Ahad, 13 November 2011

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI


Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Posted: 13 Nov 2011 09:26 PM PST

Kepada calon-calon SPM, DPPKJerai mengucapkan Selamat menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, semoga anda mendapat kejayaan.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Bajet 2012, berita baik untuk perompak dan penyamun

Posted: 13 Nov 2011 12:01 AM PST



Nampaknya guru sekolah yang bawa duit tunai untuk diagihkan kepada pelajar RM100 setiap seorang kena pastikan ada insuran atau takaful nyawa, ada jaket kalis peluru, ada pengawal keselamatan bersenjata. Sedangkan duit beberapa puluh ringgit pun ada yang mati dek peragut, inikan pula tunai RM 200,000.00. 1Malaysia, Rakyat Didahulukan untuk ….

GURU BESAR BOLEH MINTA POLIS IRINGI WANG BANTUAN

Utusan Malaysia, ALOR SETAR 12 Nov. 2011 - Guru besar dan pengetua sekolah boleh meminta bantuan anggota polis bagi mengiringi mereka membawa wang bantuan khas awal persekolahan yang dikeluarkan dari bank ke sekolah untuk diagihkan kepada pelajar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, langkah itu boleh diambil jika jumlah wang bantuan khas itu dibawa dalam kuantiti yang besar memandangkan jumlah pelajar yang ramai di sesebuah sekolah.

"Jika sebuah sekolah ada 2,000 pelajar, maknanya sekolah itu akan membawa pulang wang tunai RM200,000 ke sekolah jadi kementerian telah berbincang dengan pihak polis agar mengiringi mereka ketika wang itu dibawa," katanya.

Ka Siong mengulas langkah kerajaan mengagih wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 seorang kepada 5.5 juta pelajar di seluruh negara seperti diumumkan dalam Bajet 2012 melalui akaun sekolah masing-masing.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm


Pengawal baru 3 hari bekerja ditembak mati
Berita Harian 1 Nov 2011

PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan yang baru tiga hari bekerja ditembak mati dalam rompakan nekad sebuah kenderaan pacuan empat roda, berhampiran Unit Kecemasan & Trauma, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Mohd Burhanuddin Jamaluddin, 23, bersama dua rakan setugas dalam perjalanan ke sebuah bank di Universiti Malaya (UM) selepas mengutip wang tunai RM173,000 dan puluhan cek dari Unit Kewangan pusat perubatan berkenaan.
http://www.bharian.com.my/articles/Pengawalbaru3haribekerjaditembakmati/Article/

Samun duit RM20,000

SEREMBAN: Seorang wanita hanya mampu melihat dua penjenayah bertopeng melarikan wang tunai lebih RM20,000 yang baru dikeluarkan dari sebuah bank dalam kejadian samun di depan rumahnya di Taman Jasmin, Senawang, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, dua penjenayah bersenjatakan objek tajam itu menyerbu kereta mangsa sebelum memecahkan cermin kereta itu lalu melarikan wang tunai yang diletakkan di dalam sebuah beg.

Menurutnya, mangsa segera memandu pulang ke rumah dalam usaha untuk menyelamatkan diri dan wang yang baru dikeluarkannya.

"Bagaimanapun, sebaik tiba di depan rumahnya, dia diserbu dua lelaki bertopeng yang bersenjatakan objek tajam memecahkan cermin kereta dipandunya sebelum mengambil wang yang baru dikeluarkan dari bank.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SamunduitRM20_000/Article

Bayangkanlah betapa baiknya kerajaan BN ni, sampaikan kalau ada anak jutawan atau bilionwan yang berada di sekolah rendah atau menengah akan diberi RM100 setiap pelajar. Tapi ada syarat, iaitu terpulang kepada ibu bapa dan penjaga samada hendak menerima atau tidak mengikut kemampuan masing-masing. Apa punya syaratlah macam ni. Nampak sangat Bajet 2012 yang dibentangkan oleh PM separuh masak atau mungkin terlebih masak. Kisah selanjutnya di http://amkns.blogspot.com/2011/10/anak-jutawan-pun-dapat-rm100-dlm-bajet.html

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


PAS gesa kaji semula guru kerja 9 jam sehari

Posted: 13 Nov 2011 03:50 AM PST

KUALA LUMPUR, 13 Nov: PAS menggesa kerajaan mengkaji semula projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor.

Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Idris Ahmad ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan itu dilihat tidak wajar memandangkan guru memang sedia terbeban pada masa ini termasuk tugasan selain mengajar.

"Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama 9 jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja Pembelajaran dan Pengajaran. 

"Malahan guru sudah menjadi "multi purpose" kerana semua perkara guru terpaksa melakukan. Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut Idris, Kementerian Pelajaran sepatutnya mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya mereka berada di zon selesa, kerana di tangan mereka yang akan melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang.

"Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan mereka yang berada di pejabat. Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah, malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah. Kerana kerja latihan pelajar perlu diperiksa, persiapan mengajar perlu dibuat. Budaya ini berlainan dengan mereka yang bekerja di pejabat, selesai sahaja waktu pejabat ia tidak perlu dibawa balik ke rumah," katanya lagi.

Kerajaan juga ujarnya perlu membanyakkan kemudahan dan membina banyak sekolah supaya mengurangkan bilangan pelajar di dalam sebuah kelas. 

Banyak sekolah pada hari ini katanya dibina lebih 20 tahun dahulu dan sudah tidak mampu menampung pertambahan penduduk di sekitarnya sehingga suasana di dalam bilik kelas tidak lagi ada keselesaan kerana bilangan pelajar yanga begitu ramai. 

Beliau menasihatkan kerajaan agar tidak jadikan guru sebagai makmal percubaan, sepertu sebelumnya ketika perlaksanaan PPSMI. 

"Sekarang terdapat lambakan lebihan opsyen Sains dan Matematk seramai 26000 orang. Pihak Kementerian juga  perlu selesaikan masalah graduan Universiti Perguruan Sultan Idris yang tidak ada penempatan bertugas.

"Atas asas inilah maka Pakatan Rakyat menjanjikan RM500 sebulan kepada guru-guru jika diberi mandat ke Putera Jaya. Ini sebagai penghormatan kepada guru-guru yang mendidik rakyat di negara ini," katanya.

DPPK Machang Akan Sertai Futsal Mahabbah 2011

Posted: 12 Nov 2011 04:00 PM PST

Sultan seru henti perbuatan ‘bermain api’

Posted: 12 Nov 2011 02:34 PM PST

KOTA BHARU, 12 Nov: Sultan Muhammad V mengingatkan rakyat supaya berwaspada terhadap kemunculan 'iklim tidak sihat' yang dicetuskan anasir anti establishment dalam masyarakat.
"Beta ingin mengingatkan rakyat dan masyarakat di segenap lapisan agar sentiasa berwaspada, hati-hati dan peka terhadap kemunculan iklim yang tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir-anasir anti establishment dalam masyarakat, dengan cuba mengubah lanskap kehidupan harmoni dan damai dengan menimbulkan 'sikap buat- buat lupa faktor sejarah', kontrak sosial yang dipersetujui bersama," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada majlis sempena Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Menyembah UcapanTahniah dan Taat Setia di Istana Balai Besar di sini tengah hari tadi.
Majlis turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan ismail Petra itu dihadiri pembesar negeri dari dalam dan luar negara serta para Kerabat Diraja.
Turut hadir Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Titah baginda, anasir itu juga cuba mencetuskan isu berkaitan agama Islam, bahkan mencabar kewibawaan raja-raja.
"Mereka juga mencabar kewibawaan raja-raja, kedudukan Bahasa Melayu dan banyak lagi sebagai modal untuk meraih kepentingan diri dan kumpulan," titah baginda.
Justeru baginda menyeru pihak berkenaan supaya menghentikan perbuatan 'bermain api' serta sikap provokasi yang boleh mencetuskan gelora keadaan dan suasana yang tidak diterima dalam masyarakat dan negara.
Baginda turut menyentuh keadaan dunia yang terus mengalami perubahan iklim yang tidak menentu mengakibatkan pemasanan global dan mala petaka seperti gempa bumi, banjir dan kemarau serta taufan.
Sehubungan itu, titah baginda, kesan paling awal yang akan dapat dilihat ialah kemerosotan pengeluaran hasil makanan, pertumbuhan ekonomi global yang lembab dan muram pada tahun ini berbanding tahun lepas.
"Ini, turut memberi kesan yang tidak baik kepada ekonomi dunia," titah baginda sambil menyeru rakyat menggemblengkan tenaga bekerjasama mempastikan pertumbuhan ekonomi dapat diatasi sekadar yang boleh.
"Semua pihak perlu bergiat mencari pendekatan dan penyelesaian yang inovatif ke arah meningkatkan momentum pertumbuahan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat," titah baginda.
Pada istiadat tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood dianugerahkan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DKMJ) yang membawa gelaran Datuk Paduka.

Kewibawaan sultan lahir ramai ulama

Posted: 12 Nov 2011 02:33 PM PST

KOTA BHARU, 12 Nov: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rahsia kejayaan negeri Kelantan melahirkan ramai alim ulama di negeri ini adalah disebabkan kewibawaan sultan yang menaungi pemerintahan.
Menteri Besar berkata, ini terbukti apabila usaha dilakukan nenekanda Sultan Muhammad V iaitu Sultan Muhammad II dan Sultan Ahmad pada masa lalu dalam usaha mendaulatkan undang-undang Islam di negeri Kelantan.
"Sejarah mencatatkan bagaimana pada zaman pemerintahan nenenda Tuanku (Sultan Muhammad V) iaitu Sultan Muhammad II dan Sultan Ahmad telah berusaha untuk mendaulatkan undang-undang Islam di negeri ini," katanya.
Sambil menyifatkan bumi Kelantan terkenal sebagai Serambi Mekah melahirkan ribuan ulama sejak ribuan tahun lalu, Menteri Besar berkata berdasarkan rekod,  Kelantan telah mula menerima 'gema syahadah' Islam sebelum Abad ke-12 Masehi  lagi.
Beliau berucap pada Istiadat Menyembah Ucapan Taat Setia bagi pihak Kerajaan Negeri dan rakyat sempena Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat menyembah Ucapan Tahniah serta Taat Setia di Istana Balai Besar di sini tengah hari tadi.
Majlis itu sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-42 Sultan Muhammad V Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
Menurut Menteri Besar, penemuan dinar di Kota Kubang Labu, Pasir Pekan dekat sini lama dahulu juga membuktikan bahawa Islam diamalkan dalam pemerintahan negeri Kelantan pada masa lalu.
Beliau menegaskan Kelantan adalah di antara negeri mula-mula mewujudkan sistem pengajian Pondok di rantau ini bagi pengajian dan penyebaran Islam di mana Pondok pertama didirikan di Kelantan pada 1820 Masehi.
Pondok itu didirikan oleh Haji Abdul Samad Abdullah (Tuk Pulai Chondong) selain Pondok Tuk Bachok dan Pondok Kubang Pasu yang didirikan pada 1900.
Didirikan juga Pondok Haji Abdul Malik, Tumpat (1907), Pondok Haji Yusoff Pulau Ubi, Geting Tumpat(1908), Pondok Sungai Budur, Pondok Kg Banggol, Pondok Tuk Padang dan Pondok Tuk Semian yang antara lain dengan itu menampilkan kecemerlangan pengajian Islam di negeri ini.
Menteri Besar berkata usaha untuk mendaulatkan Islam di Kelantan telah diteruskan oleh Sultan Muhmmmad II (1890–1991).
"Baginda telah menguat kuasakan pelaksanaan undanng-undang syariah sama ada jenayah mahu pun mal.
"Dan pada zaman pemerintahan Sultan Mansur (1890 –1900), undang-undang syariah dilaksanakan sepenuhnya di bumi Kelantan termasuklah Hukum Hudud ke atas pencuri dan Qisas ke atas pembunuh.
"Baginda juga menguat kuasakan Hukum Takzir bagi orang yang tidak berpuasa dan perempuan yang tidak menutup aurat," katanya.
Lantaran itu, kata Menteri Besar, usaha Kerajan Kelantan kini untuk melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syariah di ngeri ini bukanlah sesuatu yang baru.
"Bahkan ia adalah kesinambungan usaha yang telah dilakukan nenekanda Tuanku (Sultan Muhammad V) bagi melaksanakan undang-undang syariah di negeri ini secara menyeluruh," katanya.
Justeru, Menteri Besar berharap dengan bersemayamnya Sultan Muhammad V serta  pemilihan Tuanku sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, harapannya dan harapan rakyat seluruhnya agar Sultan Muhammad V diberikan kekuatan, taufik dan hidayah oleh Allah swt bagi menaungi rakyat dan negeri Kelantan serta seluruh negara nanti,  dengan ruh syariah.
"Patik yakin, insya Allah, Kelantan yang dikenali sebagai Serambi Mekah ini akan  terus dilimpahi keberkatan oleh Allah swt dan mencatat sejarah kegemilangan untuk Islam sebagaimana di masa lalu, di bawah naungan pemerintahan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
"Dari selat ke tengah kota, disulam selasih pohon berangan; Tuanku berdaulat  di atas takhta, diringi kasih yang berpanjangan,' katanya mengakhiri ucapan dengan berpantun.

Keindahan hudud bergantung kepada pendakwah

Posted: 12 Nov 2011 02:32 PM PST

GOMBAK, 12 Nov: Keindahan hukuman hudud pasti akan terserlah jika seseorang pendakwah yang menerangkannya berkemampuan menyampaikannya dengan betul kepada sesuatu pihak, sejajar dengan keistimewaannya yang datangnya dari Allah.

Oleh itu, seseorang pendakwah perlu memainkan peranannya dengan baik bagi membolehkan kesemua pihak dapat memahami hukuman itu dengan betul yang terkandung pelbagai hikmah di dalamnya.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, pendekatan terbaik yang perlui digunakan oleh seseorang pendakwah dalam menerangkan hukuman hudud kepada orang ramai dengan mengambil contoh yang telah ditunjukkan oleh Rasuilullah saw.

Menurutnya, suatu ketika, Rasulullah saw pernah didatangi seorang pemuda yang meminta kebenaran untuk berzina dan mengecualikannya dari hukuman hudud.

Katanya, meskipun tindakan pemuda itu agak keterlaluan, tetapi Rasulullah saw tidak memarahinya, sebaliknya dilayani dengan baik dengan pendekatan yang cukup bijak bagi menyelesaikan masalah itu.

"Rasulullah bertanya kepada pemuda itu, "Apakah kamu suka jika seseorang lelaki ingin berzina dengan adik perempuan kamu?" Lelaki itu menjawab, "Langkah mayat aku dulu."

"Kemudian Rasulullah bertanya lagi, "Apakah kamu suka jika ada seseorang lelaki ingin berzina dengan kakakmu?" Dan kemudian ditanya, "Apakah kamu suka  jika seseorang lelaki ingin berzina dengan ibumu?" Dan kemudian jika dengan saudara-saudara perempuanmu?" katanya.

Menjawab pertanyaan peserta selepas membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk "Hudud Satu Keperluan" pada Multaqa Pendakwah PAS di KUIZM di Taman Melewar, di sini, hari ini, beliau berkata, kesemua pertanyaan Rasulullah itu dijawab oleh pemuda tersebut dengan tidak bersetuju.

"Malah jika seseorang lelaki itu ingin berbuat demikian terhadap keluarganya, seseorang itu mestilah melangkah mayatnya terlebih dahulu," jelasnya.

Pertanyaan Rasulullah itu, tambahnya, segera menyedarkan lelaki tersebut bahawa perzinaan adalah sesuatu yang amat hina dan mengundang pelbagai kemusnahan terhadap diri, keluarga dan masyarakat dan itulah sebabnya ia diharamkan oleh Allah.

Katanya, dengan itu, sebagai orang Islam dan manusia yang bermoral, pemuda itu segera sedar bahawa perbuatan itu juga mestilah dielakkan oleh belliau sendiri.

"Tindakan Rasulullah itu penuh dengan hikmah dan ia turut menggambarkan berapa indahnya hukum hudud yang diperintahkan oleh Allah untuk dilaksanakan ke atas orang yang berzina kerana di dalamnya penuh dengan hikmah pengajaran kepada seluruh manusia," katanya.

Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan hukum hudud penuh dengan kekerasan, tambahnya, jelas tidak berasas dan ia menunjukkan kejahilan individu terbabit mengenainya.

"Sebaliknya, hasil perbincangan saya dengan orang-orang bukan Islam dari DAP di Pulau Pinang baru-baru ini, mereka juga bersetuju jika hukum hudud dilaksanakan di negara ini kerana diakui sendiri oleh mereka sebagai satu bentuk hukuman yang cukup baik," katanya yang juga Adun Manir, Terengganu.

Beliau merumuskan bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum hudud sebagai manusia yang tidak bermoral yang sememangnya hidup bergelumang dengan maksiat walaupun mengaku beragama Islam.

"Itulah sebabnya mereka tidak bersetuju dengan hukum hudud kerana jika dilaksanakan ditakuti akan dikenakan ke atas mereka sendiri," ujar beliau.

Bukan Islam terima PAS berbeza 5 tahun lalu

Posted: 12 Nov 2011 02:31 PM PST

GOMBAK, 12 Nov: Sikap orang bukan Islam terhadap PAS kini ternyata amat jauh berbeza berbanding 5 tahun lalu sehingga menjadikan parti itu tidak lagi dianggap musuh oleh mereka.
Perkembangan tersebut ternyata memberikan gambaran yang amat baik terhadap PAS sehingga lebih memudahkan para pemimpin dan ahli-ahli parti itu mendekati golongan bukan Islam di tanah air.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, kejayaan tersebut dicapai oleh PAS hasil penglibatan dan kesabaran semua pendokong parti dalam perjuangan untuk mendaulatkan Islam di bumi bumi ini.
Menurut beliau, kejayaan itu juga dicapai berkat pendekatan-pendekatan yang tepat yang diambil oleh para pemimpin dan ahli-ahli PAS dalam perjuangannya selaras dengan kehendak Islam.
Katanya, realiti itu lebih terserlah dengan pendekatan "Tahaluf Siyasi" yang diambil oleh PAS terutama dengan DAP dan PKR sehingga menyebabkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS turut dijadikan rakan oleh orang bukan Islam.
"Ini ditambah pula dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh PAS sehingga menyebabkan orang-orang bukan Islam turut berminat untuk mengetahuinya dengan lebih jauh," katanya ketika berucap di majlis penutup Multaqa Pendakwah PAS di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di KUIZM di Taman Melewar, di sini, hari ini.
Dalam ruang kejayaan yang semakin terbuka seperti sekarang, menurut beliau, ahli-ahli PAS perlu mempertingkatkan lagi usaha masing-masing untuk menyampaikan mesej Islam kepada seluruh rakyat negara ini.
Dalam hubungan ini, beiau menasihatkan setiap ahli-ahli PAS agar berdakwah dengan pendekatan yang tepat agar dakwah yang disampaikan itu memberikan kesan baik kepada golongan sasarnya.
"Selain menguasai ilmu syariat, kita juga perlu menguasai ilmu mantik dan corak penerangan yang baik ketika mendekati pihak terbabit seperti yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya.
Ketika mendekati golongan yang minum arak atau gemar melakukan maksiat walaupun beragama Islam, katanya, ahli-ahli PAS perlu menggunakan pendekatan yang berbeza ketika berceramah dan menyampaikan tazkirah di dalam masjid.
Tambah beliau, sewaktu mendekati golongan bukan Islam pula contohnya, ahli-ahli PAS perlu menggunakan pendekatan lain selaras dengan tuntutan Islam, dengan tidak mengenengahkan perkara-perkara yang tidak difahami oleh mereka malah boleh menimbulkan salah faham dan ketakutan mereka terhadap Islam.
"Sekiranya pendekatan-pendekatan yang diambil itu tepat, mesej dakwah yang disampaikan pasti akan memberikan kesan baik, lebih-lebih dalam suasana sekarang yang lebih memihak kepada perjuangan Islam," katanya.
Suasana yang memberangsangkan itu, tambahnya, antara lain boleh dirujuk kepada perkembangan dunia masa kini yang menyaksikan masyarakat di Barat semakin rosak akibat sistemnya yang tidak betul.
Manakala di negara-negara sosialis pula termasuk Sosialis Cina kini sedang dilakukan perubahan agar sistem yang diketengahkan oleh mereka itu dapat diterima dengan baik oleh rakyatnya," tegasnya.
Beliau menegaskan, perkembangan itu juga tidak terkecuali di tanah air dan jika berjaya ditangani dengan baik oleh ahli-ahli PAS pasti akan lebih memudahkan parti itu melangkah ke Putrajaya bersama Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 nanti.

KELANTAN JUARA PIALA AGONG 2011

Posted: 12 Nov 2011 02:23 PM PST


Piala Agong kembali ke negeri Cik Siti Wan Kembang selepas Melayu Kelantan bangkit dari ketinggalan untuk membenam cabaran juara bertahan Perlis 3-2 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Menurunkan kesebelasan terbaik yang dimiliki dengan kelibat beberapa nama pemain berpengalaman dari skuad Liga Super, Kelantan gagal mendominasi babak awal perlawanan apabila seringkali menerima asakan bertali arus dari jentera serangan Perlis.

Bermain dalam keadaan padang basah memberi kelebihan kepada Perlis untuk mengatur serangan bertali arus kearah kubu Sang Kijang.


Hasilnya, Mohd Muhaimin menggunakan kesempatan yang dimiliki didepan gawang Kelantan untuk jaringan pertama pelawat pada minit ke-34.



Selepas jaringan tersebut, Kelantan berusaha untuk memecahkan kebuntuan dihadapan 1000 penyokong setia mereka tetapi gagal menembusi gawang kawalan Mohd Izwan sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak, Kelantan tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan selepas pemain pertahanan, Rosairil Asrol menggunakan pengalaman yang ada untuk mengikat jaringan kepada 1-1 pada minit ke-51.

Jaringan penyamaan tuan rumah nyata memberi tekanan kepada pemain Perlis memaksa mereka bertindak kasar keatas pemain Kelantan.

Kekasaran mereka akhirnya mengundang padah selepas terjahan kasar pemain Perlis keatas Aris Zaidi didalam kotak tidak memberikan pengadil perlawanan, Mat Yusoff Karim pilihan selain mengenakan hukuman sepakan penalti. Wan Rohaimi Ismail mudah menyempurnakan sepakan untuk gol kedua tuan rumah pada minit ke-67.

Jaringan kedua tuan rumah tidak melunturkan semangat Perlis mencari jaringan penyamaan dan usaha mereka akhirnya berhasil ketika permainan berbaki tiga minit selepas Mohd Ikmal bijak memanfaatkan ruang didepan gawang Kelantan pada minit ke-87.

Ketika perlawanan hampir berlarutan sehingga ke masa tambahan, Mohd Ramzul Zahini Adenan muncul wira apabila menjaringkan gol ketiga dan gol terakhir perlawanan memberikan Kelantan kejuaraan mutlak dalam kejohanan Piala Agong 2011.

Selaku juara, Kelantan menerima trofi Piala Agong dan medal dengan Aris Zaidi pula dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan.


Kesebelasan Pemain:

Kelantan : Afendi Yusof

Mohd Shahrizan (GK), Nik Shahrul Azim, W.Rohaimi (C), Mohd Sani Nawi, T.Norhafizie, Norshahrul Hawari (Mohd Syawalrudin), Hafizi Awang (Noriman), Rosairil Asrol, Ramzul Zahini, Aris Zaidi dan Hamizi Harun.

Perlis : 
Izwan (GK), Faiz, Mohd Nasri, Rosmawadi, Andrien Jurad (Phulsakti), Mohd Muhaimin (Mohd Bahiyudin), Anas, Muhd Alif, Ezzrul, Mohd Ikmal dan Wan Khairul (Mohd Afif).

BLOG - BLOG PARTI DAP

BLOG - BLOG PARTI DAP


Lim Kit Siang

Posted: 12 Nov 2011 11:38 PM PST

Lim Kit Siang


Najib should intervene in the RM10 million “condominium for cattle” scandal by recalling RM181 million loan to NFC not used for purpose of cattle production

Posted: 12 Nov 2011 10:28 PM PST

As shocking as the revelation about the RM10 million "cattle for condominium" scandal is the self-righteous statement by the Minister for Agriculture and Agro-based Industries Datuk Noh Omar aiding and abetting a gross misappropriation of public funds. Claiming that the National Feedlot Corporation (NFC) had not used government funds for the purchase of the RM9.8 [...]

Should we settle for this nonsense?

Posted: 12 Nov 2011 08:58 PM PST

— Ali Kadir The Malaysian Insider Nov 13, 2011 NOV 13 — It is left to us, ordinary Malaysians, to show outrage at the thievery, corruption, mismanagement and subterfuge that is happening in our country. Let us just ponder at what has happened since the Auditor-General noted that the National Feedlot project was a failure [...]

Obama Says Europe Making Progress as APEC Nations Fear Worst

Posted: 12 Nov 2011 07:59 PM PST

By Shamim Adam and Michael Forsythe Bloombert Businessweek November 12, 2011 Nov. 12 (Bloomberg) — U.S. President Barack Obama said formation of new governments in Greece and Italy may help calm world markets roiled by the European debt crisis, which is having a "dampening effect" on the global economy. "We're not going to see massive [...]

Malaysians getting ripped off

Posted: 12 Nov 2011 07:44 PM PST

by Mimi Chih When Tunku Abdul Rahman decided to expel Singapore from the Federation of Malaya leading to the Independence of Singapore on August 9, 1965, the world did not expect this tiny island Republic with a population of 1.8 million then to stand tall as one of the original Four Asian Tigers, along with [...]

Najib’s magic trick for 13th GE

Posted: 12 Nov 2011 06:22 AM PST

Mariam Mokhtar | November 11, 2011 Free Malaysia Today The rakyat should support calls for the 13th general election to be postponed until after ALL the recommendations (on electoral reforms) have been implemented. COMMENT Prime Minister Najib Tun Razak's flurry of reforms in the last couple of months, raises disturbing questions about his desire to [...]

Wrap-Up: Italy braces for new govt, IMF warns Asia on euro fallout

Posted: 12 Nov 2011 05:17 AM PST

Reuters Fri Nov 11, 2011 11:16pm EST By Barry Moody and George Georgiopoulos Italy lower house set to vote on cuts, new govt seen by Sunday ROME/ATHENS, Nov 12 (Reuters) – Italy’s parliament was set to approve austerity measures on Saturday, triggering the formation of an emergency government to replace that of Prime Minister Silvio [...]

‘Rosmah, a thorn in Najib’s side’

Posted: 12 Nov 2011 04:05 AM PST

Tarani Palani | November 11, 2011 Free Malaysia Today Umno grassroots members wish BN would lose at the polls just so her antics and extravagant lifestyle can be toned down, says the author of ‘Kesilapan-kesilapan Najib’. KUALA LUMPUR: The author of "Kesilapan-kesilapan Najib" (Najib's Mistakes), Shahbudin Husin, said Prime Minister Najib Tun Razak should step [...]

Now Italy – What’s Next

Posted: 12 Nov 2011 03:57 AM PST

by Alex Lee 10th November 2011 After seeing his parliamentary majority decline further in a routine vote earlier today, Italian PM Berlusconi offered to resign once Parliament approves new austerity measures, possibly towards the end of next week. We see three possible outcomes at this delicate stage, with different implications for the BTP market and [...]

Charles Santiago

Posted: 12 Nov 2011 11:18 PM PST

Charles Santiago


தீபாவளி அனைவரும் கொண்டாட வேண்டிய திருநாள் – சார்லஸ்

Posted: 12 Nov 2011 12:51 AM PST

தீபாவளி அனைவரும் கொண்டாட வேண்டிய திருநாள் – சார்லஸ்

தீபாவளி என்பது இந்தியர்கள் மட்டும் கொண்டாட வேண்டிய பெருநாள் அல்ல.இது மலேசியர்கள் அனைவரும் ஒன்றிணைந்து  ஒற்றுமையாய்  கொண்டாட வேண்டிய திருநாள் என கூறினார் கிள்ளான் நாடாளுமன்ற உறுப்பினர் சார்லஸ் சந்தியாகோ.

மலேசிய பல்லின மக்கள் வாழும் நாடு. இங்கு  நாம் நல் உறவோடும் நல்லிணக்கத்தோடும் வாழ்வது மிக முக்கியமாகும். அது மட்டுமில்லாது, பெருநாள் காலங்களில் மற்ற இனத்தவரிடம் ஒன்றிணைந்து பெருநாள் கொண்டாடும்போது, நமது நல் உறவுகளை நம் இன்னும் வலுப் படுத்த முடிகிறது.

இதனை  கருத்தில் கொண்டு நாளை மாலை 7  மணியளவில், டேவான் செர்பகுணா பண்டமாரன் ஜாயாவில் ஏற்பாடு செய்திருக்கும் தீபாவளி திறந்த இல்ல உபசரிப்பில் அனைவரும்  திரளாக வந்து கலந்துக் கொள்ளும் படி அழைக்கின்றனர் சார்ல்ஸ் சந்தியாகோவும் ஏற்பட்டுக் குழுவினர்களும்.


LEE GUAN AIK for KOTA DARUL AMAN 李源益州议员

Posted: 12 Nov 2011 09:08 PM PST

LEE GUAN AIK for KOTA DARUL AMAN 李源益州议员


Bencana angin di Tmn. Bersatu, Kuala kedah, 5hb. Nov. 2011.

Posted: 12 Nov 2011 07:04 AM PST






MY VOICE FOR NATION

Posted: 12 Nov 2011 01:31 PM PST

MY VOICE FOR NATION


BN rule has brought too much darkness to our motherland

Posted: 12 Nov 2011 04:57 AM PST

Karpal: AG's probe of Saiful-Farah link improper

Posted: 11 Nov 2011 07:37 PM PST

Pengikut