Mereka naik kapal Air Asia X kah? Setakat ini, beberapa wajah Bangla yang mereka tangkap itu rupa-rupanya orang Malaysia berkulit gelap, orang Malaysia keturunan India Muslim, malah ada seorang menggunakan nama Cina kerana dia dijaga dan dijadikan anak angkat keluarga Cina itu.Kerana sungguh malu, pemimpin DAP dan Akhbar Keadilan Daily sendiri menyiarkan Permohonan Maaf kerana tersalah tuduh orang.

Kepada pasukan peguam BN, kami ingin memberikan anda satu fakta yang penting bahawa berduyun-duyun orang Cina dari Singapura, berduyun-duyun orang Cina dari Taiwan, Hopng Kong, Australia, Kanada, Amerika dan Eropah datang beramai-ramai untuk mengundi baru-baru ini untuk memenangkan DAP kini menjadi isu yang disembunyikan DAP!

Risikan yang kami buat menunjukkan sebilangan besar daripada mereka memiliki Dua Kerakyatan! Ramai orang Cina yang berasal dari Malaysia yang memegang Kad Pengenalan Malaysia, kemudian berhijrah ke negara Singapura, Taiwan, Australia, Hong Kong, Kanada, Amerika dan Eropah telah juga memiliki Taraf Kerakyatan di negara-negara baru mereka. Soalnya, mereka memiliki 2 Kerakyatan walaupun dapatan kami mendapati sebilangan besar mereka memiliki PR Singapura.

Persoalan kini menjadi persoalan undang-undang. Adakah undang-undang di negara kita membenarkan seseorang yang mempunyai 2 Kerakyatan membuang undi?

Jabatan Imigresen Malaysia sudah tentu memiliki beribu-ribu rekod orang Cina dari Taiwan, Hong Kong, Australia, Singapura dan lain-lainnya yang menggunakan Pasport negara tersebut dan pada masa yang sama mereka juga memiliki Kad Pengenalan Malaysia.

Oleh itu, khususnya di Gelang Patah, Bukit Katil, Batu Pahat, di Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur orang-orang Cina 2 Kerakyatan ini dibiarkan mengundi tanpa halangan. DAP berusaha menyembunyikan hal ini.

Pegawai-pegawai Imigresen di pintu masuki negara, malah pegawai-pegawai Pilihanraya di kawasan-kawasan majoriti Cina 2 Kerakyatan ini merasa pelik bagaimana mereka ini membawa "gaya" dan "keterampilan asing" seolah-olah tidak biasa dengan persekitaran, budaya dan bahasa di Malaysia. Mereka kelihatan bak Singaporean, English nicer, Australian, Taiwanese dan pearwakan-perawakan ini menjadi tanda soal kepada petugas-petugas PRU13.

Oleh yang demikian, Pasukan Peguam BN hendaklah mendapatkan senarai nama-nama orangCina 2 Kerakyatan ini. Mudah sahaja, dapatkan senarai nama itu di Jabatan Imigresen, kemudian bandingkan nama mereka di Jabatan Pendaftaran Negara dan senarai Pemilih di dalam senarai PRU13. Kira-kira 20 kawasan Parlimen dimenangai Pakatan Rakyat akan terbatal sekiranya orang-orang Cina yang memiliki 2 Kerakyatan ini didedahkan !!!

Mereka berduyun-duyun datang ke Malaysia walaupun sudah berbelas-belas tahun tidak pernah menjenguk kaki ke Malaysia, semata-mata mahu memenangkan DAP! Apakah mereka yang bertahun-tahun menetap di negara asing itu, memiliki rumah di negara asing itu, memiliki perniagaan di negara asing itu..adakah kamu fikir mereka ini tidak memperolehi kerakyatan baru di negara baru mereka itu??? Dan apakah kamu fikir mereka akan melaporkan kepada negara Malaysia bahawa mereka ingin mengembalikan Kad Pengenalan mereka kerana mereka sudah memiliki kerakyatan baru?

Apa pun, alhamdulillah orang-orang Melayu semakin hari semakin sedar, betapa jahatnya Cina-Cina DAP (Kiasu) ini. Matlamat mereka, mahu memerintah Malaysia secara total dengan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai "Perdana Menteri puppet" dengan perjanjian gentleman mereka, "Kau Anwar boleh terus menjadi Perdana Menteri walaupun kamu sedikit kerusi, tetapi Aku Lim Kit Siang mesti menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri!".

Full Stop! Sekarang kamu fikir sendiri!

Bacaan selingan"So many Malaysian Chinese getting Singapura Citizenship their Malaysian Citizen must be stripped off immediately but this dude is still with dual citzens.  If no law pertaining this then government must immediately create one. In view of this any Singaporean going to work in Malaysia must impose work permit to them and of course this will add revenue to country. Thing observed, many Singaporean are still working in many Petronas Oil & Gas Complex, Shell, Optima etc and any big projects in Malaysian soil are without any work permit at all."


Sumber

http://mymassa.blogspot.com/2013/06/bolehkah-orang-cina-yang-memiliki-2.html


Sent from my iPad

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 16 Jun 2013 11:05 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Kerajaan Malaysia Patut Belajar Dari Thailand & Indonesia Bagai Mana Nak Didik Kaum Pendatang....

Posted: 16 Jun 2013 10:00 PM PDT


Aku ambil contoh di tiga negara yang berjiran dengan negara kita, pertama thailand, kedua indonesia dan ketiga singapore, ketiga-tiga negara itu ada bangsa cina didalamnya...

Tapi pernahkah korang dengar cina di thailand dan indonesia menuntut hak mereka untuk menubuhkan sekolah cina, meminta bahasa cina di jadikan bahasa kedua, mintak budaya cina tanah besar di ajar di sekolah, tak pernah kan... 

Aku pelik, macama mana kerajaan thai dan indonesia boleh didik kaum pendatang itu supaya taat kepada pemerintah dan jangan banyak bunyi...

Di singapura, walaupun majoriti penduduk di sana adalah cina, malah pemimpin parti pemerintah iaitu ppp pun majoriti dari bangsa cina tetapi polisi kerajaan singapore ialah penubuhan sekolah vernarkular di larang sama sekali dan kita ambil contoh di indon, kalau lihat pada nama, agak sukar untuk kita bezakan yang mana satu cina dan yang mana pulak kaum peribumi, cina di indon di wajibkan menggunakan nama indonesia, malah sistem pelajaran di indon tidak membenarkan sekolah vernarkular di wujudkan di sana, bergitu juga di thailand, yingluck shinawat itu berbangsa cina, tapi kerana patuh kepada undang-undang thai, seluruh keluarganya menggunakan nama thai...

Kerajaan indonesia tidak pernah memberikan peruntukan kepada tokong cina atau kuil hindu di sana, dan mereka pun tak pernah meminta-minta bantuan dari kerajaan, kerana mereka tahu, dalam perlembagaan indon, iaitu pancasila, kaum pendatang tidak ada hak untuk meminta apa-apa peruntukan dari kerajaan, malah di indon kalau tak silap di medan, ada satu penempatan di sana di panggil kampung keling, pernah korang dengar pertubuhan atau orang india di sana meminta kerajaan indon menghapuskan nama itu...??? jawapannya tak pernah, malah kalau kita tanya pada orang india di sana, 'dimana kampung keling' mereka dengan senang hati menunjukannya, kalau di malaysia, dah tentu perkataan pundek akan di hamburkan pada kita....

Jadi bagai manakah kerajaan indonesia dan thailand mendidik kaum pendatang di negara mereka supaya mengikut undang-undang, sedar diri yang mereka tu pendatang dan tahu mereka tiada hak di dalam negara itu...??? aku rasa kerajaan malaysia di bawah pimpinan najib kena hantar beberapa orang pegawai pm office untuk belajar selok belok nak handle kaum pendatang yang sudah jadi warga negara....

Kit Siang Dalam Ketakutan Bila Menteri KDN Tegas...

Posted: 16 Jun 2013 07:00 PM PDT

Sejak tsunami 2008 hinggalah tsunami cina pada pru lepas, tak pernah menteri KDN di serang hebat oleh kit siang, tapi baru-baru ini, menteri kdn yang baru, zahid hamidi boleh dikatakan saban malam di cemuh, di kutuk malah di hina oleh pemimpin nyanyuk dap itu...

Kalau ikut bacaan politik, apa yang kit siang meroyan tu boleh la dikatakan dia sekarang nie berada dalam ketakutan yang amat sangat, apa tidaknya, kalau dulu menteri kdn banyak bertolak ansur dengan perbuatan mereka tapi kini, segala perbuatan mereka yang mencabar undang-undang dan perlembagaan akan di ambil tindakan mengikut undang-undang...

Tak pernah aku tengok kit siang dalam ketakutan macam nie, mungkin dia sedar, segala perangai buruknya akan terbongkar apabila KDN sudah meluluskan tayangan filem tanda putera yang akan ditayangkan di panggung wayang kalau tak silap pada ogos merdeka nanti, itu jam rakyat boleh tengok macam mana manusia yang bernama kit siang kencing bendera negeri selangor...

Pesan aku pada menteri KDN, teruskan tugas sebagai menteri yang menjaga keselamatan dan kenteraman awam, jangan biarkan undang-undang dan perlembagaan di injak-injak oleh manusia durjana ini...

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 16 Jun 2013 11:01 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Terhangat Di Pasaran : Tawaran Kerja Kosong Terbuka Untuk Rakyat Malaysia. Sebarkan.

Posted: 16 Jun 2013 09:37 PM PDT

Tawaran kerja paling mudah di Malaysia.


Jika anda mempunyai ciri-ciri di atas, jangan lupa untuk memohon kerja di atas. Tak payah buat kerja yang rakyat amanahkan kepada anda, cuma perlu berpolitik setiap masa. Setiap hari, setiap minggu dan setiap tahun adalah tempoh berkempen politik untuk mereka yang akan terpilih.

Tak percaya? Mari kita tengok contoh yang telah berjaya....

*Sebar-sebarkan....

ANWAR IBRAHIM BINA BANGUNAN UMNO P.PINANG & KISAH GADIS CANTIK CINA

Posted: 16 Jun 2013 06:35 PM PDT


Bangunan UMNO Pulau Pinang initiated by Anwar Ibrahim built in midst of Chinese population where very few UMNO people will visit it.

Have a story of the building setup Anwar Ibrahim hypocrisy will be exposed.

During opening ceremony of the building years back Anwar Ibrahim, the crowd was very puzzle when a young beautiful sexy Chinese girl push him to a side to shake hand calling "Dato Seri, Dato Seri" to our Anwar Ibrahim.

Penang faced a very severe storm and lighting arrester of UMNO Mclister Road building fell killing Indian Muslim national.

Never have Penang people face this disaster.



Chinese said disaster due to UMNO, actually Anwar Ibrahim built that building!

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 16 Jun 2013 09:25 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Teguran KSN Pada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

Posted: 16 Jun 2013 08:30 PM PDT


Saksikan Video Kuliah Agama Mingguan Di Rumah Menteri Besar Kedah

Posted: 16 Jun 2013 05:00 PM PDT

Apa Hendak Jadi Dengan Pak Lebai PAS Ini?

Posted: 16 Jun 2013 09:49 AM PDT


Alfaizhamid

Posted: 16 Jun 2013 09:22 PM PDT

Alfaizhamid


GIGIT

Posted: 16 Jun 2013 07:29 PM PDT


Menghabiskan masa pagi bersama Qaed sementara menunggu Mummynya mandi ... terhibur! Inilah sumber keceriaan di pagi hari. Tabiatnya sekarang, mintak dihampar sejadah nak 'Allahu Akbar'... Tertunduk sujud meniarap konon-kononnya bersolat.... 

...

tok gajah

Posted: 16 Jun 2013 09:20 PM PDT

tok gajah


Jangan Terpedaya Dengan Pembohongan Pembangkang

Posted: 16 Jun 2013 05:05 PM PDT

Fitnah dan pembohongan pembangkang berhubung proses PRU13 telah menimbulkan persepsi yang salah terhadap kerajaan, kata Najib.

Oleh Ahmad Fuad Yahya dan Normalazwa Jamaludin

JAKARTA: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan para pelajar Malaysia di luar negara supaya tidak terpedaya dengan pembohongan pembangkang sehingga menyebabkan mereka tidak lagi menyokong kerajaan Malaysia.

Perdana Menteri berkata fitnah dan pembohongan pembangkang berhubung proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu misalnya telah menimbulkan persepsi yang salah terhadap kerajaan sehingga ada golongan terpelajar juga turut mempercayainya.

"Sampai hari ini belum ada buktipun bahawa kononnya kita bawa 40,000 warga Bangladesh (untuk mengundi), ini satu fitnah dan pembohongan yang amat besar yang berlaku dalam pilihan raya kali ini.

"Sebab itu saya kata tak kan ada orang tak boleh fikir, rupanya ada orang tak boleh fikir, saya dapat tahu peguam pun tak boleh fikir. Apa sudah berlaku ke atas mereka, apa yang terjadi dengan tahap kecerdikan dan rasional yang tak boleh fikir soal ini," katanya semasa berucap pada majlis jamuan tengah hari bersama pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia di Dewan Serbaguna, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia di Kuningan, di sini hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan isteri Datin Sharifah Ikhlas Syed Ismail.

Najib berada di sini dalam rangka lawatan peribadi untuk bertemu beberapa pemimpin Indonesia yang rapat dengannya, selain berehat selepas PRU13.

Perdana Menteri meminta para pelajar Malaysia di Indonesia berfikir secara rasional bagaimana Barisan Nasional (BN) kononnya boleh membawa 40,000 warga Bangladesh ke Malaysia sebagai pengundi kerana ia memerlukan 100 pesawat jumbo untuk mengangkut mereka dari negara asal dan memerlukan 1,000 buah bas pula untuk membawa mereka ke tempat mengundi pada hari mengundi.

Secara logik, katanya, dakwaan pembangkang itu tidak masuk akal dan BN pula sukar untuk menyembunyikan warga Bangladesh di Malaysia kerana ciri-ciri paras rupa mereka adalah berlainan dengan kebanyakan warga Malaysia.

"Saya sebagai Pengerusi BN menafikan dengan sekeras-kerasnya wujud penipuan yang kononnya dilakukan oleh BN. Proses pilihan raya telah berlaku dengan adil mengikut undang-undang dan peraturan," katanya.

Najib berkata BN yang telah banyak melakukan perubahan dari segi penyampaian dalam tempoh empat tahun yang lalu dan telah menang secara sah pada PRU13, namun ia kalah dalam perang persepsi kerana fitnah dan pembohongan yang dilakukan pembangkang melalui media alternatif yang lebih dipercayai daripada kebenaran yang dipaparkan dalam media arus perdana.

Perang persepsi

"Kita perlu untuk PRU akan datang, BN melengkapkan dari segi kemampuan untuk memerangi perang persepsi, realitinya kita sudah sampaikan, Malaysia semakin hari semakin makmur dan menjadi contoh kepada negara lain tetapi persepsinya dikatakan sebaliknya.

"Inilah yang kita hadapi sebagai cabaran yang paling besar kepada BN untuk memerangi perang persepsi," katanya.

Perdana Menteri berkata sunggupun lawatannya ke Indonesia kali ini bersifat peribadi, beliau turut mengadakan perjumpaan dengan beberapa pemimpin Indonesia yang rapat dengan beliau.

"Saya telah menegaskan kepada mereka bahawa hubungan Malaysia dan Indonesia merupakan hubungan yang sangat penting yang perlu dipupuk dan diperkukuhkan melalui lawatan rasmi dan peribadi," katanya.

Najib berkata dalam lawatannya kali ini beliau turut ditemu bual stesen TV swasta MetroTV dan ditemu ramah majalah Tempo di sini di mana beliau antara lain menyampaikan mesej bahawa Malaysia ingin melihat integrasi ekonomi antara Malaysia dan Indonesia menjadi lebih mendalam walaupun kedua-dua negara mempunyai jumlah dagangan yang sentiasa baik iaitu kira-kira AS$18 bilion.

Sasaran yang dituju dari segi jumlah dagangan untuk kedua-dua negara itu ialah AS$30 bilion menjelang tahun 2015.

"Saya sampaikan mesej ini dengan harapan berdasarkan hubungan kerajaan dengan kerajaan dan rakyat dengan rakyat yang sangat serasi, maka ia perlu diterjemahkan dalam bentuk hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan, yang boleh menjadikan hubungan Malaysia-Indonesia lebih kukuh," katanya.

- Bernama

r b f

Posted: 16 Jun 2013 07:09 PM PDT

r b f


Video:Lebai Pas Maki Polis dan Buka Laluan Cina Cerca Polis

Posted: 15 Jun 2013 09:58 PM PDT


Lihat video dibawah bagaimana seekor lebai Pas memaki anggota polis di depan Balai Polis Dang Wangi.

Lebai itulah yang membuka laluan kepada cina-cina hingga mereka ikut serta mencerca anggota polis. Benarlah apa yang kita kata selama ini, tanpa Pas cina tak akan berani naik toncang. Pas yang membuka laluan kepada mereka jadi kurang ajar hingga cina berani pijak kepala melayu.

Lebai itu mengaku dia membayar gaji anggota polis. Tengok muka pun dah tahu muka yang tak bayar income tax. Lagi nak mengaku bayar gaji polis.

Lihat pada minit 2.30 dia kata anggota polis kurang ajar dan tak hormat rakyat (dia). Pada minit 3.36 pula dia kata "tak hormat kita tak mengapa, asalkan hormat Allah". 

Tindakan polis menghalang si lebai bodoh itu masuk ke kawasan balai dah ditakrifkan tidak hormat Allah. Dia wali Allah ke ? 

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 16 Jun 2013 03:32 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Video) Rakaman pelajar UITM pula tersebar

Posted: 16 Jun 2013 03:31 PM PDT

Nurfarina antara yang menjadi mangsa
SHAH ALAM 16 Jun - Tiga daripada empat pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) maut selepas kereta Perodua Viva yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 14.5 Lebuh Raya Persekutuan di sini awal pagi ini.

Hasil daripada siasatan, kereta tersebut dipandu dengan laju sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan.

Akibat daripada rempuhan kuat, bonet kereta yang terperosok di bawah pembahagi jalan rosak teruk dan dinding kereta sebelah kanan terkopak menyebabkan pemandu dan seorang penumpang wanita yang duduk di belakang tercampak keluar.
Senarai Mangsa Kemalangan Perodua VIVA 16 Jun 2013
  • (Gambar Pertama Dari Kiri) Terkorban- Adam merupakan pelajar Diploma Pengajian Sukan di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang;
  • (Gambar Kedua dari Kiri) Terkorban- Ameer (pelajar asasi jurusan perakauan di UiTM Shah Alam);
  • (Gambar Ketiga dari kiri)- Terkorban- Nurfarina (pelajar asasi Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, UiTM Shah Alam)
  • Gambar keempat dari kiri (Hanya Cedera) Nurul Maizura (pelajar asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia).

Kemalangan Perodua Viva, Federal Highway, Batu... by ohmedia


Pelakon Miera Liyana dedah kisah 'dirogol'

Posted: 16 Jun 2013 09:02 AM PDT

Bagi Miera Liyana, babak rogol yang dibawanya menerusi watak Sarah dalam filem Pecah adalah satu cabaran yang agak besar dalam dirinya, apatahlagi babak itu sahaja dilakukan berulang kali bersama dengan Zain Ruffedge yang membawakan watak Baka

Akur dengan pandangan serong masyarakat terhadap babak sedemikian, Meira yang kami temui di tayangan perdana filem Pecah sudah bersedia andaikata babak yang hanya beberapa saat itu akan dikritik dan menjadikan dirinya sekali lagi dihentam.

"Bagi Miera ok je dengan watak yang dirogol tu. Tapi tak tahulah pula dengan pandangan penonton macam mana nanti. Yang pasti babak sedemikian dilakukan hasil 'Camera Tricks'.

"Nak kata ada sentuhan berlebihan diantara saya dan Zain dalam babak rogol itu memang tidak.
Babak Miera Liyana dirogol dalam filem Pecah
"Lagipun bila lakukan babak rogol bersama Zain, Miera memang tidak ada apa-apa perasaan pun masa tu.

"Cuma Miera akui jugalah yang babak ini agak mencabar kerana babak ini dilakukan sekitar jam 3 pagi dan untuk babak rogol seperti ini Miera kena pastikan tenaga yang ada pada waktu itu cukup.

"Ye la orang kena rogol mesti akan menjerit dan meronta dengan sekuat hati mereka" ujar Miera tersenyum.

Buahmulut.com


Lagi page FB Hina Islam, mohon pihak berkuasa ambil tindakan

Posted: 16 Jun 2013 08:01 AM PDT

Semakin menjadi-jadi pula penghinaan terhadap agama Islam ini berlaku seolah-olah tidak takut dengan azab yang bakal diterima kelak.

Adakah kerana penguatkuasaan undang-undang masih belum mencukupi untuk mengajar puak-puak kurang ajar ini?

Kami percaya, lama Facebook terbaru ini yang baru sahaja dibina sengaja mahu mencetuskan porak peranda terutama dalam pergolakan politik tanahair.

Status-statusnya benar-benar menghina keesaan Allah S.W.T. Laman ini masih lagi hidup dan belum dihapuskan dan anda boleh lawatinya di SINI

Harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sepantas mungkin seperti mana biasa dilakukan tetapi lebih tegas dalam penghukuman

Pekeliling Perkhidmatan Bil 5/2013 untuk kenaikan gaji penjawat awam Julai 2013

Posted: 16 Jun 2013 07:07 AM PDT

Semua sedia maklum pejawat awam akan menerima kenaikan satu tangga gaji pada bulan Julai ini.

Berikutan dengan itu, melalui portal Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, telah dimuatnaik Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2013 untuk rujukan semua penjawat
awam.

Melalui pekeliling ini kerajaan memutuskan supaya kajian penambahbaikan skim perkhidmatan, penambahbaikan landasan kemajuan kerjaya serta pembetulan kepada masalah struktur gaji dalam SSM diselesaikan sebelum 31 Disember 2013.

Berikutan daripada kajian penambahbaikan tersebut, gaji pegawai di bawah SSM akan dipindahkan ke struktur gaji baru dengan diberikan faedah pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT.

Memandangkan kajian tersebut dijangka selesai pada akhir tahun 2013, maka Kerajaan bersetuju supaya faedah pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT diberi lebih awal pada 1 Julai 2013.

Muat turun Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2013 untuk panduan dan rujukan semua di SINI.

(Video) Syabas anggota polis yang tenang diherdik bodoh oleh Lebai PAS, DAP

Posted: 16 Jun 2013 06:01 AM PDT

Apa itu Flash MOB?..Maklumat yang diperolehi dari Wikipedia ..

Flash mob (atau flashmob)[1] ialah sekumpulan besar orang ramai yang berhimpun secara mengejut di tempat awam untuk melakukan persembahan yang aneh dan tidak bererti untuk seketika, kemudian bersurai.[2]

Apa yang berlaku di SOGO siang tadi tidak lah mengejutkan kerana orang awam sudah pun diberitahu mengenai event tersebut. Ianya sudah jadi event yang dinanti nantikan. Aneh tidak juga aneh kerana SOP mereka masih juga tidak berubah. Mencari publisiti kerana insiden insiden bertembung dengan Polis menjadi terlalu ketara sebagai motif mereka. Jumlah peserta pula tak sampai pun 100 orang. Jadi Flash MOB ini gagal secara pukal pada pandangan saya.

Pihak Polis pula tidak menggunakan kekerasan ketika menyuraikan Flash MOB tersebut. Nama nama besar yang biasa terlibat dalam gerakan jalanan tidak pula kelihatan. Yang ada pun cuma veteran Nora Reformis yang mungkin hadir untuk bersosial..

Tinggal lagi seminggu sebelum perhimpunan besar Blackout 505 pada 22/6/2013. Satu lagi Flash MOB dijadualkan pada 19/6/2013. Maklumat yang saya perolehi hasil dari perbualan bersama aktivis yang berada didepan IPD Dang Wangi memberi indikasi bahawa penganjur mungkin akan melakukan sesuatu yang radikal untuk tarik perhatian penyokong yang semakin menipis..

Saksikan rakaman video berikut dan nilaikan lah sendiri pendekatan PDRM dalam berhadapan dengan puak puak Flash Mobsters ini..

(Pompuan Cina yang banyak cakap tu pernah kena penampar Panglima PEWARIS kerana menyerang majlis mereka. Sila rujuk PEWARIS - Siri Jelajah Majlis Permuafakatan Ummah)
Minaq-jinggo

Sultan Kelantan mahu kerjaaan negeri, pusat kerjasama

Posted: 16 Jun 2013 03:32 AM PDT

KOTA BHARU 16 Jun - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menyarankan supaya Kerajaan Pas Kelantan bekerjasama dengan Kerajaan Pusat dalam menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti di negeri ini untuk kesejahteraan rakyat.

Titah baginda, antara kemudahan itu ialah pembinaan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR), lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dan kemudahan bekalan air bersih yang sehingga kini masih gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri.

"Di samping itu, pelaksanaan projek-projek infrastruktur yang lain diteruskan sebagaimana yang telah dirancang," titah baginda ketika menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan Ke-13 di sini hari ini.

Sementara itu, kerajaan Pusat berjanji akan terus memberi kerjasama kepada kepemimpinan baharu kerajaan Pas Kelantan dalam usaha memajukan negeri ini terutama keperluan infrastruktur dan kemudahan untuk rakyat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerjasama antara kedua-dua pihak telah terjalin sebelum ini, namun kehendak rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) mahukan hubungan itu dipertingkatkan lagi.

"Insya-Allah, ini merupakan kehendak akar umbi. Saya setelah berjumpa beberapa pihak, saya sendiri berhasrat supaya ditingkatkan kerjasama itu.

"Sebelum ini ada kerjasama bukan tiada, ia sudah ada cuma hasrat akar umbi supaya ditingkatkan lagi, insya Allah saya akan tunaikan hasrat yang datang daripada akar umbi, titah tuanku sendiri mengenai kerjasama maka jelas kita perlu bekerjasama," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) Kelantan Ke-13 di sini hari ini.

'Kesalahan' hadir ke taklimat kecil, tak perlu tindakan drastik

Posted: 16 Jun 2013 02:15 AM PDT

KEPONG: Naib Presiden DAP, Tan Seng Giaw tidak mahu parti itu mengenakan tindakan tatatertib terhadap Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa yang tidak menyertai 88 ahli parlimen Pakatan lain memboikot sesi taklimat awal angkat sumpah, minggu lalu.

Menurut beliau, kesalahan tersebut tidak serius, sambil menambah Er sendiri sudah mengakui melakukan kesilapannya dan memohon maaf secara terbuka di Facebook.

Walau bagaimanapun beliau tidak mempunyai kuasa dalam menentukan keputusan tersebut yang terletak kepada jawatankuasa tatatertib parti.

"Terserah kepada jawatankuasa tatatertib (parti).. Belum bermesyuarat lagi.

" (Tapi) Dia sudah minta maaf.. Lagipun dia bukan bunuh orang. Dia sudah minta maaf, apa nak buat lagi," katanya dalam sidang media di sini, pagi ini.

Minggu lalu Er telah menghadirkan diri pada taklimat tersebut dengan alasan beliau mahu mendengar syarat-syarat yang akan digunapakai pada sidang Dewan Rakyat kali ini sambil menegaskan, kehadirannya kerana merasakan sesi tersebut penting.

Namun beliau telah memohon maaf dan mendakwa tidak menerima apa-apa arahan rasmi untuk tidak menghadiri majlis berkenaan, walau mengetahui mengenai perkara itu melalui laporan media.

Er berkata, arahan seperti itu biasanya dihantar melalui SMS dan emel dari jawatankuasa pusat partinya dan tidak menganggap pemulauan tersebut sebagai arahan rasmi.

Sementara itu Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata ahli Parlimen yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan selepas hari pertama persidangan Dewan Rakyat tanpa alasan akan gugur kelayakan sebagai ahli parlimen.

"Mengikut perlembagaan, artikel 59 (1) kalau ahli Yang Berhormat yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan selepas persidangan pertama selepas pilihan raya, maka dia akan disqualified (sebagai ahli parlimen)," katanya.

Tegasnya, beliau sendiri tidak akan teragak-agak untuk memboikot ahli Parlimen pembangkang untuk upacara angkat sumpah di hari yang lain.

"Kalau mereka boleh boikot sistem demokrasi, saya juga akan memboikot mereka jika mereka mahu mengangkat sumpah pada hari lain," katanya.

Gerakan pecat seorang anggota, gantung dua yang lain

Posted: 16 Jun 2013 01:48 AM PDT

KUALA LUMPUR - Gerakan memecat seorang anggotanya dan menggantung keanggotaan dua yang lain kerana melanggar peraturan, termasuk menentang calon yang dipilih mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

Pemangku presidennya Datuk Chang Ko Youn hari ini berkata keputusan itu diambil pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Gerakan semalam.

"Sebelum ini, lima anggota mengambil keputusan mengundur diri...sebabnya, ada daripada mereka bertanding sebagai calon bebas dan sesetengahnya pula menentang calon kami. Terdapat juga beberapa aduan lain," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sesi percambahan fikiran parti itu di ibu pejabatnya di sini.

Bagaimanapun, Chang tidak menyatakan nama tiga anggota terbabit dan menjelaskan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap aduan lain yang diterima parti itu.

Mengenai sesi percambahan fikiran itu, beliau berkata ia diadakan untuk untuk mengkaji kekuatan dan kelemahan parti berkenaan dan Barisan Nasional pada PRU13.

"Kami ada kira-kira empat atau lima tahun lagi untuk mendapatkan kembali keyakinan pengundi, kami perlu susun rancangan yang konkrit," katanya. - Bernama

Tak kisah jadi 'mangsa rogol'

Posted: 16 Jun 2013 12:01 AM PDT

Marsha Milan Londoh
Bukan semua pelakon wanita suka menjadi mangsa rogol. Ia boleh menimbulkan tanggapan kurang elok kepada penonton dan masyarakat walaupun ia sekadar lakonan semata-mata.

Babak rogol itu sendiri harus dilakukan dengan sempurna supaya tidak kelihatan seperti dilakukan secara keterlaluan.

Mungkin inilah yang difikirkan oleh Marsha Milan apabila menjadi mangsa perkosa dalam filem terbarunya, Tujuh arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin.

Bagi Marsha, dia tidak ada masalah untuk melakonkan adegan itu cuma yang dibimbangi adalah kemungkinan berlakunya kontroversi kerana melakukan aksi yang agak panas itu.

"Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakonkan babak terbabit kerana, ia adalah lakonan semata-mata.

"Sebelum penggambaran pengarah ada bertanyakan sama ada saya selesa atau tidak untuk membawa watak terbabit.

Cabaran lakonan

"Bagi saya ia adalah lakonan semata-mata untuk menjayakan watak yang diberikan. Itu adalah amanah yang diberikan dan saya harus memberi komitmen yang baik untuk watak terbabit.

"Sekiranya wujud sebarang kontroversi ataupun ada yang berkata-kata terhadap babak yang saya lakonan selepas filem ini ditayangkan kelak, itu adalah sekadar penilaian penonton namun saya beranggapan yang saya sudah berjaya untuk melakonkan watak itu dengan baik," katanya.

Marsha menganggap melakukan babak dirogol adalah antara cabaran yang perlu dihadapi dalam memberikan aksi lakonan terbaik.

Satu lagi cabaran yang dihadapinya ialah keadaan cuaca di Cameron Highland yang sejuk. Kesejukan itu dirasakan seperti sampai ke tulang apabila penggambaran Tujuh dilakukan pada waktu malam.

Terus mencari peluang

Marsha terbabit dengan penggambaran filem Tujuh ketika sedang menunggu penayangan satu lagi filem yang dibintanginya iaitu Jwanita, Laga dan Qada.

Gadis kelahiran Tamparuli, Sabah ini juga berkata, pada masa sama dia turut merangka beberapa peluang lain apabila penggambaran membabitkan dirinya itu akan habis pada penghujung bulan ini.

"Saya kena bijak mencari peluang dan bukannya menunggu tawaran jatuh ke riba.

"Saya tidak boleh mengharapkan kepada populariti dan kontroversi walaupun ia mungkin membantu untuk menaikkan nama seseorang artis," katanya.

Dia juga sedar tidak boleh mengharapkan kepada bidang nyanyian atau lakonan semata-mata sebaliknya mencari ruang lain seperti bidang pengacaraan.

Sekiranya ada peluang dan merasakan bersesuaian, tentu sekali peluang itu tidak dilepaskannya.

Single terbaru

"Sekarang juga saya sedang mempromosikan single terbaru Jujur Bilang Cinta yang juga ciptaan saya sepenuhnya. Lagu ini boleh dianggap sebagai luahan peribadi terhadap perasaan cinta yang mana saya ekspresi luahan itu menerusi lagu ini.

"Pada mulanya, saya mahu berikan lagu ini kepada penyanyi lain, tapi melihat kepada kekuatan lagu ini, saya yakin lagu ini mampu untuk melonjakkan nama saya kembali sebagai penyanyi dan jadikan lagu ini sebagai single terbaru.

"Lagu ini saya tidak tujukan kepada sesiapa saja sebaliknya sekadar luahan seni. Tapi saya berharap apabila peminat mendengar lagu ini, mereka boleh merasakan apa yang cuba untuk saya sampaikan," kata bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga ini.

Sukar diterima penonton

Filem Tujuh yang giat menjalani penggambaran di Tanah Rata, Cameron Highland arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin turut menampilkan lakonan Johan As'ari, Pekin Ibrahim, Aeril Zafril, Siti Saleha, Christina Suzanne dan Faizal Hussain terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd.

"Dalam filem ini, saya membawakan watak sebagai Suri seorang gadis daripada suku kaum Temuan. Keluarga saya menjaga rumah banglo kepunyaan keluarga Sam, yang dilakonkan oleh Johan As'ari. Konflik bermula apabila Sam membawa kawan-kawannya ke rumah banglonya itu dan salah seorang daripada mereka merogol Suri.

"Suri bersumpah yang dia akan membalas dendam terhadap Sam dan rakan-rakannya menerusi mimpi sebelum terjun membunuh diri. Kemudiannya seorang demi seorang ditemui mati dibunuh dengan kejam kerana sumpahan Suri terbabit," katanya.

Kata Marsha, dia tidak kisah untuk menjayakan salah satu babak besar yang membabitkan dirinya dirogol walaupun mungkin akan timbul kata-kata belakang suatu hari nanti apabila filem ini ditayangkan kelak.

"Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakonkan babak terbabit kerana, ia adalah lakonan semata-mata. Sebelum penggambaran pengarah ada bertanyakan sama ada saya selesa atau tidak untuk membawa watak berkenaan.

"Tapi bagi saya ia adalah lakonan semata-mata untuk menjayakan watak yang diberikan. Itu adalah amanah yang diberikan dan saya harus memberi komitmen yang baik untuk watak itu," katanya.

Berita Harian Online

Akhirnya beliau nekad 'gantung raket'

Posted: 15 Jun 2013 08:41 PM PDT

Jakarta: Bekas juara Olimpik Indonesia dan juara dunia, Taufik Hidayat begitu beremosi ketika mengucapkan selamat tinggal kepada kerjayanya yang pernah menjadikannya antara bintang badminton terbesar, di depan penyokongnya.

Dengan beratus-ratus penyokongnya terus melaungkan 'Taufik Boleh' sambil mengibar kain rentang tertera 'Legenda', pemain berusia 31 tahun itu bermain buat kali terakhir secara profesional di Terbuka Indonesia, kejohanan yang pernah enam kali dimenanginya.

Namun Taufik kecundang di pusingan pertama kepada pemain India, Sai Praneeth dan sekali gus tersingkir awal daripada kejohanan itu. Sememangnya Taufik tidak berharap untuk pergi jauh kali ini, tapi dia tetap melangkah keluar gelanggang sebagai seorang jaguh.

"Apa yang paling sukar adalah meninggalkan badminton, sukan yang saya kenali sejak 25 tahun lalu dengan 18 daripadanya sebagai pemain profesional," kata Taufik dengan nada pilu.

Taufik yang pernah disifatkan sebagai 'budak jahat badminton' dan sering dibandingkan dengan pemain hebat tenis bersuara lantang, John McEnroe, tampil dengan perwatakan berbeza ketika dia bersedia untuk menggantung raket.

"Kini, saya akan meletakkan tumpuan penuh terhadap keluarga," katanya sambil ditemani anak perempuannya, selepas perlawanan.

Bagaimanapun, Taufik mengaku kecewa tumpas di tangan Praneeth yang berada 20 kedudukan di belakangnya. Rentetan itu, dia berharap penyokong tidak 'menilainya dengan berdasarkan kepada perlawanan itu saja'. Taufik memenangi set pertama perlawanan yang tertangguh beberapa jam. Dia menang 21-15 dengan beberapa pukulan kilas ke belakang selain bermain baik di jaring.

Malangnya, dia mula hambar di set kedua, menentang lawan yang 11 tahun lebih muda daripadanya, sekali gus tewas 21-12. Di set terakhir, hantaran Taufik terus gagal melepasi jaring bagi membolehkan Praneeth menang 21-17.

Kekalahan Taufik bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sudah beberapa tahun dia tidak merangkul sebarang gelaran utama. Kekalahan di peringkat awal itu dijangka tidak akan mempengaruhi kehebatan kerjayanya yang menjadikannya sebagai ikon badminton di Indonesia.

Berbekalkan gaya aksi menari, Taufik menyumbang emas pertama buat Indonesia di Olimpik Athens 2004 yang menyaksikannya tanpa segan silu menangis ketika dikalungi pingat itu. Dia kemudian terus gah meraih gelaran dunia pada 2005.

Dalam pada bergelar jaguh, sama seperti atlet lain, Taufik tidak lari dihimpit kontroversi sepanjang kerjayanya.

Dia pernah menarik diri daripada Persatuan Bulu Tangkis Indonesia dan berpangkalan di Singapura. Malah, pernah sekali diarah keluar gelanggang oleh pengawal keselamatan selepas bertegang leher dengan pengadil di Sukan SEA Thailand.

Taufik juga dilapor pernah menyerang penyokong di kejohanan kebangsaan pada 2001 dan keluar gelanggang ketika berlangsungnya Sukan Asia 2002 tapi memenanginya selepas berlaku kekecohan berhubung pengadil garisan.

Pada 2006, juara Olimpik itu sekali lagi keluar gelanggang, kali ini ketika menentang seteru utama, Lin Dan di Hong Kong, membantah keputusan pengadil garisan. - AFP

Sering mimpi aneh dan gelisah, Yana Samsudin disihir

Posted: 15 Jun 2013 08:01 PM PDT

Yana Samsudin
Siapa sangka di sebalik keramahan dan senyum manis, hati Yana Samsudin gundah gulana. Sudah lama dia me­ngalami pengalaman pelik dan sering berteka-teki apa sebenarnya yang menghantui dirinya.

Tidak tahu apa puncanya, pelakon, pe­ngarah, penulis skrip dan penyanyi yang mempunyai deria keenam sejak kecil ini selalu tidak sihat. Ketika menjayakan drama Adnan Sempit the Series, suhu badannya naik mendadak menjelang Maghrib dan akan kembali normal pada waktu Subuh.

Pernah panas badannya mencecah 42 darjah Celsius hingga beberapa kali dinasihatkan doktor supaya dimasukkan ke hospital. Tambah pelik, doktor tidak dapat mengesan punca penyakitnya.

Bukan itu saja, pelakon filem wanita popular Anugerah Bintang Popular BH 2012 ini berdepan kejadian aneh di mana sering bertemu gumpalan rambut bukan saja di rumah, tetapi tempat kerja.

Perkara itu berlarutan hingga ke hari ini, malah teman serumahnya memaklumkan dia sering meracau di tengah malam.

"Saya tak tahu apa sebenarnya berlaku, tetapi perkara ini merunsingkan fikiran. Saya tenggelam punca kenapa tiba-tiba demam dan selalu jumpa rambut. Sampai satu tahap, saya tidak boleh fokus berlakon disebabkan badan dan otak terlalu penat.

"Saya mamai di lokasi hingga orang ingat saya ambil benda tak elok, walhal semua itu kesan ubat antibiotik yang doktor beri. Sehari dua mungkin kita tahan tetapi kalau setiap hari perkara sama berulang (demam malam), kita akan jadi lemah. Macam-macam kaedah dilakukan doktor untuk me­ngesan punca sebenar demam berlarutan, tetapi tiada jawapan.

"Keadaan semakin teruk bila saya berlakon cerita seram. Selalu saya jumpa gumpalan rambut di bilik air, walhal saya sudah bersihkan bilik sebelum keluar. Bila belek, rambut itu panjang, sedangkan rambut saya pula pendek. Tak ada orang lain gunakan bilik air saya melainkan saya seorang.

"Pernah ketika mahu masuk lif, ada rambut panjang melintang di pintu masuk," katanya sambil menghela nafas.

Berdasarkan apa dilalui, ada kenalan mencadangkan dia bertemu orang bijak pandai kerana mungkin disihir, namun si manis ini tidak mahu bersangka buruk. Buat masa ini, dia masih bertahan dan akan terus bertahan selagi mampu.

Bukan itu saja pengalaman pelik dialami Yana. Katanya, dari dulu gerak hatinya kuat, malah dapat membaca apa yang berada dalam fikiran orang lain.

Kerap dia didatangi mimpi indah dan menakutkan. Namun yang membuatkan dia gelisah apabila mimpi itu seakan-akan alamat, begitu juga apa yang terdetik di hatinya.

Lebih musykil apabila kebanyakannya menjadi kenyataan. Andai apa yang terlintas di hati atau dimimpikan itu indah tidak mengapa namun jika sebaliknya, dia pasti runsing memikirkan apa bakal berlaku.

"Saya tidak pasti sama ada ini kebetulan atau satu kelebihan. Jauh di sudut hati, saya takut apabila apa yang terlintas di hati benar-benar berlaku. Mimpi buruk atau indah pula bagaikan alamat supaya saya beringat atau bersedia kerana tidak lama selepas itu saya berdepan situasi seakan-akan jawapan kepada mimpi itu.

"Pernah ketika memandu, saya nampak kanak-kanak menunggang basikal. Ketika itu saya dapat rasakan dia akan mengalami kemalangan dan ia benar-benar berlaku. Itu antara kejadian yang tidak dapat saya lupakan hingga ke hari ini.

"Saya tidak tenang bila fikirkan apa rahsia di sebalik semua ini. Susah hati jadinya, namun saya kena kuatkan hati. Saya tidak boleh lemah kerana bukan semua buruk. Ada juga yang baik-baik berlaku. Cuma ada ketikanya saya rasa penat," katanya.

Beralih perihal kerjaya, Yana yang kembali aktif berlakon selepas sebulan bercuti berkata, dia perlu menjayakan beberapa telefilem untuk tayangan pada Ramadan dan Aidilfitri.

Memandangkan dia mahu menumpukan perhatian terhadap bisnes jualan biskut raya sepanjang bulan puasa, Yana perlu menyelesaikan komitmen itu secepat mungkin.

Ramadan nanti, dia cuma terikat dengan promosi filem Adnan Sempit 3 yang akan bertemu penonton pada Aidilfitri dan menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran syarikat pengurusannya, MIG atau badan lain yang sudi mengundangnya.

"Syukur Yana Super Cookish mendapat sambutan dan insya-Allah, tahun ini saya akan kembangkan bisnes dengan buka tiga gerai, termasuk satu di Johor.

"Tahun lalu, saya hanya berniaga di Bazar Ramadan Gombak dan kali ini antara lokasi yang menarik perhatian saya mungkin di Uptown Shah Alam, Damansara atau
Subang Jaya.

"Itu perancangan, menjadi atau tidak bergantung kepada keadaan dan tenaga kerja. Namun yang pasti, saya akan berniaga awal bulan puasa. Kali ini saya mahu betul-betul fokus.

"Sesiapa yang berminat jadi pengedar boleh menghubungi saya di Facebook," katanya yang mengarah filem Selamat Pagi Cinta pada usia 23 tahun.

Meskipun bakatnya diiktiraf ramai, Yana tidak pernah mendabik dada. Dari dulu hing­ga sekarang orangnya peramah dan mudah mesra dengan sesiapa saja. Tiada istilah pilih bulu, malah dia sentiasa melayan peminat dengan baik.

Tidak hairan mengapa dia disenangi ramai, termasuk penerbit, pengarah serta teman media. Saat diusik bagaimana dia berjaya mengekalkan sikap itu meskipun sudah terkenal, sambil tersenyum Yana berkata, tiada rahsia kerana apa yang diperlihatkan selama ini adalah warna sebenar dirinya.

"Barangkali saya bermula sebagai orang belakang tabir, jadi saya tak pernah letakkan diri sebagai artis. Mana-mana saya pergi, saya bawa diri sebagai Nurliana Samsudin. Berlakon hanya kerjaya dan saya tidak biarkan diri terbuai dengan populariti.

"Dulu pun saya pernah berada di bawah, ambil masa lama untuk naik. Saya tengok macam mana teman lain berjaya dan belajar daripada mereka. Jika mahu bertahan lama dalam bidang ini, kena ada perancangan dan banyak buat penyelidikan.

"Syukur selain berlakon, saya boleh menulis skrip dan tahu selok-belok belakang tabir. Dengan kelebihan yang Allah SWT beri, saya dapat corakkan watak serta lakonan saya.

"Dalam berkawan, saya tak ada pantang larang. Kalau ada yang hulurkan salam persahabatan, pasti saya sambut. Bagi saya, peminat adalah sahabat dan tanpa mereka, siapalah saya," katanya.

Yana turut menegaskan, dia bukan anak emas MIG. Seperti mana bakat lain yang bernaung di bawah syarikat produksi itu, dia pernah ditegur David Teo andai melakukan kesilapan dan selalu turun naik turun pejabat untuk bincangkan soal tawaran dan bayaran.

Sejak menyertai MIG, dia dididik menjadi pemimpin, baik ketika bekerja atau kehidupan peribadi. David tidak pernah pilih kasih, jika tunjukkan minat tinggi dan kesungguhan, peluang pasti terbentang depan mata.

"David seperti ayah saya. Dia ajar saya jadi wanita tabah dan ada ciri-ciri kepemimpinan. Dia pantang kalau saya tidak bersemangat atau lembik. Saya berterima kasih kepada David kerana percayakan bakat saya dan sudi buka peluang untuk saya lebarkan sayap sebagai pengarah dan penulis skrip," katanya.

Petisyen BN 'diketawakan' Ustaz Azhar Idrus...

Posted: 15 Jun 2013 07:01 PM PDT

KUALA TERENGGANU – Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menyifatkan petisyen BN Kelantan mengaitkan beliau sebagai punca kekalahan BN di negeri itu pada PRU13 lalu sebagai kelakar.

Ikon agama itu dalam reaksinya berkata, perkara itu langsung tiada kena mengena dengan beliau kerana kenyataan berhubung 'Haram jatuhkan kerajaan Islam' yang dimainkan Pas pada kempen pilihan raya itu bukan kenyataan peribadi beliau, sebaliknya daripada al-Quran.

"Saya rasa kelakar sebab tiada kena mengena. Bukan saya berceramah (tetapi) ada dalam buku-buku agama (berkaitan), haram kita jatuhkan apa sahaja bernama Islam. Tidak boleh," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Majlis Jamuan Meraikan Ustaz Azhar Idrus anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT), di Padang Hiliran, semalam.

Memberitahu petisyen BN itu disedari melalui laman sosial Facebooknya, Azhar berkata, sekiranya kenyataan dibuat cenderung mempengaruhi rakyat tidak menjatuhkan kerajaan Kelantan, mungkin BN boleh mempertimbangkan untuk menjadikan beliau sebagai alasan.

"Kalau (kaitkan) benda itu saya rasa bukan. Itu dalam al-Quran. Yang boleh buat petisyen (kalau) saya kata 'jangan jatuhkan kerajaan Kelantan' tetapi (saya) tidak kata begitu. (Saya kata) jangan jatuhkan kerajaan Islam," katanya.

Mengulas lanjut, Azhar yang turut dikenali dengan akronimnya UAI sekali lagi menegaskan, apa-apa sahaja perkara yang berbentuk Islamik tidak patut dihalang dan haram sama sekali menjatuhkannya.

Hoki: Campurtangan luar, ketua jurulatin Paul Ravington letak jawatan

Posted: 15 Jun 2013 06:43 PM PDT

KUALA LUMPUR - Persiapan skuad hoki negara bagi menghadapi kejohanan Liga Hoki Dunia di Johor Bahru pada 29 Jun hingga 7 Julai ini menerima tamparan hebat apabila jurulatih, Paul Revington secara mengejut menghantar surat peletakan jawatan berkuat-kuasa serta merta.

Melalui satu emel yang dihantar Revington kepada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), dia berterus-terang sudah tidak mampu lagi bekerjasama dengan jurulatih hoki remaja, K. Dharmaraj dan Pengarah Program Pembangunan Hoki Satu Malaysia, Lim Chiow Chuan yang didakwa sering campur tangan semasa mengendalikan skuad kebangsaan.

Namun, Pengerusi Kejurulatihan MHC, Majid Manjit Abdullah berkata, seramai 16 orang ahli jawatankuasa kejurulatihan belum bersedia menerima peletakan jawatan Revington dan perkara itu akan dirujuk kepada Presiden MHC, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum kata putus akan ditentukan dalam mesyuarat Eksekutif MHC pada 30 Jun ini di Johor Bahru.

"Kami mahu Paul untuk terus kekal kerana dia telah melakukan kerja yang sangat baik setakat ini kami tidak mendapat sebarang aduan mengenai corak latihannya.

"Dia tidak gembira dan mengakui tidak boleh bekerja apabila terdapat campur tangan daripada jurulatih lain semasa mengendalikan skuad kebangsaan

"Kami akan berusaha untuk bersemuka dengan Revington dalam beberapa hari ini dan berharap dapat memberi keyakinan kepadanya kerana apa yang lebih penting adalah persiapan skuad negara untuk menghadapi separuh akhir Liga Hoki Dunia di Johor Bahru hujung bulan ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat kejurulatihan MHC di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam.

Jelasnya, mereka sudah dimaklumkan perkara ini lebih awal oleh Revington apabila sering mengadu terdapat gangguan daripada pihak lain dan berjaya diselesaikan, namun tidak menyangka masalah ini kembali berulang.

"Sebelum ini, saya menjangkakan perkara ini telah selesai apabila surat peguam sampai di tangan Lim, dia telah meminta maaf dan Paul juga menerima maaf daripada Lim.

"Namun. apabila Paul memberikan emel terbaharu ini yang menyatakan segalanya masih belum selesai, saya sendiri terkejut malahan dia telah menutup telefon sepanjang hari ini dan tidak dapat menghubunginya secara langsung," katanya.

Jika Revington masih berhasrat melepaskan jawatan, Majid mengakui mereka sudah ada perancangan melantik Sarjit Singh sebagai jurulatih sementara dalam menghadapi Liga Hoki Dunia tidak lama lagi.

"Kami mencadangkan Sarjit menjadi pengurus sementara biarpun buat masa ini Arul (Selvaraj) merupakan pembantu kepada Revington sekarang," katanya.

Malaysia yang memburu tiket ke Piala Dunia 2014 perlu memastikan berada di kalangan tiga terbaik daripada lapan pasukan bertanding.

Berada dalam Kumpulan B, skuad hoki negara diletakkan bersama Pakistan, England dan Afrika Selatan manakala Kumpulan A persaingan melibatkan Jerman, Korea Selatan, Argentina dan Jepun.

Sepanjang 10 bulan dilantik menjadi jurulatih menggantikan Tai Beng Hai, pencapaian skuad hoki boleh dianggap berada di tahap membanggakan apabila berjaya muncul naib juara Piala Sultan Azlan Shah 2013, meraih tempat ketiga trofi Juara-Juara Asia 2012 dan menduduki tangga keempat dalam kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 di Argentina, tahun lalu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130616/su_01/Revington-letak-jawatan#ixzz2WL5kiLEi
© Utusan Melayu (M) Bhd

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 16 Jun 2013 03:28 PM PDT

KEPAL NASI KEPAL BERAS


BUKAN SAHAJA MELAYU, SELURUH RAKYAT TAK SELAMAT!!

Posted: 16 Jun 2013 07:21 AM PDT


Secara konvensyen, siapa pun yang menjadi Perdana Menteri di Malaysia kepimpinan beliau mestilah diterima oleh semua kaum.

Seseorang Presiden UMNO yang secara lazimnya menjadi Perdana Menteri Malaysia setakat ini, bukan sahaja harus memimpin ahli UMNO dan orang melayu, tetapi beliau juga harus menjadi pemimpin kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Bermakna, selama ini rakyat Malaysia ber"Perdana Menteri"kan seorang Presiden UMNO yang diterima secara konsensus sebagai pemimpin untuk seluruh kaum.

Hasil yang dianugerahkan kepada kita dari konvensyen ini ialah negara ini menjadi aman, stabil dan dihormati.

Pendekatan konsensus ini seperti sudah menjadi resepi atau kunci kejayaan bagi sesebuah kerajaan yang mentadbir negara ini.

Hilang kunci ini maka hilanglah keamanan, kemakmuran, kestabilan dan penghormatan bagi rakyat dan negara.

Berkarat atau patah kunci ini maka cacatlah keamanan, kemakmuran dan kestabilan.

Kita harus mengakui kunci tersebut telah berkarat pada PRU12 yang lalu. Kita juga harus mengakui, kunci berkarat ini kemudiannya telah patah sebaik saja selesai PRU13 baru-baru ini.

Ini yang sangat membimbangkan kita.

Perdana Menteri hanya mendapat sokongan konsensus dari melayu/bumiputera, manakala sokongan kaum cina tidak sampai pun 10%. Sokongan kaum India juga tidak sampai 50%.

Mahu tidak mahu kita harus menerima hakikat bahawa negara ini sedang ditadbir oleh sebuah kerajaan yang tempang. Kerajaan Tempang ini adalah "unprecedented". Belum pernah terjadi sejak merdeka.

Apakah saki-baki pemikir-pemikir negara, (bukan Ethos consulting) tidak terfikir akan kesan buruk akibat ketempangan yang wujud ini secara jangka panjang? Jika mereka terfikir dan merasa bimbang dengan keadaan ini, apakah mereka hanya mahu duduk memerhati di tepi padang, membiarkan saja keadaan ini dan menunggu saja "risiko besar" yang bakal terjadi seperti penjayah menunggu hukuman ke tali gantung?

Negara bukan saja berhadapan dengan risiko "imbalanced government", malah lebih merbahaya lagi ialah "imbalanced government" ini terpaksa berhadapan dengan "irrational opponent" yang nekad dan sanggup melakukan apa saja amalan di luar batas demokrasi dan pendulum perlembagaan serta perundangan negara demi untuk mendapatkan kuasa pemerintahan.

Tolaklah Anwar Ibrahim, saya masih yakin pemimpin PAS dan DAP masih ada setidak-tidaknya cebisan kebimbangan yang sama di dalam hal ini. 

Tolaklah Anwar Ibrahim, saya yakin PAS dan DAP masih berupaya membuang fikir dan sikap irrational, seterusnya mengambil fikiran yang positif dan rasional untuk melakukan tindakan "jiwa besar", untuk turut bersama memperbetulkan semula "ketempangan" yang sudah terjadi. Mereka harus mengakui hakikat bahawa "imbalanced government" yang berlaku ini turut disumbangkan juga oleh tangan-tangan mereka.

Bukan bermaksud untuk mengenepikan atau mahu bersangka buruk terhadap Anwar Ibrahim, tetapi dari "kerja buat" yang digambarkan melalui gerakan politik yang dilakukannya, kita sudah boleh membuat kesimpulan bahawa Anwar Ibrahim tidak mungkin boleh menerima apa saja realiti, jika realiti yang berlaku itu tidak menyebelahi dirinya. 

Nilai pertanggungjawaban, patriotisma dan nasionalisma terhadap bangsa, negara dan rakyat negara yang ada di dalam dirinya sudah boleh dianggap "mati". Nilai yang masih "hidup" dalam dirinya hanya tinggal "kemahuan mendesak" untuk menjadi Perdana Menteri.

Jadi, jika masih ada kebimbangan, masih ada kudrat, kemahuan dan pertanggungjawaban untuk membuat pembetulan dan rekonsiliasi besar demi negara, maka para pemikir, para pemimpin kerajaan dan pembangkang, tidak termasuk Anwar Ibrahim, buatlah sesuatu sebelum hukuman gantung terhadap keamanan dan kestabilan negara ini dijalankan.

Bila keamanan dan kestabilan negara sudah mati dihukum gantung, ia tidak akan hidup lagi.

PERJANJIAN KONGSI GELAP HAI SAN -GEE HIN DI JAKARTA DIBAHARUI!!

Posted: 15 Jun 2013 07:45 PM PDT



Kenapa mesti sampai mengguna pemimpin asing untuk selesaikan masalah politik dalam negara? Lainlah kalau konflik di negara ini sudah sampai ke tahap peperangan dan keganasan luar batasan seperti konflik Moro-Manila, Timor-Timor atau seperti di sesetengah negara Afrika.

Apa perlunya orang tengah seperti Jussuf Kalla untuk membuat perjanjian sulit. Apa locus standi yang ada pada Jussuf Kalla? Apakah Jussuf Kalla ini setaraf dengan PBB? 

Lihatlah. Sebaik saja Anwar engkar dengan perjanjian sulit tersebut, paling-paling pun Jussuf Kalla hanya boleh membuat tindakan mendedahkan wujudnya perjanjian. Bukan boleh kenakan apa-apa tindakan pun terhadap Anwar. Malah Jussuf Kalla pun terjerat dengan game Anwar yang tidak mahu mengaku dia yang minta Jussuf Kalla jadi orang tengah, sebaliknya memusing cakap mengatakan Jussuf Kalla yang nak jumpa dia.

Inilah nilai dan taraf haprak yang dimiliki oleh sesetengah pemimpin di negara ini. Berpolitik tidak mengenal sempadan, batas dan garis panduan. Jika boleh satu dunia mahu diperguna dan diperalatkan dan dijadikan bahan manipulasi untuk memenuhi agenda politik haprak mereka.

DS Najib pun sama 2x5. Terikut-ikut dengan apa saja rentak yang dimainkan oleh Anwar. Bila sudah terdedah kepada umum pun masih tidak mahu memperjelaskan secara terus-terang apa yang sebenarnya berlaku dan apa tujuan di sebalik perjanjian yang telah disembunyikan dari pengetahuan parti, gabungan, barisan kepimpinan dan penyokong masing-masing.

Kenapa mereka berdua ini membuat perjanjian sulit tanpa pengetahuan sesiapa dengan menjadikan orang asing sebagai saksi dan orang tengah. Kedua-dua individu ini berjanji di atas kapasiti apa? Di atas locus standi apa? 

Apakah hanya mereka berdua yang berhak ke atas negara ini dan hanya mereka berdua yang boleh menuntut secara faraid terhadap segala warisan negara ini sehingga mereka berdua bebas melakukan perjanjian persefahaman tanpa perlu dimaklumkan kepada mana-mana stakeholder lain di negara ini?

Jangan sama-tarafkan kedaulatan negara ini seperti mahu menentukan hak pemilikan sebuah lombong bijih timah. Kenapa mereka berdua mengulangi perjanjian sulit tanpa locus standi ala-kumpulan Kongsi Gelap Hai San dan Gee Hin yang berperang bukan di atas maksud negara, sebaliknya hanya mahu menguasai pemilikan konsesi lombong bijih timah? 

Kumpulan Kongsi Gelap yang membuat kacau dan berperang sesama sendiri, akhirnya Ngah Ibrahim yang mempunyai locus standi yang dijatuhkan bersalah dan dihukum membayar denda oleh British kepada kongsi gelap.

Duke of UMNO

Posted: 16 Jun 2013 01:27 PM PDT

Duke of UMNO


SERAMMM..!!! KISAH "HANTU-HANTU" DI KEDAHHHH..!!!

Posted: 16 Jun 2013 07:37 AM PDT

HANTU DALAM BOTOL KICAP 5

Kadang-kadang "letih" juga bila lihat perangai puak-puak PAS yang tak tahu malu. Sudah kalah tu, sudahlah. Tapi tetap menebalkan muka menempel enggan meletak jawatan lantikan politik mereka di beberapa GLC di Kedah.

Sebenarnya, bukan sedikit puak-puak PAS mengimplankan kroni-kroni mereka di dalam GLC-GLC Kerajaan Negeri Kedah selama lima tahun mereka mentadbir negeri Jelapang Padi itu. Boleh dikatakan habis mereka "ratah" jawatan-jawatan yang ada…

Dulu ketika di awal zaman jajahan PAS di Kedah, parti pak lebai kulup itu menempatkan kroni-kroni mereka ke jawatan-jawatan strategik di dalam GLC-GLC tersebut. Mereka isi seberapa banyak jawatan yang ada secara lantikan.

Maklumlah, semua individu lantikan BN meletak jawatan sebaik saja PAS menjajah Kedah…


Namun, mungkin tak puas hati dengan jawatan lantikan politik yang ada, mereka "ada-adakan" jawatan dan jabatan baru bagi mengisi sanak saudara, isteri, adik, kakak, abang dan sepupu sepapat mereka di GLC-GLC tersebut.

Bukan saja secara di jawatan-jawatan lantikan politik yang dibuat secara kontrak, mereka serap seberapa banyak kroni-kroni mereka di GLC-GLC tersebut ke jawatan tetap. Penuh GLC-GLC di Kedah dengan puak-puak "hijau".

Bukan apa, kalau yang dilantik dan diambil bekerja itu mempunyai kelayakan yang sewajarnya, saya fikir mungkin mereka punya alasan untuk berbuat demikian. Sekurang-kurangnya mereka menitik beratkan profesionalisme dan kualiti pekerja.

Masalahnya, kebanyakkan yang dilantik dan diberikan kerja itu lebih dari separuh tidak memenuhi kriteria yang sepatutnya. Adakah patut dilantik seorang bekas eksekutif bank sebagai Presiden sebuah taman teknologi bertaraf dunia? Agak-agaklah sikit..kan?

Bila BN mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah dari jajahan PAS, tiba-tiba mereka-mereka yang dilantik secara lantikan politik itu enggan meletak jawatan. Bila diberikan notis 6 bulan perletakan jawatan, Kerajaan BN dituduh zalim dan mereka nak saman GLC terbabit…

Agak-agaklah sikit. Tak tahu malu, kah? Kalau jawatan lantikan politik, maka buatlah cara "gentleman", letaklah jawatan bila PAS kalah di Kedah! Takkan itu pun tak tahu fikir sendiri? Sanggup bermuka tembok menebalkan diri pada BN?

Siapa kata mereka tahu malu? Salah seorang dari mereka misalnya buat muka tak malu hadir ke majlis kesyukuran MB Kedah di Sri Mentaloon dan cuba membodek Datuk Mukhriz Mahathir. Dia fikir Datuk Mukhriz tak tahu siapa dia?

20130611_101741

Mukanya terpampang di poster "ceramah tolak BN" sebagai penceramah PAS yang mengutuk BN. Nak tipu apa lagi? Dia patut sedar diri. Cari kotak di supermarket dan kemas barang-barang di pejabat sebelum serahkan surat perletakan jawatan secara terhormat…

Bukan apa. Saya percaya "peninggalan-peninggalan PAS Kedah" di dalam GLC di anak-anak syarikat kerajaan negeri itu dipercayai menjadi "hantu penanggal" yang menyalurkan informasi dalaman kerajaan BN Kedah kepada PAS.

Beberapa informasi sebelum ini dikesan bocor ke tangan puak-puak PAS. Maknanya, ada "hantu penanggal PAS" yang menyampaikan maklumat berkenaan. Kalau maklumat itu sahih lainlah cerita. Masalahnya, maklumat yang disampaikan itu palsu dan berbaur fitnah!

Persoalannya, apakah wajar "hantu-hantu" itu dibiarkan bermaharajalela? Pada saya, mereka perlu "disekolahkan" dengan tindakan-tindakan disiplin yang sewajarnya. SOSMA dan OSA boleh digunakan sebaik mungkin bagi mengatasi masalah tersebut.

Selain itu, mana-mana lantikan politik di dalam GLC itu perlu ditekan sehabis mungkin dan ditamatkan kontrak mereka secepat mungkin. Bukan apa, ramai lagi golongan profesional yang dilihat mampu membangunkan Kedah semula selepas dirosakkan rejim PAS Kedah.

Saya yakin, walau apa pun yang berlaku selepas ini, barisan Exco dan MB Kedah yang baru mendapat mandat dari rakyat Kedah itu mampu mengatasi masalah "hantu-hantu" itu. Hanya tunggu masa dan ketika saja untuk mereka "disemadikan di dalam botol"..kan?

Sumber: Mykmu.net

MESTI TENGOKKK..!!! INI LA HASIL-HASIL SRJK(C) DONG ZHONG...!!!

Posted: 16 Jun 2013 05:37 AM PDT

Bila aku kata sekolah SRJKC dan SRJKT ni kena dimansuhkan secepat mungkin, ramai kaum Cina dan India yang melompat... Marah bukan mainnnn... Heh! Relaks laaaa... cuba dengar dulu penjelasan kitorang...

Kalau setakat nak ajar bahasa Cina dan Tamil di sekolah-sekolah kat Malaysia ni, rasanya bahasa-bahasa tu pun boleh diajar kat Sekolah Kebangsaan biasa.. Apa yang tak boleh pulak? Boleh je masukkan subjek tu kat Sekolah Kebangsaan... apa masalahnya?

Cuba korang tengok kesan-kesan sistem sekolah SRJK C dan SRJKT kat bawah ni... Ni la akibatnya kalau buat keputusan guna sentimen perkauman tapi tak pakai akal fikiran... cuba tengok kesan-kesan kat bawah ni... nampak sangat bodohnya..!!!

Ni aku nak tanya... Dah berapa lama duduk kat Malaysia? Dah berapa tahun belajar kat sekolah? Korang lahir kat Malaysia, kan? Dah berpuluh-puluh tahun dah.. Tapi masih tak tahu guna bahasa Melayu dengan betul...

Korang duduk kat Indon korang tahu la nasib korang... Nama korang pun tak boleh pakai nama Cina...heh!




BIAR BETULLL..??!! BEKAS EXCO PAS CURI IPAD MILIK KERAJAAN NEGERI..???!!!

Posted: 16 Jun 2013 01:37 AM PDT

Amboiii..!!! Mewah betoi depa nooo... Jeles aku dengar cerita dari "dalam" pasal bekas-bekas Exco Kerajaan PAS Kedah. Semuanya gara-gara nak "mengebat" pakai IPad. Hebat sangat la tu... pak-pak lebai weiii...

Member aku dedahkan bahawa bekas-bekas Exco Kerajaan PAS Kedah sebelum ni telah diberikan IPad sorang satu. Percuma tauuu..!!! Okay..okay... Takpa laa... mungkin depa nak pemimpin PAS ni "celik gadjet"...

Paling best... bekas-bekas Exco PAS ni diberikan RM1,000 setiap seorang hanya sebagai bayaran untuk depa "belajar" cara menggunakan IPad tu.. Heh! Bukan RM100...RM1,000 seorang weiii..!!!



Tu diaaa... tekun dok belajar cara nak guna IPad? Atau dok fikir pasal duit elaun belajar IPad..? Heh!
Dah la dapat IPad free, lepas tu dibayar pulak untuk belajar nak guna IPad tu...! Heh! Hebat...hebat betoiii..!!! Macam tu kata PAS ni bijak pandai kendali duit rakyat? 

Kalau 10 orang Exco, maka depa peruntukkan sebanyak RM10,000 untuk depa belajar IPad saja.. Heh! Macam-macam boleh dibuat dengan duit sebanyak RM10,000 tu... Mungkin pada mata PAS duit RM10,000 tu kecik kot nilainya...

Entah la... Frankly, aku sendiri dah tak payah nak percaya kat Pak-Pak Lebai PAS ni. Dulu mungkin la aku boleh percaya sikit-sikit. Tapi bila makin banyak terserlah pendedahan demi pendedahan apa yang berlaku masa 5 tahun depa perintah Kedah... makin menyampah pulak jadinya...

Depa kata depa telus, mulus, kudus... padahal depa ni semuanya "plastik kosmetik".. Depan kita pakai lebai sembang bab Islam gitu gini... tapi tak buat kerja cara Islam pun...

Dulu, Khalifah Umar Abdul Aziz RA hanya pakai lilin bila anaknya datang bertemunya untuk urusan keluarga. Katanya, lampu sedia ada untuk rakyat dan lilin tu dia punya sendiri untuk kegunaan hal ehwal peribadi... Tu baru la cara Islam...

Err... Aku nak tanya, IPad-IPad tu semua dah pi mana? Semua dah jadi hak milik bekas-bekas Exco PAS tu ke? Beli pakai duit sapa tu? Boleh bagi balik tak? Macam kereta Exco yang Camry tu la.. beli pakai duit rakyat, maka diserahkan balik kat Kerajaan Negeri la... IPad pun nak "sapu" ke?

PANASSS..!!! PAK LEBAI PAS NI NGADA-NGADA TAKMAU LETAK JAWATAN...!? HEH..! @MukhrizOfficial @MukhrizMahathir

Posted: 15 Jun 2013 11:37 PM PDT

Ni ke Pak Lebai PAS tu...?
Sepatutnya, semua puak-puak kroni PAS yang dilantik secara lantikan politik sudah meletak jawatan secara terhormat sekarang. Dah lebih sebulan dah BN merampas kembali Kedah dari jajahan rejim PAS.. takkan tak reti-reti lagi kot?

Depa ni dulu semuanya merupakan penyokong tegar PAS yang adakalanya mempunyai kelayakan "below par" (tak cukup kelayakan pun), tapi saja disumbat masuk ke GLC-GLC anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah...

Maka masa tu, ramai la pak-pak lebai yang rasa "terer" pi tenyeh muka kat Ustaz Azizan, buat-buat "hemoi"... "kebuloq" jawatan bergaji besar..! Sampai ada pulak yang hanya berjawatan Executive biasa yang performance "biasa-biasa" saja pun dilantik jadi CEO dan Presiden GLC bertaraf dunia...

Siapa tu? Ceciterr...


Khabarnya salah seorang pak lebai PAS tu kini sedang degil, tak tau malu mempertahankan jawatannya di Kulim Hi-Tech (KHTP). Dia ni dulu dilantik Ustaz Azizan..tu pun khabarnya atas "cable" Yusrin, bekas menantu Ustaz Azizan Razak...

Masa PAS ambil alih Kedah, KHTP sedang ditabdir oleh seorang CEO yang hebat, Datuk Syukri namanya. Tapi PAS lantik pulak seorang "boss" kepada boss KHTP tu. Khabarnya berjawatan Presiden.. lebih power bebbb..!!!

Lepas dia take over KHTP, "pak lebai" tu beri tekanan kat Datuk Syukri dan staf-staf yang dilihat condong menyokong UMNO, walaupun depa tu bukan staff kontrak. Hasilnya, Datuk Syukri, YB Nor Sabrina (sekarang Exco ICT) dan beberapa "shot gun" KHTP letak jawatan...

Depa letak jawatan bukan sebab kalah. Tapi menyampah tengok perangai Presiden tu yang kerja tak profesional dan tak reti manage KHTP. Secara gentleman, depa letak jawatan dan lantak la macamana "pak lebai Presiden" tu nak handle KHTP selama 5 tahun...

Member aku cerita, Presiden ni memang "sengal" tak reti buat kerja satu apa. Tapi dia cukup suka check bumbung, tile kat toilet dan bising kalau toilet kotor... betul ke? Heh! 

Pak Lebai ni juga suka melancong. Kalau gamak boring dok kat KHTP tu, dia buat "pakej pelancongan" ke "oversea". Mudah jaaaa....dia buat la alasan nak cari pelaburan! Heh! Padahal depa sakan makan angin... rakyat Kedah dan warga KHTP jugak yang makan angin keluar asap...

Pelaburan tak masuk pun kat KHTP. Member aku kata, hampir 95% pelaburan kat KHTP tu dibawa masuk oleh Kerajaan BN lima tahun sebelum ni. PAS hanya "ambik nama" saja dan maintain jaga pelaburan tu. 

Paling teruk, depa tak jaga pelabur. Kalau pelabur kat KHTP tu komplen apa-apa, depa bukannya tau settle pun! Contohnya pasal bekalan air di KHTP selalu terputus. Setiap kali takdak air, para pelabur kat situ rugi berjuta-juta tauuuu..!!! Pak Lebai tu buat tak reti saja.. paling tidak pun dia akan salahkan SADA.. PAS memang suka salahkan orang lain...biasa la tuuu...

Peliknya, bila BN ambil alih Kedah balik dari PAS, pak lebai PAS ni buat muka tonyong tak tau malu! Masa Datuk Mukhriz buat kenduri kesyukuran kat Sri Mentaloon tu, dia datang "kipas" MB! Siap buka "aircond" 4 horse power nak "bodek" Mukhriz... muka tak malu betoi!!!

Ada ke patut dia kata dia tu profesional dan bukan orang politik? Cehhhhh..!! Boleh caya, ke? Ni tengok poster kat bawah ni... ni nama sapa ni? Ni gambar sapa buat ceramah "tolak BN" ni? Heh! Dah kantoi macam tu pun masih nak menipu lagi..??? Puuiii..!!! Dasar putar belit pak lebai PAS..!!!

Yang mana satu ek Pak Lebai PAS tuuu..? Heh!

Sampai sekarang Pak Lebai tu tak mau lepaskan jawatan. Kononnya kalau kita nak dia lepaskan jawatan, dia mintak kita bayar dulu pampasan selama 6 bulan tu kat dia...heh! Kalau kami takmau bayar camana? 

Hek eleehhh.. Kerajaan BN Kedah berhak "by law" untuk beri hang notis 6 bulan dari sekarang untuk tamatkan kontrak sebagai Presiden. Hang tak boleh jadi "king" lagi kat KHTP tu. KHTP tu tempat orang buat kerja, bukan tempat Pak Lebai PAS bermewah-mewah bermaharajalela...!

Apa pun, kita tunggu "muka tak malu" tu letak jawatan. Kalau dia letak jawatan segera dengan suka rela, maka dia memang ada maruah. Tapi kalau dia tak letak jawatan, maka....err...er.. faham-faham je laaaa...kan? kan? kan?

"PUNAHSIHAT" PM DIGESA LETAK JAWATAN SEGERA..!!!

Posted: 15 Jun 2013 08:17 PM PDT

Aku dengar mamat ni beberapa tahun lalu disyorkan untuk jadi penasihat PM. Khabarnya, setelah kuat melobi sakan, dia berjaya dilantik jadi penasihat PM... Penasihat ke "punahsihat"?

Aku ingat lagi, seorang rakan pernah tanya DS Najib pasal kelibat mamat ni yang dikatakan sering dilihat berlegar di Putrajaya time tu. DS masa tu masih jadi TPM dibawah Pak Lah...

Masa tu, DS Najib nafikan prospek mamat ni untuk dibawa masuk ke dalam "team"nya. Tapi ntah macamana, si Omar Ong ni berjaya juga menyelitkan diri dalam Petronas dan Pejabat PM... Mungkin dia pakai cable yang sangat stronggggg...Pak Lah atau KJ agaknya?



Member-member aku dah lama geram kat mamat ni. Aku pun sama. Cuma sebelum ni aku malas nak bersuara. Tapi makin melampau pulak budak darah Cina ni...Cissss..!!!

Terbaru, dia puji-puji pulak Anwar Berahim kat Twitter. Orang tengah balun dia...orang tengah marah kat dia...dia buat baik pula dengan musuh nombor satu negara? Memang kurang ajar nak kena balun la tuuuu...


Weeiiii... Lu apa hal Omar? Dah la lu rosakkan reputasi PM sampai ada kawan-kawan aku yang dah secara tak sengaja terbalun PM sekali. Semuanya hang punya pasal la weiiii..!!! Tak guna punya penasihat tingkat 4..!!! Mangkuk bertingkat-tingkat..!!!
 
Pada aku, Omar Ong ni sebaris dengan Azran Rani dan beberapa hamlau-hamlau Melayu Liberal yag tak sedar diri dan lupa jati diri orang melayu. Anyway, Omar Ong ni bukan Melayu tulen punnn... 

Aku tak mahu arahkan PM supaya pecat mamat ni. Aku tak layak buat macam tu. Tapi, aku nak desak si Omar Ong ni supaya letak jawatan serta merta. Itu pun kalau dia ada maruah la.. Bukan apa, dah banyak dah nasihat dia yang merosakkan PM...

Tak payah la aku cerita apa "nasihat" dari punahsihat tu. Kawan-kawan aku dah banyak cerita dah pasal mamat ni. Amacam? Ada berani letak jawatan? Aku yakin dia takkan letak jawatan punyaaa... cit porah la "think tank" macam ni...poyo bangetttt..!!!

Cucu Tok Selampit

Posted: 16 Jun 2013 01:09 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Betul Ke Menteri KBS YB @khairykj Ambil Wartawan Malaysiakini Jadi Setiausaha Akhbar Beliau?

Posted: 16 Jun 2013 09:21 AM PDT

Kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang. Lainlah kalau ada beruk dan kera di atas pokok berkenaan. Terkejut jugalah mendengar khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa Menteri Kementerian Belia Dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin akan mengambil seorang wartawan berbangsa Cina dari Malaysiakini sebagai Setiausaha Akhbar beliau. 

Kita tahulah bloggers dan wartawan UMNO tidak ada yang pandai-pandai. Tidak ada yang bersekolah tinggi sehingga ke Oxford atau Havard University. Namun tidak ada lagikah calon wartawan daripada portal atau media pro Kerajaan yang boleh diangkat untuk menjadi Setiausaha Akhbar seorang Menteri?

Bukankah mereka inilah yang berjuang tidak tidur malam bagi memastikan perang saraf di media sosial dimenangi oleh Kerajaan? Jangan kata kami kalah dalam peperangan siber. Kalau tidak masakan UMNO boleh menambah kerusi Parlimen sehingga 88 kerusi di dalam PRU-13. Bukankah ini hasil sumber maklumat wartawan, bloggers dan tentera maya barisan pro Kerajaan? Kenapakah apabila tiba waktu untuk mengenang jasa, seorang wartawan Cina dari Malaysiakini diangkat dengan satu jawatan yang tinggi di dalam Kementerian?

Apa jasa dan "credential" wartawan berkenaan sedangkan umum mengetahui Malaysiakini telah banyak memberi imej yang buruk kepada Kerajaan dan sentiasa menyokong pembangkang. CTS berharap YB Khairy akan tampil dengan penafian. Pertanyaan CTS di laman sosial Twitter masih belum dijawab oleh beliau seperti mengesahkan khabar angin berkenaan. Sekiranya benar, CTS adalah orang yang paling hampa kerana fikirkan bahawa beliau sudah berubah.

Bila Cina Penang Meninggal, Banyak Bantuan DAP Berikan, Bila Melayu Meninggal Di Penang, Ada Beri Bantuan @cmlimguaneng?

Posted: 16 Jun 2013 04:11 AM PDT


CTS baru sempat membaca suratkhabar hari ini. Antara yang menarik di dalam akhbar The Star hari ini adalah isu di atas. Ianya berkisar kepada kematian seorang pekerja Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Wong Tze Chow yang terbunuh dihempap pokok ketika kejadian ribut taufan, Khamis lepas. Pelbagai bantuan diberikan. ADUN DAP berikanlah, syarikat Bekalan Air berikanlah dan pelbagai lagi. Bukan niat CTS untuk mempolitikkan kematian seseorang. Namun agak terkilan apabila bencana berlaku ke atas puak-puak mereka, begitu cepat bantuan disalurkan. Apabila bencana berlaku kepada kaum lain, apakah layanan yang sama diberikan? 

Apa yang kerajaan Lim Guan Eng buat apabila mangsa yang maut dalam kejadian runtuhan  penyambungan tanjakan susur keluar ke Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan? Apakah sebarang bantuan diberikan oleh mana-mana ADUN DAP Pulau Pinang ke atas keluarga Allahyaryam Tajuddin Zainal Abidin yang terkorban di dalam kejadian yang berlaku di negeri yang diperintah DAP? Apakah Lim Guan Eng ada melawat mangsa dan keluarga mereka di Rumah Mayat, Hospital Pulau Pinang pada hari kejadian? Anda nilaikan sendiri.

Bangunan Baru CIMB DI KL Sentral Ada Gambar Salib? Apa Sudah Jadi?

Posted: 15 Jun 2013 07:26 PM PDT


Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa Bangunan CIMB yang baru di KL Sentral mempunyai lambang salib yang jelas. Sebelum ada pihak yang mengatakan bahawa gambar ini telah dieedit, lihatlah gambar asli di Flickr, di sini. Baiklah, CTS tidak mahu berprasangka buruk. Ada sesiapa yang belajar kejuruteraan di sini yang beloh menerangkan kenapa bangunan tersebut perlu direkacita sebegitu rupa? Masalah struktur bangunankah?

Kalau disebabkan struktur bangunan, kenapa mesti bangunan ini sahaja? Sepatutnya sebagai sebuah Negara Islam dan CIMB jga bukan Bank Kristian perbanyakkan senibina Islam. Segala projek pembangunan mesti berteraskan senibin Islam. Tiada senibina tersembunyi dan juga erti yang bercanggah dengan aspirasi sebuah negara. Itu sekadar cadagan.

Apa Yang Tersirat

Posted: 16 Jun 2013 01:08 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Beri Najib Peluang Meneruskan Visinya

Posted: 15 Jun 2013 10:51 PM PDT

MASA untuk minta maaf, merasa dikhianti, membindas perlu diketepikan. Melalui mandat yang diberikan rakyat dengan kelebihan 44 kerusi Parlimen, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seharusnya bersemangat, melaksanakan visi untuk masa depan rakyat dan Negara.

Kemenangan BN dengan jumlah kerusi 133, sebenarnya tidak jauh bezanya apa yang telah diwarisi semasa mengambil tampuk pemerintahan daripada Tun Abdullah Badawi pada April 2009.

Harapan tetap harapan. Desakan pengunduran diri terhadap Tun Abdullah sebaik sahaja keputusan PRU 2008 diketahui, di mana BN walaupun menang namun kehilangan kuasa 2/3; kuasa teradisinya sejak tahun 1974, reaksi itu lebih kepada perasaan terkejut dan kelam kabut. Di kala itu, ramai pemimpin BN tidak dapat menerima kegagalan mendapat kuasa 2/3, atas sebab itu, mereka tidak dapat menggunakan lojik akal yang dihubungkan dengan fenomina dalam Negara, seperti suasana politik dan berkembangnya arus maklumat tanpa sempadan.

Kini, selepas para pemimpin BN bermuasabah diri, akhirnya menerima hakekat, bahawa dunia politik dalam Negara sudah berubah. Barisan Pembangkang, bukan lagi barisan pembangkang era Tun Dr Mahathir. Barisan pemimpin Pembangkang kini, maaf untuk dinyatakan lebih ke depan berbanding setetengah pemimpin BN, baik daripada soal-soal pengetahuan, pengalaman mahupun visi; apatah lagi penguasaan dalam dunia siber.

Memang, rasa terkejut juga apabila keputusan PRU-13, menunjukkan bahawa sokongan kaum cina terhadap BN, hanya 10 peratus, walaupun Najib telah memberikan apa sahaja permintaan kaum itu. Daripada segi itu, memang wajar Najib terkejut; namun jika didasarkan pada kenyataan, memang sejak tahun 2008, ramai penganalis politik tanah air, termasuk para amatur dan bloggers memang telah meramalkan bahawa Bn sukar untuk mendapat sokongan kaum cina.

Berdasarkan keputusan PRU-13, sewajarnya para pemimpin BN perlu bersyukur dengan kemenangan, apatah lagi dengan kelebihan 44 kerusi. Kelebihan itu, adalah kemenangan majoriti, bukannya kemenangan majoriti mudah. Memang, seronok kalau menang 2/3; namun dalam keadaan politik tanah air masa kini, dan mungkin masa depan, adalah sukar untuk mendapat mandat seperti mana berlaku sebelum tahun 2008. 

Para pemimpin perlu menerima hakekat ini. Untuk itu, jika ada aura-ura daripada pemimpin Bn untuk membawa usul tidak percaya kepada Najib; sepatutnya menimbangnya bukan hanya sekali, tetapi berpuluh kali. Usul seperti itu, bukan sahaja menghancurkan ikatan dalam BN, malah Umno itu sendiri. Apabila parti pecah, adalah sukar untuk kembali lagi. 

Para pemimpin itu, harus sedar, usul seperti itu, akan menghancurkan melayu lebih jauh, di mana kini sudah berpecah tiga; iaitu melayu-Umno; melayu-PKR dan melayu Pas.

Biasanya kaum majoriti akan dikuasai oleh kaum minoriti, apabila kaum majoriti berpecah. Janganlah kerana marahkan nyamuk, maka kelabu dibakar; jangan kerana mengharapkan guruh di langit, maka air di tempayan dicurahkan; jadilah biar putih tulang jangan putih mata. Kuatlah seperti seberkas lidi agar supaya bangsa melayu tidak akan mampu diperkotak katikkan.

Other Perspektif

Posted: 16 Jun 2013 01:08 PM PDT

Other Perspektif


Dataran Tahsim, Dataran Tahrir & Dataran Merdeka

Posted: 15 Jun 2013 05:31 PM PDT

Pengikut