Selasa, 20 Disember 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

DIALOG RAKYAT

Posted: 20 Dec 2011 03:27 PM PST

Selamat Tinggal Prof Aziz Bari!

Posted: 20 Dec 2011 04:47 AM PST

Muhammad Kamil Abdul Munim, UIAM

Saya terkenang akan peristiwa ketika peghujung semester yang lalu, saya dan rakan-rakan sibuk untuk mendaftar subjek bagi semester ini. Saya dan beberapa rakan beruntung kerana berjaya mendaftar subjek Undang-Undang Perlembagaan atau Constitutional Law bersama Prof Aziz Bari (gambar). Beberapa rakan yang lain tidak berjaya disebabkan oleh timetable clash dan kuota yang sudah penuh.

Sosok ini jarang dilihat berlegar di sekitar fakulti. Hanya nama sahaja yang kerap didengari. Menjadi anak didik beliau adalah satu peluang yang dinantikan.

Sosok ini sangat cool. Masuk ke kelas lenggang kangkung tetapi tidak kangkung. Hanya sehelai kertas dan marker pen ditangan. Tidak ada attendance list. Apa yang menarik ialah pelajar berbondong bondong hadir ke bilik kuliyah walaupun kuliyah bermula jam 8 pagi. Beliau mampu menarik pelajar untuk ke bilik kuliyah tanpa menjadikan rekod kehadiran sebagai ugutan.

Beliau memiliki aura tersendiri.

Selepas isu rampasan kuasa di negeri Perak, nama beliau sekali lagi menjadi perbualan masyarakat dalam isu JAIS di Selangor.

Peranan sebagai ahli akademik dinafikan kerana memberikan pandangan akademik yang telus dan benar. Dosa kali ini cukup besar. Aziz Bari perlu dikekang.

Dosa-dosa ini direka khas untuk kepentingan pihak tertentu yang menganggap diri mereka ma'sum sehingga tidak boleh ditegur. Mujur mereka hidup di akhir zaman. Kalau di zaman sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w, keangkuhan dan ketakabburan mereka ini akan dibayar cash oleh yang Maha Takabbur. Kisah Fir'aun, Haman, Namrud, Qarun dipandang enteng ataupun tidak pernah ambil tahu. Kasihan dengan kejahilan mereka.

Prof Aziz Bari letak jawatan

Kini Prof Aziz Bari hanya menunggu akan berakhirnya semester ini untuk 'angkat kaki' dari UIA. Hasrat ini dinyatakan oleh beliau sendiri. Bukan kerana diarah untuk berbuat demikian tetapi atas dasar 'belas kasihan' terhadap pihak pengurusan UIA yang saban hari semacam didesak oleh campur tangan luar. Khabar anginnya pihak istana juga datang 'melawat' UIA.

Beliau dilihat sebagai bebanan ataupun liability kepada pentadbiran UIA. Ada juga ibu bapa yang datang mengadu kepada pihak kuliyah atas alasan anak mereka tidak faham tentang apa yang diajar oleh Prof Aziz Bari ketika dalam kuliyah (selama 22 tahun beliau mengajar ini kali pertama laporan sebegini dibuat).

Tindakan ini seakan desakan yang dilakukan secara tidak langsung atau impliedly supaya beliau 'berambus' segera dari UIA. Tiada alasan untuk memecat beliau. Justeru modus operandi yang berbeza mesti diguna pakai. Kesan daripada itu, sedikit sebanyak kebebasan beliau sebagai ahli akademik disekat. Oleh itu, meninggalkan UIA mungkin jalan terbaik.

Sehingga kini ramai pelajar yang tertanya tanya dimanakah kenyataan beliau yang telah mencalar imej universiti. Persepsi pelajar ialah di sana mungkin ada campur tangan politik. Persepsi pelajar ialah mungin rektor patut berundur. Persepsi pelajar ialah universiti bukan lagi universiti. Pihak pentadbiran dilihat seolah olah bersekongkol dalam usaha untuk mengekang beliau. Kadang kadang dilihat flip flop dan play safe dalam memberi kenyataan.

Universiti sebagai wadah atau medan percambahan dan pertempuran ilmu kini seolah-olah telah menjadi medan untuk memuja dan mengampu. Persepsi pelajar ialah kenapa rektor perlu takut? Jika beliau dianiayai oleh tangan ghaib ribuan pelajar UIA akan bersama beliau atas dasar kebenaran.

Hasrat untuk memperbaiki kedudukan institusi pengajian tinggi di negara ini dan juga hasrat untuk mencapai status seperti Oxford dan Harvard yang sering dilaungkan itu hanyalah idea bodoh dan retorik semata-mata andai kata sistem dan amalan yang dibudayakan ini masih dikekalkan demi manjaga kepentingan bapak-bapak yang sedang berkuasa.

Kesannya, akibat hujah tidak dapat dibalas dengan hujah, Prof Aziz Bari menjadi mangsa. Kehilangan beliau adalah satu kerugian yang amat besar kepada universiti. Selamat maju jaya saya ucapkan kepada Prof Aziz. Saya berbangga menjadi batch terakhir beliau. Sumbangan dan jasa beliau akan terus dikenang. Semangat itu tidak pernah luntur dan akan dibawa bersama. Berjayalah di medan tempur yang lain dengan satu tujuan iaitu untuk merencana perubahan menyeluruh dan bersekutu.

In Aziz Bari We Trust!

Dakwaan 120 sertai Umno di Bachok karut

Posted: 20 Dec 2011 04:43 AM PST

Rizal Tahir

BACHOK: Dakwaan 120 orang ahli PAS keluar parti di Kampung Beoh dalam Cawangan Redang, dekat sini adalah karut, malah anak Mohd Nor Jusoh yang dikatakan menyertai Umno tidak menyertai bapanya.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bachok, Abdul Aziz Kadir (gambar kiri), ketika ditemui memberitahu apa yang berlaku hanya empat orang satu keluarga sahaja menyertai Umno.

Sambungnya, Datuk Awang Adek kini memang kerap keluar masuk kampung serta memberikan pelbagai janji pada rakyat agar mereka menyertai Umno.

"Adik beradiknya (Awang Adek) belum tentu menyokong perjuangannya, apa lagi rakyat,"ujarnya ketika ditemui pada majlis bubur as-syura, di Kampung Beoh, dekat sini semalam.

Baru-baru ini beberapa buah akhbar termasuk televisyen melaporkan seorang penduduk Mohd Nor Jusoh, mewakili 120 orang penyokong kuat PAS menyertai Umno kerana tidak yakin dengan perjuangan parti itu.

Malah salah seorang anaknya, Mohd Adnan Mohd Nor, 28, (gambar kanan) mendakwa bukan semua anggota keluarga mengikut ayahnya.

Jelasnya, apa yang dilakukan hanya untuk memburukkan perjuangan PAS.

"Saya langsung tidak berminat dengan Umno kerana tidak ada sebab saya menyertai parti itu apa lagi perjuangan PAS terbukti benar-benar membela rakyat,"ujarnya.

Hadir sama pada pertemuan itu Penghulu Mukim Lubuk Tembesu, Beoh, Mohd Sabri Mat Nawi dan Ketua PAS Cawangan Beoh, Mohd Idris Mat.

Umno tidak boleh dipakai lagi - bekas Pengarah Pendidikan

Posted: 20 Dec 2011 04:42 AM PST

Mohd Sabri Said

BUTTERWORTH: Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim yang juga pelakun bersiri 'Cucu Opah nak kahwin lagi' rasa terpanggil untuk bersama turun padang memberikan penjelasan kenapa perlu rakyat tolak Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Jelas sekali ujarnya, Umno dan BN mempunyai kepimpinan yang sudah korup dan tidak releven lagi untuk memegang tampuk pemerintahan ekoran terlalu banyak skandal sehingga boleh membawa negara ke arah kehancuran.

"Saya walaupun tidak sihat, rasa bersalah sekiranya tidak bersuara mengatakan yang hak sebab itu saya datang untuk menyampaikan apa yang terpendam dalam lubuk hati selama ini.

"Umno dan BN tidak boleh pakai lagi apatah untuk kita bergantung harap membela nasib orang Melayu, " ujarnya ketika ditemui selepas program ceramah perdana di Pekan Darat, Butterworth semalam.

Apa guna dirinya yang diberikan kesihatan sihat tinggal diam di rumah padahal penyelewengan terus berlaku dengan memperdayakan rakyat miskin sebagai 'kambing hitam' bagi mengaut undi, katanya.

"Kerajaan BN memang begitu, mereka akan membahagikan harta kekayaan sesama kroni dengan membiarkan rakyat berputih mata terutamanya bagi mereka yang sememangnya mempolopori bidang tertentu.

"Kes lembu membabitkan Menteri Wanita, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sungguh memalukan kerana ia bukan pendedahan golongan yang mencari kesempatan sebaliknya didedahkan Audit Negara yang telus dan profesional," terangnya.

Tambah beliau, akibat terlalu banyak penipuan dan penyelewengan membuatkan rakyat mempertikaikan keikhlasan BN yang sanggup memberikan wang RM500 kepada setiap keluarga sedangkan negara terus dicengkam bebanan hutang yang tinggi.

Jika kerajaan terlalu prihatin terhadap rakyat bukan sekarang mereka mulakan pemberian RM500 itu tetapi sejak dulu lagi sebab kemiskinan rakyat sudah lama, katanya.

"Jika BN benar-benar mahu bantu rakyat kenapa hari ini baru nak bagi RM500. Mereka buat secara mendadak semata-mata dengan tujuan yang tersembunyi," tambahnya.

Pemberian itu pun, bagi beliau, disebabkan timbul perasaan irihati setelah rasa tergugat dengan pemberian beberapa skim oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

"Adalah tidak lojik lagi, rakyat yang sudah matang masih tidak berani buat perubahan demi kebaikan semua pihak serta negara," kata Datuk Adnan.

Menceritakan kesungguhan dirinya untuk turun berkempen di mana sahaja sekiranya dijemput beliau yang ada pertalian dengan pejuang kemerdekaan Leftenan Adnan menambah, semua itu dibuat untuk membuang perasaan bersalah dalam dirinya yang bekerja untuk kerajaan sedangkan kerajaan yang disanjung melakukan penindasan, penipuan dan penyelewengan yang ketara memalukan.

Peliknya, ujar beliau, kenapa mereka yang ada jawatan tinggi dalam kabinet tidak langsung timbul perasaan bersalah atau meletakan jawatan bila gagal sebagai menteri sebaliknya terus bangga dengan kesalahan yang dibuat.

Beliau bertanya apakah kapasiti mereka yang asyik melakukan penyelewengan mengaku sebagai Umat Islam sedangkan mereka memakan daging saudara sendiri.

"Pesanan saya kepada rakyat gunalah otak, guna akal, guna jari, guna perasan dan gunakanlah kesempatan yang ada untuk menegakan yang hak memerangi yang batil. Jangan takut buat perubahan yang menguntungkan semua pihak," tegasnya lantang.

Program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu turut menyaksikan penyerahan 15 keping borang permohonan menjadi ahli PAS di sekitar kubu kuat Umno di Permatang Binjai.

Kemasukan itu diketuai bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Permatang Binjai, Saudara Hasni.

Borang diserahkan kepada Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang dijemput khas memberikan ucaptama bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man dan Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man.

SBPA: Jangan rosakkan masa depan rakyat, negara

Posted: 20 Dec 2011 04:41 AM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPURs: PAS kesal dengan sikap kerajaan yang sentiasa mengambil langkah tergesa-gesa dalam menentukan sesuatu polisi.

"Terkini ialah dengan memaksa kakitangan kerajaan untuk menandatangani skim Saraan Baru Perkhimatan Awam (SBPA) yang diumumkan oleh kerajaan," kata AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar).

Katanya, seperti yang diketahui, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) masih perlu berunding dengan kakitangan kerajaan untuk menyetujui skim tersebut.

Tetapi hari ini, katanya pihak guru-guru telah diminta untuk menandatangani segera skim tersebut, walaupun tempoh akhir masih belum sampai iaitu pada 31 Disember 2011.

PAS, jelasnya telah melalui pengalaman di mana pihak kerajaan telah menyekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menyebabkan banyak SAR terpaksa ditutup.

Tambahnya, tujuan kerajaan ialah supaya mereka menyerah diri kepada skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam rangka pihak kerajaan menguasai pendidikan Islam dalam negara ini.

Menurutnya, pada 2006, PPSMI telah dipaksa kepada rakyat dan ternyata PPSMI telah membawa kepada kerosakan kepada kemajuan pendidikan kebangsaan yang berasaskan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Justeru, katanya apabila skim-skim yang membabitkan pendidikan dilaksanakan tanpa rundingan yang sebaik-baiknya dengan pihak kerajaan, PAS bimbang akan banyak lagi masalah yang akan timbul dalam bidang pendidikan yang akan merosakkan falsafah pendidikan di negara ini.

"Memadailah ibu bapa bimbang terhadap akhlak anak-anak mereka disebabkan kegagalan dasar pendidikan moral atau kelemahan dasar dalam pendidikan akhlak," ujarnya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, PAS berharap kerajaan menyelesaikan segera isu-isu besar seperti ini di samping membuat perancangan yang betul dalam bidang pengurusan, kerana perancangan semasa yang dibuat secara tergesa-gesa telah menyebabkan banyak kerosakan termasuklah soal penempatan guru-guru lepasan institusi pengajian tinggi dalam bidang pendidikan yang gagal diselesaikan sehingga hari ini.

"Begitu juga apabila SBPA mahu dilaksanakan, pastikan ia membawa kebaikan kepada rakyat keseluruhan, bukan untuk sesuatu kepentingan yang boleh merosakkan masa depan rakyat dan negara," ujarnya.

Kos RM3,000, shooting 2 jam, Oley ditonton lebih 180,000

Posted: 20 Dec 2011 04:22 AM PST

Aziz Muda

KUALA LUMPUR: Klip video atau Filem pendek berjudul 'Oley' hanya memakan belanja RM3,000 sahaja dan mengambil masa penggambaran 2 jam, tetapi memberikan kesan cukup besar bagi aktiviti dakwah.

Ini kerana, klip video terbitan sebuah NGO, Solidariti Muslim Prihatin ini sehingga kini ditonton lebih 180,000 orang dalam jangka masa 5 hari setelah disiarkan.

Dengan 'view' yang sedemikian tinggi, sambutan orang ramai terhadap filem tersebut ternyata menyamai filem triler hebat keluaran Hollywood.

Berdasarkan mutunya yang sedemikian hebat dan sambutan orang ramai yang sebegitu baik terhadap filem tersebut, banyak pihak beranggapan belanja yang dikeluarkan oleh pihak penerbit dalam usaha penerbitan filem itu pasti tinggi.

"Namun, jangan terkejut jika saya jelaskan, belanja untuk membuat filem itu sebenarnya hanya sebanyak RM3,000 sahaja, manakala masa keseluruhan yang kami gunakan untuk penerbitannya pula hanya 3 jam setengah sahaja.

"Dari masa 3 jam setengah itu, 2 jam untuk shooting dan 1 jam setengah lagi untuk proses editing bagi membolehkan ia disiarkan ke dalam Youtube untuk tontonan orang ramai," jelas Pengerusi Solidariti Muslim Prihatin, Nurul Islam Mohamed Yusoff.

Ketika dihubungi Harakahdaily di sini hari ini, beliau menjelaskan, pada dasarnya untuk menghasilkan filem tersebut pasti memerlukan belanja yang besar, tetapi ia menjadi murah di sebaliknya disebabkan banyak faktor.

Antara faktor utamanya kerana kesemua pelakon penting di dalam filem tersebut enggan menerima sebarang bayaran, tetapi hanya berlakon secara percuma demi kepentingan dakwah.

"Begitu juga dengan pengarah dan penulis skrip bagi filem itu. Mereka juga hanya membuat kerja-kerja mereka secara percuma sahaja," jelasnya.

(Nurul Islam...teruja)

Belanja yang dikeluarkan oleh pihaknya bagi penerbitan filem itu hanyalah bagi urusan-urusan teknikal, manakala sebahagian lagi bayaran kepada sebahagian pelakon tambahan.

Nurul Islam, 29, menjelaskan, Oley merupakan sebuah filem pendek yang terhasil khusus buat menjawab segala tohmahan mengenai hukum Islam yang dipersendakan oleh filem pendek "Bicara Rakyat" yang dihasilkan dengan penuh kebencian dan kenistaan terhadap hukum hudud oleh pihak tertentu.

Dengan penghasilan 'Oley' bererti Solidariti Muslim Prihatin melangkah setapak lagi ke hadapan dalam menyampaikan mesej bermaklumat kepada masyarakat dengan cara baru.

Lebih menarik apabila 'Oley' turut dilakonkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan; Nik Mohd Abduh dari ILMAM; Riduan Mohd Nor yang juga Ahli Jawatankuasa MuslimCare; penceramah selebriti yang sedang meningkat naik, Ustaz Syed Kadir Hussin Al Joffre serta pendakwah bebas, Ustaz Imran Al-Malizi.

Filem tersebut turut menampilkan pengacara, penulis lirik dan pelawak terkenal, Bob Lokman; vlogger Youtube terkenal, Mat Lutfi dan Man John dengan lakonan watak menarik mewakili segmen anak-anak muda pelbagai latar belakang yang mendambakan pengetahuan sebenar mengenai Islam.

(Penampilan Matlutfi memberi nilai tersendiri kepada video klip ini)

Oley adalah sebuah klip video yang dihidangkan dalam bentuk 'santai' dan simple tetapi menepati citarasa dan selera anak muda, dengan para pelakonnya berdialog dengan gaya selamba, bersahaja tetapi penuh dengan mesej bermakna.

Melalui kaedah soal jawab yang pasti boleh membuka mata dan telinga masyarakat yang jahil terhadap hukum Islam, khususnya mengenai hukum hudud, sehingga boleh menimbulkan keinsafan kepada para penontonnya.

Setelah diterbitkan 15 Disember lalu, video tersebut telah ditonton oleh sejumlah 154,687 kali dan mendapat likes sebanyak 8729 dan dislikes hanya sebanyak 72 kali, berbanding dengan video pendek bertajuk sembang rakyat yang telah mengundang kritikan dan pertikaian pelbagai pihak kerana didakwa sengaja menimbulkan prejudis terhadap Islam.

Angka tersebut dapat dilihat melalui jumlah likes sebanyak 57 kali dan dislikes sebanyak 3048 kali semalam, manakala hari ini pula jumlahnya terus meningkat kepada lebih 180,000 orang penonton.

Filem tersebut turut disiarkan menerusi slot video Harakahdaily dengan jumlah penonton sebanyak lebih 21,000 sehingga jam 4.30 petang ini sejak dimuatnaik 15 Disember lalu.

Penerimaan baik daripada orang ramai mengenai filem pendek itu sebagai indikator bahawa anak-anak muda tidaklah bencikan hukum Islam, sebaliknya menerima hukum Allah dengan baik. Malah anak muda memberi kepercayaan kepada golongan yang ingin memperjuangkan hukum Islam berbanding mereka yang menentangnya.

TONTON DI SINI

PAS lancar Dokumen Negara Berkebajikan di Sabah

Posted: 20 Dec 2011 04:21 AM PST

Mohd Firdaus

KOTA KINABALU: PAS hari ini melancarkan Dokumen Negara Berkebajikan dengan memberi tawaran PAS kepada rakyat Malaysia, khususnya Sabah dalam pendekatan ke arah mewujudkan sebuah pemerintahan yang beramanah, adil dan berkebajikan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam sidang media pelancaran dokumen tersebut berkata, kandungan dokumen yang merangkumi 10 agenda utama menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan.

"Saya mengambil kesempatan pada hari ini, melancarkan Dokumen Negara Berkebajikan peringkat Negeri Sabah.

"Saya berharap ianya dapat diteliti dan dikaji sebaiknya oleh rakyat Sabah," ujarnya.

Dokumen tersebut telah dilancarkan di peringkat nasional pada 11 Disember lalu oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Buku setebal 59 muka surat itu mengandungi tujuh bahagian antara lain memuatkan penjelasan konsep negara berkebajikan, teras-teras utama, polisi-polisi umum dan 10 agenda permulaan jika PAS diberi mandat bersama Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia.

Dalam bahagian polisi-polisi umum, Negara Berkebajikan akan melihat dan menambahbaik polisi-polisi sedia ada termasuk dalam polisi politik, ekonomi dan sosial.

Bahagian 10 agenda permulaan pula memperincikan tawaran PAS antara lain seperti berikut:

1- Kerajaan beramanah, adil dan bersih
2- Masyarakat penyayang , aman dan bersatu
3- Ekonomi mampan, seimbang dan saksama
4- Pendidikan berkualiti, berdaya saing dan boleh capai
5- Perkhidmatan kesihatan cekap, berkualiti dan boleh capai
6- Kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat
7- Keluarga harmoni, bahagia dan bermoral
8- Belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela
9- Kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia
10- Alam sekitar segar, terpelihara dan lestari

Pelancaran yang diadakan di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu itu turut dihadiri oleh Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS; Aminuddin Aling, Pesuruhjaya PAS Sabah; Awang Laiman, Setiausaha PAS Sabah dan Lahirul Latigu, Ketua Pemuda PAS Sabah.

TV Internet: Najib tidak faham kehendak belia

Posted: 20 Dec 2011 04:19 AM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak faham dengan kehendak belia hari ini sehingga terpaksa melancar TV internet.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, isu media tidak berbangkit di negara ini tetapi yang menjadi isu adalah kandungan media.

"Sebenarnya bukan masalah media yang tidak cukup, tetapi laporan dalam media yang sudah tidak beretika dan berat sebelah menyebabkan golongan belia mual dengan laporan tersebut," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berpendapatan, Barisan Nasional resah kerana propaganda mereka tidak lagi dipercayai terutama di kalangan anak muda.

Media tradisional seperti televisyen dan akhbar tidak lagi membantu BN untuk meyakinkan anak muda di negara ini.

Idris berkata, langkah Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan televisyen Internet dan mobil pertama dengan harapan menjadi wadah dan sumber terbaru bagi belia mendapatkan maklumat, berita, mesej yang meliputi isu-isu semasa yang melibatkan golongan tersebut tidak akan berkesan.

"Pelik juga rakyat melihat gelagat pemimpin BN yang takut dengan bayang-bayang kebangkitan rakyat yang terdiri daripada anak muda," tulisnya.

Bagi beliau, pemimpin BN sedar seramai 4.5 juta daripada 12 juta pengundi atau 38.8% daripada golongan belia yang bakal menjadi pengundi PRU 13.

Ini merupakah langkah terakhir yang Datuk Seri Najib terpaksa lakukan untuk memastikan golongan ini menyebelahi BN, katanya.

Bagi Idris, bukan masalah media yang tidak cukup, tetapi laporan dalam media yang sudah tidak beretika dan berat sebelah menyebabkan golongan belia mual dengan laporan tersebut.

"Belia pada hari ini mahu politik baru yang telus dan berintegriti.

"Mereka mempunyai maklumat dan merasakan perlu perubahan politik di negara ini.

"Belia mengetahui kebolehan kerajaan Pakatan Rakyat menguruskan negeri begitu cemerlang berbanding dengan pemimpin BN yang penuh dengan penyelewingan dan ketirisan," katanya.

Semua maklumat ini diperolehi melalui media baru, tambah beliau.

"Apa makna televisyen internet jika kandungan berita yang diambil daripada Media Perdana, dengan ini tidak ada apa yang baru kepada belia," tambahnya.

Mereka bukan lagi belia di zaman Datuk Najib menjadi ketua pemuda Umno, yang hanya menjadi belia kompang dan sehelai baju T, katanya.

Belia pada waktu itu boleh diupah dengan sebiji karipap dan sebotol air mineral.

"Sekarang mereka sudah berubah, walaupun nampak berpakaian "rock" tetapi motor ditampal gambar Tuan Guru Nik Aziz," kata Idris.

Melayu tidak undi jika guna dakwat kekal - Perkasa

Posted: 20 Dec 2011 04:17 AM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Perkasa memberi amaran, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang akan menyebabkan orang Melayu tidak keluar mengundi.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali juga berkata, pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.

Semalam SPR mengumumkan bahawa semua pengundi wajib dicalit dengan dakwat kekal dan sekiranya mereka enggan berbuat demikian, maka pengundi terbabit tidak akan diberikan kertas mengundi.

Langkah itu seiring dengan syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.

"Adalah memalukan negara yang jauh lebih maju dari negara-negara membangun lain mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum.

"Malaysia bukan negara seperti Somalia, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Kemboja dan lain-lain negara mundur yang rekod pengenalan diri masih tidak canggih, yang menggunakan kertas biasa dengan maklumat peribadi tulisan tangan. Memalukan," kata Setiausaha Perkasa itu.

Syed Hassan juga mendakwa Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal adalah daripada pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh kerana ia cara untuk membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi.

"Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal.

"Dan, kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?" katanya.

Oleh itu kata beliau, kerajaan perlu berfikir dengan sebaik-baiknya keputusan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13.

Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, dakwat kekal 'silver nitrate' akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 dan ia berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata, dakwat kekal yang mengandungi 'silver nitrate' itu telah dihantar ke Jabatan Kimia pada 9 Disember untuk diteliti kandungan dan kesesuaiannya digunakan di negara ini dan seterusnya akan dihantar ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memastikan ia sesuai digunakan orang Islam.

Dakwat itu juga dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk memastikan ia tidak menjejaskan kesihatan pengguna secara umum.

Menurut Aziz, dakwat ini mengandungi logam silver nitrate apabila dicalit pada kuku jari dan akan diserap dalam kuku kulit.

Dakwat kekal silver nitrate tujuh peratus digunakan untuk pengundian awal iaitu hari pembuangan undi khas untuk anggota tentera, pasangan anggota tentera, polis dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am manakala dakwat kekal siver nitrate empat peratus bagi pengundian biasa.

PR puas hati dengan Khalid, DAP mahu MB tak timbul

Posted: 20 Dec 2011 04:05 AM PST

Harakahdaily

SHAH ALAM: Pakatan Rakyat (PR) mengutuk sekeras-kerasnya pembohongan yang disebarluaskan oleh pihak tertentu bahawa DAP sedang merancang untuk mengambil kuasa Menteri Besar Selangor dengan meletakkan calon Melayu di kerusi majoriti Melayu.

"Kita melihat ini sebagai satu usaha terdesak Umno khususnya untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya tidak menyokong calon-calon PR dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman (gambar) pada sidang media di pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi DAP negeri, Teresa Kok Suh Sim dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Persoalan jawatan Menteri Besar Selangor tidak pernah timbul kerana PR berpuas hati dengan prestasi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan tiada apa-apa rancangan untuk menukarnya.

"Kami yakin bahawa melalui kerjasama dan semangat saling sokong menyokong yang ditunjukkan selama ini, prestasi Selangor di bawah Tan Sri Khalid akan bertambah, bukan sebaliknya.

"Sekalli lagi kami dari PR mengutuk sekeras-kerasnya usaha adu domba dan persengketaan berbau perkauman yang disebar Umno dan menggesa mereka meninggalkan tabiat buruk dan terkutuk itu demi negara," ujar Dr Rani lagi.

Hakikatnya, kata beliau DAP adalah parti berbilang kaum tetapi telah 'dipenjarakan' dalam imej parti bukan Melayu oleh Umno sebagai strategi politik pecah dan perintah yang telah mereka gunakan ke atas rakyat selama ini.

(Dr Rani bersama Teresa dan Khalid Samad dalam sidang media Pakatan Selangor hari ini)

Jelasnya, Umno mahu meneruskan pembohongan dengan menimbulkan satu persoalan yang tidak pernah ditimbulkan oleh mana-mana pihak dalam PR.

Beliau yang juga Adun Meru menjelaskan DAP telah mencadangkan kepada PR Selangor supaya mereka dibenarkan meletak calon Melayu di kawasan majoriti Melayu.

Ini, katanya dicadangkan DAP dengan tujuan supaya DAP boleh membebaskan dirinya daripada imej yang 'dipenjarakan' oleh Umno.

Menurutnya, perbincangan telah dilakukan secara tenang dan terbuka bersama rakan-rakan PR dan bukan secara tertutup atau rahsia.

PAS dan PKR, jelasnya telah menyatakan kekhuatiran ia akan dieksploitasi oleh Umno yang sememangnya menggunakan sentimen perkauman untuk menyerang PR.

DAP, ujarnya akan dituduh gila kuasa dan PAS serta PKR pula akan dituduh pengkhianat bangsa.

"Walaupun inilah apa yang sering dilakukan Umno, namun tindakan itu boleh mengukuhkan persepsi yang songsang ini di kalangan masyarakat Melayu," ujarnya.

Justeru, beliau berharap semoga rakyat diselamatkan daripada politik perkauman sempit yang diperjuangkan Umno BN.

"Semoga rakyat memahami bahawa politik sedemikian hanya pembohongan Umno BN untuk menutup amalan rasuah dan penyelewengan yang telah menjadi darah daging mereka selama ini," katanya.

AMK mengecam ugutan dan cubaan mengasari siswa

Posted: 20 Dec 2011 04:01 AM PST

AMK

Adam Adli Halim, pimpinan Legasi Mahasiswa Progressif (LMP) yang bertindak menurunkan bendera Perdana Menteri sebagai tindakan protes terhadap sistem pengajian tinggi yang tertutup dan menyekat para akademik dan mahasiswa telah menerima pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh, pukul, ludah dan caci maki yang menjatuhkan maruah.

Ugutan yang dihantar kepada Adam Adli termasuk daripada blogger-blogger pro-UMNO seperti Papagomo, PAS Beruk, Azmy Kelana Jaya, kiriman sms malah video melalui youtube yang dihantar oleh Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara yang mengugut ingin meludah dan memukul mahasiswa ini.

Tindakan ini jelas menunjukkan budaya samseng melebar dalam UMNO. UMNO cuba mewujudkan politik takut, Politic of Fear di kalangan mahasiswa yang pada hari ini celik menolak corak kepemimpinan UMNO yang zalim dan jumud sebagai langkah untuk membentung mereka terus bangkit.

Mahasiswa yang kini bangun menuntut agar diberi kebebasan dan keterbukaan untuk para mahasiswa bergerak dan berakademik. Tindakan menutup ruang mahasiswa jelas menunjukkan bahawa UMNO tidak memahami hasrat dan inspirasi mahasiswa untuk melihat masa depan Malaysia yang lebih cerah.

Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia ingin mengingatkan pihak yang mengugut mahasiswa termasuk Pemuda UMNO, samseng-samseng dan pihak Universiti agar berhenti mengugut dan mengasari mahasiswa jika tidak mahu berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

Sejarah Indonesia pada Reformasi 98 telah membuktikan gerakan mahasiswa mampu menumbang sesebuah regim. Tindakan pemerintah yang mengasari mahasiswa sehinggakan tiga orang mahasiswa Universitas Trisakti meninggal dunia mengakibatkan kebangkitan anak muda dan rakyat menentang kerajaan yang zalim.

Biro Mahasiswa Angkatan Muda ingin memberi amaran bahawa kebangkitan anak muda di Indonesia ini bakal berlangsung di Malaysia natijah daripada kebobrokan dan keangkuhan pemerintah UMNO-Barisan Nasional mentadbir Negara. Bebaskan mahasiswa dari segala ugutan dan berikan kebebasan mereka dengan mansuhkan AUKU.

*Kenyataan media oleh Mohd Saifullah Mohd Zulkifli (gambar kanan) selaku Pengarah Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

Skandal NFC: PKR dakwa keluarga Shahrizat beli kondo RM9.9 juta di Singapura

Posted: 20 Dec 2011 03:59 AM PST

PKR

Memandangkan UMNO dan Shahrizat Jalil belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat, KEADILAN akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan.

KEADILAN boleh mengesahkan kami ada bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah beralamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 oleh keluarga Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010 (rujuk dokumen rasmi Singapore Land Authority yang disertakan bersama).

Kondominium ini dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu. Harga itu dianggarkan bersamaan dengan RM9.9 juta pada kadar tukaran wang semasa urusniaga berlaku (rujuk dokumen rasmi Singapore Urban Redevelopment Authority rekod no 44 yang disertakan bersama).

Pembelian harta mewah oleh keluarga menteri ini lebih memualkan bila mana ia didaftarkan terus di atas nama mereka, berbanding dengan pembelian dua buah kondominium mewah di One Menerung yang didaftarkan di atas nama syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd.

Carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan secara bersama di atas nama Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.

Pendedahan ini melengkapkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk membina industri daging negara telah disalurkan kepada syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Shahrizat Jalil (gambar kiri) seperti NMLC dan RFC.

Lebih teruk lagi, wang dari syarikat-syarikat seperti NMLC dan RFC kemudiannya disalurkan pula ke syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat Jalil di Singapura iaitu Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Global Biofuture Pte Ltd yang menjalankan operasi perniagaan yang tidak ada kena mengena dengan tujuan bantuan dana kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC.

Meatworks (Singapore) Pte Ltd dilaporkan menjalankan perniagaan restoran mewah di Singapura, sementara Global Biofuture Pte Ltd pula menjalankan perniagaan perdagangan minyak dan ternakan.

Pada hari ini, KEADILAN boleh mendedahkan satu komunikasi (dalam bentuk email) di antara Saudara Wan Shahinur Izran dengan Saudari Donna Yong yang menguruskan perniagaan restoran di Singapura bagi pihak keluarga Shahrizat Jalil.

Email ini membincangkan pemindahan wang yang diperlukan untuk membiayai perniagaan restoran mewah di Singapura. Bagi tempoh 3 bulan di antara Oktober 2010 dan Disember 2010, keluarga Shahrizat Jalil dianggarkan memindahkan sejumlah S$530,000; bersamaan RM1.3 juta dari dana milik kerajaan untuk membiayai perniagaan peribadi di Singapura. Jika ini berlaku sepanjang tahun 2010 dan 2011, kemungkinan jumlah wang yang telah dilarikan mencecah RM10 juta hanya untuk satu perniagaan di Singapura.

Amalan ini sudah tentu turut berleluasa dengan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh mereka di Singapura. Oleh kerana syarikat-syarikat ini adalah milik penuh keluarga Shahrizat Jalil, wang dari NFC boleh sahaja dipindahkan terus ke akaun syarikat-syarikat ini, kemudiannya dikeluarkan oleh keluarga menteri untuk membiayai pembelian peribadi seperti kondominium mewah di Orchard Scotts.

Najib Razak (gambar kanan) tidak boleh berdiam diri lagi kerana pendedahan demi pendedahan membuktikan berlaku penyelewengan berleluasa dalam penggunaan dana rakyat berjumlah RM250 juta itu.

Kami mendesak beliau mengambil tindakan segera membekukan kesemua akaun bank dan perbelanjaan NFC serta syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat Jalil, sementara siasatan yang lebih telus dan serius dijalankan secepat mungkin.

*Kenyataan media bersama oleh Mohd Rafizi Ramli (Pengarag Strategi), Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung) dan Zuraida Kamaruddin (Ketua Wanita) Parti Keadilan Rakyat.

Pak Samad, Aziz Bari dan Hishamuddin Rais membela Adam Adli

Posted: 20 Dec 2011 03:57 AM PST

Lim Hong Siang

Meskipun dibanjiri tohmahan dan ugutan lantaran daripada tindakan menurunkan bendera berwajah Presiden UMNO Najib Razak, namun tindakan kontrovesi Adam Adli ini dibela oleh Sasterawan Negara A.Samad Said, pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari dan aktivis sosial Hishamuddin Rais, hari ini.

Abdul Aziz Bari, Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketika ditemuramah melalui email oleh MerdekaReview, mengajak orang awam untuk lihat isu ini dalam konteks dan kerangka di mana kita hidup dalam sebuah negara demokrasi.

"Jawabnya, dalam konteks itu, apa salahnya tindakan mahasiswa itu? Apalagi flip-flop yang Perdana Menteri tunjukkan dalam isu kebebasan akademik, khususnya hak mahasiswa dan lain-lain?" persoalnya.

Beliau menyambung, "Kita kena banding dengan negara demokrasi; jangan bandingkan kita dengan Korea Utara atau Zimbabwe. Mereka yang mengugut dan lain-lain itu mungkin mereka ingat Malaysia sama dengan negara-negara itu."

Semalam, Adam Adli, penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) membuat laporan polis di Bukit Aman, mengadu bahawa dirinya menerima ugutan maut melalui perkhidmatan pesanan ringkas (sms), setelah dirinya menurunkan bendera berwajah Najib di ibu pejabat UMNO pada Sabtu lalu. Malah, sidang media siswa semalam di depan balai nyaris menyaksikan pertembungan fizikal, apabila seorang lelaki bernama Roslan Mokthar (gambar kanan), mendakwa dirinya ahli UMNO, cuba "mengajar" budak yang "kurang ajar" itu.

"Mereka kena ingat apa yang PM dan UMNO buat selama ini kepada demokrasi umumnya dan mahasiswa khususnya. Kalau kita ingat ini apa yang mahasiswa buat itu tak ada benda. Ugutan dan lain-lain itu menunjukkan betapa UMNO masih dilanda pemikiran feudal yang kolot; mereka fikir mereka saja yang betul dan berhak untuk memerintah. Orang lain kena dengar apa kata mereka," ulas Abdul Aziz Bari.

Adakah PM beradab?

Ketika diajukan soalan bahawa sesetengah menyifatkan bahawa tindakan Adam itu "biadap", Abdul Aziz Bari sebaliknya mempersoalkan, "Adakah selama ini PM dan kerajaan yang dipimpinnya beradab?"

Beliau memetik contoh, "Misalnya sikap biadab mereka kepada Agong yang mahukan himpunan BERSIH diselesaikan dengan cara baik. Najib sembur air gatal, malah hospital pun ditembaknya," sebelum beliau mengingatkan, "Dan jangan lupa sikapnya kepada mahasiswa. Kononnya nak beri kelonggaran supaya mahasiswa boleh berpolitik tapi tetap buat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan."

Malah Abdul Aziz Bari (gambar kiri) menyimpulkan, "Jadi sebelum juak-juak PM minta orang lain beradab dan berbudi bahasa PM kena tunjuk contoh. Jangan jadi ketam yang mahu anaknya jalan betul!"

Beliau merujuk kepada kes rayuan yang dikemukakan kerajaan setelah Mahkamah Rayuan membuat penghakiman bahawa Seksyen 15 (5) (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan. Rayuan ini dibuat tatkala kerajaan yang sama menjanjikan pindaan AUKU untuk membenarkan siswa yang berumur 21 tahun ke atas terlibat dalam parti politik.

A.Samad: Anak muda bukan bodoh

Ketika ditemuramah MerdekaReview, A.Samad Said menyanggah tuduhan bahawa tindakan Adam Adli itu biadap, sebaliknya beliau menganggap ia harus dilihat sebagai protes untuk menyatakan ketidaksenangan golongan siswa dalam isu kebebasan akademik.

Malah, Sasterawan Negara ini mengingatkan bahawa bendera yang diturunkan adalah bendera berwajah Najib, bukan bendera negara. "Sesiapa pun boleh bikin bendera wajahnya," kata A.Samad Said (gambar kanan), sempat untuk mengimbas ingatannya bagaimana seorang wartawan Utusan Melayu pernah memijak-mijak bendera Indonesia, ketika zaman konfrontasi Indonesia. Untuk beliau, tindakan memijak bendera negara yang sedang kita konfrontasi adalah tindakan yang tidak wajar.

Beliau ketika diminta mengulas kenyataan Puteri UMNO yang menyifatkan tindakan Adam sebagai "tidak matang", A. Samad Said dengan nada menyindir mencadangkan mereka mengulas isu lembu dan kondominium. Bagaimanapun, berbalik kepada isu, A. Samad Said menganggap isu ini harus diambil sebagai bayangan keresahan yang tulen di kalangan anak muda. "Anak muda kita bukan bodoh, tetapi pandai," tegasnya.

Hishamuddin Rais:

Hishamuddin Rais (ganbar bawah) pula dengan sinisnya, menyindir bahawa "matang pun tak ada gunanya kalau bodoh macam langau di buntut gajah - apa kata pemimpin semua mengangguk kepala?". Beliau memuji tindakan mahasiswa sebagai "tindakan yang radikal dan cool".

"Ini mencerminkan langkah anak muda. Inilah seharusnya menjadi contoh keberanian anak muda, bukan memakai baju batik lengan panjang," kata bekas pemimpin gerakan siswa pada zaman 1970-an ini.

Tindakan Adam Adli menurunkan bendera berwajah Najib Razak di PWTC ketika sekumpulan siswa-siswi berarak untuk menyerah memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah, telah mencetus kontroversi. Memorandum tersebut menuntut kebebasan akademik dan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Satu klip video telah dimuat naik dalam youtube, menyaksikan sekumpulan lelaki dengan bendera UMNO mengugut untuk menampar dan meludah pada muka Adam. Sementara itu, satu laman facebook ditubuhkan menuntut Adam memohon maaf kepada Perdana Menteri, disertai lebih 1,000 orang sehingga kini.

Bagaimanapun, satu laman facebook yang menyokong tindakan Adam telah menghampiri 10 ribu peminatnya, dalam masa 24 jam ditubuhkan.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.

'PAS mampu menjadi alternatif kepada Umno'

Posted: 20 Dec 2011 03:55 AM PST

Kajian UM menunjukkan persepsi pengundi di Perak terhadap kerajaan BN berada pada tahap yang tidak membanggakan.


PETALING JAYA: Kira-kira 45 peratus rakyat Perak merasakan Barisan Nasional (BN) masih gagal menunjukkan prestasi yang baik walaupun sudah lebih 50 tahun memerintah.

Demikian menurut Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam hasil kajian soal selidiknya secara rawak terhadap 1,304 responden rakyat Perak pada 23 Oktober hingga 30 Oktober lalu.

Berdasarkan kaji selidik itu, 61 peratus kaum Cina dan 45 peratus Melayu berpendapat sedemikian. Namun 40 peratus responden daripada kaum India masih menaruh kepercayaan terhadap BN.

Soal selidik itu juga mendapati 40 peratus responden berpendapat pendekatan 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gagal meningkatkan sokongan rakyat Perak terhadap BN. 38 peratus pula setuju, dan 22 peratus daripadanya tidak pasti.

Begitu juga dengan Bajet 2012 apabila 44 peratus daripadanya merasakan peruntukan itu tidak mampu mengurangkan beban kos sara hidup mereka, manakala hanya 23 daripadanya bersetuju, dan selebihnya tidak pasti.

Majoriti 86 peratus responden sudah pun membuat keputusan untuk mengundi semasa Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), dan merasakan PAS mampu menjadi parti alternatif Umno dalam menjaga kepentingan Melayu di Perak.

Walau bagaimanapun kajian berdasarkan etnik menunjukkan 73 peratus responden Cina menolak perjuangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud, namun 64 peratus kaum Melayu berpendapat sebaliknya, dan turut disokong majoriti 35 peratus kaum India.

Ini kerana majoriti 52 peratus berpendapat faktor utama yang akan mempengaruhi mereka ketika mengundi semasa PRU13 adalah parti, dan bukannya calon apabila hanya 43 peratus sahaja yang menyokong kriteria itu.

Sementara itu, 48 peratus daripada 149 responden kaum Cina di Perak menyatakan sokongannya terhadap Pakatan Rakyat dan hanya 22 peratus sahaja menyokong BN.

Ini kerana hanya dua peratus daripada mereka berpendapat prestasi Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berada dalam keadaan amat baik berbanding majoriti 53 peratus yang merasakan pentadbiran Zambry hanya ditahap sederhana sahaja.

Namun berlainan pula bagi 1,108 responden Melayu apabila 56 peratus daripadanya masih menyokong BN, manakala Pakatan hanya mendapat sokongan 12 peratus, dan 32 peratus yang lain masih tidak pasti.

Majoriti tidak percaya video seks 'Anwar'

Sementara itu, ditanya tentang video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, majoriti 46 peratus daripada responden tidak mempercayainya, jauh berbeza apabila hanya 18 peratus sahaja yang mempercayainya, manakala 36 peratus tidak pasti.

Malah majoriti 41 peratus responden juga percaya pendedahan video seks itu tidak akan mampu menjejaskan kredibiliti Anwar, 34 peratus setuju, dan yang lain tidak pasti.

"Kajian kepercayaan responden terhadap media arus perdana dalam membuat liputan tentang politik juga berada ditahap yang rendah," kata Pensyarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial itu.

UMCEDEL, ditubuhkan sejak April 2010, sebelum ini telah melakukan beberapa kaji selidik, antaranya Persepsi Masyarakat Terhadap Islam Hadhari dan Kesannya kepada PRU12, Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh Ogos 2008, Isu dan Pola Pengundian Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu 2009, serta Persepsi Masyarakat Terhadap Parti dan Kepimpinan PKR 2010.

Interlok – MIC mengundang padah

Posted: 20 Dec 2011 03:52 AM PST

Perunding media ini mendapati bahawa "pendedahan" MIC boleh mengundang padah bagi parti politik itu sendiri.


Sesungguhnya "pendedahan" Presiden MIC, Datuk G Palanivel seperti yang disiarkan di akhbar theSun semalam (19 Disember 2011) menunjukkan kemungkinan (ulang: kemungkinan) ada usaha (konspirasi?) pihak tertentu "menipu" serta "mengabui mata" rakyat pelbagai kaum di negara ini berhubung kontroversi novel Interlok Edisi Murid yang dijadikan teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas).

Berikut beberapa persoalan yang timbul dalam minda saya sebaik membaca pendedahan dan pengakuan terbaru Datuk Palanivel:

1. Kalaulah sejak 12 Mei 2011, MIC sudah tahu bahawa novel Interlok Edisi Murid akan ditarik balik pada 2012, mengapa perlu menandatangani dokumen dan mengizinkan novel itu dicetak semula dengan hanya 20 peratus daripada lebih 100 pindaan yang sudah diperakukan?

2. Kalaulah sejak 12 Mei 2011, NIAT sudah tahu perkara sama, mengapa perlu melakukan segala apa yang dilakukan – cadangan mogok lapar, memo ke Istana Negara, laporan polis dan sebagainya?

3. Kalaulah benar Kabinet benar-benar sudah membuat keputusan menarik balik novel itu, mengapa sampai Timbalan Menteri Pelajaran tidak tahu? (Walaupun Dr Mohd Puad Zarkashi tidak hadir mesyuarat, tentu ada catatan/minit yang dibuat Menteri Pelajaran sebagai rujukan.)

4. Mengapa MIC mengizinkan novel itu dicetak semula dengan hanya sekitar 20 peratus pindaan sedangkan keputusan sudah dibuat pada Mac 2011 bagi lebih 100 pindaan; termasuk enam perkara khusus berkaitan hak dan maruah pengarang. Siapa yang memberi hak kepada MIC untuk "menolak" keputusan supaya Hak Cipta novel dikembalikan kepada Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain dalam cetakan baru (Interlok Kulit Biru)?

5. Kalaulah benar keputusan menarik balik novel itu sudah dibuat oleh Kabinet sebelum 12 Mei 2011, mengapa kerja-kerja pemurnian dan mencetak semula novel itu diteruskan? Siapa beri kuasa kepada Kementerian Pelajaran untuk membazir wang rakyat dengan cara itu; iaitu mencetak semula buku sedangkan sudah diputuskan oleh Kabinet bahawa novel itu tidak akan digunakan di sekolah.

Plot sandiwara


Mungkin ada pihak yang terlalu emosional dan marah-marah membaca analisis, kenyataan dan pertanyaan saya di atas. Maka, berikut ringkasan "plot" cerita (sandiwara?) bagi membantu pemahaman:

16 Februari 2011 – Panel Bebas Meminda Interlok Edisi Murid memulakan tugas.

4 Mac 2011 – Panel Bebas secara konsensus (sebulat suara) bersetuju membuat pindaan (pemurnian) melibatkan kesalahan fakta, kesilapan bahasa dan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti mana-mana kaum (ulang: mana-mana kaum).

16 Mac 2011 – Tiga wakil kaum India keluar dari Panel Bebas berikutan "asakan" dan "desakan" supaya hanya satu pindaan dilakukan pada novel Interlok Edisi Murid; iaitu perkataan "p****". Terdahulu, anggota lain dalam Panel Bebas "menarik balik" saranan pindaan melibatkan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum Melayu dan Cina.

23 Mac 2011 – Pertemuan tiga wakil kaum India (Dr NS Rajendran, Krishnabahawan dan Uthaya Sankar SB) bersama Menteri Pelajaran. Hadir sama, Presiden MIC serta timbalannya. Selepas dibahas dan dihujahkan, Menteri Pelajaran bersetuju dengan kesemua saranan pindaan yang dikemukakan wakil kaum India; melibatkan perkara yang menyentuh sensitiviti kaum India, kesalahan fakta, kesilapan bahasa dan hak pengarang.

24 Mac 2011 – Menteri Pelajaran mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa pindaan akan dilakukan seperti dipersetujui. Formula yang digunakan adalah 19 + 87; iaitu 19 perkara menyentuh sensitiviti kaum India dan baki 87 adalah kesalahan fakta, kesilapan bahasa dan hak pengarang.

25 Mac 2011 – Taklimat media di Dewan Soma, Wisma Tun Sambanthan, Kuala Lumpur. Krishnabahawan turut menyampaikan pengesahan dari pejabat Perdana Menteri (diterima menerusi telefon sejurus sebelum taklimat) bahawa Menteri Pelajaran bersetuju agar novel Interlok Edisi Murid dicetak semula dengan segala pindaan.

Maka, sepatutnya, segala apa yang dilakukan selepas pengumuman rasmi di Dewan Rakyat (24 Mac 2011) haruslah menjurus ke arah melaksanakan keputusan yang diumumkan itu.

Bagaimanapun, "plot" berikut juga wajar diperhatikan; termasuk "pendedahan" terkini Datuk Palanivel yang mengubah "jalan cerita" dalam kontroversi ini:

28 Mac 2011 – Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak akan mencetak semula novel Interlok Edisi Murid walaupun jika pindaan dibuat dan kenyataan ini dilaporkan di akhbar Utusan Malaysia pada 22 Jun 2011.

12 Mei 2011 – Datuk Palanivel memberitahu pengerusi NIAT, Datuk Haji Thasleem Mohamed Ibrahim bahawa Interlok Edisi Murid tidak akan digunakan mulai tahun 2012. Maklumat ini disiarkan di theSun pada 19 Disember 2011.

28 Mei 2011 – NIAT umum akan mengadakan mogok lapar sehingga kerajaan bersetuju menarik balik novel berkenaan. "Kami bukan berpuasa, tetapi berlapar," Datuk Haji Thasleem dilaporkan berkata. Hairan! Mengapa perlu buat mogok lapar selepas sudah mendapat "berita gembira" daripada Presiden MIC pada 12 Mei 2011?

21 Jun 2011 – Dr Mohd Puad sahkan bahawa pelekat diguna untuk meminda novel Interlok Edisi Murid. Akhbar New Straits Times melaporkan bahawa guru-guru akan membuat kerja itu.

21 Jun 2011 – Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) keluarkan kenyataan membantah tindakan itu kerana pindaan menggunakan "pelekat ajaib" adalah bertentangan dengan apa yang dijanjikan Menteri Pelajaran.

22 Jun 2011 – Dr Mohd Puad umumkan bahawa Kementerian Pelajaran setuju untuk mencetak semula novel berkenaan.

6 Ogos 2011 – Saya memberitahu wakil MIC bahawa sekiranya parti politik itu meluluskan pencetakan semula novel berkenaan dengan hanya sekitar 20 peratus daripada lebih 100 pindaan yang dipersetujui, maka masyarakat yang sedia marah pada MIC akan bertambah marah.

Jumping the gun


12 November 2011 – Kavyan menerima foto kulit novel Interlok Kulit Biru yang dikirim seorang pelajar. Kavyan gembira kerana nama Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain dicetak pada kulit depan cetakan baru itu. Kavyan menganggap ini sebagai "kejayaan pertama".

12 November 2011 – NIAT serah memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Hairan! Mengapa perlu berbuat demikian sedangkan NIAT sudah mendapat "berita gembira" daripada Presiden MIC pada 12 Mei 2011.

22 November 2011 – Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah menggesa supaya novel Interlok diharamkan. Demikian dilaporkan akhbar Malaysia Nanban.

29 November 2011 – Selepas meneliti Interlok Kulit Biru pada 25-28 November 2011, Kavyan mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa novel yang dicetak semula itu belum dimurnikan seperti dijanjikan Menteri Pelajaran di Dewan Rakyat pada 24 Mac 2011.

3 Disember 2011 – NIAT membuat laporan polis terhadap enam pihak – iaitu Menteri Pelajaran, Presiden MIC, Presiden MCA, Presiden Gerakan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Panel Bebas Meminda Novel Interlok Edisi Murid – kerana "telah menyalah guna kuasa mereka dan mengelirukan orang ramai dengan memberi maklumat tidak tepat" seperti dilaporkan di media.

8 Disember 2011 – Dr NS Rajendran dan Krishnabahawan mengesahkan kepada saya bahawa mereka "menerima" dan "meluluskan" novel Interlok Edisi Murid dicetak semula walaupun menyedari hanya sekitar 20 peratus daripada lebih 100 pindaan yang diperakukan telah dibuat dalam edisi baru itu.

10 Disember 2011 – Datuk Palanivel berkata, segala perkara yang menyentuh sensitiviti kaum India dalam novel itu sudah dibetulkan. "Saya menandatangani surat izin itu selepas kami (MIC dan dua wakil kaum India dalam Panel Bebas) meneliti draf pindaan. Kami puas hati bahawa apa-apa yang sensitif sudah dikeluarkan," katanya seperti dilaporkan di akhbar Makkal Osai. Hairan! Mengapa perlu setuju novel dicetak semula sedangkan pada 12 Mei 2011 memberitahu pengerusi NIAT bahawa novel itu akan ditarik balik?

16 Disember 2011 – Tersebar berita bahawa novel Interlok Edisi Murid akan ditarik balik pada tahun 2012. Datuk Palanivel dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam mengesahkan laporan itu. Hairan! Mengapa perlu ditarik balik jika MIC sendiri meluluskan dan mengizinkan novel itu dicetak semula; malah MIC "puas hati" dengan hanya sekitar 20 peratus pindaan.

17 Disember 2011 – Kavyan keluarkan kenyataan rasmi berhubung perkembangan terkini isu ini; iaitu berikutan tersebarnya "berita" bahawa Interlok Edisi Murid akan ditarik balik.

18 Disember 2011 – Akhbar mingguan Minnal menyiarkan berita muka depan yang memetik kenyataan Kavyan dengan tajuk "Novel Interlok ditarik balik? Apa kenyataan rasmi Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin?"

18 Disember 2011 – Saya menulis di blog dengan tajuk "Don't jump the gun!" kerana ramai yang beranggapan keputusan rasmi menarik balik Interlok Edisi Murid sudah dibuat semata-mata berikutan pengumuman Datuk Palanivel dan Datuk Dr Subramaniam.

19 Disember 2011 – Dr Mohd Puad menyelar tindakan Datuk Palanivel dan Datuk Dr Subramaniam yang disifatkannya "had jumped the gun" dalam isu ini. Akhbar theSun melaporkan beliau sebagai berkata, tindakan mereka berdua boleh menimbulkan salah faham. Datuk Termuzi turut mengesahkan DBP tidak dimaklumkan mengenai penarikan balik novel itu.

Maka, tidak salah apabila saya menulis komen di Free Malaysia Today pada 17 Disember 2011 dengan tajuk "Musim Baru Sandiwara Interlok?" atau faksyen "Interlok dan Siru Kambam" (21 & 28 November 2011).

Namun, orang masih bertanya dan tertanya-tanya dari mana saya mendapat segala bahan, idea dan plot bagi fiksyen dan faksyen yang saya hasilkan!

Uthaya Sankar SB adalah pemilik 'Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya' yang didaftarkan pada Mac 2011. Beliau juga presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sejak 1999.

Blogger pro-Umno ugut mahasiswa

Posted: 20 Dec 2011 03:46 AM PST

Tindakan ini jelas menunjukkan budaya samseng semakin meluas dalam Umno, kata pemuda PKR.


PETALING JAYA: Seorang pemimpin mahasiswa, Adam Adli Halim dari Legasi Mahasiswa Progressif (LMP) mendakwa beliau diugut oleh blogger pro-Umno seperti Papagomo, PAS Beruk dan Azmy Kelana Jaya.

Beliau yang bertindak menurunkan bendera Perdana Menteri sebagai protes terhadap sistem pengajian tinggi yang tertutup dan menyekat para akademik dan mahasiswa telah menerima pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh, pukul, ludah dan caci maki.

Menurut satu kenyataan media dari Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Adam Adli juga menerima kiriman SMS malah video melalui Youtube yang dihantar oleh Pemuda Umno Petaling Jaya Utara yang mengugut ingin meludah dan memukul mahasiswa ini.

"Tindakan ini jelas menunjukkan budaya samseng semakin meluas dalam Umno," kata Pengarah Biro Mahasiswa AMK, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli menerusi kenyataan media tersebut.

Umno katanya, cuba mewujudkan politik takut (Politic of Fear) di kalangan mahasiswa yang pada hari ini celik menolak corak kepemimpinan Umno yang zalim dan jumud sebagai langkah untuk membendung mereka dari terus bangkit.

"Mahasiswa kini bangun menuntut agar diberi kebebasan dan keterbukaan untuk para mahasiswa bergerak dan berakademik.

"TIndakan menutup ruang mahasiswa jelas menunjukkan bahawa Umno tidak memahami hasrat dan inspirasi mahasiswa untuk melihat masa depan Malaysia yang lebih cerah," terangnya.

Tegas beliau, "kami ingin mengingatkan pihak yang mengugut mahasiswa termasuk Pemuda Umno, samseng-samseng dan pihak universiti agar berhenti mengugut dan mengasari mahasiswa jika tidak mahu berhadapan dengan kebangkitan rakyat."

Menurut Saifullah, sejarah Indonesia pada Reformasi 1998 telah membuktikan gerakan mahasiswa mampu menumbang sesebuah regim.

"Tindakan pemerintah yang mengasari mahasiswa sehinggakan tiga mahasiswa Universitas Trisakti meninggal dunia mengakibatkan kebangkitan anak muda dan rakyat menentang kerajaan yang zalim.

"Kami ingin memberi amaran bahawa kebangkitan anak muda di Indonesia ini bakal berlangsung di Malaysia natijah daripada kebobrokan dan keangkuhan pemerintah Umno-Barisan Nasional mentadbir negara," katanya.

Isu Qazaf: Penegasan kembali

Posted: 20 Dec 2011 03:42 AM PST

Hanya yang benar-benar beriman (kepada Allah dan Hari Akhirat) sahaja yang akan dengan senang dan rela menerima hukum Allah.


Oleh Abdul Halim Ismail

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) telah mengeluarkan Pernyataan Bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengenai isu yang sama dengan tajuk Pernyataan Sikap Terhadap Isu Jenayah Qazaf, pada 27 Mac 2011 (sila rujuk Kenyataan Media di www.wadah.org.my/).

Sebagai reaksi kepada beberapa persoalan yang berbangkit serta kekeliruan-kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat ekoran kenyataan-kenyataan beberapa orang mantan pimpinan Abim mengenai isu tuduhan tuduhan liwat dan zina terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka Wadah ingin menegaskan kembali sikap dan pendirian yang telah diambil dengan merujuk kepada Pernyataan yang telah dibuat pada 27 Mac lalu.

Pertama: Sikap dan pendirian mestilah berasaskan syari`at

"Sesungguhnya kembali kepada syari'at adalah satu-satunya jalan keluar yang adil dan selamat. Demikianlah petunjuk Ilahi yang terungkap dalam kitab suci-Nya:

"Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Al-Nisa':59).

Apakah yang sebenarnya dicari oleh pendakwa dan penuduh? Andainya yang dicari adalah keadilan, bukankah ia wujud dalam hukum syari'at?

Apakah ada hukum lain yang lebih adil daripada hukum Allah? Apabila seseorang mengatakan "Aku ridha dengan Allah sebagai Tuhan" bererti ia rela menerima hukum-hakam-Nya.

Jika benar demikian, mereka harus membuktikan kejujuran menepati ikrar dan pengakuan tersebut. Ternyata kesediaan rujuk (kembali) kepada Allah (hukum-hakam-Nya) adalah ujian iman.

Hanya yang benar-benar beriman (kepada Allah dan Hari Akhirat) sahaja yang akan dengan senang dan rela menerima hukum Allah.

Demikianlah makna tersirat di balik kalimat-kalimat, "jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian."

Tuduhan berat

Kedua: Hukum qazaf (menuduh liwat dan zina) adalah berat hingga kerana itu hal-hal berkaitan dengannya diperincikan oleh syari'at.

"Dalam kaitan inilah motif hukum qadhaf dalam syari'at Islam itu harus difahami. Mereka yang berleluasa menabur fitnah, melemparkan tuduhan keji (zina/liwat) tanpa pembuktian secara syar'i (menghadirkan empat orang saksi yang adil dan berwibawa) seharusnya menginsafi betapa buruknya perilaku mereka.

Dan betapa beratnya kesalahan jenayah qadhaf yang membawa hukuman deraan fizikal lapan puluh kali sebatan, di samping saksi sosial dan moral: hilang kelayakan menjadi saksi (tentang apa pun dan sampai bila pun) dan seterusnya terlempar ke dalam kelompok orang- orang fasiq, sebagaimana yang disebut dalam surah al-Nur: 4-5.

Demikianlah ketetapan hukum syari'at yang tidak boleh ditawar-tawar lagi. Cara pembuktiannya hanya satu: hadirkan empat saksi dan tidak lain daripada itu. Dalam kes seperti ini pembuktian dengan cara bersumpah sama sekali tidak relevan."

Ketiga: Menyebarkan tuntutan yang benar berasaskan syari'at adalah amanah dan tanggungjawab agama.

"Terlepas dari maksud mencampuri konflik politik antara parti dengan niat murni semata-mata demi amanatu 'l-balagh serta tanggungjawab dakwah dan tazkirah.

Kita menyeru seluruh umat dan rakyat agar berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya, yang dalam hal ini pembuktiannya harus berdasarkan hukum syara'.

Pembuktian yang tidak dilakukan secara syara' adalah tidak sah. Dalam kaitan ini seluruh rakyat yang menginsafi hakikat kesucian maruah dan ketinggian nilai kehormatan diri harus sedia memberikan sokongan dan dukungan kepada perjuangan suci mempertahankan maruah, kehormatan dan nama baik dari pencemaran fitnah.

Gejala fasik

Keempat: Menolak gejala fasik dan pertuduhan liwat dan zina terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Selaras dengan itu seluruh umat Islam yang setia kepada idealisme masyarakat bersyari'at harus menolak gejala fusuq (kefasikan) yang menjelma dalam bentuk fitnah terhadap seseorang yang berintegriti moral.

Dalam kaitan ini Anwar atau siapa sahaja yang dilempari tuduhan (qadhaf) tanpa pembuktian secara syar'i berhak membela diri dan menuntut keadilan berasaskan hukum syara': penuduh yang gagal menghadirkan empat orang saksi harus didakwa di bawah hukum qadhaf.

Demi menghormati kedaulatan Islam, tuduhan yang tidak memenuhi persyaratan syara' seharusnya digugurkan.

Dalam hubungan ini fatwa para ulama dunia yang berautoriti besar mengenai isu ini seperti al-Shaykh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan al- Shaykh Dr. Wahbah al-Zuhayli (kedua-duanya adalah penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah dari kerajaan Malaysia) serta yang lain-

lainnya harus dihormati dan didukung tanpa ragu. Fatwa-fatwa mereka cukup jelas, tegas, kuat, berwibawa dan meyakinkan.

Kelima: Menegaskan tanggungjawab bersama dalam membina masyarakat berakhlak berdasarkan syari'at.

"Demi tanggungjawab membina umat dan masyarakat bermaruah yang saling hormat dan saling percaya, setiap warga harus memiliki keberanian bersikap, menolak budaya fasiq aib mengaib dan fitnah memfitnah.Masyarakat Islam bukan sebuah ladang fitnah, dan bukan juga sebuah pasar gosip.

Al-Qur'an telah memberikan petunjuk jelas bagaimana menyikapi gejala fasiq seperti itu, iaitu dengan menolaknya secara jelas, tegas dan tanpa basa-basi,"…..ini dusta yang nyata!" Ini pembohongan besar!" Komitmen terhadap misi amar makruf nahi munkar menuntut setiap orang bertindak melawan gerakan penyebaran kebejatan (al-fahishah).

Kembali insaf

Keenam: Menasihati mereka yang terlibat dalam membuat jenayah qadhaf supaya kembali menginsafi ketelanjuran mereka dan merujuk kembali kepada amaran Allah.

"Mereka yang terlibat dengan kegiatan jahat menabur fitnah dan menyebarkan berita bohong di kalangan umat seharusnya menyedari dan menginsafi amaran keras pembalasan Tuhan sebagaimana ditegaskan dalam kitab suci-Nya: "Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu (juga).

"Janganlah kamu mengira berita itu buruk bagi kamu bahkan itu baik bagi kamu. Setiap orang dari mereka akan mendapat balasan dari dosa yang diperbuatnya. Dan barang siapa di antara mereka yang mengambil bahagian terbesar (dari dosa yang diperbuatnya), dia mendapat azab yang besar (pula)." – Al-Nur: 11.

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang sangat keji itu (berita bohong) tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, mereka mendapat azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." – Al-Nur: 19.

Sehubungan dengan ini juga, Wadah ingin menegaskan bahawa sebarang kenyataan, pandangan atau pendapat yang dikeluarkan oleh Prof Dato' Dr Sidek Baba dan Dr Yusri Muhammad, termasuk yang berkaitan dengan isu ini, adalah tidak mewakili pandangan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah).

Prof Dato' Dr Sidek Baba ialah seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah memegang beberapa jawatan dalam Abim termasuk sebagai Naib Presiden.

Dr Yusri Muhammad pernah memimpin Abim sebagai Presiden. Beliau baru melepaskan jawatannya sebagai pensyarah di Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan kini selaku Yang Di Pertua Yayasan Sofa, Negeri Sembilan.

*Penulis ialah Setiausaha Agung Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah)

PRU-13: Pakatan S'gor kekal 'status quo'

Posted: 20 Dec 2011 03:37 AM PST

DAP akan bertanding 15 kerusi, PKR (21) dan PAS (20), sama seperti pada PRU 2008, kata Teresa Kok.

SHAH ALAM: Pakatan Rakyat negeri Selangor bersetuju untuk mengekalkan 'status quo' dalam pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13).

'Status quo' yang dipersetujui bersama ialah DAP akan bertanding 15 kerusi, PKR (21) dan PAS (20), sama seperti pada PRU 2008, kata Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok pada sidang media di sini hari ini.

Menjawab mengenai dakwaan rancangan DAP untuk mengambil kerusi Menteri Besar, Teresa menjelaskan bahawa parti yang menang paling banyak kerusi akan diberi keutamaan dan dari 56 kerusi Dun Selangor itu, DAP hanya bertanding 15 kerusi berbanding PKR dan PAS.

"Saya rasa hairan mengapa timbul kata DAP mahu kerusi Menteri Besar, dan daripada pengaruh di Selangor tidak mungkin perkara itu terjadi. Pihak yang menang paling banyak kerusi yang akan diberi keutamaan.

"Tiada perbincangan siapa akan jadi Menteri Besar. Calon (Menteri Besar) pun masih belum boleh ditentukan. Itu pun sekiranya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mahu menjadi calon dan sebaliknya hanya mahu bertanding kerusi parlimen sahaja," jelas beliau.

Usaha terdesak Umno

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman pula berkata dakwaan DAP merancang mengambil kerusi Menteri Besar itu hanya usaha terdesak Umno untuk menakut-nakutkan orang Melayu agar tidak menyokong calon Pakatan dalam PRU akan datang.

Ujar beliau, DAP hanya mencadangkan agar Pakatan Selangor membenarkan parti itu meletak calon Melayu di kawasan majoriti Melayu.

Pada masa sama, persoalan jawatan Menteri Besar tidak timbul memandangkan Pakatan berpuas hati dengan prestasi Abdul Khalid dan tiada sebarang rancangan untuk menukar beliau.

"Kami yakin bahawa melalui kerjasama dan semangat saling menyokong yang ditunjukkan selama ini prestasi Selangor di bawah Abdul Khalid sebagai Menteri Besar akan bertambah baik bukan sebaliknya.

"Cadangan DAP untuk letak calon Melayu dengan tujuan supaya DAP boleh membebaskan diri dari imej mereka dipenjarakan ditimbulkan oleh Umno," katanya yang membaca kenyataan bersama yang mewakili Pakatan.

PKR dakwa keluarga Shahrizat miliki kondo di S'pura

Posted: 20 Dec 2011 02:39 AM PST

PKR hari ini membuat pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot melibatkan keluarga menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil -- kali ini berhubung pemilikan kondominium mewah dianggar bernilai RM10 juta di Singapura.

orchard scotts condominium 2Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution mendakwa demikian ketika mendedahkan dokumen yang didakwa menunjukkan bahawa menteri itu, sejak Januari tahun lalu, memiliki satu unit kondominium mewah Orchard Scotts di Anthony Road.

Kondominium dengan keluasan lantai 2,282 kaki persegi itu dibeli dengan harga SGD4.1 juta, dakwa ahli parlimen Machang itu lagi dalam satu sidang media hari ini.

Menurut rekod pihak berkuasa Singapore Redevelopment Authority, keluasan unit kondominium itu merupakan antara yang paling selesa di kawasan pusat bandar Singapura, kata Saifuddin.

Saifuddin mendakwa kondominium itu didaftarkan atas nama suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak mereka – Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.

Rekod berkenaan adalah hasil carian di agensi yang mengawal selia tanah negara itu, Singapore Land Authority, kata Saifuddin lagi yang turut mengedarkan rekod berkenaan kepada wartawan dalam sidang media di ibu pejabat parti itu.

PAS: Masih ada kawasan lain mahu Hasan Ali

Posted: 20 Dec 2011 02:37 AM PST

Masih ada sinar harapan untuk pemimpin kontroversi PAS Datuk Dr Hasan Ali dalam masa depan politiknya, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad.

generation 709 220711 khalid samadKatanya, pihaknya faham kemungkinan Dr Hasan kecewa kerana tidak mencapat pencalonan cukup untuk dipilih semula sebagai calon Gombak Setia, tetapi perkara itu tidak harus merosakkan dirinya.

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, PAS Selangor kini cuba menyelamatnya, bukan menghentamnya.

Menurutnya, parti sentiasa mengiktiraf sumbangan Dr Hasan sebagai anggota kanan dan masih ada anggota akar umbi PAS yang masih bersedia mencalonkannya di kawasan lain.

ADUN Bukit Gasing meninggal dunia

Posted: 20 Dec 2011 02:36 AM PST


MALAYSIA KINI

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing Edward Lee pagi ini meninggal dunia akibat barah, menurut rakan-rakannya.

NONE

Lee, seorang pemimpim masyarakat daripada DAP dipilih sebagai ADUN kawasan itu dalam pilihan raya umum 2008.

Beliau mengalahkan calon GERAKAN Dr Lim Thuang Seng dengan majoriti 8,812 undi.

Tiada pilihan raya kecil akan diadakan dan kekosongan itu hanya akan diisi dalam pilihan raya umum akan datang.

Noh: Peruntukan pusat lebih berbanding negeri

Posted: 20 Dec 2011 02:32 AM PST


MALAYSIA KINI

Peruntukan yang disalur kerajaan pusat untuk membangunkan Selangor lebih besar berbanding jumlah yang diperuntuk kerajaan negeri itu sendiri, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau memberi contoh peruntukan tahun ini yang mana kerajaan pusat menyalurkan RM2.7 bilion untuk negeri itu.

NONEDi bawah Rancangan Malaysia ke-10, sebanyak RM2.62 bilion disalurkan kerajaan pusat untuk melaksanakan 628 projek di negeri itu, dan sebanyak RM83.81 juta lagi disalurkan menerusi pelbagai agensi dan kementerian, katanya kepada pemberita, di Shah Alam.

Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, berkata selain itu, sebanyak RM16.95 juta disalurkan untuk 11 projek yang diminta pemimpin tempatan ketika lawatan Perdana Menteri Datuk seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerajaan Selangor sebelum ini membentangkan belanjawan berjumlah RM1.43 bilion, yang mana RM830 juta diperuntukkan untuk belanja mengurus dan baki RM600 juta bagi pembangunan negeri untuk tahun ini.

Pada majlis itu, Noh turut menyampaikan surat pelantikan kontraktor untuk fasa kedua membina dan menaik taraf perhentian bas di seluruh Selangor, merangkumi 67 projek bernilai RM9.1 juta.- Bernama

Mangsa banjir Johor meningkat ke 1,000

Posted: 20 Dec 2011 02:31 AM PST


MALAYSIA KINI

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di lima daerah yang dilanda banjir di Johor meningkat kepada 1,011 orang setakat pukul 9 malam tadi.

Setiausaha Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, Mohamad Yusri Hashim berkata sebanyak 18 pusat pemindahan banjir telah dibuka iaitu 12 di Kluang, tiga di Segamat dan masing-masing satu di Kota Tinggi, Batu Pahat dan Johor Baharu.

NONEDaerah Kluang mencatatkan jumlah mangsa banjir paling banyak iaitu 754 orang daripada 193 keluarga dari Kampung Mengkibol, Kampung Muhibbah, Kampung Kolam Air, Kampung Berasau, Kampung Orang Asli Sungai Peroh, Kampung Punchor, Kampung Sri Cahaya, Kampung Contoh, Kampung Batu 4 Paloh, Kampung Melayu Mardi dan Perumahan Rakyat Yap Tau Sah, katanya.

Turut dipindahkan ialah 143 mangsa banjir dari Kampung Batu 10, Skudai di Johor Baharu.

Di Segamat, sebanyak 81 mangsa banjir dari Kampung Usaha Jaya; Kampung Paya Dalam dan Kampung Spangloi di Segamat kini ditempatkan di Balai Islam Kampung Paya Dalam, Balai Raya Spangloi dan Balai Raya Kampung Usaha Jaya.

Seramai 18 mangsa banjir dari Kampung Parit Haji Kamisan, Yong Peng, Batu Pahat dan 15 mangsa banjir dari Kampung Sungai Berangan, Kota Tinggi ditempatkan di balai raya kampung masing-masing.- Bernama

Keputusan bicara Khir Toyo Jumaat

Posted: 20 Dec 2011 02:29 AM PST


MALAYSIA KINI

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Wira Mohtaruddin Baki menetapkan Jumaat ini untuk menyampaikan keputusannya dalam perbicaraan bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo selepas pihak pembelaan menutup hujah mereka semalam.

Terdahulu, pihak pembelaan berhujah bahawa tidak terdapat bukti yang Khir telah memberi layanan istimewa kepada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni.

Peguam bela Kamarul Hisham Kamaruddin berkata, oleh yang demikian tidak terdapat campurtangan tidak sah oleh tertuduh terhadap sebarang projek ahli perniagaan Shamsuddin.

"Jika saksi pendakwaan kedua (Shamsuddin) mengharapkan sesuatu keistimewaan dalam bentuk layanan khas, itu tidak boleh dianggap paksaan dalam sebarang bentuk kerana ia didorong oleh perasaan tamak.

"Mesti wujud paksaan yang jelas...apakah ada secebis bukti untuk menunjukkan yang dituduh ada menyatakan sesuatu yang tidak wajar? Tidak ada langsung pada masa lalu, kini dan masa depan," katanya.

Dr Khir diminta membela diri atas tuduhan menerima bagi diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada Shamsuddin pada harga RM3.5 juta, lebih rendah dari harga RM6.5 juta yang dibayar Ditamas pada 2004.

khir toyo mansion 060709 08Dr Khir dikatakan mengadakan transaksi itu dengan pengetahuan bahawa Shamsuddin mempunyai urusan dengannya dalam kapasiti rasminya sebagai menteri besar Selangor pada masa itu.

Adun Sungai Panjang itu dikatakan melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di sini pada 29 Mei, 2007.

Mengakui bahawa tuduhan pendakwa terhadap Dr Khir berkisar pada keterangan Shamsuddin, Kamarul Hisham berkata Shamsuddin telah gagal menunjukkan bukti yang beliau telah diarah oleh bekas menteri besar itu untuk membeli banglo itu di dua plot tanah berkenaan pada 2004.

Peguam itu menarik perhatian bahawa Shamsuddin dituduh bersubahat dengan Dr Khir dan kemudian dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 6 Jun selepas dakwaan terhadapnya ditarik balik.

Beliau berkata Shamsuddin selepas itu menjadi saksi bagi pendakwaan hasil daripada tuduhan terhadapnya ditarik balik.

"Undang-undang biasa melihat testimoni saksi seumpama itu dengan penuh syak," kata beliau.

NONEKamarul Hisham juga menarik perhatian mahkamah bahawa Shamsuddin ada memberitahu mahkamah bahawa beliau telah memberikan tiga kenyataan bercanggah dalam dua rakaman kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) pada 2009 dan 7 Jun tahun ini selepas dipujuk oleh Dr Khir.

Shamsuddin berkata beliau telah dipaksa banyak kali oleh Dr Khir jangan melibatkan dirinya selepas beliau (Shamsuddin) dipanggil oleh MACC memberikan kenyataannya.

Kamarul Hisham berkata satu daripada percanggahan dalam kenyataan diberikan kepada MACC pada 2009 ialah beliau (Shamsuddin) tidak menyatakan kepada MACC bahawa beliau tidak mempunyai pilihan tetapi membeli harta itu bagi pihak tertuduh.

"Tetapi beliau mengubah keterangannya di mahkamah dengan mendakwa beliau telah membeli harta itu dengan paksaan," kata Kamarul Hisham.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan. - Bernama

'Serang' bahagian: Penjelasan Shahrizat dituntut

Posted: 20 Dec 2011 02:28 AM PST


MALAYSIA KINI

Umno Cheras hari ini menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberikan penjelasan berhubung dakwaan kehadiran dua pegawainya bersama kumpulan yang didakwa membuat kecoh di pejabat mereka.

cheras umno deputy chief mahadi abdul shukorTimbalan ketua bahagian Datuk Mahadi Abdul Shukor (kiri) berkata, Shahrizat perlu bertanggungjawab terhadap kejadian pada 15 Disember yang didakwa cuba mencederakan ketua bahagian Datuk Syed Ali Alhabshee.

"(Kami) melahirkan rasa dukacita dengan penglibatan secara langsung dua orang pegawai khas kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut serta bersama mereka yang mendakwa kononnya sebagai NGO," kata Mahadi.

Menurutnya, ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat khas bahagian dan kesemua sayapnya petang ini.

Syed Ali pada 13 Disember lalu, Syed Ali mengingatkan Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail supaya tidak membebankan Umno dengan tampil menjawab segala tuduhan pembangkang.

Katanya: "Mengapa pula Umno, Najib dan Muhyiddin yang jadi sasaran, takkan kerana isu NFC dan Shahrizat pula pegang jawatan Ketua Wanita Umno, mereka berdua dipaksa memikul biawak hidup, tentulah tidak adil dan kejam persepsi sedemikian."

Syed Ali bagaimanapun kemudiannya menjelaskan bahawa maksud sebenar "seperti memikul biawak hidup" ditujukan kepada isu NFC dan bukannya kepada peribadi Shahrizat atau pun keluarga beliau.

Terpaksa hubungi polis

Dalam kenyataannya petang ini, Mahadi berkata walaupun dikatakan mahu menyerahkan memorandum berhubung kenyataannya dan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), kumpulan itu didakwa membuat kecoh dan mengeluarkan kata-kata kesat.

"Mereka juga tidak mahu mendengar langsung penjelasan Datuk Wira Syed Ali berhubung kenyataan beliau sebelum itu, malah fotokopi kenyataan akhbar dan blog umnobahagiancheras juga mereka koyak.

azlan"Ketegangan mula berlaku apabila salah seorang daripada mereka mula bertindak kurang ajar dengan cuba mencederakan Datuk Wira Syed Ali tetapi dapat dihalang, bagaimanapun butang baju Datuk Wira Syed Ali telah tertanggal kerana ditarik oleh mereka yang tidak dikenali," dakwanya.

Menceritakan semula kejadian pada hari itu, Mahadi berkata, insiden itu menjadi tidak terkawal sehingga memaksa kakitangan pejabat menghubungi pihak polis yang tiba tidak lama kemudian.

Sementara itu, ketetapan lain yang dicapai dalam mesyuarat tergempar Umno Cheras bersama sayapnya hari ini ialah:

(1) Bertegas dan mendesak pengurusan NFC supaya segala isu berbangkit diselesaikan secara telus demi memelihara kredibiliti perdana menteri, timbalannya, serta survival Umno menjelang pilihan raya ke-13.

(2) Umno Cheras tetap menentang apa jua penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan amalan kronisme yang dibimbangi akan menghakis keyakinan rakyat dan dalam masa yang sama tetap memperjuangkan nasib rakyat, terutama diperingkat akar umbi.

(3) Kesal dengan inisden tersebut yang dilihat seperti ada dalang yang merancang untuk melakukan kekecohan di pejabat Umno Cheras.

Kumpulan Umno ancam tampar, ludah Adam Adli

Posted: 20 Dec 2011 02:25 AM PST


MALAYSIA KINI

Seorang pemimpin pemuda Umno mengancam untuk "meludah" dan "menampar" muka seorang pelajar yang telah menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat parti itu Sabtu lalu.

Ketua penerangan pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Armand Azha membuat ancaman itu ke atas penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli dalam satu video yang dimuatkan di laman Youtube.

NONE"Jangan sampai satu hari kami jumpa kami ludah, kami tampar muka kau... Berani kau kurang ajar dengan kami?

"Ini semua panglima perang tahu?," kata Armand (foto) sambil menunjukkan ke arah sebilangan pengikutnya dalam video berkenaan.

Video yang dimuatkan dua hari lalu, mendapat perhatian meluas hampir 60,000 penonton yang rata-ratanya tidak menyukai video berkenaan.

Armand yang juga bekas ketua pemuda PERKASA sebelum ini telah mengeluarkan ancaman serupa ke atas artis Namewee atas klip video kontroversi 'Negarakuku.'

DUNIACACAMARBA

Posted: 20 Dec 2011 03:13 PM PST

Alasan Bodoh Perkasa Dakwa Kononnya Orang Melayu Tidak Turun Mengundi Jika Guna Dakwat Kekal

Posted: 20 Dec 2011 06:38 AM PST

Tidak habis-habis Perkasa membuat lawak jenaka untuk kepentingan politik "bos" mereka. Terkini, Perkasa mendakwa orang Melayu tidak akan keluar mengundi jika dakwa kekal digunakan dalam PRU 13 nanti.

Apa alasan mereka?

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali seperti yang dilaporkan oleh TMI menegaskan bahawa pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.

Selain itu kata beliau, Perkasa percaya banyak pengundi Melayu tidak akan keluar mengundi jika penggunaan dakwat kekal diteruskan.

"Adalah memalukan negara yang jauh lebih maju dari negara-negara membangun lain mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum.

"Malaysia bukan negara seperti Somalia, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Kemboja dan lain-lain negara mundur yang rekod pengenalan diri masih tidak canggih, yang menggunakan kertas biasa dengan maklumat peribadi tulisan tangan. Memalukan," katanya.

Syed Hassan juga mendakwa Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal adalah daripada pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh sebab cara itu  membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi.

"Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal.

"Dan, kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?" katanya.

Siapa sangka Perkasa yang menjerit nama Melayu dalam isu tertentu pendek akal hingga memberikan alasan sebodoh itu? Jika diperhatikan, Perkasa sebenarnya langsung tidak memberikan hujah sebab Melayu dan orang Islam tidak mahu menggunakan dakwat kekal.  Adakah orang Melayu/Islam tidak mahu menggunakan dakwat kekal semata-mata hanya kerana cara itu digunakan di kebanyakan negara dunia ketiga? Melayu mana yang boleh menerima alasan bodoh ini? Melayu Perkasa?

Sebelum bercakap mewakili Melayu, Perkasa tanyalah diri dulu, setiap kali mereka mengadakan demontrasi, berapa kerat orang Melayu datang menyokong mereka dengan hati yang ikhlas? 20 orang, 50 orang? Daripada jumlah itu, berapa banyak SB dalam kalangan mereka, berapa banyak pula warga asing upahan dalam kalangan mereka?

Negara-negara yang dikatakan mundur ini sebenarnya lebih cerdik dalam menangani penipuan pilihan raya. Malah, penggunaan dakwat kekal jauh lebih murah daripada penggunaan sistem canggih yang dicadangkan oleh kerajaan yang terdedah dengan segala macam manipulasi. 

Selain menyebut nama-nama negara di atas, Perkasa perlu juga menyebut Indonesia, Filipina, Mesir, Tunisia, India, Lubnan, yang turut menggunakan dakwat kekal untuk mengelakkan penipuan pilihan raya. Hebat atau maju sangatkah Malaysia sampai Perkasa menghina negara-negara yang menggunakan dakwat kekal?

Carilah alasan yang lebih logik!

P/s: Penggunaan dakwat kekal hanya satu daripada 8 tuntutan utama BERSIH 2.0. Penggunaan dakwat kekal sahaja tidak dapat menjamin 100% pelaksanaan pilihan raya yang telus dan adil. Sebelum PRU 13, kita perlu memastikan semua tuntutan pelaksanaan pilihan raya yang BERSIH dipenuhi.

Apa Beza World Bank dengan IMF? Siapa Kendalikan Kedua-duanya?

Posted: 20 Dec 2011 12:16 AM PST

Saya baca hujah seorang tukang komen membidas kiriman blog pencacai yang menyokong Che Det dan mengaitkan DSAI dengan IMF. Tukang komen itu ada menyelitkan artikel seperti yang dipaparkan di bawah ini::

Apa beza World Bank dengan IMF?

...If you have difficulty distinguishing the World Bank from the International Monetary Fund, you are not alone. Most people have only the vaguest idea of what these institutions do, and very few people indeed could, if pressed on the point, say why and how they differ. Even John Maynard Keynes, a founding father of the two institutions and considered by many the most brilliant economist of the twentieth century, admitted at the inaugural meeting of the International Monetary Fund that he was confused by the names: he thought the Fund should be called a bank, and the Bank should be called a fund. Confusion has reigned ever since.

Known collectively as the Bretton Woods Institutions after the remote village in New Hampshire, U.S.A., where they were founded by the delegates of 44 nations in July 1944, the Bank and the IMF are twin intergovernmental pillars supporting the structure of the world's economic and financial order. That there are two pillars rather than one is no accident. The international community was consciously trying to establish a division of labor in setting up the two agencies. Those who deal professionally with the IMF and Bank find them categorically distinct. To the rest of the world, the niceties of the division of labor are even more mysterious than are the activities of the two institutions.


Baca lanjut di sini: http://www.imf.org/external/pubs/ft/exrp/differ/differ.htm

Siapa kendalikan IMF dan World Bank?

Who are the people really running
the IMF and World Bank?

How do they get their money?

And what's the difference
between the two institutions?

....So the people running the IMF and the World Bank are the same folks who run the U.S. government and the governments of its closest allies.

Bank will not loan to a country, international banks certainly won't. As a result, the IMF and the World Bank have great power, and are able to insist that governments adopt certain policies as a condition for receiving funds....

Baca terus di sini: http://www.thirdworldtraveler.com/IMF_WB/WhoAreThePeople.html

P/s: Rupa-rupanya IMF dan World Bank sekapal.

Modal dalam blog pro-UMCO sekarang ialah DSAI mahu menerima pakej bantuan IMF, dan Malaysia pula hanya membuat pinjaman untuk infrastruktur, sosial dan sebagainya, bukannya pakej bantuan ekonomi. Jadi bagaimana dengan pinjaman ini: "Malaysia Economic Recovery and Social Sector Loan"? Jika semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan, Malaysia ada membuat pinjaman di World Bank, siapa yang mengarahkan beliau dan memberikan lampu hijau untuk berbuat demikian jika bukan Che Det sebagai PM. Mana mungkin Anwar bertindak sendirian tanpa persetujuan dan desakan Kabinet.

Tentang cerita IMF-Anwar, rasanya banyak pembaca tidak tahu hal yang sebenar. Seingat kita, isu IMF, ejen asing ini timbul dulu pun untuk menguatkan alasan Che Det memecat Anwar sebagai TPM selain fitnah liwat. Kalau Che Det minta surat, jurublog UMCO juga seharusnya menyiarkan surat yang dapat mengaitkan Anwar dengan IMF.

Walaupun Anwar dituduh mahu menerima pakej bantuan IMF, manakala Che Det enggan menerima pakej bantuan IMF yang didakwa boleh menyebabkan negara tergadai, namun saya gerun melihat hutang negara di bawah pentadbiran Najib seperti  tertera pada gambar di bawah ini:

[PANAS] Keluarga Sharizat Didakwa Salah Guna Dana NFC Beli Kondo RM10 Juta di Singapura

Posted: 19 Dec 2011 10:08 PM PST

Saya petik:

[MK] PKR hari ini membuat pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot melibatkan keluarga menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil -- kali ini berhubung pemilikan kondominium mewah dianggar bernilai RM10 juta di Singapura.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution mendakwa demikian ketika mendedahkan dokumen yang didakwa menunjukkan bahawa menteri itu, sejak Januari tahun lalu, memiliki satu unit kondominium mewah Orchard Scotts di Anthony Road.

NONEKondominium dengan keluasan lantai 2,282 kaki persegi itu dibeli dengan harga SGD4.1 juta, dakwa ahli parlimen Machang itu lagi dalam satu sidang media hari ini.

Menurut rekod pihak berkuasa Singapore Redevelopment Authority, keluasan unit kondominium itu merupakan antara yang paling selesa di kawasan pusat bandar Singapura, kata Saifuddin.

Saifuddin mendakwa kondominium itu didaftarkan atas nama suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak mereka – Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.

Rekod berkenaan adalah hasil carian di agensi yang mengawal selia tanah negara itu, Singapore Land Authority, kata Saifuddin lagi yang turut mengedarkan rekod berkenaan kepada wartawan dalam sidang media di ibu pejabat parti itu.

P/s: Apa lagi Sharizat nak kata? Bila nak failkan saman terhadap PKR?

Ibu "Restu" Anak Gadis yang Sudah Bertunang BERMADU KASIH dengan Kekasih "Gelap"

Posted: 19 Dec 2011 08:13 PM PST


Saya petik:

[HM] KINARUT: Tindakan seorang lelaki cuba melarikan diri melalui pintu belakang selepas memadu kasih bersama teman wanitanya gagal apabila ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), yang menyerbu rumah ibu gadis berkenaan dalam operasi khas di Taman Limau Limauan, di sini, awal pagi semalam.

Malah, dalam serbuan jam 1 pagi itu, tindakan pasangan berusia 22 dan 21 tahun berkenaan seolah-olah mendapat 'restu' ibu gadis terbabit yang cuba menafikan kehadiran teman lelaki anak gadisnya selain memarahi anggota penguat kuasa.

Lebih mengejutkan, gadis itu dipercayai sudah bertunang tetapi sering membawa pulang 'kekasih gelapnya' untuk memadu kasih tanpa ditegah ibunya yang turut berada di rumah sama.

Terdahulu, berdasarkan maklumat, sepasukan penguat kuasa JHEAINS bergegas ke rumah berkenaan lalu mengetuk pintu beberapa kali dan dibuka seorang wanita berusia 41 tahun dengan berpakaian lengkap.

Sebaik memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa JHEAINS dan meminta izin melakukan pemeriksaan, wanita itu menegaskan hanya tinggal bersama anaknya.

Curiga dengan jawapan itu, penguat kuasa JHEAINS terus melakukan pemeriksaan, namun tidak menemui lelaki dimaksudkan.

Oleh kerana tidak menemui suspek, wanita berkenaan naik berang dan menegur JHEAINS kerana tetap mahu melakukan pemeriksaan.

Namun, secara tiba-tiba, seorang lelaki didapati cuba melarikan diri melalui pintu belakang, tetapi dicekup.

Penolong Ketua Penguat Kuasa Agama JHEAINS, Khamis Jamil berkata, selepas 10 minit berada di dalam rumah berkenaan, pihaknya melihat kelibat seorang lelaki cuba melarikan diri melalui pintu belakang.

"Ketika mahu beredar, dua anggota di belakang rumah menahan seorang lelaki yang cuba melarikan diri melalui pintu belakang.

"Ketika disoal, perempuan ini memaklumkan lelaki terbabit adalah anak angkatnya yang juga rakan anak perempuannya menumpang tidur di rumahnya," katanya.

Khamis berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang pertalian dengan keluarga berkenaan lalu mereka dibawa ke Balai Polis Kinarut untuk membuat laporan.

"Hasil pemantauan kami selama lebih dua minggu mendapati lelaki ini sering mengunjungi rumah terbabit untuk bersama anak wanita berkenaan.

"Siasatan juga mendapati ibu gadis berkenaan adalah ibu tunggal," katanya.

P/s: Gila! Apa nak jadi? Ibu sendiri restu anak bercengkerama dengan kekasih gelap!!!

Hati Suami Hancur Luluh Selepas Bongkar Keterlanjuran Isteri

Posted: 19 Dec 2011 06:45 PM PST

Saya petik:
 

[HM] KUALA LUMPUR: Hancur luluh hati seorang suami apabila mendapat tahu isteri tersayang menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain dan sudah terlanjur dalam kejadian di Jalan Klang Lama, di sini.

Hubungan sulit wanita 30-an itu bermula pertengahan 2010 diketahui suaminya kelmarin melalui facebook isterinya itu sebelum cuba bertanya keadaan sebenar hingga mereka bertengkar.

Menurut sumber polis, lelaki berusia 40 tahun itu terkejut mendengar pengakuan isterinya yang sanggup menduakan dirinya dengan lelaki lain.

Katanya, suami berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Damansara, semalam.

"Suami terbabit tidak menyangka isterinya sanggup melakukan hubungan seks dengan lelaki lain lebih 10 kali, selain mengaku mencintai lelaki itu lebih daripada dirinya.

"Isterinya membuat pengakuan bahawa sanggup menunggu teman lelaki 'gelapnya' itu walaupun banyak rintangan dihadapi," katanya di sini, semalam.

Selepas mendengar pengakuan isterinya, suaminya membuat laporan polis kerana mahu tindakan lanjut diambil ke atas lelaki itu.

Sumber berkata, wanita itu juga mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya di sebuah hotel terkemuka di ibu kota ketika suaminya tiada di rumah.

P/s: Malang! Banyak sangat kes isteri atau suami curang angkara media sosial.

Syarat Bekas Suami: Nak Duit, "Ehem-ehem" Dulu

Posted: 19 Dec 2011 05:18 PM PST

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Dia cuma mahu mendapatkan nafkah untuk menampung kehidupan dua anak yang masih kecil, namun permintaan itu dikenakan syarat gila oleh bekas suami yang rakus memintanya terlebih dulu menyerahkan tubuh sebagai balasan.

Sedar dirinya terperangkap dosa zina, Elina, 39, pernah cuba menolak permintaan bekas suami, tapi akhirnya mengalah apabila lelaki durjana itu bertindak kasar dengan memecahkan pintu rumah dan mengugut mahu menyimbah asid ke wajahnya.

Tanpa sedikit rasa malu dan bersalah, bekas suami juga memaksa Elina menghalau dua anak lelaki mereka berusia satu dan empat tahun keluar rumah buat sementara waktu bagi membolehkan mereka melakukan hubungan seks sebelum wanita malang itu diberi 'nafkah' sekadar RM50.

Elina berkata, itulah penderitaan yang dilaluinya selama setahun lalu setiap kali ingin meminta wang saraan dua anak hasil perkahwinan dengan bekas suaminya sejak mereka bercerai penghujung 2010.

"Derita saya bukan sekadar hari ini, tapi bermula sejak dipaksa bekas suami menjadi isteri kedua secara senyap-senyap dengan alasan saya sudah banyak menghabiskan duitnya," katanya.

P/s: Layan janda sendiri macam "pelacur".

Pengikut