Isnin, 21 Januari 2013

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


PAS Sabah Terima Permohonan Tubuh Cawangan Baru

Posted: 21 Jan 2013 06:23 PM PST

SANDAKAN: Ibarat belum pun reda menahan penat dan lelah, PAS Sabah terus dihujani permohonan demi permohonan untuk menjadi ahli di kalangan para belia dan juga warga veteran.

Terbaru, PAS Sabah menerima dua lagi permohonan bagi menubuhkan cawangan PAS di Pulau Terong dan Pulau Timbang dalam Parlimen Batu Sapi.

Yang DiPertua PAS Kawasan Batu Sapi, Hamzah Abdullah yang berkongsi kegembiraan tersebut menjelaskan mengenai niat dan minat yang mendalam rakyat terutama di Batu Sapi terhadap PAS.

"Kami menerima permohonan ini dengan hati yang terbuka, dan semestinya berasa gembira dengan kehadiran ini.

"Ini turut membuktikan bahawa PAS terus mendapat tempat di hati masyarakat," ujar beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah.

Permohonan penubuhan cawangan tersebut disampaikan oleh wakil bagi setiap cawangan kepada Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sempena Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS yang diadakan di Hotel Sandakan, dekat sini pada Sabtu.

Turut hadir ialah, Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling, Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu serta beberapa lagi Ahli Jawatankuasa PAS Negeri dan Kawasan.

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 21 Jan 2013 03:10 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:10 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Saleh Man jangan hanya jadi tunggul kayu di Pulau Pinang

Posted: 21 Jan 2013 02:04 AM PST

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Saleh Man kata, PAS Negeri Pulau Pinang tidak terlibat dengan sebarang penganjuran demonstrasi aman di hadapan Dewan Sri Pinang jam 9.00 pagi esok. 

Beberapa individu yang mendakwa ahli PAS , telah mengantar sistem pesanan ringkas (SMS) mengajak semua ahli dan penyokong PAS menyokong keputusan Majlis Syura dan mendesak Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh supaya senyap berhubung isu kalimah Allah. 

Saleh Man jangan berlepas tangan setelah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS tidak terlibat.Pastikan lambang PAS juga tidak digunakan dalam perhimpunan tersebut.
Sebelum ini, pernah berlaku dimana bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin bersama sekumpulan pemuda membawa bendera PAS , (gambar atas), mengadakan demonstrasi di Masjid Simpang 6 , membantah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkaitan   isu penggunaan kalimah Allah.

Saleh man sekadar buat kenyataan yang sama - PAS tidak terlibat tanpa mengambil sebarang tindakan yang wajar keatas Mohamed Hafiz Nordin.

Mohamed Hafiz Nordin ini pernah mengepalai demonstrasi desak PAS keluar Pakatan Rakyatdi Masjid Shiekh Yussof di Jalan Datuk Keramat selepas Solat Jumaat, diketuai bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang.

Gambar diatas menunjukan bukti bahawa Hafiz Nordin pernah sepentas dengan Presiden JATI Hasan Ali, menghentam Pakatan Rahyat.Namun tidak ada apa-apa tindakan dikenakan keatasnya.

Sampai ada pula yang kata tindakan Hafiz Nordin ini seolah-olah mendapat restu dibelakang tabir Pas Pusat atau pemuda pusat.Aku pernah tulis pasal ini di sini

Kita berharap, Saleh Man bukan sekadar menasihatkan ahli dan penyokong PAS supaya jangan melayan SMS berkenaan sebaliknya hendaklah mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli PAS yang berhimpun dalam demonstrasi tersebut. SUMBER

Sanggupkah Najib derhaka kepada raja-raja Melayu ?

Posted: 20 Jan 2013 07:23 PM PST

UMNO adalah penggubal undang-undang dimana pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan penting mengisytiharkan bahawa tindakan Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam adalah batal dan tidak sah.

Ini bermakna, Mahkamah di Malaysia ini membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Tetapi Sultan Selangor kata, bahawa kalimah Allah tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang lain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010.

Tentu PM Najib dalam dilema - mahu ikut cakap raja-raja Melayu atau mahu ikut cakap undang-undag mahkamah yang dia dan konco-konconya sendiri yang gubal! 

PM Najib, selaku Presiden Umno bersama konco-konconya dari Umno/BN nampaknya terpaksalah menarik diri dari menjadi calon dalam PRU-13 ini nanti kerana terpaksa akur dengan titah raja-raja Melayu yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Kalau Najib masih berdegil mahu jadi calon, bermakna dia telah derhaka kepada raja-raja Melayu.Orang-orang Umno yang bertanding dalam PRU-13 ini nanti adalah Melayu yang derhaka kepada raja-raja Melayu 


KUALA LUMPUR 20 Jan. - Ahli-ahli politik Melayu yang ingin bertanding sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 hendaklah akur dengan titah raja-raja Melayu yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Ahli Jawatankuasa Biro Undang-Undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mahamad Naser Disa berkata, mana-mana ahli politik yang gagal berbuat demikian hendaklah ditolak pencalonannya.

Menurut beliau, ahli-ahli politik di negara ini juga seharusnya memahami dan mengiktiraf kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.


Artikel Penuh

DUNIACACAMARBA

Posted: 21 Jan 2013 03:04 PM PST

[TMI] KUALA LUMPUR, 20 Jan – Penganut agama Kristian perlu memahami kalimah 'Allah' sebagai kata nama Tuhan atau sembahan khas bagi umat Islam telah berlaku sejak lama dahulu, kata Paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar.

Memetik laporan akhbar Mingguan Malaysia hari ini, Jahja (atau disebut Yahya) berkata perkataan Allah itu tidak boleh diterjemahkan kerana ia merupakan kata nama khas untuk Tuhan kepada komuniti Muslim.
"Lihat sahaja dalam kitab suci umat Islam, al-Quran sama ada dalam terjemahan bahasa Inggeris, bahasa Belanda waima bahasa Melayu sekalipun, kalimah Allah terang-terangan disebut tanpa sebarang perubahan.

"Dari sudut pandangan linguistik, setiap sembahan atau Tuhan harus memiliki nama. Dan Tuhan orang Islam adalah Allah, ia tidak boleh diterjemahkan kerana ia merupakan kata nama khas," kata Jahja dipetik Mingguan Malaysia.

Jahja yang ditemui di Jakarta berkata, berdasarkan kajian yang dijalankanny, Tuhan Kristian berdasarkan bahasa asli perjanjian lama adalah Elohim.

"Seandainya diterjemahkan kepada bahasa Arab, maka yang tepat menggantikan Elohim adalah Ilah, bukan Allah," katanya, dan menambah terjemahan itu dibuat berasaskan terjemahan paling awal ke bahasa Arab iaitu Inskripsi Zabad pada tahun 512.

Paderi Indonesia itu menjelaskan, nama Allah  sangat konsisten berdiri atas namanya sendiri dan tidak diterjemah berasaskan berasaskan bahasa suku, seperti mana kalimah Elohim.

Beliau turut mengemukakan contoh bagaimana kalimah Elohim diterjemah kepada beberapa bahasa suku, seperti Tete Manis bagi Kristian Maluku, Jubata (Kristian Dayak), Diyos (Kristian Filipina), God (Kristian Amerika Syarikat), dan Theos (Kristian Yunani), serta banyak lagi.

"Ini yang membezakan Tuhan Islam dan Kristian ... Tuhan Islam sangat konsisten iaitu Allah.
"Nama Allah tiada terjemahan atau dialih bahasa, ini harus menjadi ingatan penganut Kristian," katanya.

Polemik penggunaan kalimah Allah sejak sekian lama menjadi pertikaian di Malaysia berikutan permohonan akhbar Kristian Katolik Herald untuk menggunakan perkataan itu dalam penerbitannya.

Perkataan Allah juga telah diguna pakai sejak lebih 50 tahun lalu dalam Bible berbahasa Melayu, Al-Kitab, di Sabah dan Sarawak untuk penganut Kristian di sana yang kebanyakan adalah penduduk pribumi, yang menerima Bible berbahasa Melayu yang di bawa masuk dari Indonesia.

Kalimah itu kemudiannya kembali menjadi topik hangat setelah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melalui perutusan Krismasnya menggesa kerajaan Barisan Nasional memberikan kebenaran untuk komuniti Kristian menggunakan perkataan tersebut.

Tindakan beliau itu kemudiannya mendapat respon pelbagai pihak, termasuk pemimpin politik, malahan, PAS juga turut membuat ketetapan perkataan itu boleh digunakan bukan Islam, namun tidak boleh ditafsirkan kepada mana-mana bahasa atau sebaliknya.

Pakatan Rakyat bagaimanapun mengambil ketetapan perkataan Allah boleh digunakan kelompok bukan Islam.

Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, melalui Majlis Agama Islam Selangor, juga turut bertitah dan menegaskan perkataan Allah adalah hak Muslim dan golongan bukan Islam dilarang sama sekali menggunakannya.

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Posted: 21 Jan 2013 07:13 AM PST

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


ANDA PERCAYA DENGAN POLIS???

Posted: 20 Jan 2013 07:54 PM PST

KUALA LUMPUR: Pasukan polis kurang dipercayai berbanding parti politik, menurut kajian terbaru terhadap pengundi kali pertama oleh Merdeka Center. "Tinjauan Pendapat Umum Pengundi Kali Pertama" yang dilakukan antara November dengan Disember tahun lalu turut mengejutkan badan tinjauan bebas tersebut. Lebih daripada separuh atau 56 peratus daripada 826 pengundi baru berdaftar di Semenanjung Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas yang ditinjau berkata bahawa mereka tidak mempercayai polis. Ini berbanding dengan 47 peratus berkata mereka tidak mempercayai parti-parti politik. Kesangsian kepada pihak berkuasa dalam undang-undang tertinggi di Malaysia itu melebihi semua institusi awam lain yang ditinjau, termasuk kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan badan kehakiman, lapor The Malaysian Insider. Masyarakat Cina adalah yang paling tidak mempercayai polis - dengan lapan daripada 10 meragui Bukit Aman berbanding 46 peratus bagi Melayu dan 55 peratus bagi India. Kesangsian kepada parti-parti politik adalah tertinggi di kalangan kaum India dengan 57 peratus, diikuti oleh 52 peratus Melayu dan 33 peratus Cina. Pasukan polis negara itu baru-baru ini telah dikritik oleh orang ramai dan pemimpin pembangkang selepas peristiwa rompakan dan serangan menyebabkan tanda tanya kepada statistik kerajaan yang menunjukkan penurunan ketara dalam kadar jenayah di Malaysia. Pada Julai lalu, Encik Liew Chin Tong dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) mendedahkan 86 peratus daripada polis di Malaysia tidak melawan penjenayah tetapi mengendalikan kertas kerja, aktiviti "mengintip" dan logistik. Ini menguatkan lagi dakwaan pihak berkuasa telah mengubah data jenayah untuk menunjukkan imej baik pasukan tersebut. "Hampir 14 peratus daripada pasukan polis beruniform bertugas di jabatan-jabatan berkaitan dengan jenayah," kata beliau merujuk kepada jabatan siasatan jenayah narkotik dan jabatan siasatan jenayah komersil di Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Sementara 86 peratus anggota polis tergolong kepada sektor bukan berkaitan jenayah (seperti) pengurusan, keselamatan dalaman dan ketenteraman awam, logistik, Cawangan Khas, dan pasukan petugas khas," tambah beliau. Beliau menyatakan jumlah kakitangan jabatan siasatan jenayah (JSJ) membentuk hanya lapan peratus atau 9,346 daripada 105,929 pegawai pasukan polis beruniform. "Ini bermakna enam kali lebih ramai polis ditugaskan untuk pekerjaan bukan berkaitan jenayah berbanding yang memerangi jenayah. Tidak hairanlah kita berasa tidak selamat," kata Ahli Parlimen Bukit Bendera itu.

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 20 Jan 2013 11:27 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Omak Kau!!!!: DUA KEPING GAMBAR YB NURUL IZZAH BERSAMA PUTERA WI...

Posted: 20 Jan 2013 03:26 PM PST

Omak Kau!!!!: DUA KEPING GAMBAR YB NURUL IZZAH BERSAMA PUTERA WI...: Dua keping gambar YB Nurul Izzah Anwar kini menjadi perbualan umum. 1)  Bersama suami tersayang bertemu Putera Wiiliam 2)  Bersama pen...

Omak Kau!!!!: NAJIB TELAH DIMALUKAN OLEH PENIAGA PASAR KHATIJAH,...

Posted: 20 Jan 2013 02:27 PM PST

Omak Kau!!!!: NAJIB TELAH DIMALUKAN OLEH PENIAGA PASAR KHATIJAH,...: Petang tadi, sempena kunjungan Najib Razak mengemis undi dan sokongan dari penduduk Kelantan,beliau sempat singgah melawat para peniaga w...

Anwar Ibrahim

Posted: 20 Jan 2013 07:11 PM PST

Anwar Ibrahim


[VIDEO] We Will Never, Never, Never Allow Leaders To Plunder & Rob The Wealth Of This Country

Posted: 20 Jan 2013 11:31 AM PST

[MAKLUMAN MEDIA] Perbicaraan kes saman Anwar Ibrahim ke atas Utusan Malaysia

Posted: 20 Jan 2013 02:42 AM PST

Dimaklumkan bahawa perbicaraan kes saman oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke atas akhbar Utusan Malaysia akan bersambung esok. Dijangkakan Hakim Datuk VT Singham akan mengumumkan keputusan penghakiman. Butiran adalah seperti berikut:

TARIKH: 21 Januari 2013 (Isnin)

MASA: 9.30 pagi

TEMPAT: Mahkamah NCVC 5, Aras 3, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur

Liputan oleh pihak media adalah dialu-alukan. Terima kasih.

 

PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Ex-don: BN Parties And Rulers Should Respond to Dr M

Posted: 19 Jan 2013 10:24 PM PST

Malaysiakini

Umno, MCA, MIC, and the Conference of Rulers should respond to former prime minister Dr Mahathir Muhamad's statement yesterday because it undermines the social contract between Malaysia's three main races, said constitutional law expert Abdul Aziz Bari.

He said that when Mahathir mooted a royal commission of inquiry on first prime minister Tunku Abdul Rahman's granting of a million citizenships to a million immigrants in pre-independence Malaya, it was tantamount to saying that they had obtained citizenship illegally.

"Funnily enough, Mahathir, in his attempt to save his skin has somehow shot Umno's own foot.

"When he said that Tunku has committed the same crime he has actually undermined the notion of social contract which among others include the acceptance of the Malay special privilege position on the part of Chinese and Indians in return for the citizenship status.

"Umno, MCA and MIC should not keep quiet. They must state their position. Mahathir has virtually said that the Chinese and Indians got their citizenship through immoral and illegal means," he said in a statement today.

The former law professor also pointed out that there is a huge difference between what Tunku did and what Mahathir allegedly did.

Therefore, he said there is no need for the RCI that Mahathir suggested because, "unlike Tunku, what was done by Mahathir in 1994 looks like a crime and worse, treason against the nation".

He explained that this is because Tunku was merely following the recommendations of the Reid Commission report, which were later incorporated in Part III of the federal constitution.

"Several schedules have also been included (in the constitution) to explain them further. The Conference of Rulers had been tasked to oversee that.

"Thus they must break their silence on this issue, just as the rulers did in 2009 when Umno began to spin the issues pertaining to monarchy, Islam and the privileged position of the Malays," he said.

Mahathir Biadap, Buta Sejarah- Prof Dr Aziz Bari

Posted: 19 Jan 2013 08:59 PM PST

KeadilanDaily

Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing, menerima kecaman pelbagai pihak termasuk pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Menyifatkan kenyataan itu biadap dan mengarut, Aziz berkata, kewarganegaraan yang diberi oleh bapa kemerdekaan itu berbeza ketika Mahathir berkuasa sebagai perdana menteri.

"Tunku beri kewarganegaraan bukan dengan tujuan menipu pilihan raya. Apa yang Tunku buat sebahagian tuntutan dan persetujuan kemerdekaan. Ada syarat tertentu yang diakui undang-undang sebagaimana negara-negara lain,"

"Mereka tidak datang ke sini sebagaimana Pendatang Tanpa Izin (PATI) sekarang, tetapi kesan pentadbiran British. Faktor menipu dalam pilihan raya, tidak ada dalam kes Tunku,"

"Tunku mengenakan syarat tertentu yang sebahagiannya dimasukkan dalam peruntukan perlembagaan. Ia dilakukan secara terbuka, bukan mencuri-curi dan berselindung sebagaimana Mahathir," ujarnya dalam satu kiriman emel kepada Keadilan Daily.

"Mahathir bukan sahaja biadab dan buta sejarah, tetapi mempersoalkan kedudukan orang Cina dan India yang diakui oleh perlembagaan," tambah beliau.

Menurut pakar undang-undang ini, berbeza di zaman Tunku, kerakyatan diberi berasaskan kontrak sosial, dan syarat kewarganegaraan pula menjamin kedudukan istimewa orang Melayu.

"Kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja juga diperkuatkan oleh isu tersebut. Ertinya, tolak ansur antara Melayu dan bangsa lain ketika kemerdekaan dirundingkan.

"Ia diperincikan dengan jelas oleh Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan jadual yang berkenaan. Perkara ini juga perlu dipantau oleh Majlis Raja-Raja," tambah bekas Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ini.

Ketika ditanya sama ada kerakyatan diberi Tunku selepas merdeka sah mengikut perlembagaan, beliau berkata "Soal lama atau baru tak timbul; ia boleh diberi kepada sesiapa pun. Yang penting ia mengikut prosedur ditetapkan perlembagaan.

"Tidak timbul ia diberi selepas merdeka asalkan ia mengikut prosedur berkenaan dan telus. Almarhum Prof Ahmad Ibrahim (seorang ahli politik Singapura) sendiri pun jadi warga Malaysia selepas merdeka. Beliau orang Singapura. Perkara ini berlaku di seluruh dunia," tegas Aziz.

"Namun apa yang menjadi masalah dengan Mahathir adalah kewarganegaraan diberi secara borong, ribuan dan secara sembunyi.

"Seperti yang kita tahu dia sendiri nafikan sebelum ini. Baru sekarang setelah semua orang bercakap dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan, baru lah Mahathir mengaku. Tetapi seperti biasa, dia akan seret orang lain seperti Tunku," ujarnya yang turut menyentuh isu itu dalam bukunya, Malaysian Constitution: A Critical Introduction.

‘Listen, listen, listen’ Mewakil Sistem Pembelajaran Negara

Posted: 19 Jan 2013 07:19 PM PST

The Malaysian Insider

Insiden "listen … listen … listen" yang menimbulkan kekecohan di laman media sosial yang mengaitkan Bawani KS dan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin adalah budaya pendoktrinan yang mewakili sistem pendidikan di negara ini, dakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Anwar, insiden tersebut bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana pelajar di negara ini diajar melalui kaedah "listen" seperti dalam video di laman YouTube tersebut.

"Kalau orang kata ini suatu yang luar biasa berlaku, tak betul … listen, listen, listen, ini mewakili sistem yang ada, ini kaedah anak kita diajar," kata Anwar dalam ucapan ketika majlis kutipan dana untuk Pilihan Raya Umum ke-13 DAP di sini malam tadi.

Kaedah sedemikian jelas pemimpin pembangkang itu telah bermula sejak pelaksanaan Biro Tata Negara (BTN) yang mana pelajar diarahkan untuk menuruti arahan tanpa sebarang pertanyaan.

"Dulu mereka disuruh ikut BTN, bila dipesoalkan, akan kata khianat Melayu …"

"Ia falsafah politik rasis dan autoritarian yang diibaratkan pemimpin berkuasa penuh terhadap rakyat," tegas Anwar di hadapan lebih 3,000 hadirin majlis tersebut.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menjelaskan, hanya melalui pendidikan, kebenaran akan dapat disebarkan.

"Pendidikan adalah asimilasi ilmu pengetahuan, untuk mendapatkan pendidikan bagi menyebarkan kebenaran," katanya lagi.

Anwar dalam ucapannya juga sekali lagi turut mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat kerana menurutnya Najib adalah pemimpin yang lemah kerana terpaksa mendapatkan khidmat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "penasihat" Umno.

"Najib seorang perdana menteri yang lemah, maka dia terpaksa 'outsource' melalui Perkasa dan Tun Mahathir," katanya yang turut merujuk kepada badan bukan kerajaan pro Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

"Saya sekali lagi cabar Najib untuk berdebat!" kata Anwar disahut sorakan hadirin yang hadir.

Kutipan derma malam tadi berjaya mengutip sejumlah RM66,3042.

Wee Choo Keong

Posted: 20 Jan 2013 03:04 PM PST

Wee Choo Keong


Azahari Dahlan: Was SRT’s statement referring to a possible joint venture with MAS?

Posted: 19 Jan 2013 09:36 PM PST

Tuan Azahari Dahlan, who was formerly the Regional Head of AirAsia Engineering and parachuted into MAS Engineering during the infamous MAS – AirAsia share swap, is the most qualified person in MAS Engineering to hold the post of the CEO. Rumour has it that he manages MAS Engineering like a well maintained engine and has [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 20 Jan 2013 11:05 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Yuran apa sampai lebih RM200 untuk pelajar sekolah rendah?

Posted: 19 Jan 2013 03:46 PM PST


Kita harap pihak Kementerian Pelajaran dapat menyiasat kesahihan aduan di bawah ini, samada benar atau tidak, serta memberi penjelasan yang sewajarnya.

Sekolah Kerajaan tidak menyahut hasrat kerajaan
Aduanrakyat.com 18 Jan 2013

Hasrat kerajaan dalam frasa "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" dilihat tidak dijalankan sepenuhnya oleh sebuah sekolah kerajaan di daerah Kota Kinabalu yang berhampiran dengan lapangan terbang antarabangsa AirAsia. Sekolah ini mempunyai hampir 1000 orang murid sekolah tahun 1 hingga tahun 6 dan terletak 7 kilometer daripada bandaraya Kota Kinabalu.

Pendaftaran bagi tahun 2013 di sekolah tersebut ternyata mengejutkan ramai pihak terutamanya ibu bapa kerana bayaran yuran sekolah yang terlalu tinggi bagi murid-murid yang ingin menyambung persekolahan pada tahun 2013. Sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan yuran sekolah di seluruh sekolah kerajaan namun begitu, keadaan ini tidak terjadi di sekolah yang dinyatakan. Bayangkan, murid-murid tahun 6 perlu membayar yuran melebihi RM200 manakala murid-murid tahun 1 pula perlu membayar sebanyak RM130.

Hal ini tidak seharusnya terjadi kerana sekolah memaksa murid-murid sekolah untuk membeli kelengkapan sekolah yang disediakan oleh koperasi sedangkan ibu bapa telah menyediakan bahan-bahan tersebut sebelum anak-anak masuk ke sekolah. Harga kelengkapan yang disediakan oleh koperasi sekolah pula adalah lebih mahal berbanding harga pasaran. Begitu juga dengan pakaian sukan, tali leher bagi lelaki dan sebagainya perlu dibayar oleh ibu bapa sedangkan anak sudah memiliki kelengkapan tersebut sebelum ini pada musim persekolahan yang lepas. Perkara ini sangat tidak relevan dan perlu diketahui oleh khalayak. Kita tidak mahu wujudnya diskriminasi antara sekolah-sekolah kerajaan yang yuran sekolah tidak mencecah RM30 hingga RM50 walaupun terletak di daerah yang sama.

Walaupun bagi sesetengah ibu bapa, yuran tersebut tidaklah terlalu tinggi tapi jika kita lihat dari sudut lain di mana terdapat ibu bapa yang hanya bekerja secara kontrak terpaksa menghantar dua atau tiga orang anak ke sekolah tersebut. Perkara ini sangat membebankan bagi mereka dan kita sebagai masyarakat yang bertanggungjawab haruslah peka terhadap keadaan mereka yang kurang bernasib baik tetapi mahukan anak-anak mereka berjaya dalam pendidikan.

Namun begitu, pada kali ini saya merasakan yuran sekolah tersebut terlalu mahal iaitu dalam kadar melebihi RM100 hingga RM200. Sebelum ini, yuran sekolah tersebut tidak pernah mencecah RM100 walaupun pada hakikatnya yuran sekolah kerajaan lain sebelum ini hanya RM20 atau RM30 sahaja. Saya dapat membandingkan sendiri yuran sekolah yang berdekatan dengan sekolah ini yang sangat jauh berbeza iaitu sebanyak 80 peratus. Perkara ini sangat mengejutkan saya kerana beberapa orang anak saya yang kini bekerja di sektor kerajaan dan menyambung pengajaran di peringkat university pernah bersekolah di tempat yang sama beberapa tahun yang lalu tidak pernah dikenakan bayaran yuran yang terlalu tinggi walaupun pada ketika itu yuran persekolahan belum lagi dikurangkan atau dimansuhkan.

Seperkara lagi yang ingin saya nyatakan ialah bantuan persekolahan RM100. Adakah pihak kerajaan menyatakan syarat-syarat bagi menerima bantuan tersebut? Di sekolah ini berlaku satu perkara yang diambil kira sebagai ugutan kepada para ibu bapa, murid-murid sekolah diberitahu bahawa ibu bapa yang tidak hadir pada mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), tidak akan diberikan bantuan kerajaan sebanyak RM100 tetapi sebaliknya perlu membayar pihak sekolah RM25. Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku semasa penyerahan bantuan tersebut bagi tahun ini, saya merasakan tindakan pihak pentadbir sekolah ini adalah keterlaluan kerana ibu bapa juga mempunyai komitmen lain seperti kerja selain menghadiri mesyuarat PIBG sekolah. Saya tidak akan menghadiri mesyuarat tersebut untuk melihat sejauhmana kebenaran pihak pentadbir sekolah terhadap perkara ini. Saya juga tidak akan mendiamkan diri sekiranya perkara ini benar-benar terjadi kerana penyerahan bantuan persekolahan RM100 dijangka akan diberi pada 15 Januari 2013.

Kenyataan saya di sini hanyalah luahan hati seorang ibu yang prihatin dan merasakan sendiri keadaan sebenar menyekolahkan anak di sebuah sekolah kerajaan yang kurang peka dengan hasrat negara dan masyarakat sekeliling. Saya berharap pihak pentadbir sekolah dapat diberikan kesedaran agar setiap pentadbir boleh menyahut hasrat yang dilaksanakan oleh kerajaan secara sama rata.

By: ibu prihatin

Barisan Nasional

Barisan Nasional


anakbukitgantang says

Posted: 21 Jan 2013 03:25 AM PST

anakbukitgantang says


Sharifah Zohra Jabeen has a big heart...what about Bawani?

Posted: 20 Jan 2013 09:20 PM PST



On Bawani crashing the UUM forum -I have these to say;-

Nowadays it is okay to crash into a forum and attact the moderator because she represents this entity-Malay, Muslim, an NGO supporting the present government.
 
Nowadays it is okay to leave blasphemous remarks on Islam in youtube comments  just because  you are against Sharifah and others who are  trying very hard to maintain the status quo of this country-peace and harmony in Malaysia that makes this country a better place to live.
 
I appeal to all Muslims to save screenshot on these blasphemous remarks on Islam and  Malays and make  police reports immediately .....stop the game of hatred now ! 

Politik Harian

Posted: 21 Jan 2013 03:25 AM PST

Politik Harian


Page Facebook "Nik Abdul Aziz Nik Mat" Disalah Gunakan! Admin Sebar Fitnah....

Posted: 21 Jan 2013 01:00 AM PST


Teramat mudah untuk memfitnah dan menipu… Cukup sekadar mereka-cipta sepucuk surat mengatakan Bible dalam Bahasa Melayu diluluskan oleh Datuk Seri Najib dengan menggunakan kepala surat yang cukup simple… Kemudian disertakan dengan tandatangan Datuk Seri Najib maka sudah cukup membuatkan orang yang melihatnya terus percaya…Fitnah ini lebih kurang sama dengan surat-surat dan memo palsu berkaitan Isu Pampasan Buruh Keretapi Jepun dimana dokumen-dokumen tersebut dipalsukan. Seterusnya klik pada tajuk entri....






Walau bagaimanapun setiap tipu muslihat itu akan ada kecacatannya. Terdapat beberapa kecacatan pada surat tersebut yang akan dedahkan. Kecacatan yang cukup mudah membuktikan surat ini adalah surat palsu…




Pertama, surat dirujukkan kepada unit PEMANDU… Apa dia unit PEMANDU dan apakah fungsi sebenarnya unit PEMANDU itu?,

Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan @ PEMANDU ditubuhkan dengan rasminya pada 16 September, 2009 yang merupakan satu unit di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri. Tujuan utama dan objektif PEMANDU adalah menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahcara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan secara keseluruhannya menyelia Indeks Prestasi Utama (KPI) semua Menteri.

Pengerusi bagi PEMANDU ialah YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi portfolio Perpaduan Kebangsaan dan Pengurusan Prestasi. Jawatan sebagai Naib Pengerusi dan Ketua Eksekutif pula disandang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato' Sri Idris Jala. 

Sementara tanggungjawab penyampaian menyeluruh untuk keberhasilan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) bergantung kepada Menteri yang berkaitan, dan kejayaan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bergantung kepada sektor swasta. PEMANDU telah diberi mandat untuk menjadi pemangkin perubahan dalam penyampaian sektor awam dan swasta, menyokong kementerian dalam proses perancangan penyampaian dan menyediakan pandangan bebas berkaitan dengan prestasi dan kemajuan kepada Perdana Menteri dan menteri-menteri. 

Melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam NKEA, PEMANDU telah ditugaskan untuk memudahcara pelaksanaan Projek Permulaan (EPP) dan Peluang Perniagaan (BO) yang telah dikenalpasti untuk memastikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Untuk membolehkan PEMANDU menjalankan tugasnya dengan lebih efektif, sumber manusianya menggabungkan kepakaran yang terbaik dari sektor swasta dan juga perkhidmatan awam.

LIHAT… Di sini terdapat satu kecacatan yang terdedah… Fungsi PEMANDU tidak ada kena mengena langsung dengan isu bible Bahasa Melayu … Jelaslah bahawa ianya satu bentuk fitnah…Fitnah yang menjadi satu makanan ruji pembangkang di Malaysia.

Sementara itu kepala surat juga terlalu ringkas yang hanya mempunyai jata negara dan perkataan Prime Minister Malaysia… Sepatutnya kepala surat rasmi kerajaan selain mempunyai jata negara, ianya juga memaparkan alamat pejabat yang mengeluarkan surat tersebut.

Manakala kecacatan yang lain ialah tulisan tangan 'Dear Bishop Ng,', seolah-olah ianya tertinggal dan tergesa-gesa membetulkan dengan menulisnya secara tulisan tangan. Adakah beginikah bentuk-rupa Surat Rasmi seorang Perdana Menteri? Dan ditambah lagi dengan perkataan 'Dear Bishop Ng,' yang amat jarang digunakan dalam surat-surat rasmi… Sepatutnya digunakan 'Attn: Bishop Ng'. Malah di atas tandatangan Datuk Seri Najib juga terdapat perkataan 'Yours sincerely,' ataupun 'Yours truly.'; juga teramat jarang digunakan dalam surat-surat rasmi kerana ia biasa digunakan dalam surat tidak rasmi. Kebiasaannya dalam surat rasmi Jabatan Kerajaan akan diletakkan motto sebagai contoh, 'Majulah Sukan Untuk Negara', 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat', 'Berkhidmat Untuk Negara' dan diikuti dengan 'Saya Yang Menurut Perintah' yang menandakan semua kakitangan awam menurut titah perintah SPB YDP Agong dalam menjalankan tugas.
'

Lihat salah satu contoh surat rasmi di bawah…






Jelas sekali surat yang didakwa dari Datuk Seri Najib itu merupakan satu rekaan fitnah semata-mata… Tujuannya hanya satu, untuk membuat korner baring yang terbaring-baring terguling-guling diatas isu penggunaan kalimah Allah dalam bible… Ia bertujuan mengalihkan perhatian rakyat terhadap kelemahan pemimpin parti tersebut. Maka dengan cara ini, rakyat akan mengalihkan perhatian dari isu penggunaan kalimah Allah dalam bible oleh oleh Pakatan Rakyat. Betapa hinanya puak-puak ini terutamanya Pas yang sedang bersilat sesama sendiri.

Credit : Megat Panjialam

Anwar Ibrahim Dapat Malu Besar Apabila Tersalah Tweet! #UiTM #Lendu

Posted: 20 Jan 2013 11:00 PM PST


Ketua pembangang Anwar Ibrahim termalu besar apabila beliau tidak dapat membezakan tweet handle milik Harian Metro (ori) @hmetromy dan akaun parodi Twitter – Marian Hetro @mhetromy. Yang kelakarnya Anwar siap reply tweet Marian Hetro... Wahahaha.... baru tulis satu para dah pecah perut.. gelak terguling-guling atas meja! Bikin panas laaa Anwar Ibrahim ni.... Seterusnya klik pada tajuk entri....

Mynewshub - Nampaknya…dari sesuatu yang menyeramkan…isu hantu dan kes rasuk di UiTM Lendu, Melaka sudah ada sedikit unsur-unsur lawak politik.

Bila sebut hantu…dan dipolitikan…sudah tentu ada yang akan melawak dengan mengaitkan aspek pengundi hantu.

Itulah yang berlaku apabila sebuah akaun parodi Twitter – Marian Hetro ?@mhetromy cuba melawak kes rasuk di UiTM Lendu dengan menggunakan status berikut:

PRU13: Bersih mahu SPR siasat dakwaan pengundi hantu di UiTM #Lendu.


Hashtag yang digunakan adalah #Lendu yakni salah satu hashtag yang trending beberapa hari lalu ketika UiTM di Melaka itu dikatakan dilanda kes histeri dan rasuk seperti yang dilaporkan Mynewshub.
(Baca: Kisah Rasuk UiTM Lendu Trending Di Twitter)

Yang lawaknya…Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memiliki hampir 233,000 pengikut di akaun Twitternya, memilih untuk respon kepada dakwaan yang dibuat @mhetromy apabila ada pihak mention tweet itu kepada beliau.

Gaya bahasa siap ada ! …macam marah aje…cuba tengok:


Mungkin Anwar ingat ia adalah tweet akhbar terkuat negara ini, Harian Metro kot.

Sabar datuk seri…kalau ada hantu kat UiTM Lendu pun…mungkin diaorang pun tak faham RCI dan Pati kat Sabah itu apahal. Pasal hantu tak perlu hendak pohon Mykad…

Sebagai seorang yang bercita-cita besar nak jadi Perdana Menteri, tak perlulah respon kepada akaun parodi dari ratusan ribu akuan yang menjadi pengikut datuk seri.

Punya ramai-ramai…boleh yea datuk seri respond pada lawak pengundi hantu dan hantu UiTM Lendu…

Menarik jugaklah bila Anwar Ibrahim pun boleh terpalit sikit isu hangat rasuk di UiTM Lendu….

Nurul Izzah Kecut Sebelum Waktunya....

Posted: 20 Jan 2013 08:00 PM PST


Sehingga hari ini masih belum mendengar sebarang kenyataan dari YB PKR Lembah Pantai Nurul Izzah berhubung isu pelakon DAP Patrick Teoh yang menghina agama Islam menerusi laman sosial Facebook. Seterusnya klik pada tajuk entri....

Hairan juga bila isu yang mengundang sensitiviti umat islam seperti ini Nurul boleh diam... membisu seribu bahasa.... Komenlah sikit YB Nurul... Ramai yang nak tahu apa pendirian YB Lembah Pantai ni... Jangan asyik nak bela kes papa je...

Kalau Yusof Haslam dan beberapa selebriti yang lain mengambil tindakan mengecam tindakan bodoh Patrick Teoh... Kenapa Nurul Izzah tak berani nak beruasa dalam kes ini... Apa kelassss kalau perjuangan pilih bulu....

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa motif Patrick Teoh mengeluarkan kenyataan biadap tersebut?

Beliau dikatakan terlibat secara langsung dalam program-program politik anjuran DAP. Sesetengah pimpinan DAP memberi sanjungan yang tinggi terhadap Patrick Teoh sehingga beliau dikatakan berpotensi besar untuk menjadi ahli politik yang berwibawa

Ternyata beliau aada kepentingan dalam politik terutama bersama DAP! Tu sebab Nurul Izzah serta pemimpin Pakatan pembangkang tak berani nak usik! Nurul Kecut sebelum waktunya..... Malulah...

Disini aku bagi gambar untuk membuktikan Patrick kerap menghadiri program DAP! Bukan sekadar cakap seperti tin kosong...


Patrick Teoh ketika hadir dalam program yang diberi nama "Leading The Change 2012 Dinner" pada 7 April 2012 di One World Hotel. Program anjuran ADUN Bukti Lanjan, Elizabeth Wong. Patrick secara jelas bercakap dan berkempen untuk parti PKR dalam program tersebut. Patrick turut diberi liputan dalam Media Rakyat, antara saluran Youtube yang tegar pada PKR.

Gambar di bawah ini pula menjadi bukti hubungan Patrick Teoh dengan beberapa orang pemimpin PKR. Apakah hubungan Patrick Teoh dan pemimpin pemimpin PKR ini? Ketika Patrick Teoh menghina agama Islam, apa pendirian pemimpin PKR tersebut? Mengapa tidak gesa Patrick Teoh mohon maaf secara terbuka dalam media mereka?



Bak kata Jambu.... APA PUN TAK BOLEH!!!

Video DS Najib Tawan Kelantan!

Posted: 20 Jan 2013 06:00 PM PST


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi. Seterusnya klik pada tajuk entri....


PM umum 7 projek besar di Kelantan termasuk lebuh raya, masjid



Menifesto BN untuk Kelantan PRU13... Janji ditepati!

1. BINA JALAN KB-KRAI
2. STADIUM BARU
3. SELESAI MASALAH AIR
4. 3000 UNIT PERUMAHAN RAKYAT
5. BINA KAMPUS UITM
6. BINA MASJID TERBESAR DI KELANTAN RM50 JUTA
7. BINA RAPID KOTA BHARU

Keputusan Majlis Syura Pas Bersifat Politik - Pak Lah

Posted: 20 Jan 2013 05:00 PM PST


Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan keputusan Majlis Syura PAS berhubung isu penggunaan kalimah 'Allah' dalam Bible versi bahasa Melayu adalah helah politik. Seterusnya klik pada tajuk entri....



Beliau berkata PAS sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan agama Islam sepatutnya lebih arif mengenai penggunaan kalimah Allah.

"Saya ingat orang PAS tahu tentang perkara itu (penggunaan kalimah Allah) dan mereka menjadi kelam kabut kerana terpaksa menjaga parti-parti yang bersama dengan mereka, jadi terpaksa ikut (benarkan penggunaan kalimah Allah).

"Tetapi bila mendapat tentangan daripada akar umbi, mereka (PAS) tukar pendirian. Ini semua politik PAS kerana pilihan raya sudah dekat, bimbang hilang sokongan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Persekolahan RM100 setiap seorang kepada 600 pelajar di kawasan Parlimen Kepala Batas, di sini hari ini.

Isu kalimah Allah dibangkitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merangkap Setiausaha Agung DAP dalam ucapannya sempena Hari Natal yang menggesa kerajaan Persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah 'Allah' dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kenyataan Lim itu mendapat bantahan pelbagai pihak, tetapi disokong majlis pimpinan pakatan pembangkang.

Bagaimanapun, PAS dan pemimpinnya termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kemudian menukar pendirian kepada tidak bersetuju, kerana kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang Satu, dan tindakan menggunakannya bagi agama lain, menurut Nik Aziz, adalah mengarut.

Sementara itu, Abdullah mahu Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) mengambil tindakan berhubung laporan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, yang membuat laporan polis mendakwa dua lelaki mengedar kitab Bible kepada pelajar beragama Islam, di hadapan sebuah sekolah di Jelutong.

"Pihak-pihak yang berkenaan terutama sekali MAIPP perlu ambil tindakan segera perkara itu kerana kita bimbang ia akan mempengaruhi pelajar beragamaA Islam," katanya.

Persatuan Mukabuku Pulau Pinang membuat laporan polis kerana aktiviti pengedaran Bible kepada pelajar Islam adalah kegiatan berdakwah agama lain kepada umat Islam dan ia menyalahi Perkara 11 (4) dalam Perlembagaan Persekutuan yang melarang agama lain disebarkan kepada orang Islam.            - Agendadaily

Risalah Lucah Anwar Ibrahim Tersebar....

Posted: 20 Jan 2013 06:00 AM PST


Nampaknya puak puak Pakatan Haram semakin terdesak untuk mencetuskan isu baru bagi menutup isu panas yang bergelora dalam Pakatan Rakyat yang kini dilihat diambang perpecahan... Seterusnya klik pada tajuk entri....

Menjelang Pilihan raya yang semakin hampir Pakatan Haram akan melakukan apa cara sekalipun untuk mendapatkan perhatian rakyat walaupun dengan mengunakan taktik lapok.. justeru itu mereka mengarahkan blogger Anwarprono untuk spin isu ini dengan harapan dapat meraih simpati dari rakyat... di sini dan di sinun... Kononnya risalah lucah ini disebarkan oleh UMNO....

Inilah dia Pakatan haram.. yang tak baik itu semuanya perbuatan UMNO... Video Chinadoll macammana pulak ?

Beb... ini kerja bodoh namanya... rakyat tak sebodoh yang disangkakan.... rakyat boleh menilai yang mana baik dan buruk...

Kewujudan video tersebut tidak lagi dapat dinafikan, bahkan pelaku di dalam video tersebut jelas Anwar Ibrahim.

PAS Akan Berpecah Dari Pakatan?

Posted: 20 Jan 2013 05:00 AM PST


Suka atau tidak, PAS perlu menerima hakikat kehadirannya dalam gabungan longgar pakatan pembangkang, PR tidak membawa sebarang kesan signifikan yang bermanfaat untuk kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini. Seterusnya klik pada tajuk entri....


Dalam banyak keadaan, PAS lebih banyak beralah dan terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya sendiri semata-mata untuk menjaga hati rakan sepakatan. Di masa yang sama DAP dan PKR berterusan menuntut PAS berubah mengikut corak yang mereka tentukan.

Demikian halnya dalam isu tuntutan kalimah Allah s.w.t untuk diguna pakai dalam kitab Bible versi Bahasa melayu yang kembali dihangatkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa beliau menyampaikan perutusan Kristmas 2012 tempohari.

Gara-gara isu itu PAS bagaikan tersepit diantara keperluan menjaga kesucian agama Islam dengan tuntutan politik PR. Bagaikan lembu yang dicucuk hidung akhirnya PAS mengalah lagi dan menurut sahaja tuntutan itu untuk dijadikan dasar rasmi PR.

Berikutan desakan demi desakan bertali arus dari luar dan dalam parti, PAS kemudiannya cuba menunjukkan kejantanannya kepada DAP dan PKR dengan merubah semula keputusan dari setuju kepada sebaliknya.

Namun langkah PAS melalui Majlis Syura Ulamanya yang bersidang pada 13 Januari 2013 itu bagaimanapun dipandang sepi seolah-olah tiada nilainya di mata PR apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan PR tetap berpegang pada keputusan 8 Januari 2013.

"Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden Pas mengesahkan kedudukan Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.

"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," tegas Azmin ketika sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas.

Maksudnya, apa sahaja keputusan Majlis Syura Ulama PAS, ia tidak mengubah pendirian PR yang telahpun dipersetujui oleh Presiden PAS pada 8 Januari 2013 untuk membenarkan orang bukan Islam khususnya penganut Kristian menggunapakai kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.

Pendirian PR seperti yang ditegaskan oleh Azmin itu tentunya meletakkan PAS sekali lagi terumbang ambing dan serba salah, namun itulah akibat yang perlu diterima bila mana PAS selama ini terlampau mendahulukan kepentingan politik berbanding keutamaan pada agama.

Menyedari situasi semasa PAS dalam gabungan PR sudah sama seperti balaci dan pencacai yang sering diarah itu dan ini, muncullah suara-suara lantang di kalangan kepimpinan PAS menuntut parti itu mengambil keputusan tegas demi kepentingan agama dan maruah parti.

Golongan pendesak ini mahukan PAS segera keluar daripada gabungan liberal PR dan kembali bergerak sendirian kerana percaya itulah langkah terbaik untuk mengembalikan semula jatidiri PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Mereka sudah selangkah di hadapan apabila desakan merubah keputusan dan pendirian PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t sudah membuahkan sedikit hasil. Sekiranya desakan drastik yang diusulkan itu turut mendapat sokongan meluas, berkemungkinan PAS bakal mengumumkan langkah drastik keluar dari PR.

Namun demikian, selama mana golongan pendesak perubahan ini mampu bertahan sukar ditentukan memandangkan hampir di setiap peringkat kepimpinan PAS dari bawah ke atas sebahagian besarnya sudah dikuasai oleh pemimpin PAS yang berkiblatkan ideologi Anwarinas.

bumiyang

Posted: 21 Jan 2013 03:14 AM PST

tunku

Posted: 21 Jan 2013 03:01 AM PST

tunku


Listen Listen Listen.Sharifah forgives Bawani

Posted: 20 Jan 2013 09:52 AM PST

Suara Wanita 1Malaysia president Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin has graciously forgiven University Utara Malaysia law student KS Bawani over the 'listen, listen, listen' video. "First and foremost, I forgive the young girl in the video for whatever she said and did before, during and after the forum," said Sharifah in a press statement made available via SW1M spokesperson, Ema Lee Abu Samah's blog today. She also stressed that she neither condemned university students nor neglected their freedom of speech. In an immediate reaction, Bawani however said: "I also do not remember asking for forgiveness from her as I have spoken the truth to my best ability until being stopped." She reiterated that she was not seeking Sharifah's apology and the issue at hand was students' freedom of expression and right to free education. Sharifah and Bawani have been in the limelight for the past two weeks after a 20-minute video of a forum posted on YouTube went viral on social networking site, Facebook. The video showed the SW1M chief berating the student when the latter raised the issue of free education in the forum last month at Universiti Utara Malaysia. Based on what was recorded in the video, Bawani appeared to be the victim of Sharifah's patronising and condescending attitude. In a press conference on Friday, Bawani, a second year law student and a PSM activist, said she was not seeking an apology from Sharifah even though many other groups had demanded for an apology from Sharifah.

Video creatively spun
 In her statement today, Sharifah also forgave all the "people who had jumped into the bandwagon and hurled harsh words towards me without checking their grounds or getting their facts right". Sharifah, a 40-year old motivational speaker, said that the whole issue had gone out of hand because it was creatively spun to raise emotional support for the opposition parties. Terming the video as a "politically altered sensational video", she said that she has been receiving threats via SMSes from irresponsible individuals, groups and political parties. "Our office was also ambushed and threats were hurled at our doorstep," she said, adding that she was bewildered by the spin-off affect created by the video with merchandises being sold, ringtones being created and comedies made out of the video. On that note she questioned why her detractors did not highlight the pledge that was read by the UUM students. The students pledged to "oppose culture detrimental to the society, street demonstrations, detrimental foreign elements, and to support peace and harmony without third party intervention."  

Apology to UUM
Sharifah pointed out that the issue was merely a miscommunication involving her and Bawani and urged the public to view the full video which is made up of four video clips. On that note she apologised to the university that was dragged into the controversy. "In this case the only party whom deserves my sincere apology is UUM. I hereby sincerely apologise to UUM for this matter was totally out of my control by way of irresponsible people turning it into a catastrophe," she said. She added that the video had eclipsed more pressing issues championed by SW1M, such as student, children and women rights abuse related to street demonstrations and other social ills such as baby dumping, rape and AIDS. This is the first time Sharifah is officially commenting on the issue.

Taipingmali (tm)

Posted: 21 Jan 2013 01:41 AM PST

Taipingmali (tm)


Harun Din dalam isu Kalimah Allah

Posted: 20 Jan 2013 04:15 PM PST

Ulamak Pas Dr Harun Din pernah menulis buku bahawa Pas ingin membentuk sebuah negara Islam. Dr Harun Din sebenarnya syok sendiri kerana dalam perlembagaan Pas tidak pernah menyebut tentang penubuhan negara Islam.

Blogger GAP melabelkan Harun Din sebagai penakut kerana masih bersorong tarik dalam isu penggunaan Kalimah Allah dalam bible.

Walaupun beliau dengan jelas telah menyatakan pendiriannya yang melarang Kalimah Allah digunakan dalam bible.

Setakat melarang sahaja dan tanpa tindakan aggresif akan menyebabkan tuturkata Harun Din akan dipandang sepi.

Sikap Harun Din samalah dalam isu Darul Syifaq. Apabila Harun Din dijemput hadir dalam usul mengharamkan ajaran Darul Syifaq kerana menyeleweng dari ajaran Islam, beliau enggan hadir kerana dia adalah tokoh utama pengasas Darul Syifaq.

Harun Din sendiri tidak dirawat melalui cara Darul Syifaq sewaktu beliau mendapat serangan jantung, sebaliknya mendapat rawatan di IJN dan Amerika.

Jika dinilai sejarahnya memang betullah apa yang dikatakan oleh GAP bahawa beliau memang penakut dan suka mencari jalan selamat untuk diri sendiri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS parti berkebajikan? Lihat niiii

Posted: 20 Jan 2013 07:58 AM PST

Muhammad Puaad Ariffin meninggal dunia ketika ceramah PAS
Blogger sekupang dua telah mendedahkan perangai buruk pemimpin Pas di Pangkalan Pegoh Ipoh. Seorang pengikut Pas yang hadir ke ceramah mereka telah jatuh dan meninggal dunia tetapi penceramah Pas meneruskan ceramah seolah-olah tak ada apa yang perlu diambil kesah. Alahai Pas hormat lah sikit, hentikan ceramah jangan dok sombong bongkak....

Kesian tengok blogger manjungmari

Posted: 20 Jan 2013 07:36 AM PST


Blogger Manjung mari aka Mat Desa Ahmat semakin tertekan bila dah dekat PRU. blog dia pun bukan main ikut transformasi ala Najib. sebulan dua ni dia dok mengejar ranking alexa.. buat macam-macam transformasi akhirnya macam nasi basi....apa tidaknya cerita jenis air liur basi semua hahahah,,, Satu bagus tentang Mat Desa ni ialah dia rajin baca Utusan Malaysia online.....macam Harakah laa,hari-hari baca utusan untuk dapatkan bahan untuk modal majalah depa.

Sektretariat Kerjasama Nusantara Akan Dibentuk Bangunkan Umat Islam Di A...

Posted: 20 Jan 2013 06:36 AM PST

HERO KECIK

Posted: 21 Jan 2013 01:33 AM PST

HERO KECIK


Jgn Pertikai Tapi ikut Pakai apa kata DAP.. porahhh

Posted: 20 Jan 2013 05:59 PM PST



Pas minta DAP jangan pertikai keputusan Dewan Ulama



Selepas menempelak Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali semalam, Dewan Ulama Pas meminta DAP jangan sesekali mempertikaikan keputusan dewan itu berhubung isu kalimah Allah yang khusus untuk orang Islam.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, pendirian Pas berhubung isu penggunaan kalimah Allah tidak perlu dipersoalkan oleh pakatan pembangkang kerana kerjasama yang dijalinkan mereka hanya dalam soal politik dan bukannya agama.

Bagi persoalan yang menyentuh agama katanya, Pas boleh membuat keputusan secara bersendirian.
"Kalau Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu merayu atau mendesak juga Pas mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti, itu dia punya pasallah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Soal akidah tidak harus dikompromi

Posted: 20 Jan 2013 05:56 PM PST



Umat Islam tidak seharusnya berkompromi dalam soal akidah dengan tidak memberikan sokongan kepada mana-mana yang pihak cuba mempolitikkan isu tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan pemimpin parti tertentu yang menyokong tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melibatkan soal berkenaan, hanya menyakitkan hati umat Islam.
Beliau menegaskan, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memperkenalkan pendekatan wasatiyyah, tidak pernah mempolitikkan isu-isu sensitif membabitkan agama sebagaimana dilakukan pihak tertentu.
"Bila Guan Eng buat sesuatu, pergi sokong Guan Eng buat apa? Buat apa sokong? Buat sakit hati umat Islam? Ini bukan soal politik, tak boleh.

"Kita mahu orang bukan Islam jangan sakiti hati orang Islam dan kita orang Islam jangan sakiti orang bukan Islam, jadi negara kita aman, negara kita tenteram. Inilah dasar yang dibawa kerajaan di bawah pimpinan BN," katanya.

Beliau berucap merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri, di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini hari ini yang dihadiri oleh kira-kira 50,000 orang.

Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Ucapan Najib itu jelas merujuk kepada tindakan pemimpin Pas yang sebelum ini menyokong kenyataan Guan Eng yang dilaporkan menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendapat bantahan pelbagai pihak, tetapi disokong majlis pimpinan pakatan pembangkang termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun, Pas dan pemimpinnya termasuk Nik Abdul Aziz kemudian menukar pendirian kepada tidak bersetuju, kerana kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang Satu, dan tindakan menggunakannya bagi agama lain.

Sementara itu, dalam majlis berasingan di sebuah hotel di sini, kira-kira 300 guru pondok, imam muda dan ulama di negeri ini hadir memberi sokongan kepada Perdana Menteri ketika beliau mempengerusikan mesyuarat tertutup dengan pemimpin-pemimpin BN Kelantan.

Antara tokoh agama yang hadir ialah Pengasas Pondok Geting Tumpat, Abdullah Sa'amah; Ketua Pondok Pulau Ular Pengkalan Kubor, Mohamad Zainal Abidin dan imam muda, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff.
Perdana Menteri menyatakan rasa terharu atas sokongan yang diterima daripada para ulama di negeri ini dan percaya ia bukti bahawa BN berada di jalan yang benar.

"Saya amat terharu dengan sokongan ini. Hari ini tok guru, imam muda, ustazah muda, pemimpin-pemimpin agama, ulama dan pemimpin NGO hadir memberi sokongan kepada saya. Saya sedar, untuk memimpin negara, ia memerlukan gandingan antara pemimpin dan ulama.

"Ulama-ulama ini adalah yang tidak terlibat dalam politik justeru sokongan mereka adalah bukti kita berada di jalan yang lurus.

"Saya beranggapan mereka ini adalah pejuang kita yang mewakili rakyat justeru pada saya mereka akan berjuang membantu kita membawa perubahan di seluruh Kelantan," ujar beliau. utusan


Rupanya ada yg takut bila PM dtg Kelate

Posted: 20 Jan 2013 05:53 PM PST


7 projek besar di Kelantan


Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN) bagi memajukan negeri ini sekiranya diberi mandat pada pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri berkata, projek tersebut adalah pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, pembinaan stadium baharu, perumahan rakyat sebanyak 3,000 unit, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar.

Projek lain adalah membina masjid terbesar yang menjadi ikon di negeri ini dengan kos kira-kira RM50 juta, mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu serta menyelesaikan masalah air.

"Ambo (saya) sebut tujuh perkara ini hanya sebahagian daripada manifesto kita, belum lengkap lagi. Ambo nak simpan modal ni, sebab ambo nak acap turun Kelantan nak umum lagi," katanya berucap merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri, di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini hari ini.

Pengumuman projek tersebut disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh oleh kira-kira 50,000 orang hadirin pada majlis tersebut.

Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Menurut Perdana Menteri, rakyat Kelantan sememangnya dahagakan pembangunan termasuk tujuh projek itu dan kerajaan BN akan menunaikan janji tersebut demi kemajuan mereka sekiranya diberi mandat.
Beliau yang memberitahu masa untuk rakyat membuat keputusan semakin hampir apabila tarikh pilihan raya diumumkan tidak lama lagi berkata, anak Kelantan amat berbakat dan ramai yang menjadi pemimpin negara meskipun datang daripada keluarga susah, dan kalau mereka diberi peluang, boleh menjadi role model kepada negara.

"Kita kena pastikan bumi Kelantan, potensi rakyat Kelantan akan menjadi kenyataan sepenuhnya, inilah janji kerajaan BN. Kerajaan BN tidak melupakan untuk mendahulukan rakyat dalam tindakan kita," katanya.
Najib berkata, hanya dengan transformasi masa depan rakyat Kelantan boleh diubah dan diperbaiki dan BN sentiasa meletakkan kemahuan tersebut sebagai sebahagian dasar perjuangan parti itu.

Beliau bagaimanapun mengingatkan transformasi yang berjaya dilaksanakan oleh kerajaan di peringkat Pusat tidak boleh dilakukan di negeri ini hanya dengan menggantung slogan dan bendera tinggi di atas pokok atau mewarnakan hijau dinding, bumbung dan pagar seolah-olah terjamin kedudukan umat Islam serta agama Islam.

"Kita tidak janjikan bintang, cakerawala atau syurga. Kita janjikan transformasi menyeluruh untuk rakyat Malaysia.

"Inilah yang dilakukan kerajaan kita iaitu melakukan perubahan yang besar yang digelar transformasi, dan transformasi ini, ambo lihat di bumi Kelantan juga akan kita lakukan," katanya. Utusan


Sahabat-Gunung

Posted: 21 Jan 2013 01:24 AM PST

Sahabat-Gunung


10 Nama Bakal Hancurkan Politik Anwar

Posted: 20 Jan 2013 06:15 PM PST



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merangkap Ketua Umum PKR dengarnya setiap kali berkesempatan pulang ke rumah mewahnya yang berharga RM7 juta di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur seringkali melabuhkan pandangannya jauh mengelamun ke luar tingkap jendela.

Entah apa yang dimenungkannya sejak akhir-akhir ini sehingga kerap sangat mengelamun sendirian. Barangkali banyak sangat permasalahan yang sedang berkecamuk mengganggu fikirannya dan sukar untuk dirungkaikan.
 
Disebalik aktivitinya ke sana ke mari berceramah siang dan malam sambil menabur janji dicapati untuk menawan hati pengundi, ingatkan hatinya makin senang, rupanya makin banyak janji ditaburi makin bertambah parah lamunannya.

Patutlah semenjak dua menjak kebelakangan ini wajahnya makin kusam dan kelihatan serabut, bak kata orang tua-tua langsung tak kelihatan nurnya.

Apapun harapnya laporan berita dari akhbar Utusan Malaysia di muka surat tiga bertarikh 27.12.2012dengan tajuk "Sebahagian besar pembelaan Nalla dikekalkan" tidak akan menambah celaru fikirannya, harap begitulah.

Secara ringkas kandungan berita itu menyebut ada 10 nama individu telah disenaraikan oleh Datuk S. Nallakaruppan dalam pembelaannya untuk berdepan dengan saman yang dikemukakan oleh Anwar berikutan dakwaan aktiviti biseksual.

10 nama yang disebut oleh Nalla itu yang dikaitkan melakukan aktiviti seks dengan Anwar terdiri daripada tiga orang wanita dan bakinya adalah lelaki yang sebahagian besarnya dikenali rapat dan mempunyai hubungan istimewa dengan Ketua Umum PKR.

Antaranya ialah Shamsidar Tahrin, Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo @ Anne, Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun, Hairany Mat Nafees dan Rashid.

Kesemua 10 orang individu-individu yang namanya disebut itu tidak pun akan dipanggil saksi pembelaan bagi pihak Nalla apabila prosiding perbicaraan mahkamah bermula kelak, sebaliknya menjadi kewajipan Anwar untuk memanggil mereka sekiranya mahu membuktikan dakwaan Nalla adalah fitnah.

Tapi Anwar kekal sebagai Anwar, bijak membelit dan ada sahaja ideanya untuk melepaskan diri. Berikutan penyenaraian 10 nama ini, Anwar telah mengemukakan pula permohonan untuk menyingkirkan kesemua 10 individu itu daripada penyataan pembelaan Nalla.

Maksudnya, Anwar tidak mahu mana-mana individu itu kelak terpaksa dipanggil semasa prosiding dilakukan, jika itu berlaku Anwar bimbang ia akan membuktikan memang wujud aktiviti biseksual yang dilakukan olehnya.

 Walhal, jika Anwar benar-benar tidak melakukan sebarang aktiviti seksual sama ada secara normal atau luar tabie dengan mana-mana wanita dan lelaki seperti didakwa oleh Nalla, sepatutnya Anwar perlu berani memanfaatkan prosiding mahkamah dengan memanggil kesemua mereka sebagai saksi bagi dirinya.

Dengan keadaan sekarang yang mana semua 10 individu itu kekal dalam penyataan pembelaan Nalla, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menerima hakikat kebenaran semakin hampir. Ini tentu sahaja menambah rumitkan lagi fikirannya yang sudah sedia berkecamuk.

Percaturan Anwar sudah menemui kegagalannya, 10 orang individu yang mempunyai hubungan rapat dan erat dengannya kini umpama duri dalam daging yang bakal menghancurkan nyawa politiknya.

Masyukkkk… Sahabat-Gunung Dapat Grant $650,500.00 USD

Posted: 20 Jan 2013 04:48 PM PST


Pergh… masyukkkk….. pagi-pagi lagi dah dapat grant berjumlah $650,500.00 USD.  Sape yang nak bagi duit sebanyak tu …. Kerja yang aku buat sekarang pun tak mampu bagi sebanyak ini….
 
Tapi, janganlah korang terpedaya plak dengan email-email macam nie. Tapi kalau nak percaya gak…. Susahlah nak cakap apa.
Jadi, jangan kerana `tawaran selambak duit sebanyak ini', pemikiran korang semua akan kabur….

Milo Suam Pertikai Majlis Syura Pas

Posted: 20 Jan 2013 09:08 AM PST

 
Wah... Hebat blogger milosuam.... Kalau yer pun ko nak belasah Majlis Syura Pas .... Janganlah plak Kaitkan Umno dalam nie cerita.



Sent from Yahoo! Mail for iPhone

Isu Air: Azizan Tak Berani Mengadap Guan Eng

Posted: 20 Jan 2013 08:15 AM PST



Belanjawan Kedah 2013 yang dibentangkan baru-baru ini, menunjukkan anggaran hasil sebanyak RM640.55 juta manakala perbelanjaan pula dianggar berjumlah RM656.5 juta. Ini menjadikan menjadikan anggaran defisit fiskal negeri berjumlah RM15.95 juta. Bagaimanapun, anggaran ini dibuat secara 'mimpi' iaitu mungkin dicongak-congak sendiri oleh kepimpinan negeri tanpa mengambilkira faktor realiti.


Jumlah defisit tersebut mengambilkira anggaran hasil dari jualan air mentah kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) berjumlah RM33.8 juta dan juga kepada kerajaan negeri Pulau Pinang berjumlah RM20 juta.


Seperti yang dikatakan, semua ini hanyalah 'mimpi' Dato' Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah semata-mata. Kita menyatakan ia sebuah mimpi kerana sehingga bajet tersebut dibentangkan, Azizan hanya syok sendiri tersenyum-senyum mengenangkan hasil yang bakal diperolehi tanpa mengambil langkah untuk merealisasikannya.


Mungkin Azizan tidak tahu bahawa bajet negeri bukannya untuk syok sendiri, tetapi untuk kesejahteraan rakyat. Apabila kita bermain dengan angka maka ia perlu ada logiknya kerana angka matematik atau ekonomi bukannya perkara seni yang boleh dibentangkan berdasarkan imaginasi. Kiraannya perlu tepat dan bersandarkan fakta yang nyata. Sekiranya ia diletakkan sebagai anggaran, maka anggaran juga perlu dibuat berdasarkan logik.


Justeru, di manakah logik bajet yang dibentangkan Azizan jika tiada sepatah perbincangan, tiada satu pun pertemuan atau sehelai pun surat yang boleh dijadikan sandaran bagi anggaran hasil yang dibentangkan?


Amatlah menghairankan apabila selepas bajet tersebut dibentangkan serta dikritik hebat, kerajaan negeri Kedah masih tidak mengambil langkah untuk berbincang dengan kerajaan negeri Pulau Pinang berkenaan hasrat untuk mengenakan bayaran kepada air yang dibekalkan kepada negeri tersebut.


Sebaliknya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, atau gelaran terhormatnya, Tokong, hanya mengetahui akan hasrat Kedah ini melalui pembentangan bajet tersebut. Tentu sekali, Tokong Lim amat terkejut dan marah. Dan sudah tentu sekali beliau tidak bersetuju kerana ia melibatkan kerugian di pihaknya.


Amalan manusia biasa dalam berurusan jual beli, haruslah melalui proses pertemuan atau perbincangan dan mungkin juga tawar menawar. Jika kedua-dua pihak bersetuju, barulah urusan tersebut boleh diteruskan dan barulah proses anggaran jumlah kewangan yang bakal terlibat boleh dibuat. Apabila semua pihak berpuas hati, wang dan barangan pun bertukar tangan, barulah ia dianggap selesai. Selagi tidak selesai, ia masih dirujuk sebagai anggaran.


Namun, satu pun dari proses di atas tidak berlaku dalam isu penjualan air ini, melainkan dalam mimpi Azizan.


Tindakan kerajaan negeri Kedah ini seolah-olah tidak beradab, tidak beretika dan tidak professional. Nampak benar yang Azizan dan pegawai-pegawainya kekok serta tidak tahu di mana kedudukan mereka. Azizan bukannya pegawai bawahan dan exco-exco negeri bukannya pekerja kilang atau kerani kerajaan. Azizan wajib mengadakan pertemuan dengan kepimpinan negeri Pulau Pinang apatah lagi apabila kepimpinan negeri tersebut telah menempelak Azizan secara terbuka kerana isu ini.


Apakah Azizan takut dengan Tokong Lim? Ini tidak mustahil kerana sudah termaklum bahawa PAS amat takut kepada Tokong-tokong DAP serta rela memperhambakan diri kepada mereka asalkan Tokong tidak menyepak PAS keluar dari Pakatan Rakyat.


Jika kita lihat Azizan begitu garang dengan wartawan dan orang-orang UMNO, kenapa Azizan tidak mampu membawa sikap yang sama dalam bekerja? Di manakah keberanian Azizan yang kita lihat di dalam televisyen itu?


Justeru benarlah desas-desus yang didengar mengenai Azizan yang mempunyai masalah 'inferiority complex'. Buktinya, setelah empat tahun memerintah, Azizan langsung tidak pernah mengambil masa untuk membuat perjumpaan dengan para pelabur asing di negeri tersebut. Jika di bawah BN, Menteri Besar Kedah mengunjungi pelabur beberapa kali setahun bagi mendengar sendiri masalah mereka, tetapi kini pelabur hanya berpeluang bertemu dengan wakil MB sahaja, atas alasan MB sekarang bukan lagi Pengerusi kepada Kulim Technology Park Corporation, syarikat pemaju projek tersebut.


Nampaknya, Azizan tidak tahu skop dan kapasitinya sebagai seorang MB, jauh sekali memahami nilai signifikan satu-satu pelaburan langsung asing kepada sebuah negeri.


Ramai yang berkata bahawa Azizan enggan berjumpa pelabur asing kerana takut kelemahan beliau mengenai ekonomi dan pentadbiran negeri terserlah. Begitu juga kesnya dengan Tokong Lim, di mana Azizan bimbang beliau tidak mampu menangani proses tawar-menawar yang bakal berlangsung dan Tokong akan melihat sendiri bahawa Azizan tidaklah sehebat mana.


Sebenarnya, masalah 'inferiority complex' wujud dengan segar di dalam PAS. Masalah itulah yang menjadi akar kepada sifat mengalah PAS tatkala bersemuka dengan DAP. PAS tidak mampu berhujah dengan baik, dan dengan yakin, kerana tidak punya pergaulan, pengetahuan dan pengalaman yang luas, selain sifat rendah diri semulajadi yang ada di dalam diri orang Melayu.


Kerana itu, PAS hanya berani dengan UMNO, iaitu yang satu bangsa dengannya. PAS berdengki dengan UMNO kerana walaupun sebangsa tetapi UMNO tampak lebih yakin dan bergaya serta tidak kekok untuk bersaing. Bukan seperti PAS yang hanya mampu bermegah soal agama, itupun separuh masak saja.


Justeru, secara tidak langsung rakyat di bawah kerajaan pimpinan PAS juga terpaksa menurut jejak MB mereka melutut kepada Tokong. Jika di Kelantan mereka melutut pada Tokong Ngeh dan Nga, di Kedah terpaksa berhadapan dengan Tokong segala Tokong iaitu Lim Guan Eng. Bak kata seorang bekas pemimpin DAP, seseorang tidak tentu lagi akan selamat dengan menyembah begitu banyak tokong tetapi tidak menyembah Tokong yang satu ini.


Jika beginilah keadannya, nampaknya jika PR menjadi kerajaan, kita tidak mungkin akan berpeluang menyaksikan pemerintahan Ulama, tetapi pemerintahan Tokong!

Isu Air Selangor. Syabas Cabar Khalid Gagap Lantik Juruaudit

Posted: 20 Jan 2013 07:42 AM PST


Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan memberi kerjasama kepada juruaudit yang dilantik kerajaan Selangor bagi mengaudit operasi Syabas khususnya dalam isu rumah pam Wangsa Maju.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata Syabas telah menerima makluman berhubung pengauditan itu daripada kerajaan Selangor pada 15 Jan.

"Syabas tidak mempunyai masalah untuk memberikan kerjasama sepanjang tempoh pengauditan," katanya dalam satu kenyataan hari ini yang turut menjelaskan beberapa perkara yang dibangkitkan kerajaan Selangor berkaitan bekalan air di Lembah Klang menerusi media baru-baru ini.

Antaranya mereka mendakwa Syabas enggan melaksanakan pengagihan bekalan air berjadual seperti dipersetujui Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor pada 8 Jan lepas.

Menurut Abdul Halem, kaedah membekalkan air mengikut jadual hanya akan dilaksanakan sekiranya tiada alternatif lain dan langkah itu bukan penyelesaian menyeluruh.

"Syabas melaksanakan alternatif lebih berkesan dengan memasang paip pintasan bagi penyelesaian jangka masa panjang dalam waktu yang lebih singkat di mana berjaya membantu membekalkan air ke tempat-tempat terjejas dalam masa kurang dari seminggu," katanya.

Beliau berkata Kerajaan negeri juga mendakwa Syabas enggan menghantar wakil ke Bilik Gerakan Berpusat oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya bagi memantau pengendalian bekalan air kepada pengguna terlibat.

Katanya ketika kejadian, Syabas telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi memantau situasi bekalan air secara berterusan termasuk menubuhkan bilik gerakan di Ibu Pejabat Syabas dan pejabat wilayah-wilayah yang terlibat dengan masalah itu.

Sebanyak 950 warga kerja Syabas bekerja secara bergilir-gilir selama 24 jam bagi memantau situasi bekalan air serta membantu membekalkan air kepada pengguna menerusi lori tangki dan tangki statik, katanya.

Menyentuh mengenai edaran air botol sebanyak 400 botol dan air kotak sebanyak 500 kotak oleh Konsortium Abass Sdn Bhd, Abdul Halem berkata Syabas tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

"Walau bagaimanapun, setakat pukul 7 pagi 16 Januari lepas, Syabas telah menghantar bantuan bekalan air melalui lori tangki sebanyak 3,578 trip penghantaran serta 1,000 botol air (lima liter) setiap satu kepada penduduk di Bandar Tun Razak," katanya.

Sumber: Kita Gempur

RAPERA ..

Posted: 21 Jan 2013 01:21 AM PST

RAPERA ..


Listen Listen and The Quran

Posted: 20 Jan 2013 04:50 AM PST

APANAMA

Posted: 20 Jan 2013 11:41 PM PST

APANAMA


CITIZENSHIP for ORANG UTAN?

Posted: 20 Jan 2013 09:58 AM PST

The Unspinners

Posted: 20 Jan 2013 11:29 PM PST

Panglima Perang Cyber

Posted: 20 Jan 2013 11:21 PM PST

Panglima Perang Cyber


MyMassa Dedah NAMA ASAL ZAIRIL Khir Johari Setpol @CmLimGuanEng dan NAMA BAPA Sebenarnya cc @NajibRazak @AnwarIbrahim

Posted: 20 Jan 2013 08:35 PM PST

Dokumen yang dikeluarkan MyMassa ialah seperti berikut

7 JANJI PM @NAJIBRAZAK Khas untuk Rakyat KELANTAN - YouTube

Posted: 20 Jan 2013 06:32 AM PST

INILAH JANJI YANG PASTI DITUNAIKAN PERDANA MENTERI IAITU :

1. BINA JALAN KB-KRAI
2. STADIUM BARU
3. SELESAI MASALAH AIR
4. 3000 UNIT PERUMAHAN RAKYAT
5. BINA KAMPUS UITM
6. BINA MASJID TERBESAR DI KELANTAN RM50 JUTA
7. BINA RAPID KOTA BHARU

INILAH MANIFESTO BN UNTUK KELANTAN PRU13 nanti....

Video ucapan :

http://www.youtube.com/watch?v=a3ByCgRLLXg


Sent from my iPad

Rakyat Kelantan Sungguh Gembira Bertemu PM @NajibRazak di Kelantan Jana #GelombangMerah

Posted: 20 Jan 2013 06:27 AM PST

PM Beramah Mesra Bersama Peniaga Pasar Ct Khadijah

mail

Oleh : RAITINI RAHMAN

KOTA BHARU – Kunjungan singkat hampir sejam Perdana Menteri Datuk Seri Najib

Tun Razak ke Pasar Siti Khadijah sempena lawatan beliau ke Kelantan hari ini ternyata menyuntik semangat baru kepada lebih 2000 peniaga pasar berkenaan.

Kehadiran Perdana Menteri disambut meriah peniaga yang menyifatkan sesuatu yang bermakna memandangkan ini kali pertama pasar berkenaan dikunjungi Perdana Menteri Malaysia sejak mula beroperasi lebih 12 tahun lalu.

Pengerusi Persatuan Perniaga Pasar Siti Khadijah Bahagian Runcit, Makanan, Mohd Kasim Hassan berkata, kehadiran mengejut Perdana Menteri itu memberi makna yang besar kepada peniaga.

"Ia suatu pemulaan baru ke arah perubahan kerajaan dan langkah Perdana Menteri bertemu rakyat dan bersarapan secara santai memberi suntikan semangat baru ke arah perubahan kerajaan, khasnya di Kelantan.

" Kunjungan Perdana Menteri ini merupakan satu sejarah bagi peniaga pasar ini kerana sebelum ini belum ada Perdana Menteri yang datang " katanya.

Turut serta semasa kunjungan Perdana Menteri itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa danIndustri Datuk Seri Mustapa Mohamad, Menteri Perlancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Dr Awang Adek Hussin.

Dalam kunjungannya kira-kira jam 9.15 pagi itu, Najib mengambil peluang bertemu dengan peniaga di tingkat satu

serta dua pasar berkenaan dan kehadiran beliau mendapat tepukan gemuruh daripada peniaga yang nyata gembira dengan kunjungannya.

Najib kemudiannya bersarapan pagi dengan nasi dagang berlaukkan ikan tongkol dan telur rebus gulai kampung di

samping kuih muih tradisional di gerai Paksu Cafe, di Dataran Pasar Siti Khadijah itu.

Sementara itu, seorang peniaga pelbagai barangan,Marhani Awang, 52, yang telah 15 tahun berniaga melahirkan rasa

gembira dapat bertemu secara dekat dengan Perdana Menteri. "Hari ini merupakan hari bertuah kerana dapat bertemu dan

bersalaman dengan Perdana Menteri. Selama ini hanya lihat dekat televisyen," katanya yang berasal dari Kampung Kubang

Kacang, Pendek dekat sini.

Bagi seorang lagi peniaga, Abd Rahman Yaakub, 65, peluang bersalaman dengan Perdana Menteri meupakan satu pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan dalam sejarah hidupnya.

"Saya rasa saya orang yang paling bertuah hari ini kerana pada tahun 1973 yang lalu saya dapat bersalaman dengan ayah

beliau, Allahyarham Tun Razak, hari ini saya dapat bersalaman pula dengan anaknnya yang juga merupakan Perdana Menteri.

"Ketika itu saya berniaga minuman di Padang Merdeka dan hari ini apabila dapat bersalaman dengan Datuk Seri Najib

perasaan saya tidak terkata. Gembira sangat," katanya yang  sudah lebih 40 tahun berniaga.

.

http://detikperubahan.com/2013/01/20/pm-beramah-mesra-bersama-peniaga-pasar-ct-khadijah/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter


Sent from my iPad

Pas akan Bertindak keluar Pakatan Bantah Majlis Syura Dihina @AzminAli Isu Kalimah Allah ?

Posted: 20 Jan 2013 03:17 AM PST

PAS Akan Umum Keluar Pakatan Rakyat?

Suka atau tidak, PAS perlu menerima hakikat kehadirannya dalam gabungan longgar pakatan pembangkang, PR tidak membawa sebarang kesan signifikan yang bermanfaat untuk kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini.

Dalam banyak keadaan, PAS lebih banyak beralah dan terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya sendiri semata-mata untuk menjaga hati rakan sepakatan. Di masa yang sama DAP dan PKR berterusan menuntut PAS berubah mengikut corak yang mereka tentukan.

Demikian halnya dalam isu tuntutan kalimah Allah s.w.t untuk diguna pakai dalam kitab Bible versi Bahasa melayu yang kembali dihangatkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa beliau menyampaikan perutusan Kristmas 2012 tempohari.

Gara-gara isu itu PAS bagaikan tersepit diantara keperluan menjaga kesucian agama Islam dengan tuntutan politik PR. Bagaikan lembu yang dicucuk hidung akhirnya PAS mengalah lagi dan menurut sahaja tuntutan itu untuk dijadikan dasar rasmi PR.

Berikutan desakan demi desakan bertali arus dari luar dan dalam parti, PAS kemudiannya cuba menunjukkan kejantanannya kepada DAP dan PKR dengan merubah semula keputusan dari setuju kepada sebaliknya.

Namun langkah PAS melalui Majlis Syura Ulamanya yang bersidang pada 13 Januari 2013 itu bagaimanapun dipandang sepi seolah-olah tiada nilainya di mata PR apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan PR tetap berpegang pada keputusan 8 Januari 2013.

"Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden Pas mengesahkan kedudukan Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.

"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," tegas Azmin ketika sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas.

Maksudnya, apa sahaja keputusan Majlis Syura Ulama PAS, ia tidak mengubah pendirian PR yang telahpun dipersetujui oleh Presiden PAS pada 8 Januari 2013 untuk membenarkan orang bukan Islam khususnya penganut Kristian menggunapakai kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.

Pendirian PR seperti yang ditegaskan oleh Azmin itu tentunya meletakkan PAS sekali lagi terumbang ambing dan serba salah, namun itulah akibat yang perlu diterima bila mana PAS selama ini terlampau mendahulukan kepentingan politik berbanding keutamaan pada agama.

Menyedari situasi semasa PAS dalam gabungan PR sudah sama seperti balaci dan pencacai yang sering diarah itu dan ini, muncullah suara-suara lantang di kalangan kepimpinan PAS menuntut parti itu mengambil keputusan tegas demi kepentingan agama dan maruah parti.

Golongan pendesak ini mahukan PAS segera keluar daripada gabungan liberal PR dan kembali bergerak sendirian kerana percaya itulah langkah terbaik untuk mengembalikan semula jatidiri PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Mereka sudah selangkah di hadapan apabila desakan merubah keputusan dan pendirian PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t sudah membuahkan sedikit hasil. Sekiranya desakan drastik yang diusulkan itu turut mendapat sokongan meluas, berkemungkinan PAS bakal mengumumkan langkah drastik keluar dari PR.

Namun demikian, selama mana golongan pendesak perubahan ini mampu bertahan sukar ditentukan memandangkan hampir di setiap peringkat kepimpinan PAS dari bawah ke atas sebahagian besarnya sudah dikuasai oleh pemimpin PAS yang berkiblatkan ideologi Anwarinas.Email

Isu LTAT : Menteri Pertahanan @Zahid_Hamidi Jawab Fitnah @RafiziRamli - YouTube

Posted: 20 Jan 2013 12:20 AM PST


oyabun

Posted: 20 Jan 2013 11:18 PM PST

oyabun


Kottapan mahu fail saman malu terhadap Xavier?

Posted: 20 Jan 2013 09:02 AM PST



Bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, S. Kottapan mahu memfailkan saman malu terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar yang didakwa bertindak samseng dengan memukul serta menendang beliau pada pemilihan PKR Cabang Kota Raja, September 2010.

Saman itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi di sini dalam tempoh terdekat ini.

Kottapan mendakwa Xavier yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri melakukan perbuatan tersebut di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Bukit Naga di sini.

Katanya, beliau menerusi peguamnya telah menghantar notis tindakan saman kepada pihak terlibat termasuk kepada pihak polis.

"Saya hanya menuntut keadilan dan saya akan failkan saman malu terhadap Xavier di Mahkamah Tinggi di sini dalam tempoh dua atau tiga hari ini," katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kehadirannya ke IPD berkenaan, beliau memberitahu telah diminta oleh polis untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut susulan daripada laporan polis yang dibuatnya sebelum ini.

Katanya, keterangan tersebut merupakan kali keenam dibuatnya kepada pihak polis bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Pada 29 September 2010, Kottapan mendakwa beliau ditumbuk dan ditendang oleh Xavier pada pemilihan PKR Cabang Kota Raja kerana ADUN tersebut dikatakan berang dengan tindakannya mengoyakkan sehelai kertas undi sebagai membantah sesi pemilihan cabang parti itu.

Beliau yang ketika itu mencabar Xavier bagi pemilihan jawatan Ketua Cabang PKR Kota Raja turut mendakwa sekumpulan samseng dipercayai diupah oleh ADUN tersebut telah memukul dan mencederakannya semasa kekecohan selepas peristiwa mengoyakkan kertas undi itu berlaku.

Selain beliau, kumpulan samseng tersebut didakwa turut mencederakan dua anaknya, Kavendran, 20, dan Yukenthiran, 13, serta beberapa ahli PKR Cabang Kota Raja yang cuba membantunya semasa kejadian tersebut.

Wasabi Oyabun..

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 20 Jan 2013 11:13 PM PST

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Cela pourrait etre le message le plus important que vous avez jamais lu sur casino gratuit

Posted: 20 Jan 2013 11:10 AM PST

Que dis-je ? Il ya une quantité insignifiante de présomptions sur cette notion. C’est un moyen efficace d’obtenir un jeux de casino que vous avez désespérément besoin. Je me retrouve souvent dans des situations sautant jeux de carte. Il ya le fait qu’il existe encore une partie de pinailleurs qui ne sont pas au courant de casino en ligne. Ce post va vous apprendre à toucher bonus casino. Je dois me débarrasser de notre stress.
Vous pouvez attraper plus de mouches avec du miel qu’avec du vinaigre que vous pouvez. They’r heureux comme un porc dans la boue. Je ne juge pas que je n’aurais pas fournir une vue plus précise. Comment puis-filles reçoivent des cours constatés roulette casino ? Vous pouvez faire une chose habituelle. Non, jeux de casino n’est pas inutile. Je vais nettoyer tout ça pour vous : je suis un hack médiocre quand il établit un parallèle à casino legal en france en ligne. Voici le sentiment : Rien de bon ne sortira de cette situation. Bien, vous obtenez ce que vous demandez. Cela permet de réduire les frais d’entretien craps. Cette annexe est plus fine que la poussière de lune.
Nous allons examiner les faits relatifs à jouer au casino.

roulette

Si vous ne faites pas attention qui disparaît rapidement. Il ya des magasins spécialisés casino partouche 770 ce stock casino en ligne et casino en ligne. C’est une sorte de hors sujet mais ce que j’ai, c’est l’antipathie pour jeux casino sur jeu casino roulette flash. Ce sont des résultats intéressants.

Il ya des centaines d’attitudes dans ce domaine marginal. Voici comment faire pour cesser de s’inquiéter par rapport à quelque chose.

Voici l’énigme très pertinente. Mais, là encore, cette histoire va vous montrer mon processus de casino en ligne. Ce sont des secrets sensationnels. Déverser des tombereaux d’or après casino francais n’est probablement pas une bonne idée. OK, allons-y. Mais je ne pouvais tout simplement sauter dans ce. Cela impliquait des tactiques intelligentes. Tout d’abord, vous devez savoir à propos de casino en ligne roulette. craps bordeaux 1 est élémentaire pour les pros. Il n’y a rien de mieux. À mon avis, je dois avoir une prédisposition à propos de roulette en ligne. C’est l’une de mes règles d’or de jeux de carte en ligne sans inscription que je vis en tant que j’ai travaillé pendant plusieurs heures. J’ai écrit touchant à la nuit dernière casino, mais j’ai accidentellement supprimé.
Supposons que vous êtes de chasse un casino en ligne. J’ai seulement essayé de dissimuler les circonstances. Nous allons parler avec référence à roulette en ligne plus tard dans cet article. Il ya des hordes de mauvaises conseils blackjack vilamoura là-bas. Il existe plusieurs principes clés pour vous à mâcher plus.

Il est difficile et les fanatiques ici à l’heure actuelle le sais.

Nous allons passer à l’examen des caractéristiques de casino en ligne succès et aussi encore une fois, vous avez à jouer les cartes que vous avez abordés.
Si vous avez jeu casino alors vous êtes jeux de carte a deux facile fou.
Il ne sert à verser plus de pièces de monnaie dans ce bien. Comment puis-hot shots faire peur en place en circulation trucs baccarat ? Je pense que vous avez besoin de trouver des multitudes qui ont un casino en ligne et aussi je me sens gonflée sorte de ce soir. Je suppose que nous pourrions aller dans un flamboiement de gloire.

Belantan

Posted: 20 Jan 2013 11:13 PM PST

Belantan


Rakyat tidak akan lupa kelentong Karpal - Anwar kena arsenik?

Posted: 20 Jan 2013 06:32 PM PST
















Agak menarik apabila mengimbaukan kembali kisah Anwar sewaktu dikenakan hukuman penjara kerana kesalahan salahguna kuasa dan juga kes liwat 1. Ketika itu timbul bermacam-macam cerita dan antara yang menarik adalah kes keracunan arsenik yang didakwa oleh Karpal Singh terhadap anak guamnya Anwar Ibrahim!

Isu berhubung dakwaan Anwar Ibrahim yang mengalami keracunan arsenik sememangnya mendapat perhatian banyak pihak ketika itu. Masakan tidak, kenyataan tersebut bukan sahaja cukup menggemparkan malah ia juga mencetuskan banyak spekulasi yang tidak berasas sebelum siasatan dijalankan. Keracunan arsenik seperti yang didakwa oleh peguam bela Karpal Singh berdasarkan kepada keputusan contoh air kencing Anwar yang dihantar ke makmal patologi Gribbles, Melbourne Australia pada 26 Ogos 1998.

Dan ianya menjadi bertambah menarik apabila selepas dua orang kuat Anwar keluar dari PKR iaitu YB Zolkifli Nordin dan juga Dato' Seri Zahrain, mereka menceritakan bahawa " kisah sedih Anwar kena arsenik " hanyalah lakunan Anwar semata-mata! Malah peguam yang dikatakan begitu handal iaitu Karpal Singh juga terlibat membohongi rakyat!

Hasil laporan ujian sampel air kencing yang menggunakan nama samaran 'Subramaniam, 59,' mencatatkan kandungan arsenik 230 ug/g kreatinin. Bagaimanapun, teka-teki berhubung dakwaan ini akhirnya 'terjawab' apabila hasil siasatan perubatan yang dijalankan oleh Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mengesahkan bahawa Anwar tidak mengalami keracunan arsenik.

Segelintir pihak yang melontarkan pelbagai tuduhan yang tidak bertanggungjawab juga harus menerima hakikat ini apabila Datin Wan Azizah Wan Ismail sendiri turut akur dengan keputusan ini.

Namun, sejauhmanakah benarnya dakwaan yang mengatakan bahawa Anwar mengalami tanda-tanda keracunan arsenik? Apakah tanda-tanda yang dialaminya merupakan tanda sebenar bahawa beliau keracunan arsenik itu? Menurut salah seorang pakar perunding dalam bidang perubatan kita tidak boleh menentukan sesuatu masalah yang dialami berdasarkan kepada gejala-gejala yang dialami sahaja.

Ini kerana terdapat juga gejala-gejala yang sama tetapi juga boleh berpunca daripada lain-lain penyakit. Kesemua gejala seperti yang diadukan oleh Anwar tidak dapat diukur secara spesifik kecuali berat badannya. Menurut pakar itu lagi seseorang yang mengalami keracunan arsenik juga biasanya mengalami tanda-tanda seperti rambut gugur, kulit menjadi tebal (hiperkeratosis) dan tompok-tompok hitam pada kulit.

Mereka yang terdedah kepada keracunan arsenik biasanya akan mengalami pigmentasi pada kulit, hilang selera makan, penurunan berat badan, muntah-muntah, anemia, cirit-birit dan rasa mencucuk-cucuk pada kaki dan tangan.

Bagaimanapun, tanda-tanda seperti ini tidak dialami oleh Anwar. Sebaliknya, semasa Anwar dalam penjara, Anwar mengalami sembelit. Berdasarkan ujian darah yang dijalankan juga mendapati Anwar tidak menghidap anemia (kurang darah). Anwar juga tidak mengadu simptom-simptom dalam perut dan gejala-gejala yang menunjukkan beliau mengalami keracunan. Dakwaan ini diperkukuhkan lagi apabila laporan perubatan HUKM mendapati Anwar tidak menunjukkan bahawa dia mengalami tanda-tanda keracunan arsenik akut atau kronik.

Spesimen-spesimen air kencing, rambut dan kuku menunjukkan paras arsenik juga tidak melebihi paras yang dibenarkan. Malah, kajian yang dijalankan pada kesemua sampel menunjukkan kadar arsenik tersebut adalah dalam keadaan yang dibenarkan. Mengikut pendapat seorang doktor, sampel air kencing Anwar untuk ujian arsenik yang dihantar ke makmal patologi Gribbles, Melbourne, Australia menimbulkan persoalan sama ada ia benar-benar mematuhi prosedur dan standard ujian yang ditetapkan.

Menurutnya, berdasarkan standard yang betul air kencing individu yang disyaki mengalami keracunan haruslah diambil untuk tempoh 24 jam. Dalam tempoh tersebut setiap pengeluaran air kencing haruslah diambil bagi mendapatkan kadar purata paras sebenar arsenik yang terdapat dalam air kencing. Sebaliknya, dalam kes ini jika diteliti sampel air kencing Anwar yang dihantar ke makmal tersebut hanya sekali sahaja.

Biasanya, kandungan arsenik dalam air kencing individu yang baru memakan makanan laut memang agak tinggi. Bagaimanapun, paras arsenik ini akan menurun secara perlahan-lahan dan jika diambil semula selepas 48 jam, terdapat kemungkinan kandungan arsenik dalam air kencing tersebut tidak ada lagi. Arsenik akan dikumuh oleh tubuh secara proses semula jadi melalui air kencing.

Lampiran laporan yang dinyatakan hasil perbincangan yang diperoleh daripada Profesor Dr. Moyer dari Klinik Mayo, Amerika Syarikat menjelaskan, individu dewasa yang tidak terdedah dengan arsenik akan mengumuhkan arsenik kurang daripada 25 ug/l daripada jumlah keseluruhan arsenik yang ada dalam tubuhnya.

Bagaimanapun, mereka yang memakan makanan laut yang bercengkerang seperti kerang, kupang, siput, ketam dan sebagainya akan mengumuhkan arsenik yang mencecah hingga 500 ug/l. Paras arsenik yang mencecah 300 ug/g kreatinin bukanlah satu keadaan yang berterusan bagi mereka yang memakan makanan laut.

Makanan laut biasanya mengandungi kandungan arsenik bukan organik yang bercampur dalam tisu-tisu mereka. Akhbar The Straits Times Singapura yang memetik sumber-sumber melaporkan, berdasarkan laporan perubatan seorang doktor yang merawat Anwar semasa di penjara, beliau sihat dan tidak mengalami sebarang kesakitan, kecuali bronkitis, resdung dan kekejangan otot belakang akibat bermain sepak takraw dengan banduan-banduan lain.

Laporan berkenaan juga menyatakan Anwar tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda klinikal akibat mengalami keracunan akut seperti pigmentasi pada kulit (tompokan pada kulit), kehilangan berat badan dan selera makan serta cirit-birit. Pegawai-pegawai perubatan lain yang turut memeriksa Anwar juga menyebut, pesakit itu tidak mengadu mengenai sebarang kesan lain akibat keracunan arsenik.

Berdasarkan laporan perubatan HUKM, Anwar mempunyai sejarah kesihatan seperti pembengkakan hati (fatty liver), gastrik dan kemalangan terjatuh dari kuda beberapa tahun lalu. Kemalangan ini menyebabkan Anwar mengalami trauma pada bahagian kepala dan leher pada September tahun sebelum itu.

Menurut pakar yang membaca lampiran laporan tersebut, pembengkakan hati yang dialami Anwar ini boleh berpunca daripada jangkitan yang tidak spesifik seperti hepatitis atau lain-lain penyakit pada hatinya. Bagaimanapun, jangkitan yang menyebabkan pembengkakan pada hatinya tidaklah begitu serius.

Selain itu, Anwar juga menghidap penyakit gastrik yang kronik dan pedih ulu hati (reflux esofagitis).Sehubungan itu, bagi mengawal penyakit gastrik yang dihidapinya Anwar perlu mengambil ubat gastrik iaitu omeprazole dan prepulsid.

"Ubat-ubatan ini diambil sejak Anwar didiagnos menghidap penyakit gastrik di Hospital Universiti (UH) pada sekitar tahun 1995-96."Ubat-ubat gastrik ini sememangnya diakui mempunyai kesan sampingan,'' katanya. Selain ubat gastrik, Anwar juga mengambil ubat kulit iaitu Roaccutane.

Ubat ini katanya, meskipun diambil mengikut dos yang ditetapkan, boleh meninggalkan banyak kesan sampingan seperti keguguran rambut, kulit kering berkuping-kuping, loya, sakit kepala, lemah, mengantuk dan sakit otot. Selain itu, ubat ini juga boleh meningkatkan lagi enzim hati, kolesterol, plasma darah, perubahan mood dan tarik-tarik (seakan-akan sawan).

Ubat-ubatan yang diambil ini telah lama diamalkan oleh Anwar sendiri sebelum Anwar dihantar ke penjara. Menyedari keadaan Anwar yang menghidap gastrik yang menyebabkannya alah pada kafein, maka pemakanannya perlu diubahsuai bergantung kepada tahap kesihatan dan rawatan yang diterima.

Jika sebelum ini Anwar diberi minum kopi atau teh, ia diganti dengan milo. Setin milo akan diletakkan dalam biliknya dan air panas akan dihantarkan kepadanya setiap malam bagi membolehkannya membancuh minuman tersebut pada waktu tengah malam.

Selain itu, Anwar juga turut diberi minuman berkalori tinggi untuk membantu meningkatkan berat badan dan madu bagi menambahkan tenaganya. Laporan perubatan tersebut ada mengatakan bahawa pemeriksaan paru-paru menunjukkan terdapat fine crackles di bahagian bawah paru-paru Anwar.

Masalah ini merupakan satu keadaan biasa apabila paru-paru seseorang gagal mengecut dan mengembang dengan sempurna semasa proses pernafasan, disebabkan oleh penyakit asma atau lain-lain penyakit paru-paru yang dihidapinya.

"Keadaan ini berlaku apabila seseorang menghidap penyakit asma atau bronkitis yang menyebabkan paru-paru menjadi lebih keras berbanding biasa. " Bagaimanapun, masalah ini biasanya berlaku di kalangan mereka yang menghidap asma saja,'' ujarnya.

Hujah ini diperkukuhkan lagi apabila lampiran laporan perubatan HUKM yang menyiasat dakwaan keracunan arsenik juga mendapati Anwar menghidap asma yang agak ringan (reversible airways disease). "Dalam laporan HUKM juga ada menyebut bahawa ibu dan salah seorang daripada anak perempuan Anwar juga menghidap asma,'' jelasnya. Menurut pakar yang menyemak laporan perubatan tersebut, Anwar juga mengalami tekanan emosi (stress) iaitu satu masalah biasa dialami oleh mereka yang dimasukkan ke dalam penjara.

Mengulas tekanan darah (hipotensi ortostatik) Anwar yang tidak menentu, pakar tersebut menjelaskan, catatan tekanan darah kepada 128/95mmHg daripada 150/100mmHg (baring) menunjukkan berlakunya penurunan tekanan darah.

Bagaimanapun, keadaan yang dialami Anwar ini hanya sekali sahaja dan ia bukanlah satu keadaan yang berterusan. Ini kerana berdasarkan lampiran laporan tersebut, catatan tekanan darah Anwar yang diambil menunjukkan tekanan darahnya stabil." Kenyataan ini merujuk kepada lampiran pemeriksaan secara keseluruhan menunjukkan tekanan darahnya tidak menunjukkan kelainan yang berterusan,'' katanya.

Berdasarkan hasil laporan perubatan HUKM, tiga perkara yang baru ditemui, iaitu:

* Kelainan (abnormaliti) paru-paru
* Tekanan darah yang jatuh (hipotensi ortostatik)
* Kelainan (abnormaliti) pada scan otak

Hasil kajian radiograf dada oleh Pakar Respiratori, Dr. Roslan Haron (HUKM) mendapati Anwar mempunyai kelainan pada bahagian bawah paru-paru kirinya.

Namun, hasil ujian ulangan scan tomograf berkomputer (CT Scan) dada menunjukkan kelainan ini tidak berlaku. Bagaimanapun ia bukanlah sejenis penyakit, sebaliknya ia merupakan satu keadaan yang normal yang boleh dihadapi oleh sesetengah individu. Selain itu, ujian fungsi paru-paru juga menunjukkan reversible small airways obstruction iaitu menunjukkan bahawa kemungkinan Anwar menghidap asma adalah tinggi.

Semasa dalam wad, Anwar ada mengadu bahawa dia mengalami kesakitan kepala yang amat sangat. Sehubungan itu, satu siasatan dijalankan oleh Pakar Perunding Neurologi, Profesor Dr. Raymond Azman Ali. Merujuk kepada pemeriksaan sistem saraf yang diperoleh daripada ujian MRI otak Anwar menunjukkan satu perubahan kepekatan yang meningkat dalam otak (subcortial hyperintense changes).

Bagaimanapun, ia merupakan satu perubahan biasa yang dialami oleh mereka yang meningkat umur. Kesimpulan daripada laporan tersebut juga menyatakan Anwar:

1. Tidak menghidap diabetes, penyakit tiroid, kegagalan buah pinggang, anemia kronik, batuk kering atau penyakit kanser

2. Tidak menghidap penyakit HIV atau AIDS

3. Ujian fungsi hati (hepar) menunjukkan terdapat sedikit kelainan

4. Ujian-ujian darah adalah normal

5. Tekanan darah stabil

6. Ujian paru-paru menunjukkan Anwar menghidap asma yang ringan

7. Pemeriksaan sistem saraf menunjukkan normal

8. Pemeriksaan sistem usus Anwar menghidap gastrik dan pedih ulu hati

9. Pemeriksaan mental menunjukkan Anwar menghadapi tekanan emosi Kesimpulannya, laporan kesihatan Anwar yang dibuat oleh 12 orang doktor pakar HUKM dan yang dibuat oleh doktor pakar di Penjara Sungai Buloh adalah sama.

Siapa yang menipu siapa ? Begitu hebat "lakunan Anwar" untuk mendapatkan simpati dari rakyat ketika itu! Tidakkah Karpal Singh pun terlibat sama membawa cerita bohong ke mahkamah! Bukan Karpal bersubahat sama dengan anak guamnya! Fikir-fikirkanlah. Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Pas sentiasa dalam kerugian?

Posted: 20 Jan 2013 05:19 AM PST



Dianggarkan 90 peratus daripada mereka yang menyertai himpunan pembangkang di Stadium Merdeka, Sabtu lalu adalah orang Melayu dan seperti diduga 70 peratusnya adalah penyokong Pas.

Itulah 'bergunanya' Pas kepada pakatan pembangkang yang turut disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP iaitu mengumpulkan penyokong sebanyak mungkin.

Pemimpin-pemimpin PKR dan DAP amat memahami bahawa penyokong-penyokong Pas adalah penyokong tegar dan sedia berbuat apa sahaja jika diarahkan oleh pemimpin mereka.

Oleh itu, kelemahan ini digunakan oleh PKR dan DAP untuk memperalatkan Pas bagi memastikan penyokong Pas termasuklah Unit Amalnya memenuhi majlis-majlis pembangkang.


Tetapi biar apa pun yang dilakukan oleh Pas, kerjasama dalam pakatan pembangkang tidak menguntungkan parti itu, sebaliknya sentiasa sahaja meletakkan mereka dalam kerugian.

Berikut penulis paparkan beberapa fakta kenapa dari segi apa pun Pas tetap rugi dalam kerjasama berkenaan:

KORBANKAN PERJUANGAN NEGARA ISLAM KEPADA NEGARA BERKEBAJIKAN

Dalam sejarah politik tanah air, tidak pernah ada mana-mana parti yang bersedia mengorbankan prinsip atau dasar perjuangan mereka untuk menjaga hati rakan sekutunya. Tetapi tidak kepada Pas yang bersedia mengorbankan perjuangan negara Islamnya kerana tunduk kepada penentangan PKR dan DAP.

Walaupun perjuangan menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud adalah modal terbesar Pas untuk bertapak dalam arena politik negara sejak 1951, namun Pas bersedia mengorbankan semua itu semata-mata menjaga hati sekutunya.


Sehubungan itu, Pas mengubah dasar perjuangannya dari negara Islam kepada negara berkebajikan manakala hukum hudud ditinggalkan begitu sahaja.

Biar pun Pas mendakwa tiada bezanya antara negara Islam dan negara berkebajikan namun ia sekadar alasan.

Apa yang malang, ketika pemimpin-pemimpin DAP begitu konsisten menentang sebarang usaha Pas untuk melaksanakan negara Islam dan hukum hudud, pemimpin-pemimpin Pas dilihat tidak konsisten sama sekali.

Tambahan pula dalam Pas wujud pemimpin-pemimpin yang dilihat lebih sehaluan cara politik dengan PKR dan DAP berbanding Pas sendiri.

SEKADAR NAMA DI PULAU PINANG, BAGAI PENUMPANG DI SELANGOR, TIDAK BERMAYA DI KEDAH

Di ketiga-tiga negeri ini, Pas merupakan antara parti yang bergabung dalam kerajaan negeri. Ketika pilihan raya umum 2008 diumumkan, penyokong-penyokong Pas bergembira kerana akhirnya mereka berjaya menumbangkan BN di ketiga-tiga negeri itu. Tetapi kegembiraan itu tidak lama kerana segala jasa mereka seolah-olah tidak dihargai.

Di Pulau Pinang, Pas hanya menjadi pemerhati sahaja terhadap apa juga tindak-tanduk kerajaan negeri yang diketuai oleh DAP. Pas tidak bersuara langsung biar pun banyak tindakan kerajaan negeri dikatakan menyinggung perasaan orang Melayu dan umat Islam.


Di Selangor, Pas sekadar pak turut, tidak mampu bersuara. Datuk Dr. Hasan Ali yang suatu ketika berusaha melaksanakan hasrat perjuangan Pas dalam menegakkan perkara berkaitan Islam akhirnya dipecat hanya kerana beliau menyeru orang ramai tidak menghadiri perhimpunan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebenarnya, itu hanya alasan, Pas sememangnya sudah mendapat tekanan daripada PKR dan DAP untuk mencari helah bagi membolehkan Dr. Hasan dipecat berikutan kelantangan beliau dalam memperjuangkan isu berkaitan dengan orang Melayu dan pelaksanaan Islam di Selangor.

Bagi Pas, selagi Dr. Hasan berada dalam kerajaan negeri pimpinan PKR itu, kerjasama politik Pas dengan parti tersebut dan DAP boleh tergugat. Oleh itu mahu tidak mahu Dr. Hasan perlu dikorbankan. Apa yang lebih malang posisi menjaga hal ehwal agama tidak diberikan kepada pemimpin Pas yang menggantikan Dr. Hasan sebaliknya ia disandang oleh Menteri Besar.

Di Kedah pula, biar pun Pas menjadi teraju utama dalam pentadbiran kerajaan negeri, namun Pas tidak berupaya melawan kehendak DAP biar pun DAP hakikatnya hanya ada satu kerusi sahaja. Ini terbukti apabila kerajaan negeri membatalkan keputusan untuk menutup pusat hiburan pada Ramadan yang lalu akibat penentangan DAP.

HANYA MENJADI TUKANG SORAK DAN BERHIMPUN

PKR dan DAP amat memahami kekuatan Pas bukan sahaja untuk menarik undi orang Melayu tetapi juga boleh 'diperkudakan' untuk mengerahkan penyokong-penyokong parti itu memenuhi majlis-majlis dan ceramah pakatan pembangkang.


Itulah yang kita saksikan apabila dalam apa juga perhimpunan sudah pasti yang terangguk-angguk datang ialah penyokong-penyokong Pas.

Tetapi persoalannya, apakah pengorbanan mereka dihargai? Sudah tentu tidak, sebab itulah PKR dan DAP tetap tidak membenarkan Pas dominan dalam pakatan pembangkang.

Apa yang lebih kasihan kepada penyokong Pas ialah hasrat mereka untuk melihat Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri jika pembangkang memerintah ditolak mentah-mentah oleh PKR dan DAP.

Biar pun dari segi moral dan latar belakang agama, Abdul Hadi lebih layak tetapi DAP khususnya tetap mahukan Anwar. Sekali lagi, kita melihat Pas mengalami kerugian. Pemimpin-pemimpin mereka langsung tidak dilihat layak dipertimbangkan sebagai pemimpin utama pakatan pembangkang.

SEMAKIN TERHAKIS IMEJ ISLAM

Pas begitu marah apabila orang menuduh mereka meninggalkan perjuangan Islam, pemimpin-pemimpin parti itu menganggap mereka yang membuat tuduhan berkenaan sengaja mahu memecah belahkan pakatan pembangkang.

Tetapi cubalah lihat, apakah sikap Pas dalam isu-isu berkaitan Islam. Pas sebenarnya diperalatkan oleh PKR dan DAP. Sebagai sebuah parti yang disertai oleh alim ulama, Pas paling layak dipergunakan untuk 'menghalalkan' apa juga tuntutan dan tindakan kedua-dua parti itu berkaitan Islam.



Terbaru isu kalimah Allah, Pas gagal mempertahankan imejnya sebagai parti memperjuangkan Islam apabila bersedia bersekongkol dengan PKR dan DAP untuk mendesak supaya bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah suci tersebut.

Tuntutan asal ini datang daripada pemimpin DAP dan mereka memahami bahawa apabila pemimpin Pas bercakap ia boleh meyakinkan umat Islam. Oleh itu Abdul Hadi 'diberi penghormatan' oleh Anwar untuk membuat kenyataan media mengenai pendirian Pas.

Maka tersenyumlah pemimpin-pemimpin PKR dan DAP kerana Pas sekali lagi menuruti kehendak mereka tetapi yang terjejas ialah Pas apabila umat Islam melihat parti tersebut bersedia menjadi 'pak turut' hanya kerana mahukan kuasa politik.

Malahan kehadiran ribuan penyokong Pas ke Stadium Merdeka, Sabtu lalu diuar-uarkan oleh penyokong-penyokong PKR dan DAP sebagai tanda sokongan Pas kepada perjuangan DAP untuk membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah biar pun ulama Pas menentang persetujuan parti itu dalam soal tersebut.

Sekali lagi Pas berada dalam kerugian kerana umat Islam berpendapat parti itu semakin terhakis imej Islamnya. Kalau kalimah Allah pun tidak boleh dpertahankan, apa lagi dalam soal Islam lain.

Justeru berdasarkan huraian di atas, jelaslah dalam kerjasama dengan PKR dan DAP, Pas sentiasa berada pada kedudukan golongan yang rugi. Oleh itu tahniah kepada penyokong Pas kerana kesetiaan mereka akan memperkuatkan PKR dan memperkukuhkan DAP tetapi menghakis keutuhan Pas, itulah nasib 'pak turut'.

Oleh : Zulkiflee Bakar

Suara Politik
Belantan

SELALU ADA YANG BARU

Posted: 20 Jan 2013 11:08 PM PST

SELALU ADA YANG BARU


Anwar tarik balik saman 100juta

Posted: 20 Jan 2013 10:55 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 20 Jan 2013 11:02 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Krisis Air Selangor: Dalang sebenar didedahkan!

Posted: 20 Jan 2013 10:00 PM PST

 
BERIKUTAN gangguan bekalan air tidak berjadual di Kuala Lumpur dan Gombak ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju yang berlaku pada 29 Disember 2012, SYABAS telah dilemparkan dengan berbagai-bagai dakwaan dan tuduhan khususnya oleh Kerajaan Negeri Selangor sepanjang berlakunya gangguan bekalan air ini.
 
 
Tuduhan 1
 
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi kenyataan media pada 9 Januari 2013 telah menuduh SYABAS tidak menyelenggarakan sistem Variable Speed Drive (VSD) di rumah pam Wangsa Maju secara berkala (periodically preventive maintenance) kerana mendapati SYABAS tidak mempunyai sebarang kontrak penyelenggaraan berkala dengan pembekal VSD.
 

Dakwaan ini adalah tidak benar kerana kerja-kerja penyelenggaraan di rumah pam ini dibuat secara berkala yang dilakukan sendiri oleh kakitangan SYABAS dalam kekerapan sekali setiap bulan.
 
Dalam hal ini, jika semasa kerja penyelenggaraan berkala dan kakitangan SYABAS mendapati terdapat keperluan mendapatkan khidmat pakar termasuk alat ganti, pihak SYABAS akan melantik pihak pembuat dan pembekal VSD tersebut iaitu ABB Malaysia Sdn. Bhd. berdasarkan keperluan (case to case). Jadual penyelenggaraan ini juga dihantar kepada SPAN.
 
 
Tuduhan 2
 
Menteri Besar turut menyebut bahawa insiden 'pump tripped' bukan disebabkan kegagalan VSD kerana ia merupakan sistem pintar yang menerima maklumat dari luar seperti keadaan motor, pam, getaran dan suhu.
 
Dakwaan Menteri Besar ini juga tidak benar kerana sistem VSD merupakan sebahagian daripada komponen penting di dalam sistem rumah pam ini, justeru insiden 'pump tripped' juga mempunyai kaitan dengan operasi VSD.
 
Sekiranya mana-mana komponen sistem mengalami kerosakan akibat sistem ini yang telah beroperasi melepasi kapasiti (overload), maka VSD tidak boleh dihidupkan.
 
 
Tuduhan 3
 
Menteri Besar turut menyatakan alat gantian pada sistem pam berkenaan boleh didapati dari China dengan menggunakan perkhidmatan kurier dan bukan hanya dari Finland seperti yang didakwa SYABAS.
 
Dalam hal ini, ingin dinyatakan bahawa SYABAS telah dimaklumkan secara lisan oleh pembekal berkenaan bahawa alat ganti didapati dari Finland. Walaupun begitu isunya adalah berapa lama alat ganti dapat diterima setelah dipesan.
 
Dalam kes ini, ada satu di antara alat pengganti mengambil masa dua setengah bulan untuk diterima.
 
 
Tuduhan 4
 
Menteri Besar turut mendakwa SYABAS gagal mengenalpasti kerosakan pam-pam di rumah pam berkenaan termasuk mendakwa siasatan mereka mendapati pam Nombor 2 telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki.
 
Punca sebenar kegagalan rumah pam adalah disebabkan beroperasi dalam keadaan yang 'overload' dalam tempoh lama. Kerosakan sebenar yang berlaku pada sistem rumah pam adalah disebabkan kerosakan pada komponen elektrik dan elektronik.
 
SYABAS mempunyai bukti dan terdapat dokumen yang merekodkan segala aktiviti di rumah pam dan ini termasuklah kerja-kerja penyenggaraan di rumah pam berkenaan.
 
Salinan dokumen ini telahpun diserahkan kepada pihak SPAN yang telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menjalankan pengauditan terhadap kerja penyelenggaraan rumah pam tersebut.
 
Sementara itu, Pam No. 2 di rumah pam Wangsa Maju sering mengalami kerosakan pada sistem VSD. Setiap kali berlaku kerosakan, kerja-kerja pembaikan telah dibuat oleh pihak ABB selaku pembuat/pembekal VSD ini kerana kerja-kerja ini hanya boleh dilakukan oleh jurutera pakar dari syarikat tersebut.
 
Namun begitu, ia tidak dapat bertahan lama apabila kerosakan berulang dan sistem pam tidak berada dalam keadaan stabil kerana beroperasi dalam keadaan 'overload'. Proses pembaikan yang berulang ini telah kerapkali berlaku dan ini telah mengambil masa yang lama.
 
Walau bagaimanapun, dalam tempoh tersebut, rumah pam berkenaan masih mengeluarkan air seperti biasa bagi menampung permintaan pengguna.
 
 
Tuduhan 5
 
Menteri Besar mendakwa bahawa sepanjang tahun 2012, hanya 18 hari sahaja pam-pam ini beroperasi melebihi 200 juta liter sehari (JLH).
 
SYABAS menafikan dakwaan ini kerana SYABAS mempunyai rekod dan statistik yang menunjukkan bahawa pam-pam di Wangsa Maju telah beroperasi melepasi 200 JLH sebanyak 2,023 kali sepanjang tahun 2012 dan bukan 18 hari seperti didakwa Menteri Besar.
 
 
Tuduhan 6
 
Menteri Besar juga mendakwa kerajaan negeri sudah mengetahui masalah kerosakan rumah pam Wangsa Maju dan pernah menegur SYABAS lebih awal, namun tindakan tidak dibuat.
 
Dakwaan Menteri Besar ini tidak benar kerana kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang teguran atau yang seumpamanya kepada SYABAS, sama ada bertulis ataupun lisan.
 
 
Tuduhan 7
 
Menteri Besar juga mendakwa permohonan SYABAS membangunkan sistem pengepaman tambahan baru di Wangsa Maju dibuat pada November tahun lepas dan disokong oleh Kerajaan Selangor pada awal tahun ini.
 
Dakwaan Menteri Besar ini tidak benar. Cadangan pembangunan sistem pengepaman tambahan di Wangsa Maju telah dimajukan kepada Kerajaan Persekutuan pada Jun 2009 diikuti dengan cadangan sama kepada Pejabat Menteri Besar Selangor pada Januari 2010.
 
Walau bagaimanapun tiada maklum balas diterima sehingga Mac 2012 apabila Kerajaan Persekutuan mengambil keputusan untuk meluluskan cadangan ini dan memberikan pinjaman kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi membiayai projek pembinaan rumah pam tambahan ini yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
 
Dari Mac 2012 sehingga hari ini, pembangunan sistem pam tambahan oleh Kerajaan Negeri Selangor masih di tahap reka bentuk.
 
 
Tuduhan 8
 
Menteri Besar juga membuat dakwaan bahawa SYABAS memberi alasan tidak cukup duit untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik tetapi rakyat Selangor tidak mahu kenaikan tarif air. Kerajaan negeri menurutnya bersedia membaiki kerosakan rumah pam jika SYABAS tiada wang dan keupayaan.
 
SYABAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang menyebut bahawa SYABAS tidak mempunyai wang untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik. Ini adalah rekaan Menteri Besar sendiri.
 
Walau bagaimanapun, sekiranya kerajaan negeri selaku pemegang saham 30 peratus dalam SYABAS ingin membantu dengan menyediakan dana untuk penyelenggaraan alat-alat di rumah pam SYABAS, cadangan ini amatlah kami alu-alukan.
 
 
Tuduhan 9
 
Exco kerajaan negeri, Xavier Jayakumar juga dalam kenyataannya yang disiarkan dalam Sinar Harian turut mengatakan bahawa kerajaan negeri menganggap kelalaian SYABAS merupakan 'pure negligence dan 'criminal in nature' dan menganggap gangguan bekalan air merupakan tindakan sabotaj dan reka cipta oleh SYABAS bagi memburukkan imej Kerajaan Selangor.
 
Menurutnya lagi, SYABAS tidak mampu membekalkan air kepada rakyat dan berpaksi semata-mata atas keuntungan dengan menaikkan tarif dari semasa ke semasa.
 
Sementara itu, ADUN Teratai, Janice Lee menuduh isu air dimainkan media kawalan Barisan Nasional (BN) bagi memburukkan Kerajaan Selangor sedangkan ia adalah kegagalan SYABAS. Gangguan bekalan air menurutnya adalah antara sabotaj UMNO-BN terhadap Kerajaan Negeri Selangor.
 
SYABAS menyangkal semua dakwaan di atas kerana:-
 
1. Kerosakan pada pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti reka bentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memenuhi permintaan bekalan air. Kerosakan ini boleh berlaku dan telah berlaku walaupun disenggara secara berjadual sepanjang masa.
 
2. Isu kekurangan bekalan air terawat telah sekian lama dimaklumkan kepada pihak kerajaan dan diketahui umum dan menjadi satu tajuk perbincangan dalam beberapa tahun ini. Pihak Kerajaan Negeri Selangor sendiri memperakui kesahihan perkara ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemantauan Bekalan Air yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sejak Julai 2012 dan juga cadangan membina loji air dengan teknologi membran dan mengoperasikan semula loji air Bukit Jelutong. Oleh itu, tidak timbul isu gangguan bekalan air ini adalah sabotaj dan reka cipta SYABAS.
 
3. Isu kenaikan tarif yang diperuntukan dalam Perjanjian Konsesi SYABAS (walaupun sehingga kini kenaikan tarif masih ditangguhkan oleh kerajaan negeri) merupakan isu berasingan yang tidak berkaitan dengan kekurangan bekalan air terawat yang perlu ditangani oleh kerajaan negeri dengan menambah kapasiti loji rawatan air. SYABAS hanya pengagih bekalan air yang dibekalkan oleh operator loji rawatan air lantikan kerajaan negeri.
 
4. Isu SYABAS sengaja merekacipta krisis tidak timbul kerana tidak ada seorang pun yang waras akan tergamak melakukannya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kepentingan orang ramai. Ia juga tidak logik kerana SYABAS terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi bagi menguruskan bekalan air alternatif kepada pengguna. SYABAS juga mempunyai rekod statistik yang menyokong kenyataan SYABAS tentang kekurangan bekalan air terawat. SYABAS telah menghantar maklumat tersebut kepada Kerajaan Negeri Selangor menerusi audit yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan juga kepada wakil-wakil kerajaan negeri dalam Lembaga Pengarah SYABAS.
 
 
Tuduhan 10
 
Xavier juga mengatakan pembekalan dan agihan air adalah tanggungjawab SYABAS dan bukan kerajaan negeri seperti termaktub di dalam perjanjian konsesi dan kerajaan negeri sedia menjadi saksi kepada pengguna memfailkan tuntutan terhadap SYABAS.
 
SYABAS menyangkal dakwaan ini dan menegaskan bahawa:-
 
1. Peranan dan tanggungjawab hakiki SYABAS yang diperuntukan dalam perjanjian konsesi adalah mengagihkan air terawat kepada pengguna dan mengutip caj bekalan air daripada pengguna berdasarkan tarif yang digazetkan oleh kerajaan.
 
 2. Air terawat ini dijual dan dibekalkan oleh operator loji yang telah dilantik sendiri oleh kerajaan negeri untuk merawat air termasuk SPLASH, Konsortium Abass dan Konsortium Air Selangor yang mana Kerajaan Negeri Selangor mempunyai saham di dalamnya. Oleh yang demikian, SYABAS tidak bertanggungjawab dalam menentukan atau meningkatkan kapasiti loji rawatan air.
 
3. Daripada aspek penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti dan pembangunan baru sistem infrastruktur agihan air yang dikategorikan sebagai program CAPEX tertakluk kepada kelulusan SPAN yang merujuk kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan.
 
Seperti telah diketahui umum, kelulusan sebahagian besar dari program CAPEX ini telah dibekukan oleh SPAN atas arahan Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2008. Ini bermakna Kerajaan Negeri Selangor telah menghalang SYABAS daripada membuat kerja-kerja penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti, atau pembangunan projek-projek baru sistem infrastruktur agihan air ini.
 
4. Bagi memastikan operasi berjalan seperti ditetapkan dalam perjanjian konsesi, kenaikan tarif air perlu diselaraskan berdasarkan kepada perjanjian konsesi namun perkara ini telah ditangguhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. SYABAS walau bagaimanapun kekal mengurus operasi tanpa kompromi terhadap kualiti perkhidmatan dan penyenggaraan infrastruktur sistem agihan air. Kekangan yang dihadapi daripada pelarasan tarif hanya menyebabkan SYABAS terpaksa menangguhkan sebahagian pembayaran kos belian air dari operator loji.
 
5. Adalah tidak wajar bagi kerajaan negeri yang memegang 30 peratus ekuiti dan mempunyai wakil dalam Lembaga Pengarah SYABAS memberikan galakan kepada pengguna untuk memfailkan saman terhadap SYABAS sedangkan ketidakupayaan dan kekangan yang dihadapi oleh SYABAS adalah disebabkan oleh halangan kerajaan negeri daripada meluluskan projek-projek di bawah program penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti atau pembangunan baru (Program CAPEX) seperti yang dicadangkan.
 
 
Tuduhan 11
 
Xavier juga mendakwa bahawa isu air berlaku disebabkan keangkuhan SYABAS dan SYABAS tidak menghubungi SUK, Datuk Mohammed Khusrin Munawi bagi mendapatkan bantuan lori tangki dari PBT tetapi SYABAS meminta bantuan dari syarikat bekalan air dari luar.
 
1. SYABAS ingin menegaskan bahawa dalam mesyuarat harian Jawatankuasa Khas Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri dan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau wakilnya, perkara ini telah dibincang dan dibentangkan. Oleh yang demikian, tidak timbul isu SYABAS tidak meminta bantuan atau tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri. Oleh itu, kenyataan tersebut adalah tidak benar.
 
2. Walaupun dalam mesyuarat yang diadakan setiap hari, pihak SYABAS telah memaklumkan kepada kerajaan negeri tentang bantuan yang diperlukan bagi meringankan masalah yang ditanggung oleh pengguna, namun bantuan yang diterima tidak seperti yang diharapkan oleh SYABAS. Kerajaan Negeri Selangor menerusi pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), memulakan penghantaran bantuan 4 buah lori tangki hanya mulai 5 Januari 2013 iaitu selepas enam hari kejadian berlaku.
 
Berikutnya pada 7 Januari 2013 (enam buah lori), 8 Januari (empat), 9 Januari (empat), 10 Januari (dua), 11 Januari (10), 12 Januari (13), 13 Januari (10) dan 14 Januari (dua). Penghantaran lori-lori tangki daripada pihak PBT ini tidak tetap dan ada di antara hari-hari yang tiada lori dihantar kepada SYABAS.
 
Selain itu, bantuan yang dihantar oleh Kerajaan Negeri Selangor juga tidak menyeluruh kerana tidak menyediakan sukarelawan dan petugas untuk membantu mengangkat air ke rumah pengguna.
 
Sebagai sebuah negeri yang besar seperti Selangor sepatutnya lebih ramai petugas sukarelawan dan bantuan lori tangki dapat disediakan. Malahan sebahagian lori yang digunakan didapati tidak menepati piawaian kualiti air ditetapkan dan tidak sesuai digunakan untuk membekalkan air. Oleh itu, lori-lori tersebut terpaksa dihantar semula untuk proses cucian dan selepas diuji barulah boleh digunakan.
 
 
Tuduhan 12
 
Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin mendakwa SYABAS tidak mengambil kira perancangan jangka panjang dalam aspek penyenggaraan, sistem naik taraf, pemantauan berkala, sistem sokongan yang lebih efektif dan pengurusan berwibawa.
 
SYABAS menafikan kenyataan ini dan ia tidak benar kerana program penyenggaraan berkala rumah pam ini adalah sebahagian daripada program penyenggaraan tahunan peralatan infrastruktur sistem agihan air terawat yang dimajukan pada awal tahun setiap tahun kepada SPAN untuk kelulusan seperti termaktub di dalam Perjanjian Konsesi SYABAS. Laporan status kerja-kerja penyenggaraan pula dimajukan sekali dalam tempoh enam bulan kepada SPAN untuk pemantauannya.
 
Bagi kerja-kerja menaiktaraf, membaik pulih, mengganti dan pembangunan baru infrastruktur sistem agihan yang melibatkan program perbelanjaan modal (CAPEX), SYABAS telah dihalang daripada melaksanakannya apabila ia dibekukan oleh SPAN atas arahan Kerajaan Negeri Selangor sejak Julai 2008. Berikutan itu, SYABAS hanya dibenarkan untuk menjalankan kerja-kerja kritikal sahaja serta penyelenggaraan rutin, itupun selepas mendapat kelulusan SPAN. Dalam keadaan seperti ini SYABAS seolah-olah terikat tangannya dan tidak banyak yang mampu dilakukan akibat daripada arahan pembekuan ini.
 
Oleh itu, mendakwa SYABAS tidak mengambil kira perancangan jangka panjang adalah tuduhan yang tidak berasas dan tidak adil sama sekali.
 
 
Tuduhan 13
 
Menteri Besar turut mendakwa bahawa gangguan bekalan air membuktikan kegagalan projek penswastaan air kepada syarikat yang tidak berkelayakan dan kompeten.
 
SYABAS menyangkal dakwaan ini dan bertegas bahawa gangguan bekalan air adalah disebabkan kegagalan rumah pam yang telah beroperasi secara 'overload' dalam tempoh yang panjang disebabkan permintaan yang meningkat berterusan. Kegagalan rumah pam ini berfungsi adalah berkait dengan permintaan yang meningkat sehingga menyebabkan rumah pam terpaksa beroperasi melebihi kadar kebiasaannya sementara menunggu bekalan air terawat tambahan yang belum disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
 
Kerajaan negeri atas alasannya sendiri tidak mahu menerima hakikat yang disokong oleh fakta-fakta bahawa negeri Selangor mengalami kekurangan dalam pengeluaran air terawat berbanding permintaan yang meningkat.
 
 
Tuduhan 14
 
Dalam keadaan yang sama, ADUN Teratai, Janice Lee mendakwa bahawa isu masalah air menunjukkan ketidakupayaan Puncak Niaga dan SYABAS mengendalikan pengurusan air kerana krisis ini bukanlah yang pertama kali berlaku di Selangor.
 
SYABAS menyangkal dakwaan ini dan menegaskan bahawa Menteri Besar sendiri dan Kerajaan Selangor telah dimaklumkan semenjak tahun 2005 lagi bahawa permintaan air terawat di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya meningkat iaitu pada kadar 3.5 peratus setiap tahun dan pengeluaran air dari kapasiti loji-loji yang sedia ada telah tidak mencukupi dan sememangnya ada di antara 34 loji sedia ada telah beroperasi melepasi kapasiti reka bentuk.
 
Keadaan bertambah buruk apabila rizab bekalan air yang tinggal pada masa ini adalah lebih kurang satu peratus sahaja. Kerajaan negeri bertanggungjawab menambah kapasiti rawatan air manakala di bawah Perjanjian Konsesi, SYABAS hanya dipertanggungjawabkan ke atas pengagihan air terawat kepada pengguna berdasarkan kuantiti yang dibekalkan oleh operator loji, syarikat konsesi yang dilantik oleh kerajaan negeri bagi merawat dan membekalkan air kepada SYABAS.
 
Kerosakan pada pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memastikan pengguna mendapat bekalan air. Kerosakan ini boleh berlaku dan telah berlaku walaupun ianya disenggara secara berjadual sepanjang masa. Keengganan Kerajaan Negeri Selangor meluluskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan kelewatan dalam membangunkan sistem pam tambahan yang hanya diluluskan pada bulan Mac 2012 menyebabkan SYABAS terpaksa menguruskan rumah pam ini pada tahap 'overload' untuk memenuhi permintaan yang tinggi.
 
Selain daripada itu, tindakan terhadap Puncak Niaga adalah tidak adil sekali kerana Puncak Niaga tidak terlibat dalam isu ini, disebaliknya telah membantu dalam mengoperasikan loji Sungai Langat pada tahap 'overload' sehingga 520 JLH daripada biasa 470 JLH.
 
 
Tuduhan 15
 
Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin seperti disiarkan Sinar Harian mendakwa bahawa SYABAS gagal menyediakan back-up bekalan air yang mencukupi kepada penduduk dan SYABAS tidak mempunyai pelan kecemasan untuk mengatasi masalah ini.
 
Dakwaan tersebut tidak berasas kerana 'back-up' bekalan air wujud dengan adanya kapasiti rizab bekalan air terawat yang mencukupi. Pada masa ini, rizab kapasiti bekalan hanya sekitar satu peratus, jauh lebih rendah daripada paras selesa industri bekalan air (20 peratus).
 
Tanggungjawab bagi menyediakan rizab kapasiti bekalan air terawat yang mencukupi adalah kerajaan negeri, bukannya SYABAS. Situasi di kawasan Gombak dan Kuala Lumpur boleh dielakkan jika bekalan air terawat mempunyai rizab kapasiti yang mencukupi.
 
Pihak SYABAS telah menjalankan tanggungjawabnya seperti yang terkandung dalam perjanjian konsesi. Namun demikian dalam keadaan-keadaan tertentu, SYABAS tidak dapat mengelak daripada berlaku masalah yang mengakibatkan SYABAS tidak dapat menjalankan obligasinya dengan berkesan jika terdapat pihak lain tidak menjalankan tanggungjawabnya.
 
Misalnya jika berlaku pencemaran sungai akibat tumpahan minyak dan loji loji rawatan terpaksa berhenti operasinya, SYABAS tidak dapat menyalurkan air kepada pengguna.
 
Namun sebagai memenuhi tanggungjawabnya SYABAS terpaksa membekalkan air menerusi lori lori tangki bagi memastikan bekalan air sampai kepada pengguna.
 
Namun demikian bukanlah tanggungjawab SYABAS untuk membersihkan sungai daripada tumpahan minyak atau memastikan sungai tidak tercemar. Ia adalah tanggungjawab pihak Kerajaan Negeri Selangor.
 
Oleh itu, adalah tidak adil untuk meletakkan kesalahan ini kepada SYABAS jika dalam isu gangguan bekalan air berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menjalankan tanggungjawabnya.
 
Apatah lagi kerana kerajaan negeri memiliki 30 peratus saham di dalam SYABAS tetapi membiarkan SYABAS berhadapan dengan segala kekangan tanpa menghulurkan sebarang bantuan, sebaliknya hanya mencari kesalahan dan kelemahan SYABAS semata-mata.
 
Sementara itu, semasa krisis ini berlaku, Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning telah diaktifkan oleh SYABAS pada 29 Disember 2012 j pada pukul 8 pagi.
 
Pelan ERP ini yang beroperasi 24 x 7 adalah sekretariat bertindak setempat bagi memantau dan mengurus bekalan bantuan air kepada pengguna yang menghadapi gangguan bekalan air.
 
Bekalan air dihantar kepada pengguna bagi kawasan gangguan kali ini diberikan melalui lori-lori tangki (86 buah) dengan jumlah penghantaran sebanyak 2,891 trip (sehingga 12 tengah hari 12 Januari 2013) dan 287 tangki statik. Walau bagaimanapun, keupayaan pelan tindakan kecemasan adalah terhad kerana mana-mana bekalan air tidak dirancang, direkabentuk dan dibina untuk kegagalan (designed not to fail).
 
 
Kesimpulan
 
Belum pernah terjadi keadaan sebuah kerajaan negeri menghalang kerja-kerja penambahbaikan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada rakyat.
 
Kerajaan Negeri Selangor perlu memikirkan soal kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta meluluskan program-program yang dicadangkan oleh SYABAS untuk kebaikan rakyat. Sikap menyalahkan SYABAS yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat tanpa memberikan bantuan yang sewajarnya selaku sebuah kerajaan adalah umpama baling batu sembunyi tangan
 
* Mohon sebar-sebarkan...

GEMPAR! @NajibRazak ke GAZA hari ini untuk BERJIHAD! Allahuakbar!

Posted: 20 Jan 2013 08:30 PM PST

 
Keratan berita daripada aktivis Pemuda UMNO Kelantan. Satu berita yang agak eksklusif. Kami cuba mengesahkannya melalui sumber lain.
 
 
KLPOS 21 Jan 2013:
 
KUALA LUMPUR, 21 Jan - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melawat Gaza hari ini, dalam apa disifatkan sebagai lawatan yang jarang dilakukan oleh pemimpin asing ke wilayah Palestin yang bergolak.

Najib akan ditemani Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan pegawai-pegawai dalam rangka lawatan satu hari, menurut seorang pegawai di Jabatan Perdana Menteri kepada pemberita namun tidak mahu namanya disiarkan.

Walaubagaimanapun tiada butiran lanjut diberikan mengenai tujuan lawatan, dan satu satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan hari ini.

Malaysia telah lama menjadi pendokong kuat aspirasi rakyat Palestin untuk mewujudkan sebuah negara berdaulat dan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Sewaktu konflik di Gaza November lepas, Najib telah menggesa negara-negara kuasa besar untuk mempengaruhi Israel dan menghentikan apa yang dia disifatkan sebagai pencerobohan tentera terhadap rakyat Palestin.

Perdana Menteri turut berkata Malaysia bimbang mengenai krisis yang tercetus dan bersedia untuk membantu dalam apa jua cara yang mungkin. Beliau juga telah menggesa Hamas, gerakan islam yang mengendalikan pentadbiran di Gaza, untuk mengelak daripada sebarang tindakan yang akan menyebabkan konflik yang lebih memburukkan lagi situasi.
 
 
Terharu betul apabila membaca berita ini. Betapa bersungguh dan beraninya PM kita mempertaruhkan nyawanya demi untuk melawat saudara seagama kita yang kini tertindas  di sana. Malah, kalau gugur di tanah anbiya' akibat kerana Israel menguatkuasakan haknya untuk "mempertahankan diri", sudah tentu beliau akan SYAHID bersama para syuhada sebelumnya. Namun, yang lebih penting, kita harapkan agar lawatan beliau berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. 
 
Itupun masih ada lagi yang tidak henti-henti mentohmah DS Najib dan keluarga dengan pelbagai fitnah dan adu domba. Setidak-tidaknya, pejuang KEBANGSAAN ini telah berjihad di PALESTIN, pemimpin PAS ada?!!
 
 
 
Semoga semuanya selamat DS Najib. Setidak-tidaknya kita tidak perlu terjerit-jerit takbir dan mendabik dada mengaku sebagai pejuang Islam, tetapi nilai bakti terhadap agama langsung tiada. Malah, digadai lagi kesucian Islam itu.
 
Kami rakyat Malaysia mendoakan agar DS sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT dan kembali untuk mengepalai kami memenangi PRU-13 ini dengan jayanya. Jazakallah...

Aura Najib: Amaran jelas rakyat Kelantan untuk Nik Aziz!

Posted: 20 Jan 2013 06:58 PM PST

Rakyat Kelantan mahukan perubahan! Amaran jelas daripada rakyat Kelantan kepada Kerajaan Negeri di bawah PAS. Kedatangan Najib memberikan semangat baru untuk rakyat Kelantan bangkit menolak PAS yang selama ini menjanjikan bulan dan bintang tetapi Kelantan tetap berada di takuk yang lama. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah  mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan jika BN berjaya menang di negeri itu.

Projek terbabit merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan membabitkan 3,000 unit. 
Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air. 


Najib berkata, tujuh projek ini akan juga dimasukkan dalam manifesto BN nanti.

"Ambo (saya) sebut tujuh perkara ini dan hanya sebahagian sahaja dari manifesto. Tidak lengkap lagi.

"Ambo hendak simpan. Nanti ambo datang lagi, ambo umum yang lain. Ambo simpan modal," Kata Najib sambil mendapat tepukan gemuruh rakyat Kelantan.







TUKAR! Acu Test Sepenggal!

Panas! Admin Page "Nik Abdul Aziz Nik Mat" Kantoi Memfitnah!

Posted: 20 Jan 2013 04:34 PM PST




Teramat mudah untuk memfitnah dan menipu… Cukup sekadar mereka-cipta sepucuk surat mengatakan Bible dalam Bahasa Melayu diluluskan oleh Datuk Seri Najib dengan menggunakan kepala surat yang cukup simple… Kemudian  disertakan  dengan tandatangan Datuk Seri Najib maka  sudah cukup membuatkan orang yang melihatnya terus percaya…Fitnah ini lebih kurang sama dengan surat-surat dan memo palsu berkaitan Isu Pampasan Buruh Keretapi Jepun dimana dokumen-dokumen tersebut dipalsukan.

Walau bagaimanapun setiap tipu muslihat itu akan ada kecacatannya. Terdapat beberapa kecacatan pada surat tersebut yang akan  dedahkan. Kecacatan yang cukup mudah membuktikan surat ini adalah surat palsu…




Pertama, surat dirujukkan kepada unit PEMANDU… Apa dia  unit PEMANDU dan apakah fungsi sebenarnya  unit PEMANDU itu?,

Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan @ PEMANDU ditubuhkan dengan rasminya  pada 16 September, 2009 yang  merupakan satu unit di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri. Tujuan utama dan objektif PEMANDU adalah menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahcara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan secara keseluruhannya menyelia Indeks Prestasi Utama (KPI) semua Menteri.
Pengerusi bagi PEMANDU ialah YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi portfolio Perpaduan Kebangsaan dan Pengurusan   Prestasi. Jawatan sebagai Naib Pengerusi dan Ketua Eksekutif pula disandang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato' Sri Idris Jala. 
Sementara tanggungjawab penyampaian menyeluruh untuk keberhasilan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) bergantung kepada Menteri yang berkaitan, dan kejayaan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bergantung kepada sektor swasta. PEMANDU telah diberi mandat untuk menjadi pemangkin perubahan dalam penyampaian sektor awam dan swasta, menyokong kementerian dalam proses perancangan penyampaian dan menyediakan pandangan bebas berkaitan dengan prestasi dan kemajuan kepada Perdana Menteri dan menteri-menteri. 
Melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam NKEA, PEMANDU telah ditugaskan untuk memudahcara pelaksanaan Projek Permulaan (EPP) dan Peluang Perniagaan (BO) yang telah dikenalpasti untuk memastikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Untuk membolehkan PEMANDU menjalankan tugasnya dengan lebih efektif, sumber manusianya menggabungkan kepakaran yang terbaik dari sektor swasta dan juga perkhidmatan awam.

LIHAT… Di sini terdapat satu kecacatan yang terdedah… Fungsi PEMANDU tidak ada kena mengena langsung dengan isu bible Bahasa Melayu … Jelaslah bahawa  ianya satu bentuk fitnah…Fitnah yang menjadi satu makanan ruji pembangkang di Malaysia.

Sementara itu kepala surat juga terlalu ringkas yang hanya mempunyai jata negara dan perkataan Prime Minister Malaysia… Sepatutnya kepala surat rasmi kerajaan selain mempunyai jata negara, ianya juga memaparkan alamat pejabat yang mengeluarkan surat tersebut.

Manakala kecacatan yang lain ialah  tulisan tangan 'Dear Bishop Ng,', seolah-olah ianya tertinggal dan tergesa-gesa membetulkan dengan menulisnya secara tulisan tangan. Adakah beginikah bentuk-rupa Surat Rasmi seorang Perdana Menteri? Dan ditambah lagi dengan perkataan 'Dear Bishop Ng,' yang amat jarang digunakan dalam surat-surat rasmi… Sepatutnya digunakan 'Attn: Bishop Ng'. Malah di atas tandatangan Datuk Seri Najib juga terdapat perkataan 'Yours sincerely,' ataupun 'Yours truly.'; juga teramat jarang digunakan dalam surat-surat rasmi kerana ia biasa digunakan dalam surat tidak rasmi. Kebiasaannya dalam surat rasmi Jabatan Kerajaan akan diletakkan motto sebagai contoh, 'Majulah Sukan Untuk Negara', 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat', 'Berkhidmat Untuk Negara' dan diikuti dengan 'Saya Yang Menurut Perintah' yang menandakan semua kakitangan awam menurut titah perintah SPB YDP Agong dalam menjalankan tugas.
'

Lihat salah satu contoh surat rasmi di bawah…




Jelas sekali surat yang didakwa dari Datuk Seri Najib itu merupakan  satu rekaan fitnah semata-mata… Tujuannya hanya satu, untuk membuat korner baring yang terbaring-baring terguling-guling diatas isu penggunaan kalimah Allah dalam bible… Ia bertujuan  mengalihkan perhatian rakyat terhadap kelemahan pemimpin parti tersebut. Maka dengan cara ini, rakyat akan mengalihkan perhatian dari isu penggunaan kalimah Allah dalam bible oleh oleh Pakatan Rakyat. Betapa hinanya puak-puak ini terutamanya Pas yang sedang bersilat sesama sendiri. 



@mbnizar fitnah Jepun pulak?

Posted: 20 Jan 2013 04:00 AM PST



Mantan MB Perak, Nizar, come n show what ur made of!! tunjukkan pada Jepun dan rakyat Malaysia bukti pampasan RM207 billion tuh kalau anda memang betul! ^_^

Azmin Ali menghina #PAS ?

Posted: 20 Jan 2013 12:02 AM PST


Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad menyelar tindakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang mempertikaikan pendirian Majlis Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Malah, Ismail mendakwa Azmin tidak berhak untuk mencampuri urusan dalaman PAS memandangkan parti itu tidak pernah mempertikaikan sebarang keputusan yang dibuat PKR meskipun ada di antaranya yang tidak disenangi.

Menurut Ismail, walaupun berpendapat tindakan ahli Parlimen Gombak itu sebagai tidak wajar, namun ia bukanlah sesuatu yang asing memandangkan Azmin dan rakan pimpinan dalam PKR sentiasa menolak Islam dan juga pandangan para ulama.

"Kenyataan YB Azmin Ali yang mempertikaikan pendirian tegas dan jelas yang lagi bersifat syarak oleh Majlis Syura Ulama PAS itu adalah tidak wajar. Azmin tidak wajar mempertikaikan keputusan tersebut," katanya.

"Ini adalah logik bagi Azmin dan parti beliau kerana mereka ini adalah sentiasa menolak Islam dan juga pandangan ulama-ulama," ujarnya.

"Beliau juga tidak berhak campur tangan dalam urusan parti PAS kerana PAS mempunyai dasar, mempunyai prinsip (dan) mempunyai organisasi yang tersendiri sepertimana PAS juga tidak mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh PKR walaupun PAS tidak senang," katanya kepada Antarapos.

Tindakan Azmin itu juga tegas beliau bercanggah dengan konsep demokrasi yang diperjuangkan partinya sendiri dengan tidak menghormati keputusan dalaman PAS yang terang-terang tidak mempunyai kaitan dengan Pakatan Rakyat (Pakatan).

"Pendirian Azmin yang mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama PAS adalah bercanggah dengan semangat demokrasi yang mereka konon memperjuangkannya. Mereka patut menghormati keputusan dalaman PAS yang tiada kena-mengena dengan Pakatan," katanya.

Justeru, Ismail mahu PAS mempertimbangkan semula kerjasamanya dengan rakan sekutunya khususnya DAP yang tidak henti-henti melakukan provokasi terhadap umat Islam sekaligus menghina para ulama termasuk anggota PAS sendiri.

Menurutnya lagi, beliau khuatir PAS hanya akan menjadi 'pak turut' sekiranya ditakdirkan pakatan pembangkang mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 akan datang.

"Kenyataan Azmin sebenarnya menghina ulama Islam seluruhnya kerana pendirian yang bersifat syarie itu, malah menghina seluruh anggota PAS. Oleh yang demikian, PAS perlu menilai semula hubungan mereka dengan PKR dalam Pakatan.

"Dalam keadaan Pakatan tidak mempunyai kuasa memerintah negara ini, tetapi sikap bengis PKR terhadap PAS ternyata dengan kenyataan ini. Saya bimbang sekiranya mereka berkuasa, mereka mendirikan kerajaan, saya bimbang PAS akan hanya menjadi hamba abdi kepada PKR seperti mana yang berlaku sekarang ini.

"Oleh yang demikian saya sangat-sangat menyeru supaya PAS menarik diri daripada Pakatan kerana penghinaan PKR yang berterusan. Kenyataan YB Azmin Ali bukan sekali dua menghina pemimpin dan PAS..dan ini paling serius kerana keputusan Syura Ulama PAS ini bertepatan dengan kehendak syarak," tegas beliau.

Cadangan pemimpin tertinggi PAS itu dilontar dua hari selepas PKR menolak pendirian Majlis Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan partinya hanya menerima perakuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa bukan Muslim boleh menggunakan kalimah itu.

Perakuan Hadi itu diangkat sebagai pendirian rasmi Pakatan Rakyat susulan desakan DAP mahukan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible Bahasa Melayu yang digunakan di Semenanjung.

Tuntutan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu ditegur oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang bertitah bahawa kalimah Allah hanya untuk penganut Islam.

Credit to Antarapos

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 20 Jan 2013 09:40 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Video Yang Pasti Buat Ambiga Marah Marah

Posted: 20 Jan 2013 07:00 PM PST

Harun Taib Lebih Berani Dari Presiden & Mursyidul Am PAS

Posted: 20 Jan 2013 05:04 PM PST



#Listen Listen Listen Syarifah Zahora Menjawab Bawani

Posted: 20 Jan 2013 03:00 PM PST






Mahukah Azmin Ali Tunduk Dengan Kenyataan Haron Din Ini?

Posted: 20 Jan 2013 08:00 AM PST



Ini Buktinya : Bible Bahasa Melayu Sudah Masuk di Pulau Pinang

Posted: 20 Jan 2013 12:30 AM PST


Pendedahan dibuat oleh lelaki ini sambil menunjukkan gambar dua orang lelaki yang dipercayai mengedarkan Bible tersebut di Pulau Pinang. Apa tindakan yang perlu diambil oleh Exco Agama Islam Pulau Pinang dalam isu ini?

tok gajah

Posted: 20 Jan 2013 09:35 PM PST

tok gajah


DAP pembawa tuah atau sial kepada PAS ............

Posted: 20 Jan 2013 08:39 PM PST


Kan Tok dah kate, DAP ni memang kurang ajo! Baru berkuase dalam sebuah negeri dah berani menyalak gunung. Ucapan Lim Guan Eng mahukan kalimah Allah di gune pakai dalam bible semase menyambut hari perayaan krismas yang lalu tersangat menyayat hati kaum Islam di seluruh Malaysia.

Tok yakin semue ahli2 dan penyokong2 PAS terkedu dan terkilan apebile ketua menteri P Pinang tu membangkitkan isu yang dah tentu menguris hati kaum Islam. Tok yakin beliau sedar dan tahu akan akibat nye apebile bersuare demikian. Ucapan nye itu adelah satu cabarab kepade umat Islam bukan sahaje di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

Tok rase sangat sedih apebile ade dikalangan pemimpin2 PAS yang bersetuju dan menyokong kehendak DAP tu. Alasan yang diberikan oleh pemimpin2 PAS yang menyokong tu sangat lemah dan terlalu umum. Hanye ahli2 dan penyokong2 PAS yang kurang bijak sahaje yang boleh terime nye.

Walaupun Tok tak mengaji tinggi dalam Islam, tapi Tok masih 100% tidak akan menyokong cadangan PAS tu. Ini bukan nye kerane Tok penyokong totok UMNO, tapi atas dasar kesedaran.

Sekarang nampaknye pemimpin2 PAS yang menyokong tu dah kone baring pule, mereke dah menyetakan seolah2 tidak bersetuju pule. Banyak kemungkinan kenape pemimpin2 PAS yang menyokong tu buat kone baring. Pertame atas desakan majlis syura ulama PAS, kedua hampir semua ahli2 dan penyokong PAS telah menentang nye.

Bagi Tok, walaupun pemimpin2 PAS tu dah buat kone baring, tapi masih lagi ade banyak keraguan tentang keikhlasan pemimpin2 PAS itu. Perbuatan kone baring tu se mate2 untuk menghadapi PRU13 yang hampir tibe. Mereke takut kehilangan sokongan dari kaum Islam. Tok yakin perbuatan kone baring oleh pemimpin2 PAS tu hanye satu sandiware dan lakunan untuk mengelapkan mate dan menulikan telinge ahli2 dan penyokong2 nye sahaje.

Kalau lah umat Islam di Malaysia masih sayangkan agama Islam nye, jangan terpedaye dengan sikap berdolak-daleh pemimpin2 PAS itu. Marilah kite same2 menghapuskan PAS yang telah bersengkokol dengan DAP yang anti Islam tu. PAS memang membawe sial kepade agama, bangsa dan negare!

Kini di Indonesia tidak mustahil ianye akan berlaku di Malaysia ...................

Posted: 20 Jan 2013 07:50 AM PST

Perkara ini sedang berlaku di Indonesia. Sekarang kite sedang berhadapan dengan pejuang2 agama kristian yang ber sungguh2 mahu kan kalimah Allah di gune pakai ke dalam bible versi bahasa melayu. Selepas mereka berjaya, mereke akan mengujudkan bible dalam bahasa arab pule seperti yang sedang berlaku di Indonesia.

Tok rase jike Pakatan Rakyat berkuase, pasti misi mereke akan tercapai, kerane tiade siapa yang berani menghalang nye. PAS dan PKR terpaksa akur dengan kehendak2 DAP demi kepentingan kuasa politik nye.

VDO klip ni mempersembahkan tilawah bible dalam bahasa arab di Indonesia............
video ini hanyalah sebahagian kecil dari potongan video sebenar yg menunjukkan bagaimana pelajar2 S2 di sekolah tinggi teologi itu membuat kajian tentang agama Islam bagi tujuan menyesatkan umat Islam. Video ini sungguh panjang (2 VCD) dan membongkar semua aktiviti2 umat Kristiani terhadap umat Islam. Agama Kristen memang berasal dari Timur Tengah tetapi di sekitar Jerusalem yg berbahasa Hebrew dan Aramaic bukannya bahasa Arab, jestru mengapa belajar Arab? Tentu mahu menggangu iman umat Islam.

Musuh Islam nombor satu ...............

Posted: 20 Jan 2013 04:35 AM PST


SUNDAY, JANUARY 20, 2013

Karpal Singh Harus Memahami PASOleh Mohd Sayuti Omar


Dalam demokrasi yang membenarkan kebebasan bersuara hatta kepada mereka yang gagap, sengau ataupun telor semuanya boleh bersuara. Itulah demokrasi yang difahami dan dituntut. Walaupun suara yang disuara itu jelas bertentangan dengan nilai diri ataupun wujud konflit tetapi kerana atas nama kebebasan ia boleh dilakukan.

Atas dasar itu jugalah Pengerusi DAP Karpal Singh terus bersuara bagi memenuhi erti dan makna demokrasi tadi. Beliau tidak langsung cuba memahami atau pun menghormati hak-hak orang lain. Justeru beliau mahu memujuk Presiden Pas Abdul Hadi Awang supaya mengkaji semula keputusan majlis syura ulama mengenai kalimah Allah.............

Sekarang Tok nak buat sikit ulasan tentang posting kat atas ni. Tok memang dari dulu2 lagi dah tak suke tengok muke malaun ni. Bukan aje Tok mungkin semua umat Islam mesti mengutuk orang tua ni, sebab nye die ni anti Islam. Dia sanggup mati kalau PAS mahu melaksanakan hukum Hudud dan menjadikan Malaysia sebagai negara Islam.

Sekarang orang tua ni dah terkehel sebab PAS dah kona baring tentang sokongan nye terhadap penggunaan kalimah Allah oleh orang kristian dan bible dalam bahasa melayu. Tentang PAS yang dah buat kona baring tu Tok selut dan tabik 10 kali, terutame nye kepade majlis Syura Ulama PAS. 

Sekarang Tok nak tengok lehat sama ada PAS akan kona baring sekali lagi apebile si Karpal ni suruh Presiden PAS Haji Hadi Awang supaye mengkaji semule keputusan majlis Syura Ulama PAS. Kalau lah pempmpin PAS sanggup mengubah keputusan nye sekali lagi Tok anggap PAS memang dah jadi kerbau cocok idung DAP.

Inilah masa nye bagi PAS untuk membuktikan bahawa parti itu tidak dipengaruhi oleh mana2 pehak same ade DAP atau pun PKR. 

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 20 Jan 2013 09:15 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


TAKDE SELINDUNG, STRAITS TIMES SINGAPURA BALUN BN TERANG-TERANGAN !

Posted: 20 Jan 2013 06:42 PM PST

BENARKAH HARON DIN SEBENARNYA SEORANG PENAKUT ??

Posted: 20 Jan 2013 11:09 AM PST

STRAITS TIMES MENERUSKAN DENDAM KESUMAT TERHADAP TUN M !

Posted: 20 Jan 2013 02:36 AM PST

KHAS UNTUK ANAK MELAYU DI MALAYSIA.

Posted: 19 Jan 2013 11:36 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 20 Jan 2013 03:12 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS


GEMPAR!! LGE DAP ANJUR MAJLIS BERKHATAN BERAMAI2!!!

Posted: 20 Jan 2013 06:12 AM PST

"Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura. Saya merayu kepada Abdul Hadi agar dapat menentukan semula pendirian Majlis Syura ini," demikian rayu Karpal Singh. 

Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali pula berkata, "pihaknya berpegang kepada pendirian dibuat oleh Hadi pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan pada 8 Januari lalu".

Nik Aziz secara tegas, mahu semua pihak termasuk pemimpin PR menerima keputusan Majlis Syura Ulama iaitu kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Jurublog pula berpendapat, "ke tiga-tiga orang ini hanya sedang melakonkan watak masing-masing untuk memastikan penyokong dan pengikut masing-masing terus kekal bersama pakatan". 

Karpal mewakili pendirian keseluruhan pengundi bukan Islam. Azmin pula mewakili golongan pengundi Islam dan bukan Islam yang liberal dan boleh apa saja. Manakala Nik  Aziz mewakili pengundi yang sangat sensitif dengan hal-ehwal Islam. 

Demi undi, jurublog tidak terkejut jika PAS mengambil ketetapan keluar pakatan menjelang PRU 13 di atas "persefahaman sulit yang dicapai antara parti-parti gabungan pakatan", jika kaedah itu berupaya menambah undi secara pukal dari semua penganut agama.

Cuma mereka perlu pastikan jangan bertembung 3 penjuru dalam PRU nanti. Percaturan "bergaduh olok-olok" ini mungkin boleh memberi impak berganda kepada kekuatan mereka untuk berhadapan dengan BN secara "one to one" di setiap kawasan. 

Yang penting, DAP dapat sokongan bukan Islam. PAS dapat sokongan Islam melayu. PKR pula menahan lukah di pergentingan. Masing-masing di undi oleh kaum dan penganut agama masing-masing disebabkan keberanian "bergaduh olok-olok" dalam isu kalimah Allah.

Penyokong PAS akan buang undi kepada DAP di kawasan yang ditandingi DAP, manakala penyokong DAP akan undi PAS di kawasan yang ditandingi PAS. Di kawasan yang ditandingi PKR masing-masing akan sokong PKR. Semua ini boleh dilakukan kerana yang paling utama bagi mereka bukan isu kalimah Allah. Isu kalimah Allah hanya sebahagian dari "game plan" mereka untuk menyamun undi.

Boleh kerat kuku, penyokong PAS ini sebenarnya lebih benci kepada UMNO daripada benci kepada sikap Karpal dan DAP yang memanipulasi nama Allah. Keimanan mereka berdasarkan keyakinan kepada "kuasa politik" dan bukan keyakinan kepada "Yang Maha kuasa". Mereka sebenarnya lebih cintakan kuasa dari cinta kepada Yang Maha Kuasa.

Kalau tidak masakan tempua bersarang rendah. Kalau tidak masakan lari ikut pintu belakang dan mengelak dari soalan wartawan.

Kedayusan mereka untuk berpegang sepenuhnya kepada keyakinan kepada Allah yang Esa telah menyebabkan rakan DAP yang kononnya sudah diberi kefahaman tentang Islam sebenar, akhirnya lebih berjaya mendakwahkan dakyah Kristian kepada mereka secara halus.

Hajat PAS, nak jadi "tok mudim" kepada DAP yang konon semakin dekat dengan Islam. Akhirnya tok mudim PAS sendiri yang kena "sunat" kali ke-2 dek DAP.

ANWAR : MAHATHIR JELAS NYANYOK!!!

Posted: 19 Jan 2013 07:57 PM PST

Semalam Mahathir menjelaskan bahawa BN dianggap tewas pada PRU13) sekiranya mereka masih gagal memperoleh kemenangan 2/3 sepertimana disaksikan pada tahun 2008.

Beliau menegaskan walaupun BN masih menang, namun kemenangan tersebut disifatkan "kosong" kerana sebuah kerajaan yang berwibawa memerlukan kemenangan majoriti besar dalam Dewan Rakyat.

Menurutnya, dalam sistem demokrasi, kerajaan yang lemah amat mudah diserang dan kekuatan mereka akan terus merosot jika tidak berani bertindak.

"Untuk menghadapi PRU13, pemimpin-pemimpin kena berani menonjolkan diri, jangan takut, jika terus takut maka kerajaan akan terus diserang dari pelbagai penjuru... Sedutan dari blog Gelombang rakyat

Kepal Nasi; Hanya nak komen bab "orang tua nyanyok".

Sekali lagi Tun M berkata benar. Dalam banyak-banyak pemimpin tua, Tun M lah satu-satunya yang masih berkeupayaan menilai sesuatu dengan pandangan "di luar jangkaan".

Ramai pemimpin yang lebih muda dari beliau sudah mencapai tahap "nyanyok" pada usia awal.

Sesiapa yang menggelar "Tun M sudah nyanyok", adalah mangsa "nyanyok" yang sebenar. Dunia luar masih mengiktiraf kehebatan pandangan Tun M, mereka boleh kata pulak Tun M "nyanyok". 

Mereka tidak sedar mereka yang menuduh Tun M nyanyok, tapi merekalah sebenarnya yang telah "dinyanyokkan" oleh Allah pada usia awal.

Antara bukti nyanyok yang mereka lakukan ialah;

1. Waktu pagi menghalalkan penggunaan Kalimah Allah, lewat petang mengharamkannya kembali. Ini dilakukan oleh orang tua nyanyok PAS.

2. Anwar pulak mengalami penyakit "nyanyok kekal". Itu sebab dia tiada masalah langsung untuk menganut fahaman pluralisma agama. Dia yang mahu kalimah Allah ini dikongsi bersama atas tujuan untuk "memborong undi rakyat" dalam PRU. Dia cuba samun undi rakyat dengan cara "tipu penggunaan nama tuhan Allah". 

DAP dan PKR berani "beri amaran" kepada PAS supaya jangan "bikin rosak ana punya programmmmm', samun undi rakyat" adalah kerana dibelakangnya ada "ketua umum penyamun undi rakyat". 

3. Lain-lain symptom nyanyok kekal yang dialami oleh Anwar di atas kurniaan Allah ini, antaranya ialah;

 3a. Muka@wajah yang semakin hilang seri dan berserabut. Kalau
      benar Tun M nyanyok, pasti Tun M layak dianugerahkan "muka
      orang nyanyok yang paling sehat dan berseri seluruh alam".

 3b. Boleh buat muka selamba @ muka 44, melalui kehebatannya
      berpidato menafikan segala perbuatan sumbangnya yang
      telah pun dibuat "pra-tayangan" di dunia maya sebelum
      ditayangkan sepenuhnya oleh Allah swt di padang awam mahsyar. 

 3c. Symptom "muka selamba 44" sewaktu bercakap seperti ini boleh 
     dilihat di Tanjung Rambutan. Jika anda pergi melawat pelatih
     Tanjung Rambutan, anda boleh saksi dan dengar kehebatan 
     berpidato yang setaraf dengan Anwar. Di sana anda akan dengar
    "pidato ikut sedap mulut". 

Jika anda berada di sana anda seperti berada di depan Bas bergerak Anwar. Bukan saja anda akan dengar pidato minyak free, tol free atau pendidikan percuma. Anda akan dengar pidato  "Bagaimana untuk hidup dan makan secara percuma". 

Pelatih ini juga pandai sebut berbillion dan bertrillion duit Petronas disonglap oleh warden asrama.

Pelatih ini juga akan cakap "sayur petola dan terong telunjuk" yang mereka tanam di pusat ini mampu menjana pendapatan negara dan wang inilah yang akan menampung pendidikan secara percuma dan menghapuskan hutang PTPTN yang sudah menjangkau lebih 40 billion.

Jika anda pun turut terpesona dengan janji golongan nyanyok kekal ini, anda pun samalah nyanyok..hehe. 

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 20 Jan 2013 03:03 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Pelajar perempuan dinoda ayah dan tujuh rakan sekelas

Posted: 20 Jan 2013 02:31 PM PST

Gambar hiasan
Sabak Bernam: Diperkosa bapa kandung ketika berusia lapan tahun dan dirogol beramai-ramai oleh kenalan lelaki membuatkan gadis ini membenci lelaki.

Menurut Ally, 19, rasa hormatnya kepada kaum Adam makin menipis setiap kali dia mengingati kenangan pahit itu.

"Saya benci berada dekat lelaki. Membayangkan kejadian saya diperkosa dan didera bapa sebelum kenalan rapat pula menjadi dalang rancangan rogol beramai-ramai membuatkan saya jijik dan benci pada lelaki.

"Semua lelaki mempunyai pemikiran sama biarpun saya cuba menafikannya berkali-kali. Mungkin saya tak bernasib baik dikelilingi lelaki bernafsu binatang," katanya.

Menceritakan kembali saat dirinya diperkosa bapa sendiri, Ally berkata, bapanya penagih dadah yang bercerai dengan ibunya ketika dia berusia enam tahun.

"Satu hari ayah datang menjemput saya pulang sebaik tamat sekolah. Ayah kata saya perlu tinggal bersamanya dan saya bersetuju kerana dia bapa kandung saya. Bagaimanapun, sepanjang beberapa bulan dengannya, saya didera dan kemuncaknya saya dirogol.

"Meskipun masih mentah, rasa malu diperlakukan kurang sopan oleh bapa sendiri dirasai ketika itu. Malah, rasa sakit ketika diratah sepuas-puasnya ayah masih terbayang hingga kini.

"Tiada langsung rasa simpati, sebaliknya ditampar setiap kali menangis ketika minta bapa melepaskan saya. Paling saya tidak tahan, dia mencucuh puntung rokok pada kemaluan saya," katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia bernasib baik apabila diselamatkan bapa saudara sebelah bapanya ketika hampir dijual untuk melangsaikan hutang judi si ayah.

"Mujur pak cik menemui dan menyelamatkan saya," katanya.

Tidak cukup dengan penderitaan dirogol bapa sendiri, hidup Ally semakin kelam apabila diperkosa beramai-ramai akibat perangkap kenalan lelaki ketika masih belajar di sekolah menengah.

"Saya terlalu naif apabila sekali lagi meletakkan kepercayaan pada lelaki. Saya terperangkap dengan sandiwaranya. Dia begitu baik dan sering membantu saya ketika dalam kesusahan, tetapi kemudian sanggup berpakat dengan beberapa rakannya untuk merogol saya.

"Bukan seorang, tetapi tujuh lelaki memperkosa saya berkali-kali tanpa belas kasihan," kata penghuni Rumah Perlindungan Baitul Ehsan, di sini.

DS Anwar 'dibodohkan' dalam twitter berikut isu hantu di UiTM #Lendu

Posted: 20 Jan 2013 07:33 AM PST

Nampaknya…dari sesuatu yang menyeramkan…isu hantu dan kes rasuk di UiTM Lendu, Melaka sudah ada sedikit unsur-unsur lawak politik.

Bila sebut hantu…dan dipolitikan…sudah tentu ada yang akan melawak dengan mengaitkan aspek pengundi hantu.

Itulah yang berlaku apabila sebuah akaun parodi Twitter – Marian Hetro ?@mhetromy cuba melawak kes rasuk di UiTM Lendu dengan menggunakan status berikut:

PRU13: Bersih mahu SPR siasat dakwaan pengundi hantu di UiTM #Lendu.

Marian Hetro

Hashtag yang digunakan adalah #Lendu yakni salah satu hashtag yang trending beberapa hari lalu ketika UiTM di Melaka itu dikatakan dilanda kes histeri dan rasuk seperti yang dilaporkan Mynewshub.

(Baca: Kisah Rasuk UiTM Lendu Trending Di Twitter)

Yang lawaknya…Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memiliki hampir 233,000 pengikut di akaun Twitternya, memilih untuk respon kepada dakwaan yang dibuat @mhetromy apabila ada pihak mention tweet itu kepada beliau.

Gaya bahasa siap ada ! …macam marah aje…cuba tengok:
Mungkin Anwar ingat ia adalah tweet akhbar terkuat negara ini, Harian Metro kot.

Sabar datuk seri…kalau ada hantu kat UiTM Lendu pun…mungkin diaorang pun tak faham RCI dan Pati kat Sabah itu apahal. Pasal hantu tak perlu hendak pohon Mykad…

Sebagai seorang yang bercita-cita besar nak jadi Perdana Menteri, tak perlulah respon kepada akaun parodi dari ratusan ribu akuan yang menjadi pengikut datuk seri.

Punya ramai-ramai…boleh yea datuk seri respond pada lawak pengundi hantu dan hantu UiTM Lendu…

Menarik jugaklah bila Anwar Ibrahim pun boleh terpalit sikit isu hangat rasuk di UiTM Lendu….

- mynewshub

Uji Rashid ada masalah - Ramli MS

Posted: 20 Jan 2013 07:00 AM PST

PETALING JAYA:Kegagalan penyanyi Uji Rashid untuk memenuhi beberapa kriteria sebelum membuat persembahan dalam Anugerah Juara Lagu ke 27(AJL27) pada 6 Januari lalu bagi menggantikan Yuna menjadi faktor kenapa beliau terpaksa digugurkan dalam acara tersebut.

Perkara itu didedahkan oleh Datuk Ramli MS yang diberi tanggungjawab memimpin persembahan pada malam berkenaan sebagai Pengarah Muzik.

"Ketika mengadakan raptai persembahan, saya dapati Uji gagal untuk memenuhi beberapa peringkat "bunyi" yang ditentukan.

"Ia adalah berpunca daripada masalah kesihatan yang dihadapinya dan jika dia diberi peluang juga membuat persembahan, pelbagai risiko besar berkemungkinan akan berlaku.

"Pihak jurutera yang terlibat dalampersembahan berkenaan juga enggan menanggung masalah," katanya sepertidisiarkan dalam program Melodi pada Ahad.

Beliau diminta menjelaskan kemelut Uji Rashid dan TV3 yang masih belum reda apabila penyanyi itu kecewa kerana digugurkan pada saat-saat akhir untuk mempersembahkan lagu Terukir Di Bintang bagi pihak Yuna yang ketika itu berada di Amerika Syarikat atas urusan album.

Pengguguran Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al-Rashid itu telah digantikan oleh Aizat. Lagu berkenaan akirnya diumumkan sebgai Juara Lagu AJL27.

Uji sebelum ini mendakwa perbuatan TV3 itu tidak berhemah kerana mereka telah memalukan beliau di depan orang ramai.

Malah stesen itu juga dikatakan bersikap kurang sopan kerana masih tidak memohon maaf terhadap perbuatan tersebut sehingga menarik perhatian Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi yangturut kesal dengan kejadian itu.

Ramli memberitahu berdasarkan kepada penelitiannya terhadap ketidakupayaan Uji untuk membuat persembahan itu, beliau telah memberi nasihat kepada pihak TV3 untuk diputuskan.

"Selepas menilai suara dan keupayaan Uji, saya terangkan kepada pihak TV3 beberapa perkara tertentu dan terpulanglah kepada mereka untuk membutat keputusan (sama ada terus menggunakan khidmat Uji ataupunmenggantikan dengan orang lain)," katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar dalam reaksinya menerusi rancangan hiburan itu berkata, pengguguraan Uji dibuat dengan cara berhemah apabilapihaknya memanggil penyanyi itu untuk memaklumkan keputusan berkenaan.

Katanya, satu perbincangan telah diadakan di dalam sebuah bilik yag dihadiri oleh beberapa pihak dan keputusan itu juga telah dipersetujui oleh pihak pengurusan Yuna sendiri.

"Kami telah panggil dia (Uji) di dalam bilik dan kami jelaskan kepadanya beberapa perkara termasuklah sebab-sebab keputusanmenggugurkannya dibuat," ujarnya.

Mstar Online

@afdlinshauki mungkin digam stesyen TV, PDO buat lawak kontroversi suam-suam kuku!

Posted: 20 Jan 2013 05:01 AM PST

Pahang Daily Online (PDO) hari ini mengeluarkan satu artikel kontroversi, yang dia sendiri harapkan jadi kontroversi dengan mengatakan Afdlin Shauki mungkin akan digam stesyen TV akibat menggunakan lawak Listen, listen, listen dalam persembahannya bersama Boboi dalam Maharajalawak Mega 2012.

Alasannya lawak Afdlin akan memalukan kerajaan kerana Afdlin adalah orang UMNO. Boleh baca artikel kontroversi yang tak berapa kontroversi dari mereka di SINI.

Heh! Kesian betul PDO ni, sudah penuh di ruangan internet, facebook, twitter berkenaan Sharifah Zohra yang tidak ada kena mengena dengan UMNO dan juga pendirian kerajaan, lagi nak mensasikan isu kebudak-budakan ni...

Be matured la..

Layan la persembahan terbaik BoBoi

Hanya 6 guru mohon kebenaran aktif berpolitik

Posted: 20 Jan 2013 04:01 AM PST

JOHOR BAHRU - Kementerian Pelajaran hanya menerima enam permohonan dari pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 untuk melibatkan diri dalam politik.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, permohonan kurang memberangsangkan itu berkemungkinan disebabkan mereka bimbang dikenakan tindakan sekiranya terlibat dengan aktiviti sedemikian.

"Mungkin mereka (guru) takut dedahkan identiti sedangkan mereka tidak perlu ragu-ragu kerana kerajaan tidak akan mengambil tindakan.

"Contohnya, tiada tindakan diambil terhadap pelajar yang aktif berpolitik selepas pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dilakukan.

Jadi, sebaik-baiknya, minta kebenaran jika hendak berpolitik dan jangan bawa hal politik ke dalam sekolah," katanya kepada pemberita selepas menutup Forum Bual Bicara Strategik Penyatuan Umat Islam Bersama Pesara Guru Negeri Johor, di sini, hari ini.

Mulai 1 Ogos 2010, kerajaan membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 membabitkan diri dalam politik dengan syarat kebenaran rasmi perlu dibuat terlebih dahulu.

Beliau berkata, kebenaran berpolitik dengan syarat tidak memegang jawatan penting seperti pengetua dan pegawai pelajaran itu bertujuan melahirkan lebih ramai pelapis pemimpin selain melambangkan tugas guru sebagai pemimpin bukan sekadar di bilik darjah tetapi di peringkat masyarakat.

Sementara itu, Mohd Puad berkata, dialog Kabinet berkenaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan diadakan 30 Januari ini bagi membincangkan mengenai pelaksanaannya.

Dialog itu, katanya, merupakan sesi terakhir perbincangan sebelum pelan tersebut dikemukakan kepada kabinet untuk diluluskan.

September lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara.

Antara yang digariskan adalah menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa, memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris, membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni dan menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan.

Mengenai perbuatan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Taman Ungku Tun Aminah, dekat Skudai, Johor Baharu menawarkan diskaun yuran komputer bagi menggalakkan ibu bapa membayar yuran terbabit menggunakan wang Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100, beliau berkata arahan sudah dikeluarkan kepada Jabatan Pelajaran
Johor untuk menyiasat dan mengenakan tindakan sewajarnya terhadap sekolah itu.

Beliau berkata, perbuatan itu melanggar pekeliling yang dikeluarkan dan kementerian tidak mahu perbuatan seumpama itu dijadikan isu oleh ibu bapa para pelajar.

- Bernama

Pengguna rokok elektronik terdedah pelbagai penyakit kronik

Posted: 20 Jan 2013 03:00 AM PST

BENTONG - Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 353 pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah bagi kawasan Parlimen Bentong di sini, hari ini.

Liow berkata sekalipun salah, namun penjualan rokok e-elektronik itu sukar dikawal berikutan orang ramai didapati melakukan pembelian menerusi internet.

"Rokok e-elektronik atau e-rokok ini kononnya bertujuan membuang tabiat merokok secara beransur-ansur, tanpa disedari mereka yang menggunakannya terdedah kepada kepada pelbagai jenis penyakit kronik," katanya.

Pada perkembangan berkaitan, Liow yang juga anggota Parlimen Bentong berkata kerajaan menyediakan peruntukan yang besar dalam Belanjawan 2013 bertujuan memastikan kualiti hidup yang lebih baik dan sihat.

Katanya tidak ada gunanya jika negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 dan rakyat pendapatan tinggi tetapi mereka berada dalam keadaan tidak sihat dan menghidap pelbagai jenis penyakit kronik.

"Keadaan seperti itu akhirnya akan menyebabkan produktiviti dan ekonomi negara tidak meningkat.

"Kita berharap rakyat mengamalkan gaya hidup sihat dengan banyak membuat senaman sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari dan menjauhi tabiat yang boleh merosakkan kesihatan seperti merokok," katanya.

- Bernama

4 tahun puaskan nafsu mat-mat rempit...

Posted: 19 Jan 2013 11:01 PM PST

Gambar hiasan
"Sejak kecil saya tidak pernah diberikan didikan agama oleh keluarga, malah sejadah di rumah kami boleh dianggap barang hiasan saja," kata seorang remaja dikenali sebagai Lisa, 19, yang kini menjadi sebahagian daripada kumpulan perempuan yang menjadi habuan Mat Rempit dan terbabit dengan gejala sosial itu sejak berusia 15 tahun.

Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, keluarganya memang orang berada dan tahu dia terbabit dengan masalah sosial seperti minum minuman keras, dadah dan seks bebas, tetapi tidak melakukan apa-apa termasuk menasihatinya.

Dia yang keciciran sekolah berkata, keluarganya hanya buat tidak peduli setiap kali dia mengadu atau mendapatkan pandangan berkaitan sesuatu perkara berhubung masa depannya.

"Kerana tiada perhatian maka saya terus menjadikan Mat Rempit, dadah serta minuman keras sebagai penghibur.

"Setiap kali berkenalan dengan lelaki saya pasti mahu mereka membimbing saya ke jalan benar.

"Bagaimanapun, kesudahannya, saya hanya dijadikan objek pemuas nafsu," katanya.


webberita.com

Beranikah Nik Aziz merentas aura Anwar sebagai PM?

Posted: 19 Jan 2013 10:31 PM PST

KOTA BHARU - Pas Kelantan menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memutuskan sama ada beliau mahu bertanding kerusi Parlimen atau sebaliknya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti yang dihasratkan oleh kelab penyokongnya di Bachok.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, bertanding di mana-mana kerusi itu adalah pilihan diri beliau sendiri untuk membuat ketetapan walaupun ia menjadi hasrat rakyat bagi melihat Nik Aziz bertanding kerusi Parlimen nanti.

"Itu kita kena serahkan kepada Tok Guru (Nik Aziz) sendiri untuk putuskannya. Apa-apa beliau yang lebih tahu. Kita menerima keputusan tersebut," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian mengulas hasrat Kelab Penyokong Setia Tok Guru Malaysia yang mahukan Nik Aziz bertanding di kerusi Parlimen untuk membolehkan beliau diangkat sebagai perdana menteri dalam kerajaan nanti jika Barisan Nasional tumpas pada PRU13.

Kenyataan Mohd Amar yang juga Adun Panchor itu, bukannya tidak menyokong hasrat kelab tersebut supaya Nik Aziz menjadi perdana menteri seterusnya tetapi katanya, ia adalah sebagai penghormatan kepada Mursyidul Am Pas itu untuk bersuara dalam perkara itu.

Tanpa menafikan pengalaman Nik Aziz sejak 22 tahun memerintah Kelantan, Mohd Amar juga berkata, bagaimanapun perkara itu juga akan diputuskan di peringkat kepimpinan teratas parti di samping kesediaan Nik Aziz sendiri.

Kelmarin, kira-kira 200 penduduk berhimpun di Bachok, bagi menyatakan hasrat agar Nik Aziz bertanding di kerusi Parlimen.

Kalimah Allah: Rahmat disebalik gesaan Lim Guan Eng

Posted: 19 Jan 2013 09:45 PM PST

Sekarang sudah jelas bagi seluruh umat Islam di Malaysia untuk menilai siapakah dalang di sebalik gamatnya isu kalimah Allah yang hendak digunakan di dalam bible berbahasa Malaysia.

Sehubungan itu, ia juga menyerlahkan sebab mengapa tiba-tiba dalam Muktamar PAS lalu, Dewan Ulama Syura seolah-olah berpaling arah tidak mahu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Urutan isu ini mudah sekali difahami. Di ambang 25 Disember lalu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible bahasa Melayu di seluruh negara.

Kononnya gesaan itu ialah untuk menyeragamkan keperluan penyebaran ajaran Kristian di seluruh Malaysia. Ia seolah-olah mahu menghujahkan bahawa jika pengertian siapa Tuhan boleh diseragamkan dalam Bahasa Melayu di kalangan Kristian, ia akan mudah meningkatkan kefahaman ajaran Kristian di kalangan penganutnya.

Bagaimanapun apabila diasak oleh gerakan bukan kerajaan, ulama dan umat Islam, Guan Eng membuat pusingan-U dengan mengatakan bahawa gesaannya itu ialah untuk dilaksanakan di Sabah dan Sarawak sahaja.

Pembetulan itu dibuat oleh setiausaha politiknya yang kini menjadi anak emas DAP Zairil Khir, anak bekas menteri Umno, Allahyarham Khir Johari.

Rahmat disebalik gesaan Guan Eng

Rakyat tahu itu hanya helah menyelamatkan diri bagi Guan Eng. Namun rahmat di sebalik ujian Guan Eng ialah ia menyerlah siapa harus dipertanggungjawabkan memainkan isu sensitive ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyuguhkan supaya mesyuarat khas Majlis Presiden Pakatan Rakyat dipanggil.

Presiden PAS diberi mandat untuk menerangkan pendirian Pakatan Rakyat bahawasanya menurut konsensus 2010, penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam, PKR pula mentafsirkan ia sebagai lesen untuk digunakan dalam bible!

Semangat "syura bainahum"

Dewan Syura Ulama nampaknya mahu menggigit isu kalimah Allah dengan gerahamnya hingga ia berjaya membentangkan kebenaran kepada umat.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempengerusikan mesyuarat Dewan dengan semangat "syura bainahum" (bermesyuarat di kalangan kamu) dan pasrah bahawa sesiapa sahaja boleh berinteraksi menggunakan istilah Allah namun ia tidak boleh diabadikan dalam bible. Ini kerana pengertian Tuhan dalam bible ialah "tuhan itu ada tiga unsur" walhal dalam Islam Allah itu Esa.

Lantas keberangkalian makna istilah Allah itu terpesong atau memesongkan pasti akan lebih kuat menimpa umat Islam daripada penganut Kristian. Jika orang Kristian tergelincir daripada landasan trinity – Tuhan itu Tiga – itu adalah satu rahmah bagi diri dan keluarganya.

Bagaimanapun besarlah malapetaka bagi seseorang muslim jika dipengaruhi pengertian Allah dalam bible bahawasanya "Tuhan itu tiga". Segala mudarat wajib dielakkan. PAS mesti tegas dengan uslub ini.

Adakah PAS mempunyai iltizam dan keberanian politik?

Namun isunya sekarang ialah adakah PAS mempunyai iltizam dan keberanian politik untuk menunjukkan kepada kepemimpinan beragama Islam di dalam PKR seperti Anwar Ibrahim, anaknya Nurul Izzah yang juga Naib Presiden, Datuk Saifuddin Nasution (setiausaha Agung PKR) dan Dr Mohd Nur Manuty (Ketua Penerangan PKR) bahawa ketetapan yang dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat hampir tiga tahun lalu akan membahayakan akidah umat?

Bagaimanapun apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan bahawa PKR menolak pendirian ulama PAS dengan alasan bahawa Dewan ulama hanya sebahagian kecil daripada organisasi PAS maka keputusannya berhubung isu kalimah Allah tidak perlu dipertimbangkan pemakaiannya, maka tanggungjawab memperbetulkan keadaan kini terletak di bahu dua orang pemimpin PAS sahaja.

Yang pertama ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau perlu dengan tegas dan jelas menyatakan bahawa partinya tidak lagi menyokong pendirian Pakatan Rakyat 2010.

Kedua ialah Mursyidul Am PAS yang mempengerusikan mesyuarat Dewan Syura Ulama Ahad lalu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebagai pengerusi beliau wajib memperjelaskan kepada setiap lapisan ahli PAS bahawa PAS tidak akan mengizinkan kalimah Allah digunakan dalam bible.

Tanggungjawab PAS perjelas isu kalimah Allah

Ini adalah satu kewajipan untuk menghindarkan krisis aqidah di kalangan umat, Ia adalah jihad. Lari daripada tanggungjawab ini berdosa dan boleh rosak iman!

Ketetapan Dewan Syura Ulama perlu dihujahkan dengan jelas. Bahawasanya, bahasa asal kitab Injil (kemudian jadi bible) adalah bahasa Greek atau Latin. Dalam kedua-dua bahasa itu tidak ada istilah Allah. Jadi mengapa di Malaysia orang Kristian mahu menuntut penggunaannya dalam bible?

Isunya sekarang bukan kerajaan cuba menginjak hak orang Kristian tidak boleh guna perkataan Allah dalam bible. Ini kerana ia tidak pernah menjadi hak penganut Kristian di mana-mana dan bila-bila jua.

Motif PKR memang jelas politik

Motif PKR memang jelas politik. Ia mahu menguja pengundi Sabah dan Sarawak yang ramai beragama Kristian untuk merasakan bahawa kejayaan penggunaan nama Allah adalah satu kemenangan simbolik bahawa cengkaman Umno dalam Barisan Nasional terhadap mereka dapat dileraikan.

BN mahu terus dikotakkan sebagai musuh pribumi Sabah dan Sarawak dan paling utamanya ia adalah musuh Kristian!

Anwar dan Mohd Nur Manuty adalah bekas Presiden ABIM (Angkatan Belia Malaysia). Kini Abim pun sudah berpecah kerana generasi da'ie baru dalam Angkatan itu lebih berilmu dan mengerti mengapa mudarat sebesar kerosakan akidah perlu dihindarkan.

Sejak menyertai Umno pada 1981, Anwar tidak pernah menoleh ke belakang dan menghargai idealisme perjuangan Abim. Semasa dalam kerajaan ramai kawan-kawan Abim ditinggalkannya. Saban hari beliau sibuk bertarung dengan politik dalaman Umno hingga menjadi Timbalan Presiden.

Kini Anwar sudah terkucil daripada perjuangan Umno. Maka obsesinya sekarang ialah cuba mentelanjangkan kelemahan dan kerapuhan perjuangan Umno. Anwar nampaknya bersedia menggunakan apa jua isu termasuk agama.

PAS kini harus insaf bahawa asas perjuangannya ialah membawa khabar gembira melalui Islam dan berpesan supaya umat insaf betapa besarnya amarah Allah jika sesiapa juga mensyirikkan Allah. Allahu Ahad!

Sebagai satu gerakan PAS perlu memusatkan kekuatan umat menghadapi cabaran memelihara akidah ini. InsyaAllah perjuangan PAS akan dirahmati Ilahi. Sudah tentu ini lebih luhur dan tulus daripada didorong oleh nafsu mahu berkuasa dan sibuk mengkafirkan orang lain. Ini perjuangan mulia.

Ulasan@Antarapos

PAS bidas Karpal, keputusan Majlis Syura kekal

Posted: 19 Jan 2013 09:31 PM PST

SHAH ALAM – Pas tidak akan menarik balik keputusan Majlis Syura berhubung kalimah ALLAH walaupun Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh meminta untuk kaji semula.

Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, pendirian itu tidak akan berubah seperti yang dijelaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas bermesyuarat dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, Majlis Syura telah menetapkan bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu, dan tidak akan mengkaji semula pendirian tersebut.

"Terdapat dua situasi yang membabitkan isu ini, pertama adalah terjemahan kitab Bible dalam Bahasa Melayu tidak dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH menggantikan God atau Lord.

"Kedua, masyarakat bukan Islam yang menghadiri majlis keramaian dan ceramah Pas tidak dihalang untuk menyebut Allahuakbar (contoh), kerana itu adalah hak mereka," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Nik Zawawi turut melahirkan kebimbangan kerana sekiranya kontroversi tersebut tidak dihentikan akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, ketetapan yang diputuskan Majlis Syura itu terdapat dalam Islam dan tidak bercanggah dengan agama lain, khususnya Kristian.

"DAP perlu menerima dengan baik keputusan yang telah dipersetujui ini. Kenapa isu ini dibangkitkan pada hari ini sedangkan ia tidak menimbulkan masalah sejak beratus tahun dulu," katanya.

Punca PKR tolak keputusan Majlis Syura PAS...

Posted: 19 Jan 2013 09:01 PM PST

SHAH ALAM: PKR sepatutnya akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan tidak wajar memperkecilkan peranan yang dibawa oleh dewan ulama itu dalam usaha melindungi kalimah Allah dari terus disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kata Datuk Nakhaie Ahmad.

Malah, bekas Naib Presiden PAS itu menyifatkan penolakkan PKR berhubung pendirian Majlis Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu sebagai tindakan terdesak untuk meraih undi bukan Melayu.

"Mereka ini main politik sahaja, duduk main tarik tali sahaja antara mereka, PKR takut hilang pengundi.Jadi dia (Azmin) tepaksa cakap begitu balik supaya tidak hilang pengundi di kalangan bukan beragama Islam pula," katanya.

"Mereka ini menjadi serba-salah sebab semua perkara hendak dipolitikkan, agama pun hendak dipolitikkan, khalimah Allah pun hendak dipolitikkan sampai tiada batas langsung gara-gara hendak raih undi," katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata demikian bagi mengulas bantahan PKR atau Pakatan terhadap ketetapan Majlis Syura PAS baru-baru ini.

Cadangan pemimpin tertinggi PAS itu dilontar dua hari selepas PKR menolak pendirian Majlis Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan partinya hanya menerima perakuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa bukan Muslim boleh menggunakan kalimah itu.

Perakuan Hadi itu diangkat sebagai pendirian rasmi Pakatan Rakyat susulan desakan DAP mahukan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible Bahasa Melayu yang digunakan di Semenanjung.

Tuntutan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu ditegur oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang bertitah bahawa kalimah Allah hanya untuk penganut Islam.

Mengulas lanjut tindakan PAS yang terpaksa membuat pusingan-U berhubung isu kalimah Allah, Nakhaie berkata, Majlis Syura parti terpaksa mengambil keputusan sedemikian ekoran desakan pelbagai pihak.

"Dari segi itu, mungkin PAS menerima tekanan dari orang ramai, jadi sebab itu dia menukarnya semula mengenai keputusan dengan menyuruh Majlis Syura membetulkan keputusan tersebut," katanya.

Antarapos

Artis tempatan teguk arak pucat lesi bila sedar diperhatikan!

Posted: 19 Jan 2013 07:31 PM PST

Lagi seorang artis kantoi. Rasakan! Itulah, dia ingat kalau berada di luar kota metropolitan Kuala Lumpur, tak akan ada mata-mata yang memerhatikan tingkah lakunya. Bukan main ligat lagi dia menikmati ruang yang disangka 'selamat' itu.

Ketika menjayakan penggambaran di sebuah pulau pelancongan popular, dia berkunjung ke kelab pantai yang ada di kawasan itu.

Biasalah, bila dah namanya kelab pantai, ia jadi tumpuan ramai pelancong Barat. Di celah-celah mata biru dan hijau itu adalah juga terselit pengunjung tempatan, tetapi jumlahnya tidak ramai.

Mungkin kerana itu dia rasa tak ada yang perasan kehadirannya. Kalau dah namanya artis, pasti jadi tumpuan jika ke tempat seperti itu. Alaaa.... kalau ke kedai mamak pun orang pandang, inikan lagi kelab.

Dia yang ditemani beberapa rakan asyik menikmati alunan muzik yang bergema kuat di kelab itu sambil minum. Yelah, takkan nak tengok persembahan saja, tekak yang kering kena dibasahkan.

Bukan main leka lagi dia meneguk air kencing syaitan tanpa menyedari perlakuannya diperhatikan seseorang dari jauh. Teman CAK itu sengaja ke tempat itu untuk mencari bahan sensasi.

Maklumlah, ada produksi menjalankan penggambaran di pulau itu, pasti ada potensi terserempak dengan rakan yang mungkin dikenali. Maklumlah, sama-sama dalam satu industri, pasti banyak cerita boleh dikongsi.

Teman CAK hanya mampu tersenyum sumbing kerana tidak menyangka artis yang nampak alim ini rupa-rupanya kaki botol. Untuk mengesahkan perkara itu, dia sengaja lalu di depan artis itu dan bertegur sapa.

Berubah air muka artis itu apabila nampak kawan CAK. Menyedari artis itu nampak tidak selesa, teman CAK cepat-cepat ke tandas. Bukan apa, dia geli hati dengan reaksi artis itu. Pucat mukanya macam nampak hantu pocong.

Selang beberapa minit, teman CAK keluar dari tandas dan mendapati meja artis itu kosong. Hmmm... takutlah tu. Apa boleh buat dik, dah kantoi pun. Kuang... kuang... kuang...

CAK@Metr0

Wajah mirip ibu alasan bapa gersang 'ratah' tubuh anak gadis sendiri

Posted: 19 Jan 2013 06:31 PM PST

"Ayah sayang Ina macam ayah sayangkan ibu. Ayah tak mahu berjauhan dengan Ina kerana wajah Ina sama macam ibu," itu ungkapan yang sering didengar Harlina, 19, (bukan nama sebenar) setiap kali 'dijamah' bapanya.

Dia mendakwa menjadi mangsa noda bapanya sejak berusia 13 tahun, iaitu beberapa bula selepas ibunya meninggal ketika melahirkan adik bongsunya, tujuh tahun lalu.

"Ayah beri alasan dia tak inginkan wanita lain selepas ibu. Dia seolah-olah tak dapat terima hakikat ibu suda tiada. Taksub dengan persaan cinta terhadap ibu menyebabkan saya pula menjadi mangsa.

"Malah, ayah pernah bercakap seorang diri, seolah-olah berbual dengan ibu. Dia hilang pedoman dan kurang siuman dengan pemergian ibu hinggakan adik bongsu langsung tidak dipedulikan, menyebabkan kami hilang tempat bergantung.

"Memang tidak dapat dinafikan wajah saya saling tidak tumpah seperi ibu membuatkan ayah berasa sayan pengganti ibu," kata anak sulung daripada empat beradik ini.

Akibat kejadian itu, Harlina berkata, dia kini keliri makna kasih sayang dalam hubungan sedarah.

"Saya memang sayangkan ayah sebab dia bapa kandung saya, tapi pada masa sama sangat bencikan dia. Hakikat itu sungguh kejam untuk saya pikul. Pernah juga saya menyalahkan takdir kenapa saya perlu menanggung semua ini.

"Saya benci dan terlalu malu dengan pengalaman lalu. Perasaan saya setiap kali membayangkan perkara lalma yang pernah terjadi kepada saya umpama bapa memamah daging sendiri.
"Dulu karakter ayah sunguh berbeza dan sering menjadi tempat saya bermanja. Tidak sangkan orang yang selama ini saya anggap sebagai pelindung sanggup meratah darah dagingnya sendiri," katanya.

Lebih keji, bapa durjana itu bukan setakat menodai anak sulunya, malah anak perempuan bongsunya yang kini berusia tujuh tahun turut dicabul.

Tidak tahan selepas hapir setahun diperlakukan sedemikian rupa, Harlina memngadu perbuatan terkutuk bapanya kepada ibu saudara sebelum wanita berkenaan membuat laporan polis.

Menurut Harlina, pada mulanya dia tidak memahami kesan perbuatan bapanya, tetapi selepas meningkat dewasa mulai berasa jijik selepas maruahnya dinodai.

"Saya masih tak dapat memaafkan dan berkali-kali cuba memikir kenapa dia merogol saya.

"Harap-harap dia insaf dalam penjara, tetapi kini saya anggap dia sudah 'mati'. Kini saya mahu mulakan hidup baru dan tolong jangan ingatkan saya mengenainya lagi," katanya yang kini tinggal dengan keluarga angkat bersama adik bongsunya.

Metro

Setiap keganasan di perhimpunan berpunca dari polis kata Ambiga

Posted: 19 Jan 2013 05:31 PM PST

SHAH ALAM: Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga mendakwa kejayaan Himpunan Pembangkang atau lebih dikenali dengan nama jolokkan KL112 Sabtu lalu bukanlah daripada keberkesanan Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 seperti didakwa beberapa pihak.

Sebaliknya, Ambiga menyifatkan ia berjaya kerana sikap polis yang jauh lebih baik berbanding masa-masa lalu.

Malah, katanya akta itu telah pun berkuat kuasa semasa Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan April lalu, namun masih terdapat masalah.

"Perbezaan utama kali ini memang disebabkan oleh sikap polis itu sendiri dan saya mengucapkan tahniah kepada mereka.

"Tidak syak lagi, akta ini turut membantu untuk mengubah minda polis dan menjadi yang baik. Malah, tanpa kehadiran Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), tiada meriam air dalam Himpunan Pembangkang turut membantu kelancaran himpunan itu," katanya lapor Sinar Harian.

Ambiga sebelum ini mengetuai Himpunan Bersih 2.0 pada Julai 2011 dan Himpunan Bersih 3.0 April 2012.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan himpunan pembangkang menjadi testimoni kepada keberkesanan penguatkuasaan APA 2012.

Najib berkata, ia merupakan satu bukti semua pihak tidak kira pihak berkuasa mahu pun penganjur mematuhi peruntukan serta semangat akta itu.

"Pendek kata, apa yang berlaku menunjukkan bahawa islah dan pembaharuan kepada apa yang kita lakukan adalah tepat sekali," kata Najib dalam komen pertamanya selepas Himpunan Pembangkang Sabtu lalu.

Mengulas perkara sama, Ambiga menambah, walaupun negara mempunyai undang-undang, namun bagaimana cara pelaksanaan undang-undang itu yang akan menunjukkan perbezaannya.

Jelasnya, rakyat yang merupakan peserta himpunan tersebut selayaknya menerima kredit atas kejayaan tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

"Perkara inilah yang sering kita katakan sebelum ini. Tetapi kita jangan sesekali lupa, lebih 900 kanister gas pemedih mata telah ditembak pada rakyat dan meriam air dalam Bersih 3.0.

"Perbezaannya di antara Bersih adalah FRU tidak dibawa ke dalam himpunan pembangkang," katanya lagi.

Malah tambah Ambiga, beliau turut tidak bersetuju dengan akta itu kerana ia melarang protes jalanan.

"Jangan lupa terdapat lain-lain perhimpunan aman oleh Himpunan Hijau dan Pemuda Umno. Kesemua himpunan itu bermula aman sebelum pihak polis datang menghalang," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas dakwaan yang mengatakan kejayaan himpunan pembangkang disebabkan namanya 'Himpunan Aman' dan bukannya Bersih, Ambiga tidak bersetuju dengan tanggapan sedemikian.

Beliau juga mengulangi pendiriannya dengan mendakwa "perhimpunan Bersih sentiasa satu perhimpunan yang aman sehingga pihak polis yang memulakan tindakan ganas."

Antarapos

THE FLYING KICK

Posted: 20 Jan 2013 01:42 PM PST

THE FLYING KICK


IBLIS LAKNATULLAH ADALAH PEMBANGKANG PERTAMA DI ALAM INI!!!

Posted: 20 Jan 2013 12:00 PM PST

ROMPAKAN BERPARANG PADA SIANG HARI, DI TENGAH-TENGAH JALAN DI PETALING JAYA!!!

Posted: 20 Jan 2013 09:45 AM PST

NIK AZIZ BOLEH MATI TERBELIAK DENGAN TUJUH ILTIZAM NAJIB DI KELANTAN!!!

Posted: 20 Jan 2013 06:45 AM PST

KERANA HADI AWANG, SYAHIDNYA IBRAHIM LIBYA BERTUKAR JADI MATI SIA-SIA!!!

Posted: 20 Jan 2013 05:15 AM PST

SUSAH UNTUK PAS AKUI, MEREKA TELAH LAMA HAPUSKAN AMANAT HAJI HADI DENGAN BUKU JINGGA!!!

Posted: 20 Jan 2013 04:15 AM PST

PAS AKAN PERKENALKAN SISTEM TAQIYYAH ATAS NAMA TAHALUF SIYASI UNTUK TANGANI DESAKAN KARPAL SINGH!!!

Posted: 20 Jan 2013 12:00 AM PST

ANWAR IBRAHIM SYORKAN AGAR IFC DIPERKUKUHKAN!!!

Posted: 19 Jan 2013 10:47 PM PST

ANWAR BAGI NASIHAT KEPADA ROSMAH, SURUH CERITA BUKAN SUMPAH!!!

Posted: 19 Jan 2013 04:00 PM PST

Cucu Tok Selampit

Posted: 20 Jan 2013 01:40 PM PST

Cucu Tok Selampit


Speed Trap Summon Of The Year - 789 km/j!!

Posted: 19 Jan 2013 08:44 PM PST

Pihak PDRM disarankan agar setiap saman yang dikeluarkan kepada pesalah-pesalah had laju agar menyemak terlebih dahulu maklumat di atas notis saman tersebut agar ianya tidak menjadi olok-olok di kalangan pengguna jalanraya. CTS tidak pastilah kenderaan Toyota Hilux seperti di notis saman di atas diubahsuai sehingga boleh mencapai kelajuan sebuah Boieng 747 yang hendak berlepas.

Published with Blogger-droid v2.0.10

tun faisal dot com

Posted: 20 Jan 2013 01:39 PM PST

tun faisal dot com


#KL112 - Politweet anggar peserta hanya 60,000 saja? #HKR112

Posted: 20 Jan 2013 02:28 AM PST

Think tank halves KL112 crowd estimate
Malaysiakini 

[Nota - PR dah boleh hantar profesor matematik yang anggar peserta KL112 ada 700,000 ke Tampoi. Mungkin elok bagi ubat untuk halusinasi yang dia ada.]

Twitter trends research firm Politweet has halved its estimate of last Saturday's the crowd size during the People's Uprising Rally (KL112) . 

A day after the rally, Politweet had estimated that the crowd size was from 136,037 to 151,185, based on the total area occupied by the crowd. 

In a posting on its Facebook page yesterday, Politweet had revised the numbers to between 63,976 and 78,193 people. 

kl112 rally people's uprising teoh beng hock crowd storyThis was because the group had reduced the total occupied area from 424,149.14 square feet to 275,532.03 square feet after further analysis of the photos and videos of the event.

 The crowd density estimate was also increased from 3.5 to 4 square feet per person to 4 to 12 square feet per person. 

Based on this formula, Politweet estimated that there were 19,775 people outside the Stadium Merdeka at the peak of the rally. The margin of error for the estimate is 10 percent. 

Politweet's initial analysis on Sunday did contain a disclaimer that it would be refining its figures this week. 

"This number is not expected to be revised, unless some new evidence surfaces to suggest a different crowd size," read Politweet's latest posting. 

Incidentally, the police, too, trimmed their crowd estimate by half - from 80,000 to 45,000.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apa Yang Tersirat

Posted: 20 Jan 2013 01:13 PM PST

Apa Yang Tersirat


Dunia Hiburan: Zain Serius nikahi Che Ta

Posted: 20 Jan 2013 04:42 AM PST

Zain dan Rozita
SETELAH meluahkan rasa cintanya kepada Rozita Che Wan menerusi akaun sosial Twitter baru-baru ini, Zain Saidin akhirnya mengakui berhasrat menyunting aktres itu sebagai suri hidupnya.

Zain berkata, jika ada rezeki dan jodoh, dia dan Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta akan melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini. "Saya sudah berbincang dengan Che Ta berkaitan perkara ini dan dia menyerahkan segalanya kepada saya.

"Jadi saya perlu membuat persiapan dengan menyimpan wang yang cukup untuk majlis perbelanjaan perkahwinan kerana saya adalah lelaki.

"Bagaimanapun, semuanya terletak kepada rezeki, jika ada rezeki, kami akan berkahwin mengikut perancangan," katanya kepada Sinar Harian Online, kelmarin.

Jejaka kacukan Melayu-Inggeris ini berkata, dia berharap pengakuannya ini akan menutup segala cerita negatif berkaitan Che Ta, termasuk mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

"Saya dan Che Ta memang serius. Jadi saya harap, tidak ada lagi cerita mengarut mengaitkan dia dengan lelaki itu dan ini, kerana dia dan saya memang serius sekarang," katanya.

Apabila Tun Dr Mahathir menulis

Posted: 19 Jan 2013 08:48 PM PST


KE MANA sahaja saya pergi, di Malaysia atau luar negara, saya akan ditanya bila pilihan raya akan diadakan.

Saya harap saya tahu jawapannya tetapi Perdana Menteri tidak memberitahu saya apa-apa, dan lazimnya hanya Perdana Menteri yang boleh menentukan tarikh tersebut. Sudah tentu tarikh itu tidak boleh melangkaui tempoh lima tahun hayat Parlimen.

Soalan seterusnya ialah sama ada Barisan Nasional (BN) akan menang. Jawapan saya BN akan menang. Tetapi sebesar mana kemenangan itu sangat penting. Malaysia tidak boleh ditadbir oleh Parlimen yang berbelah-bahagi (hung parliament) atau sebuah kerajaan yang lemah. Keduanya tidak baik untuk Malaysia kerana semua akan tumpu kepada politik dan ekonomi serta pembangunan akan diketepi.

Ramai yang berkata Perikatan/BN telah berkuasa terlampau lama. Benar. Saya percaya bahawa sesuatu pemerintahan tidak boleh terlalu lama. Tetapi sekarang saya tidak begitu yakin pandangan saya boleh diguna pakai untuk semua keadaan.

Ini kerana alternatif kepada BN adalah sesuatu yang menakutkan. Ia dipimpin oleh seorang yang obsesi hanya hendak jadi Perdana Menteri tidak kira bagaimana sekalipun. Dulu saya tertanya-tanya mengapa dia menyertai UMNO dan bukan Pas. Sekarang saya faham. Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri. Menyertai UMNO dan tidak Pas, yang pemimpinnya tidak pernah jadi Perdana Menteri, dia akan menjadi Perdana Menteri hanya dengan memanjat tangga kepimpinan UMNO. Sebaik sahaja menyertai UMNO dia bertanding jawatan Ketua Pemuda. Kemudian dia bertanding Naib Presiden seterusnya Timbalan Presiden. Langkah selanjutnya ialah menjatuhkan Presiden dan menjadi Perdana Menteri. Ia amat mudah.

Tetapi Perdana Menteri kelihatan tidak mahu berundur. Maka dia memulakan gerakan sulit memburukkan Perdana Menteri. Apa yang berlaku sudah menjadi lipatan sejarah.

Sekarang dia menerajui pembangkang dengan harapan akan dinobatkan di Putrajaya sebagai Perdana Menteri selepas pilihan raya ini. Saya berpendapat ini tidak baik untuk negara. Begitu juga dengan koleksi cacamarba pakatan yang cuma berpakat untuk tidak bertanding sesama mereka tetapi sebaliknya menyokong satu sama lain untuk memenangi pilihan raya sahaja. Selain parti "Saya mahu jadi Perdana Menteri", turut sama ialah parti yang rasis dan parti yang memperalatkan agama. Mereka akan berbalah sepanjang masa. Mereka bukan satu gabungan. Mereka cuma berpakat untuk membantu masing-masing memenangi pilihan raya. Sekarang pun mereka sudah berbalah berkenaan siapa yang patut jadi Perdana Menteri. Mereka tidak berpegang kepada pendapat bahawa parti yang terbesar harus memimpin.

Memang benar BN sudah lama berkuasa. Begitu juga Pas di Kelantan. Tiada siapa boleh nafi kemajuan dan kemakmuran luar biasa yang dikecapi di negara ini dicapai dalam tempoh pemerintahan BN. Ini tidak boleh dinyatakan mengenai pencapaian Pas di Kelantan.

Dinasti

Kepimpinan Pas dan DAP yang sudah berumur tidak bertukar jauh lebih lama berbanding BN dan parti-parti komponennya. Sudah enam Perdana Menteri memimpin Kerajaan BN tetapi dalam tempoh itu Ketua DAP masih tetap di tempatnya dan tidak mahu melepaskan jawatan. Dan anaknya akan mengambil-alih. Sebuah dinasti sedang terbina.

Kepimpinan Pas juga tidak berubah dalam tempoh kepimpinan empat pemimpin BN.

Ketua Keadilan meletakkan dirinya sebagai Penasihat tetapi menobat isterinya sebagai Presiden dan anak perempuannya sebagai Naib Presiden. Teman akrabnya menjadi timbalan. Tidak ada tanda-tanda akan berlaku sebarang perubahan kepimpinan. Dan pasti tiada pemimpin yang akan meletak jawatan.

Perubahan mestilah dari dalam dan luar. Perubahan luaran hanyalah untuk mengabui mata. Semasa kepimpinan enam ketua UMNO, polisi agak berbeza di antara satu sama lain. Kerajaan yang dipimpin tidak boleh dianggap sama. Yang pasti prinsip politik dan ekonomi jauh berbeza. Begitu juga dengan dasar luar. Malah boleh dikatakan walaupun nama adalah sama, kerajaan setiap Perdana Menteri itu berbeza satu sama lain.

BN yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 tidak akan sama dengan BN di bawah kepimpinan lima yang terdahulu. Ia adalah BN yang baru. Dan perubahan akan berlaku.

Namun begitu BN tetap berpegang kepada prinsip dan polisi asas yang sama. Parti komponen BN mengamalkan demokrasi di dalam parti dan negara. BN percaya kepada perdagangan bebas dan inisiatif daripada sektor swasta. BN berpegang kepada kerjasama antara kaum dan perkongsian kuasa. BN juga percaya kepada agihan kekayaan yang adil di antara kaum. BN mesra perniagaan tanpa meminggir kepentingan anggota masyarakat yang lain.

Ia terbuka kepada inovasi dan idea-idea baru serta mengambil-kira pandangan yang dilontar rakyat dan ini membawa kepada perubahan dan transformasi. Cuma yang buta sahaja yang tidak dapat melihat perbezaan antara pemimpin tertinggi kerajaan BN.

Ini bukanlah negara satu parti. BN itu sendiri adalah gabungan 14 parti yang berlainan. Mereka boleh bersama atau memilih untuk keluar. Banyak parti ditubuh di Malaysia semasa zaman Perikatan dan BN memerintah negara. Sesetengahnya dapat bertahan walaupun tidak menyertai gabungan kerajaan. Yang lain seperti sosialis, terus hilang. Setengahnya berjaya ke Parlimen manakala yang lain gagal memastikan wakil mereka ke Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri.

Parti-parti pembangkang yang bertahan tidak pernah gagal untuk memenangi beberapa kerusi di dalam setiap pilihan raya. Pas kekal menerajui Kelantan menerusi beberapa pilihan raya dan pernah memenangi Terengganu dua kali. Sebuah parti tempatan pernah menewaskan BN dan menubuh kerajaan di Sabah. Pulau Pinang dimenangi Parti Gerakan, ketika itu sebuah parti pembangkang.

Pilihan raya di Malaysia tidak pernah membosankan. Dalam tahun 1969, Perikatan hampir kalah dan dalam tahun 2008 BN kehilangan lima buah negeri, satu Wilayah Persekutuan dan gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di peringkat Persekutuan. Keputusan pilihan raya di Malaysia tidak pernah melihat parti yang memerintah mendapat sokongan 99 peratus. Hakikatnya parti pembangkang selalu memenangi sebilangan kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri dan peringkat Persekutuan.

Sukar untuk memahami bagaimana seseorang boleh menyatakan bahawa Malaysia adalah negara pemerintahan satu parti. Memang benar Perikatan dan BN memenangi semua Pilihan Raya Persekutuan. Negara ini negara demokratik dan jika rakyat memilih untuk mengundi semula parti kerajaan itu hak demokratik mereka. Mengundi pembangkang untuk memerintah tidak menjadikan Malaysia lebih demokratik mahupun menjadi bukti kita mengamalkan sistem dwi-parti. Pandangan jika mengundi pembangkang dalam pilihan raya akan datang akan menjadikan Malaysia negara yang mengamalkan sistem dwi-parti adalah tidak berasas. Parti-parti pembangkang tidak mewakili satu parti, bukan pun satu gabungan. Mereka membantu satu sama lain hanya untuk memenangi pilihan raya. Mereka akan kekal bersendirian, setiap satu dengan dasar dan agenda masing-masing. Mereka mungkin menubuhkan kerajaan campuran tetapi ia akan menjadi gabungan yang longgar tanpa satupun agenda yang jelas.

Barack Obama menjanjikan perubahan bila terpilih. Tetapi dia tidak berdaya untuk menutup Guantanamo Bay ataupun keluar segera dari Iraq atau Afghanistan. Dia terpaksa meneruskan tindakan yang dirancang oleh orang yang digantikannya. Apabila tamat edahnya, tiada apa perubahan yang telah berlaku di Amerika Syarikat.

Sangsi

Di Jepun kehendak kepada perubahan membawa kepada kekalahan Parti Liberal Demokratik (LDP). Sekarang LDP kembali berkuasa menggantikan Parti Demokratik Jepun yang kekal hanya satu penggal. Perubahan kerajaan tidak meningkatkan kemajuan Jepun.

Pendapat bahawa perubahan semestinya membawa kebaikan tidak selalu benar. Milton Obote dikatakan Presiden yang tidak baik untuk Uganda. Maka Idi Amin merampas kuasa. Ia lebih buruk sehingga terpaksa diturunkan secara paksa oleh tentera yang memberontak.

Iraq diperintah oleh Saddam Hussein sebagai diktator. Dia dikatakan amat kejam. Amerika Syarikat membuat keputusan melakukan pertukaran rejim (regime change). Ini melibatkan pembunuhan 200,000 rakyat Iraq yang tidak berdosa selain menghancurkan negara mereka.

Terdapat kerajaan baru sekarang tetapi disangsikan kebaikannya berbanding kerajaan Saddam. Tidak ada pertelingkahan antara puak Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah di zaman Saddam, tetapi sekarang pertembungan ganas sering berlaku antara dua pihak ini, masing-masing mengebom dan membunuh pihak yang lain.

Terdapat banyak contoh perubahan rejim tetapi kebanyakannya tiada perubahan yang berlaku hasil daripadanya. Amat sedikit contoh menunjukkan apabila berlaku perubahan keadaan bertambah baik. Seperti dikatakan oleh orang Perancis "Plus ca change, plus c'est la meme chose" (lebih banyak perubahan, lebih banyak kekal sama).

Tidak perlu menukar kerajaan semata-mata untuk menegak sistem dwi-parti. Negara yang mempunyai sistem dwi-parti tidak berkeadaan lebih baik. Mereka masih menghadapi krisis ekonomi dan kewangan, mengalami kemelesetan, berdepan dengan demonstrasi jalanan dan mogok.

Saya telah nyatakan sebelum ini "better the devil you know than the angel you don't." BN bukanlah syaitan. Negara ini maju dengan jaya di bawah pemerintahan BN. Bila kejayaan tidak berlaku, BN cepat menukar pemimpin yang gagal.

Pilihan raya memberi kita peluang menunjuk kepada parti pemerintah akan perlunya mengubah dirinya sendiri. Mesej ini akan sampai, amaran telah diberi dan tindakan positif akan diambil.

Jangan perjudi negara ini dengan pihak yang tidak dikenali dan yang belum teruji. Beberapa peluang yang diberi kepada pembangkang menunjukkan kekurangan kemahiran dan pencapaian. Kelantan jelas tidak maju dengan baik. Pulau Pinang pula, kejayaan yang sedikit disertai dengan kegagalan yang banyak.

Pilihan raya untuk rakyat memilih parti yang akan memerintah negara. Ramai percaya majoriti rakyat tahu apa yang baik untuk mereka. Tetapi hakikatnya majoriti rakyat tidak tahu. Mereka mengundi sama ada berdasarkan kaum atau parti yang propagandanya terdedah kepada mereka. Cuma segelintir yang memahami isu-isu dan kualiti parti yang bertanding.

Akibatnya, pilihan raya mungkin menyebabkan parti yang tidak layak terpilih membentuk kerajaan.

Kerana kemungkinan ini, amatlah penting pengundi diberi seberapa banyak penjelasan yang mungkin mengenai parti dan dasar serta rekod mereka supaya pengundi dapat membuat keputusan yang pintar.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Pengikut