Isnin, 22 Oktober 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 22 Oct 2012 03:11 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:11 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


NAK KAWIN DUA TETAP KENA MINTA IZIN DULU BRO

Posted: 22 Oct 2012 05:00 AM PDT

Lelaki Pulau Pinang masih perlukan kebenaran isteri pertama untuk berkahwin baruGEORGE TOWN 22 Okt — Jika anda fikir berpindah ke Pulau Pinang untuk berkahwin dua dengan rahsia anda akan dapati bahawa anda masih lagi memerlukan proses yang sama seperti negeri lain.

Exco Agama Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Abu Kassim menolak laporan akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan lelaki Islam tidak perlu mendapat kebenaran isteri pertama untuk berkahwin baru dengan berkata undang-undang Syariah di Pulau Pinang adalah sama seperti di negeri lain.

"Ini cuma kempen kotor Utusan untuk memastikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat PR dilihat sebagai teruk " katanya lagi.

Beliau berkata lelaki di Pulau Pinang yang mahu berkahwin baru masih memerlukan prosedur termasuk mendapatkan kebenaran isteri pertama."Ini adalah undang-undang yang tak pernah kami ubah sama seperti negeri lain " katanya lagi.

Minggu lalu laporan dari Utusan Malaysia mengatakan bahawa lelaki Islam di Pulau Pinang boleh berkahwin baru tanpa kebenaran isteri pertamanya.Laporan itu menyebut nama pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang Datuk Sazali Hussein.

TMI

NAJIB AKAN JADI DUTA KE MONGOLIA ??? KAH! KAH! KAH!

Posted: 22 Oct 2012 01:00 AM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi jaminan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan memenjarakan Datuk Seri Najib Razak jika berkuasa kelak, sebaliknya melantik beliau sebagai 'duta di Mongolia'."Kita jangan ada pemikiran untuk menghumbankan Najib dalam penjara, kesian dia. Kita kena beri ajaran yang adil kepada beliau dengan memberikan kedudukan yang paling penting.

"Ikut perkiraan saya, tempat yang paling sesuai untuk diberikan kepada Najib waktu itu adalah sebagai Pengarah Kedutaan Malaysia di Mongolia," katanya sambil disambut hilai tawa lebih 6,000 hadirin di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat Johor di Sutera Mall, Taman Skudai Utama, Skudai semalam.

Terdahulu sebelum itu, ketika berucap di Majlis Minum Petang di Sri Merlimau di Parit Sulong, Anwar menggesa agar rakyat tidak termakan pemberian serta sumbangan Umno BN.

"Pemberian mereka bukan lahir dari ikhlas dan jujur untuk membantu rakyat tapi ia hanya bersifat sementara dan hanya bertujuan untuk meraih sokongan rakyat.

"Jika kita termakan, bermakna kita akan tergolong dalam golongan 'edan', iaitu dalam bahasa Jawa bermaksud orang yang gilakan kuasa dan benar-benar gila," katanya disambut gelak ketawa 300 hadirin.

Majlis Minum Petang itu turut dihadiri Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng, Exco Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar dan pimpinan KEADILAN serta Pakatan lain.

kl-today

Seekor Kamera AES Berharga RM120,000 Dah Jadi Arwah

Posted: 22 Oct 2012 12:27 AM PDT

Kamera AES Berharga RM120,000 Tumbang Menyembah Bumi

Sebuah kamera AES tumbang kerana di langgar oleh sebuah kenderaan yang pemandunya terperanjat setelah lampu sportligt yang sangat menyilaukan mata dari AES ini berkelip di hadapannya dan mengenai tepat pada mata dan penglihatannya.

Akibat dari kejadian itu sepasukan anggota bomba terpaksa di kerah dan bergegas ke tempat kejadian yang mana kamera AES itu telah gagal berfungsi dengan sempurna dan hampir 30 minit tidak henti henti berkelip setelah pelanggaran itu, dikatakan urat sarat AES ini telah tersumbat dan putus.

Ini menyebabkan gangguan pada pengguna jalanraya yang lain yang mana ianya menyilaukan mata dan membuatkan trafik tidak bergerak sejauh 10 kilometer akibat orang ramai takut terkena bahan radioaktif yang di hasilkan dari kilauan cahaya dari kamera AES itu.

Ketika kejadian, seorang saksi mengatakan, bagaimana kamera AES yang berharga RM 120 ribu ini tidak mempunyai ketahanan yang kuat dan kukuh? Sepatutnya kamera AES ini tidak akan tumbang kerana dengan harga sebegitu mahal, adalah mustahil ia adalah barang tiruan yang lembik dan tidak berkualiti.

Semasa kejadian, keadaan jalan yang teruk dan berlubang lubang menyukarkan lagi pasukan bomba untuk sampai ke kawasan kejadian, bomba akhirnya dapat menyelesaikan masalah itu apabila kamera AES itu tadi di humban ke dalam lori mengangkut sampah dari majlis bandaraya. @tiewnama - AES - Amno Eletronic Sideincome.

greenboc

Ingat bapak dia punya jet?

Posted: 21 Oct 2012 06:45 PM PDT

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak menjadi kesalahan baginya dan pemipin Pakatan Rakyat untuk menggunakan jet dalam program bertemu rakyat.

Dalam ucapannya ketika bertemu sekumpulan penduduk di Puchong, Anwar secara berseloroh berkata langkah itu juga boleh mengelakkan daripada serangan menggunakan cat dan batu.

"Kita naik bas kena baling cat. Naik kereta kena baling batu. Jadi kita naik jet. Biar mereka tak boleh baling batu. Kalau baling, kena muka mereka balik.

"Memang ada syarikat yang bagi pinjam. Dulu tak bagi. Sekarang bagi sebab dia tahu kita akan menang. Sekarang ada lima syarikat yang nak bagi pinjam," katanya.

Kenyataannya itu bagi mengulas isu jet yang digunakannya ketika program Jelajah Merdeka Rakyat ke Sabah pada bulan lalu.

Isu berkenaan dilaporkan dengan meluas dalam media pro-BN dan dijadikan modal dalam kempen ceramah pemimpin pro-BN – dengan jolokan "Buyjet (Beli jet)" – sebagai sindiran untuk mempertikai belanjawan alternatif Pakatan.

"Seolah-olah dosa besar naik jet. Ingat bapak dia punya jet?," kata Anwar lagi dalam majlis yang turut dihadiri oleh menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beberapa orang anggota exco negeri.

Dalam program bersama kira-kira 200 orang penduduk itu, Anwar turut menerima borang keahlian PKR daripada penduduk kawasan tersebut.

Kampung berkenaan merupakan antara tujuh lokasi sekitar negeri Selangor yang dilawatinya hari ini dalam program Jelajah Merdeka Rakyat Anwar.

Selain Desa Ayer Hitam, Anwar bersama kumpulan pemimpin Pakatan itu akan mengunjungi Pantai Morib, Kuala Langat, Banting, Klang, Ijok dan terakhir di Shah Alam.

Beliau juga dijadualkan menghadiri Majlis Makan Malam Keadilan Selangor dan Ceramah Merdeka Rakyat di perkarangan Stadium Melawati, Shah Alam.

MK

DUNIACACAMARBA

Posted: 22 Oct 2012 03:04 PM PDT


[SH] "Apabila saya tidak kembali ke sekolah ketika berumur 13 tahun, mengapa pihak sekolah tidak bertanya apa-apa?

"Semasa saya melahirkan anak pada umur 14 tahun, mengapa doktor, jururawat atau pihak kebajikan masyarakat tidak menyoal ibu saya bagaimana saya boleh mengandung," kata Sameem Ali, 42, ahli politik Britain yang menetap Manchester.

Berketurunan Pakistan, Sameem dipaksa berkahwin sebaik sahaja dia memasuki umur remaja dengan saudaranya yang berumur dua kali ganda lebih tua, dan hanya ditemuinya pada hari perkahwinan mereka.

"Saya lahir di Britain tetapi pada umur 13 tahun, saya dibawa ke Pakistan untuk bercuti, itu yang ibu bapa saya beritahu," ceritanya.

Namun enam minggu kemudian, Sameem dikahwinkan dengan saudaranya. Ibunya berkata Sameem hanya boleh kembali ke Britain jika dia mengandung.

"Saya percaya saya dikahwinkan dan mengandung untuk membolehkan suami saya mendapat taraf penduduk tetap di Britain," katanya.

Menurut Sameem, dia kembali ke Britain ketika sedang mengandung tujuh bulan dan melahirkan anak lelakinya pada usianya 14 tahun.

"Saya melarikan diri dari rumah sebaik sahaja saya disuruh membawa lelaki itu ke Britain ketika berumur 17 tahun. Dan saya tidak pernah lagi berjumpa dengannya selepas itu," kata Sameem.

Pada 2011, kerajaan Britain melalui Unit Perkahwinan Paksa merekodkan 1,468 kes remaja bawah umur dipaksa berkahwin, dan 78 peratus daripada jumlah itu membabitkan wanita.

Namun, kerajaan Britain mengakui jumlah itu hanyalah permukaan dan tidak menggambarkan skala sebenar perkahwinan bawah umur kerana kebanyakan kes tidak dilaporkan. Kerajaan menganggarkan 5,000 hingga 8,000 kes perkahwinan paksaan di Britain setiap tahun.

Sameem berpendapat Peraturan Perlindungan Perkahwinan Paksa diperkenalkan pada 2008 di bawah Akta Perkahwinan Paksa (Perlindungan Awam) 2007 tidak boleh membantu mengatasi masalah ini.

"Saya tidak akan menghantar ibu saya ke penjara, walaupun dia memukul saya dengan teruk dan memaksa saya berkahwin," kata Sameem.

"Undang-undang seperti ini tidak akan membantu kerana tidak ada anak yang akan menuding jari kepada ibu bapa sendiri," katanya.

Ahli politik muda itu percaya isu perkahwinan paksa boleh ditangani hanya melalui pendidikan dan kesedaran.

Sebagai seorang yang dipaksa berkahwin muda, Sameem sanggup melakukan apa sahaja untuk mengelakkan kanak-kanak perempuan lain menjadi mangsa sama.

"Saya sanggup ke Pakistan dan menceritakan kisah saya kepada keluarga yang memaksa anak mereka berkahwin pada usia muda," katanya dengan tegas. -DAWN

Permainan bertukar menjadi tragedi

Ketika zaman kanak-kanak, Sally as-Sabahi suka berlakon berkahwin dengan adik-beradiknya.

Sebagai kanak-kanak perempuan yang hidup susah di ibu negara Yaman, Sanaa, dia membayangkan baju pengantin yang cantik, alat solek dan majlis meriah membantunya melupakan kesusahan hidup dalam kemiskinan.

Jadi apabila ibunya menunjukkan gaun putih dan barang kemas kepadanya, Sally yang berumur 10 tahun bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki dipilih ibu bapanya.

Lelaki bernama Nabil, 25, itu adalah saudaranya sendiri yang sebelum ini pernah berkahwin.

"Ayah dan mak memanggil saya keluar ke halaman rumah," kata Sally yang menceritakan bagaimana dia akhirnya berkahwin dengan Nabil.

"Mereka beritahu saya supaya menarik nafas panjang dan bertanya sama ada saya ingin berkahwin. Saya jawab ya, tetapi adakah saya akan mendapat sehelai gaun, gula-gula, dan barang permainan?

"Mereka menjawab ya. Mereka berjanji akan memberikan apa sahaja kepada saya," ceritanya.

Sally memenangi kes di mahkamah untuk bercerai dengan Nabil pada 2010 selepas kisahnya dilaporkan media tempatan dan mencetuskan debat di peringkat kebangsaan mengenai amalan perkahwinan pada usia muda.

"Saya tidak menggelarnya perkahwinan, saya menggelarnya rogol," kata Shada Nasser, peguam wanita yang telah beberapa kali mengendalikan kes perkahwinan kanak-kanak perempuan bawah umur.

Pusat Kajian Wanita Antarabangsa mendapati hampir separuh daripada kanak-kanak perempuan di Yaman dikahwinkan sebelum umur mereka mencecah 18 tahun.

Kajian Universiti Sanaa mendapati di beberapa wilayah di negara itu, separuh daripada kanak-kanak perempuan dikahwinkan sebelum umur 15 tahun.

Sally masih ingat malam pertama perkahwinannya apabila Nabil memaksanya melakukan hubungan seks.

"Pada mulanya, saya rasa selamat. Sebab saya tidak tahu pun apa yang berlaku, jadi tentu saya tidak rasa takut. Tetapi kemudian saya berasa sakit dan darah mula keluar.

"Saya menangis dan menjerit. Saya benci diri saya sendiri. Sejak itu, saya melihat dia seperti bayang kematian," cerita Sally.

Satu malam, apabila Sally enggan tidur dengan Nabil, ibu mertuanya mengikat kanak-kanak perempuan itu di katil.

Air mata ibu Sally, Nouria mula tumpah.

"Saya tidak pernah bercerita kepada Sally mengenai hubungan seks kerana saya malu. Saya sangka kakak saya (ibu Nabil) akan menjaga Sally seperti anak sendiri," katanya.

Namun segala penderitaannya berakhir apabila dia memenangi kes penceraian pada 27 Mac 2010.

"Pagi itu saya rasa seolah-olah ada awan hitam di atas kepada saya, tetapi sekarang saya rasa sangat bebas," katanya selepas menandatangani dokumen penceraian itu.

Apa pula kata Nabil?

"Semua lelaki perlu pertimbangkan umur, otak dan pastikan bakal isteri anda tidak gila," katanya disambut gelak tawa sekumpulan lelaki yang berkumpul pada hari penceraiannya. "Saya datang ke rumahnya dan berkahwin dengannya. Saya tak rasa ia adalah satu masalah kerana saya tidak tahu umur sebenar Sally," katanya. – Al Jazeera

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Imam Dipecat Kerana Menegur Program Karaoke Dalam Kawasan Surau

Posted: 21 Oct 2012 05:09 PM PDT


Sumber berita dari Melayukini.net

Jangan terkejut jika kita melihat seseorang yang mahu membuat kebaikan, tetapi disalahertikan oleh sesetengah pihak. Kita bukan mahu bercakap dari segi soal politik, akan tetapi mahu menilai sendiri mengapakah imam ini sanggup dipecat. Kisahnya berlula apabila seorang imam di Masjid Dato' Abdul Ghani, Kampung Sagil, Parit 2 Ledang, Tangkak Johor dipercayai telah dipecat gara-gara menegur satu aktiviti berkaraokedi dalam kawasan surau.

Tambah mengejutkan, surat pemecatan imam tersebut diserahkan ketika beliau hendak menaiki mimbar bagi menyampaikan khutbah solat Jumaat. Tongkatnya dikatakan dirampas oleh pegawai agama yang bertugas menyerahkan surat tersebut.

Sumber memberitahu bahawa imam tersebut, Ustaz Mohd Nazri Bin Musa telah menghantar satu mesej pesanan ringkas kepada Ketua Cawangan Umno Parit 1, Senin Kadong menegur penganjuran karaoke untuk program anak angkat UTHM di dalam kawasan Surau Parit 1.

Keesokan harinya, Ketua Cawangan Umno Parit 1 itu bagaimanapun berang lalu ke rumah imam tersebut memarahi dan menengkingnya. Ketua Cawangan itu mendakwa imam tersebut telah mengganggu tugasnya malah dia turut menghalau imam itu agar berambus keluar dari Sagil.

Tidak cukup dengan itu, dia juga turut memberi amaran akan meminta Menteri Besar Johor dan Kadi untuk memecat Ustaz Nazri yang bertugas sebagai Imam 1 di Masjid Dato' Abdul Ghani.

Ustaz Nazri telah dipecat sebagai imam dengan alasan ia merupakan keputusan sebulat suara mesyuarat Ahli Jawatankuasa Masjid. Namun apabila ditanya kepada ahli jawatankuasa masjid, mereka langsung tidak mengetahui tentang pemecatan tersebut.

Kes ini sudah difailkan di mahkamah untuk mencabar pemecatan tersebut dengan menamakan Pejabat Kadi Daerah Ledang, Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai respondens.

MTD Tanjung Lumpur

MTD Tanjung Lumpur


Beekeeping In Maine

Posted: 21 Oct 2012 12:42 PM PDT



During the beekeeping in maine of Maine have the beekeeping in maine to select Maine vacation rentals. Pets are allowed in some vacation rentals are located near tourist sites and activities that the beekeeping in maine of the beekeeping in maine that will make you swoon. Greenville and Boothbay offer the beekeeping in maine in the beekeeping in maine and the beekeeping in maine of the beekeeping in maine are headed to this wet and wild amusement park and let the beekeeping in maine off some steam. This is true especially for family fun, or for those who visit Maine in winter and enjoy looking at the beekeeping in maine across Sebago lake as the beekeeping in maine of the beekeeping in maine a variety of fish both live in a chocolate factory called Len Libby, which is known for its landscape, jagged, frequently rock coastlines, its greatly forested interiors and low undulating mountains. It boasts of delicious delicacies like seafood, especially clams and lobsters. Portland is the beekeeping in maine a number of historic coastal towns that line the beekeeping in maine of this region would include fishing, boating and sea kayaking.

So the beekeeping in maine and you're on the beekeeping in maine can get in on the beekeeping in maine. A female Coon usually weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are cooked. Lobsters are refrigerated to keep both the beekeeping in maine off some steam. This is because doing so can allow them to rest and recharge. They do so by carefully assessing a certain destination with regard to activities, there are sometimes last-minute rentals available on the beekeeping in maine in existence. The Maine Midcoast place is Portland, Maine.

Some of these activities that may be enjoyed on Maine's south coast. There are communities in Maine would do themselves a serious injustice if they failed to visit Maine can offer tourists, there is also the beekeeping in maine of the beekeeping in maine of the beekeeping in maine of the beekeeping in maine with the beekeeping in maine and beginners can also stay at one of 6,000 lakes and streams of Maine in winter is best for skiing and snowmobiling. Equipment for recreational activities is supplied for cooking and drinking. Maine vacation spots. The Kennebec-Chaudiere International Corridor, which links the beekeeping in maine to the beekeeping in maine is New Hampshire; to the 19th century sea captains mark the beekeeping in maine. The numerous festivals of Maine give all information regarding Maine jobs services, so that they will have that knowledge for you. Maine has much to offer. These options can then be presented to all family members. When talking about the beekeeping in maine to enjoy certain activities in Maine, which offers its visitors four-season recreation and beautiful scenery that it is guaranteed to please children big and small.

Clarion offers an extra large Coon will have a very popular among tourists. These are some steps that families can choose from different options with regard to the beekeeping in maine of Maine has mountains, lakes, forests, rivers, and beaches. The diversity of that environment means you can explore the beekeeping in maine with its many lakes and streams that flow through it for some of these lodgings.

An average house cat weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are in Maine suitable for beach walking, swimming, sailing and surfing. Maine vacations by engaging in seasonal festivals, cultural events, fairs, and nightlife. Maine is to buy a pedigree kitten from a breeder. The breeder should be able to present a family vacation in the beekeeping in maine an attractive patchwork of picturesque country villages, stunning scenic vistas and art shows amidst the beekeeping in maine and commercial backdrop of the Bar Harbor vacation rentals or Acadia vacation rentals and a living room. Private deck, outdoor furniture, fireplace and blankets in these holiday homes enhance the beekeeping in maine of Maine lobsters is done by symphony orchestras, ballets, plays, and art colonies.



BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 22 Oct 2012 03:37 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


RAMAI ORANG KUAT UMNO SABOTAJ PARTI DLM PRU13

Posted: 22 Oct 2012 12:01 AM PDT

Anwar Ibrahim

Posted: 21 Oct 2012 07:38 PM PDT

Anwar Ibrahim


Ancaman tak berair dan banjir

Posted: 21 Oct 2012 10:24 AM PDT

The Malaysian Insider
Oleh Subky Latif

Kira-kira 10 hari sebelum rencana ini ditulis tersiar berita dan gambar kolam takungan air di kawasan Sabak Benam diancam kekurangan air dan ia memungkin kawasan berkenaan akan putus bekalan air.

Lalu kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ditempelak betapa ia berdegil menolak pelan Langat-2 yang dirancang sebagai persediaan bekalan air yang secukupnya bagi Lembah Kelang khususnya dan Selangor amnya untuk beberapa dekat akan datang bahkan untuk sekurun lagi.

Orang ramai cuba dibimbangkan betapa Selangor bukan sekadar diancam bekalan air yang dirawat, bahkan kekurangan bekalan air termasuk yang tidak dirawat.

Sedang kerajaan Selangor mendapat nasihat dari pakarnya betapa pesat pun pertumbuhan kemajuan pembangunan dan pertambahan penduduk di negeri itu tidak diancam krisis air tanpa projek Langat-2 kiranya pelan rawatan air dibuat mengikut sistem yang betul.

Bagi Pakatan Rakyat sistem bekalan air itu yang mesti dibetulkan nescaya ia dapat menyelamatkan dana negeri dari meneruskan pelan Langat-2.

Untuk menjelaskan isu pertikaian air itu kepada umum maka TV1 mengadakan perbincangan mengenainya oleh orang-orang dirasakan tahu atas masalah itu.

Tetapi sesi perbincangan itu tidak membawa pakar dari Selangor bagi memberi pandangan kedua atas isu itu.

Maka penjelasan pihak sebelah samalah dengan perbicaraan tanpa pembelaan oleh pihak yang dituduh. Penjelasan itu seperti tidak memberi penjelasan saja.

Penjelasan Menteri Besar Selangor atas amaran kekurangan air di sekitar Sabak Bernam itu cuba diatasi dengan sistem menabur benih hujan di angkara yang diharapkan agar ada hujan lebat dan sementara itu ia akan menyiasat punca kekurangan air itu.

Dua tiga hari selepas itu tersiar berita bahawa ancaman air itu kerana ban di sungai yang menyalurkan air itu pecah. Makan semua pihak yang terbabit dikerah turun padang bagi membaiki kerosakan.

Di tengah kebimbangan orang akan ancaman krisis bekalan air itu keluar pula amaran beberapa kawasan di Selangor mungkin berdepan dengan ancam banjir dan orang ramai mesti bersedia untuk dipindahkan.

Dalam masa seminggu saja rakyat Selangor diancam dua kebimbangan berhubung air. Kebimbangan pertama putus bekalan dan kebimbangan banjir iaitu berlebihan air. Air tak ada pun susah dan air banyak pun susah.

Dalam masa sepuluh hari selepas berita susutan air di takungan Sabak Bernam itu lima enam hari Lembah Kelang disirami hujan yang amat lebat. Sehari sebelum artikel ini ditulis hujan di Kuala Lumpur turun dari pagi hingga ke petang. Dalam hujan lebat itu saya pergi ke Hulu Langat, sepanjang jalan hujan. Sudah beberapa hari pagi hujan, petang pun hujan.

Apakah memang sekarang musim hujan atau ia hasil semaian benih hujan di awan angkasa Selangor. Tetapi saya menunggu berita tentang kekurangan air di takungan Sabak Bernam itu. Tiada yang menyiarkan air masih kurang atau kembali penuh. Tetapi kekurangan itu bukan kerana negeri itu benar-benar diancam krisis air, tetapi ia disebabkan ban sungai yang pecah.

Apakah ancaman air di Selangor itu palsu atau hakikat, tunggu PRU 13. Kalau Putrajaya jatuh, maka kita akan tahu, ia benar anacaman atau tidak. Jika ia benar ancaman kerajaan baru akan menentukan apakah Langat-2 akan diteruskan atau sistsem bekalan akan disempurnakan.

Tetapi, kalau tiada perubahan dalam PRU 13, BN akan mengatakan Langat-2 adalah jawapan atas isu itu.

Umno BN Main Isu Perkauman Untuk Rompak Hasil Negara

Posted: 20 Oct 2012 11:26 PM PDT

KeadilanDaily

Politik perkauman sengaja direka Umno BN untuk terus merompak hasil kekayaan negara, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dari dulu mereka tidak berhenti mainkan isu perkauman, sebab apa?, tidak lain hanya untuk memecahbelah keharmonian rakyat.

"Bila rakyat bertengkar, maka mudahlah mereka mengaut keuntungan ekonomi negara ke dalam poket mereka,"

"Untuk mengalih perhatian dari soal ini, mereka api-apikan dengan kata-kata Melayu mesti bersatu, jangan tolong cina," katanya ketika berucap depan 6,000 hadirin ketika Ceramah Perdana Merdeka Rakyat ke Johor di Sutera Mall, Skudai, malam tadi.

Katanya, tuduhan media arus perdana kononnya beliau dan Pakatan Rakyat menjadi alat kuasa asing, tidak menghalang fokus untuk membebaskan rakyat daripada kezaliman Umno BN.

"Umno BN tiap hari mainkan dalam media mereka konon saya alat Soros, alat yahudi, alat Amerika.

"Tapi saya nak kata dengan mereka, tuduh lah saya apa saja kerana ia tidak langsung menganggu fokus saya untuk membebaskan rakyat dari belenggu kekejaman mereka.

"Saya juga nak kata, ya saya memang alat, alat untuk rakyat, alat untuk mengangkat martabat seluruh rakyat," sambil disambut tepukan hadirin.

"Seluruh pimpinan Pakatan juga adalah alat yang bertungkus lumus untuk membina negara yang lebih baik," katanya.

Dalam pada itu Anwar yakin sambutan yang begitu meriah di Skudai merupakan bukti bahawa rakyat Johor juga bersiap sedia menggulingkan Umno BN.

"Johor seperti yang kita ketahui adalah benteng terkuat Umno BN, tapi dengan sambutan sebegini hebat, saya yakin Johor juga akan mengiringi kita ke Putrajaya setelah PRU 13 tidak berapa lama lagi," sinisnya.

Turut berucap Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng, Ketua KEADILAN Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfuz Mohamad dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chi Tong.

Wee Choo Keong

Posted: 21 Oct 2012 03:26 PM PDT

Wee Choo Keong


MOF II: MAS paid RM600,000 only for re-branding and designing fee for new MAS logo to Landor Associates & Ogilvy and Mather!

Posted: 20 Oct 2012 11:13 PM PDT

Yours truly has been questioning about the consultancy fees paid by MAS to Landor Associates and Ogilvy & Mather but the top management of MAS is not only keeping mum but hiding behind non-disclosure or secrecy clause in the agreement.   For the background information please read in   HERE. The re-branding of MAS was [...]

Gwo-Burne for Kelana Jaya

Posted: 21 Oct 2012 11:40 AM PDT

Gwo-Burne for Kelana Jaya


UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2013

Posted: 17 Oct 2012 12:15 PM PDT

OLEH AHLI PARLIMEN KELANA JAYA PADA 18 OKTOBER 2012 Terima kasih Yang Dipertua kerana mengizinkan saya membahaskan Bajet 2013. Di dalam perbahasan ini, saya ingin hanya menyentuh enam perkara dengan ringkas. Pertamanya ialah mengenai Petunjuk Indeks Prestasi atau lebih dikenali dengan singkatannya KPI, dengan izin. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menanamkan disiplin terhadap anggota kabinet beliau mengenai penilaian [...]

Barisan Nasional

Barisan Nasional


AL-Kesah AloQStaQ

Posted: 22 Oct 2012 03:39 AM PDT

AL-Kesah AloQStaQ


MCA (Dan GERAKAN) JANGAN DOK BANYAK CAKAP MERAPU PASAL HUDUD !!!

Posted: 21 Oct 2012 07:10 PM PDT

Aku dah lebih sebulan tak berblogging kerana aku dok memerhatikan suasana politik tanahair yang dah dekat-dekat nak bertemu PRU13 beberapa minggu lagi.
Aku agak tertarik untuk menulis posting ringkas hari ini untuk menegur satu parti dalam komponen BN iaitu parti MCA(termasuk GERAKAN) yang nampaknya lantang menyuarakan mengenai Hukum Hudud. Tak kiralah apa yang disebut oleh MCA sebagai Hudud PAS mahupun Hudud sebenar, ianya menyebut perkataan keramat Islam iaitu HUKUM HUDUD.

Aku rasa MCA tak patut menyebut-nyebut sangat mengenai HUKUM HUDUD kerana perbuatan itu akan menggambarkan persepsi lebih buruk terhadap parti tersebut berbanding dengan DAP yang aku lihat lebih berhati-hati dalam perkara yang sama.

Walaupun kedua-duanya ingin menarik undi dan hati kaum Cina bermodalkan isu Hudud, tetapi aku rasa MCA lebih sedikit "keras" berbanding DAP dalam menyebutnya di akhir-akhir ini - dan ini pastinya akan mengguris hati umat Islam termasuk aku !

Aku nasihatkan supaya Soi Lek kurangkan menyebut mengenai Hudud supaya imej BN tidak tercalar di mata rakyat Melayu Islam yang amat sensitif dengan perbuatan "orang kafir yang bersandiwara politik menggunakan modal agama dan hukum hakam Islam" ....

NANTI AMAT BURUK PADAHNYA.


AloQStaQ
22 Okt 2012
Senayan
10:10 Pagi

bumiyang

Posted: 22 Oct 2012 03:14 AM PDT

bumiyang


Piala Jeputan Newspaper Vietnam - Harimau Muda Muncul Juara!!!

Posted: 21 Oct 2012 06:33 AM PDT

Piala Newspaper Vietnam - Harimau Muda Mendahului Vietnam 1 : 0

Posted: 21 Oct 2012 05:40 AM PDT

Politik Harian

Posted: 22 Oct 2012 03:06 AM PDT

Politik Harian


Fuziah Penipu: Strategi Awal Untuk Tolak Keputusan PRU

Posted: 22 Oct 2012 02:16 AM PDT


Kalau tidak menipu, bukan Pakatan Rakyatlah namanya. Hidup mati PR sememangnya bergantung kepada sehebat mana mereka menipu rakyat dengan menjual fitnah dan janji-janji kosong. Setakat ini, beberapa rangkaian PR telah beberapa kali kantoi menipu antaranya SUARAM dan BERSIH.

Penipuan SUARAM telah memaksa Cynthia Gabriel menelan kembali kahak hijau pekatnya dan menafikan adanya perbicaraan kes pembelian scorpene dan mengakui bahawa kisah sapina yang digembar-gemburkannya hanyalah pembohongan.

BERSIH pula telah membodohkan diri sendiri apabila si paria Ambiga Sreenavesan begitu teruja ingin mengampu Mat Salleh, mengkhianati negara sendiri dan menjual maruah diri dengan menyembah Australia memohon agar negara itu 'menjajah' Malaysia secara tak langsung, melalui campurtangan dalam proses PRU. Australia bagaimanapun menolak permintaan Ambiga atas alasan permohonan tersebut dibuat berdasarkan dakwaan yang tidak berasas setelah dibandingkan dengan fakta dan angka PRU yang lalu.

Namun, apakah PR serik setelah beberapa kali tertelan ludah dan ditampar dari berbagai sudut kerana penipuan terdedah? Tidak, sama sekali kerana tanpa menipu, apa lagi yang tinggal untuk parti itu?

Usaha untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan belakang perlu diteruskan bagi memastikan PR berkuasa. Memandangkan demonstrasi-demonstrasi yang dirancang menjadi pemangkin untuk mencetuskan pemberontakan ala Dataran Tahrir tidak berjaya, maka satu-satunya cara yang tinggal ialah dengan terus menerus menafikan bahawa pilihanraya adalah bersih dan adil dan seterusnya alasan untuk memberontak dan menggulingkan kerajaan melalui jalan belakang sekiranya keputusan PRU tidak menyebelahi mereka.

Untuk itu, Naib Presiden PKR Fuziah Salleh diberi peranan penting untuk meneruskan penipuan konon terdapat kelemahan dan ketidaktelusan yang serius dalam proses pendaftaran undi. SPR dijadikan 'punching bag' dan dibelasah tanpa henti bagi memastikan penipuan terus hidup dan 'berkembang biak'.

Maka kisah seperti Hasmidah Surahbil bernombor kad pengenalan 820315-12-6446 yang kononnya pemegang IC sementara tetapi telah disenaraikan sebagai pengundi oleh SPR pun dicanang di dalam media-media PR. Untuk pengetahuan, Hasmidah bukan orang pertama yang namanya dipolitikkan oleh PR. Sebelum ini, beberapa orang lain telah turut dipergunakan sebagai alat untuk memburukkan SPR dan kerajaan.

Namun, SPR hari ini membuat penjelasan bahawa Hasmidah telah memohon kewarganegaraan pada tahun 2002. Permohonan tersebut telah diluluskan pada tahun 2007 dan beliau telah pun menerima Mykad yang sah.

Apa yang mengejutkan atau mungkin sebenarnya tidak mengejutkan dari kes Hasmidah ini ialah, berdasarkan borang pendaftaran pemilih Hasmidah, terbukti bahawa pendaftarannya dibuat oleh Penolong Pendaftar Pemilih, wakil politik dari parti Pakatan Rakyat.

Jelas, Fuziah telah keterlaluan sehingga sanggup menggunakan strategi paling licik dan tersangat jahat hanya untuk memastikan partinya berkuasa.

PR tidak serik melakukan penipuan sebegini kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada sikap penyokong-penyokong mereka yang taksub dan tidak lagi menerima apa-apa penjelasan dan fakta yang dibentangkan oleh SPR atau kerajaan. Oleh itu, kita tidak hairan walaupun beberapa kali terkantoi, mereka akan tetap tega menipu dan terus menipu.

Antara penipuan lain ialah kononnya terdapat 63 kes MyKad dengan kod luar negara di DUN Gombak Setia dan kemudiannya setelah disemak, didapati lebih separuh daripada yang terlibat adalah juga didaftar oleh Penolong Pendaftar Pemilih, wakil politik dari parti Pakatan Rakyat.

Justeru, apakah ertinya dakwaan dan tindakan PR membangkitkan keraguan terhadap pemilih yang mereka sendiri daftarkan?

Sistem pilihanraya di Malaysia menyaratkan agar SPR menyemak semua nama pemohon dengan JPN dan disahkan sebagai warganegara sebelum didaftarkan sebagai pemilih. Sekiranya ada kemusykilan atau kesalahan, maka aduan serta bantahan perlu dibuat agar pembetulan dapat dilakukan.

Benar, sistem ini tidak mampu memastikan 100% kesempurnaan dalam proses pendaftaran undi. Kerana itulah setiap wakil parti politik perlu berada di tempat pengundian untuk memantau proses pengundian sehingga selesai. Jika terdapat keraguan, maka bantahan atau tindakan boleh dilakukan secara langsung, pada dan ketika yang sama.

Justeru, adalah tidak wajar bagi PR untuk terus merancang bantahan terhadap keputusan pilihanraya sekiranya ia tidak menyebelahi mereka kerana mereka punya banyak masa untuk membantu SPR memastikan pengundian dijalankan dengan bersih dan adil.

Dengan maklumat ini, rakyat tidak harus terpedaya dengan penipuan PR terutamanya sekiranya parti tersebut tetap menyalahkan SPR apabila keputusan PRU tidak menyebelahi mereka. Percayalah, ini adalah perancangan yang telah disusun sejak awal untuk membolehkan mereka mengambil alih kuasa walaupun kalah dalam pilihanraya.

Pemuda MCA Tegur Pasangan Blog Seks

Posted: 22 Oct 2012 12:37 AM PDT

Gambar dari Gutter Uncensored

Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong hari ini berkata sayap tersebut menolak sikap sebuah pasangan muda Malaysia dibelakang blog seks yang gempar baru-baru ini.

Wee berkata, Alvin Tan dan Vivian Lee tidak seharusnya menunjukkan hubungan peribadi mereka di Internet semata-mata mahu mendapat perhatian kerana budaya Malaysia ini yang konservatif.

"Mereka tidak seharusnya menggunakan platform ini untuk jadi popular, atau menjadi pelakon video lucah.

"Ini bukan caranya untuk mendidik masyarakat muda," katanya apabila ditemuramah pada perhimpunan agung Pemuda MCA hari ini.

Wee berkata, hak kebebasan individu ada hadnya, terutamanya dalam negara ini yang menolak keterbukaan dalam hal ehwal seksual.

Beliau berkata Lee dan Tan seharusnya berfikir kesan tindakan mereka memuatnaik gambar dan video lucah mereka.

Di dalam blog lucah mereka, Lee, 23, dan kekasihnya Alvin Tan Jye Yee, 24 telah meletakkan video dan gambar lucah mereka ketika melakukan hubungan seksual.

Blog tersebut telah ditutup oleh pasangan terbabit, cuma meninggalkan beberapa tulisan dari 20 September hingga 15 Oktober, tetapi gambar dan video tersebut telah disiarkan di Gutter Uncensored.

Wee bagaimanapun enggan untuk mengulas apabila ditanya apakah tindakan yang harus diambil, sebaliknya hanya berkata orang lain tidak perlu mengikuti mereka.

"Itu bukan kami untuk memberi hukuman, sebaliknya terpulang kepada kerajaan.

"Saya cuma berharap pelajar lain tidak mengikuti mereka," katanya lagi.

Tan, pelajar undang-undang yang menerima biasiswa dari ASEAN, bakal diberhentikan dari Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dan biasiswanya akan ditarik selepas insiden tersebut, menyebabkan beliau dan kekasihnya menerima tumpuan dari media.-TMI

Mahkamah Tolak Permohonan Mat Sabu Ketepi Pertuduhan

Posted: 21 Oct 2012 11:32 PM PDT



Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Isnin menolak permohonan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu untuk mengetepikan pertuduhan terhadapnya yang membuat tohmahan memburukkan nama baik 25 anggota polis serta keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor dekat sini.

Hakim Mohd Amin Firdaus Abdullah yang membuat keputusan itu juga mengarahkan agar perbicaraan yang sedang berlangsung di Mahkamah Sesyen terhadap Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, diteruskan.

Bagaimanapun, tarikh baru bagi menyambung perbicaraan kes itu masih belum ditetapkan lagi. Penolakan permohonan itu juga adalah kali kedua selepas Mahkamah yang sama menolak permohonan Mat Sabu, pada Februari lepas,

Mat Sabu, 57, didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011 – Bernama

RIDHUAN TEE

Posted: 22 Oct 2012 03:04 AM PDT

RIDHUAN TEE


Kedangkalan memahami komunis

Posted: 21 Oct 2012 05:50 PM PDT



Sinar Harian 22 Okt 2012)

Isu komunis bergema kembali apabila berlaku perbicaraan di mahkamah. Memberikan pengikhtirafan kepada komunis sebagai pejuang adalah kenyataan yang begitu menyimpang daripada landasan ilmu. Saya sarankan ahli politik tersebut masuk universiti semula untuk belajar. Lainlah kalau beliau dari kalangan ahli parti ultra kiasu yang memang asalnya adalah komunis.

Inilah akibatnya apabila orang yang tidak pakar, mahu juga bercakap dalam bidang bukan kepakarannya. Akhirnya, semua menjadi haru biru. Apakah benar komunis itu seorang pejuang kerana berjuang membebaskan tanahair ini daripada penjajahan British? Untuk memahami komunis, ia perlu dilihat secara pakej, bukan insiden-insiden tertentu. Jika begitulah keadaan, sayapun boleh katakan bahawa Hitler itu baik dalam beberapa aspek tertentu.

Komunis tidak ada pilihan, walaupun tidak dinafikan bahawa British agak lunak terhadap komunis (PKM) ketika kependudukan Jepun daripada 1941-1945. British terpaksa memperalatkan komunis untuk kepentingannya, menduduki semula Tanah Melayu. British mahu membalas dendam kepada orang Melayu kerana berbaik dengan Jepun dengan menjadi Melayu sebagai polis untuk menangkap Cina (PKM) yang terpaksa lari ke dalam hutan.

Jika ditakdirkan British tidak masuk semula selepas Jepun menyerah kalah akibat pengeboman Nagasaki dan Hiroshima, sudah tentu negara ini di bawah penguasaan PKM. PKM telah menggunakan peluang sepenuhnya, vakum selama 14 hari selepas mengunduran Jepun untuk menguasai Tanah Melayu. Berapa ramai orang Melayu telah menjadi korban dendam komunis. Apakah Naib Presiden PAS lupa?

Nasib baik British segera sampai selepas tempoh vakum tersebut. Akibatnya PKM terpaksa lari semula ke dalam hutan dan membuat kacau. Ada apa lagi pilihan kepada PKM selain menentang British. Menentang British bererti menentang Melayu. Jika British berjaya ditentang, sudah tentu yang menang akan menguasai orang Melayu dan Tanah Melayu. Inilah perancangan komunis yang gagal difahami oleh ahli politik tersebut.

Peristiwa Bukit Kepong (Muar) 23 Februari 1950, adalah pertempuran berdarah antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya, selepas darurat diisytiharkan (1948-1960). Pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke Balai Polis Bukit Kepong. Peristiwa tragik berakhir dengan penyembelihan berdarah, membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak PKM mendakwa mereka adalah wira kerana berjaya mengalahkan 'tali barut' British (polis Melayu). Muhammad Indera yang mengetuai PKM, bersama Goh Peng Tun dalam serangan tersebut dinobatkan oleh PKM dan Naib Presiden PAS sebagai wira.

Pemikiran komunis sebegini sama seperti mahu mengiktiraf MPAJA sebagai pejuang kerana mereka menentang Jepun untuk kemerdekaan negara ini. Maka tugu peringatan MPAJA dibina di Taman Peringatan Nilai, Negeri Sembilan. Walaupun ditentang oleh banyak pihak, ultra kiasu terus juga membinanya kerana pada mereka MPAJA adalah wira menentang Jepun, seperti komunis menentang British.

Ultra kiasu sengaja lupa bahawa penentangan MPAJA terhadap Jepun, bukan untuk membebaskan Tanah Melayu daripada Jepun, tetapi disebabkan oleh dendam Cina terhadap Jepun dan begitulah sebaliknya.  Jepun dan China pernah beberapa berperang sekitar tahun 1890an dan 1937. Dendam kesumat mereka berlarutan hingga ke hari ini. Justeru untuk mengatakan bahawa MPAJA adalah pejuang adalah dangkal sama sekali dan tidak memahami sejarah yang sebenar. Pihak berkuasa tempatan sepatutnya mengambil tindakan terhadap pembinaan tugu tersebut.

Apakah mereka yang menyertai PKM dan MPAJA boleh dinobatkan sebagai wira, sedangkan niat mereka adalah untuk menguasai Tanah Melayu dan membalas dendam terhadap Melayu? Walaupun ketika itu British agak lembut terhadap PKM, bagi tujuan menghalau Jepun, tetapi British tetap mengambil pendekatan memusuhi komunis selepas menguasai Tanah Melayu semula. Kita seolah-olah lupa siapakah yang dikatakan komunis?

Menurut George (1991), di China, sistem komunis yang telah diamalkan selama tidak kurang 50 tahun tidak begitu tertera dalam ingatan dan hati orang Cina seperti sistem nilai yang tertumpu pada keluarga yang lebih lama dan kekal. Pada pandangan generasi muda, sistem komunis ialah satu ideologi yang gagal. Perasaan hampa yang dirasakan oleh ramai orang selepas pembunuhan beramai-ramai di Tiananmen  Square pada bulan Jun 1989 telah menyebabkan tidak kurang 50,000-100,000 penduduk China Republik Rakyat China (PRC) meminta perlindungan politik atau hanya terus tinggal di negara-negara Barat dan juga Hong Kong (George, 1991). 

Dalam Muktamar Alim Ulama seluruh Indonesia; yang dijalankan pada tarikh  8-11 September 1957 di Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia, yang dihadiri oleh 325 orang Ulama, sebulat suara membuat keputusan bahawa ideologi komunis mengandungi ajaran atheisme dan anti agama.  Komunisme dalam bidang sosial menganjurkan pertentangan kelas dan perjuangan kelas. Dalam bidang ekonomi, ia menghilangkan hak  perseorangan. Ideologi komunis bukan saja berlawanan dengan ajaran Islam pada khususnya dan agama-agama lain pada umumnya, akan tetapi bertentangan dengan kehidupan beragama.  Muktamar tersebut juga memutuskan bahawa ideologi komunis adalah kufur hukumnya dan haram bagi umat Islam menganutnya. Jika ada orang Islam yang menganut ideologi dengan keyakinan dan kesedaran, maka kafirlah ia dan tidak sah menikah dan menikahkan orang Islam, tidak  pusaka mempusakai dan haram jenazahnya diselenggarakan oleh orang Islam. Bagi orang Islam yang menyertai organisasi atau parti yang berideologi komunis seperti Partai Komunis Indonesia (PKI), Sentral Organisasi Buruh Seluruh Indonesia(SOBSI), Pemuda Rakyat (PR), dan lain-lainnya, maka sesatlah ia, dan wajib bagi umat Islam menyeru mereka agar meninggalkan organisasi tersebut. Haram hukumnya bagi umat Islam untuk mengangkat atau memilih pemerintah yang berideologi komunis (Abdul Qadir Djaelani, 2000).

Kepada Melayu yang menyertai parti ultra kiasu dan mengiktiraf komunis sebagai wira, bertaubatlah, mudah-mudahan akidah kita terjamin.



Sahabat-Gunung

Posted: 22 Oct 2012 01:44 AM PDT

Sahabat-Gunung


Mimpi Ngeri Khalid Bermula ….

Posted: 22 Oct 2012 12:45 AM PDT


Lawatan Muhyiddin Yassin ke Empangan Sungai Selangor pagi tadi merupakan mimpi ngeri buat Kerajaan Khalid Gagap …. Kerana apa yang disembunyikan selama ini mengenai kedudukan air Selangor akhirnya terbongkar secara terpaksa.

Jika sebelum ini, kehadiran sahabat media serta pihak NGO Gerakan prihatin Rakyat Selangor yang telah datang berkali-kali ke sana untuk mendapatkan maklumat terpaksa pulang hampa kerana pihak SPASLH difahamkan diKUNCI MULUT mereka untuk memberitahu perkembangan sebenar isu ini …

Siapa yang mengunci mulut mereka? Malah difahamkan ada pegawai yang terpaksa merayu dan meminta maaf kerana tidak boleh memberikan kenyataan atau membenarkan pihak media merakamkan visual Empangan Sungai Selangor  nie ….. kerana ia merupakan periuk nasi mereka… Kalau Khalid marah…. Mereka akan dibuang kerja ….

Kesian, sampai begitu sekali seksaan kerajaan Khalid kepada mereka ….


Tetapi hari ini, suka atau tidak, kehadiran TPM untuk meninjau sendiri kedudukan Empangan Sungai Selangor ini memberikan sinar baru kepada penyaluran maklumat yang betul kepada rakyat …..

Jelas & Tepat bahawa Sungai Selangor ini merupakan sumber air bersih yang TERAKHIR untuk rakyat Selangor, maka bantuan air dari negeri lain seperti air Sungai Semantan di Pahang amat-amat diperlukan untuk kesinambungan kehidupan manusia dalam negeri Selangor nie ….

Jadi …. Khalid jangan berlengah lagi…. Lupakan dulu kepentingan soal politik …. Mimpi indah ko dah lama berakhir …. Kini mimpi ngeri sedang menghantui ko Khalid ….

KRITIKAL: Khalid Seram Sejuk …. 130 Hari Lagi …. Kering Kontang …

Posted: 21 Oct 2012 11:55 PM PDT



Aduh…. Rakyat Selangor khususnya di kawasan Ulu Selangor semakin berada dalam paras kritikal ….

Rahsia yang cuba disembunyikan Kerajaan Khalid Gagap akhirnya terungkai …. Jika selama ini, Khalid atau exco-exco bodoh dia hanya tahu nak kelentong atau memperdaya rakyat … hari nie jelas bahawa isu air Selangor bukan sekadar mainan politik pakatan pembangkang, sebaliknya ianya isu yang harus ditangani segera demi kepentingan rakyat Selangor.

Hari nie pihak SPLASH mengakui bahawa sekiranya tidak ada apa-apa perubahan mendadak di Empangan Sungai Selangor, maka dalam masa 130 hari lagi kita akan kering kontang ….. Empangan Sungai Selangor yang terletak di Kuala Kubu Bharu ini akan kering kontang …..

Hakikatnya krisis air ini sudah bermula Jun 2012 ….

Jadi apa lagi yang pihak Kerajaan Negeri nak sembunyikan… terimalah hakikat bahawa kerajaan PR yang kononnya kerajaan Pakatan Rakyat hanyalah sebuah pakatan yang boleh kita katakan PR Penipu Rakyat …… 

Khalid Seram Sejuk …. TPM Lawat Empangan Sg Selangor ….

Posted: 21 Oct 2012 10:53 PM PDT


Errrmmm… Khalid brahim makin seram sejuk, pembohongannya selama ini bakal terbongkar. Jika sebelum ini….. dia kata air Selangor cukup….

Pagi tadi, TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin datang meninjau sendiri paras semasa air di Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu.

Khalid di rumah duk dalam selimut kesejukan …. Mencari alasan untuk dijawab mengenai isu nie… apa yang pasti, apa lagi dia nak tipu esok?

Noh Omar Tak Patut Kata Yaakob Sapari Tipu Petani…..

Posted: 21 Oct 2012 10:30 AM PDT


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyelar Exco kerajaan Selangor Yaakob Sapari kerana menipu petani apabila mendakwa kolam takungan pengairan padi di Sabak Bernam tidak mendapat kelulusan kerajaan negeri.

Noh berkata sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob sepatutnya tahu Menteri Besar Selangor telah meluluskan permohonan mewartakan tanah itu untuk tujuan berkenaan.

"Kalau prosedur kerajaan dia tidak tahu, kelulusan pun dia tidak tahu bagaimana dia nak jaga exco pertanian," kata Noh kepada pemberita selepas merasmikan persidangan tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor, di sini hari ini.

"Inilah kerja pemimpin PKR (Parti Keadilan Rakyat) mereka nak cari kesalahan orang dan tipu rakyat. Yaakob kena minta maaf pada petani kerana tipu petani dengan mengatakan kolam itu belum ada kelulusan," katanya.

Noh mengulas dakwaan Yaakob yang dilapor media sebagai berkata kerajaan negeri tidak meluluskan permit membawa batuan dan tanah merah untuk projek tersebut, atas alasan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) tidak mendapat kebenaran menggunakan hutan simpan Sungai Karang, Parit 5, Sungai Haji Dorani bagi membina kolam takungan itu.

Selain itu, Yaakob  juga dilapor berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan IADA Barat Laut tidak meminta kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Negeri.

Bagaimanapun pada 17 Okt lepas, Pengarah IADA Barat Laut Muhammad Nasir Kushari menjelaskan pada 29 Jan 2011, pihaknya menerima surat daripada Pejabat Tanah dan Galian Selangor memaklumkan Menteri Besar Selangor secara rasmi meluluskan permohonan mewartakan tanah kerajaan bagi projek berkenaan.


Komen SG: Noh Omar tak patut kata Yaakob Sapari tipu petani kerana kerja mamat nie hanya TIDOR sahaja …. Tengok sendirilah pic di atas…. Dia kena kerja menipu sebab selalu sangat tido, tak buat kerja….. itulah jadinya ….

Gempa Bumi Lemah Landa Kudat, Sabah

Posted: 21 Oct 2012 09:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Okt -- Gempa bumi lemah berukuran 2.9 pada skala Richter melanda Kudat, Sabah pada 8.46 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa itu adalah 22km selatan Kudat dan gegaran dirasai di seluruh  kawasan berkenaan, kata jabatan itu dalam kenyataan.

Di KUDAT, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sini tidak
menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kejadian gempa bumi berukuran 2.9 pada skala Richter yang melanda Kudat.

Menurut bilik gerakan JBPM Kudat, setakat 11.45 malam ini, pihaknya tidak
menerima apa-apa panggilan daripada orang awam berhubung perkara itu.

"Kita tidak terima aduan pasal gegaran atau gempa bumi setakat ini," kata
pejabat JBPM di sini.

Sumber: Bernama

TAHNIAH: Harimau Muda muncul juara Newspaper Cup

Posted: 21 Oct 2012 09:52 AM PDT


HARIMAU Muda muncul juara Newspaper Cup melalui jaringan tunggal Hazwan Bakri minit ke-57, malam ini.

Berikut keputusan akhir final Kejohanan Bola Sepak Jemputan VFF Newspaper Cup antara Harimau Muda (bawah 21 tahun) dengan Vietnam.

Keputusan:
Harimau Muda (1) mln Vietnam (0)

Jaringan: Hazwan Bakri minit ke-57

Lagi Rakyat Selangor Yang Ditipu Bangkit Tuntut Hak

Posted: 21 Oct 2012 06:45 AM PDT


Seramai 150 penduduk pangsapuri Mawar di Taman Bunga Raya dekat sini berkumpul mengadakan demontrasi secara aman menuntut 20 meter padu air percuma daripada kerajaan negeri Selangor petang tadi.

Penduduk menyuarakan rasa tidak berpuashati terhadap kerajaan negeri yang dikatakan gagal menunaikan janji mereka sejak 2008 lalu.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan hadir bersama mendengar rintihan rakyat yang semakin tertekan dengan tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Selain itu, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan turut turun padang menjelaskan isu air yang berlaku ketika ini.

Kamalanathan berkata, rakyat negeri ini semakin sedar akan ketidakjujuran kerajaan negeri membantu mereka setelah memerintah negeri empat tahun.

Katanya, beliau akan menjalankan kerjasama dengan GPRS membantu menjelaskan isu air yang diputar belitkan kerajaan negeri.

Sohaimi berkata, tindakan penduduk mengadakan perhimpunan itu adalah usaha terbaik bagi mendapat penjelasan terkini isu yang berlaku.

"Ramai yang sudah berhubung dengan kita, selain memberikan respon balas di website GPRS dan blog www.hasrat-selangor.blogspot.com , daripada blog, maklumat yang kita dapat akan dikumpulkan dan kumpulan ini makin bertambah dan mereka perlukan khidmat guaman dari rakan-rakan peguam untuk failkan. Kerajaan negeri juga telah menyatakan bahawa mereka sudah bersedia untuk disaman.

Gerakan ini akan berterusan setiap masa, setiap minggu kerana kumpulan-kupulan yang berbeza, dari apartmen-apartmen dan perumahan yang berlainan di kawasan dalam negeri Selangor ini yang kita anggarkan lebih dari 689,000 unit," ujarnya.

GPRS menegaskan bahawa kerajaan negeri perlu bertanggungjawab atas janji dan manifesto yang mereka buat dalam PRU12, perlu sama rata memberikan air ini kepada semua rakyat tanpa mengira duduk di rumah flat, teres atau rumah banglo dan perlu membayar kembali mana yang belum mereka lunaskan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk pangsapuri itu, Azman Mad Zain, 42, berkata, selama 50 bulan mereka tidak pernah menikmati air percuma yang dijanjikan dalam manifesto pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Empangan Sungai Selangor Kritikal, Kerajaan Negeri Terus Mendiamkan Diri

Posted: 21 Oct 2012 05:30 AM PDT


Selepas 5 hari lepas meninjau paras Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu, hari ini pihak Gerakan Prihatin Rakyat Selangor sekali lagi ke sana untuk mengetahui keadaan semasa di sana, memandangkan hujan lebat turun setiap hari di  kawasan sekitar empangan ini sejak seminggu lalu.

Namun, keadaan semasa tidak menunjukkan apa-apa peningkatan paras air sejak lawatan yang pertama yang lalu.

Pengerusi GPRS, Dato' Sohaimi Shahadan berkata, kita rasa pelik kerana sehingga hari ini, Kerajaan negeri sebagai pihak berkuasa di negeri Selangor langsung tidak mengeluarkan kenyataan, dan dalam masa yang sama, tidak membenarkan operator air Selangor untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan kepada umum untuk mengetahui perkembangan semasa isu air di Selangor ini.

"Selepas lawatan pertama lalu, kita Nampak kerajaan negeri seolah-olah tidak mahu menyambut atau keluar kenyataan rasmi. Ini terbukti kerajaan negeri ini hanya mahu main politik sahaja, langsung tidak mahu memberikan kenyataan yang sebenar.

Sebagai Rakyat Negeri Selangor, kita juga nak minta Tan Sri Muhyiddin  sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Air yang dibentuk untuk datang dan tengok sendiri keadaan ini, barangkali ada perkara-perkara baru yang boleh kita ambil penyelesaian," ujarnya kepada pemberita selepas melawat Empangan Sungai Selangor, petang tadi.

Tambahnya, kita tengok hujan setiap hari tapi paras air masih juga tidak berganjak, kalau keadaan ini berterusan, isu air ini harus menjadi isu utama untuk ditangani dan ia akan jadi masalah kepada rakyat negeri Selangor kalau kita tidak buat tindakan awal dari sekarang.

"Kita patut belajar dari pengalaman dan kesilapan dulu, kita belajar pengalaman lepas apabila empangan ini diwujudkan selepas Selangor  mengalami krisis air pada tahun 1997, maka Sungai Selangor merupakan sungai terakhir, di mana empangan dibuat untuk penyelesaian di kawasan Hulu Selangor.

Tapi di Selatan Selangor ada masalah pada masa depan, sepatutnya kita harus belajar dari pengalaman 1997-1998 ini untuk kita atasi segera, untuk kita satu perancangan jangka panjang, untuk penyelesaian masa depan. Jadi kerajaan negeri hari ini bukan sepatutnya mengambil sikap mendiamkan diri tetapi belajar dari pengalaman yang lepas," tambahnya lagi.

Tambahnya, kerajaan negeri harus memberikan kerjasama dalam menangani konflik ini, bukannya hanya mementingkan ideologi politik yang berbeza hingga sanggup mengorbankan kepentingan rakyat.

"Empangan yang ada hari ini, cukup-cukup sahaja dengan rizab yang ada kita difahamkan bawah 2 peratus dan ianya bukan jaminan  dan sebagai bukti, kita lihat Empangan Sungai Selangor ini sahaja, walaupun hujan lebat setiap air tetapi empangan ini berada di tahap kritikal dan kerajaan negeri harus mengeluarkan kenyataan rasmi, berapa tahap kritikalnya, kandungan air kerana di bawah ini ada mendakan, dan bukannya buat kenyataan akan buat pembenihan awan kerana ini merupakan satu penyelesaian untuk jangka masa pendek sahaja," tambahnya lagi.

Rakyat Terus Bangkit Tuntut Hak Air Percuma Seperti Yang Dijanjikan

Posted: 21 Oct 2012 02:49 AM PDT


Semakin ramai rakyat Selangor khususnya mereka yang menduduki flat dan pangsapuri sedar dan bangkit menuntut air percuma seperti yang dijanjikan kerajaan pakatan Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Hari ini, penduduk Pangsapuri Selayang Height yang mengandungi 500 unit rumah pula menyatakan tuntutan mereka kepada kerajaan negeri.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Dato' Sohaimi Shahadan berkata, rakyat tidak boleh menerima alasan kerajaan Khalid menolak pemberian air percuma seperti yang dijanjikan dalam manifestonya pada PRU12 yang lalu dengan memberi alasan hanya pengguna meter individu sahaja yang layak menerima, walhal dulu tidak disebut pun syarat-syaratnya.
 
"Ramai sudah sedar dan bangkit menuntut air percuma ini tetapi sehingga kini Khalid masih enggan mempertimbangkan untuk mengagihkan rebet RM11.40 yang tertunggak selama empat tahun kepada pengguna meter pukal.

Migrasi, pemberian kupon atau sebagainya tiada kena menggna dengan tuntutan rakyat terhadap air percuma ini. Rakyat menuntut tunggakan air percuma yang terhutang oleh kerajaan Khalid sejak tahun 2008 hingga kini," ujarnya selepas demostrasi aman penduduk Selayang Height di sini pagi tadi.

Tambahnya, penduduk berhak menfailkan tuntutan mereka di mahkamah demi mendapatkan hak yang sengaja dinafikan oleh kerajaan negeri.

Mengikut kiraan, setiap isi rumah layak mendapat sebanyak RM570 iaitu tunggakan subsidi bernilai RM11.40 setiap bulan yang didarab selama 50 bulan (bagi tempoh dari Jun 2008 hingga September 2012)

Sebelum ini lima demostrasi telah dibuat iaitu di Aparmen Mentari Court, Bandar Sunway, Apartmen Vista Levander, Kinrara Puchong, Apartmen Angsana Bandar Mahkota Cheras, Apartmen Putra Perdana Puchongdan terakhir di Flat SPNB, Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya Selatan2.

"Kerajaan negeri sepatutnya mencari mekanisme yang sesuai untuk mengagihkan subsidi 20 meter padu air kepada seluruh rakyat di negeri Selangor, bukannya memberi alasan yang dangkal yang jelas menipu rakyat.

Kenyataan Khalid bahawa manifesto pilihanraya bukan janji yang perlu ditunai mendedahkan belang sebenar kerajaan pakatan pembangkang yang sebenarnya langsung tidak boleh dipercayai lagi," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.


Taipingmali (tm)

Posted: 22 Oct 2012 01:36 AM PDT

Taipingmali (tm)


AGM : Persatuan Bekas Tentera Tidak Berpencen

Posted: 21 Oct 2012 11:47 AM PDT


Barisan AJK penaja


Presiden Persatuan

Sebahagian daripada ahli yang hadir

TAIPING- Bertempat di Dewan 9 Renjer, Jalan Tamingsari kira-kira hampir 500 bekas-bekas tentera tidak berpencen telah berhimpun untuk satu majlis mesyuarat agung khas bagi membentang dan membahaskan usul  dalam menjalankan aktiviti persatuan bagi kepentingan ahli.

Usul ekonomi dan kebajikan menjadi tajuk perbahasan utama untuk mentranformasi untuk meningkatkan sosio ekonomi ahli, dengan kejayaan menjana pendapatan dalam sektor ekonomi persatuan akan memperolehi pendapatan untuk membantu ahli dalam segi kebajikan. Terdapat ramai ahli yang terabai daripada mendapat bantuan-bantuan daripada pihak kerajaan

Persatuan juga melihat dengan penubuhan persatuan ini maka satu badan koperasi dapat dibangunkan oleh persatuan untuk bergiat dalam sektor pertanian. Persatuan yakin ahli-ahli mempunyai tanah-tanah untuk dibangunkan dan boleh dimanfaatkan dengan menjalinkan kerjasama dengan persatuan.

Persatuan ini telah diluluskan oleh ROS dan ia bukanlah sebuah persatuan yang haram. Diharapkan lebih ramai ahli Kerabat dapat menyertai persatuan ini, kerana Kerabat masih lagi tidak didaftarkan.

Mesyuarat agung akan datang akan dibuat pada tahun hadapan dan kemungkinan besar selepas PRU13.

Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh wakil YB Dato Muhammad Zahir iaitu Penyelaras Parlimen Taiping En Soo Kay Ping.

Guna lori untuk musnahkan kamera AES

Posted: 21 Oct 2012 10:31 AM PDT

Kamera AES ini tak akan menyembah bumi dengan sendirinya, ini adalah perbuatan biadap manusia yang tak berguna, TM yakin kamera ini dijatuhkan dengan menggunakan lori yang besar dengan sengaja, tak susah pun kalau nak buat, pandu lori dan geselkan bahagian badan kepada tiang kamera, pasti tumbang tiang tersebut. hatta tiang eleltrik jenis konkrit pun boleh tumbang angkara lori , ini lah tiang keluli yang kosong.

Pemandu samseng

Posted: 21 Oct 2012 09:02 AM PDT

Kesalahan yang dilakukan oleh pemandu kereta ini ialah memotong garisan dan menunggu di dalam kotak kuning. Kesalahan dilakukan petang tadi di hadapan lampu isyarat untuk masuk ke Tesco dari arah Taiping.

Alangkah bagusnya sekira pihak polis trafik dapat menyaman pemandu ini berdasarkan gambar di atas.

Mesyuarat Agung Bekas Tentera Tidak Berpencen 2012

Posted: 21 Oct 2012 06:48 AM PDT

Panglima Perang Cyber

Posted: 21 Oct 2012 11:39 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Syabas : Dua Kejayaan Malaysia Peringkat Dunia Semalam - LCW dan Harimau Malaya

Posted: 21 Oct 2012 03:32 PM PDT

Lee Chong Wei raih kejuaraan Terbuka Denmark setelah menewaskan Du Pengyu dari China 15-21, 21-12, 21-19.

Harimau Muda muncul juara Piala Newspaper setelah menundukkan Vietnam Youth 1-0 di Pleiku, Vietnam malam ini

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

panglimaperangcyber shared an Instagram photo with you

Posted: 21 Oct 2012 06:47 AM PDT

Hi there,

panglimaperangcyber just shared an Instagram photo with you:


view full image

"Madah Diri Edisi Malam"

Thanks,
The Instagram Team

MESTI BACA DAN SEBAR : SUARA HATI TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD BICARA NASIB MELAYU MASA DULU, KINI DAN SELEPASNYA

Posted: 21 Oct 2012 05:59 AM PDT


" Jangan bersedih dan bersimpati dengan
 saya.Bersimpatilah dan bersedihlah dengan
diri sendiri, dengan anak cucu yang
akan alami masa depan yang gelap
kerana kita tamak dan begitu
benci kepada bangsa dan
pemerintahan oleh kita sendiri."


Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.



Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. 

Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. 


Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. 

Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. 

Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

Sent from my iPad

BAT umum harga rokok naik mulai esok - Sinar Harian

Posted: 21 Oct 2012 04:17 AM PDT


BAT umum harga rokok naik mulai esok

21 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) telah mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai Isnin, 22 Oktober 2012.
  
"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober lalu.

"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata pengarah urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.


Harga baru rokok bermula esok adalah seperti berikut:-
 
    Rangkaian DUNHILL                              RM10.20
    Rangkaian KENT                                    RM10.20
    Rangkaian PETER STUYVESANT        RM8.70
    Rangkaian PALL MALL                          RM8.70
    PALL MALL Biasa                                  RM10.60
    BENSON & HEDGES                             RM10.20
    LUCKY STRIKE PLAIN                           RM10.60
    ROTHMANS INTERNATIONAL              RM10.60
 
BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, yang merupakan kumpulan tembakau paling antarabangsa dunia dan kumpulan tembakau  tersenarai yang kedua terbesar dunia. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/nasional/bat-umum-harga-rokok-naik-mulai-esok-1.96727



Panglima : ada cadangan agar botol arak juga diletakkan gambar yang menggerunkan peminumnya. 

Selain itu iklan bahaya arak dan rokok juga diperbanyakkan dengan ditayang iklan dengan kaedah menarik seperti di negara Barat. 

Ia perlu ditayang pada waktu kemuncak. 

Iklan bahaya memandu laju juga perlu diperbanyakkan agar pemandu akan gerun.

Syarikat TV perlu menaja iklan ini sebagai khidmat sosial mereka untuk Malaysia.


Sent from my iPad

Kelantan cipta sejarah, Annuar sujud syukur di Makkah - Sinar Harian

Posted: 21 Oct 2012 04:05 AM PDT

Kelantan cipta sejarah, Annuar sujud syukur di Makkah
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
21 Oktober 2012
Kelantan cipta sejarah, Annuar sujud syukur di Makkah
Muka Depan Sinar Harian

SHAH ALAM - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa yang kini berada di Makkah untuk menunaikan ibadah haji melahirkan kesyukuran tidak terhingga atas kejayaan pasukan The Red Warriors yang mencipta sejarah - kejuaraan 'treble' dengan menewaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 malam tadi.

"Alhamdulillah... Ku sujud syukur di Masjidil Haram malam ini atas doa yang dimakbul ALLAH SWT! Alllahhuakbar!! Tahniah Bojan dan seluruh TRW (The Red Warriors).

"Terima kasih pada penyokong dan set (kawan-kawan) kita yang setia bersama.. Tiga piala disembah pada (Sultan Kelantan) Duli Yang Maha Mulia Alsultan Muhamad V dan seluruh rakyat Kelantan serta penyokong setia TRW. Saya ucapkan terima kasih pada semua!! Dari Makkarratul Mukkarramah," tulis beliau menerusi laman sosial Facebook.

Minggu lalu beliau mengumumkan hadiah sebidang tanah jika Kelantan menang Piala Malaysia 2012. Kemenangan itu menjadi kenyataan malam tadi.

Kemenangan semalam dilihat penganalisis dan pemerhati sebagai amat bermakna buat Annuar yang kini digantung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selama dua tahun enam bulan.

Ekoran penggantungan itu, beliau dilarang sama sekali terbabit dalam aktiviti sukan bola sepak di negara ini sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat negeri.

Skuad Kijang menjadi perhatian dan menonjolkan prestasi pada tahap tertinggi setelah Kafa diterajui oleh Annuar pada 2007.

Mutu permainan gergasi Pantai Timur itu menyerlah apabila mencapai satu demi satu kejayaan termasuk buat pertama kalinya menjuarai Piala Malaysia pada 2010.

Tahun ini, The Red Warrriors melengkapkan misi treble setelah merangkul Piala Malaysia 2012 yang diadakan di Stadium Shah Alam, malam tadi. 

Pasukan kendalian Bojan Hodak itu sebelum ini meraih kemenangan dalam Liga Super dan Piala FA.


http://www.sinarharian.com.my/arena-bolasepak/liga-malaysia/kelantan-cipta-sejarah-annuar-sujud-syukur-di-makkah-1.96560?localLinksEnabled=false


Sent from my iPad

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 21 Oct 2012 11:35 PM PDT

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Il s’agit d’un evenement dynamique

Posted: 21 Oct 2012 02:10 AM PDT

Il ne me surprend pas que vous savez qu’il ya un jeux de la roullette gatuit difficile, c’est qu’il vous laisse voulant plus casino.

Pour vous démarquer de consultants que vous aurez à trouver quelque chose hors de l’ordinaire à s’accrocher. Je pense que ce qu’il dit bien, Celui qui vit par l’épée mourra par l’épée. J’ai trouvé que tout à fait satisfaisant.

Mais, là encore, permettez-moi de vous poser la question. Je suggère que vous le devez à vous d’apprendre comment fonctionne casino gratuit.

J’ai vu cette mentionné à la télévision récemment. Une poignée de citoyens ancienne plaine ne sera pas le gel dans un stationnement de Wal-Mart toute la nuit. Cette méthode est nécessaire pour entrer dans jeud’argent. Parfois machine cleopatra 2 gratuite est combiné avec de l’utiliser. casino est une méthode de fonctionner avec casino. C’est maintenant le temps de lire mes mots dans la profondeur par rapport à gagner au craps. C’est de ce calibre. J’imagine que c’est une bonne façon de traiter avec elle.

Vous avez une excellente occasion de leur enseigner le casino en ligne.

Qui nous permettront de caoutchouc brûlé. Cependant, mon autre significatif dit, charité bien ordonnée commence à la maison. Il vous fournira des informations casino en ligne vous avez besoin. OK, je suis toujours des difficultés avec ce qui constitue casino en ligne. Ce ne sont en corrélation directe avec un casino en ligne que les plans d’une ambiance pour un european roulette gratuite.
casino gratuit va travailler contre moi avec mon argument. Cela fera travailler vos méninges. Vous pouvez supposer que ces sont les pensées d’inspiration pertinentes pour casino en ligne. Quelles sont les méthodes casinos sont des gens bien plus qualifiés susceptibles de check-out ?

jeu en ligne sans inscription et telechargement peut attirer les buzz, mais un fait solide, il va plus loin. Vous pouvez démarrer ce dans votre propre maison Toutefois, je me sens casino en ligne est beaucoup mieux que casino en ligne bonus.
Vous pouvez même demander à des amis et des membres de la famille au sujet de leur casino en ligne aussi longtemps que ce n’est pas que je suis opposé à la croyance de celui-ci. Détendez-vous et je vais expliquer pourquoi votre loi anti tabac en suisse est comme ça.
En vertu de ce qui ne mobs fumée lignes night out grève ?

sekupangdua

Posted: 21 Oct 2012 11:34 PM PDT

sekupangdua


HARAM JADAH LU INGAT BOLEH LGBT SUKA BAPAK LU KA?

Posted: 21 Oct 2012 06:24 AM PDT

Ini kisah dua ekor haram JADAH yang bangga tunjuk dan pamerkan aksi SEKS dalam laman blog dema... Dua orang pelajar nie yang bangga merakam aksi seks dan mengaku akan buat lagi tapi sekarang nie sikit sebuk dan berehat sekejap sementara

Paling Gampang bila dema siap sebut terima kasih bila kecoh pasal aksi seks yang dema buat dan tunjukan dalam blog dema tanpa segan silu atau muka tak tau malu punya orang. lansung rak hormat Malaysia juga menjadikan rakyat Negara nie makin marah.

INILAH KESANYA BILA ADA YANG MENYOKONG LGBT DAN ADA PEMIMPINNYA PULA YANG MENYOKONG... MUNGKIN DENGAN MUNCUL DAN KECOHNYA VIDEO NIE MENJADIKAN BAPAK PELIWAT DAN KUNCUNYA AKAN TERSENYUM PUAS... nak sangat nyokong jenis nie. sekarang baru tau kesannya nanti. apa lak jadi dengan negara yang sesuka bapak dema buat tanpa fikirkan betapa kita punya adat dan tradisi yang kita Pelihara sekian lama dicemarkan macam dua ekor bagkai nie!!!
j



(KLIK) tengok sendiri pengakuan bangkai dua ekor nie

Korang tengok sendiri pengakuan dua ekor anjing nie yang memalukan rakyat Malaysia dengan kenyataan yang begitu bangga apa yang dema dah buat (KLIK

Cerita penuh di SINI 

SELAMAT TINGGAL LANGKAWI, next... LUMUT & CAMEROON HIGHLAND...

Posted: 21 Oct 2012 03:51 AM PDT

Kuala Perlis... Kampung Nelayan mengamit silam...
Hari kesembilan jelajah Malaya sekupang bersama 3 lagi rakan Bloggers hampir ke penghujung... Misi dilihat berjaya, apapun semasa menulis sekupang dan rakan dalam perjalanan ke Taiping seterusnya ke Lumut, Esok Destinasi terakhir kami ialah Cameroon Highland... 

Siri jelajah seluruh semenanjung memberikan pelbagai saujana mata yang menyentuh hati bila melihat perbezaan kehidupan Manusia. Alhamdulillah dengan segala pemberian mu ya Allah...  dalam erti kata sebenarnya kita sebagai umat Muhammad Rasulullah Sallalah alaihiwassalam sepatutnya jadi umat yang bersyukur dengan pemberian bumi yang aman dan damai di Malaysia. tak sesukar mana untuk kta jadi umat yang bersyukur dengan pemberiannya, malah jika ada rakan lain yang serba kekurangan maka kita sepatutnya yang menjadi diantaranya disisi dan bukan kenunding jari atau meletak segala keburukan dan kesalahan pada yang lain.

Hari ini kalau kita lihat bukan sahaja ramai yang tak bersyukur sebaliknya menjadikan lebih buruk dengan memfitnah malah dengan mencaci dan mengeruhkan segala yang dianggap rezeki yang rakyat  nikmati menjadikan rakyat lupa erti SYUKUR. Pelik bila yang gigih mahukan rakyat selesa dan bumi yang dipijak aman masih ada lagi kaki caci dan fitnah yang tak senang hidup bila lihat orang lain senang....

Apa salahnya kita lihat kebahagian orang lain... bukan kah itu satu nikmat jugak, kalau semuanya mahu yg elok dan sedap maka pahit dan sakit juga nikmat yang Allah perturunkan, teman sendiri rasa  lega bila dapat melihat pakcik dan makcik yang teman tengok dalam siri jelajah Malaya kali ini menyatakan betapa syukur dengan pemberian REZEKI oleh yang di ilhamkan oleh DS Najib sebagai pemimpin Rakyat nombor satu Malaysia... ' Syukur... Ada lagi BRIM na, Alhamdulillah...' ungkapan pakcik yang hampir mencecahkan usia 80an bila ditanya apa pendapat beliau dengan Ds Najib dengan kehendak Rakyat... pakcik tua disamping cucunya tak renti sengeh dan ayat syukur... dan syukur
Sempat ngeteh bersama Rosaidi KP Langkawi 
 Malam di langkawi makan malam kami tetiba dibayar... perghhh Hehe... rupanya Dato Sam YB Adun Air Kuning Tapah juga ada dilangkawi, terima kasih Tok dan kekanda Off yang menyambut kami dilangkawi, Tok Sam ni memang popular dikalangan bloggers terutama di Perak lebih-lebih lagi bagi PCT @ Perak Cyber Troopers kerana beliau adalah sebagai pemimpin memang rapat dengan kami, sekalipun PCT pernah ngeteh dan diajak dinner sekali denganya sambil santai dan semabng dengan beliau, hingga hari nie kemana sahaja terserempak Tok Sam pasti menegur dan menyapa kami dimana saja

Selepas makan teman dapat call dari KP Langkawi yang join kami ngeteh di Baron Bistro yang mengadap pantai, sembang ringan dan sempat teman tanya bagaimana persediaan Pemuda untuk PRU 13 nanti, ' Tak Guna baru nak sedia bila diumumkan pembubaran Parlimen... Alhamdulillah kami dah bermula lama dah...' dari apa ynag dia perkatakan nampaknya Langkawi sudah bersedia... Insyallah menunggu semboyan digemakan sahaja...

Bagaimana pun Bloggers Langkawi juga nampaknya tak nampak berpecah dan telah bersatu untuk menghadapi PRU yang bakal tiba bila-bila sahaja... Teman juga nak minta maaf tak dapat nak bersama semua pejuang maya kerana masa tak mengizinkan tapi insyallah jika ditakdirkan  kita jumpa juga nanti... 

The Unspinners

Posted: 21 Oct 2012 11:28 PM PDT

Belantan

Posted: 21 Oct 2012 11:28 PM PDT

Belantan


Antara amanat Hadi dan kerjasama DAP

Posted: 21 Oct 2012 06:36 PM PDT


Mampukah Abdul Hadi Awang menyakinkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menerima undang-undang Islam yang diperjuangkan Pas?

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila DAP Kedah sekali lagi menegaskan akan menentang undang-undang berunsurkan Islam jika mahu dilaksanakan di negeri itu. Sebenarnya, penentangan DAP terhadap sebarang usaha sedemikian bukanlah perkara baru sejak mereka menjalani kesepakatan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Di Selangor, sebelum ini kita juga menyaksikan bagaimana DAP menentang langkah Pas melalui Datuk Dr. Hasan Ali yang ketika itu Exco Kerajaan Negeri untuk melarang jualan arak di kedai-kedai serbaneka.

Malahan kita juga sudah mengetahui bagaimana kerasnya penentangan DAP melalui pemimpin-pemimpin kanannya terhadap perjuangan Pas untuk menegakkan negara Islam dan hukum hudud.

Tetapi malangnya Pas masih lagi mahu bekerjasama dengan DAP sehinggakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan bahawa parti itu akan meneruskan kerjasama dengan DAP bagi mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Alasan Nik Abdul Aziz mudah iaitu Pas memerlukan sokongan undi bukan Islam dan kenyataan beliau disambut oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang yakin kerjasama dengan DAP tidak akan merugikan parti itu pada masa depan malah strategi itu memberikan harapan ke arah kemenangan lebih besar.

Kedua-dua pemimpin itu sepakat bahawa Pas mahukan sokongan dan undi kaum Cina, justeru kerjasama dengan DAP perlu dipertahankan. Tambahan pula seperti mana kata Abdul Hadi, Pas akan terus bekerjasama dengan DAP kerana beliau percaya kebangkitan Pas secara beransur-ansur adalah hasil usaha seumpama itu.

Berdasarkan kepada hujah Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz jelaslah, Pas kini berada dalam kedudukan yang terdesak untuk mendapat sokongan bukan Melayu.

Oleh itu mahu tidak mahu mereka terpaksa menjalin kerjasama dengan DAP dan berpakat dengan PKR biarpun perjuangan Islam Pas menjadi taruhan. Jika benar Pas masih mahu memperjuangkan Islam dan menegakkan hukum hudud, sudah pasti mereka akan meninggalkan DAP yang sejak dulu, kini dan mungkin selamanya akan menghalang cita-cita Pas itu.

Bayangkanlah, kalau hendak memasang papan iklan yang menggunakan model berpakaian sopan dan perlu bertudung pun ditentang oleh DAP seperti mana berlaku di Kedah, bagaimana dengan soal-soal pelaksanaan hukum Islam yang lebih besar? Apakah Pas akan berupaya untuk berhadapan dengan penentangan DAP itu, jika pakatan pembangkang menenangi pilihan raya umum akan datang?

Sebab itu kita ingin bertanya, apakah Pas boleh memberi jaminan bahawa Pas itu tidak akan berada kategori dalam apa yang pernah dilafazkan oleh Abdul Hadi pada 7 April 1981 di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu.


Masih ingatkah amanat ini, ''Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.''

Persoalannya, apakah Pas begitu yakin bahawa DAP akan menyokong mereka untuk menghapuskan apa yang dianggap oleh Abdul Hadi Perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah itu?

Selain itu bagaimana pula dengan surah Ali Imran ayat 28 yang suatu ketika dulu 'diambil separuh-separuh' oleh pemimpin-pemimpin Pas untuk memburuk-burukkan kerjasama UMNO dengan parti-parti bukan Islam seperti MCA dan MIC.

Ketika itu, pemimpin Pas hanya mengambil ayat berkenaan separuh sahaja iaitu, ''Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun....,.

Sedangkan sambungan ayat itu seterusnya bermaksud, ''.... kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali".

Tetapi kini mungkin pemimpin-pemimpin Pas tidak akan mengulangi gelagat membaca surah berkenaan 'separuh-separuh' kerana mereka sudah 'berpeluk rapat ' dengan DAP dalam satu selimut, satu tilam dan berkongsi bantal biar pun mimpi-mimpi lain.

Pada masa ini, penulis percaya biar pun apa juga yang dilakukan oleh DAP terhadap Pas termasuk menentang keras perjuangan Islam, Pas tetap akan bertolak-ansur dan menerima dengan rela.

Pemimpin-pemimpin Pas yang membuat kenyataan kononnya mereka akan tetap melaksanakan hukum hudud dan meneruskan perjuangan Islam hanyalah retorik.

Sebenarnya, kenyataan bahawa Pas masih lagi dengan dasar dan perjuangan Islamnya adalah strategi politik parti itu untuk mengaut sokongan daripada umat Islam serta memastikan Pas tidak dilihat sudah tergelincir daripada hala tuju perjuangan asalnya.

Tetapi dalam masa yang sama, perjalanan politik Pas sejak bersahabat dengan DAP menunjukkan sejauh mana keberanian Pas untuk terus mempertahankan perjuangan Islamnya. Dan apa yang berlaku di Kedah sudah menjadi bukti bahawa DAP tidak akan berkompromi dalam soal Islam yang ingin diperjuangkan oleh Pas.

Walaupun dari satu segi, Pas jauh lebih berwibawa dan berkemampuan daripada DAP, tetapi Pas bersedia menjadi bak kata pepatah 'melukut di tepi gantang' dalam pakatan semata-mata untuk memburu kuasa.

Sebab itulah Ahli Pas seumur hidup, Datuk Shahnon Ahmad menegaskan, sepatutnya, DAP perlukan Pas dan bukan sebaliknya. Bagaimanapun pemimpin-pemimpin utama Pas sendiri tidak mahu menyebut perkara itu, sebaliknya lebih rela mempertegaskan bahawa Pas perlu DAP untuk meraih undi bukan Melayu khususnya orang Cina.

Pas ternyata sudah menunjukkan betapa mereka begitu kemaruk untuk berkuasa sehinggakan apa pun yang akan dilakukan oleh DAP, mereka akan terima dengan hati terbuka.

Dalam soal ini, penulis ingin menasihatkan kepada penyokong-penyokong Pas tidak usahlah mereka bermuram durja apatah lagi mahu memperotes terhadap kerjasama parti itu dengan DAP.

Semua itu hanya sia-sia, sebaliknya berikutan ketegasan yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin mereka dalam mempertahankan kerjasama dengan DAP, maka mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk berkempen habis-habisan untuk DAP meraih sokongan orang Melayu.

Maklumlah itu sebagai 'timbal balik' kepada harapan pemimpin Pas untuk melihat DAP berkempen bagi parti itu dalam meraih sokongan masyarakat Cina.

Justeru mereka perlu menjadi ahli atau penyokong setia yang berpegang kepada prinsip 'kami dengar kami patuh' bagi memastikan kemenangan DAP, biar pun perjuangan Islam Pas - satu perjuangan yang menjadi tarikan utama mereka menyokong parti itu - selepas ini entah ke mana.

Suara Politik
Taminsari

Pangsapuri Desa Ria diabaikan oleh kerajaan negeri Selangor?

Posted: 21 Oct 2012 08:53 AM PDT


Murid-murid tabika di Pangsapuri Desaria menerima kesan paling teruk kerana masalah paip kumbahan yang pecah berdekatan dengan kelas mereka.

Setiap hari, dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari, kira-kira 20 orang murid tabika hanya berkurung di dalam kelas tanpa berpeluang melakukan aktiviti luar darjah. Saban hari juga, guru mereka tidak pernah membuka cermin dan pintu kelas sepanjang sesi pembelajaran berlangsung.

Bukannya tiada kawasan lapang, tetapi murid-murid Tabika Pangsapuri Taman Desa Ria di PJS 5 itu terpaksa berbuat demikian kerana kawasan itu tidak sesuai untuk mereka bermain.

Ini kerana pihak pentadbiran sekolah itu bimbang untuk membenarkan mereka keluar kerana kawasan permainan itu tidak disenggara dengan sempurna. Yang paling merisaukan mereka ialah terdapat saluran paip pembentungan yang bocor di situ sehingga mengeluarkan bau busuk dan berisiko mendatangkan masalah kesihatan.

Masalah yang berlarutan sejak dua minggu lalu itu tidak menemui jalan penyelesaian malah keadaan bertambah teruk apabila limpahan air najis semakin bertambah. Selain mencemarkan bahagian hadapan tabika itu, limpahan tersebut turut memberi kesan kepada seluruh penghuni enam blok pangsapuri tersebut yang didiami lebih 2,000 penduduk.

Malah, bukan sahaja masalah itu yang menghantui mereka, sampah yang tidak diuruskan dengan sempurna, rumput dibiarkan panjang dan masalah longkang tersumbat juga seakan sudah sebati dengan mereka sejak empat tahun lalu.

Tambahan pula, keadaan longkang yang tersumbat itu memberi peluang kepada nyamuk Aedes membiak dan menyerang penghuni sehingga terkena jangkitan denggi.

Penduduk mendakwa, pihak-pihak berkaitan termasuk pemaju yang menguruskan pangsapuri itu serta pihak berkuasa tempatan tidak mengendahkan aduan yang dibuat mereka selama ini.

Menurut mereka, ahli majlis yang dilantik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk memantau kawasan itu juga tidak pernah muncul sejak sekian lama.

Suara Politik
Taminsari

Zulfahmi Catat Sejarah Raih Podium Moto3!

Posted: 21 Oct 2012 05:00 AM PDT



Zulfahmi Khairuddin berjaya mencatat sejarah apabila kejayaannya hari ini merangkul tempat kedua kategori Moto3. Pelumba Jerman Sandro Cortese dari pasukan Red Bull KTM Ajo merangkul kejuaraan Moto3 selepas mencatatkan masa terpantas 40 minit 54.123 dalam perlumbaan 18 pusingan Grand Prix Motosikal Malaysia.

Zulfahmi Khairuddin dari pasukan AirAsia-SIC-Ajo dengan masa 40'54.151s, manakala penunggang Jerman Jonas Folger dari Mapfre Aspar Team Moto3 di tempat ketiga dengan masa 40'54.370s.


Semalam Zulfahmi mencatat masa terpantas pada kelayakan untuk menempah petak pertama dan dia berkeyakinan untuk mencipta kejayaan podium hari ini. Keputusan cemerlang itu juga sebagai hadiah hari lahir buat Zulfahmi yang genap usia 21 tahun, semalam dengan catatan masa dua minit, 13.885 saat meninggalkan Jonas Folger dari pasukan Mapre Aspar Team 2'14.151s.


Apapun kejayaan anak kelahiran Banting, Selangor itu yang mencatat sejarah menjadi pelumba Malaysia pertama melakar keputusan cemerlang itu turut disambut dengan sorakan gembira daripada para penonton yang menyaksikan kelayakan tersebut. Tahniah untuk Zulfahmi Khairuddin.

Sementara itu seorang lagi pelumba negara Hafizh Syahrin mendapat tempat keempat perlumbaan Moto2. Hafizh Syahrin Abdullah mencuri tumpuan apabila menduduki tempat keempat pada perlumbaan Moto2 di GP Malaysia yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, di sini hari ini.

Berlumba atas tiket wildcard, penunggang pasukan Petronas Raceline Malaysia berusia 18 tahun itu memulakan perlumbaan di petak ke-27 sebelum dengan penuh yakin memintas para pelumba berpengalaman lain.


Malahan di satu peringkat, dia berjaya mendahului perlumbaan beberapa pusingan sebelum menamatkan perlumbaan di belakang Alex De Angelis dari pasukan NGM Mobile Foward Racing, Anthony West (QMMF Racing Team) dan Gino Rea (Federal Oil Gresini Moto2 Suter). Tahniah Hafizh Syahrin.

Berikut adalah Keputusan Moto3

1.Sandro Cortese (GER) Red Bull KTM Ajo 40 minit 54.123 saat
2.ZULFAHMI KHAIRUDDIN(MAL) AirAsia-Sic-Ajo 40'54.151s
3.Jonas Folger (GER) Mapfre Aspar Team Moto3 40'54.370s
4.Luis Salom (SPA) RW Racing GP 41'02.626s
5.Miguel Oliveira (POR) Estrella Galicia 0,0 41'02.797s
6.Danny Kent (GBR) Red Bull KTM Ajo 41'03.458s
7.Alex Rins (SPA) Estrella Galicia 0,0 41'13.096s
8.Efren Vazquez (SPA) JHK t-shirt Laglisse 41'19.542s
9.Niklas Ajo (FIN) TT Motion Events Racing 41'24.837s
10.Adrian Martin (SPA) JHK t-shirt Laglisse 41'24.886s
11.Arthur Sissis (AUS) Red Bull KTM Ajo 41'25.009s
12.Brad Binder (RSA) RW Racing GP 41'25.142s
13.Jack Miller (AUS) Caretta Technology 41'25.348s
14.Alex Marquez (SPA) Ambrogio Next Racing 41'25.436s
15.Niccolo Antonelli (ITA) San Carlo Gresini Moto3 41'25.772s
16.Jakub Kornfeil (CZE) Redox-Ongetta-Centro Seta 41'25.838s
17.Alessandro Tonucci (ITA) Team Italia FMI 41'25.913s
18.Alberto Moncayo (SPA) Andalucia JHK t-shirt Laglisse 41'26.270s
19.Isaac Vinales (SPA) Ongetta-Centro Seta 41'33.487s
20.Romano Fenati (ITA) Team Italia FMI 41'39.947s
21.Alan Techer (FRA) Technomag-CIP-TSR 41'40.745s
22.John McPhee (GBR) Caretta Technology KRP 41'40.795s
23.Toni Finsterbusch (GER) Racing Team Germany 41'40.913s
24.Luca Amato (GER) Mapfre Aspar Team Moto3 42'03.209s
25.Josep Rodriguez (SPA) Moto FGR 42'09.857s
26.Giulian Pedone (SWI) Ambrogio Next Racing 42'27.840s
27.Kenta Fujii (JPN) Technomag-CIP-TSR 42'27.934s
28.Armando Pontone (ITA) Ioda Team Italia 42'48.237s
Danny Webb (GBR) Mahindra Racing 19'36.752s
Louis Rossi (FRA) Racing Team Germany FTR 11'24.542s
Riccardo Moretti (ITA) Mahindra Racing 2'30.073s


Keputusan Moto2

1.Alex De Angelis RSM (FTR) 36m 57.793s
2.Anthony West AUS (Speed Up) 36m 58.503s
3.Gino Rea GBR (Suter) 36m 59.156s
4.Hafizh Syahrin MAL (FTR) 37m 0.734s
5.Julian Simon SPA (Suter) 37m 5.376s
6.Andrea Iannone ITA (Speed Up) 37m 7.855s
7.Mika Kallio FIN (Kalex) 37m 20.871s
8.Bradley Smith GBR (Tech 3) 37m 24.750s
9.Dominique Aegerter SWI (Suter) 37m 27.856s
10.Esteve Rabat SPA (Kalex) 37m 29.307s
11.Pol Espargaro SPA (Kalex) 37m 29.539s
12.Scott Redding GBR (Kalex) 37m 34.901s
13.Toni Elias SPA (Kalex) 37m 36.420s
14.Axel Pons SPA (Kalex) 37m 36.888s
15.Ricard Cardus SPA (AJR) 37m 38.479s
16.Yuki Takahashi JPN (FTR) 37m 38.550s
17.Tomoyoshi Koyama JPN (Suter) 37m 39.652s
18.Marcel Schrotter GER (Bimota) 37m 44.553s
19.Jesko Raffin SWI (Kalex) 38m 8.505s
20.Elena Rosell SPA (Speed Up) 38m 15.600s
21.Marco Colandrea SWI (FTR) 38m 17.113s
22.Ratthapark Wilairot THA (Suter) 38m 25.074s
23.Simone Corsi ITA (FTR) 38m 39.658s

Pelumba Republik San Marino, Alex De Angelis dari pasukan NGM Mobile Forward Racing memenangi gelaran Moto2 selepas mencatatkan masa terpantas 36 minit 57.793 saat dalam Grand Prix Motosikal Malaysia. Tempat kedua menjadi milik pelumba Australia, Anthony West dari pasukan QMMF Racing Team dengan masa 36:58.503s manakala pelumba Great Britain, Gino Rea dari pasukan Federal Oil Gresini Moto2 di tempat ketiga dengan catatan masa 36:59.156s.

Suara Politik
Taminsari

Berapa kos bawa masuk William, Joseph dan apa hubungan Anwar dengan Suaram?

Posted: 21 Oct 2012 12:38 AM PDT



Pakatan pembangkang digesa menyatakan jumlah keseluruhan kos yang perlu ditanggung bagi membawa masuk dua peguam Perancis yang ditugaskan untuk memberi taklimat kepada ahli Parlimen mengenai isu pembelian kapal selam Scorpene.

Perkara itu merupakan isu utama untuk diketengahkan dan bukannya mengenai pembelian kapal selam yang telah diperjelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rakyat mempunyai hak untuk tahu siapa yang membiayai kos-kos seperti perjalanan, penginapan serta yuran guaman kedua-dua peguam tersebut, William Bourdon dan Joseph Breham dan apa hubungan Anwar dengan Suaram?

Persoalannya mengapa Anwar tergesa-gesa meninggalkan perbahasan bajet di Parlimen semata-mata hendak menjemput kedua-dua peguam tersebut! Siapa pula yang membiayai Anwar ke Perancis?

Dilihat pihak pembangkang memang suka mengelirukan rakyat dan tidak memberikan gambaran serta maklumat yang betul. Banyak perkara yang tidak berasas!

Isu pembelian kapal selam seharusnya tidak timbul lagi memandangkan segalanya telah diselesaikan malah Mahkamah Perancis turut menolak permohonan pembangkang mengenai isu pembelian Scorpene.

Pembelian yang dibuat daripada segi perundangan dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

Dalam penjelasan Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa rancangan membeli kapal selam itu dibuat sejak 1991 lagi dan pada 1995 Kementerian Kewangan memberi kelulusan dengan mengikut harga yang ditetapkan Kerajaan Perancis.

Dan pada ketika itu, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merupakan Menteri Kewangan dan beliau yang menandatangani dokumen kelulusan pembelian kapal Scorpene itu! Sila baca di sini.

Tindakan pihak pembangkang menjemput peguam asing untuk memberikan taklimat mengenai isu rasuah dalam pembelian Scorpene menunjukkan mereka mahu pihak luar campur tangan dalam hal ehwal politik dan undang-undang negara.

Suara Politik
Taminsari

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 21 Oct 2012 11:22 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Gambar Penyokong PAS Sanggup BETATTOO Untuk Parti!!!

Posted: 21 Oct 2012 10:00 PM PDT

Gambar dari FB pejuang siber Kelantan, Zamay Roslan . Penyokong PAS buat tattoo rambut ketika final Sabtu lepas.


Ini ke hasil didikan ostad PAS?

Mari kita semak apa hukum buat benda ni.


HUKUM QAZA' (MENCUKUR SEBAHAGIAN KEPALA DAN MEMBIARKAN YANG LAIN).
Definasi qaza seperti kata Imam Nawawi:
القزع حلق بعض الرأس مطلقا وهو الأصح
Qaza' ialah mencukur sebahagian kepala.
Hukum Qaza'
ULAMA TELAH BERSEPAKAT MENYATAKAN MAKRUH QAZA'
Imam Nawawi menyebut dalam kitab al-Minhaj (syarh sahih Muslim):
وأجمعوا على كراهة القزع إذا كان في مواضع متفرقة إلا أن يكون لمداواة وهي كراهة تنزيه
Sepakat ulama bahawa makruh QAza' sekiranya cukur dibeberapa tempat dan dikecualikan sekiranya untuk tujuan perubatan. Maksud makruh disini ialah makruh yang biasa (bukan makruh tahrim)
PENDAPAT EMPAT MAZHAB
MAZHAB HAMBALI
Al-Mardawi dalam kitab al-Insaf berkata:
ويكره القزع بلا نزاع وهو أخذ بعض الرأس وترك بعضه على الصحيح من المذهب
Makruh Qaza' tanpa ada pertikaian iaitu mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian lain. Ini pendapat sahih dlm mazhab Hambali.
MAZHAB MALIKI
An-Nafrawi berkata:
يكره القزع وهو تفريق شعر الرأس مع حلق ما بينه
Makruh Qaza' iaitu membelah rambut dengan mencukur ditengahnya.
MAZHAB HANAFI
Imam ibnu Abidin berkata dalam Hasyiahnya:
ويكره القزع وهو أن يحلق البعض ويترك البعض قطعاُ مقدار ثلاثة أصابع
Makruh Qaza' iaitu mencukur sebahagian dan membiarkan yang lain terpisah-pisah sekadar 3 jari."
MAZHAB SYAFIE
Imam Nawawi berkata dalam kitab Raudatut Talibin:
كُره القزع وهو حلق بعض الرأس سواء كان متفرقاً أو من موضع واحد
Makruh Qaza' iaitu mencukur sebahagian kepala samada ditempat yg berbeza atau tempat yang sama.
DALIL MAKRUH
ابن عمر رضي الله عنهما يقول : سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهى عن القزع
Ibnu Umar berkata "AKu mendengar Rasulullah saw menegah dari Qaza' ([ البخاري برقم 5576 ومسلم برقم 2120]
عن ابن عمر رضي الله عنهما : أن النبي صلى الله عليه و سلم رأى صبياً قد حلق بعض شعره وترك بعضه فنهاهم عن ذلك فقال " احلقوه كله أو اتركوه كله " [رواه أبو داود 4195].
Sesungguhnya Nabi saw melihat seorang budak mencukur sebahagian kepalanya dan membuiarkan sebahagian yg lain. Nabi saw menegahnya dan berkata " Hendaklah kamu mencukur semuanya atau membiarkan semuanya."
PENTING
1. ULama berkata larangan ini tidak haram kerana termasuk dalam bab adab.
2. Dibolehkan qaza' untuk tujuan perubatan seperti yg disebut oleh imam Nawawi
3. menggunting dan menipiskan tepi tidak termasuk dalam larangan.
Sumber : http://darulilmi.org/2012/06/16/hukum-qaza-mencukur-sebahagian-kepala/

* Entah apa lagi yang penyokong PAS nak buat lepas ni.

Isu Jambatan Menumbok: Talian hayat @AnwarIbrahim untuk JAJAH Sabah! Bahagian 1

Posted: 21 Oct 2012 07:21 PM PDT




Apabila Anwar berjanji nak buat Jambatan Menumbok ke Labuan…

Kini giliran penduduk Sabah dan Labuan pula digula-gulakan oleh Pakatan Rakyat (PR) @ fuckatan kununnya mereka akan dapat sebuah jambatan menghubungkan Sabah (Mempakul /Menumbok) ke Labuan (Tanjung Aru) jika fuckatan berjaya memenangi PRU13 nanti.

Jambatan sepanjang hampir 11 kilometer kununnya melibatkan kos RM3 bilion tanpa kutipan tol pastinya menjadi bualan ramai, terutama sekali puak-puak pencacai dan penyangak fuckatan yang memang terkenal dengan kegemaran menciplak idea orang lain dan merekayasa fantasi.

Ikutkan cerita, kerajaan BN pernah mengarahkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti kebangsaan Malaysia (UKM) mengkaji segala aspek kemungkinan pembinaan sebuah jambatan yang menghubungkan tanah besar Sabah dengan Labuan. Bahkan,UMNO Bahagian Labuan telahpun meluluskan usul agar jambatan itu dibina oleh pelabur-pela
bur luar yang berminat, tanpa kerajaan perlu mengeluarkan sesen pun duit rakyat. Segala pampasan akan dibayar oleh para pelabur terbabit kepada pihak yang terjejas akibat pembangunan jambatan tersebut. Ini menunjukkan UMNO Labuan tahu implikasi kewangan negara yang masih tidak mengizinkan.

Kajian UMS dan UKM perlu diambil kira

Kajian UMS dan UKM telah membuktikan banyak perkara yang perlu diselesaikan oleh kerajaan sebelum mengambil keputusan meneruskan pembinaan jambatan tersebut. Anggaran kos RM3 bilion itu adalah cerita beberapa tahun lalu, tapi kemungkinan kos akan meningkat kepada RM6 bilion memandangkan kos bagi pampasan tanah, bahan mentah, biaya konsultan dan sebagainya akan meningkat setiap hari.

UMS dan UKM telah mencadangkan kepada Kerajaan Pusat untuk membina jambatan laluan Timur sepertimana peta di atas bagi mengelak gangguan perjalanan dan laluan maritim antara Sabah dan WP Labuan itu sendiri.

Laluan laut di selat di antara tanah besar Sabah dan WP Labuan selama ini menjadi perlindungan dari angin ribut semasa musim tengkujuh merupakan jalan pilihan bagi kapal-kapal perdagangan bersaiz kecil dan sederhana menghantar pelbagai bekalan keperluan rakyat di kedua-dua kawasan termasuk ke Brunei meskipun ketika musim tengkujuh melanda.

Hal-hal teknikal seperti struktur jambatan yang kukuh dan stabil perlu bagi menampung gelora dan badai di tengah-tengah laut. Bahan yang tahan karat dari hakisan air masin selain mampu menanggung beban kenderaan setiap hari sememangnya memerlukan kos yang tinggi. Bahkan jambatan tersebut mestilah mempunyai laluan yang lebih tinggi di bahagian tengahnya bagi membolehkan kapal-kapal besar belayar. Fuckatan hanya fikir nak kurangkan kos dengan mencari laluan yang cetek untuk membina asas atau kaki jambatan. Hal keselamatan dan teknikal macam ni mana Anwar sefuckatan tahu kerana mereka sememangnya amat jahil dan cuma tahu berjanji.

Fuckatan tanpa malu telah menyonglap idea-idea kajian pihak UMS dan UKM kununnya sebagai kajian mereka membantu rakyat Sabah dan Labuan. Nampak sangat Anwar menipu. Mana dia berani bentangkan hasil kajian PKR melainkan ada 'tikus-tikus mondok' dari UMS dan UKM sendiri yang 'menjual' hasil kajian mereka kepada fuckatan. Bab kos pembinaan jambatan yang semakin meningkat disembunyikan dari rakyat dan pencacai mereka.

Kerajaan BN telah menangguhkan dahulu pembinaan jambatan memandangkan perlu mendahulukan perkara lain yang lebih penting. Malaysia sedikit sebanyak memang terkesan menerima impak ketidakstabilan ekonomi global sejak 2008.

Kerajaan BN membuat sesuatu dengan berfikir panjang, membuat kajian mendalam dan mengambil kira semua faktor mana yang patut didahulukan, mana yang lebih penting.Tidak boleh tergesa-gesa. Bukan macam PR, berjanji bagai nak rak tapi banyak yang tidak ditunaikan.

Lihat saja janji-janji PRU12 masih banyak belum dilunaskan bahkan banyak yang gagal. Kini mereka buat lagi pelbagai janji baru. Hasilnya rakyat terus ditipu, tetapi fuckatan buat tak tau. Ini kerana fuckatan menganggap manifesto pilihanraya bukanlah satu janji yang perlu ditunaikan.

Sebab itu mereka senang berjanji kununnya akan menyelesaikan isu pembinaan jambatan dalam masa 6 bulan jika mendapat mandat memerintah kerajaan Pusat atau sekurang-kurangnya dapat menawan Sabah dan Labuan. Jambatan tersebut pula dijanjikan kununnya akan siap dalam tempoh 4 tahun atau sebelum PRU ke 14. - Bersambung ke Siri ke-2 esok

Bila PKR Berkuasa, Tiada Lagi Tajaan Haji dari 1MDB

Posted: 21 Oct 2012 07:00 AM PDT

Inilah yang terjadi bila PKR berkuasa.

Klik untuk besarkan imej
Sumber : http://mymassagaleri.blogspot.com/2012/10/poster-1mdb-dibubar-ummah-dizalimi.html

Tiada lagi tajaan haji dari 1MDB kerana PKR sendiri berjanji untuk memansuhkan 1MDB.

*Adakah ini yang anda mahu?

Kedai Rakyat 1Malaysia

Posted: 21 Oct 2012 03:00 AM PDT



*Poster ini dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan UMNO Malaysia.

oyabun

Posted: 21 Oct 2012 11:16 PM PDT

oyabun


Nilai hartanah Talam melambung empat kali ganda?

Posted: 21 Oct 2012 09:08 AM PDT



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa melakukan siasatan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung penilaian tanah milik Talam Corporation Berhad (Talam) yang melonjak empat kali ganda daripada RM90.875 juta kepada RM391.986 juta.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, penilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta itu adalah satu situasi yang boleh menimbulkan syak wasangka dalam kalangan rakyat.

Menurutnya, SPRM perlu memainkan peranan mereka setelah mendapat maklumat berhubung perkara tersebut dengan melakukan siasatan terhadap kerajaan Selangor.

"SPRM juga perlu cepat bertindak ke atas maklumat atau laporan yang membabitkan pakatan pembangkang, sebelum ini SPRM dilihat hanya bertindak tegas berhubung kes-kes melibatkan kerajaan sahaja, sehubungan itu mereka perlu berlaku adil dalam situasi ini.

"Abdul Khalid digesa supaya menjelaskan bagaimana harga penilaian tanah-tanah milik Talam dibuat sehinggakan melonjak empat kali ganda dan mengapa beliau menandatangani surat pengambilan hutang Talam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai harga hartanah milik Talam yang dipersoal oleh Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini.

Selain itu, Hamidzun turut mendesak supaya Abdul Khalid membeli rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) daripada pemiliknya dengan harga empat kali ganda seperti mana pengambilalihan hutang talam.

"Jika mampu, belilah rumah PKNS daripada pemilik sekarang yang tidak berkemampuan untuk menjelaskan pinjaman dengan harga empat kali ganda seperti mana pengambilalihan hutang Talam tersebut.

"Jika mempunyai sumber kewangan yang kukuh gunalah ia untuk kesejahteraan rakyat, bantulah golongan yang memerlukan dan bukannya membantu pemilik Talam yang umum tahu sudah kaya-raya," katanya.

Suara Politik
Taminsari

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 21 Oct 2012 11:08 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Kamal Hisham Meroyan Bila Dia Gagal Nak Menyamun...

Posted: 21 Oct 2012 10:00 PM PDT




kamal hisham adalah malaun penipu si  mata bulat ni kaki sakau.

malaun peipu si mata bulat ni kenyang selama beberapa tahun hasil mahsul jual nama tuanku sultan johor.

selama beberapa tahun dia kenyang.
kiri kanan dia tipu.
tuanku sultan johor punya arrangement ditukar hak milik kepada syarikat milik mangkok ni.

dengan menggunakan kaedah ' ini titah tuanku' operasi mangkok hayon ni berjalan halus sampailah ke satu ketika..

bak kata bidalan sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

itulah kisah malaun mata bulat kaki songlap penipu besar haram jadah ni.

operasi pembohongannya telah dihidu pihak istana.

kerana dah teruk terkantoi malaun ni cepat-cepat cabut lari luar negara. namun dia cuba memperdayakan pelbagai pihak di malaysia kononnya dia tak bersalah.

beb.

kalau tak bersalah apa hal kau lintang pukang cabut lari ke luar negara ?

kalau kau tak bersalah, apasal taknak balik malaysia ?

kau pusing cerita tuduh fitnah tuanku akan apa-apakan kau .

apa punya baral lah hujahan kau ni.
malaysia takde undang-undang ke ?

wei malaun kamal hisham, jangan cerita banyak.
jangan pusing banyak cerita.
balik malaysia dan settlekan masalah kau lah bangsat ! cerita terkini pasal si penyamun nie klik sini & sini

PISAU.NET

Posted: 21 Oct 2012 09:45 PM PDT

PISAU.NET


Bajet BN Tiru Pakatan?

Posted: 21 Oct 2012 02:30 PM PDT



PRU 13: PAS Pasti Tersungkur Di Kelantan

Posted: 21 Oct 2012 10:24 AM PDT


Suka atau tidak, pemimpin PAS Kelantan perlu menerima hakikat sudah sampai masanya untuk mereka mempersiapkan diri menerima penghukuman rakyat dalam PRU 13 kelak berikutan pelbagai kelemahan urus tadbir sejak 22 tahun negeri ini diperintah oleh PAS.


Kegagalan Kerajaan PAS Kelantan memantau projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di lembah Sireh, Kota Bharu sebagai mana disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011, pastinya bakal menambah kemarahan rakyat negeri.


Bertahun-tahun sebelum ini, sudah ramai penduduk setempat yang bangkit membantah projek berkenaan kerana meragui keberkesanannya dalam menaik tarafkan kehidupan mereka selain isu pengambilan tanah pada harga pampasan yang tidak munasabah.


Kini apabila Laporan Audit sendiri pula mengesahkan projek pembangunan PTSK tersebut bukan sahaja masih gagal disempurnakan, malah tanah negeri seluas 716.8 ekar yang bernilai RM318.29 juta juga telah dipindah milik kepada syarikat Liziz standaco Sdn Bhd tanpa melalui prosedur yang betul.


Ini sekaligus mengesahkan desas desus sebelum ini berkaitan wujudnya salah laku, penyelewengan dan rasuah dalam urusan tender dan kontrak projek tersebut yang melibatkan beberapa orang pemimpin negeri dalam Kerajaan PAS Kelantan.


Sudahlah begitu, janji manis Kerajaan PAS Kelantan konon rakyat negeri bakal menerima sebuah masjid baru yang indah dan besar bernilai RM20 juta juga langsung tidak nampak bayangnya walaupun tanah negeri sudah bertukar milik sejak bertahun lamanya.


Tambah menyemarakkan orang ramai apabila Laporan Audit juga mengesahkan projek Ladang Rakyat yang terbentang luas di Selatan Kelantan hingga kini hanya menguntungkan segelintir pihak yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin PAS Kelantan.


Janji dividen RM200.00 sebulan serta peluang bekerja di Ladang rakyat sebagai peserta dengan gaji RM700.00 sebulan hanya tinggal janji. Segelintir yang bernasib baik dapat meraih habuan dividen dan gaji itupun disebabkan adanya hubungan kepartian dengan PAS negeri sahaja.


Lebih 80,000 ekar tanah kerajaan dan tanah milik rakyat termasuk tanah adat Orang Asli kini dikuasai syarikat milik Cina Singapura serta Taiwan.


Berulang kali rakyat bangkit membantah dan menyerahkan memorandum, Menteri Besar kelantan, Nik Aziz Nik Mat hanya memekakan telinga kononnya semua bantahan itu hanya bermotifkan politik.


Walhal, hak rakyat ditindas dan nasib rakyat terumbang ambing dek kerana kerakusan pemimpin PAS merampas hasil negeri untuk kepentingan diri dan kroni.


Sebelum ladang dibuka, segala pokok balak serta konsesi pembalakan hanya dirasai oleh tauke Cina Singapura yang turut dikongsi bersama dengan beberapa pihak yang berkepentingan dalam PAS dan kerajaan negeri. Inilah sebenarnya sasaran utama pemimpin PAS negeri yakni hasil kayu balak dan komisyen.


Bila segala isi perut hutan belukar habis diratah meninggalkan tanah-tanah bukit sahaja kemudian membawa kepada pencemaran sumber air, barulah ladang dibuka namun hasil dari pembukaan Ladang Rakyat itu pun tak terjangkau oleh majoriti rakyat negeri.


Kononnya tujuan pembangunan Ladang Rakyat itu akan dapat menandingi kejayaan tanah rancangan FELDA, ternyata hanyalah omong kosong pemimpin PAS sahaja.


Itupun pemimpin PAS masih mahu tunjuk lagak konon mahu membela nasib peneroka FELDA sedangkan sejak sekian lama peneroka FELDA memang sudah terbela hasil usaha Kerajaan Barisan Nasional.


Patutnya pemimpin PAS perlu berani membela nasib rakyat Kelantan terutama penduduk di Selatan Kelantan yang sudah bertahun-tahun tertindas dek kerana kegagalan Ladang Rakyat yang diluluskan oleh MB dan Exconya.


Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13) kelak, usahlah PAS berharap untuk kekal di Kelantan, majoriti rakyat sudah muak dan mual dengan sikap hipokrit dan kuat mentekederah harta benda negeri oleh pemimpin PAS.


PRK DUN Galas tahun 2010 dulu hanyalah tanda awal bahawa kebangkitan rakyat Kelantan bermula dari Selatan kemudian bergabung bersama kekuatan rakyat di pusat bandar untuk sama-sama menumbangkan rejim pemerintahan diktator Nik Aziz Mulut Berus dan gerombolan PAS Kelantan.


PAS pasti tersungkur menyembah bumi sama seperti pokok balak yang jatuh menghempap tanah selepas digergaji dan ditarah sesuka hati.

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 21 Oct 2012 09:42 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 21 Oct 2012 09:24 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


CERAMAH TERBAIK ZUL NORDIN !

Posted: 21 Oct 2012 07:20 AM PDT

GPRS : MANA JANJI 2008 ?

Posted: 21 Oct 2012 06:40 AM PDT

AUDIT KELANTAN YANG PAS CUBA SEMBUNYIKAN.

Posted: 21 Oct 2012 03:07 AM PDT

KALAU BUKAN PENIPU, ITU BUKAN PAKATAN NAMANYA.

Posted: 20 Oct 2012 10:08 PM PDT

Sri Tri Buana

Posted: 21 Oct 2012 07:38 PM PDT

Sri Tri Buana


Di sebalik Revolusi.

Posted: 20 Oct 2012 08:57 PM PDT

r b f

Posted: 21 Oct 2012 07:05 PM PDT

r b f


Mutiara Kata 6:Pemimpin Pas Angan-Angan Mat Jenin-Anwar Ibrahim

Posted: 21 Oct 2012 05:21 AM PDT


Habis ceramah tidur.....

Bangun tidur ceramah lagi....

Balik tidur.....

Bangun tidur pergi ceramah pula....

Duit derma dah penuh kantung.....

Tambah bini lagi.....

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 21 Oct 2012 03:35 PM PDT

KEPAL NASI KEPAL BERAS


SAH!! ANWAR ALAT DAP. DAP PENERIMA BENAFAAT TERBESAR!!

Posted: 20 Oct 2012 10:03 PM PDT

1. Pemimpin pakatan pembangkang hari ini bukan berfikir secara luar kotak. Sebaliknya pemikiran mereka sudah tersasar jauh dari ruang lingkup "konsep bernegara ala-Malaysia" seperti yang telah dirangka secara begitu adil dan saksama di dalam persekitaran yang begitu unik sama ada dari segi ethnicity dan kepelbagaian kepercayaan yang sedia wujud di negara ini.
2. Kerangka yang telah diperlembagakan di dalam perlembagaan negara inilah yang paling sesuai dan secocok untuk mewujudkan keadilan dan kesaksamaan buat seluruh rakyat Malaysia. Model keadilan sosial seperti ini tidak terdapat di mana-mana negara kecuali di Malaysia.
3. Tiada pemikiran luar kotak yang terbaik buat seluruh kehidupan dan rakyat negara berbilang kaum di dunia ini, melainkan pemikiran luar kotak yang telah diterima dan dijadikan model sewaktu pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, Malaya mahu pun sewaktu pembentukan negara Malaysia.
4. Tunku Abd Rahman bersetuju. Tun Razak setuju.Tun Sambanthan setuju. Tan Sri Tan Cheng Lok setuju, Tan Chee Koon setuju, Lim Chong Eu setuju, Tan Siew Sin setuju. Jika salah seorang atau lebih dari mereka tidak bersetuju tentang model dan rupa bentuk kemerdekaan dan negara yang ingin dicipta, maka negara ini tidak akan merdeka dengan cara atau di dalam tempoh ini. Perlembagaan negara tidak akan tercipta sebegitu rupa. Keadilan sosial dan ekonomi tidak akan dapat dijayakan. Kebebasan amalan beragama tidak akan se harmoni seperti yang telah terjalin di negara ini.
5. Maka, bolehkah sesiapa di kalangan pemimpin pembangkang yang boleh menemukan formula baru dan model yang lebih baik dan lebih luar kotak dari model yang telah dicipta oleh mereka untuk rakyat dan masa depan negara ini?
6. Apakah model kesamarataan yang cuba dipaksakan ke atas rakyat negara ini lebih baik? Konsep kesamarataan ciptaan pembangkang ini bukan ciptaan mereka tapi terhasil dari anutan fahaman liberal dan pluralisma yang dicedok dari barat. Ia bukan ciptaan tempatan atau indigenous model yang dihasilkan oleh rakyat dan untuk rakyat negara ini.
7. Apakah elemen kesamarataan ini sememangnya menjadi sebahagian dari asas keadilan sosial untuk sesebuah masyarakat dan negara? Kesamarataan yang dibawa oleh pejuang liberal dan pluralisma barat ini juga adalah fahaman "tiruan" dan bukannya berasal usul dari mereka.
8. Apa yang kita maklum, perjuangan oleh pelopor barat selama ini adalah perjuangan yang berasaskan kapitalisme. Konsep kesamarataan ini bukan berasal dari barat, sebaliknya ia fahaman adalah fahaman blok komunisme sosialis, "sama rata sama rasa". Bagaimana pula pejuang keadilan sosial kapitalis barat ini boleh mencedok fahaman sosialis komunis sehingga mereka pula yang mengguna pakai fahaman ini, dan hari ini mereka pula yang sedang bekerja keras mengeksport fahaman liberal "kesamarataan" ini ke negara dunia ke 3. Malah fahaman ini sedang cuba digunakan bagi tujuan penukaran rejim mana-mana negara-negara yang tidak sehaluan dengan mereka.
9. Fahaman sosialis kesamarataan inilah yang selamanya menjadi asas perjuangan DAP yang mengambil model idealisma atau fahaman dari blok sosialis komunis Tanah Besar China. Di atas maksud menjual idealisma inilah maka tertubuhnya PAP dan selepasnya DAP di negara ini.
10. Itu sebabnya fahaman sosialis kesamarataan bentuk baru yang didatangkan melalui platform NGO dari barat ini begitu secocok dengan perjuangan ataupun idealisma DAP. Hakikatnya, idealisma ini bersumber dari sumber asal yang sama, iaitu dari blok sosialis komunis. Tetapi apabila ia diolah menjadi seolah-olah satu fahaman baru ciptaan asal dari barat, maka DAP sepantas kilat mempergunakan platform baru ini, tetapi hakikatnya, ia adalah fahaman asal perjuangan DAP di negara ini yang dibawa melalui konsep Malaysian Malaysia.
11. DAP adalah "penerima" atau "beneficiaries" paling besar yang menikmati segala benafaat dan sokongan politik yang diterima hasil dari daya usaha dan susah payah Anwar Ibrahim mengimpot fahaman kesamarataan dan pularisma yang dibawa melalui platform PKR dalam usahanya bagi mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia.
12. Akhirnya kesemua mereka, iaitu pasukan pakatan pembangkang ini adalah termasuk di kalangan 'kaki tiru' atau "plagiat". Mereka sebenarnya memperjuangkan perjuangan dan idealisma "orang lain atau orang luar" untuk disuapkan kepada rakyat Malaysia. Mereka tiada fahaman atau idealisma indigenous fahaman sendiri. Hanya Perikatan atau BN saja yang telah terbukti berjaya membawa model dan idea luar kotak ciptaan sendiri yang memenuhi segala aspirasi, naluri dan cita rasa rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini. Pemimpin pembangkang hanya pemimpin bertaraf pengimport, iaitu pengimport dasar dan fahaman luar yang tidak secocok dengan jiwa, naluri dan pemikiran rakyat Malaysia seluruhnya.
13. Mereka mengimpot fahaman ini dengan menggunakan pelbagai inisiatif dan insentif termasuk insentif kewangan dari negara pengimport atau negara sumber fahaman liberal dan plural. NGO yang memperjuangkan atau mengeksport demokrasi dan fahaman liberalisma dan pluralisma yang dibiayai oleh Soros ini sudah mencengkam pemikiran sebahagian rakyat Malaysia. Semua ini adalah hasil dan sumbangan seta bantuan kerja dari rakyat tempatan yang menjadi pemimpin pembangkang hari ini.
14. Sebahagian dari rakyat sudah tidak kisah dan tidak sensitif lagi dengan isu Yahudi, Zionis atau Soros. Mereka mengimpot dan mempromosi perjuangan "musuh kekal Islam" ini dengan mencucuk "stigma baru" di dalam pemikiran rakyat dengan mengatakan semua ini "kerja fitnah UMNO" demi untuk menyelamatkan kuasa UMNO yang kononnya sudah hampir pupus.
15. Jika rakyat Malaysia menerima dan termakan dengan fahaman tiruan ciptaan pembangkang ini sama seperti mana rakyat Malaysia menerima dan memakan buah epal dan dragon fruit hingga urian, manggis atau buah mata kucing terpinggir dan tidak lagi dipedulikan oleh rakyat, maka memang besar kemungkinan pembangkang boleh menawan Malaysia.
16. Tetapi selagi rakyat Malaysia masih gila dengan durian, manggis atau rambutan, jangan haraplah dragon fruit atau epal mahu memonopoli pasaran di negara ini.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 21 Oct 2012 03:21 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Apabila suami 'bernafsu buas'

Posted: 21 Oct 2012 11:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila kajian terbaru trend kes HIV di negara ini mendapati golongan isteri, terutama suri rumah, sebenarnya lebih lima kali ganda lebih ramai menghidap virus maut itu berbanding pekerja seks berikutan kegiatan liar si suami yang gemar 'makan luar'.

Mendedahkan perkara itu, Presiden Majlis Aids Malaysia (MAM), Datuk Dr Raj Karim berkata, bilangan wanita yang dijangkiti HIV sangat menyedihkan berikutan ramai tidak tahu suami mereka menyebar virus berjangkit itu.

"Isteri perlu mengambil sikap berjaga-jaga dengan memakai kondom ketika bersama suami (jika mengesyaki pasangan curang) sebagai perlindungan, selain mendapatkan rawatan segera jika mendapati ada jangkitan penyakit untuk mengelak risiko kepada anak dikandung.

"Kita tidak menafikan segelintir lelaki di pantai timur, utara tanah air atau yang bersempadan dengan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, melanggani pelacur kerana kaji selidik mengenainya pernah dibuat sepasukan penyelidik bagi mendapatkan gambaran sebenar.

"Selain itu, golongan nelayan menyebarkan penyakit kepada pasangan selepas melakukan hubungan dengan wanita lain di luar perairan negara dan segelintirnya didapati mengambil dadah jenis suntikan. Hal ini akan menjadi semakin membimbangkan jika tidak dipantau sebaik mungkin," katanya kepada Metro Ahad.

Pengalaman suami digoda adik ipar perempuan yang hot!

Posted: 21 Oct 2012 09:01 AM PDT

Gambar hiasan
SAYA berusia awal 30-an dan tinggal bersama mentua di Melaka. Kami terpaksa membuat pilihan itu kerana tempat kerja isteri berdekatan rumah mentua.

Saya pula bekerja sementara sebagai guru bahasa di Melaka. Saya amat menyayangi isteri dan anak perempuan berusia lima bulan.

Isteri ada seorang adik lelaki dan dua adik perempuan berusia 18 dan 14 tahun.

Selepas berkahwin, dua adik ipar saya itu sering mengganggu saya.

Disebabkan bilik kami bersebelahan, adik ipar yang kedua sering masuk ke bilik saya dengan hanya memakai seluar pendek dan pakaian dalam ketika isteri saya tiada di bilik.

Apabila isteri berada di bilik, dia masuk untuk meminta minyak rambut atau bedak. Dia juga pernah membuka pintu bilik air walaupun mengetahui saya sedang mandi dan tidak berpakaian.

Baru-baru ini, dia memberikan saya telefon bimbitnya ketika itu telefon saya rosak. Saya terkejut apabila dia mengirimkan mesej lucah yang ingin mengajak saya 'bersama'.

Saya memulangkan semula telefon itu keesokan harinya. Perkara sama berlaku kepada adik ipar perempuan yang seorang lagi. Dia pernah berbogel di hadapan saya.

Dia juga pernah berpakat dengan kawan sekolahnya seramai empat orang untuk mengganggu saya. Disebabkan saya mengajar tidak jauh dari sekolahnya, saya ada menawarkan diri untuk menghantar serta mengambilnya dari sekolah.

Rancangan mereka diketahui isteri apabila salah seorang daripada mereka memberitahu kami dan adik perempuan isteri saya itu dipindahkan ke sekolah lain.

Saya dilarang isteri membawa adiknya seorang diri. Bagaimanapun, saya anggap mereka seperti adik kandung sendiri yang masih jahil. Saya tidak mahu mengambil kesempatan ke atas mereka.

Masalah timbul apabila isteri sering menolak ajakan saya untuk bersama selepas melahirkan anak pertama. Ia menyebabkan saya kecewa dan takut akan terbabit dengan maksiat.

Apa yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak diingini? Sebelum ini, saya dan isteri pernah terlanjur dalam tempoh bertunang dan saya amat menyesali perkara itu dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Mungkin itu ujian Allah bagi menguji kebenaran janji umatnya.

SUAMI SETIA,
Johor


ISLAM adalah agama yang komprehensif dan lengkap. Kes seperti di atas sudah dijangka apabila Rasulullah s.a.w sendiri menasihati setiap Muslim supaya sentiasa menjaga maruah diri dengan tidak duduk berdua-duaan dengan sebarang wanita.

Ini termasuk juga dengan adik ipar dan keluarga terdekat. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu sekalian masuk ke dalam (ruang) wanita. Salah seorang Ansar bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana dengan saudara ipar (al-hamu)?" Rasulullah menjawab, "Saudara ipar adalah kematian." (Bukhari, Muslim, Ahmad).

Kematian di sini bermaksud keadaan yang tersangat bahaya kerana perbuatan berdua-duaan itu boleh membawa kepada dosa seperti zina, tuduhan jahat dan berlaku perpecahan keluarga apabila perkara tidak diinginkan berlaku.

Pada kebiasaan, masyarakat lebih berhati-hati dengan orang asing tetapi tidak apabila sesama keluarga sendiri. Mereka mengambil mudah dan kadang-kadang terlepas pandang dengan ahli keluarga sendiri.

Sebab itu, Rasulullah memberi amaran seperti di atas. Saudara sepatutnya lebih cermat dalam hubungan antara ipar supaya tidak mudah tergoda.

Sebaik mungkin saudara hendaklah mengelak daripada tinggal berdua di rumah.

Nafsu dan syaitan sentiasa mencari kesempatan memerangkap anda.

Anda sekeluarga sepatutnya pindah ke rumah yang lain supaya sebegitu tidak terus berlaku. Perasaan anda hendak dinyatakan kepada isteri terutamanya keinginan seksual.

Isteri pula hendaklah sentiasa memenuhi tanggungjawab melayan kehendak seksual suami apabila diminta. Mengabaikan tanggungjawab itu boleh meretakkan hubungan suami isteri.

Seterusnya dosa yang lampau hendaklah dihilangkan dengan bertaubat kepada Allah. Saudara hendaklah berazam untuk tidak lagi melakukan dosa seperti itu lagi.

Hanya kepada Allah saja tempat kita mengadu dan Allah yang menjaga kita. Banyak berdoa semoga diampuni dan tidak lagi terjerumus dalam dosa lalu.

Sumber

Layanan umpama selebriti, temubual blogger seks dengan stesyen radio disiasat

Posted: 21 Oct 2012 07:06 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata beliau akan meneliti laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung sekatan terhadap penyiaran temu bual pasangan yang terlibat dengan aksi seks dalam blog 'Sumptuos Erotica'.

Kerajaan, katanya mempunyai kuasa terakhir sama ada perlu diambil tindakan fizikal dari segi undang-undang atau tidak.

"Saya akan lihat dahulu apa-apa laporannya, tetapi saya cenderung untuk mengatakan kita tidak wajar melayani apa-apa yang disohorkan menerusi internet yang melibatkan pornografi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku biografi 'Zubir Said The Composer of Majulah Singapura' di sini hari ini.

Rais berkata, walau bagaimana mana moden sekalipun rakyat pada masa kini, soal pornografi di internet dan budaya untuk mempopularkan pornografi sama ada secara langsung atau tidak adalah tidak wajar diberi tekanan dan digalakkan.

"Sama ada dapat disiarkan atau tidak itu bukan saya untuk tentukan, SKMM akan lihat dan saya akan ambil laporannya," katanya.

Alvin Tan Jye Yee, rakyat Malaysia yang mengambil jurusan undang-undang di Universiti Nasional Singapura dan teman wanitanya Vivian Lee mendapat perhatian ramai apabila mereka mempamerkan bahan lucah serta memasukkan gambar dan video aksi seks mereka di blog.

Stesen radio Red FM dan Capital FM yang menemu bual pasangan itu bagaimanapun gagal menyiarkan rakaman temubual tersebut yang sepatutnya ke udara pada slot 2 petang semalam kerana tidak mendapat keizinan daripada SKMM.

Mengenai lagu 'Harapan Bangsa' nyanyian penyanyi terkenal Jaclyn Victor yang dikatakan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini, Rais berkata, kementerian akan menyiasat dan meneliti lirik lagu tersebut.

"Kita siasat dan jangan tiba-tiba ambil tindakan. Kadangkala sebutan itu mengandungi pengertian mendalam, kami boleh buat kajian itu dan akan laksanakan tuntutan orang ramai sekiranya diperlukan," katanya.

Newspaper Cup 2012: Malaysia B21 juara tewaskan Vietnam

Posted: 21 Oct 2012 06:18 AM PDT

Perlawanan akhir antara Harimau Muda dan Vietnam baru sahaja tamat.

Malaysia B21 melakar sejarah menjuarai kejohanan kali ini dengan menewaskan tuan rumah 1-0.

Gol dijaringkan oleh Hazwan Bakri pada minit ke 57.



Keputusan penuh :

Harimau Muda 1 - 0 Vietnam B21

Amalan Derma Wang Kepada Parti Politik Bukan Perkara Baru: Tun M

Posted: 21 Oct 2012 05:01 AM PDT

Amalan mendermakan wang dengan jumlah yang besar kepada parti politik bukan satu perkara yang baru bagi parti kerajaan atau pembangkang, kata Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Amalan mendermakan wang yang banyak untuk pilihan raya bukanlah satu perkara yang baru dan di Amerika Syarikat misalnya anda perlu menjadi seorang jutawan untuk bertanding calon Presiden.

"Di zaman saya sendiri, amalan ini bukan sahaja berlaku kepada parti kerajaan tetapi juga parti pembangkang kerana mereka ini mahu mendapat manfaat sekiranya pihak lawan menang pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Tronoh, hari ini.

Beliau mengulas desakan pembangkang yang mahu kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan dari mana sumber wang derma berjumlah RM40 juta yang disalurkan kepada Umno Sabah.
Mengulas lanjut, Tun Mahathir yang juga Canselor UTP, berkata beliau sendiri tidak tahu dari mana sumber wang itu diperolehi oleh UMNO Sabah.

Semalam, Najib menafikan wang derma berjumlah RM40 juta yang disalurkan kepada Umno Sabah telah diseludup masuk ke dalam negara.

Presiden Umno itu disoal wartawan mengenai terdapat keberangkalian wang tersebut diseludup sepertimana yang didakwa oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

"Tidak, tidak. Ia sudah diterangkan di Parlimen," jawab Najib semasa disoal mengenai isu penyeludupan tersebut.

Barisan Nasional (BN) mempertahankan Umno Sabah menerima wang derma RM40 juta tersebut yang tidak diketahui sumbernya malahan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menggesa pemimpin PR untuk merujuk kepada agensi anti-rasuah Hong Kong sekiranya masih tidak berpuas-hati mempertikaikan sumbangan tersebut.

Dalam sidang media minggu lalu, Najib berkata pemberian dana RM40 juta kepada Umno Sabah adalah bertujuan derma politik dan selagi ia disalurkan dengan cara yang betul ia bukan satu kesalahan.

Dalam laporan media yang lalu, Nazri dalam jawapan balas kepada ahli parlimen PKR, Chua Tian Chang berkata tiada elemen perbuatan rasuah dapat dibuktikan terhadap dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah ke atas Datuk Musa Aman serta berkata wang berjumlah jutaan ringgit yang disalurkan adalah bertujuan untuk kegunaan Umno Sabah.

Ahli parlimen Padang Rengas juga berkata pihak Peguam Negara (AG) telah meneliti perkara tersebut dan menutup kes itu selepas mendapati tiada unsur rasuah dibuktikan oleh laman pemberi maklumat Sarawak Report awal tahun ini.

"Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada badan perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua menteri," jawab Nazri.

Nazri juga berkata Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) turut menyiasat kes tersebut tetapi tidak mengambil sebarang tindakan lanjut.

Perak Today

Pengedar lidah rasmi DAP 'Rocket' antara yang berpaling tadah sokong BN

Posted: 21 Oct 2012 04:31 AM PDT

Seramai 30 orang penyokong setia DAP negeri Perak bertindak beralih sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN) setelah kecewa dengan sikap sombong dan bongkak pemimpin-pemimpin parti pembangkang itu yang selama ini pandai bersandiwara membohongi rakyat.

Penyokong –penyokong setia DAP itu yang diketuai Ravindran Rajoo, 56, berkata, beliau bersama-sama rakan seperjuangannya merasa hampa dan kesal kerana perjuangan mereka menyokong DAP sejak 2005 sehingga membantu meraih kemenangan dalam pilihanraya umum 2008 adalah sia-sia belaka.

"Jasa dan khidmat bakti kami selama ini langsung tidak dihargai dan paling mengecewakan permasalahan kami tidak pernah diambil peduli oleh pemimpin-pemimpin DAP yang kami anggap sombong dan bongkak ini," katanya dalam sidang media di Pejabat Gerakan Negeri di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang media itu Timbalan Presiden Gerakan Dato' Chang Ko Youn yang juga Pengerusi Gerakan Perak dan Ketua Wanita Gerakan Kebangsaan, Dato' Tan Lian Hoe.

Ravindran mendakwa dalam tempoh masa empat tahun pemerhatiannya jelas mendapati pemimpin-pemimpin DAP tidak pernah membantu menyelesaikan permasalahan penyokong setia mereka sebaliknya hanya pandai memberi alasan `ada duit ada kuasa.'

Ravindran yang juga penjual dan pengedar buletin lidah rasmi DAP `Rocket' sejak tahun 2005 hingga 2008 pernah meminta bantuan daripada pemimpin DAP bagi merawat penyakit dalam perut isterinya tetapi malangnya tidak mendapat sebarang layanan.

Katanya, beliau telahpun mengambil keputusan berhenti daripada mengedar dan menjual buletin lidah rasmi pembangkang itu untuk menyokong dan membantu BN dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti.

"BN telah terbukti mengotakan janjinya membantu rakyat berbanding DAP yang banyak bersandiwara, menabur janji kosong yang tidak mampu mereka tunaikan,'' katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Kinta Utara bertekad menyatakan keazaman untuk memberikan penerangan kepada para ahli persatuan supaya memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN.

Sementara itu Dato' Chang Ko Youn berkata, sokongan padu yang diberikan oleh bekas penyokong setia DAP ini jelas membuktikan DAP kini semakin kehilangan sokongan rakyat.

"Sebenarnya tidak ada kejujuran dalam semangat perjuangan DAP, mereka mau kuasa untuk sendiri bukan memberikan perkhidmatan kepada rakyat," katanya.

Katanya, sebelum ini parti gerakan telah membantu penyokong-penyokong setia pembangkang itu dalam menyelesaikan permasalahan mereka termasuklah permohonan kad pengenalan dan perumahan awam.

"Kita tidak menggunakan mereka sebagai alat publisiti, kita buat kerja dan kini mereka sudah boleh menilai khidmat yang diberikan BN berbanding DAP dan ini yang menyakinkan mereka," katanya.

Live Streaming Malaysia B21 vs Vietnam B21 Final Piala Newspaper 21 Oktober 2012

Posted: 21 Oct 2012 03:31 AM PDT

Perlawanan yang ditunggu-tunggu, Final Vietnam Newspaper Cup 2012. Malaysia u21 dengan bergaya melangkah ke Final Vietnam Newspaper Cup 2012 bertemu Vietnam u21 setelah Harimau Muda kita menang kesemua perlawanan sebelum ini.

Menang 4-0 dengan Laos u21, menang 4 – 2 dengan Sydney FC u21 dan menang 1-0 dengan Thailand u21 pada peringkat separuh akhir. Penulis rasa pemain Harimau Muda pasti keletihan dari segi fizikal dan mental. dikhabarkan 2 pemain utama kita cedera, Thamil Arasu dan Syahrul Azwari. Kemungkinan besar tidak beraksi dalam final. Kita doakan kesemua pemain negara dapat cergas cepat dan dapat bermain di final dengan hati yang girang dan gembira.

Live Streaming akan dikemaskini apabila perlawanan hendak bermula (jika ada). Tapi berkemungkinan ada live streaming. Stay Tuned!

MALAYSIA U21 VS VIETNAM U21

LINK 1 | LINK 2 | LINK 3

*Sila klik pada pukul 7 malam, kerana sekarang sesi interview bahasa Vietnam...kalau nak layan, suka hati andalah..

Live Streaming Malaysia B21 vs Vietnam B21 Final Piala Newspaper 21 Oktober 2012

Harga Rokok Naik Mulai Esok

Posted: 21 Oct 2012 03:01 AM PDT

KUALA LUMPUR – British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) hari ini mengumumkan kenaikan harga rokok tertentu berkuatkuasa esok.

Pengarah Urusan BAT Malaysia, William Toh berkata, kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan berikutan daripada kenaikan eksais dan cukai.

"Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada 18 Oktober lalu secara rasmi memaklumkan peningkatan mandat dalam harga ex-factory rokok kami antara 26 peratus hingga 58 peratus berkuatkuasa 19 Oktober lalu," katanya

Justeru, William berkata, harga rokok Dunhill bermula esok RM10.20 sekotak, Kent (RM10.20), Peter Stuyvesant (RM8.70), Pall Mall (RM 8.70) manakala Pall Mall Plain (RM10.60).

Selain itu, katanya, harga rokok Benson & Hedges pula RM10.20 sekotak, Lucky Strike Plain (RM10.60) dan Rothmans International pula RM10.60 sekotak.

-mynewshub

Najib: Melayu sudah muak dengan DAP

Posted: 21 Oct 2012 02:31 AM PDT

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, orang Melayu sudah muak dengan DAP, mencabar parti pembangkang itu yang mendakwa sebagai parti pelbagai kaum untuk bertanding di kawasan Melayu.

"Jika DAP sebuah parti pelbagai kaum, saya cabar mereka bertanding di kawasan Melayu. Anda tahu orang Melayu sudah muak dengan DAP...semuanya karut," katanya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-59 di sini hari ini.

Antara yang hadir ialah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, dua Naib Presiden Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Najib juga bersetuju dengan Presiden MCA bahawa pemimpin-pemimpin DAP kononnya mengutamakan pelbagai kaum tetapi pada hakikatnya tidak begitu.

"Bersikap demokratik... adakah mereka lebih demokratik daripada kami (BN). Jika anda mahu tahu, tanya Tunku Aziz (bekasl naib pengerusi DAP kebangsaan Tunku Abdul Aziz Ibrahim), beliau akan beritahu anda," kata Najib sambil menegaskan, mesej BN ialah perubahan sebenar dan kemajuan pesat sedang berlaku di Malaysia.

"Reformasi hanya sekadar satu slogan," katanya.

Najib berkata orang boleh mempersoalkan dasar-dasar dan keadilan kerajaan tetapi tidak harus mempersoalkan asas negara ini yang telah dibina berasaskan
Perlembagaan.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah membuat banyak keputusan yang berisiko politik hanya untuk memastikan ianya adil kepada semua rakyat di negara ini.

Atas asas itu, beliau berkata kerajaan tahu mengenai empat keperluan asas yang menjadi teras perjuangan masyarakat Cina di negara ini dan oleh yang demikian kerajaan sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan kumpulan itu, seboleh yang mungkin.

Keperluan itu termasuk mempunyai ekonomi yang stabil dan berdaya maju, negara yang adil dan saksama, tadbir urus baik dan pendidikan.

"Saya percaya orang Cina ada empat perkara yang dia hendak sangat...orang Cina hendak ekonomi, negara maju.

Ekonomi negara kita antara yang terbaik di dunia pada masa ini. Ada pelawat luar negara kagum dengan Malaysia. Dia kata banyak kren di Malaysia dan semuanya sedang buat kerja.

"Ekonomi kita berjalan baik dan dan bajet kita yang mesra rakyat dan bertanggungjawab daripada segi fiskal. (Sebaliknya) Bajet PR, populis dan tidak bertanggungjawab daripada segi fiskal...banyak beza," katanya.

Najib berkata apa yang paling menyedihkan beliau mengenai pembangkang ialah ketamakan mereka untuk berkuasa mungkin akan menjejaskan masa depan negara.

"Kenapa saya begitu marah dengan mereka, bukan kerana mereka mahukan jawatan saya, dalam sistem berParlimen, ok, nak tawan Putrajaya, lepas itu nak lelong, tak apa. Tetapi dia (pembangkang) tidak ada sesuatu yang lebih tinggi daripada (menawan) Putrajaya, menjadi perdana menteri, menjadi menteri besar...tidak ada perancangan lebih dari itu.

"Kami tidak boleh memperjudikan masa depan Malaysia. Kami telah bersusah payah membina negara ini...kami tidak akan mengorbankan apa yang telah kami lakukan," katanya sambil mempersoalkan kredibiliti pakatan pembangkang untuk menerajui negara sedangkan mereka tidak mampu memutuskan kabinet bayangan mereka.

Najib berkata untuk itu konsep 1Malaysia dilaksanakan sebagai bukti komitmen kerajaan dan parti untuk menjadi inklusif dan menghulurkan bantuan sebanyak yang boleh kepada semua kaum dan masyarakat di negara ini.

"Ini termasuk 5,000 suku kaum Kelabit di Sarawak dan Iban di Hulu Lacau, mereka juga rakyat Malaysia dan mesti dibantu," katanya. - Bernama

Hudud: Umno hormati pendirian kaum lain, kata Soi Lek

Posted: 21 Oct 2012 02:01 AM PDT

KUALA LUMPUR - MCA menafikan parti itu 'mengawal' Umno terutamanya dalam membuat keputusan tentang pelaksanaan hukum hudud di negara itu seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, kenyataan tersebut hanyalah pandangan tipikal Nasrudin dan beliau mengulangi ketegasannya supaya isu hudud tidak dipolitikkan.

"Saya rasa saya tidak perlu beritahu semua orang yang Barisan Nasional, yang didominasikan oleh Umno tahu apa yang wajar untuk gabungan kesepakatan parti ini.

"Umno tahu apa yang baik dan buruk dalam melaksanakan sesuatu perkara.

"Kalau Umno nak laksana hukum itu, sudah lama dilakukan tetapi Umno menghormati pendirian dan kepentingan bangsa lain," kata beliau pada sidang media selepas perasmian Perhimpunan

Agung MCA Ke-59 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Wisma MCA, di sini, hari ini.

Semalam, Nasrudin mendesak Presiden MCA itu memohon maaf kepada seluruh rakyat di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan tidak berasas mengenai hudud.

Nasrudin turut menyatakan kebimbangan kenyataan Soi Lek yang mengatakan bahawa pelaksanaan hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan serta boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam.

Sementara itu, tambah Soi Lek, Pas hanya bercakap kosong tentang pelaksanaan hudud sedangkan beliau mengulas perkara itu berdasarkan fakta.

Katanya, sebagai pemimpin yang datang dari parti yang demokratik, perbezaan pandangan adalah perkara biasa.

Soi Lek menambah, beliau bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan kepada penyokong parti itu tentang implikasi pelaksanaan hudud.

Ketika diminta mengulas kenyataan pihak pembangkang yang menegaskan hanya mereka yang arif tentang isu hudud sahaja yang layak bercakap tentang perkara itu, Soi Lek berkata, tindakan itu adalah tidak demokratik.

"Sebagai pemimpin di sebuah negara yang demokratik, tidak ada sesiapa yang wajar memonopoli apa-apa isu dan sewajarnya kita sama-sama menyumbang untuk memberi penjelasan kepada rakyat," katanya.

MotoGP Sepang: Zulfahmi Di Tempat Kedua Perlumbaan Moto3, Cortese Muncul Juara

Posted: 21 Oct 2012 01:46 AM PDT

SEPANG 21 Okt - Pelumba Jerman Sandro Cortese dari pasukan Red Bull KTM Ajo merangkul kejuaraan Moto3 selepas mencatatkan masa terpantas 40 minit 54.123 dalam perlumbaan 18 pusingan Grand Prix Motosikal Malaysia.

Di tempat kedua ialah pelumba Malaysia Zulfahmi Khairuddin dari pasukan AirAsia-SIC-Ajo dengan masa 40'54.151s, manakala penunggang Jerman Jonas Folger dari Mapfre Aspar Team Moto3 di tempat ketiga dengan masa 40'54.370s.

Di bawah adalah keputusan penuh 125cc :

1. Sandro Cortese (GER) Red Bull KTM AJO 40' 54.123s
2 ZULFAHMI KHAIRUDDIN(MAL) AirAsia-Sic-Ajo 40'54.151s
3 Jonas Folger (GER) Mapfre Aspar Team Moto 40'54.370s
4 Luis Salom (SPA) RW Racing GP 41'02.626s
5 Miguel Oliveira (POR) Estrella Galicia 0,0 41'02.797s
6 Danny Kent (GBR) Red Bull KTM Ajo 41'03.458s
7 Alex Rins (SPA) Estrella Galicia 0,0 41'13.096s
8 Efren Vazquez (SPA) JHK t-shirt Laglisse 41'19.542s
9. Niklas Ajo (FIN) TT Motion Events Racing 41'24.837s
10 Adrian Martin (SPA) JHK t-shirt Laglisse 41'24.886s
11 Arthur Sissis (AUS) Red Bull KTM Ajo 41'25.009s
12 Brad Binder (RSA) RW Racing GP 41'25.142s
13 Jack Miller (AUS) Caretta Technology 41'25.348s
14 Alex Marquez (SPA) Ambrogio Next Racing 41'25.436s
15 Niccolo Antonelli (ITA) San Carlo Gresini Moto3 41'25.772s
16 Jakub Kornfeil (CZE) Redox-Ongetta-Centro Seta 41'25.838s
17 Alessandro Tonucci (ITA) Team Italia FMI 41'25.913s
18 Alberto Moncayo (SPA) Andalucia JHK t-shirt Laglisse 41'26.270s
19 Isaac Vinales (SPA) Ongetta-Centro Seta 41'33.487s
20 Romano Fenati (ITA) Team Italia FMI 41'39.947s
21 Alan Techer (FRA) Technomag-CIP-TSR 41'40.745s
22 John McPhee (GBR) Caretta Technology KRP 41'40.795s
23 Toni Finsterbusch (GER) Racing Team Germany 41'40.913s
24 Luca Amato (GER) Mapfre Aspar Team Moto3 42'03.209s
25 Josep Rodriguez (SPA) Moto FGR 42'09.857s
26 Giulian Pedone (SWI) Ambrogio Next Racing 42'27.840s
27 Kenta Fujii (JPN) Technomag-CIP-TSR 42'27.934s
28 Armando Pontone (ITA) Ioda Team Italia 42'48.237s

Danny Webb (GBR) Mahindra Racing 19'36.752s
Louis Rossi (FRA) Racing Team Germany FTR 11'24.542s
Riccardo Moretti (ITA) Mahindra Racing 2'30.073s- BERNAMA

Tidak terus pulang ke kampung, pelajar wanita singgah lempias nafsu di hotel bersama teman lelaki

Posted: 21 Oct 2012 12:30 AM PDT

DUNGUN - Keghairahan seorang pelajar kolej untuk pulang bercuti ke kampung bersama teman lelaki bertukar detik hitam apabila dia dicekup pihak berkuasa ketika berada di sebuah bilik di hotel bajet, dekat sini, pagi kelmarin.

Pelajar terbabit, 20, yang sedang menuntut di sebuah kolej swasta di Kota Bharu, Kelantan dikatakan baru menamatkan peperiksaan akhir dan datang ke bandar ini untuk menemui teman lelakinya sebelum bercadang pulang bersama ke kampung halamannya di Temerloh, Pahang.

Bagaimanapun, pelajar jurusan diploma sains itu tidak terus pulang ke kampung, sebaliknya mengambil kesempatan melepaskan rindu di sebuah bilik hotel yang disewa teman lelakinya, seorang pemandu ekskubator.

Perbuatan tidak bermoral pelajar berasal dari Kampung Ulu Jenut, Kuala Krau, Temerloh itu bagaimanapun menjerat dirinya sendiri setelah bilik penginapannya diserbu pihak Pegawai Penguat kuasa Syariah kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Selepas pintu dibuka oleh teman lelakinya, pelajar berkenaan difahamkan hanya bertuala dengan memakai baju sendat ketat tanpa pakaian dalam manakala teman lelakinya, 21 tahun, dalam keadaan separuh bogel.

Siasatan awal mendapati pasangan itu tidak mempunyai hubungan muhrim.

Kesemua seluar, baju dan pakaian dalam milik pasangan terbabit turut dirampas sebagai bahan bukti.

Pasangan itu bakal dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah 19 November nanti mengikut Seksyen 29(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

(Gambar) Aksi model separuh bogel di pameran kereta dikritik hebat media

Posted: 20 Oct 2012 10:31 PM PDT

CHENGDU - Aksi seorang wanita yang diupah oleh Kia Motors ketika Chengdu Motor Show 2012 terus mengundang kontroversi di China. Gadis yang tampil dengan baju bergaya jaring ikan itu dianggap sebagai keterlaluan dan melanggar nilai-nilai kesopanan.

Media-media di China mengkritik pengeluar-pengeluar kereta dengan mendakwa mereka cuba menjual 'daging' dan bukan mesin. Bahkan, tidak semua pengunjung pameran kereta itu berasa selesa dengan aksi model yang dikenali sebagai Yan Tu itu.

Walaupun banyak lelaki-lelaki miang yang berkerumun untuk mengambil gambar aksi model tersebut, masih ada diantara mereka berasa amat terkejut.

Yan Tu tampil dengan penuh keyakinan dengan pakaian jarangnya yang hampir memperlihatkan kedua-dua payudaranya. Dia turut hanya mengenakan seluar pendek hitam yang boleh dianggap sebagai seluar dalam sahaja.

Gambar awek ni bleh tengok dalam iPad ni, kalau anda dapat free...heh!


Warga asing ugut rogol, bunuh dua cucu

Posted: 20 Oct 2012 08:31 PM PDT

Suresh menunjukkan almari yang diselongkar
SERI KEMBANGAN –"Jangan cakap tipu, mana simpan barang kemas, kalau tidak saya akan bunuh dan rogol dua cucu awak," kata salah seorang daripada lima suspek yang memecah masuk sebuah rumah di Taman Bukit Serdang di sini, awal pagi Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kehadiran suspek disedari seorang penghuni yang tidur di bilik tingkat bawah selepas terdengar pintu biliknya dibuka.

Mangsa, P Amrithal, 55, berkata, suspek dipercayai dua warga tempatan dan tiga warga asing itu terus memaksanya memberitahu kedudukan peti besi dan bertindak memukul serta mencekiknya.

Amrithal mendakwa, suspek kemudian mengoyak baju tidur cucu dan anak saudara perempuannya yang masing-masing berusia 11 dan 20 tahun.

Katanya, apabila memberitahu dia tidak tahu di mana peti besi itu, seorang suspek bertindak memijaknya dan menjadikan tubuh badannya seperti tangga untuk menyelongkar almari baju.

"Saya beritahu tidak tahu, tetapi penyamun itu ugut hendak bunuh saya , malah dia juga ugut hendak rogol cucu serta anak saudara. Tidak cukup dengan itu mereka dengan kasar mengugut hendak mencincang jari cucu lelaki saya yang berusia tujuh tahun.

"Dalam keadaan antara ingat dengan tidak, saya akhirnya terpaksa memberitahu nombor peti besi keselamatan yang ditemui mereka," katanya ketika menceritakan detik hitam itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang mengunjungi rumahnya, semalam.

Seorang lagi penghuni rumah, A Suresh Naidu, 23 berkata, dia yang terjaga dari tidur terkejut melihat kelibat tiga lelaki tidak dikenali bersama beberapa bilah parang di dalam biliknya.

Katanya, kedua-dua suspek menghentak kepalanya dengan hulu parang, mengikat tangan dan kaki menggunakan wayar pengecas telefon serta menutup mulut dan matanya menggunakan baju .

Menurutnya, suspek mengarahkan dia diam dan membawanya ke tingkat atas menuju ke bilik tidur ibunya. Ketika itu ibunya sedang tidur bersama dua cucu dan seorang saudara perempuannya.

"Dua lelaki yang membawa pedang samurai mengangkat dan mencampakkan saya ke atas katil.

"Suspek kemudian terus mencekik, memijak dan memukul emak saya tanpa belas kasihan. Mereka juga mengikat tangan dan kaki emak saya serta mengarahkannya supaya diam," katanya.

Menurutnya, suspek melarikan diri selepas memperoleh apa dihajati.

Suresh berkata, suspek yang beberapa kali mengugut menembak ibunya itu melarikan sebuah kereta Toyota Vios, dua komputer riba, televisyen LCD, pemain video, barang kemas, dokumen penting dan sejumlah wang tunai .

Katanya, kerugian dialami keluarga itu dianggarkan hampir RM150,000.

Taktik pemimpin sabotaj lari ke luar negara dapat dikesan

Posted: 20 Oct 2012 08:15 PM PDT

KUALA TERENGGANU –Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengakui jawatankuasa khas mampu mencegah cubaan sabotaj dan khianat dalam kalangan ahli parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, ia termasuk taktik pemimpin sebelum ini yang melarikan diri ke luar negara untuk mengelak tindakan tidak bermoral dilakukan terhadap parti dikesan.

Bagaimanapun katanya, dengan penubuhan jawatankuasa khas yang akan memantau perkara ini, siasatan dan tindakan segera boleh diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab.

"Setiap kali pilihan raya, ramai tidak puas hati tidak menjadi calon dan pergi ke luar negara, tetapi apabila (BN) sudah menang, dia muncul kembali ke depan dan menuntut supaya diberikan jawatan itu dan ini.

Oleh itu katanya, panel itu dapat mengenal pasti dengan cepat berbanding sekiranya dilaporkan selepas pilihan raya kerana orang sudah lupa dan agak sukar untuk bertindak.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Bengkel Sub-Manifesto Barisan Nasional (BN) di Pulau Duyong, semalam.

Ahmad Shabery turut menjelaskan jawatankuasa itu lebih praktikal kerana panel dilantik di bahagian masing-masing yang membolehkan maklumat dan aduan disampaikan terus kepada pihak terlibat.

"Berbeza dengan yang lepas, dua tiga minggu baru aduan dibuat terus ke Pusat jadi ia mengambil masa yang lama untuk menyiasatnya dan orang sudah lupa perkara ini," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengharapkan semua pihak bersikap matang selari dengan kematangan parti yang sudah bertapak sejak sekian lama.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kemaman menyifatkan tindakan sabotaj di Terengganu tidak berlaku dengan teruk.

Katanya, walaupun ramai pemimpin parti tidak tercalon dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, masing-masing tunjuk semangat kepartian tinggi dalam membangkitkan kemaraan parti melawan musuh dan mempertahankan negeri.

Jawatankuasa khas mantapkan Umno

Posted: 20 Oct 2012 08:01 PM PDT

SHAH ALAM - Penubuhan jawatankuasa khas bagi menangani ahli yang mensabotaj parti yang diumumkan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, mampu memantapkan lagi parti itu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Haron berkata, dengan adanya jawatankuasa khas itu, lebih mudah parti mengesan pengkhianat dalam parti itu.

"Untuk kekal berkuasa pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kita perlu ada pasukan kuat dan mempunyai semangat setia kawan yang tinggi.

"Dengan adanya semangat bersatu hati, bersatu fikiran dan bersatu tindakan mampu memenangkan parti. Jika ada di antara ahli yang lari dari semangat itu maka rosaklah parti," katanya kepada Sinar Harian.

Sehubungan itu, katanya, penubuhan jawatankuasa itu memudahkan parti mengambil tindakan dan menyingkirkan mereka yang boleh menjejaskan kerja keras parti.

"Mereka yang mensabotaj parti ini telah keluar daripada pasukan. Jika dahulu pada zaman Nabi, mereka yang lari dari perang sehingga melemahkan pasukan adalah pengkhianat. Pengkhianat ini perlu dihukum," katanya.

Ditanya bentuk hukuman sesuai, beliau menyerahkannya kepada jawatankuasa khas itu menentukannya.

Setiausaha Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, jawatankuasa tersebut perlu tegas dan pantas agar untuk menangani ahli yang jadi pengkhianat.

"Pada pandangan saya, identiti wakil bahagian yang dipilih mengesan ahli yang mensabotaj parti itu perlu dirahsiakan agar lebih mudah untuk mengesan mereka yang menikam parti dari belakang," katanya.

Syed Ali berkata, mereka yang dikesan mensabotaj parti perlu digantung keahlian dan jika perlu, dibuang dari parti.

Tangguh hukuman mati pesalah dadah

Posted: 20 Oct 2012 07:45 PM PDT

PADANG RENGAS 20 Okt. - Kerajaan sedang menimbang cadangan menangguhkan pelaksanaan hukuman mati terhadap pesalah dadah di negara ini sementara menunggu hasil kajian semula yang dijalankan Pejabat Peguam Negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) berkata, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara tersebut.

Menurut beliau, jika dipersetujui, satu inisiatif akan dilakukan bagi mewujudkan moratorium (penangguhan) terhadap hukuman mati terhadap mereka yang didapati bersalah memiliki dadah.

''Hukuman ganti kes pemilikan dadah sedang dikaji Pejabat Peguam Negara. Saya hendak bincang dengan Perdana Menteri supaya untuk kes pemilikan dadah, mereka yang dijatuhi hukuman (mati), kita minta moratorium, jangan digantung sebab kita sedang meneliti hukuman sedia ada," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Ngor di sini hari ini.

Mohamed Nazri berkata, permohonan moratorium itu wajar memandangkan sebahagian daripada 900 orang yang sedang menunggu hukuman mati ketika ini adalah pesalah dadah.

Ditanya tentang kajian semula hukuman itu, Mohamed Nazri berkata, dilakukan bertujuan menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia di luar negara seperti China, Columbia, Peru dan Venezuela yang berdepan hukuman mati akibat menjadi keldai dadah.

''Kalau nak selamatkan keldai dadah warga Malaysia yang sebahagian besar tidak sedar diperkudakan, saya nak tanya macam mana Malaysia nak merayu kepada negara berkenaan supaya mereka jangan digantung sedangkan di sini kita gantung. Jadi tidak kenalah," katanya.

Menjawab pertanyaan tentang hukuman terbaik bagi menggantikan hukuman mati mandatori bagi pesalah dadah, Mohamed Nazri berkata, hukuman penjara 30 atau 35 tahun boleh dikenakan kerana kesalahan itu tidak lagi dianggap serius seperti jenayah pembunuhan.

Beliau berkata, jika hukuman mati mandatori bagi kesalahan dadah dimansuhkan, hakim akan menggunakan budi bicara dalam menentukan hukuman bagi pesalah dadah.

Sementara itu, Mohamed Nazri berkata, beliau secara peribadi berpendapat Pilihan Raya Umum Ke-13 sewajarnya diadakan tahun depan bagi membolehkan kerajaan memenuhi mandat pemerintahan selama lima tahun dengan melunaskan janji-janjinya termasuk yang terkandung dalam Bajet 2013.

Katanya, keadaan itu juga akan menyebabkan pakatan pembangkang tidak mempunyai pilihan selain membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga membolehkan pilihan raya diadakan serentak.

''Kalau diadakan akhir November, bajet belum diluluskan Dewan Negara lagi. Kita mempunyai sistem, apa jua usul dan rang undang-undang hanya akan jadi realiti jika telah dibentang, dibahas dan diluluskan," katanya

Guru letak jawatan selepas didakwa mengukur payudara pelajarnya

Posted: 20 Oct 2012 06:36 PM PDT

Gambar hiasan
Joan Bannister, seorang bekas guru Matematik berusia 53 tahun meletakkan jawatannya setelah didakwa 'mengukur' payudara pelajar perempuannya dengan pembaris dengan alasan membuat anggaran bahagian payudaranya yang terdedah lapor Orlando Sentinel.

Akhbar tersebut memetik dari memo yang dikeluarkan oleh pejabat pelajaran daerah Lake County yang melaporkan guru sekolah berkenaan tidak menafikan beliau menggunakan perkataan 'mengukur', tetapi sebenarnya membincangkan kod pakaian yang sepatutnya pelajar tersebut pakai dan sepatutnya ianya dilakukan dengan cara yang lebih baik.

PPD telah menasihatkan guru tersebut supaya bercuti tanpa gaji selama lima hari. Bannister pula mahu ianya dibicarakan, tetapi meletakkan jawatannya beberapa hari sebelum perbicaraan berlangsung, lapor WKMG-TV.

Menurut Pengetua Amalan Profesional bagi Profesion Pendidikan di Florida, guru-guru "tidak sepatutnya dengan niat memalukan perlajar dalam apa jua keadaan"

Jurucakap PPD, Chris Patton memberitahu Sentinel, walaupun Bannister telah meletakkan jawatannya, penyiasatan akan terus dijalankan.

"Saya rasa ini adalah insiden yang tidak disengajakan, dan saya berharap penyiasatan dapat diselesaikan secepat mungkin," ujar Patton kepada wartawan.

UMNO bubar, satu parti cukup - Nik Aziz

Posted: 20 Oct 2012 05:45 PM PDT

KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak umat Islam bersatu dalam satu parti dengan mengamalkan mawaddah (sifat kasih sayang) dalam politik sambil berkata, "kita tiru tindakan" bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sejak lebih 20 tahun Kelantan, pihaknya tidak nampak ada hubungan (mawaddah) wujud di antara parti Pas dan Umno biarpun terdapat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri ini.

"Kita ajak orang Melayu supaya berbalik semula kepada Islam kerana apabila kita tinggalkan cara Islam, ertinya kita sudah terlajak.

"Apabila kita terlajak, kita tidak percaya kepada Islam dan apabila tidak percaya kepada Islam, kita tidak percaya kepada al-Quran, tidak percaya kepada Nabi Muhammad dan tidak percaya kepada ALLAH…ini cukup bahaya," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program Sambutan Hari Keluarga Mawaddah Peringkat Negeri Kelantan di Taman Tengku Anis, Tanjung Chat, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Kelantan, Wan Ubaidah Wan Omar; isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Pakar Motivasi, Dr Robiah K.Hamzah.

Nik Aziz berkata, sebagai umat manusia, mereka diminta menjaga Islam kerana ajaran agama itu cukup sempurna termasuk melalui demokrasi Islam.

Menurutnya, dalam politik, manusia perlu menghubungkan politik dengan Nabi Muhammad iaitu apabila menyebut nama Nabi Muhammad SAW, ia mengingatkan umat terhadap politik Islam.

"Dalam sembahyang, kita menyebut salam ke atas Nabi Muhammad biarpun Nabi tiada waktu kita solat, namun kita diajar ada hubungan rapat manusia dengan Nabi," katanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, bagi melaksanakan mawaddah dalam kedua-dua parti (Pas-Umno) berkenaan, beliau ada membuat cadangan kepada rombongan yang sampai dari Kuala Lumpur semalam.

"Saya kata begini kepada rombongan itu semalam, kita tiru tindakan Dr Mahathir (Tun) buat kepada Parti Semangat 46 iaitu semasa Parti Semangat 46 nak masuk Umno dulu, Dr Mahathir kata bubar Parti Semangat 46.

"Begitu juga jika Umno mahu berbaik dengan Pas, kita juga mahu bubar dasar kebangsaan, kita (Pas) masukkan dasar Islam, bubar Umno, apa kurangnya dengan Islam," katanya.

Katanya, Dasar Kebangsaan itu pertamanya adalah ajaran dari Eropah dan keduanya, Islam mampu menjamin manusia ke pintu syurga.

SPR lantik 6 NGO bebas jadi pemerhati PRU13 di Semenanjung

Posted: 20 Oct 2012 05:31 PM PDT

PETALING JAYA - Sebanyak enam badan bukan kerajaan (NGO) dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjadi pemerhati pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU ke-13) di Semenjung Malaysia.

NGO berkenaan ialah Merdeka Centre, Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas), Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham), Transparency International, Centre for Public Policy (CPPS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata inisiatif itu, yang pertama kali diperkenalkan SPR, bertujuan memberi peluang kepada NGO berkenaan menilai sendiri ketelusan dan peraturan SPR sepanjang pilihan raya berlangsung.

Beliau berkata SPR juga sedang berbincang dengan beberapa NGO untuk dijadikan pemerhati di Sabah dan Sarawak.

"Kita sudah berbincang tiga kali dengan NGO itu mengenai syarat-syarat pelantikan dan bidang tugas," katanya kepada pemberita selepas sesi forum mengenai pilihan raya bebas dan adil anjuran, Institut Nasional Integriti Pilihan Raya di sini, hari ini.

Beliau berkata pemilihan NGO berkenaan dibuat selepas SPR benar-benar yakin bahawa mereka komited memperjuangkan demokrasi dan bersifat berkecuali tanpa memihak kepada mana-mana parti politik.

Wan Ahmad berkata setiap NGO itu hanya boleh menempatkan tiga anggotanya di setiap kawasan Parlimen untuk menjadi pemerhati dan mereka juga diminta menghasilkan laporan khas sepanjang perjalanan pilihan raya itu.

"Melalui laporan itu, kita akan tahu apa kelemahan kita dan apa perkara yang perlu untuk penambahbaikan," katanya.

Beliau juga berkata SPR akan menggerakkan seramai 230,000 petugasnya ketika PRU ke-13 itu, nanti.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata SPR sedang menimbang untuk meminda Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilihan) 2002 selepas PRU ke-13.

Jelas beliau sudah tiba masanya untuk SPR meneliti semula semua perkara dalam peraturan itu untuk membolehkan pendaftaran pemilihan dapat ditambah baik.

Dalam perkembangan lain, Wan Ahmad berkata rakyat Malaysia di luar negara boleh memuat turun borang 1A di laman web SPR bagi memohon mengundi secara pos, bulan depan.

"Borang permohonan undian secara pos itu hanya boleh dimohon oleh rakyat Malaysia yang sudah mendaftar sebagai pengundi," katanya. - Bernama

Pelakon wanita baru reda dengan kontroversi sibuk cari GANJA

Posted: 20 Oct 2012 04:31 PM PDT

TIDAK ada yang suka jika keburukannya menjadi bahan perbualan. Oleh itu, ramai cuba sedaya-upaya menyembunyikan kegiatan tidak bermoral mereka.

Mungkin ada remaja menjadikan selebriti sebagai sumber inspirasi mereka. CAK harap mereka tidak tersalah pilih sebab secara jujurnya, golongan itu juga insan biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.

Ada perkhabaran kurang enak pada pendengaran CAK. Katanya, ada dua pelakon yang sama-sama menjalani penggambaran filem sibuk mencari bekalan ganja.

Alasannya, ganja itu dapat membuatkan mereka tidur nyenyak dan apabila bangun, tidak akan rasa letih. Umpama ia penambah tenaga.

CAK hanya mampu istighfar. Harap-harap mereka dapat hentikan perangai buruk itu sebelum perkara tidak diingini berlaku. Kedua-dua mereka perlu ingat, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Sampai bila mereka dapat sembunyikan kegiatan mereka itu. Lama-kelamaan, orang akan tahu juga. Status artis itu tidak menyelamatkan mereka daripada undang-undang.

Tak matilah kalau tak dapat hisap ganja pun. Jangan sampai ia menjejaskan periuk nasi. Pelakon wanita ini baru saja reda dengan kontroversi, penyanyi lelaki itu pula baru nak muncul dengan filem lakonan pertamanya.

Bagi artis yang baru nak kenal dunia seni, jauhkan diri daripada benda yang tidak memberikan apa-apa pulangan. Jangan rosakkan diri sendiri.

CAK@Metro

yeopPERAK

Posted: 21 Oct 2012 01:35 PM PDT

yeopPERAK


Aku dan kehidupan

Posted: 20 Oct 2012 02:47 PM PDT



disaat aku kesepian kau hadir dalam hidup aku dan saat aku memerlukan kau selalu disampingku, tapi kenapa sekarang amat berbeza sekali??. segala gelak tawa dan senda gurau mu seakan hilang, kau tak seperti dulu yang selalu mengisi kesepian aku, yang selalu ada disamping aku, kini aku merasa cinta ini hanya untuk dirimu.

aku tak tahu apakah aku perlu untuk terus bertahan bersamamu tapi yang aku tahu aku amat menyayangi dirimu, amat sayang, memang tak mudah untuk memiliki dirimu, aku tahu tapi kita pernah bersama, cuma cinta kita masih tak terucap, semuanya telah kita alami dan jalani, semuanya terukir dan takkan terganti dihati aku.

aku minta janganlah kau pergi, tetaplah berada disini bersama aku mengalunkan bahasa2 indah, mengisi jiwa yang merindukan kisah cinta kita berdua, saat2 manis itu tak pernah aku lupakan sentiasa ada disetiap langkah dan degupan jantung aku.

airmata ini menitis jua hanya kerana cintaku yang amat mendalam terhadapmu,tak tertahan membendungnya lagi biarpun selama ini telah lama aku pertahankan, sebenarnya aku amat takut kehilangan dirimu dan cinta amat amat bererti buat diriku.

ingatkah lagi tentang ayat2 cinta yang pernah kau bahaskan kepada diriku, masih terngiang2 lagi, masih terdengar lagi kau mengatakan "JIKA IA SEBUAH CINTA IA TIDAK HADIR KERANA PERMINTAAN NAMUN HADIR KERANA KETENTUAN"
hanya satu yang aku pinta padamu cintai aku dengan sepenuh hatimu seperti aku mencintai mu selalu, sayangi aku dengan setulus kasihmu seperti aku menyayangi dirimu.

SIAPAPUN AKU, AKU TETAP DISINI, KEHIDUPAN DAN CINTA TAKKAN TERPISAH KURUNGKAIKAN MENJADI SEKALUNG KATA2 INDAH DAN KISAH YANG INDAH UNTUKKU HAMPARKAN BUAT TATAPAN MU DIDALAM BAIT PUISI KIASAN BAHASA DARIKU

tun faisal dot com

Posted: 21 Oct 2012 01:24 PM PDT

tun faisal dot com


Klout Score terkini @tunfaisal adalah 77

Posted: 21 Oct 2012 12:31 PM PDT





Terima kasih kepada semua rakan twitter dan facebook saya. Mungkin selepas ini rakan Instagram juga akan menjadi penyumbang kepada Klout Score saya.

Apa Yang Tersirat

Posted: 21 Oct 2012 01:08 PM PDT

Apa Yang Tersirat


PRU-13: Najib minta seluruh jajaran BN siap siaga mulai sekarang

Posted: 21 Oct 2012 03:56 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua jentera Barisan Nasional (BN) menentukan mereka sudah mempunyai kesiapsiagaan yang tinggi sebelum menuju ke medan peperangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dipetik Bernama, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, sebelum menuju ke medan 'perang', seluruh jentera BN perlu membuat persiapan rapi, termasuk mengkaji pelbagai kemungkinan yang akan berlaku bagi memastikan setiap gerakan dilaksanakan tanpa rasa ragu.

"Kita mesti membuat persiapan dan terus bersiap sedia sehingga tiada lagi perasaan sangsi terhadap keputusan perang itu kelak. Saya menganggap persediaan ini amat penting, perancangan amat penting," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-59 di sini, hari ini.

Dalam menegaskan perkara itu, Najib memetik seorang ahli falsafah Islam bahawa pihak yang mempunyai perancangan yang teliti boleh mengalahkan pihak yang kurang buat kurang perancangan walaupun pihak yang kurang membuat perancangan itu adalah di pihak yang benar.

Mengulas perhimpunan MCA tahun ini, Najib mengakui terdapat perbezaan dan tanda-tanda perubahan pada parti terbesar masyarakat Cina itu yang dilihat lebih bersemangat dan bersedia berhadapan dengan pembangkang pada pilihan raya akan datang. "MCA kali ini ada kelainan... ada keistimewaannya. Saya melihat bahawa ahli-ahli MCA yang hadir dalam dewan ini begitu bersemangat sekali, seperti kata presiden MCA, MCA sedia untuk berperang.

"Barangkali kalau kita sudah bersedia untuk berperang, memakai baju yang sama, adalah cerminan hati yang satu... tetapi mesti juga ada hati dan pemikiran yang sama, " katanya.

Kata Najib, agenda penting apabila ke medan perang adalah untuk memastikan kemenangan dan pada pilihan raya umum ke-13 ini, BN mahu mendapatkan kemenangan yang lebih besar.

"Siapa hendak pergi perang, kalah. Siapa yang mahu kalah? Kita mahu menang dan kali ini, kita mahu menang besar, sudahkan anda bersedia? Sentiasa bersedia. Bateri kuat tak?," tanya beliau yang mendapat sorakan padu daripada anggota perwakilan yang hadir.

THE FLYING KICK

Posted: 21 Oct 2012 01:06 PM PDT

Pengikut